ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, September 20, 2012

Apabila Pistol Air tembak Kambing Hitam.......



Isu pembelian  Rapid Intervention Vehicle (RIV) dengan harga yang melampau bakal membuka mata rakyat untuk mengenali wajah sebenar juak-juak pimpinan UMNO.


Jika selama ini pembongkaran skandal demi skandal oleh pembangkang samada di Parlimen maupun pentas terbuka hanya dipandang sepi oleh masyarakat, kini tiba giliran Sultan Johor sendiri "geram dan meluat" dengan perangai Menteri UMNO.

Akibat teguran Sultan Johor,sekonyong-konyong Menteri Scorpene Zahid membuka mulut untuk menyiasat kes ini. Perbezaan harga begitu melampau. Harga Kementerian RM690,000 dan harga Sultan Johor RM150,000. Bezanya RM540,000 setengah juta ! Itu baru sebuah. Kementerian beli berapa buah?

Persoalannya, adakah pembelian ini tanpa pengetahuan Menteri ? Mustahil !

Mana mungkin pembelian menjangkau 1/2 juta ini dalam keadaan Menteri tidak tahu.Atau buat buat tidak tahu. Ini bukan beli pistol air kat Mydin !

Semua maklum, antara Kementerian yang menjadi "lubuk emas" ialah Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran.

Semacam jenaka apabila Menteri Scorpene memberi amaran tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai Kementerian yang terlibat samada sedang bertugas atau sudah bersara. Biasalah, Kambing hitam akan dicari untuk ditembak dengan "pistol air" macam kehilangan enjin jet dahulu.

Untuk rekod, Kes dalam Kementerian Pertahananlah, nyawa Altahtunya melayang! Memang Kementerian ini adalah lubuk emas tetapi "berpuaka" . Tanyalah PMNajib. Barangkali dia ada banyak pengalaman untuk dikongsi!

Ingat wahai bakal-bakal kambing hitam! Menteri Scorpene sedang "memburu" anda. Tapi jangan bimbang. Kerana beliau hanya gunakan pistol air bukan C4 untuk "tembak" anda.


Thursday, September 13, 2012

Darahnya halal !



Dalam Sirah Nabawi, ada tercatat satu kisah mengenai Kaab bin Al Asyraf. Kaab seorang Yahudi kacukan Arab. Beliau seorang hartawan kerana mempunyai Istana yang khas di pinggir Kota Madinah.


Selain hartawan beliau juga seorang penyair. Satu bidang yang dipandang tinggi dan berpengaruh di waktu itu. Kegemaran Kaab ialah menggubal syair-syai yang menghina Rasulullah, Ummu Mukminin dan Sahabat-Sahabat Rasulullah.

Suatu hari Rasulullah mengumpulkan para Sahabat dan menawarkan satu operasi untuk membunuh Kaab bin Al asyraf atas jenayahnya menghina Rasulullah, Ummu Mukminin dan para Sahabat.

Bangun seorang Sahabat yang bernama Muhammad bin Maslamah menyahut tawaran Rasulullah. Muhammad pergi bersama empat orang menuju ke Istana Kaab bin Al Asyraf. 

Menjelang Subuh, Kaab dapat dibunuh. Kepalanya dibawa kepada Rasulullah.Seluruh Yahudi  yang tinggal di Negara Islam Madinah merasa gerun atas pembunuhan Kaab. 

Barulah mereka tahu bahawa Rasulullah, isteri Baginda, Sahabat dan umat Islam tidak boleh dihina dan diperlekehkan.

Sejarah moden banyak mencatatkan  tentang penghinaan yang dibuat oleh orang kafir terutama Yahudi terhadap Islam.

Terkini, penulis dan pengarah filem bangsa Yahudi warga Amerika Sam Bacile,56, mengulangi perangai jahat Kaab bin Al Asyraf. 

Filem yang memakan masa selama dua jam itu, yang berjudul Innocence of Muslims, melibatkan kos pembikinan sebanyak A$5 juta (RM15.3 juta) serta memperolehi dana daripada 100 dermawan Yahudi.

Akibat kejahatannya, Amerika Syarikat menanggung derita. Dutanya di Libya dibunuh dan bendera Amerika di Kedutaan Amerika di Mesir diturun dan ditukar kepada bendera slogan Islam.

Kita tidak memusuhi warga Amerika dan Kerajaannya secara total.. Tetapi kita memusuhi warga maupun kerajaanya jika melakukan perkara yang menghina Rasul dan Islam.

Pembunuhan ke atas dutanya dan serangan keatas kedutaannya boleh dihalang jika Kerajaan Amerika bersikap pro aktif menghalang sebarang penghinaan dan provokasi terhadap umat Islam.

Ingin kita memberitahu kepada Amerika dan sekutunya di seluruh dunia bahawa kita umat Islam mempunyai 1001 orang lagi Muhammad bin Maslamah yang sedia mati demi mempertahankan kesucian Rasulullah dan Islam.

Jika anda (Amerika) tidak mahu nasib menimpa warga anda berulang lagi, dengan kekuasaan anda hentikan sebarang penghinaan terhadap Nabi kami dan umat Islam.

Ketahuilah ! 1001 orang Muhammad bin Maslamah sedang menunggu-nunggu untuk syahid demi mengulangi operasi ke atas Kaab bin Al Asyraf.

Sunday, September 9, 2012

Mengapa Ustaz Nasha tidak dipecat ?


Malam ini nasib mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa bakaln ditentukan oleh Majlis Syura yang bakal bersidang malam ini.

Sebarang keputusan adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak. Ada yang mengharapkan keputusan Majlis Syura nanti memberi pukulan "KO" kepada Ustaz Nasha manakala ada yang berkecuali dan ada yang menunggu agar keputusan itu bakal memberi "peluru hidup atau bola tanggung " buat PAS.

Beberapa tindakan, faktor dan aksi Ustaz Nasha akan diambil kira oleh Majlis Syura sebelum menjatuhkan "hukuman" buat beliau.

Antaranya :
1) Tindakan beliau berjumpa PM Najib di Mekah tempoh hari. Adakah pihak PAS tahu tentang hal tersebut? Adakah Ustaz Nasha memaklumkan secara rasmi kepada PAS ?
Jika ada, hukumannya adalah "ringan" kerana pertemuan beliau dengan PMNajib dalam makluman PAS.

Jika tidak, satu tindakan yang "amat salah" walaupun niat yang betul. Kerana ianya menimbulkan fitnah kepada PAS sendiri. Menimbulkan kecurigaan antara sesama ahli dan antara parti gabungan PR.

Barangkali ada berhujah, Anwar jumpa Najib di Parlimen tidak apapun bahkan minum teh tarik.
Anwar bertemu Najib dalam keadaan dan tempat yang tidak menimbulkan fitnah. Semua orang ada.
Semua orang dengar apa yang mereka cakapkan. Sekadar sembang-sembang.
Ustaz Nasha jumpa PMNajib dalam keadaan "peperangan" bakal berlaku.(menjelang PRU 13).

Juga dalam keadaan "perang saraf" rancak berlaku. Tiba-tiba keluar berita gambar beliau dengan PMNajib dan lebih "dahsyat" keluar kenyataan agar PAS keluar PR.

Walaupun kenyataan berbentuk peribadi, tetapi ianya menzahirkan "wajah sebenar" beliau. Bermakna beliau selaku Ahli Syura menentang keputusan Syura. Sepatutnya keputusan Syura mengenai dasar dan polisi parti wajib dipersetujui dan dipertahankan. Mana dia semangat syura beliau? Dalam mesyuarat angguk, keluar mesyuarat menentang.

Lebih "cerdik" lagi beliau zahirkan "wajah sebenar" beliau melalui media UMNO.

Sepatutnya beliau menyuruh Karpal Singh keluar DAP bukan suruh PAS keluar PR ! Kerana marahkan individu bernama Karpal, Ustaz Nasha mahu "bakar kelambu" !

Lebih hebat lagi, Ustaz Nasha mahu "bakar kelambu" dalam "majlis" yang dihadiri Presiden "Parti Syaitan Yang Dikenali "(UMNO).

Seriusnya "kesalahan" Ustaz Nasha kerana beliau adalah Ahli Majlis Syura. Jika sekadar mantan Timbalan Presiden atau Ahli Parlimen, tidaklah besar sangat kesalahan. Majlis Syura adalah pemandu arah perjalanan PAS.

Barangkali hukuman yang sesuai buat Ustaz Nasha ialah :
a)  Amaran Keras.
b)  Tidak mencalonkan semula jadi calon PRU 13.
c)  Nasihat kepada beliau agar "berehat seketika" dan muhasabah diri supaya tidak alami nasib malang seperti Hasan Ali, Nakhaei dan beberapa kerat bekas "orang besar" PAS yang jadi pengemis dan penunggu kaki lima UMNO.

Mengapa Ustaz Nasha tidak dipecat macam Hasan Ali ?
Bukan kerana "jasanya banyak" . Jasa arwah Dato' Asri lagi banyak.
Bukan kerana " hebat ilmu dan strateginya". Ilmu dan Strategi Nakhaei lebih hebat.

Kerana atas satu sebab sahaja. Iaitu kita sayang kepada Ustaz Nasha. Kita tidak mahu Ustaz Nasha mengalami nasib Hasan Ali. Lihatlah nasib Hasan Ali.

 Semakin jauh,jauh dan jauh dengan akhlak pembela Aqidah. Sudah pandai berposing-posing. Ini akibat beliau berjinak-jinak dengan suku sakat Parti Syaitan Yang Dikenali !

Kita sayang Ustaz Nasha atas dasar sayangkan iman dan akidah beliau.


Wednesday, September 5, 2012

Pijak..bakar..koyak dan kencing...mana dahsyat ?


Begitu laju,lancar dan bersemangat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin membacakan akta kesalahan yang dilakukan terhadap tiga kes dan peristiwa yang berlaku diambang kemerdekaan :


a) Kes Pijak dan tayang punggung pada gambar Najib dan Rosmah.
b) Kes tayang bendera Sang Saka.
c) Kes serang Bas Jelajah Merdeka milik PR.

Tapi dalam ketiga-tiga kes itu, nampaknya polis "sangat" beriya-iya untuk siasat kes pijak Najib dan kibar bendera.Siasatan kes serang bas PR sekadar "syarat" agar tidak dilihat "siasatan pilih kasih"

Kita perhatikan kenyataan Bakri tentang kes pijak gambar PM :
i) ( kejadian memijak gambar pemimpin negara kes disiasat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan mudarat serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.)
  
ii) ( kes menunjukkan punggung terhadap gambar pemimpin negara  boleh  disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana cuba mengaibkan kehormatan
seseorang.)

Kita tanya Bakri bagaimana kes :
i) pijak, koyak dan bakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang ?

Kita tanya lagi Bakri, bagaimana kes :
i) kencing gambar Menteri Besar Kelantan dan Presiden PAS ?

Polis tak mahu siasat ke? Adakah Bukit Aman akan terjun bangunan tanpa turun tangga dan siasat 25 jam ?

Polis mestilah bersih dari politik kepartian juga polis tidak boleh dilihat bertindak sebagai mengikut  politik kepartian.

Satu lagi, adakah polis dah tangkap pembakar bendera Malaysia dalam peristiwa BERSIH di Batu Buruk 2007 ? Jawab ...jangan tak jawab !

Monday, September 3, 2012

Mat Indera dan Sang Saka


Menjelang detik jam 12 tengah malam di Dataran Merdeka, terdapat kumpulan anak muda mengibarkan bendera Sang Saka. Keesokkannya riuh rendah, kecoh seluruh negara melalui media barua tentang isu bendera.


Pelbagai tohmahan dan kutukan terhadap pengibar bendera Sang Saka. Hatta sekonyong-kinyong sepupu Najib Si Menteri Polis arahkan anak buahnya cari dan siasat pemuda yang kibarkan bendera.

Dengan selambanya salah seorang anak muda mengaku bahkan menceritakan kisah sejarah bendera tersebut. Baru rakyat terutama generasi muda tahu hal sebenar sejarah negara.

Terduduk dan terkedu seketika sepupu Najib serta Bukit Aman !

Tahun lepas hal yang sama juga begitu. Isu Mat Indera. Haji Mat Sabu bawa kisah Mat Indera. Beribu laporan polis dibuat. Bahkan demo dan ugutan samseng terhadap Mat Sabu pun ada.

Akhirnya terbongkarlah kisah sebenar Mat Indera. Beliau disanjung sebagai wira kemerdekaan negara dalam buku terbitan kerajaan Johor. Berpeluh-peluh MB Johor cuba ubah balik kenyataannya  dalam buku tersebut. Rakyat baru tahu siapa sebenarnya Mat Indera dan keluarga Mat Indera mendapat maruahnya kembali.

Dua perkara dan isu tersebut berlaku menjelang Perayaan Kemerdekaan negara. Setiap kali menjelang 31 Ogos setiap tahun, mesti ada kisah sebenar negara terbongkar.

Bayangkan dalam masa 10 tahun mendatang, berapa pula kisah sebenar sejarah negara bakal diketahui oleh generasi muda kita ?

Kita tidak berhajat tukar tarikh kemerdekaan negara. Kita tidak berhajat menukar Bapa Kemerdekaan negara dan kita tidak berhajat menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka.

Biarlah yang lepas menjadi lipatan sejarah.

Tetapi kita berhasrat dan mengimpikan setiap rakyat terutama generasi muda tahu kisah sebenar negara kita. Dengan mengetahui kisah sebenar sejarah negara maka menimbulkan semangat patriotik sayangkan negara dan tahu hakikat siapa sebenarnya barua penjajah yang kini sedang memegang tampuk pemerintahan negara.


Sunday, September 2, 2012

Perayaan Merdeka penuh "bangkai busuk".


Menyedari Sambutan Kemerdekaan kali ke 55 penuh kontroversi, UMNO terpaksa mencari isu-isu untuk menutup "pelbagai bangkai busuk" tentang sambutan kemerdekaan.


Jika tahun lepas, isu Mat Indera dan komunis diketengahkan, kali ini isu pijak gambar Najib, bendera Sang Saka dan ketidakhadiran Sultan Selangor.

Kalau diperhatikan, isu Mat Indera berakhir dengan Mat Sabu dimohon maaf berkali kali oleh tukang fitnah dalam mahkamah walaupun ribuan laporan polis dibuat.

Tentang pijak gambar Najib pula, dengan "mulut besar" sepupu Najib menganggap kesalahan yang melampau. Tetapi dia lupa dengan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Anwar Ibrahim dan MP Shah Alam yang dipijak, dikoyak oleh ahli Parti Keris Telanjang ( kini dikenali Parti Syaitan Yang Dikenali).

Bendera Sang Saka pula, isunya bukan Jalur Gemilang dibakar atau dipijak. Sekadar dikibar oleh anak muda. Anak Muda mempunyai tafsiran tersendiri dengan sejarah Sang Saka.

Mengapa begitu "bodoh" Menteri Polis keluar arahan mahu cari dan siasat pengibarnya ? Sepatutnya sepupu Najib arahkan SB cari siapa arahkan kibar bendera Israel di atas bangunan PWTC milik UMNO /

UMNO memang tidak puas hati dan tidak lena tidur jika isu Sultan tidak diketengahkan. Sejak bila UMNO menjadi pembela Sultan? Adakah UMNO sudah puas "bogelkan,telanjangkan" Raja-Raja Melayu?
Kalakarnya UMNO, dalam satu masa mendakwa pembela Raja Melayu dan dalam masa yang sama masih pakai kata-kata dan nasihat "Tukang Bogel" Raja-Raja Melayu, Dr Mahathir
( mantan Presiden Parti Syaitan yang Dikenali).

Malaysia telah merdeka 55 tahun tapi pemikiran pemimpin UMNO masih di "level" JKKK .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...