ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, October 18, 2010

Piramid dan Menara Warisan.


Telah menjadi amalan setiap pemerintah di muka bumi ini untuk membuat sesuatu agar pemerintahannya diingati oleh rakyat di setiap generasi.


Itulah amalan dan lagak yang bergelar Sang Penguasa. Mereka tidak pedulikan kesengsaraan, penderitaan dan kesusahan rakyat marhein. Apa yang penting terbinanya mercu tanda bagi memenuhi nafsu besar mereka.


Yang jadi mangsa adalah rakyat. Yang menjadi mangsa duit rakyat. Duit cukai yang dipungut dari rakyat dan hasil mausul negara bakal dibelanjakan untuk membiayai projek impian Sang Penguasa.


Firaun di zamannya menggunakan keringat dan kudrat tenaga rakyat untuk membina Piramid. Begitu juga yang dilakukan Namrod bagi membina Babylon. Firaun dan Namrod begitu senang menggunakan kudrat rakyatnya kerana mereka berdua mempunyai kuasa mutlak. Setiap perintah wajib ditaati umpama "arahan Tuhan".


"Firaun" di zaman moden ini menggunakan pelbagai alasan bagi menghalalkan perbuatan mereka. Antara alasan popular lagi basi yang sering keluar dari mulut Sang Penguasa, "Untuk pembangunan, rakyat dapat manafaat, pengangguran dapat dikurangkan, menarik pelabur luar, pihak swasta yang membina....."


Jika Firaun zaman Nabi Musa as mengorbankan ribuan nyawa rakyatnya demi terbina Piramid, "Firaun Moden" pula membolot jutaan RM rakyat dan hasil mausul negara demi terbinanya Menara KLCC dan terkini Menara Warisan.


Jika Petronas "dipaksa" membeli tanah tapak Lumba Kuda dari kroni Mahathir untuk pembinaan KLCC, siapa pula yang bakal "dipaksa" PMNajib untuk membeli tanah dari kroninya untuk pembinaan Menara Warisan yang bernilai RM5 Bilion itu?


Menara Kembar KLCC umpama "batu nesan" dan simbol kezaliman Mahathir.


Adakah Menara Warisan yang bakal di bina PMNajib dan Rosmah ini akan bakal menyaksikan "wajah" Altahtunya di setiap penjuru dan sudut Menara 100 tingkat ini?


Malangnya Malaysia apabila hasil mausulnya di"faraid"kan oleh Sang Penguasa sesama kroni mereka seolah-olah harta emak bapak mereka!




6 comments:

Unknown said...

salam,
tahniah kat pm terdahulu, kerana memngilhamkan klcc. ternyata banyak kebaikan yg xterduga minda kita suatu masa dulu terserlah kini. saya berbangga jadi sebahagian dari pahitgetir pembinaan klcc. harap, dengan terbinanya menara warisan kelak bakal melantunkan imej malaysia seantero dunia. luaskan minda, anjakkan pemikiran, terangkan hati.. renung ke hadapan.. pasti kita nampak laluan itu.

Park Air said...

setuju dengan edde, dengan wujudnya KLCC banyak peluang pekerjaan dapat dinikmati. Mesir pun sekarang menikmati berjuta-juta dolar dari sektor pelancongan kerana tarikan piramidnya. hanya orang yang berpandangan jauh dapat memahaminya.

StingRay said...

"Malangnya Malaysia apabila hasil mausulnya di"faraid"kan oleh Sang Penguasa sesama kroni mereka seolah-olah harta emak bapak mereka!"



Apa la yang ko merepek ni.

Lain kali baca la dulu semua fakta sebelum nak menghentam.Apa ni.Penuh emosi.

Merepek sungguh.

Kan PNB dan cakap,semua duit yang nak guna tu,semua duit PNB sendiri.Bukan duit pelabur PNB.dUIT KEUNTUNGAN yang dijana hasil dari perniagaan dari mula dulu.

Tanah tempat tu dibeli tahun 2000.Tahun 2004 diorang dah start plan nak bangun.Ko iNGAT ni projek segera ke apa.

Sekarang,selepas 6 tahun baru umumkan.Kalau dah rasa PNB ni bengong sangat,suruh la semua adik ebradik,sedara mara jangan melabur bawah PNB.

Yang dok ikut sangat geng2 cina tu melalak apahal?Diorang tu sakit hati tengok bangunan melayu terbentang kat situ.

Lowyat...bukit bintang,petaling street,Time square,,deyy..situ semua penuh dengan cina.Keliling tu Cina penuh.Aku selalu pegi situ,aku tau la.

Pikir le jauh sikit.Jangan la jumud dan emosional sangat.

Oh ya.Ada satu soalan untuk kamu.

Kalau PR berjaya ambil alih MALAYSIA 2 tahun lepas,kemudian ada pengumuman macam ni...apa puak2 korang akan cakap?

Mesti bertepuk gembira lah kan.Bukti ekonomi dah maju orang kata.ye lah..baru 2 tahun perintah,dah dapat buat menara besar.Lagi maju sampai boleh lawan bangunan Petronas.ye dak?

Maklumlah....puak2 PR..semua boleh.

Aku dulu memang sokong PR.

Tapi sekarang..maaf la.PR ni pandai cakap.pandai kutuk.Pandai perli.Pandai kondem.Pandai doa orang pecah perut.sEJAK bersatu dengan DAP ni...minta maaf la.Jangan harap.





Lepas ni...kalau nak uji diri sendiri..sebelum hentam projek kerajaan...cuba tanya diri sendiri dulu satu soalan.

Satu soalan sahaja.

Soalan:MACAM MANA KALAU BENDA NI PIHAK PEMBANGKANG YANG BUAT?

Jeg Hui said...

one of the worst write up i've read in my life.

kalau lembu boleh baca dia pun ketawa! seriously!

menara said...
This comment has been removed by the author.
menara said...

http://menarawarisan.blogspot.com, the place where pros and cons flock together!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...