ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, February 25, 2013

Jual rerompah atau Perah susu unta?



Ketika Arab Spring berada di paras kemuncak panasnya di Medan Tahrir, sekonyong-konyong sebilangan ulamak-ulamak Al Azhar dibawah pimpinan Mufti Besarnya mengeluarkan fatwa tentang "haram"nya berdemostrasi di Medan Tahrir dan dimana sahaja bumi Mesir. Bahkan "haram" menentang "ulul amri" Hosni Mubarak.

Kini, segalanya telah berubah. Mesir tiada lagi berketuakan Hosni Mubarak. Mubarak kini tinggal di lokap. Sesekali semput dan jatuh  di tandas. Ramai barua-barua Mubarak tunggu masa untuk disumbat dalam penjara akibat kejahatan,rasuah dan kezaliman semasa zaman tuannya Mubarak.

Yang sedang berdemo di jalanan sekadar "budak-budak PERKASA" Mesir sahaja.

Semua orang kenal mantan SB yang kini jadi Mufti Perak. Sehari dua ini, "fatwa"nya menjadi bombastik dan sensasi. Barangkali inilah kemuncak "kejayaan" kerjayanya sebagai mufti.

Menuduh PAS lebih teruk dari kafir adalah satu tuduhan yang berat. Jika Chua Soi Lek atau Sammy Vellu  cakap begitu, tidaklah ralat sangat kerana mereka memangpun kafir.

Inikan seorang mufti yang sudah tentu tempat rujukan dan ilmu banyak.

Sepatutnya Mufti Perak belajarlah dari kisah ulamak-ulamak Mesir yang begitu taksub dengan "UMNO Mesir". Memuja memuji Mubarak. Di mana mereka sekarang ? Masihkan mengajar di Al Azhar?

Atau tukar kerjaya jadi tukang perah susu unta di Gurun Sahara?

Adakah Mufti Perak mahu ikut jejak mereka? Jika unta susah sangat mahu di cari di Malaysia, elok jadi pembuat terompah kayu. Satu kerjaya yang amat elok mahu alim ulamak yang suka sangat mengampu pemerintah seperti UMNO.

Sunday, February 24, 2013

Susahnya jika kita ada Menteri Cap Ayam



Krisis Lahad Datu hampir kepada penghujungnya. Ada 1001 kebarangkalian dan andaian mengapa ianya terjadi.

Cuma satu persoalannya buat PM, Menteri ATM dan Panglima ATM. Iaitu mana dia kehebatan kapalselam kita yang dibeli ratusan juta untuk jaga perairan negara?

Adakah rosak ?
kipas tertanggal ?
tidak boleh timbul ?
tenggelam di dasar laut?

atau, atau dan atau? ?????

Itu baru pencerobohan "tentera tanpa negara"  dan peralatan canggih. Belum lagi pencerobohan negara asing .

Sepatutnya Menteri ATM dan Menteri Polis dah letak jawatan atau buat "harakiri" macam Jepun.

Menteri kita jenis spesis Cap Ayam ! Tiada maruah dan harga diri.

Mengapa tidak bandingkan dengan Korea dan Jepun?



Setiap kali menjelang pilihanraya di Malaysia, rakyat akan dimomokkan(dihantukan) dengan huru hara dan kekacauan jika bertukar kerajaan.

Inilah dakyah dan propaganda yang dibuat oleh UMNO dan BN. Mereka akan hidupkan kembali 13 May, zaman Jepun, zaman darurat, ancaman komunis, ancaman penjajahan.

Juga tidak ketinggalan membandingkan dengan negara luar. Kali ini Palestin menjadi contoh. Disebutkan bagaimana nasib rakyat Palestin berbanding rakyat Malaysia. Dibawanya isu perpaduan Melayu untuk dikempenkan agar nasib rakyat tidak menjadi seperti Palestin.

Peliknya, setelah merdeka hampir 60 tahun seolah-olah pemikiran rakyat ditakut lama. Seolah-olah pemikiran rakyat seperti rakyat Korea Utara atau Cuba. Cara pemikiran kita diperbodohkan oleh UMNO dan BN. Macamlah pemikiran rakyat seperti dibawah tempurung dan jumud dan tertutup macam rakyat China zaman Mao Tze Dong.

Benarlah telahan TG Nik Aziz tentang pemikiran UMNO yang melayan rakyat umpama haiwan. Hulur umpan, agar mengena jerat itu.

Cara UMNO melayan rakyat macamlah rakyat Malaysia tidak bersekolah, masih berkaki ayam, masih bercawat, masih tinggal di pondok buruk yang tiada TV, radio dan broadband!

Bezanya kita dengan Korea dan Jepun. Disana silih berganti kerajaan. Tetapi tiada pula berlaku huru hara dan kemunduran.Bahkan bertambah maju. Segalanya bertambah maju samada pembangunan, ekonomi dan sukan. Lihat dalam hal bolasepak. Jepun dan Korea menjadi gergasi bolasepak Asia.

Mengapa jadi begitu?

Kerana Menterinya tidak kira PM atau menteri kabinet akan letak jawatan atau bunuh diri (harakiri)jika lakukan rasuah dan salahlaku moral.Mereka tidak tunggu rakyat "bising-bising" dalam akhbar.

Menteri mereka berjiwa besar, berintergriti, bermaruah dan ada harga diri.

Berbanding dengan kita. Jika ada menteri berkhalwat,meraba, rasuah, bunuh, mereka buat selamba je. Bahkan dinaikkkan pangkat menjadi duta, menteri, pengerusi GLC bahkan PM !

Tiada perasaankah kita sebagai rakyat yang dilayan dan dibuli  UMNO bagai makhluk yang tidak berakal?




Bagaimana kesudahan Putera Tun Razak?



 Pulangnya P.Balasubramanian ke tanahair menambah lagi kerancakkan "perang" terhadap PMNajib.

Rasanya kepulangan Bala serta serangan Deepak terhadap PMNajib bukan sekadar kerana pilihanraya hampir. Bukan sekadar itu.

Semuanya berkaitan. Antaranya, titah Raja Muda Perak, ke sana kemari mantan IGP Musa, ucapan Mahathir dan juga ucapan Muhyiddin.

Jelas dan pastinya, PMNajib berada dalam keadaan "diserang" segenap penjuru !

Sebab itulah, PMNajib di Seremban mengungkapkan kata-kata "hikmatnya", "Saya tunggu hingga letih untuk buat PRU 13...".

Apakah PMNajib letak jawatan sebelum PRU 13? Adakah Muhyiddin sedang berpakat dengan Mahathir untuk desak PMNajib letak jawatan sepertimana nasib Pak Lah dahulu ?

PMNajib hadapi PR, team Muhyiddin-Mahathir , mahasiswa dan rakyat marhein.

Banyak kebarangkaian nasib PMNajib. Antaranya:
i) Tidak adakan PRU dengan mencipta MAGERAN.
ii) Letak jawatan setelah didesak Muhyiddin dan Mahathir.
iii) Diguling secara halus oleh Muhyiddin-Mahathir.
iv) Kalah teruk dalam PRU 13 dan letak jawatan  macam Pak Lah.
v) Diguling oleh "kuasa ketiga" UMNO . Siapa ?
vi) Kemas pakaian dan bungkus barang lari ke luar negara macam Presiden Tunisia dan isterinya.





Tuesday, February 19, 2013

Sultan pun takut mahu cemar duli....!



Hebat Ganu Kite ! Bina dan Runtuh !

Zaman MB Deris Jusoh adalah zaman membina manakala Zaman MB Mat Said pula zaman keruntuhan !

Stadium, masjid, pasar, sekolah dan astaka semuanya pesat dibina zaman Deris Jusoh. Kini giliran runtuh pula berlaku di zaman Mat Said.

Kini tiba pula giliran Fasa Kedua Keruntuhan berlaku. Bermula keruntuhan Stadium Sultan Mizan. Selepas ini, giliran bangunan mana pula ?

Yang pasti Zoo Mat Said tiada berlaku keruntuhan.Cuma dibimbangi, warga haiwan di sana mati keracunan atau terlepas.

Elok juga stadium yang runtuh itu dijadikan Memorial Simbol Rasuah UMNO atau cawangan Zoo Mat Said !

Alangkah cantiknya jika begini dan begitu....


Selepas peristiwa Memali dan Sauk, tiba-tiba negara dikejutkan dengan peristiwa Lahad Datu (LD).

Bezanya LD melibatkan warga asing dan mempunyai mesej sejarah lampau. Berbanding dengan Memali yang melibatkan ahli PAS dan akta ISA dan Sauk yang melibatkan satu kumpulan "persilatan".

Di sini kita boleh membuat perbandingan cara dan rentak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri(KDN) menangani isu tersebut.

Pertama dengan Memali. Berlaku di zaman Mahathir. Melibatkan orang kampung dan seorang guru mantan pegawai agama Jabatan Perdana Menteri. Cara kerajaan menangani krisis tersebut amatlah kejam dan tidak munasabah. Lebih kepada politik kepartian.

Tahun 1985 adalah tahun-tahun kebangkitan Gerakan Islam. Ini menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada UMNO selaku parti pemerintah ketika itu. Teruknya kerajaan terutama KDN menangani krisis tersebut hanya sekadar menyahut seruan pewakilan UMNO Baling dalam Perhimpunan Agong UMNO.

KD menghantar pasukan polis termasuk Komando 69 dan Senoi Praaq untuk menyerang orang kampung yang mengakibatkan 14 terbunuh.

Seterusnya isu Sauk. Krisis ini menimbulkan pertanyaan dan kontroversi. Ianya berlaku dua tahun selepas krisis Mahathir-Anwar.

Ada spekulasi mengatakan krisi Sauk hanyalah "lakonan" UMNO untuk mengenakan PAS. Seolah-olah PAS menganjurkan keganasan dan untuk mengguling kerajaan seperti tohmahan Memali.

Peristiwa Sauk dianggap PAS sebagai tidak logik dan melucukan. Hinggakan ada pimpinan PAS mahu ianya dilakonkan kembali dan diambil masa detik lakonan bermula hingga semua senjata dipunggah ke dalam Jip Pajero.

Kali ini KD berdepan dengan krisis Lahad Datu(LD). Jika Memali dan Sauk membabitkan rakyat tempatan, kini Lahad Datu membabitkan warga asing dan lebih merumitkan ianya berkaitan sejarah lampau.

Beberapa persoalan timbul berkaitan isu LD. Antaranya :

a) Begitu mudah 100 orang warga asing menceroboh negara kita. Bahkan ada bersenjata. Walaupun lokasi pencerobohan 130km dari LD, ianya suatu perkara serius tentang kedaulatan negara.

b) Antara motif pencerobohan mereka adalah isu hak milik tanah Kesultanan Sulu.Begitu mudah sesebuah kumpulan datang ke negara kita dan mendakwa hak milik mereka. Bahkan tidak mahu berganjak.

c) Ingin berjumpa personaliti tertentu. Siapa individu tersebut yang begitu berkuasa besar ? Adakah individu tersebut berjanji untuk berikan IC dan tanah dengan syarat sokong BN ?

d) Sikap Kerajaan Filipina terhadap isu ini. Setakat ini ada percanggahan kenyataan antara Manila dan Putrajaya. Mesti salah satu betul dan bohong. Siapa betul dan siapa bohong?
Adakah tuntutan Filipina terhadap Sabah masih belum gugur? Dan Filipina sedang menguji kita melalui penghantaran "Tentera Sulu" ?

Apapun, sikap KDN terhadap LD berbanding Memali amat berbeza. Barangkali KDN sudah serik dan ingin "bertaubat" akibat dosa di Memali.

KDN sudah belajar ilmu diplomasi . Ilmunya sudah dipraktikalkan dalam HKR 112 KL Alangkah bagusnya jika ianya diamalkan sejak dahulu lagi. Tiada darah mengalir di Memali.

Yang pasti jika tiada campurtangan politik UMNO terhadap KDN terutama PDRM, tiada pertumpahan darah berlaku atas bumi Malaysia.


Saturday, February 16, 2013

AWAS : Apa nie....!!



Rakyat perlu memandang serius terhadap beberapa kenyataan dan peristiwa membabitkan pimpinan UMNO menjelang PRU 13 ini.

Bermula kata-kata Dr Mahathir, Najib, Zahid dan Muhyiddin tentang menang,kalah dan huru hara. Tidak ketinggalan dengan kenyataan Pengerusi SPR tentang protes dan perarakan selepas PRU 13. Dan mantan IGP Musa ke sana ke mari seperti merancang sesuatu.

Pimpinan UMNO seiya sekata dalam memperkatakan tentang huru hara menjelang PRU dan selepasnya.

Petanda awal ialah tentang dakwaan ancaman nyawa terhadap penyanyi Korea. Bagi menutup malu PMNajib dalam Perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, maka dibuat alasan keselamatan tentang majlis tersebut.

Alangkah "kartun"nya alasan yang diberi demi menutup malu besar yang menimpa PMNajib !

Berbalik kepada "wirid dan ratib" pimpinan UMNO tentang huru hara bakal menimpa samada dalam kempen PRU atau jika PR tawan Putrajaya.

Suasana dan provokasi pimpinan UMNO ini seperti PRU 1969 yang menyebabkan terjadinya Mei 13.

Sekali imbas Mei 13 terjadi akibat sentimen komunis dan perkauman, tetapi faktor terbesar ialah "rampasan kuasa secara halus" oleh ayah PMNajib dari Tunku Abdul Rahman.

Pada masa itu, UMNO  meniupkan sentiman perkauman, anti Cina manakala puak MCA pula meniupkan sentimen anti Melayu. Melayu -Cina bergaduh, UMNO kekal sebagai pemerintah.

Nampaknya peristiwa ini seakan bakal berulang kembali. Dan "modal" mereka lebih besar lagi. Antaranya :
i) Isu Kalimah Allah.
ii) Bible versi Melayu.
iii) DAP bakal jadi PM.
iv) PR diresapi anasir luar.
v) Mei 13.
vi) Negara Kristian.

Isu di atas "digaul- gaul" setiap hari. Apabila telah "sebati", barulah di"bakar" sehingga terjadinya MAGERAN. Apabila MAGERAN, tiada PRU dan tiada peralihan kuasa seterusnya UMNO kekal sebagai pemerintah.

Cuma bezanya barangkali, PM sahaja bertukar. PMNajib akan didesak oleh Mahathir untuk berundur untuk diangkat Muhyiddin menjadi PM. Sama seperti Tunku Abdul Rahman didesak letak jawatan untuk diganti oleh ayah PMNajib.

Tiada diketahui berapa peratuskah skrip ini telah dilakonkan dan berapa peratuskah lagi baki penggambaran ini akan siap?

Berjayakah skrip ini dilunaskan oleh UMNO untuk "santapan lazat" rakyat Malaysia ?

Mereka merancang dan Allah juga merancang. Hanya perancangan Allah Taala yang terbaik.




Friday, February 8, 2013

ISMA : Berada di dua persimpangan




Hasrat ISMA untuk memasuki alam politik negara menjelang PRU 13 adalah suatu yang dijangkakan.

ISMA seperti juga JATI, begitu rapat dan intim dengan UMNO pada akhir-akhir ini. Kebanyakkan program mereka di sokong oleh UMNO dari segi kewangan dan moral. 

Apabila Ketuanya Ustaz Abdullah Zaik melahirkan hasrat ISMA untuk bertanding dalam PRU 13 tentunya timbul persoalan samada ISMA akan bertanding atas tiket Bebas atau tiket UMNO.

Jika ISMA bertanding atas tiket bebas, dikhuatiri hilang deposit. Sejarah pilihanraya Malaysia mencatatkan hanya calon Bebas di Sarawak sahaja yang ada peluang untuk menang.

Di Semenanjung, hanya Cikgu Jabar di Batu Laut dan Shahrir Samad di Johor Bahru yang pernah menang atas tiket Bebas.

Barangkali ISMA pimpinan Ustaz Abdullah berhajat bertanding bertumpangkan tiket UMNO. Tapi mudahkan UMNO memberi ruang itu? Jika sesama merekapun bertumbuk demi jadi calon, apatah lagi puak-puak Ustaz mahu tumpang semangkuk!

Jika benar-benar ISMA mahu bertanding, maka menzahirkan lagi wajah sebenar ISMA. dan meletakkan sebaris dengan JATI dan KIMMA sebagai rakan taulan UMNO dan Barisan Nasional.

Cumanya, sebelum bertanding elok pimpinan ISMA bertandang ke rumah bekas calon-calon ISLAH terlebih dahulu. Ambil petua dan nasihat.

ISLAH adalah kumpulan yang tidak bersetuju PAS berkerjasama dengan Semangat 46 dan APU dahulu.




Thursday, February 7, 2013

Hanyut...hanyut dan hanyut !



Nasharudin Mat Isa mengikuti jejak rakan taulannya seperti Nakhaei dan Hasan Ali untuk berada di pihak yang bermusuhan dengan PAS.

Nakhaei sebelum menjadi warga kaki lima UMNO, beliau adalah pernah menjawat Naib Presiden PAS.

Hasan Ali pula pernah menjadi Naib Presiden PAS, PJ Selangor dan Exco Kanan Kerajaan Selangor.

Seperti biasa,  apabila sudah meletakkan sebelah kaki dalam UMNO, maka tugas utamanya adalah menghentam,menghina,mengkritik dan memperlekehkan PAS.

Sudah tentu Utusan dan TV3 menjadi tempat untuk melancarkan serangan. Selepas Hasan Ali sudah mula hilang "manis" untuk tunggu masa disepahkan, kini giliran Nasharuddin pula memeriahkan kembali suasana sakan menghentam PAS.

Sehari dua ini, media barua UMNO, Utusan dan TV3 begitu "galak" memberi microphone kepada Nasharuddin.

Kita beri peluang buat Nasha untuk berbuih-buih mulut menghina PAS sehingga dia mati kepuasan.

Kita melihat manusia yang bergelar Ustaz Nasha semakin hanyut, hanyut dan hanyut. Beliau mula hanyut apabila kehilangan jawatan Timbalan Presiden PAS.

Semakin hanyut apabila tidak menghadiri Muktamar PAS di Kota Bahru 2012 lalu. Tetapi muncul di Mekah bersama PMNajib.

Semakin jauh hanyut apabila sekali lagi "bersantai sambil bercanda" bersama PMNajib di Gaza.

Cuba lihat hebatnya strategi PMNajib mengumpan Ustaz Nasha menggunakan tema perpaduan ummah dan lokasi yang strategik iaitu Mekah dan Gaza. Hebat bukan?

Mengapa tidak pilih London atau Washington atau Ulan Bator ?

Kepada Najib ini suatu strategi , malangnya Ustaz Nasha terlalu "perasan tinggi".

Dalam Dialog TV3 semalam, beliau dengan bangganya "berperasan tinggi" seolah-olah menjadi Speaker Parlimen Malaysia apabila di minta wakili Speaker Malaysia di OIC .

Apa pula perasan beliau apabila dijemput PMNajib temani beliau di Mekah dan Gaza? Perasan untuk gantikan tempat Jamil Khir, Mashitah atau tempat Nakhaei di kaki lima PWTC !

Satu renungan, dengar khabar Ustaz Nasha adalah anak didik dan mendapat tarbiyyah dari Al Marhum Ustaz Fadhil.

Apapun,bukan salah ibu mengandung! Tepuk dada, tanya iman masing-masing.



Monday, February 4, 2013

SAH:Memang Dajal ada di Selangor !



Punca krisis air Selangor  terbongkar semasa lawatan PMNajib ke Selangor semalam. Seperti biasa PMNajib berlagak umpama "Dajal" mengumumkan bantuan RM120 juta untuk Syabas bagi menyelesaikan krisis air Selangor.

Tetapi aksi bantuan ala -Dajal itu sebenarnya membongkarkan kejahatan dan kejelekkan perangai hodoh dan jahat UMNO terhadap rakyat.

Tahun 2009, Kerajaan Pusat bagi pinjaman RM 320.8 juta kepada Syabas. Kemudian Syabas dapat lagi pinjaman RM110 juta pada tahun 2011.

Semalam Najib bagi lagi Rm120 juta kepada Syabas.

Jadinya selama ini, Syabas buat apa dengan duit  Kerajaan Pusat ?

Adakah duit itu untuk gaji Bos Syabas sahaja yang hampir RM500,000 ( setengah juta) sebulan.

Memang gaji puak-puak Dajal memang tinggi hingga menyusahkan rakyat marhein.

Itulah dasar Dajal.

Saturday, February 2, 2013

Mahathir mimpi jadi macam Saddam ?



Semasa menjelang PRU 1999 dan pengaruh Dr Mahathir semakin pudar di mata rakyat, Mahathir mengeluarkan kenyataannya bahawa beliau mungkin ditembak oleh rakyat semasa lawatan di London.

Kini, Mahathir ulangi ayat-ayat basinya dengan menyebut pimpinan UMNO dan BN hatta beliau sendiri bakal ditangkap jika Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya selepas PRU 13 ini.

Mahathir terus dengan imaginasinya dengan mengatakan seluruh lapangan terbang negara ini bakal ditutup untuk halang pimpinan UMNO larikan diri.

Bagaimana dan mengapa Mahathir berfikir begitu jauh tentang nasibnya dan taulannya dalam UMNO dan BN ?

Barangkali tidur Mahathir bermimpikan kengerian yang melampau. Dalam usia 87 tahun jika tidur tidak lena kerana asyik berfikir yang bukan-bukan boleh merencatkan fikiran.

Pakar perubatan selaku doktor peribadi Mahathir perlu bertindak segera agar tidur Mahathir menyenyakkan dan tiada mimpi yang ngeri buat beliau.

Kita bimbang, jika Dr Mahathir satu lagi mimpi yang ngeri , dia bakal menempah "wad" di Tampoi atau Tanjung Rambutan !

Apa mimpi itu ?

Mimpi jadi macam Gaddafi atau Saddam !

Kalau penghabisan nyawa macam Marcos, Shah Iran atau Suharto dikira bernasib baik.

Asal jangan senasib Gaddafi atau Saddam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...