ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Ucapan Menteri Polis Zahid ketika kempen pemilihan UMNO di Melaka: Dadah.... tokey besar orang Cina, tokey kecil kecil orang In...
-
Isu wang RM12 juta menjadi panas dengan kenyataan bercanggah.TPM Zahid menafikan ianya wang tebusan untuk lanun Abu Sayyaf tetapi di...
Friday, December 31, 2010
TERIMA KASIH daun keladi lain kali baca lagi
Tahun 2010 bakal melabuhkan tirai. Blog ini mencapai hampir 22,000 hits. Purata sebulan 1,800 pengunjung.
Satu pencapaian yang boleh dibanggakan sebagai blog bertaraf AMATUR. Baru 3 tahun usianya. Untuk tahun ini sebanyak 145 artikel ditulis untuk bacaan pengunjung. Peningkatan hits juga banyak dibantu oleh Laman Tranungkite TKO yang sudi menyiarkan artikel yang dikirim.
Blog ini hanyalah buah fikiran penulis. Samada berfikir secara kritis, dalam kotak maupun luar kotak.
Apa yang penting jika ianya BERLAWANAN AL QURAN dan SUNNAH maka wajib ditolak.
Akhirkata, terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi menziarahi blog ini. Moga hidup kita semua diberkati dan diredhai Allah Taala.
Siapa "terkencing dalam seluar" baca berita ini?
Bekas Presiden Zionis Moshe Katsav didapati bersalah oleh Mahkamah Agung Zionis atas tuduhan merogol keatas 3 orang pembantu wanitanya. Atas kesalahan itu boleh di hukum maksimum 16 tahun.
Katsav juga dituduh memberi keterangan penuh penipuan oleh Panel Hakim Mahkamah Agung itu.
Bekas Presiden Zionis itu yang menjadi menjawat jawatan Presiden Zionis selama 7 tahun (2000-2007).
Katsav didakwa merogol oleh 3 pembantunya ketika masih menjawat jawatan Presiden tahun 2006.
Barangkali ada Menteri Kabinet kita "terkencing dalam seluar" membaca laporan ini.
Dalam celakanya Kerajaan Zionis ianya masih mengamalkan ketelusan. Tiada orang "kebal" dari undang-undang walaupun Presiden!
Berbeza dengan kita. Bunuh dengan C4, Rasuah berbilion-bilion, rogol amah, raba meraba. Semuanya bebas.
Sebab apa? Ada imuniti. Ada kekebalan.
Alangkah berbezanya kita dengan Kerajaan Zionis walaupun kita guna APCO dan 1Malaysia ciptaan Zionis!
Tuesday, December 28, 2010
Bahasa Isyarat digunakan dalam Mesyuarat Exco Selangor?
Bertuahnya Khusrin Munawi! Dalam kecoh dan kontroversi penangkapan kumpulan Syiah, Dr. Asri Zainal Abidin dan ADUN DAP masuk surau, tiba-tiba beliau dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Kerajaan Selangor(SUK).
Tentunya cara kenaikan pangkat beliau menjadi SUK sesuatu yang unik berbanding sejarah SUK di negeri yang diperintah pembangkang selepas Pilihanraya Umum. Misalnya Kerajaan Kelantan yang menghadapi SUK Wan Hashim di era 90an. Begitu juga Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999 yang menghadapi SUK Che Mat Jusoh.
Bezanya dengan kes Khusrin, Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu ketika itu baru memerintah dalam keadaan sudah ada SUK. Jadinya mereka menerima seadanya. Selepas itu barulah ditukar SUK yang serasi dengan inspirasi Kerajaan Negeri.
Pastinya berbeza dengan kes Khusrin. Telah diketahui rekod politiknya. Pernah bertugas di bawah Mat Taib semasa bekas menantu Sultan Selangor itu jadi MB. Selepas itu lebih terserlah keUMNOan selepas Selangor diperintah Pakatan Rakyat.
Bayangkan bagaimana keadaan mesyuarat Exco yang turut dihadiri Khusrin. Segala butiran mesyuarat yang tentunya rahsia bakal "dibawa mulut" oleh "barua UMNO" ini untuk ketuanya, Pengerusi UMNO Selangor PMNajib.
Walaupun barangkali telinga Khusrin bakal "merah" menahan serangan "Scud" Exco , tetapi yang penting dapat maklumat untuk PMNajib.
Barisan Exco pimpinan MB Selangor perlu membuat pelan B untuk hadapi kehadiran Khusrin. Seperti adakah dalam "bahasa isyarat" atau adakan mesyuarat lain selepas Mesyuarat Exco tanpa kehadiran Khusrin.
Atau gunakan kaedah lain untuk "membuli" Khusrin. Jika Kerajaan Pusat boleh membuli Kerajaan Selangor dalam isu perlantikan SUK, mengapa tidak untuk Kerajaan Selangor ?
Jadikan Khusrin seperti "peti sejuk" dalam pentadbiran Kerajaan Negeri !
Atau MB Tan Sri Khalid boleh "menadah kitab" pelajari pengalaman Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi bagaimana cara menghadapi SUK yang pro UMNO.
Peliknya bagaimana Sultan Selangor perkenan menerima Khusrin menjadi SUK Selangor dalam keadaan tanpa pengetahuan dan tidak mendapat nasihat MB seperti perlantikan SUK sebelum ini. Adakah baginda salah menerima nasihat daripada penasihat baginda sepertimana kes ADUN DAP masuk surau?
Apapun kita teringin juga melihat aksi Khusrin bakal "bergusti" dengan Exco Selangor!
PEROGOL:Senang cari.....Menteri kita tidak ramai.
Menjelang tahun 2010 melabuh tirai, tiba-tiba negara dikejutkan dengan satu peristiwa yang amat memalukan iaitu satu dakwaan yang dibuat oleh Badan NGO Migrant CareIndonesia terhadap Menteri Senior Malaysia semasa zaman Islam Hadhari ciptaan Pak Lah.
Jika ianya benar dakwaan itu yang sudah diketahui sejak 2007 oleh Jabatan Perdana Menteri, Kedubes Indonesia dan Kedubes Amerika di Jakarta sudah pasti memalukan dan mencemarkan imej Malaysia di kaca mata dunia Islam. Mengapa tidak?
Bukankah ketika itu kempen Islam Hadhari rancak dikempenkan.
Timbul persoalan mengapa Kerajaan Indonesia juga turut "menyapu " kes ini di bawah karpet? Berbeza dengan cara Kedubes Indonesia begitu cepat dan peka dengan kes amah-amah yang disiksa oleh majikan Malaysia. Adakah Kedubes juga turut takut kerana membabitkan Menteri Senior Malaysia?
Kes ini perlu disiasat setelus-telusnya. Pihak Indonesia dan Malaysia perlu bertindak segera. Ini membabitkan imej dan moral. Pendakwaan perlu disegerakan.
Keselamatan untuk si mangsa perlu dimaksimakan. Patutlah si mangsa sangat takut dengan kes ini dibongkarkan kerana si mangsa baru setahun pengeboman Altahtunya berlaku.
Nampaknya Kabinet Menteri kita penuh "warna-warni".
Siapakah agaknya Menteri Senior kita yang menghiasi "warna-warni" terakhir menjelang 2010 melabuh tirai?
Yang pastinya ianya bukan Samy Vellu dan JJ !
Saturday, December 25, 2010
Kemalangan Bas Ekspres :Pendekatan Rohani.
Satu lagi kemalangan ngeri membabitkan bas berlaku lagi. Kali ini membabitkan 28 orang terkorban. Seramai 26 orang pelancong asing dan 2 orang rakyat tempatan terkorban.
Oleh kerana tidak ramai rakyat kita terbabit, maka tiadalah banyak "rintihan, bebelan dan kritikan" terpapar di media. Bayangkan jika kesemuanya rakyat kita. Barangkali berlaku peraturan-peraturan baru di gubal.
Kita tidak tahu apa yang terpapar di media dan akhbar Thailand tentang peristiwa ngeri ini. Tentunya ada kritik pedas terhadap sistem keselamatan pengangkutan negara ini.
Juga tidak ketinggalan akan merundumlah seketika kebanjiran pelancong asing ke negara ini. Lebih-lebih lagi penggunaan bas untuk pelancong asing akan berkurangan.
Akibat kemalangan ngeri yang silih berganti membabitkan bas ekspres dan perlancongan ini, berlakulah saranan agar peraturan diperketatkan. Ini menjadi semacam "rutin dan wirid" jika setiap kali ianya berlaku. Pak Menteri seperti biasa akan arah ini dan itu. Biasalah standard menteri kita yang "kebal" untuk bertanggungjawab. Semacam mahu pegang jawatan hingga mati atau dibuang oleh PM.
Barangkali kita sering terlupa untuk menggunakan secara pendekatan ugama untuk atasi masalah ini. Berdasarkan pengalaman menggunakan bas ekspres, ada beberapa perkara yang perlu bagi syarikat bas mengambil langkah kerohanian untuk mengurangkan kemalangan ini. Antaranya, pastikan setiap pemandu bas adalah orang yang menunaikan solat.
Kita melihat ada dikalangan pemandu bas adalah orang yang tidak solat. Bahkan jika kita menyuruh untuk berhenti seketika untuk solat Subuh misalnya, mereka marah-marah dan merungut-rungut.
Ada juga yang agak lembut, menghentikan bas tetapi hanya penumpang sahaja yang solat.Pemandu pula ke tandas dan tidak solat. Pulak!
Bagaimana perasaan anda sebagai penumpang punya pemandu yang abaikan solat? Rasa selamat dan berkat untuk naik bas?
Bukan bermakna jika pemandu itu solat maka kemalangan tidak akan berlaku tetapi sekurang-kurangnya hati kita sebagai penumpang rasa tenang dan selamat dengan hal pemandu yang menunaikan solat.
Berbeza perasaan didalam hati jika kita naik bas yang mempunyai pemandu yang menunaikan solat dengan pemandu yang tidak solat.
Moga pihak pemilik bas prihatin dengan hal ini. Kesimpulannya pemilik bas juga mestilah dari golongan yang menunaikan solat barulah perkara solat ini diambil berat terhadap pemandu bas mereka.
Monday, December 20, 2010
Utusan musnah akibat gempa bumi 9.99richer.
Beruntung sungguh DAP kini. Mendapat publisiti percuma dari Utusan Malaysia, musuh ketatnya. Memang dari dahulu parti yang bersimbolkan roket itu telah mendapat publisiti hebat dari media barua UMNO itu.
Tetapi sejak peisytiharan Pengerusi DAP Karpal Singh untuk mempertahankan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia, publisiti dari Utusan mencapai peringkat "menggila". Utusan "mempublisitikan" DAP sehingga 6 halaman.
Sejarah Utusan di bawah ZAM, PAS tidak pernah mendapat publisiti "menggila" itu dikala amarah ZAM begitu tinggi terhadap PAS berbanding nasib DAP sekarang.
Sebenarnya tujuan Utusan "memperkasakan " isu kewarganegaraan oleh Lim Guan Eng adalah untuk mengalihkan kenyataan Karpal tentang persetujuan DAP berjuang mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi.
Sebenarnya ucapan Karpal Singh di Konvensyen PR ke 2 umpama gempa bumi berukuran 9.99 richer melanda Utusan Malaysia. Kesannya mengundang "kemusnahan yang teruk lagi punah ranah" terhadap segala usaha Utusan untuk memburukkan DAP dikaca mata orang Islam selama ini.
Tentunya Tok Guru Nik Aziz manusia paling gembira dengan ucapan Karpal Singh.
Bayangkan jika ucapan Karpal itu bisa mencetuskan "gempabumi 9.99 richer" buat Utusan, bagaimana suatu masa nanti jika Karpal memeluk Islam dan isytiharkan sertai PAS, apa yang bakal berlaku pada Utusan? Barangkali bakal jadi padang jarak padang tekukur bagai di serang garuda!
Ianya tidak mustahil.
Tuesday, December 14, 2010
Segala jenis JIN digunakan serang Anwar!
Sejarah menyaksikan mantan PM Malaysia Dr Mahathir dan Mantan PM Singapura yang kini menjadi Menteri Mentor Lee Kuan Yew sering berlainan pendapat, tuding menuding dan berlumba-lumba demi menunjukkan siapa yang hebat.
Begitulah lagak mereka berdua sepanjang zaman mereka memerintah dan bersara. Tapi atas nama Anwar Ibrahim, seolah-olah mereka berdua melupakan dulu "peperangan" mereka untuk bersama menyerang manusia yang bernama Anwar Ibrahim.
Walaupun berlainan tanggapan terhadap Anwar. Seorang mengatakan "masuk perangkap" dan seorang lagi dengan "rela hati" . Keduanya mempunyai mempunyai "nilai tambah" kepada UMNO untuk menyerang Anwar.
Menjelang Mac 2011( ramalan PRU ke 13), semakin ramai individu yang bakal digunakan UMNO bagi menyerang Anwar.
Bermula dengan Ezam, Nalla, Zaid Ibrahim, Zulkifli Nordin dan terkini Ummi Hafilda. Dari luar negeri pula Lee Kuan Yew, Wikileaks, CIA, Agensi Perisikan Singapura dan Australia juga tidak ketinggalan.
Itu belum campur serangan media Tv3, RTM, Utusan dan NST setiap hari. Berita " wajah hodoh" Anwar suatu yang wajib untuk disiarkan atas arahan PMNajib.
Semakin banyak penyelewengan yang dibongkarkan oleh Anwar semakin banyak individu diketengahkan untuk menghentam Anwar.
Nampak sangat PMNajib mengalami sindrom "menggelabah yang melampau" untuk menghadapi Anwar dan Pakatan Rakyat.
Semua ini seolah-olah bentuk "penyiksaan" terhadap Anwar sebelum dihumban dalam penjara.
Skrip sudah siap!
Wednesday, December 8, 2010
Tazkirah buat Raja-Raja Melayu.
Melihat kepada titah ucapan Raja-Raja Melayu sempena Maal Hijrah semalam lebih menekan kepada perpaduan dan hak keistimewaan orang Melayu.
Tidak diketahui mengapa isu hak istimewa Orang Melayu turut termuat dalam titah Raja-Raja Melayu. Adakah kerana sempena isu yang dibangkitkan oleh Presiden dan Ketua Umum PKR baru-baru ini?
Adakah Raja-Raja Melayu juga turut rasa terpanggil untuk mengulasnya atau turut "terpengaruh" dengan propaganda jahat UMNO? Adakah Raja-Raja Melayu sudah membaca isi penuh ucapan Presiden PKR ? Atau membaca Utusan Malaysia?
Titah ucapan Sultan Perak juga menarik. Baginda bertitah bahawa amat malang jika sejarah negara mahu dipadam dan fakta diubah. Baginda juga menyatakan Raja-Raja Melayu hari ini adalah bukan sekadar mewarisi bahkan turut bertanggungjawab kepada agama dan bangsa.
Baginda turut bertitah orang Melayu yang pertikai hak status Islam dan hak keistimewaan orang Melayu adalah menghina dan derhaka kepada bangsa sendiri.
Ya, sejarah tidak boleh diubah dan dipinda. Sejarah adalah untuk diambil pengajaran untuk Generasi Mendatang.
Adakah Raja-Raja Melayu tahu bahawa sejarah melawan penjajah dahulu adalah didukung oleh rakyat bangsa Melayu? Dimana Raja-Raja Melayu ketika Tok Janggut dibunuh? Dimana Raja-Raja Melayu dikala Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri? Dimana Raja-Raja Melayu dikala Mat Kilau diburu penjajah?
Dimana Raja-Raja Melayu ketika UMNO membunuh orang Melayu di Memali? Dimana Raja-Raja Melayu dikala UMNO menarik bantuan sekolah Agama Rakyat yang majoritinya orang Melayu jadi pelajar?
Dimana Raja-Raja Melayu dikala Bahasa Melayu dinyahkan dari subjek Sains dan Matematik? Dimana Raja-Raja Melayu dikala Masjid Bujal dirobohkan? Dimana Raja-Raja Melayu di kala calon MIC masuk masjid di Hulu Selangor?
Rekod sejarah tiada menyatakan ada di kalangan Raja-Raja Melayu mengetuai Gerakan Rakyat menentang penjajah Inggeris. Mudahnya Inggeris menjajah Negeri-Negeri Melayu adalah melalui Istana. Ini adalah fakta.
Jangan kita asyik bertitah dengan Ketuanan dan Hak Istimewa orang Melayu tetapi dalam masa yang sama membiarkan UMNO menipu kita seperti mana Inggeris menipu Istana. UMNO terus menindas bangsa sendiri.
Peliknya kita tiada dalam titah Raja-Raja Melayu tentang kebimbangan mengenai projek Hub Hiburan UMNO yang bakal terlaksana tahun depan. Adakah Raja-Raja Melayu juga mahu "tumpang semangkuk" membolot projek itu? Barang dijauhkan Allah Taala.
Adakah Raja-Raja Melayu tidak melihat nasib yang bakal ditanggung oleh orang Melayu akibat projek ciptaan PMNajib untuk jadikan Malaysia Hub Hiburan Antarangbangsa tanpa menghiraukan halal haram?
Sepatutnya dalam titah Maal Hijrah inilah Raja-Raja Melayu bertitah meluahkan kebimbangan dengan projek Hub Hiburan yang bakal menjahanamkan bangsa Melayu dan dengan automatiknya hilang jati diri orang Melayu seterusnya mereka tiada maruah. Inikah yang dikehendaki oleh Raja-Raja Melayu?
Zaman Raja-Raja Melayu duduk enak dalam Istana sudah berakhir. Raja-Raja Melayu perlu turun padang melihat penderitaan orang Melayu. Bukan musim tengkujuh sahaja atau bila rakyat di timpa musibah.
Raja-Raja Melayu perlu ulangi teladan Khalifah Umar Al Khattab meninjau dan melihat kehidupan rakyat marhein yang menderita akibat kezaliman UMNO.
Janganlah takut kepada UMNO kerana zaman buang negeri Raja-Raja Melayu hanyalah terdapat pada zaman penjajah Inggeris.
Raja-Raja Melayu yang dikasihi dan disayangi rakyat adalah baginda yang menjadi payung kepada rakyat dan menjaga kesucian Islam. Menjaga kesucian Islam bermakna pastikan istana baginda suci dari arak, judi, zina, maksiat dan kaum kerabat mereka menutup aurat.
Daulat Tuanku! Allahu Akbar!
Monday, December 6, 2010
Mengapa sekarang?
Dakwaan Persatuan Sejarah cawangan Kedah tentang pemilikan Kedah terhadap Pulau Pinang mengundang persoalan. Barangkali ramai yang tidak mengetahuinya. Dalam buku teks sejarah Kementerian Pelajaranpun tiada disebut perkara ini.
Peliknya mengapa hari ini baru di"heboh dan disensasikan". Lebih-lebih lagi apabila Pulau Pinang dikuasai Pakatan Rakyat(DAP)? Mengapa semasa GERAKAN menguasainya selama hampir 50 tahun tiada kedengaran berita. Kalau adapun, ianya "dikambus" cepat-cepat.
Dalam keadaan UMNO begitu bersungguh-sungguh untuk pecahkan persahabatan PAS-DAP, inilah peluang terbaik buat mereka untuk hasilkan tindakan ini. Laga-lagakan kerajaan pimpinan Ustaz Azizan dengan kerajaan pimpinan Lim Guang Eng. Yang untung adalah UMNO.
Lihatlah aksi Kerajaan Pusat. Mereka sekadar memerhati dari jauh.
Berbalik kepada isu pajakan Kedah terhadap Pulau Pinang, adakah sama seperti pajakan China terhadap Hong Kong dan Macau kepada British? Jika pajakan China mempunyai masa selama 99 tahun, adakah Pulau Pinang juga ada masa?
Bagaimana dengan pemilikan Johor terhadap Singapura? Atau pemilikan Brunei terhadap Sarawak? Itu belum lagi dengan Kesultanan Melaka dan Kesultanan Terengganu yang berubah tangan semasa penaklukkan Jepun?
Kita mesti memandang dan berjalan ke depan. Jadikan sejarah sebagai pengiktibaran agar tidak berulang lagi. Jangan ungkit sejarah yang lepas kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah bahkan menambah masalah.
Jangan risau Khir, nasib anda seperti Eric!
Diambang pilihanraya 2004, sekonyong-konyong Rais Yatim yang ketika itu jadi Menteri Jaga Mahkamah mendakwa ada 18 orang berprofil tinggi untuk di dakwa atas kes rasuah.
Ketika anak Yatim menyatakan ada 18 "ikan jerung" akan didakwa, rakyat Malaysia menaruh harapan yang tinggi bahawa Malaysia akan bersih dari "dosa rasuah". Mereka bayangkan ramai bekas Menteri bahkan Menteri akan diusung naik tangga masuk mahkamah termasuk Mahathir.
Rakyat Malaysia bayangkan berderet-deret pimpinan UMNO, MCA dan MIC "beratur" di tangga Mahkamah untuk didakwa. Mereka diketahui oleh "Master of Shark" Mahathir, Rafidah Aziz, Sammy Vellu, Nazri, IGP Musa, Khir Toyo hinggalah JKKK.
Malangnya selepas PRU 2004 dengan kemenangan besar BN, tiada yang "sangkut kes" kecuali Kasitah Gadam dan Eric Chia. Yang lain hanyalah dongeng semata-mata. Atas jasanya "menghiburkan" rakyat, Rais dipindahkan menjadi Menteri Jaga Mumia dan Hantu.
Nampaknya episod dan adengan ini berulang lagi. Kali ini tiba giliran Khir Toyo dengan sopan santun naik tangga mahkamah. Dulu Ahmd Lutfi Othman(kini Pengarang Harakah) pernah bawa "berlori-lori" fail rasuah Khir Toyo. Tetapi tiada kesudahannya. Ini gara-gara kekebalan Khir Toyo mengatasi imuniti Raja-Raja Melayu. Lagipun ketika itu Bapak Jerung jadi Perdana Menteri.
Hey Dr Gigi! Jangan risaulah. Mesti bebas punya. Ini Malaysialah bukan China atau Perancis. Lebih-lebih lagi lihatlah aksi "keras kepala" hakim yang enggan menarik diri dari mengendalikan kes Anwar. Itulah paras "ketelusan dan kehebatan" mahkamah kita.
Cuma umur orang yang didakwa atas kes rasuah biasanya tiadalah panjang sangat. Lihatlah umur Eric. Selepas bebas terus meninggal. Sama seperti kes mantan ADUN Pelabuhan Kelang.
Barangkali inilah yang merisaukan Dr Khir Toyo!
Thursday, December 2, 2010
Lupakah kita tentang ini?
Perasankah kita mengapa isi Ketuanan Melayu di"sensasikan "oleh media barua UMNO dan pimpinan UMNO ?
Semuanya hanya untuk mengalih perhatian rakyat terutama orang Melayu tentang kenaikkan minyak RON97 sebanyak 15 sen.
Isu Ketuanan Melayu akan "berkumandang" setiap hari hingga orang Melayu lupa berkenaan kerajaan BN pimpinan UMNO naikkan harga minyak. Dan seterusnya harga barang secara automatiknya akan naik.
Selepas itu media barua UMNO akan petik kenyataan Menteri UMNO memohon peniaga agar jangan naikkan harga barang sambil akan bertindak jika ianya berlaku. Tanda prihatinnya terhadap penderitaan golongan Melayu yang marhein.
Inilah rutin harian yang bakal di "dendangkan" oleh UMNO buat umat Melayu.
Kempen ini dinamakan "tembak satu peluru, kena dua sekaligus". Sasarannya ialah Anwar Ibrahim dan orang Melayu.
Isu Ketuanan Melayu di"panaskan" setiap hari agar orang Melayu benci kepada Anwar.
PRU ke 13 akan diadakan setelah UMNO melihat kempen jahat mereka berjaya iaitu orang Melayu menolak Anwar dan PR.
Jika tidak juga berhasil, pelan B dilaksanakan. Hantar Anwar ke Penjara Kajang. Selesai masalah!
Yang pasti nampak hasilnya sekarang ialah orang Melayu sudah lupa dengan kenaikan harga minyak bahkan seolah-olah orang Melayu "selesa" pula dengan keadaan itu!
Memang kita bangsa yang cepat lupa.
Subscribe to:
Posts (Atom)