ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, January 9, 2012

PEMBEBASAN ANWAR : Mahathir dah beli tiket ....?


Anwar Ibrahim di bebaskan semasa PMNajib berada di angkasaraya menuju Kuala Lumpur dari Afrika Selatan.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana kepulangan PMNajib sebaik menjejak kaki di bumi Malaysia sekiranya Anwar di hantar ke Penjara Sungai Buloh.

Barangkali kapalterbang yang membawa PMNajib terpaksa berpatah balik ke Afrika Selatan akibat tidak dapat mendarat kerana bantahan rakyat di lapangan terbang.

Pelbagai lapisan rakyat menyambut gembira pembebasan Anwar sehinggakan MB Kelantan TG Nik Aziz berpuasa sunat kesyukuran.

Pembebasan Anwar amat bermakna bagi rakyat yang cintakan keadilan. Ianya satu langkah ke depan daripada 1000 langkah menuju Putrajaya. Perjalanan masih jauh lagi.

Banyak lagi kerja yang belum selesai untuk membersihkan sistem keadilan dan kehakiman negara ini.

Kes Anwar ini "menyangkut" beberapa individu. Antaranya :
1) Penggunaan wang zakat oleh Menteri Jamil Khir.
2) Pendakwaan ke atas Saiful atas tuduhan palsu.
3) Pemecatan Hasan Ali dari PAS kerana ulasan kes ini.

Apapun, barangkali Mahathirlah agaknya manusia yang paling kecewa dengan pembebasan Anwar. Mahathir masih tidak lena tidur bahkan dalam tidurnya diganggu mimpi-mimpi yang menggerunkan seperti melihat Hosni Mubarak di usung turun naik masuk mahkamah.

Barangkali Mahathir juga teringat ramai "kawan-kawan" nya sudah tiada seperti Hakim Hacks, Hakim Ariffin Jaka dan AG Mokhtar.

Apakah Mahathir tidak sedar lagi keadaan sekelilingnya ? Adakah Mahathir belum sedar lagi mengapa Tuhan masih memberinya peluang untuk hidup ?

Saturday, January 7, 2012

Sekeping gambar membawa 1001 makna dan pengertian.

Sekeping gambar membawa 1001 pengertian. Apa tafsiran anda tentang gambar ini?

1) PM adalah Rosmah.
2) Najib terkebil-kebil tunggu Rosmah selesaikan ucap selamat. "Takut" benar Najib pada isterinya ?
3) Tengok lagak cara Rosmah melayani VIP lain. Macam lagak PM.
4) Adakah ada unsur sabotaj untuk malukan PMNajib dengan penyiaran gambar ini?
5) Pembaca berita TV3 telah memohon maaf atas "kesasulan"nya menyebut PM sebagai Anwar Ibrahim. Bagaimana dengan Pengarang Utusan, dah mohon maaf ?
6) Adakah ini tandanya Malaysia bakal mendapat PM Wanita yang pertama ?

Apapun ini penyiaran gambar ini berlaku di ambang Anwar Ibrahim bakal dihumban ke penjara.

ANWAR : Adakah C4 sesuai untuknya?



Anwar Ibrahim pernah di ISA berikutan peristiwa Baling 1974. Selepas itu ditumbuk matanya oleh IGP Rahim Nor. Di sumbat dalam ISA kali kedua selepas dibuang dari UMNO 1998. Akhirnya dipenjarakan selama 6 tahun akibat fitnah liwat.


Selepas dibebaskan semasa era Abdullah Badwi, Anwar kembali di fitnah atas isu yang sama oleh Regim Najib pula. Menjelang perhimpunan 901 esok, pengawal peribadi Anwar dan Dr.Wan Azizah Ismail pula diserang buat kali kedua. Dulu semasa BERSIH 2.0, tulang pipinya patah dan semalam tangannya disuntik. Bahkan anak Anwar, Nurul Izzah pernah diugut untuk dirogol.


Jika kesemua cara di atas masih tidak berkesan untuk "menggula-gulakan" Anwar agar berhenti dari memperjuangkan keadilan, apakah "cara terbaik" untuknya ?


Semua "benda" sudah dirasai oleh Anwar demi kebenaran. ISA, Penjara, racun, fitnah, tumbuk dan sepak terajang.


Apakah nasib Anwar bakal senasib Benigno Aquino? Jika C4 begitu mudah digunakan apatah lagi yang lain.

Perketatkan keselamatan Anwar dan keluarganya.

Wednesday, January 4, 2012

Pengganti Anwar sudah ditemui !


Tarikh 9hb ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Tarikh itu menentukan nasib Anwar Ibrahim samada bakal menjadi warga Sungai Buloh atau masih bebas menjelajah negara.


Persoalan kini, siapakah yang bakal mengambil tempat Anwar jika beliau menjadi warga Sungai Buloh?


Jika sekadar pimpinan PKR, rasanya ramai yang boleh menggantikannya. Antaranya seperti Azmin Ali, Nurul Izzah bahkan Dr Wan Azizah pun boleh mengambil tempatnya.


Tetapi bagaimana dengan Pakatan Rakyat? Tidak dinafikan tertubuhnya Pakatan Rakyat adalah hasil idea Anwar sendiri. Bahkan "aroma" Anwar begitu terasa dalam Pakatan Rakyat.


Pengaruh Anwar dalam PR begitu kuat. Maksudnya bukan Anwar menguasai PR tetapi cara kendalian dan menyelesaikan percanggahan idea antara PAS dan DAP oleh Anwar begitu dihormati dan diterima oleh kedua parti.


Barangkali Anwar telah "menurunkan ilmunya" dan menunjukkan jalan kepada PAS dan DAP bagaimana menyelesaikan masalah jika beliau berkelana di Sungai Buloh.


Walaubagaimanapun, seseorang perlu dicari untuk mengambil tempat Anwar. Antara yang dikira layak adalah TG Nik Aziz Nik Mat Mursyidul AM PAS. Pengaruh beliau bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India.


Banyak bicaranya lebih menjuruskan kepada Islam dan tidak kepada Melayu sahaja. Lihat isu ADUN Bukit Lenjan Elizaberth Wong MP Serdang Teo Nie Ching dan MP Taiping Nga Kor Ming . Lihat bagaimana ketiganya "mencari" TG Nik Aziz untuk meminta pendapat dan "fatwa". Di sini non Muslim menjadikan TG Nik Aziz sebagai tempat pengaduan dan rujukan.


Banyak kenyataan TG Nik Aziz tidak menjuruskan kepada semangat perkauman. Misalnya soal calon Perdana Menteri. Beliau melihat isu kaum untuk menjadi PM bukanlah mutlak untuk orang Melayu sahaja. Apa yang penting Islamlah yang perlu diutamakan. Maknanya PM itu terbuka kepada semua kaum asalkan Islam.


Inilah antara sikapnya yang diterima oleh semua kaum. Beliau sanggup membela kaum lain yang dizalimi oleh kaumnya sendiri demi keadilan Islam. Kaum Cina dan India menjadikan TG Nik ikon terbaik untuk di contohi dari segi kehidupan yang sederhana, sikap politiknya dan pembelaanya.


Sudah ramai pimpinan muda DAP yang boleh menerima TG Nik Aziz sebagai "penyatu dan penyelesai masalah".


Barangkali Karpal Singh sahaja yang "balah cakap" dengan TG Nik Aziz. Biasalah sama-sama mempunyai usia yang sama. Sama-sama tua. Orang tua jika "bergaduh" itu tandanya mereka berkasih sayang! Lihat bagaimana TG Nik Aziz bergurau dengan Karpal Singh, " Saya lihat bulan ada di dada Karpal Singh..."


Sesungguhnya kita sudah "letih bergaduh" atas isu yang ditimbulkan oleh UMNO. Ingat, jika kita "bergaduh" semasa Anwar di Sungai Buloh, bermakna kita memerlukan 30 tahun lagi untuk bersatu seperti sekarang. Fikir-fikirlah wahai pimpinan atasan PKR, PAS dan DAP.

Monday, January 2, 2012

Pukullah sepuas hatimu......!


Insiden ganas aksi polis terhadap anak-anak muda bergelar Mahasiswa amat memalukan. Beginikah cara polis kita melayani anak muda yang tidak beraliran parti pemerintah?

Cara polis menangani anak-anak muda ini seakan mencurahkan lagi minyak petrol ke atas unggun api. Cuba lihat apa yang terjadi di Mesir, Tunisia dan Syria. 90% rakyat yang menentang regim Arab tersebut adalah anak muda.

Jika Regim Mesir yang terkenal dengan kuku besi dan zalim boleh tumbang dengan hanya bersenjatakan suara dan demostrasi, apatah lagi Malaysia.

Sebenarnya layanan ganas polis keatas anak-anak muda di UPSI tempoh hari itulah gambaran sebenar PMNajib dan UMNO melayani anak muda. Najib ingin melihat anak-anak muda semuanya di"doktrinkan" dengan fahaman angguk dan patuh kepada semua dasar kerajaan macam Regim Komunis.

Kepada polis yang patuh kepada UMNO umpama anjing patuh kepada tuannya, pukullah, sepaklah sekpuast hatimu terhadap anak-anak muda ini sehingga puas. Bahkan jika mahu tembak, tembaklah. Semakin jahat dan ganas aksi anda terhadap anak muda maka bertambah bertambah tenaga, semangat untuk menumbangkan Regim UMNO.

Cukuplah anda menjadikan perompak dan penyamun sebagai musuh. Jangan tambah lagi senarai musuh anda ! Bukankah kerja anda satu kerja mulia....menjaga keamanan rakyat bukan menjaga periuk nasi pimpinan UMNO

Sunday, January 1, 2012

Tahun 2012 bakal menjanjikan harapan.


Hari ini bermulanya Tahun Baru Masehi 2012. Tahun 2011 tentunya meninggalkan banyak kenangan samada manis "leting", pahit"nepang", masam "pekok" dan tawar"hebe".

Tahun 2011 meninggalkan banyak persoalan dan masalah untuk di"selesaikan" tahun 2012. Antaranya :

MALAYSIA
1) Pilihanraya kali ke 13. Tuntutan BERSIH 2.0 masih jauh lagi. SPR masih ber"kluk klek" dalam banyak hal. Hanya celup dakwat yang dipersetujui oleh SPR. Itupun belum menyakinkan. Jika SPR masih berdolak dalih dalam isu pengundi asing, pengundi pos, rakyat perlu mengadakan himpunan BERSIH 3.0 pada Februari ini.

2) Akta AUKU. Dasar PMNajib yang "berflip flop". Dulu PMNajib menipu rakyat dalam isu mansuh ISA. Kini beliau cuba menipu lagi. Giliran mahasiswa pula untuk di tipu Najib. Peristiwa Adam Adli dan keganasan polis di depan UPSI bakal memarakkan lagi api kebangkitan mahasisiwa. Kita katakan tahun 2012 adalah Tahun Kebangktan Mahasiswa.

3) Skandal UMNO. Barangkali ini satu taktik dan helah UMNO menimbulkan pelbagai "skandal" yang dilakukan oleh pimpinan mereka untuk menunjukkan kononnya mereka membasmi rasuah. Antaranya kes rasuah Khir Toyo, skandal lembu Shahrizat dan akaun Awang Adek. Peliknya skandal Submarine yang melibatkan rasuah, pembunuhan semakin kemas ditutup. Juga kes cincin dan beg Rosmah cepat-cepat di sapu bawah karpet.

4) Peperangan antara Najib dengan Muhyiddin semakin "panas". Beruntungnya Muhyiddin kerana Mahathir berada di belakangnya. Cepatnya Muhyiddin jadi PM bermakna cepatnya Mukhriz putera Mahathir jadi Timbalan Perdana Menteri.

5) Anwar menjadi warga Sungai Buloh kali kedua. Tarikh 9 Januari bakal menghumbankan Anwar ke Sungai Buloh. Keyakinan 99.9% Anwar ke penjara adalah berdasarkan Sistem Kehakiman Malaysia yang semakin tidak dipercayai. Barangkali jika pada 9hb ini, keputusan membebaskan Anwar ia adalah antara 7 Keajaiban Dunia !

SYRIA
Telah hampir setahun kebangkitan rakyat Syria berlaku. Didoakan moga Tahun 2012 regim Bashar Assad bakal tumbang. Nasibnya bakal menjadi seperti Gaddafi. Di bunuh rakyat sendiri. Tangan Bashar penuh berlumuran darah rakyatnya sendiri. Regimnya bakal senasib regim Mubarak dan Tunisia.

MESIR
Pilihanraya pusingan ketiga bermula Januari ini. Pilihanraya Presiden dijangkakan selewatnya September. Tetapi pihak pembangkang mahukan Mac ini. Pengaruh Tentera masih kuat menguasai teras Pemerintahan Sementara Mesir. Adakah pihak Tentera begitu senang memberikan kuasa kepada rakyat menerusi pilihanraya?

Adakah Mesir bakal menjadi Algeria Kedua ? Amerika dan Israel tidak sekadar menjadi pemerhati dalam politik Mesir. Masing-masing memainkan peranan untuk menghalang kuasa pemerintahan Mesir jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin.


Ramalan Tok Pepijat untuk Tahun 2012:
1) Anwar dibebaskan.
2) Pilihanraya tidak jadi diadakan Tahun 2012.
3) Regim Bashar Assad bakal tumbang.
4) Israel bakal berperang dengan Negara Arab seperti Mesir dan Syria.
5) Pengaruh Turki menggantikan Iran dalam Dunia Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...