ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, November 29, 2011

Perang bermula !


TPM Muhyiddin membuka gelanggang UMNO dengan ucapan rasis persis kursus Biro Tata Negara(BTN).

Dengan modal basi bercampur kahak lendir kuning, Muhyiddin dengan sekonyong-konyong membawa suara PERKASA dalam perhimpunan 3 sayap UMNO.

Muhyiddin juga membawa wajah Mahathir. Setiap butir ayatnya adalah ucapan Mahathir. Dikala PMNajib bersama Hajah Rosmah begitu bersemangat dengan Transformasi untuk menarik semula undi Cina tiba-tiba Muhyiddin menjadi makhluk perosak segalanya. Hancur dan punah projek Transformasi ciptaan Najib selama ini.

Tiga perkataan yang diucapkan oleh Muhyiddin yang menarik untuk kita senyum sinis :
i) Ibu segala pilihanraya.
ii) Jihad.
iii) Mujahid dan Mujahidah.

Begitu hebat Muhyiddin membakar semangat Pemuda,Puteri dan Wanita UMNO untuk mengekalkan kuasa dalam PRU 13 nanti.

Rumusan ucapan Muhyiddin adalah :
i) Menyeru ahli UMNO berjuang mati-matian demi mengekalkan kuasa pemimpin atasan. Yang penting, UMNO pegang kuasa supaya pimpinan senang dapat projek lembu, kapal selam, jet pejuang, kereta perisai, sekolah. Biar JKKK dan ahli bawah dapat sisa air basuh kaki pemimpin atasan.

Ayat Muhyiddin iaitu, "ibu segala pilihanraya" sama seperti ucapan Saddam Husien diambang kejatuhannya. Adakah perkara yang sama bakal dialami oleh UMNO. Mudah-mudahan.

ii) Menyeru seluruh pemuda, puteri dan wanita menlancarkan jihad dan menjadi mujahid dan mujahidah. Jika PAS buat Muktamar, masjid dan surau sekitar Kuala Lumpur penuh dan ceria dengan suasana qiyamulail dan tazkirah. Bila UMNO buat Perhimpunan Agung, "mujahid dan mujahidah" impian Muhyiddin akan meng"imarah"kan disko, kelab dangdut dan kelab malam ibu kota. Mereka ber"ibadah" dengan arak, dangdut dan perempuan simpanan.

Perhimpunan Agung UMNO kali ini adalah tempat yang sesuai Muhyiddin mempromosikan dirinya untuk menggantikan PMNajib nanti. Dengan peluang dapat memberi ucapan di ketiga-tiga sayap UMNO, Muhyiddin bakal mendapat populariti yang hebat.

Cumanya PMNajib perlu "memadamkan" segala isi ucapan rasis Muhyiddin pada ucaptama beliau nanti pada hari Jumaat nanti.

Adakah ucaptama Najib nanti sama seperti ucapan Mahathir ketika membalas balik "ucapan perang" Zahid Hamidi tahun 1998 dahulu yang membawa pemecatan Anwar dan pepecahan UMNO ?

Monday, November 28, 2011

BERITA GEMBIRA :Johor sedang mengandung.............


Johor sebuah negeri yang agak unik di Malaysia. Uniknya pelbagai variasi. Bermula dari segi budayanya terkenal dengan kuda kepang dan ghazalnya.

Pendidikannya pula mempunyai satu sistem pendidikan yang bersepadu dan seimbang antara pendidikan umum dan agama. Mempunyai sekolah agama di waktu petang untuk anak-anak Johor.Lepasan sekolah agamanya dikatakan boleh menjadi seorang ustaz dan ustazah. Boleh dikatakan majoriti anak Johor boleh membaca Jawi dan mempunyai tulisan jawinya yang cantik. Ini semua hasil pendidikan yang diperolehi semasa sekolah rendah lagi.

Dikala ramai anak-anak Melayu di Malaysia yang menjadi buta jawi, Johor berjaya melahirkan ramai pelajar yang celik jawi.

Johor juga terkenal dengan politiknya yang unik. Istananya mempunyai pengaruh yang kuat untuk mencorakkan iklim politik Johor. UMNO diperanakkan di Istana Johor.


Jika Kelantan terkenal dengan "stronghold" PAS, Johor pula terkenal dengan "Darul UMNO". Bahkan ada mengatakan UMNO adalah "satu agama" bagi rakyat Johor sepertimana bolasepak sebagai "satu agama" di Brazil. Ini menunjukkan betapa Johor begitu erat dengan UMNOnya.


Kita juga melihat Sultan Johor mempunyai keunikkan sendiri. Bermula dari segi pakaian misalnya. Memakai baju Melayu yang berlainan warnanya dengan seluar. Negeri yang mempunyai "tentera peribadi" sendiri iaitu Timbalan Setia. Mempunyai Sultan yang membaca khutbah Jumaat, ada lesen helikopter dan keretapi.


Sejarah kemerdekaan negara juga mencatatkan hanya Sultan Johor yang tidak hadir di Stadium Merdeka ketika perisytiharan kemerdekaan 31 Ogos 1957. Adakah Baginda Sultan tidak mengiktiraf kemerdekaan negara?


Itulah uniknya Johor di sisi Malaysia. Pelik.


Di kala seluruh negara di omok-omokkan oleh Inggeris tentang "bahaya dari Gunung" merujuk kepada Hizbul Muslimin, Johor menghantar anak jatinya Tun Dr.Ismail Abdul Rahman sebagai AJK Hizbul Muslimin. Tun Dr Ismail kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Arus Politik Johor mempunyai banyak hal yang agak berlainan dengan politik negara. Antaranya tentang isu PPSMI. UMNO Johor adalah satu-satunya UMNO di negara ini yang menentang PPSMI.


Terkini, sesuatu yang "menakjubkan"berlaku iaitu di kala seluruh negara mengatakan Mat Indera seorang komunis, kerajaan Johor meletakkan potretnya sebaris dengan baginda Sultan di muka depan buku sejarah negeri Johor keluaran Kerajaan Negeri sendiri. Mana mungkin komunis duduk "sebaris" dengan Sultan ! Ini membuktikan Raja dan Rakyat Sehati Sejiwa.


Melihat kepada senario politik sekarang, Johor bakal mencipta beberapa kejutan. Pengaruh PAS di Johor semakin mewangi. Kemenangan PAS di Senggaran PRU 2004 dan dua kerusi DUN dalam PRU 2008 menunjukkan Johor bakal menjadi tanah subur buat PAS.


Kepimpinan anak Johor dalam PAS juga tidak kurang hebatnya. Salehuddin Al Ayubi kacukan Melayu-Cina sebagai Naib Presiden. Manakala Mazlan Aliman muncul anak jati Johor yang berjuang untuk perjuangan warga FELDA. Johor tidak ketandusan tokoh-tokoh perjuangan Islam di saat UMNO mula melabuhkan tirainya!

Warga Johor umpama seekor singa yang tidak pernah melihat wajahnya sendiri. Sang Singa yang asyik ditipu babi hutan (UMNO) selama 54 tahun. Kini Sang Singa telah berjumpa "cermin"(PAS) untuk melihat wajahnya yang sebenar dan tahu kekuatan, harga diri dan maruah untuk bangkit menerkam si babi hutan yang selama ini menipunya.

Adakah Johor sedang "mengandungkan" anak-anak perjuangan Islam untuk bumi Malaysia?

Kena 28 orang ....belum serik-serik lagi?


Serangan pesawat NATO ke atas tentera Pakistan yang membunuh 28 tentera Pakistan mencetuskan satu polemik baru hubungan Pakistan-Afghanistan - Amerika Syarikat. Inilah angka korban terbesar bagi tentera Pakistan sejak perang perebutan Kashmir antara Pakistan-India tahun 1971.

Korban kali ini agak tragik. Ini kerana ianya bukan akibat perang dengan India. Juga bukan serangan Taliban. Ini serangan daripada NATO yang di ketuai oleh Amerika sekutu Pakistan sendiri.

Sejak peristiwa 11 September, Pakistan begitu mendambakan dirinya menjadi barua dan orang suruhan Amerika. Pakistan membekalkan segala logistik, kemudahan bahkan menyediakan pengkalan buat Amerika menempatkan tenteranya menyerang Mujahidin Afghan.

Segala arahan Amerika di"amin"kan oleh Pakistan samada dibawah pimpinan tentera seperti Perez Musharaf maupun oleh kerajaan awam mereka.

Kini, pembunuhan ke atas 28 tenteranya membuatkan Pakistan berang dan amat marah. Amerika cuba cuci tangan dengan menudingkan jari ke atas Afghanistan pula.

Seperti biasa Amerika akan mengalihkan pembunuhan 28 tentera Pakistan dengan "mencipta" peperangan baru antara Pakistan dengan Afghanistan pula. Kita bakal melihat bagaimana Amerika akan lagakan antara kedua negara Islam itu agar berperang sambil industri senjata Amerika bertambah untung seperti mana di Iraq.

Semoga peristiwa pembunuhan 28 askarnya oleh Nato memberi pengajaran kepada Pakistan. Itulah harga sebuah "sembahan" Pakistan kepada Amerika. Pakistan perlu bebaskan diri daripada penjajahan moden Amerika.

Islamabad perlu menjarakkan diri dari Amerika dan mendekatkan diri dengan Turki kuasa baru bagi umat Islam menebus maruah.

Cukuplah Amerika menjadikan Pakistan umpama bidak-bidak politik bagi kepentingan Zionis.

Wednesday, November 23, 2011

Balik Haji, Najib lebih zalim lagi?


Sejak balik Mekah dengan keadaan isterinya Rosmah belum mendapat"hidayah" untuk tutup aurat, PMNajib seperti bertambah zalim dan dirinya "di serang" dari pelbagai penjuru dari UMNO sendiri.

Bermula dengan pertikaian status haji Najib, penangkapan ISA ke atas 13 orang, PPSMI tidak di mansuhkan sepenuhnya, penarikkan produk sos tiram dari Kedai 1Malaysia, pembentangan Akta Himpunan Aman dan Himpunan Seksualiti dan skandal NFC.

Di kala PNNajib "diserang", Timbalannya Muhyiddin seolah-olah berjoget sakan. Dengan bantuan mantan PM Mahathir, TPM semakin selesa untuk mendiami Seri Perdana jika UMNO tidak tewas dalam PRU 13 nanti.

Apabila Mahathir mengesahkan keburukan dan buruknya UMNO " hingga ke usus", Muhyiddin menyambutnya dengan riang. Ini kerana ucapan Mahathir di tujukan kepada PMNajib.

Mahathir "agak malu" menyerang terang terangan ke atas Najib. Barangkali beliau masih terkenangkan budi Tun Razak mengutipnya semula setelah dibuang Tunku Abdul Rahman. Tetapi Mahathir tidak segan silu "memaki hamun" Pak Lah sedangkan dia sendiri yang melantiknya.

Dendam Mahathir kepada Pak Lah tetap membara hingga kini. Muhyiddin tumpang semangkuk. Bagi Mahathir, kemaraan anaknya Mukhriz untuk menjadi PM semakin cerah jika Muhyiddin menjadi PM. Manakala bagi Muhyiddin, bantuan Mahathir amatlah diperlukan untuk mempercepatkan langkahnya menjadi PM ketujuh.

Anda melihat bagaimana Muhyiddin amat memerlukan bantuan Mahathir untuk jatuhkan PMNajib terutama dalam isu PPSMI. Asalnya Muhyiddin begitu bersemangat untuk hapuskan PPSMI. Tetapi akhirnya beliau berlembut dengan meneruskan PPSMI. Mengapa ? Adakah Muhyiddin takut dengan ugutan PAGE untuk mengundi pembangkang?

Tidak. Ini kerana PAGE adalah "totok" UMNO. Sebenarnya Muhyiddin berbuat demikian kerana mendengar pencipta PPSMI Mahathir "berdehem" menyebabkan Muhyiddin membenarkan PPSMI terus berjalan.


Menteri Polis juga tidak ketinggalan "menyerang" PMNajib. Dikala Najib janjikan ISA di hapuskan dan membentangkan penarikkan balik Pengisytiharan Darurat, Hishamudin arahkan ISA ke atas 13 orang di Sabah. Barangkali sepupu Najib ini sudah berpaling tadah dari Najib dan menyeberang ke kem Mahathir.

Begitu juga pembentangan Akta Himpun Aman oleh Menteri Nazri di Parlimen yang mencacatkan lagi transformasi Najib. Cuba lihat ini :

1) Najib mansuhkan ISA. Hishamuddin guna ISA tangkap 13 orang.
2) Najib setuju mansuhkan PPSMI. Muhyiddin benarkan PPSMI terus berjalan.
3) Najib mahu mansuhkan Pengisytiharan Darurat. Nazri bentangkan Akta Himpunan "Aman".
4) Najib lancarkan kedai 1Malaysia yang harganya murah. Sos tiramnya ditarik balik oleh Kementerian Kesihatan.

Semuanya tidak menjadi. Barangkali satu lagi arahan PMNajib tidak diikuti iaitu beliau arahkan Rosmah tutup aurat selepas tunaikan haji malangnya Rosmah juga tidak ikut arahan suaminya.

Adakah kuasa PMNajib semakin pudar ?

Pengajaran dari Gelora Bung Karno.


Pengalaman pasukan Malaysia dalam Sukan SEA 2011 dan diakhiri dengan kemenangan dramatik dalam acara "pingat segala pingat" bolasepak sewajarnya memberi pengajaran buat UMNO.

Pengalaman pasukan negara yang dibuli, diejek, dihina, di diskriminasi di semua lokasi acara sukan yang mana kemuncaknya di Stadium Gelora Bung Karno membayangkan itulah semangat rakyat Malaysia untuk melawan bentuk buli, kezaliman, penindasan, diskriminasi UMNO terhadap rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat.

Kita melihat pada malam kemuncak final bolasepak ada sesuatu yang menarik untuk kita fahami. Pasukan kita bersama semua penyokong terutama di negara ini begitu bersemangat adalah kerana mereka merasakan perlunya "menimbus" segala keangkuhan dan kesombongan penyokong Indonesia yang memandang hina terhadap pasukan Malaysia. Mereka merasakan perlunya penyokong Indonesia diajar akibat perangainya yang kurang ajar.

Apabila kita dihina, dibuli dan diejek terutama semasa lagu Negaraku dimainkan dan maruah negara di hina, ianya menimbulkan satu kekuatan dan semangat yang luar biasa kepada semua pemain bolasepak dan rakyat negara ini. Semangat untuk mememadamkan ego dan kesombongan Indonesia begitu tinggi. Hasilnya tercapai dalam final bolasepak.

Sama halnya dengan UMNO yang kena mengerti, apabila rakyat dihina, dibuli, dipandang rendah terutama atas sikap UMNO terhadap negeri Pakatan Rakyat dan penyokong PR maka ianya bakal menaikkan semangat juang yang amat tinggi di kalangan rakyat sama seperti pasukan bolasepak Malaysia ketika bermain di Stadium Gelora Bung Karno.

Apabila Kelantan dibuli lebih 20 tahun oleh Kerajaan Pusat UMNO, ianya menimbulkan satu kekuatan luar biasa rakyat Kelantan untuk "mengajar" UMNO. Begitu juga kini rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah akan "mengajar" sikap kurang ajar Kerajaan UMNO.

Rakyat Perak juga akan bertindak juga keatas Kerajaan UMNO yang merampas kuasa rakyat Perak.

UMNO perlu diajar seperti mana penonton Indonesia yang kurang ajar itu. Bezanya cuma rakyat Indonesia menghina pasukan Malaysia atas dasar maruah dan kedaulatan negara manakala UMNO menghina dan membuli sesama Melayu dan Islam atas dasar politik sempit dan dendam!

Monday, November 21, 2011

GEMPAK : Razali kena tahi lembu.........


Kenyataan Timbalan Menteri Sukan Razali Ibrahim yang menuduh Pakatan Rakyat antara penyebab rakyat Indonesia membenci Malaysia adalah suatu kenyataan yang bodoh lagi tolol. Pemikiran Razali sama seperti Khairy Jamaluddin(KJ) dan lebih rendah daripada pemikiran JKKK.

Adakah Razali membuat "homework" sebelum membuat tuduhan itu di Parlimen? Sebenarnya Razali tidak memahami apa makna "maling" yang ditujukan kepada pasukan Malaysia.

Kebencian segelintir rakyat Indonesia terhadap Malaysia bukan mengenai soal kepartian.Ianya lebih kepada soal kedaulatan negara. Mereka lebih menjurus kepada isu pertiakaian perairan dan pulau, soal layanan terhadap amah dan pekerja Indonesia. Bukan soal politik kepartian.

Mengapa Razali begitu sensitif ? Adakah beliau umpama, "siapa makan lada, dia terasa pedas" ?

Begitulah kehidupan Menteri-Menteri UMNO. Pergi kemana sahaja jika terdengar suara seperti lanun, perompak, takut bini , kapal selam, Mongolia, C4 dan terkini lembu maka cepat-cepat terasa hati dan sensitif seterusnya melabel dan menuduh pembangkang.

Untuk pengetahuan Razali, rakyat Indonesia tidak ambil tahupun tentang hal dalaman politik Malaysia. Mereka lebih kepada semangat Nasionalisme.

Selepas ini, barangkali rakyat Malaysia pastikan "benda-benda" ini menjadi sensitif kepada Menteri UMNO . Antaranya seperti PMNajib - bendera Mongolia dan kapal selam. RTM juga tidak akan menyiarkan filem drama tentang kisah suami takut bini dan Shahrizat Jalil tidak akan hadir sebarang acara yang ada lembu. Nanti rakyat ingat NFC dan kondominium. Atau ingat Shahrizat...ingat lembu!

Barangkali jika Razali terpijak tahi lembu secara automatiknya dia teringat Shahrizat ?

Ejekan "maling" begitu kecil berbanding perangai UMNO yang berlagak lanun dan perompak dalam isu royalti minyak Kelantan dan Terengganu.

Saturday, November 19, 2011

Adakah anda tahu "Dier Yasin" Malaysia?



Hari ini genap 26 tahun terjadinya Peristiwa Berdarah Memali. Peristiwa kejam yang berlaku di kawasan pendalaman di Baling itu mengakibatkan 13 syahid di tangan pihak polis. Seramai 3600 orang anggota polis terdiri Unit FRU, UTK, Senoi Praq dan anggota dari Bukit Aman terlibat dengan operasi yang di beri nama "Operasi Angkara". Operasi itu di bawah seliaan pegawai Bukit Aman.

Tujuannya menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud untuk ditahan di bawah ISA.

Peristiwa pembunuhan itu berlaku ketika PM Dr. Mahathir melakukan lawatan ke China. Manakala Menteri Dalam Negeri yang menjaga PDRM adalah Musa Hitam. Manakala IGP adalah Hanif Omar.

Pada awalnya pihak kerajaan mendakwa berlaku operasi membasmi pengganas komunis. Kemudian menukar tajuk kepada pembasmian ajaran sesat. Berhari-hari media kerajaan terutamanya RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian "mendendangkan" lagu penipuan keatas rakyat mendakwa Ustaz Ibrahim Mahmod membawa ajaran sesat.

Menteri Penerangan yang menjaga RTM ketika itu adalah Rais Yatim yang kini menjawat semula jawatan itu.

Pembohongan kerajaan UMNO tidak bertahan lama. Sultan Kedah mencemar duli menyiram air mawar keatas 13 pusara syuhada Memali menutup terus "mulut jahat" Rais Yatim dan RTMnya.

Kini 26 tahun sudah berlalu. Banyak perkara boleh kita ambil pengajaran dan renungan :

a) Dr Mahathir masih hidup lagi. Tiada sepatahpun ucapan maaf terbuka kepada keluarga Syuhada Memali dan kesal atas peristiwa itu. Mungkin Tuhan panjangkan umurnya bagi beliau peluang bertaubat.

b) Seratus hari selepas Pembunuhan Memali, Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Menteri. Nasib Musa juga bertambah malang kerana kehilangan anak lelakinya dalam Peristiwa Keruntuhan Hightower 1994. Mungkinkah pembalasan Tuhan ?

c) Dua tahun selepas Pembunuhan Memali, UMNO berpecah dua. Team A dan Team B. Kemudian menjadi UMNO Baru dan Semangat 46.

d) Hanya seorang pimpinan UMNO yang memohon maaf atas Peristiwa Memali iaitu mantan SU UMNO Dato' Radzi Sheikh Ahmad (ketika itu dalam S46)meminta maaf secara terbuka kepada keluarga Memali. Ucapan itu tersiar di muka depan Harakah.

e) Tiga orang anggota polis yang terbunuh adalah ditembak oleh rakan mereka sendiri ketika serbuan. Bukti Ustaz Ibrahim dan pengikutnya tiada senjata api.

d) Tidak diketahui nasib Perwakilan UMNO Baling yang mengusulkan penangkapan Ustaz Ibrahim dalam Perhimpunan UMNO. Adakah hidup mereka bahagia atau sengsara akibat "kejahatan usul" mereka?

f) Juga tiada diketahui nasib anggota-anggota polis yang menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim dan pengikutnya samada bahagia atau sengsara? Kedengaran khabar, ramai diantaranya jadi kurang siuman. Waallahu'alam.

g) Majlis Memperingati Syuhada Memali diadakan setiap tahun. Sejak 5 tahun kebelakangan ini ianya ditiadakan atas permintaan keluarga anggota polis yang terlibat. Mengapa ? Mungkin mereka kesal apa yang telah berlaku.

h) Beberapa anggota Majlis Fatwa Kedah disingkirkan kerana menfatwakan kesyahidan Ustaz Ibrahim dan pengikutnya.


Beberapa hari selepas peristiwa yang menyayatkan hati itu berlaku, TG Haji Hadi Awang berucap di Markas PAS Taman Melawar. Ucapan beliau tersekat-sekat kerana hiba dan sedih. Ramai hadirin yang menangis dengan tangisan yang kuat ketika itu.

TG Nik Aziz pernah berkata tentang peristiwa tersebut : " Kita akan mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini seumur hidup. Akan kita ingat dan sebut terus menerus. Akan kita perkatakan hingga Hari Kiamat."


Jika rakyat Palestin mengingati Peristiwa Dier Yasin, rakyat Indonesia mengingati Peritiwa Tanjung Periuk, rakyat Iraq mengingati Peristiwa Fallujah. Rakyat Malaysia sewajarnya mengingati Peristiwa Memali. Satu perjuangan dan pengorbanan menentang ISA.

Hari ini, beberapa watak penting dalam Tragedi Memali masih hidup lagi. Antaranya :

a) Sultan Kedah. Bagindalah yang membersihkan nama pejuang-pejuang Memali dengan mencemar duli menziarahi pusara dan menyiram air keatas pusara. Baginda bakal menjadi Yang Dipertuan Agong bagi kali kedua Disember ini.

b) Dr Mahathir, Musa Hitam, Rais Yatim dan Hanif Omar. Manusia yang kini "terkial-kial" di buru dosa-dosa Memali.

c) Mantan OCPD Baling. Buku terbarunya menyatakan "kekesalan" berlaku tragedi berdarah itu.

d) Senator Yusuf Husin kini Ahli Dewan Negara.

Barangkali Tragedi Dier Yasin dan Memali sedikit sebanyak mempunyai persamaan iautu kerangkusan manusia membunuh sesama insa demi kekuasaan. Bezanya cuma, Yahudi bunuh Arab di Dier Yasin manakala di Memali pula, Melayu sanggup bunuh sesama Melayu dan seIslam. Inikah kebanggaan UMNO ?


Berikut mereka yang syahid dalam Peristiwa Memali:


1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986

Monday, November 14, 2011

MESTI BACA : Apabila Beruk mahu jaga Lembu


Di Malaysia yang permai ini ada dua orang insan yang begitu "selok"(teruja) untuk melompat-lompat bagi menonjolkan dirinya agar diberi perhatian maupun untuk menunjukkan bahawa diri mereka berdua masih ada nyawa lagi.


Mereka adalah Dr Mahathir dan Khairy Jamaluddin(KJ). Walaupun mempunyai watak dan perangai yang sama seperti diatas, tetapi mereka berdua tidak boleh berjumpa. Si Tua amat memurkai Si Muda sejak mentua Si Muda jadi PM lagi. Keduanya "cerdik". Tapi guna kecerdikan untuk fahaman sekular.


Dulunya mereka berdua pernah berada di puncak politik. Mahathir menjadi PM selama 22 tahun manakala KJ pula pernah menjadi "penasihat" Pak Lah(macam Rosmah terhadap PMNajib) semasa Pak Lah jadi PM.


Tapi kini, segalanya jadi kenangan semata-mata. Mahathir semakin dilupai manakala KJ walaupun menang Ketua Pemuda kempunan untuk menjadi ahli Kabinet PMNajib.


Bagi menyatakan mereka masih "hidup", terpaksalah mereka berdua "menjerit-jerit". Bagi Mahathir, jeritannya bagaikan menjilat kahak hijaunya sendiri manakala bagi KJ jeritannya bagaikan budak lulusan KEMAS bukan Oxford. Cumanya cerdik sedikit daripada JKKK.


Sejak kes fitnah anak KM Lim Guan Eng, KJ sepi sejenak. Tiba-tiba sekonyong-konyong KJ bersuara tentang National Feedlot Centre. KJ begitu beria-ia membela skandal NFC.


NFC umpama "tahi lembu" yang ditinggalkan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Menteri Jaga Kerbau dan Lembu(meminjam kata-kata arwah Ustaz Fadhil Noor). Ketika Noh Omar selaku Menterinya sekarang terkapai-kapai menjawab di Parlimen maka KJ melompat bagai kera kena belancan membela skandal NFC.


Yang untungnya adalah Menteri Shahrizat Jalil. Sepi menyepi diam membisa. Bagai ular sawa kekenyangan setelah membaham mangsanya. Shahrizat dan keluarganya juga barangkali macam ular sawa.


Yang peliknya, mengapa kekonyong-konyong KJ bangkit membela Shahrizat?


Di New Zealand, biasanya anjing akan menjaga lembu ternakan di ladang-ladang. Di Malaysia pula, "beruk" yang beria-ia membela dan menjaga " lembu ". Pelik kan ?

Monday, November 7, 2011

Dah nak bubar...malangnya dia buat kacau pula !


Melihat
kepada tiga perkara "besar" yang baru berlaku baru-baru ini yang memberi "modal" kepada UMNO, menunjukkan PMNajib bakal bubarkan Parlimen pada 11.11.2011 nanti.

Pertamanya, perhimpunan HIMPUN. Media barua UMNO begitu beria-ia menyokongnya dan mempromosi bahkan IGP memberi lampu hijau dan akhirnya PMNajib pula memujinya bahkan membandingkan dengan BERSIH 2.0.
UMNO akan gunakan modal ini untuk menyerang PAS dengan menyatakan PAS tidak "bersungguh" membela umat Islam yang menghadapi Kristianisasi.

Keduanya, Program Seksualiti Merdeka. Sekonyong-konyong UMNO mengharamkan program ini yang telah berjalan sejak 2008. Bahkan anak Mahathir Marina sendiri yang merasmikan program ini tahun 2009 yang lalu.
Mengapakah UMNO berbuat demikian? Ianya mempunyai motif tersembunyi. Pertamanya kerana Pengerusi BERSIH 2.0 terlibat.

Sebolehnya UMNO ingin mengaitkan Ambiga dengan PAS. Ini kerana sebelum ini PAS menyokong Ambiga dalam BERSIH 2.0. Keduanya, UMNO ingin mengaitkan Seksualiti Merdeka dengan Anwar Ibrahim. UMNO akan menyerang Anwar atas dua perkara iaitu Anwar "menyokong" faham pluralisme dan homoseksual.

Peliknya, UMNO juga beri lesen permit untuk pengamal homoseksual Elton John membuat persembahan di Genting akhir bulan ini.

Ketiganya, kenyataan Tony Pua tentang cadangan peribadinya untuk mengurangkan kakitangan awam jika PR memenangi PRU 13. Ini satu lagi "bola tanggung" buat UMNO. Media barua UTUSAN mengaitkan dengan rasis. Iaitu DAP akan kurangkan kakitangan awam kerana majoritinya adalah orang Melayu.

Dengan tiga modal ini, PMNajib berkira-kira untuk bubarkan Parlimen pada 11.11.11 apabila beliau dan isteri pulang dari Mekah.

Malang seribu malang. Apabila Mufti Perlis mempersoalkan "kesahihan" haji yang dikerjakan oleh PMNajib dan isteri, tiba-tiba segala perancangan 11.11.11 bakal tidak menjadi.

Apalah Mufti buat kacau daun. Malulah PM dan isteri. Sudah berkira mahu bubar tiba-tiba persoal kesahihan haji pula.

Kita tunggu BERNAMA "betulkan" laporan atau Jamil Khir beri hujah bela bosnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...