ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Ucapan Menteri Polis Zahid ketika kempen pemilihan UMNO di Melaka: Dadah.... tokey besar orang Cina, tokey kecil kecil orang In...
-
Isu wang RM12 juta menjadi panas dengan kenyataan bercanggah.TPM Zahid menafikan ianya wang tebusan untuk lanun Abu Sayyaf tetapi di...
Sunday, September 29, 2013
MESIRKINI : 6 Oktober tarikh kematian As Sisi ?
Mesir bakal merayakan hari Angkatan Tenteranya pada 6 Oktober ini. Satu sambutan untuk merayakan kejayaan dalam Perang Oktober 1973 yang lebih dikenali sebagai Perang Badar Moden dan Yom Kippur bagi kalangan Zionis.
Sejak berakhir perang tersebut,pihak Tentera Mesir telah mengisytiharkan 6 Oktober sebagai hari kebesaran tentera Mesir.
Pada hari tersebut,Angkatan Tentera Mesir mengadakan perarakan tentera,senjata dan segala kehebatan peralatan tentera dipamerkan.
Itu sebelum Presiden Sadat berdamai dengan regim Zionis pada tahun 1978 selepas kunjungan rasmi Sadat ke Parlimen Knesset 1977.
Selepas pendamaian dan pengiktirafan Sadat terhadap negara Zionis, keadaan di Mesir dan dunia Arab berubah. Sadat dianggap pengkhianat terhadap Islam dan Arab.
Bagaimanapun Sadat bertindak pantas dengan menangkap lebih 1600 orang penentangnya terutama pengikut Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Islamiyah.
Akhirnya,pada 6 Oktober 1981 iaitu hari kebesaran Tentera Mesir, Sadat menerima "hukumannya" di tangan tentera dan rakyatnya sendiri. Beliau dibunuh ketika membalas tabik hormat tenteranya sambil mendongak ke langit melihat lintasan jet-jet pejuang Mesir melintasi pentas tempat Sadat berada.
Sadat dibunuh kerana berdamai dengan Zionis dan menangkap 1600 rakyatnya.
Mana besar "dosa" antara Sadat dengan As Sisi?
As Sisi membunuh rakyatnya 5,000 orang dalam masa singkat berbanding Zionis membunuh tentera Mesir dalam tiga Perang Arab-Israel sekadar kurang 1,000 orang.
Zionis membunuh tentera Mesir dengan bantuan senjata negara asing seperti Amerika,Britain dan Perancis. Zionis tidak menggunakan khidmat tentera tersebut.
As Sisi membunuh rakyatnya sendiri dengan menggunakan khidmat rakyat Mesir sendiri iaitu tentera,polis dan samseng.
Hari 6 Oktober menjelang tiba. Adakah As Sisi akan mengadakan perayaan 6 Oktober seperti kelaziman sebelum ini?
Moga 6 Oktober adalah hari kematian dan kebinasaan manusia kejam berdarah Yahudi itu.
Persoalannya,jika Khaled Islambouli menjadi hero pada 6 Oktober 1981, siapakah bakal menjadin hero 6 Oktober 2013?
Sama-sama kita tunggu dan saksikan.
Tuesday, September 17, 2013
TERJAH : Kereta Porche disimpan dalam kandang lembu?
Bos baham pitih lembu
Bos ternak lembu dalam kondominium
Bos pakai pitih lembu buat umrah jalan-jalan cari makan
Bos angkat anak beranak terajui syarikat lembu
Kuli baham pitih orang miskin
Kuli ternak kereta mewah
Kuli ternak kereta mewah guna pitih orang miskin
Bos ternak lembu dalam kondominium
Kuli ternak kereta mewah dalam kandang lembu
Kita sehati sejiwa
Lembu kereta sehati sejiwa....berpisah tiada !
Negara dalam bahaya kerana ancaman "benda ini" !
Sekonyong-konyong IGP Khalid mengarahkan entah berapa unit polis mengawasi agar sempadan Malaysia tidak dicerobohi oleh "musuh ketat" negara dalam bentuk "abu" mayat Chin Peng.
IGP Khalid memberi arahan demikian setelah Menteri Polis Zahid Hamidi mengatakan bumi Malaysia tidak menerima abu Chin Peng.
Itu belum lagi arahan Menteri Kapal Selam Hishamudin Husein. Barangkali Hisham akan arahkan beberapa batalion termasuk Regimen Gerak Khas mengawasi sempadan negara laut,darat dan udara agar abu itu tidak masuk ke dalam negara ini.
Skuadron Jet pejuang MIG 29 juga diarahkan berjaga-jaga atas kemungkinan tiupan angin boleh menyebabkan abu itu bercampur jerebu masuk ke negara ini.Bahaya.
Armada Kapalselam juga diarah bersiap siaga atas kemungkinan abu itu dilekatkan pada perut paus maupun jerung untuk diseludup masuk melalui perairan pantai Malaysia.
Lebih hebat dari persiapan menghadapi ancaman Sulu !
Inilah akibat terlalu "pandir" sangat !
Kerana "abu", Menteri dan IGP "gatal mulut" mempromosikan dan mensensasikan isu ini. Rakyat Malaysia yang tidak kisah dengan kematian Chin Peng menjadi ingin tahu kisahnya.
Mengapa takut sangat dengan abu ?
Takut pemuja komunis memujanya di tugu macam Syiah keliling kubur imam mereka? Apa bezanya dengan polis dan tentera kita? Setiap tahun "sembah" Tugu Negara.
Masih ramai lagikah pemuja komunis di negara kita setelah komunis ditaklqinkan 30 tahun yang lampau ? Apa ada pada abu? Adakah abu itu boleh menghidupkan kembali fahaman komunis?
Barangkali yang ingin keliling "tawaf" abu Ching Peng hanyalah Hishamudin Rais sahaja.
Bermula dari politikus,IGP hingga JKKK semuanya di"pandirkan" oleh abu Chin Peng!
Sekarang isu ini dipanjangkan dengan pertanyaan, jika Chin Peng dianggap sebagai pengganas dan pengkhianat negara, bagaimana arwah bapa PMNajib yang pernah menjalani perkaderan tentera Jepun semasa penjajahan Jepun di negara ini?
Sepatutnya pimpinan politikus,pmpinan polis dan tentera tidak panjangkan isu ini.Biarkan ianya berlalu begitu sahaja.Tidak ulas dan komen panjang-panjang.
Pandirnya kita kerana menyibukkan diri dengan abu sedangkan kadar jenayah bertambah meningkat di negara kita.
Saturday, September 14, 2013
MALAYSIAKU : Saya keluar....awak masuk pula....!
Selepas PRU 13, banyak kejadian "aneh, jijik dan memalukan" berlaku di Malaysia. Terutama soal kehakiman.
Perhatikan dua kes ini ini membabitkan PMNajib.
Pertama, Mahkamah membebaskan dua tertuduh yang mengaku membunuh dalam kes Altantuya Shariibuu. Tertuduh didakwa menggunakan letupan C4 milik Kementerian Pertahanan yang ketika itu Najib menjadi Menterinya.
Mahkamah membebaskan dua tertuduh kerana hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka. Antaranya tidak memanggil Deputi Supritendan Musa Safri, Bukan sahaja mahkamah membebaskan mereka berdua bahkan IGP Khalid juga tidak "berminat" untuk mencari siapakah sebenar pembunuh gadis Mongolia itu. Aneh bukan?
Kedua, bagaimana sikap Hakim yang begitu "bersemangat dan teruja " untuk menghumban 13 individu ke penjara dengan serta merta tanpa menerima permohonan untuk menangguhkan hukuman untuk mendengar rayuan.
"Jenayah dan kejahatan" 13 individu yang berumur 26 hingga 56 tahun ialah membantah kudeta Kerajaan Perak yang diketuai oleh Najib sendiri selaku Timbalan PM ketika itu.
Mereka semua tidak membunuh, jauh sekali menggunakan letupan C4.
Bahkan 13 individu ini tidak pula menggunakan topeng menutup muka sepanjang kes mereka dibicarakan berbanding dua tertuduh dalam kes Altantunya.
Menariknya, Penjara Tapah baru sahaja membebaskan seorang penghuninya yang terlibat dalam kes Altantunya dan kini menerima "tetamu baru" dalam kes kudeta kerajaan Perak.
Lebih menarik, kedua kes ini membabitkan PMNajib. Hebatkan ?
Wednesday, September 11, 2013
11 September: Tarikh bermulanya Perang Salib Moden
Tarikh 11 September adalah tarikh bermulanya Perang Salib Moden yang diisytiharkan oleh Amerika dan sekutunya terhadap negara dan umat Islam.
Bermula tarikh tersebut,Amerika dan sekutunya mula menyerang dan membunuh umat Islam di Afganistan,Iraq dan Somalia.
Terlebih dahulu Amerika "mulakan modal" nya dahulu untuk dapatkan "lesen membunuh" dengan mencipta "pengganas" untuk membunuh rakyatnya sendiri lebih 3,000 orang.
Cumanya,ketika itu yang selamat hanyalah warganya yang berbangsa Yahudi. Mereka terlebih dahulu mendapat "berita bocor " tentang serangan 11/9 itu.
Setelah 12 tahun berlalu,kita melihat penguasaan Amerika terhadap dunia. Terkini krisis di Syria dan Mesir juga Amerika tidak ketinggalan mengambil bahagian untuk "menghirup darah dan meratah" negara umat Islam.
Sesuatu yang mengujakan betapa segala aksi Amerika berpaksikan kepada keselamatan Israel.
Tiada diketahui sampai bila penguasaan Amerika terhadap politik dunia. Jika USSR runtuh dan berpecah kerana pembabitannya dalam perang Afghan, apakah Amerika juga bakal mengikuti nasib USSR?
Monday, September 9, 2013
Dua kejayaan terbaik Najib selepas PRU 13
Dua kejayaan terbaik Kerajaan BN pimpinan Najib dari UMNO selepas PRU 13 adalah :
i) Membebaskan pembunuh Altantuya serta menutup rapi kemas failnya.
ii) Menaikkan harga minyak.
Kedua "kejayaan terbaik" Najib itu dibuat selepas PRU 13.
Kita menunggu 1001 lagi kejayaan demi kejayaan dicipta oleh PM Najib dan kerajaannya!
Sabar menanti!
Sunday, September 8, 2013
GAZA : Lenakah tidur kita?
Fakta dibawah adalah sebelum Dr. Morsi menjadi Presiden Mesir. Selepas Morsi menjadi Presiden Mesir, keadaan bertambah baik dengan laluan jalan Gaza-Mesir dibuka seluas-luasnyauntuk NGO menghantar bantuan kemanusiaan.
Namun kini,selepas kudeta tentera di Mesir dijangkakan keadaan di Gaza bertambah buruk.Bahkan lebih buruk daripada fakta di bawah.
Tahukah anda? 10 FAKTA SEKATAN GAZA
1) 7 juta orang disumbat ke dalam kira-kira 140 kilometer persegi Semenanjung Gaza. Ini lebih kurang dua kali ganda saiz Washington DC (The World Factbook)
2) Lebih daripada separuh daripada penduduk Gaza - 780 578, atau 53% - adalah di bawah umur 18 tahun. (Gaza Fact Sheet, 2007)
3) Lebih kurang 39,000 pelarian kanak-kanak di Gaza tidak akan menghadiri sekolah UNRWA tahun ini, kerana agensi itu tidak dapat membina atau membaiki semula sekolah-sekolah kerana sekatan Israel. (IRIN, 2010)
4) Sejak tahun 2006 Israel telah menghadkan import pelbagai barangan kepada "minimum kemanusiaan", walaupun tidak ada senarai rasmi untuk peniaga-peniaga untuk panduan. (Gisha, 2010)
5) Walaupun beratus-ratus pelajar yang diterima untuk program akademik antarabangsa, dasar Israel menghalang ramai pelajar daripada meninggalkan Gaza.(Gisha, 2008 p. 2)
6) 1 daripada setiap 5 kanak-kanak sekolah kekurangan iodin. Kelaziman anemia di kalangan kanak-kanak berumur 9-12 bulan adalah 61.6%. (IMEU, 2010)
7) 3 daripada setiap 4 anak-anak muda tidak boleh melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di Gaza akibat lebihan kapasiti.
(United Nations, 2007)
Hari ini, kira-kira 1.1 juta pelarian Palestin di Gaza menerima perkhidmatan UNRWA; 61% daripada penduduk Gaza adalah makanan tidak terjaga, dan pengangguran adalah hampir 40%.
(Bangsa-Bangsa Bersatu, 2010)
9) 90-95% daripada air yang dihasilkan oleh hanya penapis di Gaza tidak layak untuk minum. (Amnesty, 2009, ms 10.)
10) 28% daripada kanak-kanak yang dikaji di Gaza telah menyaksikan kemusnahan rumah kawan mereka dan hampir 19% telah menyaksikan kemusnahan rumah mereka sendiri, menyebabkan gangguan psikologi. Kanak-kanak yang telah dipindahkan secara paksa mengalami prestasi akademik dikurangkan dan pelbagai masalah lain yang berkaitan dengan keadaan sosial berkurangan untuk keluarga. (Save the Children, 2009) [Ph]
sumber: electronicintifada
Namun kini,selepas kudeta tentera di Mesir dijangkakan keadaan di Gaza bertambah buruk.Bahkan lebih buruk daripada fakta di bawah.
Tahukah anda? 10 FAKTA SEKATAN GAZA
1) 7 juta orang disumbat ke dalam kira-kira 140 kilometer persegi Semenanjung Gaza. Ini lebih kurang dua kali ganda saiz Washington DC (The World Factbook)
2) Lebih daripada separuh daripada penduduk Gaza - 780 578, atau 53% - adalah di bawah umur 18 tahun. (Gaza Fact Sheet, 2007)
3) Lebih kurang 39,000 pelarian kanak-kanak di Gaza tidak akan menghadiri sekolah UNRWA tahun ini, kerana agensi itu tidak dapat membina atau membaiki semula sekolah-sekolah kerana sekatan Israel. (IRIN, 2010)
4) Sejak tahun 2006 Israel telah menghadkan import pelbagai barangan kepada "minimum kemanusiaan", walaupun tidak ada senarai rasmi untuk peniaga-peniaga untuk panduan. (Gisha, 2010)
5) Walaupun beratus-ratus pelajar yang diterima untuk program akademik antarabangsa, dasar Israel menghalang ramai pelajar daripada meninggalkan Gaza.(Gisha, 2008 p. 2)
6) 1 daripada setiap 5 kanak-kanak sekolah kekurangan iodin. Kelaziman anemia di kalangan kanak-kanak berumur 9-12 bulan adalah 61.6%. (IMEU, 2010)
7) 3 daripada setiap 4 anak-anak muda tidak boleh melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di Gaza akibat lebihan kapasiti.
(United Nations, 2007)
Hari ini, kira-kira 1.1 juta pelarian Palestin di Gaza menerima perkhidmatan UNRWA; 61% daripada penduduk Gaza adalah makanan tidak terjaga, dan pengangguran adalah hampir 40%.
(Bangsa-Bangsa Bersatu, 2010)
9) 90-95% daripada air yang dihasilkan oleh hanya penapis di Gaza tidak layak untuk minum. (Amnesty, 2009, ms 10.)
10) 28% daripada kanak-kanak yang dikaji di Gaza telah menyaksikan kemusnahan rumah kawan mereka dan hampir 19% telah menyaksikan kemusnahan rumah mereka sendiri, menyebabkan gangguan psikologi. Kanak-kanak yang telah dipindahkan secara paksa mengalami prestasi akademik dikurangkan dan pelbagai masalah lain yang berkaitan dengan keadaan sosial berkurangan untuk keluarga. (Save the Children, 2009) [Ph]
sumber: electronicintifada
Hodohnya bergaduh dengan orang tua......
Semacam berpakat apabila IGP Khalid berganding bahu dengan TPM Muhyiddin dan Menteri Nazri Aziz "membelasah" Sasterawan Negara Pak Samad dalam isu malam Merdeka.
Khalid menuduh Pak Samad menyorok manakala Muhyiddin pula menuduhnya tidak senonoh.
Khalid pernah disaman dalam kes Kugan.Bahkan hakim berkata Khalid bertanggungjawab berhubung kesalahan yang dilakukan dalam kes ini.
Muhyidin pula banyak tersasul dalam beberapa perkara seperti isu anjing sambut raya dan terkini NGO Cina menuduhnya menipu dalam isu penggunaan pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah Cina.
Nazri pula,semua orang kenal dia.Terkenal dengan "mulut jahat" dan isyarat lucah dan anaknya yang samseng.
Merujuk kepada isu Pak Samad malam merdeka. Beliau tidak mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.Bahkan sajaknya tiada kaitan langsung dengan bendera itu.
Penangkapan Hishamudin Rais mungkin ada logiknya. Tukang promosi bendera itu bahkan dalam blognya ada gambar pijak bendera Jalur Gemilang.Satu penghinaan buat bendera negara.
Tetapi "menyerang" Pak Samad hingga peringkat menuduhnya bukan-bukan dan mengetuk pintu rumah melebih jam 12 tengah malam adalah satu perbuatan melampau dan kejam.
Adakah IGP serta rakan-rakan UMNOnya sudah hilang adab budaya Melayumenghormati orang tua?
Kalau Khalid,Muhyiddin dan Nazri mahu belajar adab,mereka boleh mengadap Rais Yatim.Dia tahu selok belok adab budaya Melayu.
Saturday, September 7, 2013
Gendang Perang sudah dipalu !
Sekonyong-konyong pemuja Mahathir dan mantan Ketua Pengarang NST,A.Kadir Jasin melancarkan peluru "Scud" ke atas PMNajib dan pimpinan UMNO terkini.
A.Kadir Jasin mengatakan UMNO kini dipimpin oleh pimpinan yang bodoh, penakut,jahil dan tiada wawasan.
Beliau menamakan tiga pimpinan UMNO terbaik iaitu Tun Razak,Tun Dr Ismail dan Dr Mahathir sebagai pimpinan terbaik yang dilahirkan UMNO.
Tiada diketahui mengapa A.Kadir tidak namakan Tunku Abdul Rahman,Tun Husein Onn dan Pak Lah dalam senarai pimpinan terbaik.
Barangkali beliau mempunya sejarah "manis dan silam" dengan mereka seperti Dolah Kok Lanas yang sampai kini amat "membenci " Pak Lah dan King Ghaz !
Ulasan terkini A.Kadir Jasin umpama pencetus semangat agar ada pewakilan UMNO bertanding kesemua jawatan tertinggi UMNO bermula Presiden, Timbalan dan Naib Presiden.
Beliau tidak mahu pimpinan UMNO selepas Disember nanti masih mengekalkan pimpinan yang bodoh,penakut dan tiada wawasan.
Apa yang penting,semua pimpinan UMNO mesti ditukar. Beliau tidak mahu, "walhasil balik asal itu pasal tak hasil".
Perlukan satu team baru dibentuk oleh akar umbi UMNO untuk bertanding berlawan dengan Najib,Muhyiddin,Hishamudin,Shafie Afdal dan Zahid Hamidi ?
Yang pasti, satu Malaysia melihat UMNO ketandusan dan kemandulan kepimpinan. Semua kepimpinan mereka "di kitar semula".
Lihatlah bagaimana Rais Yatim Sang Pembakar Jambatan mendapat dua jawatan sebagai penasihat kementerian dan Presiden UIA. Itu belum lagi veteran-veteran yang lain.
Tuesday, September 3, 2013
Kerajaan Putar Belit
1985
Bila bunuh orang kampung Memali
dikatakannya pengikut ajaran sesat
2000
Bila dirompak duit royalti Terengganu
dikatakannya wang ehsan
2013
Bila dilepaskan pembunuh gadis Mongolia
dikatakannya kesilapan teknik
Dulu,Kini dan Selamanya.....
Bila harga minyak dinaikkan
dikatakannya subsidi dikurangkan
Itulah Kerajaan Putar Belit
Monday, September 2, 2013
PRK bakal diadakan?
Sekadar bertanya dan berteka teki.......
Selepas minyak dinaikkan,jika seandainya seorang wakil rakyat meninggal dunia dan diadakan pilihanraya kecil.
Agaknya calon mana yang akan menang? BN atau PR ?
Semoga akan ada PRK dalam masa terdekat.........
BERITA GEMBIRA :Masa untuk balas budi......
Setelah anda menangkan KAMI di Kuala Besut....
Setelah KAMI bebaskan pembunuh Altatunya......
Setelah anda bersama KAMI rayakan Hari Merdeka.......
Maka...tibalah masanya untuk KAMI
balas budi anda semua.....
Nah! Nah! Wow ! Wow !...ganjaran dari KAMI
Harap anda semua terhibur dan bergembira sakan......
Minyak RON95 dan Diesel ...KAMI umumkan dengan sukacitanya akan kenaikkan harganya
Jom! Semoga anda semua pakat-pakat membanjiri stesen minyak malam ini....
Oh ya...hampir terlupa...
jika anda semua tidak bergembira dengan berita ini.....
sila cari negara lain untuk kehidupan anda!
Subscribe to:
Posts (Atom)