-Kuat kuasa peraturan halang remaja bawah 18 tahun keluar rumah selepas 12 malam.
-Sekat laman web lucah, kawal kafe siber dan penjualan perisian tidak bermoral .
Pertelingkahan antara Dr Asri dengan Zamihan Mat Zain penolong pengarah ILIM semakin rancak. Masing-masing dengan alasan tersendiri dan punya agenda tersendiri.
Kedua anak muda ini bijak menggunakan platform besar untuk "sebarkan" pengaruh masing-masing.
Dr. Asri bersama mantan MB Perlis Shahidan Kasim manakala Zamihan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Kedua mereka ini bukanlah ahli PAS. Mereka berdua "berperang" atas dasar ilmu yang diyakini. Dr Asri dengan Salafinya (Wahabi?)manakala Zamihan dengan fanatik mazhab (Ahbash?).
Inilah "serangan kedua" Zamihan terhadap Dr Asri. Dulu dengan dakwaan Sijil Palsu. Kini dengan dakwaan JI pula.
Zamihan bijak gunakan isu JI untuk kaitan dengan fahaman Dr Asri. Zamihan antara orang yang popular digunakan KDN untuk soal siasat dan "basuh kepala" tahanan ISA. Tanyalah Mat Sah Satray.Mungkin beliau ada pengalaman disoal siasat oleh Zamihan.
Melihat kepada turutan-demi turutan kronologi berkaitan "perang besar" Dr Asri-Zamihan, isu JI yang dikaitkan dengan Dr Asri timbul apabila timbul desas desus berita Dr Asri akan masuk UMNO bersama 100 orang "ulamak jahat".
Barangkali Zamihan tidak menyenangi kemasukan Dr Asri ke dalam UMNO yang boleh menggugat kedudukannya sebagai orang kuat ILIM. Lalu ditimbulkan isu JI dengan menggunakan platform KDN.
Kemasukan Dr Asri dalam UMNO boleh menggugatkan ustaz-ustaz UMNO yang berpegang teguh dengan mazhab. Kedudukan mufti-mufti juga akan turut di"geletek" oleh Dr Asri terutama mufti pro UMNO seperti Harussani. Begitu juga YADIM bakal "terganggu" dengan Dr.Asri.
Isu Zamihan dengan Dr Asri lebih kepada "Salafi-Mazhab". Ianya tidak berkait dengan PAS.
Melihat kepada hubungan akrab Dr Asri dengan Shahidan Kasim dan Zamihan dengan KDN, bolehlah kita simpulkan cara politik anak muda berdua ini.
Shahidan Kasim terus berpegang teguh dengan sekular UMNOnya yang pekat manakala KDN terus dengan tangkapan ISA yang kejam.
Apa yang pasti,PAS tidak mendapat apa-apa manfaatpun atas isu mereka berdua!
Uniknya PAS mempunyai ahli pelbagai pemikiran dan fahaman. Tetapi mereka tidak menjadikan perkara khilafiah sebagai halangan untuk bersatu menegakkan Islam. Mereka meraikan pelbagai pandangan dan tidak menjadikan ianya sebagai halangan dalam perjuangan Islam.
Berbalik kepada isu anak muda ini, elok diadakan debat untuk mereka berdua. Masing-masing bolehlah kemukakan hujah dan meluahkan pandangan mereka. Biar rakyat lihat kehebatan ilmu mereka berhujah.
Dulu Astora Jabar berhujah dengan Dr.Asri, kini tiba giliran Zamihan pula.