ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Friday, December 31, 2010
TERIMA KASIH daun keladi lain kali baca lagi
Tahun 2010 bakal melabuhkan tirai. Blog ini mencapai hampir 22,000 hits. Purata sebulan 1,800 pengunjung.
Satu pencapaian yang boleh dibanggakan sebagai blog bertaraf AMATUR. Baru 3 tahun usianya. Untuk tahun ini sebanyak 145 artikel ditulis untuk bacaan pengunjung. Peningkatan hits juga banyak dibantu oleh Laman Tranungkite TKO yang sudi menyiarkan artikel yang dikirim.
Blog ini hanyalah buah fikiran penulis. Samada berfikir secara kritis, dalam kotak maupun luar kotak.
Apa yang penting jika ianya BERLAWANAN AL QURAN dan SUNNAH maka wajib ditolak.
Akhirkata, terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi menziarahi blog ini. Moga hidup kita semua diberkati dan diredhai Allah Taala.
Siapa "terkencing dalam seluar" baca berita ini?
Bekas Presiden Zionis Moshe Katsav didapati bersalah oleh Mahkamah Agung Zionis atas tuduhan merogol keatas 3 orang pembantu wanitanya. Atas kesalahan itu boleh di hukum maksimum 16 tahun.
Katsav juga dituduh memberi keterangan penuh penipuan oleh Panel Hakim Mahkamah Agung itu.
Bekas Presiden Zionis itu yang menjadi menjawat jawatan Presiden Zionis selama 7 tahun (2000-2007).
Katsav didakwa merogol oleh 3 pembantunya ketika masih menjawat jawatan Presiden tahun 2006.
Barangkali ada Menteri Kabinet kita "terkencing dalam seluar" membaca laporan ini.
Dalam celakanya Kerajaan Zionis ianya masih mengamalkan ketelusan. Tiada orang "kebal" dari undang-undang walaupun Presiden!
Berbeza dengan kita. Bunuh dengan C4, Rasuah berbilion-bilion, rogol amah, raba meraba. Semuanya bebas.
Sebab apa? Ada imuniti. Ada kekebalan.
Alangkah berbezanya kita dengan Kerajaan Zionis walaupun kita guna APCO dan 1Malaysia ciptaan Zionis!
Tuesday, December 28, 2010
Bahasa Isyarat digunakan dalam Mesyuarat Exco Selangor?
Bertuahnya Khusrin Munawi! Dalam kecoh dan kontroversi penangkapan kumpulan Syiah, Dr. Asri Zainal Abidin dan ADUN DAP masuk surau, tiba-tiba beliau dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Kerajaan Selangor(SUK).
Tentunya cara kenaikan pangkat beliau menjadi SUK sesuatu yang unik berbanding sejarah SUK di negeri yang diperintah pembangkang selepas Pilihanraya Umum. Misalnya Kerajaan Kelantan yang menghadapi SUK Wan Hashim di era 90an. Begitu juga Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999 yang menghadapi SUK Che Mat Jusoh.
Bezanya dengan kes Khusrin, Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu ketika itu baru memerintah dalam keadaan sudah ada SUK. Jadinya mereka menerima seadanya. Selepas itu barulah ditukar SUK yang serasi dengan inspirasi Kerajaan Negeri.
Pastinya berbeza dengan kes Khusrin. Telah diketahui rekod politiknya. Pernah bertugas di bawah Mat Taib semasa bekas menantu Sultan Selangor itu jadi MB. Selepas itu lebih terserlah keUMNOan selepas Selangor diperintah Pakatan Rakyat.
Bayangkan bagaimana keadaan mesyuarat Exco yang turut dihadiri Khusrin. Segala butiran mesyuarat yang tentunya rahsia bakal "dibawa mulut" oleh "barua UMNO" ini untuk ketuanya, Pengerusi UMNO Selangor PMNajib.
Walaupun barangkali telinga Khusrin bakal "merah" menahan serangan "Scud" Exco , tetapi yang penting dapat maklumat untuk PMNajib.
Barisan Exco pimpinan MB Selangor perlu membuat pelan B untuk hadapi kehadiran Khusrin. Seperti adakah dalam "bahasa isyarat" atau adakan mesyuarat lain selepas Mesyuarat Exco tanpa kehadiran Khusrin.
Atau gunakan kaedah lain untuk "membuli" Khusrin. Jika Kerajaan Pusat boleh membuli Kerajaan Selangor dalam isu perlantikan SUK, mengapa tidak untuk Kerajaan Selangor ?
Jadikan Khusrin seperti "peti sejuk" dalam pentadbiran Kerajaan Negeri !
Atau MB Tan Sri Khalid boleh "menadah kitab" pelajari pengalaman Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi bagaimana cara menghadapi SUK yang pro UMNO.
Peliknya bagaimana Sultan Selangor perkenan menerima Khusrin menjadi SUK Selangor dalam keadaan tanpa pengetahuan dan tidak mendapat nasihat MB seperti perlantikan SUK sebelum ini. Adakah baginda salah menerima nasihat daripada penasihat baginda sepertimana kes ADUN DAP masuk surau?
Apapun kita teringin juga melihat aksi Khusrin bakal "bergusti" dengan Exco Selangor!
PEROGOL:Senang cari.....Menteri kita tidak ramai.
Menjelang tahun 2010 melabuh tirai, tiba-tiba negara dikejutkan dengan satu peristiwa yang amat memalukan iaitu satu dakwaan yang dibuat oleh Badan NGO Migrant CareIndonesia terhadap Menteri Senior Malaysia semasa zaman Islam Hadhari ciptaan Pak Lah.
Jika ianya benar dakwaan itu yang sudah diketahui sejak 2007 oleh Jabatan Perdana Menteri, Kedubes Indonesia dan Kedubes Amerika di Jakarta sudah pasti memalukan dan mencemarkan imej Malaysia di kaca mata dunia Islam. Mengapa tidak?
Bukankah ketika itu kempen Islam Hadhari rancak dikempenkan.
Timbul persoalan mengapa Kerajaan Indonesia juga turut "menyapu " kes ini di bawah karpet? Berbeza dengan cara Kedubes Indonesia begitu cepat dan peka dengan kes amah-amah yang disiksa oleh majikan Malaysia. Adakah Kedubes juga turut takut kerana membabitkan Menteri Senior Malaysia?
Kes ini perlu disiasat setelus-telusnya. Pihak Indonesia dan Malaysia perlu bertindak segera. Ini membabitkan imej dan moral. Pendakwaan perlu disegerakan.
Keselamatan untuk si mangsa perlu dimaksimakan. Patutlah si mangsa sangat takut dengan kes ini dibongkarkan kerana si mangsa baru setahun pengeboman Altahtunya berlaku.
Nampaknya Kabinet Menteri kita penuh "warna-warni".
Siapakah agaknya Menteri Senior kita yang menghiasi "warna-warni" terakhir menjelang 2010 melabuh tirai?
Yang pastinya ianya bukan Samy Vellu dan JJ !
Saturday, December 25, 2010
Kemalangan Bas Ekspres :Pendekatan Rohani.
Satu lagi kemalangan ngeri membabitkan bas berlaku lagi. Kali ini membabitkan 28 orang terkorban. Seramai 26 orang pelancong asing dan 2 orang rakyat tempatan terkorban.
Oleh kerana tidak ramai rakyat kita terbabit, maka tiadalah banyak "rintihan, bebelan dan kritikan" terpapar di media. Bayangkan jika kesemuanya rakyat kita. Barangkali berlaku peraturan-peraturan baru di gubal.
Kita tidak tahu apa yang terpapar di media dan akhbar Thailand tentang peristiwa ngeri ini. Tentunya ada kritik pedas terhadap sistem keselamatan pengangkutan negara ini.
Juga tidak ketinggalan akan merundumlah seketika kebanjiran pelancong asing ke negara ini. Lebih-lebih lagi penggunaan bas untuk pelancong asing akan berkurangan.
Akibat kemalangan ngeri yang silih berganti membabitkan bas ekspres dan perlancongan ini, berlakulah saranan agar peraturan diperketatkan. Ini menjadi semacam "rutin dan wirid" jika setiap kali ianya berlaku. Pak Menteri seperti biasa akan arah ini dan itu. Biasalah standard menteri kita yang "kebal" untuk bertanggungjawab. Semacam mahu pegang jawatan hingga mati atau dibuang oleh PM.
Barangkali kita sering terlupa untuk menggunakan secara pendekatan ugama untuk atasi masalah ini. Berdasarkan pengalaman menggunakan bas ekspres, ada beberapa perkara yang perlu bagi syarikat bas mengambil langkah kerohanian untuk mengurangkan kemalangan ini. Antaranya, pastikan setiap pemandu bas adalah orang yang menunaikan solat.
Kita melihat ada dikalangan pemandu bas adalah orang yang tidak solat. Bahkan jika kita menyuruh untuk berhenti seketika untuk solat Subuh misalnya, mereka marah-marah dan merungut-rungut.
Ada juga yang agak lembut, menghentikan bas tetapi hanya penumpang sahaja yang solat.Pemandu pula ke tandas dan tidak solat. Pulak!
Bagaimana perasaan anda sebagai penumpang punya pemandu yang abaikan solat? Rasa selamat dan berkat untuk naik bas?
Bukan bermakna jika pemandu itu solat maka kemalangan tidak akan berlaku tetapi sekurang-kurangnya hati kita sebagai penumpang rasa tenang dan selamat dengan hal pemandu yang menunaikan solat.
Berbeza perasaan didalam hati jika kita naik bas yang mempunyai pemandu yang menunaikan solat dengan pemandu yang tidak solat.
Moga pihak pemilik bas prihatin dengan hal ini. Kesimpulannya pemilik bas juga mestilah dari golongan yang menunaikan solat barulah perkara solat ini diambil berat terhadap pemandu bas mereka.
Monday, December 20, 2010
Utusan musnah akibat gempa bumi 9.99richer.
Beruntung sungguh DAP kini. Mendapat publisiti percuma dari Utusan Malaysia, musuh ketatnya. Memang dari dahulu parti yang bersimbolkan roket itu telah mendapat publisiti hebat dari media barua UMNO itu.
Tetapi sejak peisytiharan Pengerusi DAP Karpal Singh untuk mempertahankan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia, publisiti dari Utusan mencapai peringkat "menggila". Utusan "mempublisitikan" DAP sehingga 6 halaman.
Sejarah Utusan di bawah ZAM, PAS tidak pernah mendapat publisiti "menggila" itu dikala amarah ZAM begitu tinggi terhadap PAS berbanding nasib DAP sekarang.
Sebenarnya tujuan Utusan "memperkasakan " isu kewarganegaraan oleh Lim Guan Eng adalah untuk mengalihkan kenyataan Karpal tentang persetujuan DAP berjuang mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi.
Sebenarnya ucapan Karpal Singh di Konvensyen PR ke 2 umpama gempa bumi berukuran 9.99 richer melanda Utusan Malaysia. Kesannya mengundang "kemusnahan yang teruk lagi punah ranah" terhadap segala usaha Utusan untuk memburukkan DAP dikaca mata orang Islam selama ini.
Tentunya Tok Guru Nik Aziz manusia paling gembira dengan ucapan Karpal Singh.
Bayangkan jika ucapan Karpal itu bisa mencetuskan "gempabumi 9.99 richer" buat Utusan, bagaimana suatu masa nanti jika Karpal memeluk Islam dan isytiharkan sertai PAS, apa yang bakal berlaku pada Utusan? Barangkali bakal jadi padang jarak padang tekukur bagai di serang garuda!
Ianya tidak mustahil.
Tuesday, December 14, 2010
Segala jenis JIN digunakan serang Anwar!
Sejarah menyaksikan mantan PM Malaysia Dr Mahathir dan Mantan PM Singapura yang kini menjadi Menteri Mentor Lee Kuan Yew sering berlainan pendapat, tuding menuding dan berlumba-lumba demi menunjukkan siapa yang hebat.
Begitulah lagak mereka berdua sepanjang zaman mereka memerintah dan bersara. Tapi atas nama Anwar Ibrahim, seolah-olah mereka berdua melupakan dulu "peperangan" mereka untuk bersama menyerang manusia yang bernama Anwar Ibrahim.
Walaupun berlainan tanggapan terhadap Anwar. Seorang mengatakan "masuk perangkap" dan seorang lagi dengan "rela hati" . Keduanya mempunyai mempunyai "nilai tambah" kepada UMNO untuk menyerang Anwar.
Menjelang Mac 2011( ramalan PRU ke 13), semakin ramai individu yang bakal digunakan UMNO bagi menyerang Anwar.
Bermula dengan Ezam, Nalla, Zaid Ibrahim, Zulkifli Nordin dan terkini Ummi Hafilda. Dari luar negeri pula Lee Kuan Yew, Wikileaks, CIA, Agensi Perisikan Singapura dan Australia juga tidak ketinggalan.
Itu belum campur serangan media Tv3, RTM, Utusan dan NST setiap hari. Berita " wajah hodoh" Anwar suatu yang wajib untuk disiarkan atas arahan PMNajib.
Semakin banyak penyelewengan yang dibongkarkan oleh Anwar semakin banyak individu diketengahkan untuk menghentam Anwar.
Nampak sangat PMNajib mengalami sindrom "menggelabah yang melampau" untuk menghadapi Anwar dan Pakatan Rakyat.
Semua ini seolah-olah bentuk "penyiksaan" terhadap Anwar sebelum dihumban dalam penjara.
Skrip sudah siap!
Wednesday, December 8, 2010
Tazkirah buat Raja-Raja Melayu.
Melihat kepada titah ucapan Raja-Raja Melayu sempena Maal Hijrah semalam lebih menekan kepada perpaduan dan hak keistimewaan orang Melayu.
Tidak diketahui mengapa isu hak istimewa Orang Melayu turut termuat dalam titah Raja-Raja Melayu. Adakah kerana sempena isu yang dibangkitkan oleh Presiden dan Ketua Umum PKR baru-baru ini?
Adakah Raja-Raja Melayu juga turut rasa terpanggil untuk mengulasnya atau turut "terpengaruh" dengan propaganda jahat UMNO? Adakah Raja-Raja Melayu sudah membaca isi penuh ucapan Presiden PKR ? Atau membaca Utusan Malaysia?
Titah ucapan Sultan Perak juga menarik. Baginda bertitah bahawa amat malang jika sejarah negara mahu dipadam dan fakta diubah. Baginda juga menyatakan Raja-Raja Melayu hari ini adalah bukan sekadar mewarisi bahkan turut bertanggungjawab kepada agama dan bangsa.
Baginda turut bertitah orang Melayu yang pertikai hak status Islam dan hak keistimewaan orang Melayu adalah menghina dan derhaka kepada bangsa sendiri.
Ya, sejarah tidak boleh diubah dan dipinda. Sejarah adalah untuk diambil pengajaran untuk Generasi Mendatang.
Adakah Raja-Raja Melayu tahu bahawa sejarah melawan penjajah dahulu adalah didukung oleh rakyat bangsa Melayu? Dimana Raja-Raja Melayu ketika Tok Janggut dibunuh? Dimana Raja-Raja Melayu dikala Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri? Dimana Raja-Raja Melayu dikala Mat Kilau diburu penjajah?
Dimana Raja-Raja Melayu ketika UMNO membunuh orang Melayu di Memali? Dimana Raja-Raja Melayu dikala UMNO menarik bantuan sekolah Agama Rakyat yang majoritinya orang Melayu jadi pelajar?
Dimana Raja-Raja Melayu dikala Bahasa Melayu dinyahkan dari subjek Sains dan Matematik? Dimana Raja-Raja Melayu dikala Masjid Bujal dirobohkan? Dimana Raja-Raja Melayu di kala calon MIC masuk masjid di Hulu Selangor?
Rekod sejarah tiada menyatakan ada di kalangan Raja-Raja Melayu mengetuai Gerakan Rakyat menentang penjajah Inggeris. Mudahnya Inggeris menjajah Negeri-Negeri Melayu adalah melalui Istana. Ini adalah fakta.
Jangan kita asyik bertitah dengan Ketuanan dan Hak Istimewa orang Melayu tetapi dalam masa yang sama membiarkan UMNO menipu kita seperti mana Inggeris menipu Istana. UMNO terus menindas bangsa sendiri.
Peliknya kita tiada dalam titah Raja-Raja Melayu tentang kebimbangan mengenai projek Hub Hiburan UMNO yang bakal terlaksana tahun depan. Adakah Raja-Raja Melayu juga mahu "tumpang semangkuk" membolot projek itu? Barang dijauhkan Allah Taala.
Adakah Raja-Raja Melayu tidak melihat nasib yang bakal ditanggung oleh orang Melayu akibat projek ciptaan PMNajib untuk jadikan Malaysia Hub Hiburan Antarangbangsa tanpa menghiraukan halal haram?
Sepatutnya dalam titah Maal Hijrah inilah Raja-Raja Melayu bertitah meluahkan kebimbangan dengan projek Hub Hiburan yang bakal menjahanamkan bangsa Melayu dan dengan automatiknya hilang jati diri orang Melayu seterusnya mereka tiada maruah. Inikah yang dikehendaki oleh Raja-Raja Melayu?
Zaman Raja-Raja Melayu duduk enak dalam Istana sudah berakhir. Raja-Raja Melayu perlu turun padang melihat penderitaan orang Melayu. Bukan musim tengkujuh sahaja atau bila rakyat di timpa musibah.
Raja-Raja Melayu perlu ulangi teladan Khalifah Umar Al Khattab meninjau dan melihat kehidupan rakyat marhein yang menderita akibat kezaliman UMNO.
Janganlah takut kepada UMNO kerana zaman buang negeri Raja-Raja Melayu hanyalah terdapat pada zaman penjajah Inggeris.
Raja-Raja Melayu yang dikasihi dan disayangi rakyat adalah baginda yang menjadi payung kepada rakyat dan menjaga kesucian Islam. Menjaga kesucian Islam bermakna pastikan istana baginda suci dari arak, judi, zina, maksiat dan kaum kerabat mereka menutup aurat.
Daulat Tuanku! Allahu Akbar!
Monday, December 6, 2010
Mengapa sekarang?
Dakwaan Persatuan Sejarah cawangan Kedah tentang pemilikan Kedah terhadap Pulau Pinang mengundang persoalan. Barangkali ramai yang tidak mengetahuinya. Dalam buku teks sejarah Kementerian Pelajaranpun tiada disebut perkara ini.
Peliknya mengapa hari ini baru di"heboh dan disensasikan". Lebih-lebih lagi apabila Pulau Pinang dikuasai Pakatan Rakyat(DAP)? Mengapa semasa GERAKAN menguasainya selama hampir 50 tahun tiada kedengaran berita. Kalau adapun, ianya "dikambus" cepat-cepat.
Dalam keadaan UMNO begitu bersungguh-sungguh untuk pecahkan persahabatan PAS-DAP, inilah peluang terbaik buat mereka untuk hasilkan tindakan ini. Laga-lagakan kerajaan pimpinan Ustaz Azizan dengan kerajaan pimpinan Lim Guang Eng. Yang untung adalah UMNO.
Lihatlah aksi Kerajaan Pusat. Mereka sekadar memerhati dari jauh.
Berbalik kepada isu pajakan Kedah terhadap Pulau Pinang, adakah sama seperti pajakan China terhadap Hong Kong dan Macau kepada British? Jika pajakan China mempunyai masa selama 99 tahun, adakah Pulau Pinang juga ada masa?
Bagaimana dengan pemilikan Johor terhadap Singapura? Atau pemilikan Brunei terhadap Sarawak? Itu belum lagi dengan Kesultanan Melaka dan Kesultanan Terengganu yang berubah tangan semasa penaklukkan Jepun?
Kita mesti memandang dan berjalan ke depan. Jadikan sejarah sebagai pengiktibaran agar tidak berulang lagi. Jangan ungkit sejarah yang lepas kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah bahkan menambah masalah.
Jangan risau Khir, nasib anda seperti Eric!
Diambang pilihanraya 2004, sekonyong-konyong Rais Yatim yang ketika itu jadi Menteri Jaga Mahkamah mendakwa ada 18 orang berprofil tinggi untuk di dakwa atas kes rasuah.
Ketika anak Yatim menyatakan ada 18 "ikan jerung" akan didakwa, rakyat Malaysia menaruh harapan yang tinggi bahawa Malaysia akan bersih dari "dosa rasuah". Mereka bayangkan ramai bekas Menteri bahkan Menteri akan diusung naik tangga masuk mahkamah termasuk Mahathir.
Rakyat Malaysia bayangkan berderet-deret pimpinan UMNO, MCA dan MIC "beratur" di tangga Mahkamah untuk didakwa. Mereka diketahui oleh "Master of Shark" Mahathir, Rafidah Aziz, Sammy Vellu, Nazri, IGP Musa, Khir Toyo hinggalah JKKK.
Malangnya selepas PRU 2004 dengan kemenangan besar BN, tiada yang "sangkut kes" kecuali Kasitah Gadam dan Eric Chia. Yang lain hanyalah dongeng semata-mata. Atas jasanya "menghiburkan" rakyat, Rais dipindahkan menjadi Menteri Jaga Mumia dan Hantu.
Nampaknya episod dan adengan ini berulang lagi. Kali ini tiba giliran Khir Toyo dengan sopan santun naik tangga mahkamah. Dulu Ahmd Lutfi Othman(kini Pengarang Harakah) pernah bawa "berlori-lori" fail rasuah Khir Toyo. Tetapi tiada kesudahannya. Ini gara-gara kekebalan Khir Toyo mengatasi imuniti Raja-Raja Melayu. Lagipun ketika itu Bapak Jerung jadi Perdana Menteri.
Hey Dr Gigi! Jangan risaulah. Mesti bebas punya. Ini Malaysialah bukan China atau Perancis. Lebih-lebih lagi lihatlah aksi "keras kepala" hakim yang enggan menarik diri dari mengendalikan kes Anwar. Itulah paras "ketelusan dan kehebatan" mahkamah kita.
Cuma umur orang yang didakwa atas kes rasuah biasanya tiadalah panjang sangat. Lihatlah umur Eric. Selepas bebas terus meninggal. Sama seperti kes mantan ADUN Pelabuhan Kelang.
Barangkali inilah yang merisaukan Dr Khir Toyo!
Thursday, December 2, 2010
Lupakah kita tentang ini?
Perasankah kita mengapa isi Ketuanan Melayu di"sensasikan "oleh media barua UMNO dan pimpinan UMNO ?
Semuanya hanya untuk mengalih perhatian rakyat terutama orang Melayu tentang kenaikkan minyak RON97 sebanyak 15 sen.
Isu Ketuanan Melayu akan "berkumandang" setiap hari hingga orang Melayu lupa berkenaan kerajaan BN pimpinan UMNO naikkan harga minyak. Dan seterusnya harga barang secara automatiknya akan naik.
Selepas itu media barua UMNO akan petik kenyataan Menteri UMNO memohon peniaga agar jangan naikkan harga barang sambil akan bertindak jika ianya berlaku. Tanda prihatinnya terhadap penderitaan golongan Melayu yang marhein.
Inilah rutin harian yang bakal di "dendangkan" oleh UMNO buat umat Melayu.
Kempen ini dinamakan "tembak satu peluru, kena dua sekaligus". Sasarannya ialah Anwar Ibrahim dan orang Melayu.
Isu Ketuanan Melayu di"panaskan" setiap hari agar orang Melayu benci kepada Anwar.
PRU ke 13 akan diadakan setelah UMNO melihat kempen jahat mereka berjaya iaitu orang Melayu menolak Anwar dan PR.
Jika tidak juga berhasil, pelan B dilaksanakan. Hantar Anwar ke Penjara Kajang. Selesai masalah!
Yang pasti nampak hasilnya sekarang ialah orang Melayu sudah lupa dengan kenaikan harga minyak bahkan seolah-olah orang Melayu "selesa" pula dengan keadaan itu!
Memang kita bangsa yang cepat lupa.
Sunday, November 28, 2010
Jambatan Bengkok bakal dibina di KL?
Melihat kepada perangai Dr. Mahathir sejak beliau serah jawatan PM, beliau tetap akan berpolitik ,merungut, membebel macam "orang tua lama" dan akhirnya segalanya akan berakhir sunyi sepi apabila Malaikat Izrail "mengunjungi" beliau.
Terkini Dr Mahathir masih bercakap tentang jambatan bengkok. Dakwanya pembangkang dapat kerusi di Johor kerana Pak Lah tidak teruskan projeknya membuat jambatan bengkok untuk ganti Tambak Johor.
Barangkali semakin lama lanjut usia semakin fikiran bercelaru dan menghampiri peringkat nyanyuk. Inikah mungkin detik yang sedang dan akan dialami Dr Mahathir sebagai balasan Tuhan terhadap kezalimannya sepanjang 22 tahun memerintah negara?
Apakah Dr Mahathir tidak melihat keadaan sekelilingnya. Sudah ramai rakan-rakannya di"sapa" Malaikat Izrail. Terkini mendiang Lim Chong Eu.
Mengapa beriya-iya Mahathir masih menyebut tentang jambatan bengkok? Barangkali hidup diambang sore bagi Mahathir tiada makna jika jambatan bengkok tidak dibina atau roh Mahathir di pusara nanti tidak tenang tanpa terbinanya jambatan bengkok?
Pelik juga melihat perangai seorang "negarawan" yang tergila-gila sebuah jambatan bengkok.
Eloknya PMNajib membina jambatan bengkok di Kuala Lumpur. Antara Pusara Pahlawan di Masjid Negara terus menghubungkan Pusara Negara di Tugu Negara.
Persoalannya sekarang, manakah lokasi idaman Mahathir untuk disemadikan samada Pusara Pahlawan atau Pusara Negara? Pusara Negara lebih mahal lagi harganya RM144,000 sebuah. Cumanya tiada "aircond" je !
Apa yang penting, PMNajib kena bina jambatan bengkok supaya "negarawan" itu tidak kempunan di akhir hayatnya!
Wednesday, November 24, 2010
Hey Karpal! Ini bukan Jepun....
Perbicaraan Anwar menghampiri penamatnya. Hasil penamatnya boleh dilihat kepada gesaan peguambela Anwar, Karpal Singh menyuruh hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin menarik diri secara sukarela.
Jarang kedengaran peguambela begitu berani membuat gesaan tersebut di dalam sesuatu kes di Mahkamah Malaysia. Adakah Karpal sudah tidak tahan sabar melihat "hodoh"nya cara pengadilan ini?
Barangkali jika kita melihat perbicaraan kes Anwar ini, bukan sahaja Karpal Singh melihat hakim berat sebelah bahkan kanak-kanak tadika KEMAS pun boleh menilai perangai dan sikap hakim.
Kita boleh melihat hasil kesudahan kes ini berdasarkan hakim yang mengadilinya. Jika hakim "keras kepala mengikut skrip Sang Penguasa" tetap dengan kekal sebagai hakim bermakna Anwar perlu "berkemas baju" menuju Penjara Kajang.
Ini juga bermakna krisis ketelusan, integriti dan keadilan Malaysia merundum teruk, pelabur semakin kurang dan Hakim-hakim kita bakal diketawakan oleh" beruk-beruk di hutan".
Adakah hakim "gula-gula Hacks" kita sudah ada penggantinya?
Kita jauh sekali dengan Jepun. Baru-baru ini Menteri Kehakiman Jepun meletak jawatan kerana cuma tersalah memberi kenyataan. Apabila dikritik, terus letak jawatan kerana ada perasaan bersalah dan tanggungjawab.
Malangnya kita mempunyai budaya "pekak badak". Bermula dari kepala sampai ke ekor.
Saturday, November 20, 2010
Akaun siapa paling banyak simpanan di UBS?
Apabila Menteri Pertahanan Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataannya tentang kurang semangat patriotik kaum Cina dan India menyertai Angkatan Tentera Malaysia(ATM), ianya mengundang kemarahan bekas pegawai tertinggi ATM yang berketurunan Cina dan India.
Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh 65, menggelar Zahid sebagai "anjing yang tersalak menyalak pokok" dan menganggap kenyataan Zahid sebagai "tidak adil, bodoh dan rasis". Bahkan beliau mahu tahu beberapa kerat anak pemimpin UMNO(Menteri) yang masuk ATM?
Manakala bekas Panglima Tentera Laut pertama negara,Laksamana (B) K Thanabalasingam 75,yang pernah memegang jawatan itu selama 9 tahun terguris dengan kenyataan Zahid bahkan beliau dengan penuh semangat berkata, “Jika kita berperang hari ini, saya akan tawar diri melakukan apa yang terdaya, walaupun saya kini berjalan menggunakan tongkat, ramai juga akan buat demikian untuk mempertahankan negara.
Melihat kepada kenyataan Zahid, itulah perangai pemimpin UMNO. Menganggap mereka sahaja sebagai patriotik. Selain UMNO, semuanya kurang patriotik(Cina/India), pengkhianat negara(Anwar Ibrahim), pengganas(PAS), pelampau(PAS),chauvinis (DAP).
Hanya UMNO bersemangat nasionalis dan pejuang kemerdekaan.
Susahnya jika lanun, perompak,penyangak, pembuli dan samseng menganggap diri mereka sebagai suci lagi kudus.
Cuba bayangkan jika peperangan berlaku, golongan pimpinan UMNO dan bangsawan ke mana arah mereka?
Adakah mereka bersiap memakai pakaian tentera untuk berjuang bersama rakyat? Atau tergopoh gapah, tergesa-ges menaiki pesawat khas menuju Amerika, Australia, UK, Switzerland maupun Monte Carlo?
Melihat kepada kes Mat Taib pikul guni duit di Australia dan kes AJK UMNO Muar miliki harta "bersepah-sepah" di Amerika Syarikat, suatu yang amat mustahil jika pimpinan UMNO hanya punya harta sekitar di negara ini sahaja.
Bayangkan jika Bank of Switzerland mendedahkan nama-nama penyimpan akaun dan jumlah duit mereka di bank berkenaan. Agaknya nama Menteri UMNO manakah yang paling banyak memiliki simpanan wangnya?
Friday, November 19, 2010
Dua Tarikh yang perlu anda ingati.
Sekonyong-konyong media barua UMNO Utusan Malaysia menimbulkan isu 13 Mei. Jika sebelum ini, lagu 13 Mei akan di dendangkan dalam kempen pilihanrayta umum, kini ianya timbulkan kembali untuk dijadikan sebagai Hari Bersejarah seperti Tarikh Kemerdekaan.
Percubaan pertama untuk "mendaulatkan" 13 Mei gagal apabila satu program yang dirancangkan pada tarikh tersebut untuk dirasmi oleh Dr Mahathir di Terengganu dibatalkan atas desakan PAS dan NGO yang lain walaupun akhirnya diadakan juga pada tarikh yang lain.
Malangnya provokasi Utusan untuk mengajak PMNajib menyokong tarikh 13 Mei dijadikan "Hari Perkauman"(mengikut perspektif perkauman UMNO) gagal menarik minat PMNajib.
Najib sekadar setuju ianya dijadikan pengajaran dan iktibar agar tidak berlaku lagi. Itu sahaja. Najib lebih sayang dengan konsep 1Malaysianya.
Jika sebelum ini Muhyiddin berjaya mengikut rentak golongan UMNO/PERKASA untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib. Muhyiddin mengumumkan dasar itu atas pentas UMNO tanpa apa-apa rundingan rasmi dengan kompenen BN.
Yang pastinya tarikh 13 Mei dan 19 November adalah satu tarikh berdarah yang mengorbankan rakyat Malaysia angkara kejahatan UMNO. 13 Mei 1969 adalah satu angkara perancangan UMNO setelah kehilangan undi majoriti dalam PRU 1969. Manakala 19 November 1985 adalah satu angkara UMNO yang bencikan golongan agama dan ulamak.
13 Mei bukti UMNO anti Cina manakala 19 November bukti UMNO anti ulamak.
Munafiknya UMNO yang kononnya membela Melayu dan Islam tetapi pada tarikh 19 November 1985 di Memali, seorang Ulamak dan orang-orang kampung terkorban angkara usul yang dibuat dalam Perhimpunan UMNO.
Pimpinan Pakatan Rakyat perlu adakan satu forum untuk bincangkan tarikh 13 Mei dan 19 November sebagai satu serangan balas terhadap perkauman UMNO.
Thursday, November 18, 2010
MEMALI : Apa khabar setelah 25 tahun ?
Esok genap 25 tahun terjadinya Peristiwa Berdarah Memali. Peristiwa kejam yang berlaku di kawasan pendalaman di Baling itu mengakibatkan 13 syahid di tangan pihak polis. Seramai 3600 orang anggota polis terdiri Unit FRU, UTK, Senoi Praq dan anggota dari Bukit Aman terlibat dengan operasi yang di beri nama "Operasi Angkara". Operasi itu di bawah seliaan pegawai Bukit Aman.
Tujuannya menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud untuk ditahan di bawah ISA.
Peristiwa pembunuhan itu berlaku ketika PM Dr. Mahathir melakukan lawatan ke China. Manakala Menteri Dalam Negeri yang menjaga PDRM adalah Musa Hitam. Manakala IGP adalah Hanif Omar.
Pada awalnya pihak kerajaan mendakwa berlaku operasi membasmi pengganas komunis. Kemudian menukar tajuk kepada pembasmian ajaran sesat. Berhari-hari media kerajaan terutamanya RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian "mendendangkan" lagu penipuan keatas rakyat mendakwa Ustaz Ibrahim Mahmod membawa ajaran sesat.
Menteri Penerangan yang menjaga RTM ketika itu adalah Rais Yatim yang kini menjawat semula jawatan itu.
Pembohongan kerajaan UMNO tidak bertahan lama. Sultan Kedah mencemar duli menyiram air mawar keatas 13 pusara syuhada Memali menutup terus "mulut jahat" Rais Yatim dan RTMnya.
Kini 25 tahun sudah berlalu. Banyak perkara boleh kita ambil pengajaran dan renungan :
a) Dr Mahathir masih hidup lagi. Tiada sepatahpun ucapan maaf terbuka kepada keluarga Syuhada Memali dan kesal atas peristiwa itu. Mungkin Tuhan panjangkan umurnya bagi beliau peluang bertaubat.
b) Seratus hari selepas Pembunuhan Memali, Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Menteri. Nasib Musa juga bertambah malang kerana kehilangan anak lelakinya dalam Peristiwa Keruntuhan Hightower 1994. Mungkinkah pembalasan Tuhan ?
c) Dua tahun selepas Pembunuhan Memali, UMNO berpecah dua. Team A dan Team B. Kemudian menjadi UMNO Baru dan Semangat 46.
d) Hanya seorang pimpinan UMNO yang memohon maaf atas Peristiwa Memali iaitu mantan SU UMNO Dato' Radzi Sheikh Ahmad (ketika itu dalam S46)meminta maaf secara terbuka kepada keluarga Memali. Ucapan itu tersiar di muka depan Harakah.
e) Tiga orang anggota polis yang terbunuh adalah ditembak oleh rakan mereka sendiri ketika serbuan. Bukti Ustaz Ibrahim dan pengikutnya tiada senjata api.
d) Tidak diketahui nasib Perwakilan UMNO Baling yang mengusulkan penangkapan Ustaz Ibrahim dalam Perhimpunan UMNO. Adakah hidup mereka bahagia atau sengsara akibat "kejahatan usul" mereka?
f) Juga tiada diketahui nasib anggota-anggota polis yang menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim dan pengikutnya samada bahagia atau sengsara? Kedengaran khabar, ramai diantaranya jadi kurang siuman. Waallahu'alam.
g) Majlis Memperingati Syuhada Memali diadakan setiap tahun. Sejak 5 tahun kebelakangan ini ianya ditiadakan atas permintaan keluarga anggota polis yang terlibat. Mengapa ? Mungkin mereka kesal apa yang telah berlaku.
h) Beberapa anggota Majlis Fatwa Kedah disingkirkan kerana menfatwakan kesyahidan Ustaz Ibrahim dan pengikutnya.
Beberapa hari selepas peristiwa yang menyayatkan hati itu berlaku, TG Haji Hadi Awang berucap di Markas PAS Taman Melawar. Ucapan beliau tersekat-sekat kerana hiba dan sedih. Ramai hadirin yang menangis dengan tangisan yang kuat ketika itu.
TG Nik Aziz pernah berkata tentang peristiwa tersebut : " Kita akan mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini seumur hidup. Akan kita ingat dan sebut terus menerus. Akan kita perkatakan hingga Hari Kiamat."
Jika rakyat Palestin mengingati Peristiwa Dier Yasin, rakyat Indonesia mengingati Peritiwa Tanjung Periuk, rakyat Iraq mengingati Peristiwa Fallejah. Rakyat Malaysia sewajarnya mengingati Peristiwa Memali. Satu perjuangan dan pengorbanan menentang ISA.
Berikut mereka yang syahid dalam Peristiwa Memali:
1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.
Wednesday, November 17, 2010
Selamat Menyambut Hari Raya Haji 1431/2010
Semoga erti pengorbanan dihayati dengan maksud yang sebenarnya.
Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya sendiri.
Nabi Ismail sanggup dikorbankan oleh tangan ayahnya yang tercinta.
Siti Hajar sanggup ditinggalkan di padang pasir kering kontang dan sanggup kehilangan anaknya untuk disembelih
Semuanya punya satu matlamat dan tujuan
Demi taat perintah Allah Taala
Demi mendapat keridhaan Allah Taala
Selamat Menyambut Idil Adha. Semoga korban kita diterima Allah Taala.
Saya akan memyampaikan khutbah raya di Taman Ilmu dan Tarbiyyah jam 8.30 pagi.
Monday, November 15, 2010
Banjir bermakna RM masuk poket.
Tahukah anda saat manakah UMNO paling suka ? Mengapa?
Saat yang UMNO paling gembira dan berjoget sakan ialah dikala bencana berlaku seperti banjir, pilihanraya kecil (PRK) dan kehilangan kerajaan negeri.
Mengapa?
Jika banjir berlaku, itu bermakna "duit turun dari langit". Bayangkan UMNO Pusat datang membawa duit umpama Santa Claus memikul karung atau barangkali macam "Dajal" membawa bantuan kepada sesiapa yang memerlukan dengan syarat menyokongnya.
Ingat! Duit bantuan itu bukan 100% rakyat atau penyokong akar umbinya dapat. Semestinya golongan bawahan sekadar dapat "sisa-sisa" sahaja. Bermula pemimpin atasan dapat elaun turun padang, kemudian juak-juaknya turut menghirup dengan lahapnya "RM".
Keadaan yang sama berlaku semasa PRK. Jika kerajaan negeri UMNO tumpas seperti di Terengganu 1999 maka berpuluh-puluh projek bernilai jutaan ringgit untuk penyokongnya untuk terus bernyawa.
Terkini, anda lihat semasa banjir di Kedah. Apabila TPMMuhyiddin menyelar Kerajaan Negeri, dalam masa yang sama penyokong UMNO berjoget sakan memasukkan RM dalam poket mereka hasil bantuan Kerajaan Pusat UMNO.
Boleh anda teka jika bantuan banjir untuk rakyat dari Kerajaan Pusat UMNO sebanyak RM500 satu keluarga, berapa banyakkah RM masuk dalam poket Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan JKKKP?
Baru 2 tahun....Tok Guru dah 20 tahun!
Kini giliran MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak pula diserang habis-habisan oleh UMNO. Sebelum itu KM Pulau Pinang Lim Guan Eng dan MB Selangor Datuk Khalid Ibrahim.
MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz sudah "lali dan kalih" di serang UMNO. Bayangkan selama 20 tahun "diserang, ditembak, dibom , dibedil " habis-habisan. Pemimpin UMNO Kelantan silih berganti bermula Mahathir, Anuar Musa, Mustafa Mohammed, Awang Adek. Semuanya rebah dan bergelupur macam ayam kena sembelih.
Akhirnya UMNO Kelantan kehabisan peluru dan terpaksa gunakan penghuni "kaki lima" UMNO Mat Nor Idris memaki hamun MB Kelantan.
Barangkali semua MB dan KM Pakatan Rakyat perlu "menadah kitab" mendengar petua bagaimana MB Kelantan menghadapi serangan UMNO bukan setakat 2 tahun tetapi sudah 20 tahun. Satu pencapaian yang hebat!
Melihat kepada reaksi MB Kedah Ustaz Azizan melayan RTM dan TV3 baru-baru ini, kemungkinan besar beliau mula mengubah taktik. Dari bertahan kepada menyerang. Seperti strategi Rasulullah mengubah dari bertahan seperti Ghazwah Ahzab kepada menyerang musuh. Hasilnya sungguh berkesan.
Melihat 2 tahun pertama pemerintahan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan, taktik menyerang digunakan sehingga UMNO terpaksa bertukar ganti pemimpinnya. Jika asyik bertahan, memberi peluang musuh menyerang dari segenap penjuru.
Mulai tahun 2011, Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang dan Kedah mesti ubah taktik. Masa bertahan sudah tamat. Ubah kepada menyerang pula. Buat serangan serentak. Biar UMNO/BN tiada fokus menghadapi serangan serentak timur, barat dan utara.
Monday, November 8, 2010
Ambilah pengajaran dari Lebanon.
Lebanon adalah sebuah negara Arab yang kedudukannya mengadap Laut Mediteranean. Muka bumi, pantai dan rakyatnya yang cantik itulah tanda pengenalannya Negara Lebanon. Kota Beirut adalah ibu negaranya. Beirut terkenal sebagai "Paris Timur" kerana apa yang ada di Paris Peranchis itulah yang ada di Lebanon.
Segala-galanya ada di Beirut. Kasino, disko, arak dan pelacur tersedia dan terhidang untuk warga Arab dari seluruh Negara Arab yang kaya raya mengunjungi Lebanon. Suasana kehidupan di Beirut tidak ubah seperti Paris.
Itu sebelum tahun 1971. Sebelum Perang Saudara. Dan sebelum Lebanon jadi sasaran hebat Israel.
Kini segala-galanya musnah. Beirut tidak ubah menjadi medan "permainan perang". Antara Hizbollah dengan Israel. Antara Tentera Lebanon dengan Gerila. Juga bumi untuk bermusuh seteru politik. Pembunuhan musuh politik sering terjadi. Pembunuhan Presiden Bashir Gimayel 1982 dan Perdana Menteri Hariri menghiasi suasana Lebanon kini.
Jika dahulu sebelum tahun 1971, Lebanon terkenal dengan pusat pelancongan, kasino, arak dan pelacur sebagai tarikan pelancong, kini Lebanon kehilangan segala-galanya. Siren serangan udara bila-bila masa akan kedengaran tanda jet Israel menyerang. Rakyat hidup dalam ketakutan. Derita perang.
Allah Taala tarik nikmat kemakmuran hasil kejahatan tangan-tangan manusia mencipta dosa dan maksiat.
Kini Malaysia ingin menjejaki Lebanon sebelum tahun 1971. Setelah kehadiran pelabur semakin berkurangan. Setelah nama Malaysia "busuk" dengan korupsi dan kehakiman yang menjunam. Tiba-tiba PMNajib ingin mencari sumber kewangan baru dengan menjadikan Malaysia melalui ETP sebagai hub hiburan. Bakal di bina disko berprestij tinggi dan kelonggaran peraturan hiburan untuk pelancong luar.
Apabila disko bertambah dan peraturan hiburan dilonggarkan demi pelancong asing, ini bermakna Malaysia bakal dilanda dosa arak, dadah, zina, pembunuhan, penceraian dan jenayah yang dahsyat. Lebih ditakuti bakal ditimpa bala bencana oleh Allah Taala sepertimana Lebanon yang berjiran dengan Laut Mati (bumi kaum Nabi Lut).
Mengapa kita tidak mengambil pengajaran dari Lebanon?
Saturday, November 6, 2010
PRK Galas: Bukan dinasour tetapi pontianak!
Kemenangan UMNO dalam PRK Galas yang lalu mengundang beberapa perkara yang perlu direnungi.
Bagi pihak PAS, kekalahan dengan majoriti 1,190 itu seakan memberi amaran kepada Kerajaan Kelantan yang berusia 20 tahun bahawa zaman selesa telah berlalu. Zaman "cuma majoriti satu DUN" tahun 2004 bakal berulang jika tiada langkah drastik diambil untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti.
Bagi Gerakan Islam seperti PAS, kekalahan adalah suatu proses muhasabah, penapisan diri dan membaiki kelalaian dan kealpaan diri terhadap Allah Taala. Cara menerima kekalahan bagi Gerakan Islam sudah pasti membeza dengan Gerakan Sekular.
Juga bagi Gerakan Islam, sebarang kemenangan dan kekalahan itu sepastinya dihubungkan dengan Sirah Rasulullah. Jika menang dikaitkan dengan Badar untuk dihayati. Manakala jika kalah itu dikaitkan dengan Uhud dan Hunain untuk dikoreksi.
Apabila Ku Li "mengucapkan terima kasih" kepada PAS atas kemenangan UMNO(baca:Ku Li) sudah pasti ada perkara menarik untuk ditafsirkan.
Menariknya Ku Li tidaklah terlalu gembira menyambutnya berbanding dengan kenyataan-kenyataan pimpinan UMNO seperti TPM Muhyiddin, Awang Adek dan Musthafa Mohamed yang begitu "selok" dengan kemenangan UMNO.
Terima kasihnya Ku Li kepada PAS bermakna dengan kemenangan ini "talian hayat" Ku Li untuk menjadi PM masih terbuka. Kejayaan Ku Li sebagai Pengarah PRK Galas yang membuahkan kejayaan itu sebagai tanda bukti bahawa Ku Li "masih ada" dalam politik pimpinan tertinggi UMNO.
Hasrat Najib dan Muhyiddin untuk "mentalqinkan" Ku Li di bumi Galas tidak berhasil. Ku Li membuktikan beliau bukan "jenis dinasour yang sudah pupus".
Jika sebelum ini kemaraan Ku Li untuk duduk kerusi Presiden UMNO dihalang oleh sistem kuota, kini tiada lagi yang boleh menghalang hasrat beliau. Kemenangan dalam PRK Galas membuktikkan bahawa Ku Li masih berbisa dan punyai karisma yang tersendiri.
Putrajaya kini menghadapi dua "ancaman" iaitu kemaraan Pakatan Rakyat dan Ku Li. Barangkali inilah punca PMNajib masuk hospital dua kali akibat mimpi "pontianak Gua Musang".
Bagaimana Najib hendak pertahankan Putrajaya dalam keadaan tulang belum hancur lagi tetapi perut telah buat hal?
Tuesday, November 2, 2010
Ini bukan Piala Rosmah Mansor laaa!
Piala Malaysia edisi 2001 dimenangi Terengganu semasa pemerintahan PAS. Kali ini untuk edisi 2010 ianya dimenangi Kelantan yang sudah 20 tahun diperintah PAS. Sebelum ini semasa UMNO perintah Terengganu dan Kelantan tiadalah pernah piala berprestij itu dimenangi.
Kebetulan pula Kelantan memenanginya semasa rancak kempen PRK Galas. Jika Che Mat Jusoh jadi Presiden Persatuan Bolasepak Terengganu semasa menang piala itu tahun 2001, Anuar Musa pula jadi Presiden KAFA tika Kelantan jadi juara tahun ini. Persamaannya ialah mereka berdua adalah orang kuat UMNO.
Seperti biasa, UMNO tidak dapat membezakan antara politik dengan sukan. Bagi UMNO, semua benda mau dipolitikkan termasuk sukan. Itulah sebab bolasepak negara terus menerus merundum.
Setelah sekian lama Anuar Musa sepi dari politik, tiba-tiba semangat UMNOnya pulih kembali. Ini kerana dia ada "modal" untuk diumpan dan digunakan. Piala Malaysia adalah modal terkini Anuar Musa.
Barangkali nama Anuar sudah dilupai oleh pendukung UMNO di Kelantan. Yang timbul adalah nama Mustafa Mohammad, Awang Adek dan Ku Li.
Lagak Anuar membawa Piala Malaysia untuk sama-sama dikempenkan oleh UMNO adalah sesuatu yang memalukan. Adakah Piala Malaysia itu satu kejohanan seperti merebut Piala Presiden UMNO atau Piala Rosmah Mansor?
Ianya adalah berbentuk nasional. Bukan kepartian. Yang memberi sokongan adalah seluruh rakyat Kelantan. Bukan pemuda, wanita dan puteri UMNO sahaja.
Sepatutnya Anuar Musa yang sudah bergelar Tan Sri ini tidak berfikiran serendah pemikiran JKKK. Sepatutnya Anuar bijak membezakan antara kepartian dengan nasional.
Sepatutnya kemenangan Piala Malaysia inilah peluang Anuar Musa bersih dan pulih namanya yang sebelum itu sinonim dengan pertabalan Sultan dibawah pokok kelendang dan skandal PPRT.
Tak malu ke Anuar hendak membawa Piala Malaysia mengadap Sultan Kelantan yang pernah beliau mentabalkan Sultan Baru Kelantan mengantikan ayahandanya dahulu?
Friday, October 29, 2010
Berapa harga Terompah Kayu ini?.
Apa yang peliknya? Itulah tugas sebenar mereka.
Tiada apa yang hendak di hairankan apabila Fathul Bari serta AJKnya dalam "Ulamak" Muda UMNO(ILMI) menempelak pelbagai pihak yang menentang perancangan PMNajib melalui Program Tranformasi Ekonomi(ETP) untuk "mengimarah"kan Malaysia sebagai Pusat Hub Hiburan Malam bagi memacu industri pelancong.
Jika kes Rosmah menghina nama Nabi dalam Festival di Montel Carlo pun dibela Fathul Bari, inikan lagi projek impian PMNajib.
Nampaknya belum lagi tangan Rosmah "ditarik" Fathul untuk dinasihati tiba-tiba Najib pula buat hal dan Fathul kena tarik tangan Najib pula.
Wow hebatnya Fathul nak tarik tangan Najib dan Rosmah buat sesi kaunseling tentang besar dosanya menghina Nabi, buka aurat dan buka Kelab Malam. Mesti Najib dan Rosmah "giler-giler" taubat!
Sedihnya nasib Fathul Bari, Fadlan Othman dan ILMI. Belajar agama jauh-jauh. Bertahun-tahun. Mengaji pula di bumi Madinah, bumi Rasulullah. Bergurukan guru yang Mursyid. Tapi akhirnya jadi Terompah Kayu. Ingatkan jadi seperti Imam Ahmad, Imam Hanbal, Imam Ibnu Taimiyah yang sanggup dipenjarakan oleh pemerintah demi menegakkan kebenaran dan menegur kezaliman Sang Penguasa.
Malangnya mereka sanggup jadi Terompah Kayu yang sedia digunakan oleh Sang Penguasa ke mana sahaja terutama ke tandas. Tempat yang sesuai untuk Terompah Kayu ialah tandas. Bunyi sahaja kuat tetapi destinasi yang sesuai buatnya adalah tandas.
Lihatlah di mana PMNajib sambut kemasukan Fathul dan rakan-rakanya masuk UMNO. Sekadar kaki lima Pejabat UMNO. Itupun kebetulan Najib ada mesyuarat MT Umno.
Barangkali jika Imam Ibnu Taimiyyah dan Imam Muhammad Abdul Wahab hidup, gelaran apa buat mereka semua? Pembawa bidaah yang sesat lagi menyesatkan!
Malangnya mereka sanggup jadi Terompah Kayu yang sedia digunakan oleh Sang Penguasa ke mana sahaja terutama ke tandas. Tempat yang sesuai untuk Terompah Kayu ialah tandas. Bunyi sahaja kuat tetapi destinasi yang sesuai buatnya adalah tandas.
Lihatlah di mana PMNajib sambut kemasukan Fathul dan rakan-rakanya masuk UMNO. Sekadar kaki lima Pejabat UMNO. Itupun kebetulan Najib ada mesyuarat MT Umno.
Barangkali jika Imam Ibnu Taimiyyah dan Imam Muhammad Abdul Wahab hidup, gelaran apa buat mereka semua? Pembawa bidaah yang sesat lagi menyesatkan!
Wednesday, October 27, 2010
Ku Li : Najib dijeling,Tok Guru dikenyit.
Ku Li anak raja yang cerdik dan berjiwa besar serta memiliki ciri-ciri negarawan. Berbeza sama sekali dengan Dr Mahathir bagai langit dengan bumi.
Lihat kenyataannya tentang PRK Galas. Beliau tidak begitu agresif berkata tentang kemenangan dan kekalahan. Bagi Ku Li , menang kalah Kelantan tetap di perintah PAS. Macam juga "main sorok-sorok" di PRK Galas.
Ku Li syorkan PRK Galas dijalankan dalam suasana santai, kekeluargaan dan riang ria. Iyalah menang kalah Parti Najib tetap jadi pembangkang di DUN Kelantan.
Melihat kepada kenyataan Ku Li ini, tentunya Kerajaan Putrajaya tidak seronok. Mana mungkin kita taburkan puluhan juta RM tiba-tiba Ku Li kata menang kalah, kerajaan negeri tidak berubah. Lebih malang lagi Ku Li tetap sokong Kerajaan Kelantan mengenai isu royalti minyak. Sikap Ku Li inilah yang memeningkan kepala Najib dan Muhyiddin. Mana mungkin orang UMNO berfikiran berlawanan dengan polisi Kerajaan Pusat?
Mungkinkah Ku Li menyedari dan dapat mengesan"muslihat " PMNajib dan TPM Muhyiddin memilihnya jadi Pengarah PRK Galas. Kini tiba masanya Ku Li pulangkan balik "peluru"nya pada Najib dan Muhyiddin.
Ku Li menyedari medan Galas adalah umpama "lubang kubur" yang disediakan untuknya oleh UMNO Pusat. Jika menang, Najib dan Muhyiddin serta UMNO Pusat tumpang semangkuk bangga. Tapi bagi UMNO Pusat, seeloknya biar UMNO tewas di Galas supaya karier Ku Li senang ditalkinkan. Agar Ku Li tidak berpeluang bertanding jawatan Presiden UMNO tahun depan.
PRK Galas sebenarnya adalah "medan peperangan" antara puak Najib bersatu dengan puak Muhyidin bertarung dengan puak Ku Li. Bukannya pertarungan UMNO dan PAS. Sebab itulah Ku Li mahukan pertarungan PAS dengan UMNO( baca: Ku Li) berlawan secara semangat kekeluargaan sahaja. Kerana bagi Ku Li beliau mahu tumpukan fokus terhadap "lawan yang sebenar".
Hakikatnya, Ku Li, Najib dan Muhyiddin punya agenda masing-masing di PRK Galas. Semuanya tidur satu bantal(UMNO) tetapi punya mimpi yang berlainan. Masing-masing berhajat untuk menghunuskan "keris telanjang" sesama sendiri!
Tuesday, October 26, 2010
Tulang Hancur.........Jangan sebut!
Dalam Persidangan Agung UMNO yang lalu, ada beberapa"bait" yang begitu bersemangat dilafazkan oleh Presiden UMNO pada ucaptama.
Lafaz ini dilaungkan oleh Presiden UMNO sebagai amaran kepada Pakatan Rakyat agar jangan bermimpi menakluk Putrajaya.
Cuba lihat kalimah keramat yang diucapkan oleh putera Tun Razak ini:
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
Barangkali bagi sebilangan besar rakyat Malaysia kalimat ini mengingatkan kita kepada peristiwa yang menimpa gadis Mongolia beberapa tahun dahulu.
" Walau berkecai tulang dan juga badan akibat C4, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun terjadi, demi mempertahankan rahsia dari terbongkar, komisen RM500juta mesti kita gomol!"
Sepatutnya penulis teks PM memahami beberapa kalimah yang "haram" disebut PMNajib. Antaranya seperti C4, tulang , Mongolia dan beberapa kalimah lagi.
Ianya menjadi bahan lawak jenaka kepada rakyat Malaysia.
Monday, October 25, 2010
Rosmah menangis keinsafan depan Ulamak Muda?
Kasihan nasib menimpa "Menteri PERMATA" Datin Seri Rosmah Mansor yang mendakwa dirinya sebagai Wanita Pertama bagi Negara Malaysia. Bertimpa-timpa nasib malangnya. Malangnya bukan kerana kerugian bisnes atau PMNajib kahwin dua. Tidak. Tetapi kerana mengulangi kesilapan demi kesilapan.
Kita melihat beliau sebagai wanita yang tiada tempat untuk merujuk masalah agama. Sepatutnya sejak kes " cium laga" dengan artis Bolywood lagi sudah ada pihak "berani" menegurnya. Khususnya oleh Mufti Perak atau JAKIM atau Penasihat Agama PM.
Rosmah ulangi lagi "kejahilannya" dengan memeluk pemain badmintom negara dalam Piala Thomas. Juga tiada pihak "berani" menegur akhlak yang tidak elok ini. Kemudian Rosmah masuk masjid untuk khatam Al Quran tanpa menutup aurat yang sempurna dalam bulan Ramadhan. Pun tiada pihak menegurnya.
Barangkali bagi Rosmah, tiada teguran bermakna tiada kesalahan!
Terkini, walaupun berlaku bulan Ogos tetapi isu ini baru "meletup" dengan kisah Festival Fesyen Busana Muslimah di Monte Carlo dengan penghinaan nama Rasulullah yang diterbalikkan.
Kali ini, ada pihak membelanya iaitu pasukan yang diketuai Fathul Bari dan Fadlan Othman yang dikenali sebagai Ulamak Muda UMNO(ILMI). Inilah pembelaan ketiga oleh Ulamak Muda UMNO terhadap majikannya. Pertama isu royalti Kelantan dan kedua mengenai "duit judi" di Pulau Pinang.
Semasa peristiwa kemasukan anak buah Shahidan Kasim ke dalam UMNO tempohari, Fadlan Othman menyatakan tujuan utama masuk UMNO adalah untuk menegur UMNO dari sudut percanggahan dengan Islam.
Sepatutnya isu kejahilan Rosmah sudah selesai dengan kemasukan Fathul dan Fadlan dalam UMNO. Malangnya tiada perubahan berlaku dalam diri Rosmah.
Barangkali Ulamak Muda takut untuk menegur Rosmah. Sama seperti Ulamak Tua UMNO seperti Yusof Nor, Wan Mokhtar, Abdullah Zin, Hamid Othman. Cuma Nakhael Ahmad berani menegur Rosmah. Itupun di saat waktu sore beliau memimpin YADIM.
Semuanya rela jadi "terompah kayu" yang rela dibawa ke tandas oleh UMNO.
Alangkah cantiknya jika Ulamak Muda berdakwah kepada Rosmah hingga Rosmah menangis keinsafan.....
Atau barangkali Fathul Bari, Fadlan serta kawan-kawannya masih trauma dengan nyanyian ISA dan Kem Kemunting? Mujurlah Shahidan Kasim menyelamatkan keadaan.
Sunday, October 24, 2010
Zahid...anda lupa satu nama lagi...!
Perhimpunan UMNO kali ini mencatatkan beberapa perkara menarik. Antaranya solat Jumaat di PWTC Begitu juga isi khutbah oleh mantan bos KAGAT Jamil Khir Baharom bertajuk Perjanjian Hudaibiyyah.
Akhir sekali ucapan penggulungan oleh Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi tentang 6 golongan yang terdapat dalam UMNO. Antaranya Abu Bakar. Bagi Zahid, sifat Abu Bakar adalah yang didambakan oleh UMNO.
Sifat Abu Bakar antara yang terkenal adalah setia kepada perjuangan Rasulullah dan memerangi golongan Riddah selepas kewafatan Rasulullah. Mengapa Abu Bakar memeranginya dikala Saidina Umar berpendapat untuk bertindak secara diplomasi ? Abu Bakar memilih memerangi Golongan Riddah kerana golongan ini mengingkari Zakat yang difardukan.
Adakah UMNO mengingkari sekadar satu perkara sahaja dalam Islam? Puluhan kedai Toto dan deretan pusat hiburan bukti "puluhan" keingkaran UMNO terhadap perintah Rasulullah. Itu belum lagi ucapan yang membatalkan syahadah oleh pimpinan tertinggi UMNO.
Apakah sebenar yang dimaksudkan oleh Zahid? Adakah Zahid mahu puluhan Abu Bakar lahir dalam UMNO untuk memerangi golongan Riddah dalam UMNO? Eloklah jika itu yang dimaksudkan.
Kita melihat sifat Abu Jahal dan Abu Lahab tiada dalam UMNO. UMNO "bersih" dari sifat demikian. Kedua watak itu ada dalam kaum kerabat UMNO iaitu MCA, GERAKAN , MIC dan PPP. Mereka sehati sejiwa menentang hukum Allah.
Cumanya barangkali Zahid lupa tentang watak Abdullah bin Ubai. Watak inilah sekarang menjadi "anutan mazhab" dalam UMNO.
Sebagai Ketua UMNO Pulau Pinang, Zahid boleh melihat watak ini ramai di Pulau Pinang. Bagaimana mereka menghentam pembahagian "duit judi" kepada warga emas tetapi membisu seribu bahasa tentang judi Genting Higlands, Toto, Magnum dan Nombor Ekor.
Apakah mereka ini tidak tahu zaman Najib ini ada 3 kali cabutan nombor ekor seminggu?
Begitu juga watak Abdullah bin Ubai dalam UMNO Selangor. Mereka begitu "sensitif" tentang penjualan arak. Tetapi tutup mata tentang kuasa yang meluluskan lesen arak. Bahkan "buta sejarah" tentang siapa yang merasmikan kilang arak di Shah Alam.
Tugas Zahid sangat besar dalam UMNO. Memerangi golongan yang tangan kanannya menghitung biji tasbih dan tangan kirinya memegang gelas arak dan kertas nombor ekor. Golongan yang di majlis agama menyeru berpegang kepada Islam tetapi di majlis MCA bersetuju dengan MCA menentang hukum Allah Taala.
Lihatlah perbandingan ini!
Himpunan Parti Sekular yang mendakwa Parti Islam ke 5 terbesar di dunia sudah berakhir. Seperti sudah menjadi "rukun", jika tidak kalimah "bodek dan pujian" terhadap Presiden maka tiadalah sah perhimpunan itu.
Satu lagi, "amalan mulia" sebahagian pewakilan semasa Perhimpunan berlangsung ialah "mengimarah" pusat-pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur. Barangkali inilah peluang para taukeh disko dan GRO mengumpul keuntungan semaksima mungkin setiap kali Perhimpunan UMNO berlangsung.
Lihat perbandingan ini. Jika Muktamar PAS berlangsung, pelbagai kritikal pedas, panas ditujukan kepada pemimpin termasuk ulamak. Begitu juga setiap kali Muktamar PAS berlangsung, surau-surau dan masjid penuh dengan pewakilan PAS yang datang dari seluruh pelusuk tempat bahkan "hidupnya" masjid dan surau dengan ceramah, kuliah, tazkirah serta solat tahajud dengan pengisian oleh pimpinan PAS.
Monday, October 18, 2010
Piramid dan Menara Warisan.
Telah menjadi amalan setiap pemerintah di muka bumi ini untuk membuat sesuatu agar pemerintahannya diingati oleh rakyat di setiap generasi.
Itulah amalan dan lagak yang bergelar Sang Penguasa. Mereka tidak pedulikan kesengsaraan, penderitaan dan kesusahan rakyat marhein. Apa yang penting terbinanya mercu tanda bagi memenuhi nafsu besar mereka.
Yang jadi mangsa adalah rakyat. Yang menjadi mangsa duit rakyat. Duit cukai yang dipungut dari rakyat dan hasil mausul negara bakal dibelanjakan untuk membiayai projek impian Sang Penguasa.
Firaun di zamannya menggunakan keringat dan kudrat tenaga rakyat untuk membina Piramid. Begitu juga yang dilakukan Namrod bagi membina Babylon. Firaun dan Namrod begitu senang menggunakan kudrat rakyatnya kerana mereka berdua mempunyai kuasa mutlak. Setiap perintah wajib ditaati umpama "arahan Tuhan".
"Firaun" di zaman moden ini menggunakan pelbagai alasan bagi menghalalkan perbuatan mereka. Antara alasan popular lagi basi yang sering keluar dari mulut Sang Penguasa, "Untuk pembangunan, rakyat dapat manafaat, pengangguran dapat dikurangkan, menarik pelabur luar, pihak swasta yang membina....."
Jika Firaun zaman Nabi Musa as mengorbankan ribuan nyawa rakyatnya demi terbina Piramid, "Firaun Moden" pula membolot jutaan RM rakyat dan hasil mausul negara demi terbinanya Menara KLCC dan terkini Menara Warisan.
Jika Petronas "dipaksa" membeli tanah tapak Lumba Kuda dari kroni Mahathir untuk pembinaan KLCC, siapa pula yang bakal "dipaksa" PMNajib untuk membeli tanah dari kroninya untuk pembinaan Menara Warisan yang bernilai RM5 Bilion itu?
Menara Kembar KLCC umpama "batu nesan" dan simbol kezaliman Mahathir.
Adakah Menara Warisan yang bakal di bina PMNajib dan Rosmah ini akan bakal menyaksikan "wajah" Altahtunya di setiap penjuru dan sudut Menara 100 tingkat ini?
Malangnya Malaysia apabila hasil mausulnya di"faraid"kan oleh Sang Penguasa sesama kroni mereka seolah-olah harta emak bapak mereka!
Firaun di zamannya menggunakan keringat dan kudrat tenaga rakyat untuk membina Piramid. Begitu juga yang dilakukan Namrod bagi membina Babylon. Firaun dan Namrod begitu senang menggunakan kudrat rakyatnya kerana mereka berdua mempunyai kuasa mutlak. Setiap perintah wajib ditaati umpama "arahan Tuhan".
"Firaun" di zaman moden ini menggunakan pelbagai alasan bagi menghalalkan perbuatan mereka. Antara alasan popular lagi basi yang sering keluar dari mulut Sang Penguasa, "Untuk pembangunan, rakyat dapat manafaat, pengangguran dapat dikurangkan, menarik pelabur luar, pihak swasta yang membina....."
Jika Firaun zaman Nabi Musa as mengorbankan ribuan nyawa rakyatnya demi terbina Piramid, "Firaun Moden" pula membolot jutaan RM rakyat dan hasil mausul negara demi terbinanya Menara KLCC dan terkini Menara Warisan.
Jika Petronas "dipaksa" membeli tanah tapak Lumba Kuda dari kroni Mahathir untuk pembinaan KLCC, siapa pula yang bakal "dipaksa" PMNajib untuk membeli tanah dari kroninya untuk pembinaan Menara Warisan yang bernilai RM5 Bilion itu?
Menara Kembar KLCC umpama "batu nesan" dan simbol kezaliman Mahathir.
Adakah Menara Warisan yang bakal di bina PMNajib dan Rosmah ini akan bakal menyaksikan "wajah" Altahtunya di setiap penjuru dan sudut Menara 100 tingkat ini?
Malangnya Malaysia apabila hasil mausulnya di"faraid"kan oleh Sang Penguasa sesama kroni mereka seolah-olah harta emak bapak mereka!
Sunday, October 17, 2010
Najib wujudkan Kementerian baru...siapakah Menterinya?
Walaupun gagal mengumpulkan Wanita Pertama dari negara-negara maju dan Kuasa Besar untuk Sidang "promosi isytihar sebagai Wanita Pertama Malaysia", Isteri Najib masih boleh menguntum senyuman penuh bermakna. Mengapa?
"Kementeriannya" iaitu PERMATA berjaya mendapat RM111 juta dari Bajet 2011. Kesedihan dan kekecewaan "Menteri PERMATA" ini pantas dikesan dan diubati oleh PMNajib dengan bajet yang hebat ini.
Pembentangan Bajet 2011 kali ini juga mencatatkan sejarah baru. Inilah kali pertama nama isteri PM Malaysia dilaungkan. Sebelum ini tiada sebutan nama Toh Puan Roziah, Toh Puan Suhaila, Toh Puan Hindon bahkan Toh Puan Hasmah pun tiada kedengaran dalam Parlimen tika pembentangan Bajet oleh PM terdahulu.
Hebat benarkah isteri PMNajib ini hingga dilaung namanya dalam Parlimen?
Wednesday, October 13, 2010
PIALA MALAYSIA: Peperangan Mercun!
Keganasan peminat bola fanatik berlaku lagi. Kali ini di Stadium Shah Alam membabitkan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan.
Pergaduhan di padang mengakibatkan 2 pemain dibuang padang. Manakala aksi penonton sudah melampaui batas. Mercun dan botol air mineral di gunakan sebagai senjata. Pergaduhan di dalam dan luar stadium. Itu baru aksi di Selangor. Belum di Kota Bahru lagi.
Walaupun diberi jaminan oleh FAM dan KAFA tentang langkah-langkah keselamatan yang bakal dilaksanakan di Kota Bahru, kita meraguinya. Ini berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku di Stadium Sultan Muhammad tahun lepas yang mengakibatkan bas pasukan Negeri Sembilan di bakar.
Sepatutnya FAM mesti bertindak pantas dan bijak. Keputusan yang tepat menjelang aksi suku akhir kedua ini ialah adakan perlawanan TANPA PENONTON. Lebih selamat dan itulah cara yang paling tepat dan berkesan untuk mengajar dan mendidik peminat yang fanatik.
Jka FAM tidak berani melakukannya, lihatlah nanti suasana yang "bakal" berlaku di Stadium Sultan Muhammad. Lebih-lebih lagi jika Kelantan tewas. Barangkali kita bakal melihat "pertunjukkan bunga api dan mercun" yang mengasyikkan!
Kita mengakui Kelantan adalah tanah subur untuk politik, sebagai contoh terbaik untuk politik Malaysia dan masyhur sebagai Universiti Politik. Tetapi tidak dalam bidang sukan.
Thursday, October 7, 2010
Ikon Baru Raja Melayu
Antara Raja-Raja Melayu yang agak "popular" menyentuh perlembagaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan amaran kepada pihak tertentu yang cuba mengungkit hak keistimewaan orang Melayu ialah Sultan Perak, Raja Muda Perak, Sultan Selangor dan terkini Sultan Johor.
Tiada diketahui kepada siapa di tuju titah tersebut. Barangkali kerana Raja dilarang babitkan dalam politik maka titah itu mengundang banyak tafsiran.
Hidup di zaman ledakan teknologi berbeza dengan hidup di zaman tika Raja-Raja Melayu berkuasa mutlak. Kini Raja-Raja di Malaysia sekadar Raja Berperlembagaan.
Rakyat berhak dengan bebas untuk memberi tafsiran atas segala titah Raja-Raja Melayu.
Kini, rakyat di Malaysia boleh membuat andaian pihak mana yang di sokong oleh Raja-Raja Melayu terhadap parti politik walaupun Raja Melayu masih gunakan " ayat berlapik".
Tiada diketahui adakah Raja-Raja Melayu mengetahui nasib orang-orang Melayu kini apabila baginda menyentuh tentang hak-hak istimewa Orang Melayu?
Adakah Raja-Raja Melayu tahu hak Orang Melayu semakin terhakis?
Adakah Raja-Raja Melayu tahu UMNOlah yang siang malam bekerja untuk menghakis hak-hak Orang Melayu?
Lihatlah nasib Tanah Rezab Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu ianya semakin mengecil? Adakah PAS atau DAP atau PKR yang menjualnya kepada bangsa lain?
Lihatlah nasib Bahasa Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu tahu tentang PPSMI ? Bukankah UMNO yang menciptanya?
Adakah Raja-Raja Melayu tidak tahu bahawa UMNOlah yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu?
Mustahil Raja-Raja Melayu tidak tahu hal ini semua.
Rakyat berharap Raja-Raja Melayu tidak terperangkap dengan permainan kotor perkauman UMNO.
Raja-Raja Melayu mestilah bersih dari di"perkudakan" oleh UMNO. UMNO sembah setia Raja-Raja Melayu jika tersepit. Tetapi bila mereka gagah dan kuat, jadilah seperti Krisis Perlembagaan 1988. UMNO akan memalukan dan "melondeh" kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Adakah Raja-Raja Melayu telah mengambil iktibar dari Krisis Perlembagaan 1988?
Raja-Raja Melayu mestilah jauhi dari taktik kotor UMNO. Jauhi dari kepentingan sendiri, projek, balak dan tender.
Raja-Raja Melayu mestilah menjauhi "umpanan" UMNO yang berbentuk projek, kawasan balak, tender dan kontrak.
Adakah Raja-Raja Melayu sedar berlakunya banyak Tanah Rezab Melayu di Johor tergadai kepada warga Singapura semasa era Muhyiddin jadi MB Johor?
Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa "besar"nya kuasa "Tengku Wong" di Pahang?
Adakah Raja-Raja Melayu sedar betapa banyaknya Tanah Rezab Melayu tergadai ke tangan bangsa Cina yang kaya raya dan mempunyai hubungan istimewa dengan pimpinan UMNO di Perak?
Jangan asyik berceramah atas pentas bertitah tentang undang-undang, hak istimewa orang Melayu tetapi lupa tentang jahatnya UMNO menggadai maruah Melayu selama UMNO mempunyai kuasa politik di Perak lebih 50 tahun!
Adakah Raja-Raja Melayu sedar bagaimana juak-juak UMNO begitu licik memanupulasikan isu MP Serdang sehingga murka Sultan Selangor?
Moga kemunculan ikon baru Raja-Raja Melayu Sultan Muhammad V memberi sinar baru Kesultanan Melayu di tanah air kita.
Daulat Tuanku.....oops maaf! Tukar kepada kalimah suci Allahuakbar.
Wednesday, October 6, 2010
6 Oktober: Masihkah kau ingat......
Hari ini 6 Oktober adalah hari Angkatan Tentera Mesir. Tarikh ini dipilih sempena kemenangan Mesir dalam Peperangan Yom Kippur ataupun dikenali dikalangan negara Islam sebagai Perang Ramadhan pada Oktober 1973.
Dalam peperangan yang berlangsung bulan Ramadhan itu, Tentera Mesir dengan bantuan sukarelawan Ikhwanul Muslimin dan ditiup dengan semangat Badar berjaya merampas kembali Terusan Suez seterusnya melepasi Semenanjung Sinai yang dijajah Israel sejauh 15km. Dan akhirnya berjaya memusnahkan Kubu Pertahanan Israel yang di kenali sebagai Bar Lev. Israel mendakwa kubunya itu terkebal di dunia ketika itu.
Hasil semangat jihad yang berinspirasikan Ghazwah Badar Al Kubra itu, Israel merasai kekalahan yang memalukan sejak Ghazwah Khaibar dalam Peperangan Yom Kippur ini yang berlangsung selama 20 hari. Seramai 3,000 orang tenteranya terbunuh,7,000 cedera, 314 jadi tawanan perang.
Manakala pesawat pejuangnya musnah sama sekali sebanyak 102 buah dan 300 buah kereta kebalnya hangus terbakar.
Akibat menanggung malu, Perdana Menteri Golda Mier, Menteri Pertahanan Moshe Dayan dan Panglima Tenteranya David Eliarzer meletak jawatan.
Inilah perang terbesar antara Tentera Islam dengan Yahudi sejak Ghazwah Khaibar. Juga pertempuran pertama secara terbuka.
Rekod Sirah merekodkan tiada berlaku peperangan secara terbuka antara Islam dengan Yahudi sejak zaman Rasulullah. Semuanya berlangsung secara kepungan ke atas Kota Yahudi. Iaitu pengepungan Kota Bani Qainuqa', Bani An Nadhir dan Bani Quraizah. Kemuncaknya adalah Ghazwah Khaibar. Juga secara pengepungan.
Ini bukti Yahudi bangsa yang amat penakut sekiranya Tentera Islam berjihad dengan obor keimanan.
Malangnya rekod kegemilangan Tentera Mesir ini dikhianati oleh Presidennya sendiri Anwar Sadat seorang pemuja Kamal Artaturk. Lima tahun selepas peristiwa gemilang itu, Sadat menjejak kaki di bumi Palestin atas undangan Perdana Menteri Israel Menachem Begin dan berucap di Parlimen Israel, Knesset pada November 1977.
Setahun kemudian, Sadat menandatangani perjanjian damai dengan Yahudi dengan dikenali sebagai Perjanjian Kem David pada tahun 1978.
Ramai rakyat Mesir dan Dunia Arab marah dengan tindakan Sadat. Sadat membalas protes rakyatnya dengan operasi besar-besaran menangkap ramai pengikut Ikhwanul Muslimin untuk di sumbat dan disiksa di penjara Mesir.
Akibat pengkhianatannya terhadap Islam, Sadat menerima akibatnya pada Hari Pembarisan Mengingati Perang Yom Kippur pada 6 Oktober 1981.
Semasa asyik melihat lintasan hormat jet pejuang Angkatan Udara Mesir di angkasa, tiba-tiba satu pasukan Tentera Mesir yang diketuai Lt. Khaled Islambouli mula meledakkan tembakan dan lemparan granede ke arah sasaran pentas kenamaan. Sadat terbunuh serta merta dalam usia 63 tahun.
Semasa pengkebumian Sadat, tiada pemimpin Arab menghadirinya kecuali Sudan.
Hinanya Sadat mati di tangan tenteranya sendiri di hari kebesaran meraikan kemenangan menentang Yahudi.
Sunday, October 3, 2010
Masih Gurkha kah lagi Ku Li ?
Gurkha adalah satu entiti yang senonim dengan kesetiaan. Merujuk kepada sejarah ketenteraan British dahulu, British sering menggunakan khidmat mereka untuk menjadi tentera. Gurkha sering diletakkan dalam pasukan khas seperti komando dan menjaga pemimpin tertinggi. Ini kerana Gurkha yang berasal dari Pergunungan Himalaya dan bernegarakan Nepal ini dikenali sebagai setia kepada tuannya.
Jika anjing dikenali haiwan yang setia kepada tuannya, maka bagi ketegori manusia Gurkhalah yang paling setia kepada majikannya.
Semasa Ku Li bubarkan Semangat 46 dan masuk UMNO, beliau isytiharkan dirinya sebagai Gurkha kepada UMNO.
Apa makna ini?
Maknanya, sanggup setia kepada UMNO hingga ke "titisan darah terakhir". Juga setia mentaati perintah UMNO.
Itulah sebabnya TPM Muhyiddin canangkan agar KU Li bukan sahaja jadi Pengarah PRK Galas bahkan merangkumi calonnya sekali.
Soal niat sebenar Muhyiddin berbuat demikian adalah soal kedua. Tetapi jika ini menjadi arahan UMNO, Ku Li sebagai Gurkha "wajib" taat arahan ini kerana Ku Li telah isythar beliau adalah Gurkha UMNO. Mesti dengar dan taat !
Soal rendah martabat atau menghina darjat darah rajanya bukan isunya. Isunya apa sahaja arahan dari pucuk pimpinan, KU Li kena akur. Krana Ku Li adalah Gurkha.
Gurkha bermakna taat apa sahaja arahan majikan (ketua). Hatta jika diarah "bunuh diri"pun seperti jadi calon dalam PRK Galas ini kena patuhi.
Ku Li terkenal dengan prinsipnya. Ku Li kena kekalkan prinsipnya jika mahu dihormati.
Ku Li boleh "mengelakkan" dari mengamalkan "amalan" gurkhanya.
Bagaimana ?
Tanggalkan baju Gurkhanya dan masuk PAS. Jangan jadi seperti anak Yatim yang membakarkan jambatan tetapi akhirnya menyeberang lautan "nanah" untuk masuk semula UMNO.
Ku Li, susah benarkah tanggalkan baju Gurkha anda?
Subscribe to:
Posts (Atom)