ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, December 30, 2008

350,000 menuju Putrajaya !


Syeikh Arsalan pernah mengungkapkan kata-kata hikmatnya: "Seandainya seluruh warga India menjadi kura-kura berenang menuju ke pulau Inggeris nescaya tenggelamnya pulau itu."
Ungkapan itu bermaksud memberi semangat kepada rakyat India untuk bersatu menghalau Inggeris dari benua mereka walaupun dengan berenang sahaja. Bilangan mereka yang ramai mampu bisa menghalau dasar penjajahan Inggeris.

Hari ini umat Melayu mendapat khabar gembira lagi. GAPENA juga dapat suntikan baru. Seluruh guru Malaysia meliputi seramai 350,000 termasuk Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Bidayuh dan segala etnik yang terdapat di bumi Malaysia yang bekerja (makan gajilah)dengan Kementerian Pelajaran bersetuju menolak PPSMI di sekolah rendah. Mereka menghantar memorandum kepada majikan mereka sendiri untuk menghapuskan PPSMI menjelang 2011.

Jika kata-kata Syeikh Arsalan direalitikan, bayangkan 350,000 orang guru bukan sahaja mampu "meruntuhkan" bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya bahkan "meratakan tapak" Kementerian tersebut ! Menteri Hishamudin mungkin lintang pukang lari ke Pulau Batu Putih kerana UMNO Johor pun menentang PPSMI.

Apabila 350,000 guru Kementerian menghantar memorandum bantahan ini bermakna PPSMI adalah gagal ! Adakah Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin pekak badak? Masih hendak menegakkan benang basah ? Peliknya Alimuddin masih khayal dengan angka-angka peratus lulusan PMR pada hari ini. Beliau merayu pada guru-guru agar beri masa pada Menteri Hishamudin buat kajian terperinci PPSMI.
Hoi kawan! Adakah semasa PPSMI hendak dilaksanakan dulu, Kementerian Pelajaran buat kajian ? Panggil mesyuarat meja bulat ? Bayangkan warga Kementerian Pelajaran terpaksa layan idea gila Mahathir dalam masa 6 bulan untuk laksanakan PPSMI.

Memorandum bantahan ini adalah luahan memuncak perasaan guru yang terpendam selama 6 tahun terhadap majikan mereka sendiri. Guru-guru inilah yang menanggung sengsara akibat kerja gila Mahathir 2002.
Cuma kita rasa memorandum Majlis Permuafakatan Kesatuan/Persatuan Guru Kementerian agak berlembut. Sepatutnya mereka menggesa Kementerian menghapuskan PPSMI secara total samada peringkat rendah dan menengah. Bukan sekadar peringkat sekolah rendah dan tempohnya pula bukan 2011 tetapi mulai 2009.

Isu PPSMI bukannya isu teknikal. Ianya isu dasar, kedaulatan bahasa Melayu dan perlembagaan. Apa yang kita mahu kedaulatan bahasa Melayu dalam dasar pendidikan negara. Kita mahu semua matapelajaran kecuali bahasa dilaksanakan dalam Bahasa Melayu dari peringkat rendah hingga ke Universiti.

Persoalannya sekarang, jika Kementerian masih buat pekak badak apakah tindakan selanjutnya Majlis Permuafakatan terhadap majikan mereka? Adakah mereka bersedia mogok? Atau buat protes secara senyap dengan mengarahkan seluruh guru mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu? Atau ikut GAPENA saman kerajaan ?

Monday, December 29, 2008

Cockatoo di Kementerian Pelajaran


Seperti yang dijangka , Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimudin Md Dom mengatakan jurang semakin mengecil bagi pelajar bandar dan luar bandar dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi PMR 2008.

Kita tidak hairan dengan kenyataan Alimudin. Beliau kerja dengan Menteri Hishamudin. Kalau Hishamudin kata putih, takkan Alimudin nak kata hitam.
Esok Menteri Hishamudin pun akan menyalak untuk meneruskan idea jahat Mahathir ini kononnya PPSMI berjaya.

Apabila Menteri Hishamudin kata hendak teruskan PPSMI, Alimuddin mesti cari pelbagai cara untuk mengiyakan apa yang dihajati oleh Hishamudin.
Kepada Datuk Alimuddin, jangan anda jadi budak suruhan Hishamudin. Tahukah anda PPSMI adalah satu projek untuk "memampuskan " bangsa Melayu! PPSMI adalah cetusan otak Mahathir. Mahathir bukan keturunan Melayu tulen. Begitu juga Hishamuddin bukan keturunan Melayu tulen. Mereka berdua tidak mempunyai jati diri Melayu tulen! Projek ini untuk mem"buncitkan perut" kroni orang politik melalui tender buku teks, LCD dan lap top.

Cukuplah! Rakyat muak dengan pak angguk anda di Kementerian Pelajaran. Demi hawa nafsu keegoan kesombongan dan projek Menteri, pelajar umat Melayu jadi mangsa .

GAPENA! Ayuh kita saman segera mereka yang menipu rakyat. Mari kita "rotan" Hishamudin di khalayak ramai atas pencabulan Perlembangaan Fasal 152 yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Friday, December 19, 2008

Jaga Hishamudin! GAPENA dah mula asah keris!


Alhamdulillah! Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia(GAPENA) dah kembali ke jalan yang benar. Taubat Nasuha. Amaran Ketua Duanya Dr. Abd.Latif Abu Bakar kepada Menteri Hishamuddin sehingga 15 Mac 2009 untuk ubah kembali secara totalnya PPSMI dalam Bahasa Melayu. Inilah betul-betul anak jantan! Nampaknya Dr Awang Sariyan sudah ada kawan!


Menariknya amaran ini diberi belum sampai sebulan "perosak bangsa" Dr. Mahathir memberi ceramahnya dalam majlis anjuran GAPENA. Dalam majlis itu Dr. Mahathir tetap dengan "idea jahatnya" mempertahankan dasarnya membuang Bahasa Melayu dari pengajaran Sains dan Matematik.


Begitu juga amaran dari GAPENA ini untuk Hishamudin tidak sampai seminggu selepas Mesyuarat Meja Bulat memutuskan 7 pilihan kaedah PPSMI untuk dilaksanakan. Kononnya Hishamudin tidak hadir dalam rundingan itu untuk memberi kebebasan untuk bersuara.

Bermula hari ini umat Melayu mesti bersatu mengembalikan semula Bahasa Melayu ke landasan yang betul. GAPENA dan pejuang Bahasa Melayu mesti nyatakan dengan tegas bahawa pengajaran Sains dan Matematik mestilah secara total dalam Bahasa Melayu. Bukannya dengan pilihan-pilihan tertentu.


Persetankan politikus-politikus Melayu(UMNO) yang penakut dan hanya pentingkan isi perut dan projek.


Cuba lihat kaum India. Mereka begitu berani membela kaum mereka yang di tahan dalam ISA(Hindraf). Sanggup kayuh basikal ke Parlimen. Begitu juga kaum Cina. Mereka tetap pertahankan bahasa ibunda mereka dan menolak PPSMI. Memang benar apa yang diperkatakan Dr. Abd Latif, umat Melayu sekadar "pak turut" , penakut dan penikus.


Kadang kala kita perlu bersikap "kurang ajar" untuk memperjuangkan kebenaran. Itu saranan Musa Hitam kepada umat Melayu. Jika Bush boleh dilontar kasut, tidak mustahil Menteri UMNO bakal terima nasib yang sama dari umat Melayu!

Semua NGO Melayu dan parti politik dan individu Melayu perlu bertindak sekarang dengan lebih pantas. Kita sudah tidur lena selama 6 tahun ! Beberapa langkah untuk bertindak. Antaranya :

1) Tubuhkan badan induk untuk kumpulkan semua NGO Melayu. GAPENA ketuai badan induk ini.

2) Kumpulkan tandatangan bantahan. (sasaran 1 juta)

3) Sebarkan poster, handbill , sticker kepada umum.

4) Menyeru guru agar mengajar Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik.

5) Kumpulkan semua cerdik pandai Melayu.

6) Buat demostrasi aman. ( pikul keranda!)

7) Buka laman web.


Hey! Umat Melayu! Kita tidak boleh harapkan UMNO untuk membela bahasa Melayu. Menteri-menteri UMNO lebih agungkan Bahasa Inggeris. Lihatlah semasa di wawancara. Mereka hantar anak-anak mereka ke sekolah swasta bukan SK dan SMK bahkan ke luar negeri.
Tanyalah Hishamudin dan TPM Najib di mana anak mereka sekarang belajar?
Mereka tidak layak untuk bicara mengenai bahasa Melayu dan umat Melayu. Hanya layak bicara projek, projek dan projek!



Thursday, December 18, 2008

Siapa nak sewa Sri Perdana? Murah je!


Baru-baru ini Dewan Rakyat dimaklumkan tentang kediaman rasmi PM dan TPM Malaysia di Putrajaya. Isunya bukan sahaja bayaran sewa dan selenggara kediaman tersebut tetapi status hak milik kediaman itu. Jika berdasarkan jawapan Menteri, kediaman PM dan TPM Malaysia adalah bukan milik Kerajaan Malaysia. Ianya milik swasta iaitu Perbadanan Putrajaya Holding.


Sesuatu yang aneh lagi tolol untuk difikirkan iaitu mengapa kediaman rasmi PM dan TPM perlu bayar sewa? Adakah Kerajaan Malaysia miskin untuk membeli dan memiliki tanah untuk dibuat kediaman rasmi bagi pemimpin mereka ?


Jika kediaman PM dan TPM kena sewa, apatah lagi puluhan pejabat-pejabat kerajaan di sana. Tentunya jutaan RM lagi dikeluarkan untuk bayar sewa. Semuanya duit rakyat. Sepatutnya kediaman rasmi PM dan TPM adalah simbol kedaulatan dan maruah negara. Jika kena bayar sewa bermakna ianya sesuatu yang memalukan.


Cuba kita bayangkan kita menyewa rumah. Tentunya tuan rumah bila-bila masa boleh tendang kita keluar. Kita tiada kuasa kerana kita bukan tuan punya rumah. Begitulah keadaan kediaman rasmi PM dan TPM.

Lihatlah di Amerika Syarikat. Mereka berbangga dengan White House. Adakah kediaman rasmi Presiden US itu dibayar sewa oleh Kerajaan Amerika? Begitu juga No 10 Downing Street. Adakah Kerajaan British sewa?


Sebetulnya kita berbangga memiliki prasarana Kelas Pertama Dunia tetapi malangnya kita punya pemimpin yang pemikirannya Kelas Ketiga Dunia!


Kita bimbang jika kediaman rasmi PM dan TPM disewa, adakah Istana Melawati kediaman baru Yang Dipertuan Agong juga kena bayar sewa? Malu kita weeh! Ini semua peninggalan dasar swasta Dr.Mahathir.


Inilah antara "tahi'- tahi" warisan Dr. Mahathir untuk generasi kita merasainya entah berapa generasi walaupun pembuat dasar sudah dimamah ulat-ulat tanah!

Rasanya tidak salah jika generasi mendatang menziarahi pusaranya dan meludah atasnya!

Wednesday, December 10, 2008

PRK P036 : Calon wanita pilihan terbaik PAS.


Nampaknya demam PRK 036 semakin panas. PAS dan PR telah mula menggerakkan jenteranya walaupun kini calon belum dimuktamadkan. Di pihak BN biasalah. Mereka bergerak di saat akhir. Lagipun mereka dah ada media massa, jentera kerajaan dan yang penting mereka ada RM.

Di pihak PAS telah ada 2 cadangan. Pertamanya dari TG Nik Aziz secara peribadi yang cadangkan Mohammad Sabu manakala di pihak Pemuda PAS Terengganu seorang intelektual muda (sehingga kini nama belum diumumkan). Yang pasti kedua cadangan calon itu adalah lelaki.

Masing-masing ada alasan kukuh untuk cadangkan calon mereka. Bagi TG Nik Aziz, beliau merasakan Parlimen perlukan suara dan kehadiran Mohammad Sabu. Lebih-lebih lagi bergandingan dengan Mahfuz Omar dan MP PKR. Lagipun nama Mohammad Sabu sudah sinonim di seluruh negara.

Kepada Pemuda PAS Terengganu pula, mereka berhujahkan ianya perlu calon tempatan yang ianya di sokong oleh peringkat grassroot(akar umbi).


Marilah kita berfikir di luar kotak pemikiran umum. Bagaimana kalau kita calonkan P036 itu dari golongan wanita? Lagipun Terengganu sudah lama "kekeringan" calon wanita. Paling akhir Khadijah Sidek bagi MP Dungun. Itupun dah lebih 40 tahun yang lalu.


Pimpinan PASTerengganu perlu ubah pemikiran lama. Mereka perlu berani buat perubahan berani. Lihatlah PAS Kelantan dan Selangor. Mereka sudah ketengahkan calon pilihanraya dari kaum wanita. Bahkan ada dilantik menjadi Exco.


Melihat kepada bilangan pengundi di P036 Kuala Terengganu, pengundi wanitanya lebih 555 orang dari kaum lelaki. Walaupun BN pernah pertaruhkan calon Ketua Puteri untuk DUN Batu Burok dan kalah. Tetapi itu bukan ukurannya kerana DUN Batu Burok adalah kubu kuat PAS.


Sekaranglah PAS Terengganu mesti lakukan pembaharuan pemikiran. Letakkan calon muslimat. Muslimat PAS Terengganu tidak begitu menonjol akibat dinaungi oleh Dewan Pemuda. Sudah tiba Muslimat PAS "keluarkan kepala" dari tempurongnya!

Lagi pun jika kalah, tidak memberi kesan dari segi perubahan pucuk kerajaan. BN tetap kuasai Terengganu dan Malaysia.


Apa yang penting, kita perlu berani dan jadikan percalonan dari kaum hawa sebagai "test market" politik masa depan.

Monday, December 8, 2008

Utusan Malaysia "kain kapan" UMNO.



Utusan Malaysia buat onar lagi. Kali ini PAS Selangor yang menerima bahananya. Dulu kenyataan Presiden PAS TG Haji Hadi di Kemaman mengenai perlantikan ketua PKNS diputar belitkan oleh akhbar ini. Terbaru kenyataan PJ PAS Selangor mengenai kerajaan PR Selangor menerima nasib yang sama dengan Presiden PAS. Kenyataan diputar belitkan. Yang menariknya, ketika PAS Selangor mendapat Ketua Penerangan baru ( beliau juga S/U Akhbar Presiden PAS)yang menggantikan YB Hulu Kelang.


Sepatutnya cukuplah kita kena "patuk ular" sekali. Kita terlalu "berhemah" dan "bersopan santun" dalam politik ! Sekadar menyatakan kesal tidak akan men"taubat"kan Utusan Malaysia.


Kita perlu belajar dari pengalaman yang lalu. Dulunya PAS konsisten dengan sikap anti Utusan Malaysia. Bahkan pernah membakar akhbar itu dalam muktamar tahunan di Taman Melewar. Ahli-ahlinya memboikot akhbar tersebut. Tapi kini nampaknya PAS mulai berlembut dengan mereka. Bahkan "hampar karpet merah" untuk mereka semasa mengadakan sidang akhbar ! Kita semacam "laparkan glamour".

Maklumlah Utusan Malaysia. Hebatnya kita meraikan mereka dalam situasi kita sudah ada banyak media alternatif seperti Harakah, Siasah, Suara Keadilan, Roket dan internet. Balasan untuk kita ialah racun! Kita pun menjerit-jerit menyatakan kesal. Patutkah begitu ? Tololkah kita untuk mengerti bahawa Utusan Malaysia itu adalah milik UMNO! Lupakah kita dengan motonya "Penyebar Fitnah Rakyat"? Sedarkah kita didalam Utusan Malaysia ramainya pengikut "Abdullah bin Ubai" ? Jadi mengapakah kita masih "selok kera " menjemput mereka? Miskinkah kita dengan media alternatif ?


Ikutilah contoh Kerajaan Selangor yang mengharamkan Utusan Malaysia dalam sidang media mereka dan dalam bangunan milik mereka. Begitu juga contohilah Anwar yang sebelum mengadakan sidang media, terlebih dahulu memastikan wartawan Utusan Malaysia tiada dalam sidang media itu. Susah sangat ke untuk membuat demikian? Ianya susah jika kita terlalu "lapar"kan glamour!

Dulu kita selalu dimotivasikan jika susah bangun untuk solat Subuh, anggaplah selimut itu kulit babi. Apa salahnya jika setiap ahli PAS dimotivasikan dengan menganggap Utusan Malaysia umpama kulit babi yang wajar dijauhi dan dipandang jijik. Lagipun Utusan Malaysia jaguh memaparkan isu babi!

Tahukah kita semua Utusan Malaysia adalah bakal menjadi "kain kapan" UMNO yang sedang nazak sekarang.

Wednesday, December 3, 2008

Ketuanan Melayu versi UMNO.




Riuh rendah seluruh negara bercakap tentang Ketuanan Melayu. Masing-masing ada pendirian dan prinsip. Masing-masing ada versi tersendiri. Isu Ketuananan Melayu bukan sahaja ditafsir oleh orang Melayu bahkan orang Cina dan India juga mempunyai pandangan masing-masing.

Kita melihat Ketuanan Melayu timbul setiap kali "api" dinyalakan. Biasanya "api" itu dinyalakan oleh UMNO dan seterusnya di"simbah petrol "oleh Gerakan, MCA, MIC dan PPP. Biasanya DAP lebih banyak berdiam diri. Nampak cantik sekali "permainan" mereka yang begitu "menghiburkan" persis macam Brazil main bola !!

Semua ini adalah lakonan belaka! Jangan terpedaya dan tertipu. Sebenarnya Ketuanan Melayu versi UMNO adalah didokongi oleh kroni-kroni mereka sendiri bermula dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.
Ketuanan Melayu versi UMNO bermakna mulut mereka mengucup keris manakala kedua tangan mereka membolot dan membahagikan hasil mausul negara sesama kroni samada Melayu, Cina maupun India.
Adakah UMNO layak bercakap tentang Ketuanan Melayu?

Umat Melayu perlu cerdik untuk menilai Ketuanan Melayu versi UMNO. Ketuanan Melayu versi UMNO hanyalah untuk mem"buncit"kan mereka sahaja. Apa-apa yang menghalang usaha "murni" mereka, akan ditentang habis-habisan.

Mari kita lihat kesan buruk Ketuanan Melayu versi UMNO :

1) Ketuanan Melayu versi UMNO menjadikan DEB lubuk cari kekayaan sesama UMNO. Matlamat DEB adalah satu usaha murni untuk merapatkan jurang ekonomi dan membasmi kemiskinan orang Melayu. Mengapa selama 30 tahun usaha ini masih gagal? Kerana UMNO gunakan DEB ini untuk 'membuncitkan' perut Melayu mazhab UMNO sahaja. Sebab itulah Cina dan India pertikaikan DEB. Sepatutnya tempoh 30 tahun diberikan, tiada lagi umat Melayu makan siput babi, merempat tiada tempat berteduh, tidak boleh bayar yuran sekolah dan tentunya Pusat Zakat tercari-cari orang yang hendak dapatkan zakat darinya.

2) Ketuanan Melayu versi UMNO mengajar umat Melayu supaya boleh bersikap kurang ajar kepada Raja-Raja Melayu tetapi jangan sesekali bersikap kurang ajar kepada UMNO. UMNO di zaman Mahathir berjaya mem"bogel"kan Raja-Raja Melayu samada di TV maupun suratkhabar. Masihkan kita lupa 2 kali Sultan Kelantan dimalukan UMNO. Tanyalah Anuar Musa. Isu pertabalan Sultan baru dan kereta Lamborgini.
Almarhum ayahanda SPB Agong sekarang juga tidak ketinggalan untuk dimalukan oleh UMNO. Isu pembinaan makam diraja Ladang disiarkan di muka depan suratkhabar Utusan Malaysia kononnya satu pembaziran. Tujuannya agar umat Melayu sendiri benci kepada Raja mereka sendiri. RTM pada masa itu berkali-kali siarkan filem "Hang Jebat" di TV.

Begitulah perangai jahat UMNO. Apabila tersepit, Institusi Raja akan digunakan kononnya mereka pembela Raja Melayu. Bagai lepaskan anjing tersepit akhirnya anjing itu akan gigit kita. Itulah sifat tulin UMNO!

Kemuncak segala kejahatan UMNO terserlah di zaman Pak Lah semasa pasca pemilihan MB Terengganu. Ketuanan Melayu UMNO mencipta gelaran baru untuk Sultan Terengganu sendiri dengan gelaran "natang". Apakah motif TV3 siarkan banner tersebut? Sampai hari ini kes ini tidak dibicarakan di mahkamah. Kalau kumpulan Maunah disabitkan kesalahannya sebagai "menentang Seri Paduka Yang Dipertuan Agong" yang dihukum gantung, apakah menggelar Sultan Melayu sebagai "natang(binatang)" satu kes yang kecil sama seperti kes curi sebiji telur ayam?
Setelah puas "bogel"kan Raja-Raja Melayu, UMNO bercakap tentang Ketuanan Melayu mempertahankan Raja-Raja Melayu. Boleh percayakah? Pooorah!

3) Ketuanan Melayu versi UMNO kononnya menjaga Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi. Sejarah menjadi saksi kedurjanaan UMNO menjahanam dan memusnahkan bahasa sendiri. Atas alasan kemajuan, tulisan jawi dibakulsampahkan oleh UMNO. Atas nama Ketuanan Melayu versi UMNOlah maka bahasa ibunda umat Melayu dinyahkan dari pengajaran Matematik dan Sains. Anak-anak Melayu yang tinggal di luar bandar semakin ketinggalan akibat perangai jahat UMNO ini. Apa yang penting bagi Ketuanan Melayu versi UMNO ialah membolot projek tender lap top, cetak buku teks dan persetankan tentang nasib anak bangsa.


4) Ketuanan Melayu versi UMNO bertanggungjawab memusnahkan JATI DIRI umat Melayu Malaysia. UMNO meluluskan pembukaan kedai judi. Membiakkan disko, pub dan kelab dangdut. GRO Melayu membiak hasil ternakan Ketuanan Melayu versi UMNO. Akibat Ketuanan Melayu versi UMNO ini, rumahtangga umat Melayu porak peranda. Umat Melayu jadi kaki judi, arak dan betina. Bagaimana UMNO nak pimpin dan jadi tuan kepada negara ini terutama menjadi contoh kepada umat Melayu sedangkan pimpinan tertinggi mereka ramai menjadi kaki tunggang arak, ada jadi taukeh disko bahkan terlibat dengan skandal seks ? Tanyalah Sang Kelembai. Dia ada senarai puluhan nama pimpinan UMNO kaki arak.
Ketuanan Melayu versi UMNO mengkhayalkan (mengCANDUkan)umat Melayu dengan hiburan agar mereka hilang rasa tanggungjawab terhadap ugama, bangsa dan tanahair. Pelbagai permit lesen diberikan untuk membiakkan konsert hiburan.
Tentunya Ketuanan Melayu versi UMNO berbangga kerana muda mudi Melayu menjuarai segala aspek gejala sosial bermula dengan menjadi majoriti warga Pusat Serenti, mat rempit, bohsia dan buang anak.

Ketuanan Melayu versi UMNO sebenarnya adalah slogan hipokrit untuk survival politik periuk nasi UMNO semata-mata.

UMNO bercakap tentang pembelaan terhadap orang Melayu, Raja Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam. Benarkah begitu? Jawablah persoalan dibawah:

1) Siapakah bunuh umat Melayu di Memali ?

2) Siapakah rompak royalti minyak semasa Kerajaan PAS memerintah Terengganu yang majoriti penduduknya umat Melayu?

3) Siapakah tarik balik bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat yang majoriti guru dan pelajarnya umat Melayu ?

4) Siapakah menghapuskan bahasa Melayu dalam subjek Matematik dan Sains?

5) Siapakah larikan puteri Raja Melayu untuk dikahwini?

6) Siapakah rogol gadis Melayu dan penjarakan orang yang membela gadis itu?

Cukup...cukuplah! Terlalu banyak "dosa" UMNO buat umat Melayu di Malaysia!

Hey umat Melayu Malaysia! Hantar cepat United Malays National Organization ke "jirat" !

Saturday, November 29, 2008

PRK P036 : PAS perlukan calon tempatan.



PRK P036 Kuala Terengganu bakal diadakan. P036 mengandungi 4 DUN iaitu Bandar, Ladang, batu Burok dan Wakaf Mempelam. Kecuali Bandar, semuanya milik PAS. Wakaf Mempelam dan Batu Burok adalah "stronghold" bagi PAS seperti Rhu Rendang dalam Parlimen Marang. Manakala Ladang, PAS cuma menang tipis 31 undi dan Bandar adalah milik MCA. P036 adalah kawasan yang siling bertukar parti. Parti pembangkang yang pernah memenanginya iaitu Parti Negara melalui Dato' Onn Jaafar(dulu dikenali sebagai Kuala Terengganu Selatan). Begitu juga Semangat 46(Datuk Manan Osman) tahun 1990. PAS pula pada tahun 1999 melalui Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dengan majoriti melebihi 10,000 undi.


Melihat kepada rekod keputusan P036 yang lepas, seolah-olah penentu kemenangan P036 ditentukan oleh DUN Bandar. Parti mana yang menang DUN Bandar bermakna memiliki P036.
Dalam PRU 8, DUN Bandar dimenangi oleh PAS menerusi Ustaz Harun Jusoh manakala P036 oleh Semangat 46. Dalam PRU 10, DUN Bandar juga dimenangi PAS menerusi Azmi Yop dan P036 oleh Syed Azman Syed Ahmad Nawawi(PAS).

Tetapi jika kita lihat keputusan PRU 12, PAS memenangi 3 DUN tetapi gagal hantar Mat Sabu Ke Parlimen. Ini kerana BN melalui MCA berjaya dengan majoriti 1,134undi. Untuk mengharapkan undi pos, adalah mustahil bagi PAS. 98.5% undi pos adalah untuk BN. Undi pos datangnya dari IPK Polis dan FRU yang bermarkas di sebelah Dewan Tunku Abdul Rahman. Oleh itu jentera PAS dan Pakatan Rakyat perlu menumpukan fokus utama menarik undi masyarakat Cina di DUN Bandar. Peratus pengundi Cina adalah 38% di DUN Bandar dan 10% bagi P036.

Mengenai calon, PAS perlu memilih calon dari kalangan orang tempatan. Perlu difahami, PRK berbeza dengan PRU. Dalam PRU, faktor calon tidak begitu diambilkira oleh pengundi. Ini kerana tumpuan mereka ke seluruh negara. Tiada masa melihat kewibawaan calon. Pengundi ketika itu lebih "seronok" melihat tokoh-tokoh politik bertarung di seluruh negara dari menumpukan calon yang bertanding di tempat mereka sendiri. Faktor budaya politik Terengganu yang "tidak mesra" kepada calon luar berbanding budaya politik Kelantan juga boleh diambilkira. Mungkin calon baru mewakili golongan muda boleh difikirkan.

Begitu juga PAS perlu teliti memilih calonnya. Kes ADUN Batu Burok yang lebih masa di Kuala Lumpur juga perlu dijadikan iktibar untuk memilih calon.

Kelebihan PAS kalinya berdasarkan beberapa faktor dan boleh digunakan sebagai bahan ceramah dan kempen. Antaranya :
1) Isu "natang" oleh UMNO semasa keributan memilih MB. Ianya berlaku di P036.

2) Tembakan peluru hidup oleh polis. Juga berlaku di P036.

3) Perbalahan antara Mat Said dan Mat Deris serta kuncu-kuncunya semasa Pasca PRU.

4) Isu pemilihan Ketua Bahagian UMNO antara orang Mat Said dengan Mat Deris.

5) UMNO akan gunakan medan P036 untuk kempen pemilihan pada Mac nanti. Mereka bergasak sesama sendiri !

Thursday, November 27, 2008

Scapepig


Sah! Kerja UMNO sekarang ialah suka mem"babi hitam"kan( scapepig) orang lain. Sehingga kini 2 buah kerajaan sudah di"scapepig"kan oleh UMNO iaitu kerajaan Selangor dan Kedah. Semuanya tentang ternakan babi. Amat menghairankan projek yang dirancang dan diluluskan DUN semasa Kerajaan UMNO Khir Toyo dan Mahadzir dahulu, kini dianggap boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada orang Islam. Ini semata-mata kerana Kerajaan yang meneruskan projek itu adalah Kerajaan Pakatan Rakyat.
Secara positif, kita amat setuju projek itu diteruskan oleh kerajaan PR. Ini kerana ianya boleh atasi masalah pencemaran alam sekitar.

Dengan menggunakan sistem moden walaupun ianya terpaksa berbelanja lebih tetapi ianya memberi kebaikan kepada rakyat dari segi pemeliharaan alam dari tercemar. Kepada orang bukan Islam, projek ini menunjukkan betapa Islam bersikap terbuka dan menghormati hak-hak agama lain. Manakala kepada orang Islam, projek ini melindungi daripada pencemaran bau dan najis daripada penternakan ini.

Malangnya UMNO dengan segala kejahatan dan hasad dengkinya memutar belitkan isu projek ini untuk menagih kembali undi umat Melayu. UMNO tahu isu babi adalah amat sensitif kepada umat Melayu lalu menyalak menggesa umat Melayu menentang projek tersebut.


Sebenarnya punca utama UMNO menggunakan isu babi dengan bermotifkan 2 perkara iaitu :


a) Untuk menimbulkan perasaan perkauman antara Melayu dengan Cina. UMNO menaruh harapan agar Melayu akan membenci Cina atas isu projek babi. Dengan ini orang Melayu akan kembali semula kepada UMNO kerana mereka melihat UMNO membela Melayu.


b) Sebenarnya projek penternakan babi yang diluluskan oleh Kerajaan UMNO sebelum tumbang dalam PRU 12 Mac lalu mempunyai hubung kait dengan saham mereka dengan industri ini. Jika judi dan arak, UMNO boleh "halalkan" apatah lagi babi walaupun tidak memakan dagingnya tetapi "kedarah lagi pelahap" makan hasil ternakannya!

Industri babi adalah industri cepat kaya. Oleh itu amat menghairankan jika UMNO tidak terlibat. Itulah mereka begitu bersungguh-sungguh marah apabila kerajaan PR mengambil alih projek "impian" mereka. Lalu lagu perkauman dinyanyikan oleh juak-juak mereka.


Cuba kita fikirkan secara rasional, mengapa isu babi tiada kedengaran di Melaka dan Negeri Sembilan yang dikuasai oleh UMNO? Di kedua negeri tersebut, kandang-kandang babi bersepah. Penduduk samada Melayu, Cina dan India terpaksa hidu bau najis babi puluhan tahun. Tetapi tiada tindakan dari Kerajaan UMNO untuk atasinya. Mengapa ? Cuba anda "melancong" ke kandang babi di Negeri Sembilan dan Melaka dan tanyalah apek yang menjaga kandang babi itu siapa yang ada saham kat kandang itu. Jangan terkejut jika apek sebut nama yang ada saham kat kandang sama seperti nama anda! Melayu boleh!


Melayu sekarang serba boleh! Ada jadi Pengerusi Kilang Arak. Ada jadi Pengerusi Syarikat Judi. Ada tuanpunya Kelab Malam dan Kelab Dangdut yang menyajikan arak dan pelacur.

Jadi apa nak dihairankan jika Melayu pun ada jadi taukeh babi !!


Monday, November 24, 2008

Awas! UMNO sedang lepaskan hantu-hantu raya.


Nampaknya akhir-akhir ini semangat api perkauman semakin menyala di Malaysia. Bermula demo di Pulau Pinang merebak di Selangor dan terkini di Kuala Lumpur. Yang peliknya semua dilulus dan diberi permit oleh polis. Bahkan semacam dialu-alukan oleh polis. Tiada topi kepala merah. Tiada water cannon. Kalau boleh polis hendak hamparkan permaidani merah buat mereka. Maaf...layanan ini istimewa khas buat UMNO dan "hantu raya" peliharaan mereka seperti PEKIDA, Pewaris, PERKASA dan terbaru Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM)pimpinan Dr Maamor Mansor. Semoga Teras Melayu pimpinan Cikgu Azmi Hamid tidak tersesat seperti PPIM !


Sasaran utama golongan ala Klu Klux Klan ini adalah orang Cina dan India. Dengan menggunakan atas nama Melayu, Raja Melayu dan Islam, mereka mengapi-apikan fahaman perkauman. Di ambang UMNO sedang nazak dan sedia ditalqinkan, mereka lepaskan "hantu raya" untuk mengalihkan tumpuan isu nazak UMNO kepada isu perkauman.


Perjuangan hantu raya peliharaan UMNO ini ialah untuk memastikan azab siksa UMNO menghadapi saat kematian yang jelik lagi jijik tidak dilihat dan tidak disedari oleh rakyat Malaysia. Maka hantu raya UMNO ini akan merayau-rayau sambil melolong perkauman.


Untuk menghadapi gangguan hantu raya peliharaan UMNO ini, Rakyat Malaysia perlu berbuat sesuatu. Gunakan "bomoh" dan "jampi" yang berkesan. Di sini kita melihat "bomoh" paling ampuh untuk hadapi gangguan hantu raya UMNO ialah DS Anwar, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dan "jampi" paling berkesan menghapuskan hantu raya ini ialah setiap perhimpunan mesti libatkan semua kaum.

Tunjukkan semakin kuat gangguan hantu raya UMNO semakin kuat perpaduan rakyat Melayu, Cina dan India.

Semua pimpinan PR perlu turun padang bersama rakyat. DS Anwar, TG Hadi Awang dan Lim Kit Siang mesti senantiasa bersama di setiap program dan perhimpunan rakyat. Ingat ! rakyat Malaysia ingin melihat perpaduan semua parti PR. Selaraskan setiap kenyataan tentang isu perkauman dan agama.

Semakin banyak gangguan hantu raya UMNO, semakin benci dan jelik orang Cina dan India kepada UMNO. Sebenarnya orang Cina dan India tidak benci Melayu bahkan mereka semakin dekat dan sayang kepada PAS. Hanya UMNO lambang kejahatan bagi mereka.


Sunday, November 23, 2008

Lim Eng Guan meraikan Tulisan jawi.


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Eng Guan tetap keputusannya untuk mengekalkan papan tanda jalan pelbagai bahasa. Hujahnya sebagai promosi George Town sebagai Tapak Warisan Dunia. Isunya yang kini di"salak" barua-barua UMNO ialah mengapa guna bahasa-bahasa lain selain Bahasa Melayu.

Kita melihat cerdiknya Eng Guan untuk mengajak umat Melayu mengingati semula nostalgia kejahatan dan kecelakan yang dilakukan oleh UMNO. Masihkan kita lupa tulisan jawi yang menjadi lambang umat Melayu dahulu?

Pengisytiharaan Kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman ditulis dengan tulisan jawi. Tulisan jawi ketika itu sangat popular dan digunakan secara meluas samada surat menyurat rasmi maupun surat khabar. Surat khabar dan majalah kebanyakkannya dicetak dalam tulisan jawi.

Kaum Cina dan India yang menjadi penduduk Tanah Melayu ketika itu mengakui dan mengiktiraf tulisan jawi sebagai tulisan rasmi seiring dengan Bahasa Melayu. Bahkan mereka mempelajarinya.

Malangnya episod hitam bermula akhir tahun 60an bila Menteri Pelajaran (UMNO)ketika itu, Khir Johari mula menghapuskan secara beransur-ansur penggunaan tulisan jawi melalui dasar pelajarannya. Dijadikan tulisan rumi (latin) sebagai tulisan di buku-buku pelajaran menggantikan tulisan jawi. Bermula dari situlah anak-anak Melayu menjauhi tulisan jawi. Kesannya, anak-anak Melayu mula buta tulisan jawi. Kemuncaknya jualan surat khabar Utusan Melayu jatuh merosot hingga dijadikan sisipan(tumpang) kepada Surat khabar Utusan Malaysia sekarang.

Jika anak-anak Melayu sudah buta jawi, bagaimana nak harapkan bangsa lain menghormati tulisan jawi ?

Sebenarnya bangsa Cina dan India melihat taraf tulisan jawi itu sama taraf tulisan mereka. Dulu sebelum angkara Khir Johari, orang Cina dan India menganggap tulisan jawi adalah tulisan bagi Bahasa Melayu. Kini mereka menganggap tulisan jawi sekadar warisan umat Melayu sahaja.


Isu papan tanda jalan sebenar yang menyebabkan UMNO sakit hati ialah kerana ianya mengandungi tulisan Cina dan Tamil. Itu sahaja.


Lebih-lebih lagi bila Pulang Pinang dikuasai oleh DAP. Ini untuk menunjukkan kononnya UMNO bersifat patriotik Bahasa Kebangsaan.Piraaah!!

Kita lihatlah watak munafik UMNO. Bermula penghapusan tulisan jawi hinggalah kini penghapusan penggunaan Bahasa Melayu dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Lihatlah bahasa yang digunakan oleh menteri-menteri UMNO bila diwawancara TV. Kebanyakannya menggunakan bahasa penjajah !!


Sikap Eng Guan kita hormati kerana dia masih ingat kepada tulisan Jawi.

Yang peliknya mengapa bila Dr. Mahathir(UMNO) hapuskan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik, barua-barua UMNO seperti GAPENA, GPMS, NGO Melayu tidak menyalak? Angguk dan angguk dulu, kini dan selamanya.


Seeloknya mereka semua elok di "jawi"kan semula untuk jadi Melayu Asli dan tidak lagi berupa Melayu ala Abdullah bin Ubai !

Thursday, November 20, 2008

SENSASI !! Filem terbaik 2008

Suasana Hotel Kublai Khan penuh sesak dengan wartawan hiburan. Mereka hadir untuk sidang media oleh Roy Jack pengarah filem box office tahun 2008. Filem bertajuk " From Ulan Bator with C4" berjaya memecah rekod sebagai filem terbaik Republik Dacing sejak merdeka. Mari kita ikuti wawancara dengan pengarahnya yang juga pelakon utama, Roy Jack.

Wartawan: Tahniah atas kejayaan filem " From Ulan Bator with C4". Bagaimana perasaan sdr. Roy Jack (RJ) ?

RJ : Terima kasih atas ucapan tersebut. Kejayaan ini juga untuk rakyat Republik Dacing. Seharusnya kita semua berbangga.

Wartawan : Berapa kos perbelanjaan membikin filem ini ? Siapa yang membiayainya?

RJ : Lebih kurang RM500 juta. Alhamdulillah. Pihak kami mendapat penajaan penuh dari Submarine and Sukhoi Sdn. Bhd. Tanpa penajaannya saya rasa filem ini tidak akan berjaya.

Wartawan : Selain sdr, mungkin ada lagi orang yang turut terlibat menjayakan filem ini.

RJ : Oh ya... betul. Biarlah saya berterus terang. Secara peribadi, orang yang amat besar memainkan peranan penting untuk menjayakan filem ini ialah Dato' Jib Roy. Beliau amat teliti. Beliau senantiasa mahu setiap skrip mesti dihafal dan lakonan dibuat mengikut skrip. Jika ada skrip tersilap, beliau cepat-cepat membetulkannya. Saya betul-betul tabik dengan kesungguhannya. Begitu juga dengan isterinya Datin Rose Moh. Dato Jib Roy juga selalu ingatkan saya jika filem ini gagal, beliau akan bertapa di Sungai Buloh Valley sebagai memenuhi nazarnya. Ini satu motivasi kepada saya untuk jayakan filem ini.

Wartawan : Uniknya filem ini kerana menggunakan 95% pelakon terdiri daripada beruk-beruk. Bagaimana haiwan ini dilatih dan senang mematuhi arahan ?

RJ : Senang je. Kita suntikan sejenis dos pelali yang dinamakan FULUS kat mulut mereka. Terus beruk-beruk ini mematuhi arahan kita.

Wartawan : Boleh sdr boleh kongsikan pengalaman manis dan cemas semasa penggambaran filem ini?

RJ: Tentu sekali. Terutama suasana cemas. Berpeluh saya dibuatnya. Dato' Jib Roy juga berpeluh bahkan menggigil! Antaranya, semasa adegan mengangkat sekeping gambar. Walaupun gambar itu ringan tetapi semasa aksi itu, berlaku perebutan antara Beruk Kuning Bata dengan Beruk Jingga untuk menurunkan gambar itu. Ini menyebabkan berlaku kecederaan keatas pelakon utama. Nasib baik Beruk Kelabu Tahi Anjing menyelamatkan keadaan dengan membuang gambar itu jauh-jauh.
Begitu juga ketika tiba-tiba seekor Beruang Hitam muncul sambil angkat kakinya yang depan seolah-olah bersumpah. Mujurlah Dato Jib tembak pelali FULUS kat beruang itu. Terus beruang itu melarikan diri. Hingga kini hilang tanpa dikesan.

Wartawan : Pengalaman sedih?

RJ : Penggambaran filem kami selama hampir 2 tahun merapatkan hubungan antara satu sama lain. Samada krew dan pelakon. Termasuk beruk-beruk yang terlibat. Kami umpama satu keluarga. Selepas ini saya akan sambung belajar di Batu Putih Island University. Ambil semula sijil SRP. Kerana filem ini, saya terpaksa tangguhkan pengajian saya untuk tumpukan kepada filem ini.

Wartawan : Bagaimana dengan beruk-beruk yang menjadi pelakon filem ini ? Jual kat sarkas ke?

RJ : Oh tidak. Kami akan lepaskan ke hutan semula. Mungkin dengan saguhati yang kami berikan, beruk-beruk ini boleh enjoy hingga dua generasi. Bila kami buat filem lain, kami akan panggil lagi beruk-beruk ini. Bagi kami, beruk-beruk ini adalah pelakon terbaik filem ini.

Wartawan : Filem ini akan sertai Festival Filem Dunia ? Dan mungkin dapat anugerah terbaik?

RJ : Kami akan sertai Festival ICJ kat The Hague Belanda.

Wartawan: Terima kasih atas kesudian sdr. mengadakan sidang media ini. Kami ucapkan selamat ambil semula SRP dan semoga berjaya.

RJ : Sama-sama. Pesan saya, jangan beli VCD cetak rompak filem " From Ulan Bator with C4". Belilah yang original.

( Nota : Wawancara ini disiarkan bakal oleh suratkhabar Keris Telanjang Daily pada 31 Februari 2009 dan ianya tiada kaitan dengan yang hidup dan yang mati weeh!)

Wednesday, November 19, 2008

Ingat Najib ingat Mongolia


Sekonyong-konyong Razak Baginda mengadakan sidang media pertamanya sejak keluar dari jeriji besi Penjara Kajang setelah bertapa 22 bulan di situ. Sidang media itu diadakan semasa taukehnya TPM Najib bersama Rosmah berada di luar negeri. Antara kenyataan utamanya semasa sidang tersebut ialah merayu supaya nama taukehnya Najib dinyahkan dari dikaitkan dengan Altantuya.



Betapa kasih dan sayangnya Razak kepada Najib. Umpama seseorang yang mati, tiba-tiba hidup semula terus sebut nama orang kesayangannya.(Ingat: Bapa Razak umpamakan pembebasan anaknya seperti mati hidup semula). Hebatnya kasih Razak pada Najib! Pandai Najib setelah serah skrip untuk dibaca oleh Razak, cepat-cepat dia terbang ke luar negeri bagi menunjukkan dia tiada kaitan dengan sidang media Razak.




Hoi Razak! Rakyat Malaysia tidak sebodoh seperti anda sangkakan. Semakin banyak penafian tentang kaitan Najib dengan Altantuya semakin yakin rakyat bahawa Najib terlibat!

Nampaknya Najib terpaksa gunakan khidmat Razak untuk menguatkan penafiannya terbabit dengan gadis Mongolia setelah sumpah keramatnya semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh digelak ketawa oleh rakyat. Dengan bebasnya Razak, sekurang-kurangnya menambah semangat dan tenaga kepada Najib dalam menghadapi kes Altantuya.


Mungkin selepas ini jika rakyat masih memperkatakan kaitan Najib dengan Altantuya, Najib terpaksa gunakan halaman depan semua suratkhabar arus perdana untuk siarkan tajuk utama : " Demi Allah ! Saya tak kenal Altantuya".

Kalau tak berkesan juga, elok Najib gunakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk umumkan penafiannya ! Atau sebelum siaran TV bermula setiap hari, Najib berucap:"Saya dengan ini mengaku tidak kenal gadis Mongolia itu."


Menjelang "pertabalan" Najib jadi PM, namanya sudah sinonim dengan Mongolia dan Altantuya. Nasib Najib agak malang berbanding arwah ayahnya. Bila kita sebut nama Tun Razak bermakna kita ingat Felda, DEB, pembelaan orang Melayu dan Penggabungan PAS dengan UMNO dalam BN.


Sukarnya rakyat memisahkan nama Najib dengan gadis Mongolia itu seperti sukarnya memisahkan Amerika dengan Israel. Mungkin jika Najib tolak untuk menjadi PM, masalah ini boleh di selesaikan. Sanggupkah Najib berbuat demikian?


Monday, November 17, 2008

Adakah BTN jelmaan Klu Klux Klan ?


Kalau di Amerika, terkenal dengan Ku Klux Klan(KKK). Kalau di Jerman terkenal dengan Neo Nazi. Di Malaysianya dikenali sebagai Biro Tata Negara. Tadbirannya dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Modul utama di dalam Biro perkauman ini ialah Ketuanan Melayu dan Pelampau Melayu. Isi modul disampaikan secara "brain wash" dan psikologi.

Tenaga pengajarnya terdiri dari Jabatan Hal Ehwal Khas, PDRM, Jabatan Penerangan dan dari Biro Tata Negara sendiri.

Peserta-peserta kursus terdiri pelbagai peringkat. Bermula pelajar, guru, ustaz, imam, bilal hinggalah pegawai-pegawai atasan.


Dalam kursus tersebut, segala yang menjadi MUSUH kepada UMNO akan menjadi sasaran maki hamun penceramah BTN. Manakala UMNO akan dipuja, disucikan, dimuliakan semulia-mulianya persis Musyrikin Quraisy memuja Al Lata dan Al Uzza!



Yang paling teruk menjadi sasaran ialah orang Cina. Tragedi 13 Mei menjadi perkara WAJIB khutbah para penceramah BTN. Tanpa menyelit kisah 13 Mei, khutbah BTN tidak sah! Pemimpin DAP menjadi target tembakan tepat mereka. Dikaitkan orang Cina dengan komunis dan PAP Singapura.

Sasaran kedua penceramah BTN ialah PAS. Dikaitkan PAS dengan pengganas, pelampau ugama dan ajaran sesat. Nama TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz menjadi sebutan wirid maki hamun mereka.

Sasaran terakhir Biro perkauman ini ialah Anwar. Anwar digambarkan dengan pelbagai gelaran jijik dan busuk. Antaranya ajen Yahudi dan pengkhianat Melayu.

Biasanya kerja memaki-hamun ini dilakukan selepas tengah malam selepas semua peserta dikejutkan dari tidur. Dalam keadaan terpinga-pinga itulah, penceramah BTN memulakan acara maki hamunnya.

Timbul pertanyaan di kepala kita, adakah kursus ini memberi kesan kepada peserta kursus?

Jika tahun 60an, 70an dan 80an mungkin memberi kesan kepada peserta kerana ketika itu tiada kemudahan internet dan media alternatif.

Dengan perkembangan teknologi maklumat dan kecerdikan rakyat menapis dan menilai maklumat, kini kursus tajaan BTN dianggap umpama Berita TV RTM sahaja. Ketinggalan zaman. Penceramahnya bagai penglipulara dan pelawak badut.

Amat menghairankan dikala kerajaan membelanjakan berjuta RM untuk program perpaduan kaum, di waktu yang sama kerajaan(UMNO) juga mewujudkan BTN untuk memaki hamun kaum-kaum tertentu.
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sekadar bahan hiasan dan membazir duit rakyat.
Bayangkan dikala bomba bekerja kuat memadamkan kebakaran, datang pula pihak Petronas menyiram minyak petrol keatas kebakaran itu. Tentulah ini kerja orang gila.
Persoalannya adakah kerajaan kita tergolong kerajaan gila? Kerajaan Gila yang menguasai Kerajaan Langit Ayah Pin.


Saturday, November 15, 2008

Selamat bertugas IGP Musa.


Alhamdulillah. Anak guru tajwid dah kembali ke arena kepolisan setelah lama terlantar di IJN. Maaf...bukan di tembak BK Tan, tapi menjalani rawatan jantung. Kini IGP Musa dah sihat. IGP Musa kini sedang menghadapi tuduhan bersama AG Gani tentang isu Anwar tahun 1998. BPR sedang siasat. Moga beliau terus sihat bagi menyenangkan IGP Musa berulang alik ke mahkamah.

Ooops... kepada aktivis pembangkang, IGP Musa dah beri 3 isyarat kemunculannya semula di medan politik iaitu amaran kepada NGO jangan pertikai fatwa , serbuan keatas himpunan Bersih ketika nyanyian Negaraku dan terakhirnya penahanan Exco Selangor.

Aksi seterusnya anak guru tajwid ini sama-sama kita saksikan dan nantikan. Harap bersabar weeh!

Friday, November 14, 2008

Tugu Negara: Majlis Fatwa tidur ka?


Dua orang pembesar Melayu memberi amaran keras kepada sesiapa ( khas di tujukan kepada non muslim)yang menentang pengharaman PENGKID oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Dua pembesar Melayu iaitu ialah Menteri Zahid Hamidi dan IGP Musa. Seorang pernah sekolah ugama dan seorang lagi anak guru tajwid.

Di sini yang peliknya isu pengkid boleh diselesaikan secara kaunseling. Tak perlu berfatwa. Benda haram tetapi cara penyelesaiannya begitu mudah iaitu secara berhemah, diplomasi, berkaunseling dan pendidikan awal kepada anak-anak serta pengawasan ibubapa. Itu sahaja. Itu sahaja. Kalau orang non muslim nak jadi pengkid, terpulanglah kepada mereka. Yang penting anak-anak orang Islam perlu kita jagai.

Apabila Menteri dan IGP keluar kenyataan amaran ianya menjadi isu besar dan menjadi kepelikkan bin ajaib. Soal pengkid bukannya masalah akidah. Mengapa dua orang pembesar begitu beria-ria memberi amaran?

Sebenarnya isu yang sepatutnya menjadi perbahasan kita ialah mengapa Pembesar-pembesar negara termasuk PM, Menteri, IGP dan Panglima Tentera secara terang-terangan memperlekehkan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan dan yang terbaru Mufti Perlis tentang rosaknya akidah kerana mengadakan upacara di Tugu Negara saban tahun?

Mengapa Menteri Zahid tidak berani menegur Pak Lah? Mengapa IGP Musa masih degil "menyembah batu" di Tugu Negara? Mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak keluarkan fatwa tentang upacara di Tugu Negara?

Kalau perkara yang membabitkan Menteri UMNO, Majlis Fatwa "menikus melampau" takut-takut periuk nasi mereka "terbalik" atau aksi mengampu mereka di paras rendah!! Alangkah malangnya Majlis Fatwa Kebangsaan ada di bumi Malaysia. Lebih baik pindah kat Ulan Bator !

Wednesday, November 12, 2008

"Kejelitaan" UMNO !


Mesyuarat Pemilihan UMNO telah selesai. Pelbagai aksi menarik yang telah dipertontonkan UMNO kepada rakyat. Semuanya buruk, hodoh lagi menjijikkan belaka. Itulah wajah sebenar UMNO! Parti perosak dan pengkhianat bangsa Melayu dan Rakyat Malaysia. Dulu, kini dan selamanya.

Hei kawan! Mari kita lihat 3 elemen yang menjadi "akidah" dan trademark UMNO.

i) Rasuah wang. Ku Li dakwa ada pemilihan mahu RM2 juta untuk calonkannya jawatan Presiden UMNO.

ii) Samseng. Baling kerusi dan maki hamun dalam Mesyuarat Bahagian Seremban.

ii) Judi. Kempen calon gunakan nombor ekor dalam Mesyuarat Bahagian Temerloh.


Cuba anda bayangkan kalau TPM Najib dapat percalonan 185, berapa RM dikeluarkan? RM 185 x 2 = RM 370 juta. Itupun masih berbaki duit komisen kapal selam weeh!!


Sebenarnya satu lagi yang menjadi trademark UMNO iaitu wanita dan arak. Bukan suatu yang mustahil kedua-dua elemen ini digunakan dalam pemilihan UMNO. Cumanya secara sembunyi-sembunyi. Mungkin calon-calon tawarkan perempuan-perempuan GRO dalam cermin untuk dipilih oleh ahli-ahli cawangan. Atau bertong-tong peti arak ditawarkan.

Hoi kawan! Ini tak mustahil ! UMNO boleh !


Jika dulu ada pepatah Arab mengatakan " Jika sesiapa kata Mongol kalah, mereka adalah pembohong besar".

Hari ini umat Melayu dapat satu lagi peribahasa baru , " Sesiapa kata UMNO itu bersih, mereka adalah pembohong dan pendusta besar."


Setuju peribahasa itu?


Tuesday, November 11, 2008

UPSR 2008 : Rakyat diperbodoh lagi.


Tak sampai 24 jam lagi, keputusan UPSR 2008 akan diumumkan kepada semua rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran telah siap sedia untuk mengeluarkan kenyataan tentang pencapaian UPSR kali ini khususnya tentang pencapaian murid-murid dalam subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Kita akan tertunggu-tunggu apakah Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa inggeris (PPSMI) telah berjaya berdasarkan keputusan UPSR 2008 yang bakal keluar.

Berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pelajaran Hishamudin dalam beberapa kenyataannya, kita dapat merasakan bahawa kerajaan(UMNO) tetap meneruskan kerja jahat mereka menjahanamkan bahasa Melayu dengan meneruskan PPSMI ini.

Kita yakin dan percaya pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran akan diarahkan SEDAYA UPAYA untuk membuat " graf penipuan" tentang peningkatan graf lulus murid dalam menjawab dalam Bahasa Inggeris untuk kertas Sains dan Matematik. Segalanya amat senang dibuat-buat dan diubah-ubah.

Kalau Peristiwa di Bukit Sauk boleh dilakonkan, graf UPSR lagi senang macam makan kacang!


Nampaknya Prof. Awang Sariyan serta pejuang bahasa kena usung lagi keranda mengulangi lagi peristiwa arwah Syed Nasir dan rakan-rakannya mengusung keranda 152 di tahun 60 an dulu.

Monday, November 10, 2008

Jaga-jaga weeh! Orang nak tanya tu.....


Hukuman tembak keatas Imam Samudra, Amrozi dan Mukhlas telah dilaksanakan. Kini timbul dikalangan umat Islam samada mereka bertiga syahid atau tidak. Pelbagai pihak memberi kenyataan "hukum fatwa" tentang kematian mereka . Antaranya :


i) Ada yang mengatakan syahid. Ini kerana mereka mengebom tempat maksiat yang dipenuhi orang-orang kafir( kebanyakkan).


ii) Ada yang mengatakan tidak syahid. Bahkan mereka bertiga berdosa kerana mengebom tempat awam. Mereka berdalilkan larangan Rasulullah yang melarang membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua. Ramai yang terbunuh di Bali adalah wanita. Bahkan ada terdapat orang Islam.


Dalam hal ini pimpinan PAS bakal akan ditanya oleh wartawan bahkan rakan dalam Pakatan Rakyat. Oleh itu bersedialah untuk menjawabnya! Jangan timbul kekeliruan yang menyebabkan musuh (UMNO/BN) ambil peluang menyerang PAS dan menimbulkan isu baru.Rasanya yang layak adalah Majlis Syura Ulama.


Secara peribadi penulis menyimpulkan peristiwa tragedi Bali adalah perancangan Amerika. Berdasarkan penyiasatan, bom yang digunakan adalah berkuasa tinggi dan hanya dipunyai oleh pihak tentera kuasa besar. Ketika pengeboman berlaku, kapal tentera Amerika sedang berlabuh di perairan Bali.

Operandis yang digunakan sama seperti serangan September 11 keatas WTC. Bom telah dipasang di bangunan, tunggu masa untuk diletupkasn serentak dengan rempuhan kapalterbang.

Begitu juga di Bali. samada bom telah siap dipasang oleh perisikan Amerika dan Australia atau serangan peluru berpandu dari kapal perang Amerika.

Apa yang penting, susulan selepas serangan itu akan ada gerakan menangkap aktivis Islam. Dan lebih penting akan ada orang yang mengaku kononnya mereka melakukannya.

Persoalannya, walaupun WTC dan Bali dibom oleh musuh Islam, mengapa Osama bin Laden dan Imam Samudra dan rakan-rakannya mengaku? Sedangkan Syeikh Abu Bakar Basyir menafikannya ?

Sunday, November 2, 2008

PAS perlu selaraskan kenyataan !


Ada 3 perkara isu perkauman sedang dimanipulasikan oleh UMNO dan BN. Yang malangnya pimpinan PAS terikut-ikut dengan tarian gendang alunan ciptaan UMNO/BN.

a) Isu lantikan Pemangku Pengurus Besar PKNS.

b) Ekuiti 30 % bumiputera.

c) Kuota rumah 50% di Kedah.


i) Perlantikan Pemangku Pengurus Besar PKNS.

Isunya timbul kerana seorang Cina dilantik. Jika Melayu mungkin tidak menjadi isu dan masalah. Ianya menjadi isu perkauman bila UMNO bantah dan MCA dan DAP setuju. Di sini kita yakin UMNO, MCA dan DAP setuju atas dasar perkauman. PAS macamana?

Sepatutnya PAS rujuk kepada MB seawalnya. Jangan keluarkan sebarang kenyataan sehingga jelas. Mungkin MB Selangor lebih arif tentang perlantikkan ini. Dari segi relevennya, sememangnya patut MB Selangor lantik Cina jadi Pengurus Besar PKNS. Mengapa? Kerana hampir 40 tahun, PKNS kerugian berbilion dan penguasaan hartanah dikusai oleh Cina 75%. Melayu sekadar 25 %. Ini semua ketika orang UMNO Melayu berkuasa!

Di sini kita lihat, betapa dahsyatnya bila orang Melayu yang kiblatnya kepada UMNO menguasai mana-mana organisasi. Mereka sanggup melihat Melayu miskin dulu, kini dan selamanya. Apabila Melayu miskin, UMNO akan ungkitkan tentang kuota, DEB dan sebagainya. Padahal yang khianatnya adalah UMNO.

Memang patutpun Cina marah dengan DEB. DEB hanya untuk UMNO sahaja kemudian di"alibaba" kan kepada MCA.

Langkah Hasan Ali berbincang dan cadangkan nama-nama kepada MB Selangor patut dipuji. Tetapi alangkah cantiknya jika nama-nama Cina yang non-patisan juga di selit! Ini barulah "PAS For All" !

Sebenarnya jika kita melihat kerugian yang dialami PKNS dan kegagalan menaikkan orang Melayu, yang patut bertanggungjawab ialah Pengurus Besar dan Timbalannya. Samada Melayu, Cina dan India. Mereka inilah tidak layak memimpin PKNS.


ii) Kuota 30 % dan kuota rumah 50% di Kedah.

Ketua Pemuda PAS dan MB Kedah perlu ubah kenyataannya. Mereka berdua perlu ikut kenyataan Presiden PAS. Baru tidak timbul baur perkauman. Alangkah bagusnya jika MB Kedah berkata :

" Kerajaan Kedah akan bantu semua rakyat untuk memiliki rumah sendiri. Kita akan arah Pemaju buat lebih banyak rumah kos rendah ."

Ucapan ini secara langsung ditujukan kepada orang Melayu kerana mereka lebih ramai miskin dan penduduk majoriti Kedah. Di sini rakyat berbangsa Cina dan India tidaklah marah tentang hasrat murni kerajaan negeri. Ini kerana rakyat miskin juga meliputi orang Cina dan India.

Barulah nampak imej Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Berkebajikan!


Ulasan oleh Presiden PAS patut diambil perhatian. Beliau menyatakan semua pihak layak dibantu jika miskin. Samada Melayu, Cina dan India semua layak. Secara logiknya tentulah ramai orang Melayu yang layak kerana mereka paling ramai miskin angkara kedurjanaan UMNO menipu mereka!

Saya tertarik dengan ulasan Presiden PAS tentang kehadiran Hindraf mengunjugi Rumah Terbuka PM baru-baru ini. Semua orang kutuk Hindraf. Pelbagai label tohmahan untuk Hindraf. Tapi ulasan Presiden menunjukkan keprihatinan beliau tentang kezaliman dan hak bersuara rakyat. Orang India terharu dengan pembelaan Presiden PAS.

Kita berharap mulai sekarang sebagai menghayati "PAS for All", pimpinan PAS kurangkan mengeluarkan perkataan yang boleh mengguris perasaan kaum.

Manusia boleh bertoleransi tentang ugama tetapi tidak untuk bangsa! Sebab itulah orang India benci kepada UMNO. Begitu juga orang Cina.






Friday, October 31, 2008

Awas Najib! Pak Lah sedang keluarkan sampah dari bawah karpet.


Pak Lah adalah insan yang unik. Dia mampu membuat keputusan walaupun dalam keadaan terlena. Tapi ingat! Keputusannya di luar kotak pemikiran dan jangkaan umum. Lihat dalam masa sebulan dua ini, Pak Lah membuat yang di luar jangkaan rakyat Malaysia. Antaranya :
i) Tidak bertanding jawatan Presiden UMNO.
ii) Bertukar potfolio dengan Najib.
iii) Herdik Mahathir kerana campur tangan dalam pemilihan UMNO.
iv) membatalkan pembelian helikopter Eurocoter.


Yang peliknya kesemua tindakan Pak Lah berkaitan dengan TPM Najib. Pak Lah "beri laluan" Najib jadi Presiden UMNO kemudian suka sama suka (ye ke?) tukar Kementerian Kewangan dengan Kementerian Pertahanan.

Apabila Mahathir suruh Najib tendang semua orang-orangnya, Pak Lah murka dengan kelakuan "nyanyuk" mantan PM itu. Akhir sekali Pak batalkan pesanan helikopter yang dipesan oleh Najib sehari sebelum bertukar potfolio. Aneh kan? Semua berkaitan dengan Najib.


Nasib TPM Najib belum selamat lagi walaupun Razak Baginda bebas. Tetapi 2 orang budak UTK kena bela diri. Suatu yang tidak mustahil nama Najib akan kedengaran lagi di Mahkamah. Tidak mustahil budak UTK akan "menelanjangi" Najib. Itu belum lagi Raja Petra. Semua ini semacam dah hampir sangat "checkmate" permainan chess antara Pak Lah dengan Najib.


Apa yang pasti, Pak Lah sedang sapu keluar segala sampah yang disembunyikan oleh Najib di bawah karpet !

Monday, October 27, 2008

Permainan UMNO dulu, kini dan selamanya.


Melihat kepada tema kemerdekaan negara kita kali ke 51 iaitu " Perpaduan Teras Kejayaan", kita merasakan agenda perpaduan antara kaum yang sering diwar-warkan oleh UMNO/BN hanyalah sekadar tin-tin kosong. Selama 51 tahun, rakyat ditipu dngan slogan perpaduan oleh UMNO/BN.


Sebenarnya UMNO/BNlah menjadi jaguh perkauman. Kita melihat bagaimana UMNO,MCA dan MIC bermain tarik tali untuk menipu Melayu, Cina dan India. Cuba anda lihat permainan mereka :




1) Isu Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.


Cuba anda melihat mengapa kerajaan UMNO hanya berani jadikan Sekolah Kebangsaan (Melayu) sebagai sasaran untuk gunakan Bahasa Inggeris dalam kedua subjek tersebut? Mengapa tidak sekolah Cina ? Bahkan PM dalam satu majlis anjuran MCA sebelum PRU 12 mengisytiharkan Bahasa Cina kekal dalam pengajaran kedua subjek tersebut.


Isunya ialah ianya akan menjarakkan lagi perpaduan kaum. Orang Melayu akan mengatakan pemerintah(UMNO) takut pada Cina. Secara langsung orang Melayu akan "dengki" dengan penggunaan bahasa Cina di SRJK.


Ini hanyalah permainan UMNO/BN supaya berlaku dengki mendengki antara kaum.




2) Polarisasi Penduduk


Mari kita lihat bagaimana UMNO mencorakkan penduduk di negara ini dengan menjadikan bandar-bandar bermajoriti penduduk Cina manakala orang Melayu terpinggir ke pendalaman.


Cuba kita lihat isu di Kedah baru-baru ini. Mengapa Kerajaan PAS Kedah menaikkan kuota bumiputra kepada 50%?


Isunya ialah semasa UMNO/BN memerintah Kedah, mereka luluskan lebih banyak perumahan yang tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu. Kebetulan taukeh-taukeh pemaju adalah orang Cina. Apabila ianya berlaku orang Melayu akan berkata pemaju Cina hanya buat rumah untuk orang kaya yang kebetulan majoritinya orang Cina. Maka timbullah di dalam kepala orang Melayu, orang kaya hanya orang Cina dan bandar untuk orang Cina ! Orang Melayu hanya tinggal kat kampung! Sama seperti zaman penjajah! Di sini kita lihat peranan UMNO. Asalkan fulus 'membuncitkan perut" mereka, maruah bangsa diletakkan di bawah tapak kaki. Yang jadi mangsa adalah rakyat!

Kes Tasek Utara , Kg Berembang dan yang terbaru Kg Plentong. Ini semua kejahatan UMNO.


Inilah permainan UMNO untuk laga-lagakan kaum di negara ini.


3) Peristiwa Batu Burok dan Babi di Melaka.

Anda lihat bagaimana UMNO menggunakan polis untuk melebarkan lagi perkauman antara Melayu dengan Cina. Layanan untuk Melayu di Terengganu adalah peluru hidup manakala untuk Cina di Melaka selembut sutera! Bukan kita mahu Cina di Melaka juga dapat peluru hidup...Tidak! Kita menentang apa jua kekerasan kepada semua rakyat samada Melayu , Cina maupun India.

Tetapi itulah permainan perkauman UMNO. Dengan mengamalkan pilih kasih, orang Melayu dan Cina benci membenci. Angkara UMNO, polis menjadi mangsa kebencian orang Melayu. Ini bukan kerja pembangkang tetapi UMNO dan BN.


4) ISA

Perhatikan bagaimana 3 orang di tahan. Dua bebas dan seorang ke Kemunting. Dua orang yang bebas adalah Cina manakala Melayu kekal ISA. (Sekali lagi kita tegaskan ...Kita menentang ISA)

Adakah kita perhatikan mengapa perkara ini berlaku ? Adakah jurang perkauman semakin mengecil dengan penahanan ini ?


5) DEB

Matlamatnya mungkin murni. Apatah lagi sudah 30 tahun terlaksana. Sudah tentu tiada umat Melayu duduk di pondok buruk. Tiada lagi rakyat bumiputera makan siput babi. Atau tiada lagi kanak-kanak Melayu keciciran persekolahan. Tapi lihatlah depan mata kita. Mengapa ini terjadi ? Semuanya permainan UMNO. Biarkan Melayu tetap miskin dan berada dalam kebodohan. UMNO candukan anak-anak muda Melayu dengan hiburan dan kelalaian.

Projek-projek difaraidkan sesama kroni. Begitu juga dialibabakan kepada taukeh-taukeh Cina.

Apabila ini berlaku, orang Melayu melihat seolah-olah Cinalah punca DEB gagal . UMNO lepas diri. Sekali sekala cium keris telanjang kononnya pembela bangsa. Poooorah! Kita lihatlah mana-mana projek terbengkalai, siapa konkratornya. Pasti kroni UMNO! Duit kebas, projek hanyut dan Melayu kekal miskin.


6) Hindraf

Lihat bagaimana Menteri UMNO memomokkan kononnya Hindraf anti Islam. Tujuannya supaya berlaku pergeseran kaum antara Melayu dengan India di Malaysia. Hindraf ditubuhkan atas kesedaran orang India yang rasa tertipu dengan MIC teman permainan UMNO. Hindraf benci UMNO kerana menipu mereka selama 51 tahun dengan menjadikan Sammy Vellu sebagai boneka UMNO. Membenci UMNO bukan bermakna membenci Islam dan Melayu.


Kesimpulan

Ketahuilah olehmu sekalian rakyat Malaysia! UMNO lah pengkhianat kepada bangsa Melayu sendiri. Mereka berkokok dan menyalak jika sekiranya "perut buncit" mereka cuba di"kempiskan". Lihatlah projek babi di Selangor. Mengapa mereka menyalak? Kerana UMNO tak dapat duit masuk melalui projek itu kerana Pakatan Rakyat menguasai Selangor. Walhal UMNOlah perintis projek babi itu.

Begitu juga mengapa UMNO kerahkan ahli-ahlinya berdemo sakan apabila Lim Eng Guan berhasrat hapuskan DEB? Kerana itu tandanya "perut buncit" mereka akan mengempis! UMNO juga menyalak lagu perkauman,"Cina nak hapuskan DEB" . Peliknya bila TPM Najib bersuara seperti Eng Guan, tiada pula demo kat Putrajaya. Itulah model perkauman ciptaan UMNO.


Sampai bila orang Melayu nak celik dan sedar? Orang Cina dan India dah lama insaf dan berubah. Sedihnya hanya 5% orang Melayu sedar kejahatan UMNO. Yang lainnya telah "layu" dan me LAYU.


Saturday, October 25, 2008

Dosa UMNO terhadap Tanah Air terlalu banyak....


Pejuang Kemerdekaan Shamsiah Fakeh telah meninggal dunia. Walaupun nama beliau "amat busuk" kepada sejarah negara. Tetapi percayalah dalam tempoh 10 tahun lagi, namanya seharum sewangi kepada negara. Lihatlah dahulu, nama Tok Janggut, Mat Kilau dan Haji Abdul Rahman Limbong dan Rosli Dhobi begitu "busuk" bahkan di gelar penderhaka. Semuanya akibat permainan kotor dan jahat UMNO yang menjadi penyambung warisan penjajah British.
Baru-baru ini sahaja UMNO angkat Tok Janggut dan lainnya. Itupun hangat-hangat tahi ayam dan bagai lepas batuk di tangga! Cuba anda lihat setiap kali kita di ambang Perayaan Menyambut Kemerdekaan, mana ada kisah pahlawan -pahlawan ini di"highlight"kan. Yang naik dulu, kini dan selamanya ialah UMNO, Datuk Onn dan Tuanku Abdul Rahman.

Sejarah Tanah air perlu di semak semula. Banyak benda perlu dicungkil dan dikaji semula. Banyak persoalan belum terjawab. Antaranya mengapa Shamsiah Fakeh terlibat dengan PKM?
Begitu juga Rashid Maidin ? Apabila kita mendengar di sebelah pihak, maka tentunya busuk dan buruk nama mereka ini. Kita merasakan mereka yang berugama Islam yang terlibat dengan PKM mempunyai sebab-sebab yang munasabah. Mereka mangsa keadaan dan tiada pilihan. Bila-bila masa sahaja British menunggu dengan tali gantung!

Percayalah ! Kebenaran akhirnya akan menang. Mungkin anak cucu mereka yang tersisih akibat kejahatan UMNO akan menggali semula bukti-bukti kebenaran ayah/datuk mereka. Ketika itu, barulah kita tahu siapakah yang sebenarnya pengkhianat ugama, bangsa dan tanah air.

Kita tidak masih tidak lupa dengan ungkapan UMNO terhadap Hizbul Muslimin...sebagai bahaya dari gunung! British mengharamkan Hizbul Muslimin dan UMNO dibelai oleh British !
Sesungguhnya walaupun Tok Janggut, Haji Abu Bakar Baqir, Rashid Maidin, As Syahid Ibrahim Libya tidak sempat melihat UMNO ditalqinkan tetapi sekurang-kurangnya anak cucu mereka sempat melihat detik-detik keazaban UMNO menjelang sakaratul maut!

Wednesday, October 15, 2008

Tahniah Dinsman....perjuangan anda berbaloi


Alhamdulillah. Nampaknya perjuangan Dinsman sudah dihargai. Beliau bakal dianugerahkan Ijazah Kehormat Persuratan dari Universiti Utara Malaysia(UUM) pada Majlis Konvo 18 Oktober ini.

Dinsman antara aktiviti seni yang rancak dan ligat memperjuangkan kebenaran dan keadilan era reformasi hingga kini. Antara sajaknya yang popular menujukan sasaran tepat kepada Dr Mahathir bertajuk "Macam Orang Gila".

Sajak-sajaknya termuat dalam 2 buku anatalogi sajak bertajuk Gelodak dan Macam Orang Gila.


Tahniah Dinsman. Teruskan perjuangan anda.

Beliau adalah orang Kedah kedua yang mendapat NIKMAT KEBENARAN. Orang Kedah pertama ialah Pejuang Memali, Sdr. Yusof Husin yang dilantik menjadi Senator.

Tuesday, October 14, 2008

UMNO dengan 1001 wajah.......


Sekonyong-konyong UMNO Cheras lancar derma"jihad" untuk Tabung Azan bagi membela Utusan Melayu hadapi saman MP Seputeh sebanyak RM32 juta. UMNO Cheras menyifatkan saman MP Seputeh keatas Utusan Melayu umpama menyaman agama Islam. Antara lain tujuan Tabung Azan adalah :

i) membeli PA untuk surau dan masjid.

ii) melahirkan muazzin baru.

iii) membantu Utusan Melayu hadapi saman MP Seputeh.


Wow! Hebatnya UMNO Cheras "membela" Islam!

Mungkin UMNO Cheras terutama Tokeynya Senator Syed Ali belum tahu Utusan Melayu adalah antara suratkhabar Melayu yang siarkan Keputusan Judi setiap hari Ahad.( atau buat-buat buta @ pekak badak). Sepatutnya UMNO Cheras kalau nak buat Tabung, selidik dulu tentang Utusan Melayu.

Utusan Melayulah antara penggalak utama ketagihan judi dikalangan bangsa Melayu atau sesuai dengan mottonya" Penyebar Judi untuk Rakyat"!


Kalau selepas ini Kerajaan Selangor nak tutup kilang arak di PJ, UMNO Cheras bolehlah dengan setulus hati lancar Tabung Arak untuk membela Kilang Arak. Antara tujuannya untuk:

i) membeli bertong-tong arak untuk agihan kepada para ketagih arak. Jangan lupa untuk MP JJ yang raba-meraba!

ii) melahirkan peminum baru.

iii) membela Kilang Arak untuk menyaman Kerajaan Selangor.


Umat Islam terutama di KL dan Selangor belum lupa dengan pembelaan pimpinan UMNO membela isu Ratu Cantik yang mengakibatkan Al Marhum Mufti Selangor dipecat dan serbuan keatas Disko The Ship dan Zouk yang menyebabkan JAWI diperlekehkan oleh pimpinan UMNO.


Untuk MP Seputeh, untuk menghadapi serangan "Munafik" lebih sukar daripada hadapi musuh sebenar! Rujuklah terjemah Al-Quran Surah no 63 ( Hypocrites).


Itulah wajah sebenar UMNO! Wajah 1001 kemunafikan.

Antara Mat Taib dengan Penggembala Kambing.... siapa "bapak lebong"?


Mat Taib bekas menantu Al marhum Sultan Selangor umpamakan Anwar sebagai penggembala kambing yang menipu orang kampung. Katanya Anwar dah tipu orang kampung(baca : rakyat Malaysia) sebanyak 2 kali. Mantan suami Ku Yah yakin "tipu" Anwar kali terakhir tidak akan dipercayai lagi oleh rakyat Malaysia.
Buat makluman Mat Taib@Tyson , versi cerita Penggembala dengan Orang Kampung dah lama di versi kan dengan versi baru. Cuba Mat Taib tengok versi baru ini:

Anwar : " Tolong! Tolong! UMNO rompak harta rakyat! "
Rakyat Malaysia : "Jom ! Kita undi PR ".
( 5 buah negeri jatuh di tangan PR dalam PRU 12)

Anwar : " Tolong! Tolong! UMNO bahagikan hasil rompakan kekayaan negara sesama kroni ! "
Rakyat Malaysia : " Ayuh ! Kita undi Anwar ".
( Permatang Pauh tambah majoriti dalam Pilihanraya Kecil)

Anwar : " Tolong! Tolong! UMNO larikan MPnya ke Taiwan untuk gagalkan Sept 16!".
Rakyat Malaysia : " Jangan risau dan bimbang Anwar! Kami sabar dan setia bersamamu. Tarikh sekadar simbolik sahaja. Teruskan perjuanganmu. Kami benci UMNO!! ."
( PAS hantar 5 pemimpin tertinggi ke mesyuarat PR dan Kit Siang kunjungi Presiden PAS di Rhusila)

Untuk Mat Taib yang pernah bawa lari anak Sultan, sila jawab cepu emas ini:
i) Siapakah Menteri Besar Selangor yang larikan anak Sultan untuk dikahwini?
ii) Siapakah Menteri Besar Selangor yang bawa berketul-ketul wang di Australia?
iii) Siapakah Menteri Besar Selangor yang tipu Mahkamah Australia dengan berpura-pura tidak tahu Bahasa Inggeris?
Hoi Mat Taib! Kalau hang dapat jawab soalan cepu emas diatas, hang dapat kawin anak Sultan Melaka! Jawab Mat jangan tak jawab!!

Thursday, October 9, 2008

Awas! Mahadhir kembali lagi!


Politik Malaysia semakin sukar diramal. Lagi kalut! Dalam tempoh kurang 160 hari kita akan lihat berbagai-bagai warna bakal mewarnai dan mencoraki lanskap politik Malaysia. Nampaknya kerusi PM terus diburui oleh politikus-politikus yang mendapat lesen dari rakyat.

Secara zahirnya Pak Lah akan tinggalkan kerusi PM bulan Mac 2009( Kita tidak tahu perancangan beliau). Jasa yang mungkin ditinggalkan ialah :

i) Sedikit kebebasan akhbar. ( Harakah terbit 2x seminggu).

ii) Penahanan ISA paling pendek. (MP Seputeh dan wartawan).

iii) Benarkan Anwar muncul dalam TV. (Debat dalam TV9).


Era Pak Lah selama Okt 2003-Mac 2009 seperti era Habibie selepas Suharto. Kita berharap sebelum Pak Lah tinggalkan Seri Perdana, beliau lakukan kebaikan -kebaikan yang akan dikenang oleh rakyat Malaysia (bukan mustahil). Antaranya:

i) Bebaskan tahanan ISA yang lebih 3 tahun. ( jika tidak mampu mansuhkan ISA)

ii) Pulihkan PDRM dari segi kredibilitinya.

iii) Letakkan BPR di bawah tanggungjawab Parlimen.

iv) Akaun Petronas diauditkan dan dibentangkan di Parlimen.
v) Kembalikan Pengajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Melayu.


Kita yakin dan percaya jika semua diatas dapat dilaksanakan oleh Pak Lah, namanya tercatat dengan tinta emas dalam Sejarah Pemodenan Malaysia.

Apa yang pasti, zaman kegelapan bakal menjelma lagi dengan kemunculan anak didik Mahathir, Najib. Zaman Segala Kegelapan selama 22 tahun di bawah Mahathir bakal datang lagi. Kini Najib pula penerajuinya.

Pertama kali Malaysia bakal mendapat PM yang penuh dengan segala skandal.

Sebut nama Najib.....terbayang Mahathir (bukan Tun Razak).

Sebut nama Najib.....terbayang Ziana.

Sebut nama Najib....terbayang Submarine.

Sebut nama Najib ..... terbayang Mongolia.

Sebut nama Najib......terbayang C4.
Ooops lupa pulak weeh !! Sebut nama Najib........terbayang si Rosmah terhuyung hayang mengelek tas tangan, jam tangan dan kasut untuk dimasukkan ke dalam taxi yang berderet-deret menunggu menanti giliran. Wow hebatnya dia!


Bersediakan kita menyambut kedatangan Najib?



Sunday, September 21, 2008

Makanan Anjing,Tahi anjing dan.............


Utusan Malaysia membuka polemik baru untuk melariskan akhbarnya yang semakin merundum. Isunya ialah tentang makanan anjing yang ditimbulkan olek MP Seputeh Teresa Kok. Maka sekonyong-konyong berkatalah Tajudin (MP Pasir Salak) dan Dr.Chandra tentang nostalgia indah mereka berdua semasa diISAkan. Mereka berdua mendakwa makanan yang diberikan istimewa.


Motif Utusan adalah untuk mengalihkan isu kekejaman ISA dan menimbulkan suasana perkauman.

Selepas ini ditimbulkan dan dipanjangkan serta"dihebohkan" tentang"pembohongan"Teresa mengenai kenyataannya mengenai makanan anjing semasa diISAkan. Maka berderet-deretlah orang yang ditemuramah akan mengutuk MP Seputeh. Seolah-olah Teresa menghina makanan orang Melayu.

Sepatutnya Utusan temuramah Malek Husin untuk bandingkan "makanan anjing"yang dimakan oleh Teresa. Tanya Malek, menu apa yang dihidangkan semasa diISAkan?Kerana menu istimewalah Malek dapat pampasan gantirugi RM 1juta! Menu yang harga RM1 juta itu adalah tahi anjing dan air kencing!

Kepada Tajudin, anda bukan diISAkan tetapi direhatkan oleh Dr Mahathir kerana berjaya berlakon ikut skrip Operasi Lalang 1987.

Kepada Chandra, nasi"kangkang" yang anda makan itu yang menyebabkan anda jadi pengampu terbaik buat BN.

Akhir sekali kepada Khir Toyo(kini berumrah?), jangan lupa di Madinah cari kubur Abdullah bin Ubai untuk anda puja sebagaimana orang puja kubur minta nombor ekor. Tapi anda mintalah kat kubur Abdullah bin Ubai itu sebatang penyapu! Hina dan hodohnya perangai anda!

Wednesday, September 17, 2008

Bila pulak SHAM faham makna zalim?


Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussin mengatakan pihak kementerian tidak akan menukar PSMI (Pelajaran Sains?Matematik dalam Bahasa Inggeris) dalam keadaan serta merta. Ini kerana dakwanya akan menganggu proses pembelajaran yang berjalan sekarang. Tambahnya dia tidak mahu anak-anak yang sedang belajar dalam sistem PMSI terganggu emosi termasuk anaknya. Baginya zalim kepada budak-budak sekolah termasuk anaknya.


Mengapa sepupu Najib ini masih bebal dan lembab memahami keadaan sekarang? Memanglah anak Hishamuddin akan alami kejutan kerana 100% kerana siang malam "speaking" dengan mak bapak dia! Bah kan budak itu bersekolah di sekolah swasta yang bahasa pengantarnya 100% Bahasa Inggeris. Mak bapak dia kaya raya. Tak cukup duit boleh minta kat Najib hasil komisen kapal selam. Apa susah.


Manakala ratusan ribu lagi anak-anak petani, nelayan, buruh dan marhein siang malam bercakap Bahasa Melayu setiap masa dan tempat. Mereka belajar di Sekolah Kebangsaan(SK).Bahkan mereka siang malam berdoa moga subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu.
Cuba kita periksa berapa orang Menteri UMNO hantar anak mereka kat Sekolah Kebangsaan(SK)? Terutama anak Hishamuddin dan Najib.

Jenis semua spesis Menteri UMNO ni kalau tentang kepentingan dan kebajikan rakyat marhein, tindakan mereka amat lembab.

Adakah Najib di ambang sore?


Pertukaran Kementerian antara Pak Lah dengan Najib menimbulkan spekulasi baru politik Malaysia. Melihat kepada rangking keutamaan Kementerian, sememangnya Kementerian Kewangan lebih utama daripada Kementerian Pertahanan. Tapi itu dulu! Mengapa? Ingatkah anda bahawa Najib ditukarkan dari Kementerian Pelajaran(dulu Pendidikan) selepas PRU 1999 gara-gara menang majoriti hanya sekitar 200 undi di Pekan. Dr. Mahathir ketika masih PM menurunkan pangkat Najib ke Kementerian Pertahanan. Biasanya Kementerian Pertahanan adalah untuk orang Sabah atau Serawak. Sama seperti Kementerian Pertanian. Low class!


Suatu yang pelik, sekonyong-konyong Pak Lah ambil Kementerian Pertahanan dari Najib atas alasan minta Najib cari pelabur baru di luar negara. Hey! Najib jangan lupa cari pelabur kat Ulan Bator! Pandai Pak Lah.

Dalam suasana negara yang tidak begitu stabil politik samada masalah dalaman UMNO, BN dan ancaman penukaran kerajaan oleh PR, Kementerian Pertahanan secara automatik menjadi satu Kementerian yang amat penting. Penukaran Pak Lah dengan Najib samada secara rela atau paksa menimbulkan spekulasi baru politik tanahair. Antaranya :


a) Adakah Pak Lah tidak percaya dengan Najib? Dengan mengambil alih Kementerian Pertahanan, Pak Lah menguatkan cengkamannya keatas pihak keselamatan dan memungkinkan Najib tidak dapat menggunakan ATM untuk politiknya. Pak Lah tidak bimbang dengan PDRM kerana Syed Hamid adalah orang setianya. Pak Lah juga tidak bimbang dengan Kementerian Kewangan kerana Mat Nor Yaakob juga pengikut setiannya.


b) Adakah Pak Lah akan menggunakan ATM untuk mengekalkan kekuasaannya? Pak Lah telah mengeluarkan isyarat kecil tsunami ISA bahawa Anwar ancaman besar kepada keselamatan dan ekonomi negara. Kini di tangan kanan Pak Lah tergenggam PDRM dan tangan kirinya ATM! Dan lebih penting Pak Lah menguasai kedua-dua perisikan negara.


c) Adakah Pak Lah dengan memegang jawatan Menteri Pertahanan untuk memudahkan Anwar jadi PM tanpa gangguan Najib yang mungkin menggunakan ATM untuk mengganggu proses penukaran kerajaan?


d) Adakah ini permintaan Najib yang masih "di paras kemiskinan" untuk "pelahap" duit Kementerian Kewangan pula setelah puas "kedarah" komisen kapal selam dan Sukhoi? Kah! Kah! Kah!

Friday, September 5, 2008

Superman Berkeris Telanjang


Tanpa perkauman, UMNO dah lama bergelar"mendiang" dan ber"jirat". Kali ini "superman berkeris telanjang" yang menyelamatkan UMNO bernama Mat Mael. Mat Mael tokey Bukit Bendera tetap mempertahankan pendapatnya bahawa " Cina adalah Pendatang". Beliau disokong oleh semua 13 tokey UMNO Pulau Pinang termasuk tokey UMNO Kepala Batas.

Dalam keadaan tinggal nyawa-nyawa ikan selepas Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Mat Mael memberikan talian hayat untuk UMNO untuk terus hidup.

Sasaran UMNO selepas ini ialah untuk mengalihkan fokus kepada wartawan dan surat khabar yang menyiarkan berita ucapan Ahmad Ismail. Wartawan dan surat khabat Cina ini akan diserang habis-habisan. Mungkin wartawan dipenjarakan kerana menyiarkan "fitnah" manakala permit akhbar ditarik balik. Semuanya adalah kemungkinan yang tidak mustahil.

Masihkah kita ingat kes Tamby Chik dan Ezam? Kerana membela budak Melayu, Eng Guan jadi banduan. Begitu juga kerana membongkarkan rasuah, Ezam menghuni sel. Bukan suatu yang pelik di Malaysia jika yang membongkarkan kezaliman, kejahatan dan penyelewengan UMNO akan dipenjarakan manakala yang jahat, zalim, rasuah dibiarkan bebas sebebasnya bahkan dianggap hero dan wira! Itulah Malaysia.

Begitu juga dengan kebocoran laporan kesihatan PUSWARI tentang Saiful. Polis begitu bersungguh-sungguh menyiasat siapa yang membocorkan laporan bukannya mendakwa orang yang membuat fitnah. Belum lagi nasib bakal menimpa Balasubramaniam dan Romlang.

Rakyat Malaysia perlu waspada dengan nyalaan obor perkauman yang sedang dihidupkan oleh UMNO. Ingatlah 13 Mei 69 adalah hasil kerja jahat UMNO. Tidak mustahil ianya berulang kembali. PR perlu pastikan agar ahli-ahli mereka tidak terikut-ikut rentak gendang tari UMNO.


Apapun yang malu sebesar-besarnya berukuran 9.99 richter dalam isu ucapan Mat Mael ialah TPM Najib. Dalam masa 2 minggu ini, TPM Najib terkena 2 kali tumbukan TKO Pak Lah. Pertamanya kekalahan UMNO di Permatang Pauh. Najib adalah tokey untuk kempen UMNO di situ. Pak Lah berlepas tangan. Tumbukan padu TKO Pak Lah kali kedua mengenai bibir merah Najib apabila Najib minta maaf atas ucapan Mat Mael tetapi Pak Lah bersikap lewa atas perbuatan Mat Mael. "...Nanti saya pi Penang, saya tanya dia sendiri, saya telefonpun tak dapat....." Itulah ucapan Pak Lah yang memperlekehkan Najib. Merah padam muka Najib semerah bibirnya!
Hikmat isu perkauman oleh Mat Mael kepada PAS ialah orang-orang Non Muslim dapat mengenali dan mendekatkan lagi hati mereka kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Sudah tiba masanya Non Muslim mengenali Islam yang sebenarnya melalui PAS. PAS FOR ALL!

Wednesday, September 3, 2008

Minyak turun sebelum 16 September?

Kemungkinan besar minyak akan turun sebelum 16 September ini. Ini kerana sebagai "mengambil hati " rakyat supaya menggagalkan penubuhan kerajaan baru 16 September. Pak Lah pernah mengatakan harga minyak akan turun pada 1 September. Tapi tiba-tiba diturunkan sebelum 26 Ogos sebagai kempen terakhir menarik undi pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Walaupun Shahril Samad mengatakan kemungkinan minyak turun pada akhir bulan ini, tetapi yang berkuasa turunkannya adalah Pak Lah. Percayalah Pak Lah tak sabar-sabar turunkan nak harga minyak sepertimana dia tak sabar-sabar naikkannya pada Jun lalu.

Maklumlah Pak Lah nak buat amal kebajikkan di bulan Ramadhan dan diambang sore pemerintahannya! Terima kasih PROTES!

Monday, September 1, 2008

Adakah Tun Mahathir Negarawan?


Melihat kepada reaksinya akhir-akhir ini, rakyat Malaysia sudah dapat menilai kesetiaan Tun Mahathir terhadap bangsanya dan negara Malaysia. Bermula kritikannya terhadap Pak Lah hinggalah Tun keluar dari UMNO. Dan yang akhirnya Tun berura-ura untuk meninggalkan bumi Malaysia sekiranya PMnya adalah Anwar Ibrahim.


Kalaulah Tun Mahathir seorang yang cintakan bangsanya sudah tentu beliau tidak menarik balik royalti minyak kepada Kerajaan PAS Terengganu yang 100% barisan pimpinannya adalah Melayu Islam. Begitu juga tidak mendiskriminasikan Kerajaan Kelantan yang sememangnya dipimpin oleh bangsa Melayu Islam. Kita juga pelik dengan Tun Mahathir sanggup menarik balik bantuan per kapita kepada sekolah agama SAR seluruh tanahair semasa menjadi PM. Sedangkan sekolah agama SAR 100% murid-murid dan guru-gurunya adalah Melayu Islam. Tun Mahathir juga sanggup meng"kafan"kan bahasa Melayu dengan penukaran bahasa itu kepada Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains atas alasan kemajuan kononnya.

Kemuncaknya "wajah sebenar" Tun Mahathir diterjemahkan dengan kenyataan beliau untuk "melarikan diri" dari Malaysia sekiranya Anwar jadi PM.
Tun, mana sifat patriotik yang setia pada negara ini. Mana semangat setia dan sayangkan tanahair? Adakah ini seorang Negarawan?


Anwar sanggup diaibkan, ditumbuk lebam matanya, dipukul oleh mantan IGP Rahim yang memungkinkan beliau mati, menjadi warga Penjara Sungai Buloh 6 tahun. Tetapi Anwar tetap sayangkan Malaysia. Beliau tetap tinggal di sini walaupun 1001 macam ancaman bakal menjelma. Inilah watak seorang Negarawan. Tidak pernah beliau melafazkan ucapan untuk meninggalkan bumi bertuah ini. Anwar berani hadapi rintangan demi perjuangannya.Tiada sifat pengecut dan dayus seperti Tun.


Tun yang budiman, memang anda telah KELUAR dari UMNO. Memang anda boleh KELUAR dari MALAYSIA tetapi adakah anda mampu KELUAR dari merasai saat KEMATIAN? Jika Tun ke Makam Pahlawan Masjid Negara, masih ada lagi satu ruang lot untuk Tun. Persoalannya adakah Tun layak disemadikan di situ sebagai Negarawan. Seorang Negarawan adalah orang yang sanggup dan setia dengan negaranya walaupun apa jua badai tsunami melanda. Dia tetap tidak meninggalkan bumi yang bertuah ini. Atau Tun ingin disemadikan di Hazara atau Delhi atau Dhaka? Hanya Allah Taala yang menentukannya.

Saturday, August 30, 2008

Merdeka dengan ACUAN ISLAM


Menjelang detik jam 12 malam ini, marilah kita umat Islam bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan ialah kita dapat membebaskan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dari pengabdian sesama makhluk kepada pengabdian kepada Allah Taala semata-mata.
Dalam kita memahami dan menghayati erti kemerdekaan ini, kita boleh melihat di paras atau level mana kita berada sekarang. Kita perlu ingat, menghayati erti kemerdekaan bukan sekadar kibarkan Jalur Gemilang di kereta, rumah, bangunan maupun kedai. Itu sekadar simbolik sahaja.
Kita sebagai umat Islam yang mempunyai kesempurnaan akidah mestilah meluaskan skop permandangan dan pemikiran kita. Lihat diri kita sendiri. Lihat disekeliling kita. Perjajah terbahagi kepada dua iaitu penjajahan secara fizikal dan penjajahan secara pemikiran. Alhamdulillah negara kita dapat memerintah sendiri oleh anak watan. British telah lama meninggalkan tanahair kita. Tetapi adakah diri kita dan masyarakat kita telah merdeka dan bebas dari pemikiran penjajah/kuffar?
Lihat dalam rumah kita. Adakah masih ada unsur penjajahan pemikiran seperti TV, radio maupun media cetak? Adakah filem Bollywood masih bersarang dan menjajah minda kita dan keluarga kita? Adakah akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, URTV, Mangga masih menjadi koran kita ?
Masihkah Malboro, Dunhill menjadi wirid kita ? Menjelang detik 12 malam, kita perlu bermuhasabah diri kita. Bumi bertuah ini juga perlu dimuhasabah. Bumi yang pernah dijajah selama 450 tahun oleh pelbagai bangsa dan negara.
Bumi bertuah yang pernah menyaksikan keberanian pejuang kemerdekaan seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Rentap, Mat Salleh, Dato Maharaja Lela, Ustaz Abu Bakar Baqir, Pak Sako, Dr. Burhanuddin Al Helmi berjuang demi membebaskan bumi bertuah ini dari penjajahan kuffar. Mereka berjuang agar Tanah Melayu ini bebas dari penjajahan kuasa asing.

Persoalannya sekarang adakah kita benar-benar merdeka? Merdekakah kita kalau Perlembagaan yang berrohkan Lord Reid masih digunapakai? Merdekakah kita jika kalau 90% anak Melayu menjadi siswa di Pusat Serenti? Merdekakah kita jika anak-anak Melayu menjadi juara dalam serba serbi perkara kemungkaran dan jenayah? Dan merdekakah kita jika kita masih percaya dengan mitos " Tanpa UMNO Negara akan huru hara "?

Ingatlah tanpa Islam, umat Melayu akan pupus sepertimana pupusnya dinosaur! Diatas runtuhan sistem Jahiliyyah, kita bina Malaysia dengan acuan Islam. Allahuakbar. PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...