ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, December 31, 2013

Letupan bom....polis bertanggungjawab?

Apa-apa kejadian buruk terutama jika ada letupan bom terutama di Dataran Merdeka,polis berhak untuk dipertanggungjawabkan.
Ini kerana polis yang “memulakan” idea tersebut.
Bermula dengan kenyataan dan tuduhan oleh Timbalan Polis KL hinggalah “penemuan” bom oleh polis menjelang beberapa jam Himpunan Turun bermula.

Yang peliknya,polis dan NGO pro UMNO semacam berpakat untuk gagalkan perhimpunan TURUN dengan seiring sejalan berbuat aksi.

Ngo pro Umno membuat ratusan laporan polis dan melabelkan sebagai Himpunan Guling Kerajaan manakala polis pula menyambung skrip tersebut dengan kononnya perjumpaan bom buatan sendiri dan penahanan seorang lelaki.

Semua skrip ini menjuruskan kepada tindakan provokasi UMNO untuk menakutkan rakyat.


Sunday, December 29, 2013

NASIHAT : Jamu kuih bom kepada Datuk Amar!





Polis mengulangi lagi kesilapan yang menjejaskan imejnya sebagai pasukan keselamatan yang neutral.

Jika sebelum BERSIH 2.0 dan 3.0, pelbagai tomahan dan "lakonan" untuk menakutkan rakyat.

Akhirnya, bila rakyat berhimpun secara aman,Bukit Aman menjadi malu dan terpaksa terbalikkan kereta sendiri dan potong dawai di Dataran Merdeka.

Sampai bila pegawai seperti Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur "tunjuk kebodohan sendiri" kepada rakyat.

Hari ini, bila ada rakyat mahu saman Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, barulah "tidur tidak lena".

Melihat foto dan sidang media mengenai rampasan senjata oleh polis menjelang BERSIH,hebatnya polis bertindak.Malangnya sampai kini tiada satupun tangkapan tuan punya senjata itu.

Adakah polis beli "benda" itu di pasar malam atau Chow Kit Road untuk lakonan ?

Untuk kali ini, Bukit Aman boleh pamerkan pula senjata-senjata berat seperti Bazooka,RPG,Meriam katak untuk tunjukkan betapa "ngerinya" rancangan penggulingan kerajaan UMNO!

Apapun,elok rakyat marhein yang turun ke Dataran Merdeka bawa kuih bom dan bagi makan pada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Biar dia rasa kelazatan kuih bom yang berintikan nyiur bukan bom yang berintikan kaca dan paku!


Monday, December 23, 2013

Tol dan Api naik angkara Mahathir?



Akhirnya,orang Cina berjiwa Melayu tapi tidak dapat masuk UMNO,Ridhuan Tee mengakui kejahatan UMNO yang selama ini dipujainya.

Baru dia tahu kejahatan sebenar UMNO.

Lihat ulasannya, 

“Peliknya kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura,” katanya lagi.

Selama ini Ridhuan Tee asyik maki hamun parti "ultra kiasu" DAP. Hari ini apabila kena batang hidungnya sendiri,kena bayar tol, baru Ridhuan tahu kejahatan UMNO.

Ridhuan, siapa yang menandatangani perjanjian bodoh itu? Adakah PAS atau DAP ?

UMNO dan Dr Mahathir yang punya angkara dan onar!

Hari ini baru kita tahu kesan pemerintahan Melayu UMNO pimpinan Mahathir selama 22 tahun.

Saturday, December 14, 2013

Apabila KDN bermain bola......


Bermula kunjungan Menteri Polis Zahid ke sebuah warung semasa PRK Sungai Limau hinggalah ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, itulah sebuah "perjalanan " Zahid tentang Mat Sabu dan Syiah.

Semasa PRK Sg Limau,Zahid sekonyong-konyong menyeru ahli PAS agar jangan memilih Mat Sabu sebagai Timbalan PAS dalam Muktamarnya.

Malangnya,kempen bodoh Zahid tidak menjadi dan gagal.

Barangkali sebagai menutup malunya yang besar berskala "9.99 richer ", maka Zahid menggunakan patform PAU,sebagai Menteri KDN dan sebagai Naib Presiden UMNO yang menang besar mengarahkan Menteri Agama Jamil Khir menangkap Mat Sabu.

Malangnya Jamil Khir meminta bukti dahulu dari Zahid. Zahid dengan malunya mengarahkan Setiausaha KDN membuat sidang media dengan 10 bukti.

Malangnya menimpa Zahid lagi,  Jamil Khir tidak berani gunakan JPM untuk menangkap Mat Sabu,disuruhnya Jabatan Agama Negeri yang menangkap Mat Sabu.

Lebih memalukan Zahid, Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata pendedahan oleh KSU KDN tempohari bertaraf kategori gred B(ada juga bukti jenis ABC??)

Malah minta Mat Sabu berhujah secara terus dengan KDN ataupun dengan Youtube.
   
Kelakarnya dengan Youtube pun ,boleh berhujah dengan KDN.

Yang pastinya, semua orang diperbodohkan oleh Zahid Hamidi angkara menutup malunya di PRK Sg Limau!

Cuma okey sikit, jika saranan Perwakilan UMNO Baling dalam PAU mengakibatkan Peristiwa Berdarah  Memali berlaku Nov 1985, maka saranan Zahid pula menyebabkan semua orang menganggap Zahid sebagai Maharaja Lawak 2013!


Sunday, December 8, 2013

PAU 2013 : PMNajib begitu berani...siapa kata Najib lembik dan penakut?


Dalam ucapan penangguhan,Presiden UMNO Najib terpaksa melakukan tindakan "berani" yang tidak pernah dilakukan mana-mana Presiden UMNO sebelum itu.

Beliau dengan berani memuji dan "mempersembahkan" jasa Bininya yang begitu "hebat" dan rakyat Malaysia mesti "teruja" untuk mendengar kisah jasa Bininya itu.

Satu kerugian jika tidak tahu "jasa bakti" dan sejarah agung Bininya itu.

Selama ini tiada seorangpun Presiden UMNO "angkat" isteri masing-masing.Bahkan Dr Mahathir yang pegang Malaysia selama 22 tahun pun "penakut pahit" hendak sebut nama Hasmah di depan 3,000 perwakilan UMNO.

Beraninya Najib bermakna "menyumbat" Bininya ke dalam bakul sampah sendiri.

Persoalannya,saiz bakul sampah tidak mampu memuatkan Bininya !

Jadinya mahu ke mana "disumbat" kaki shopping ini?Beg Birkin ke?

Friday, December 6, 2013

BANJIR: Apabila lembu betina bersatu dengan Binatang......

Dikala pimpinan UMNO dan negara berseloka,berpantun dan mengimarahkan pusat hiburan dangdut,disko dan karoke
rakyat kesejukan,kelaparan,kehilangan tempat tinggal,tidur atas lantai dewan
di parlimen,MP dari KinaBINATANGan tunjuk perangai keBINATANGan
di PWTC,lembu betina meroyan baru beranak

akhirnya Mak Menteri Kebajikan jelaskan hakikat sebenar,
kita tiada kecukupan kewangan
maknanya tiada wang
maknanya tadok pitih
maknanya fulus kholas

jika Si Lembu Betina pulangkan RM250 juta
jika Bini Najib tidak guna jet khas
tentunya cukup wang untuk bantu rakyat

atau sebenarnya wang itu sudah disonglap
belanja rasuah PRU 13 !

Monday, December 2, 2013

Macam mana anda terima berita ini....sedih?


Dia beri alasan keluar PETRONAS
kerana
umur dah tua
doktor bagi nasihat berehat
perlu lebih banyak tidur
keluar negara dihadkan sekali sebulan
tapi masih mahu peluk PROTON

Rakyat nampak
dia dah puas melanun merompak dan agihkan ghanimah PETRONAS 
kepada
anaknya dan kroninya
selama 10 tahun

Rakyat nampak lagi
dia masih belum puas melanun dan merompak PROTON

 Dan rakyat nampak dan nampak lagi
Hanya kain kafan dan liang lahad yang boleh pisahkan beliau dari PROTON


Saturday, November 30, 2013

Teruskan MB Khalid,anda betul !


Apabila gaji MB dan ADUN Selangor naik,semua kecoh.Ada suka terutama empunya diri dan ada yang menentang.

Selangor sebuah negeri terkaya di Malaysia.Rezab hartanya menjangkau RM2bilion. Hasil "kedekut" dan hebat MB seorang korporat menjana kekayaan.

Semasa Selangor bawah UMNO,gaji MB dan Exconya rendah. Mereka gaji rendah tetapi pendapatan tinggi. Lihatlah contoh Khir Toyo.Berpuluh kali turun tangga mahkamah atas kes rasuah.

Sekarangpun tunggu masa untuk dihumban ke penjara.

Apabila MB Khalid di tuduh "kedekut", maka beliau mula "insaf" . Bila dinaikkan gaji kabinetnya,mulalah bising. Peliknya,ADUN PKR terutama Azmin yang membantah sedangkan beliau berada dalam dewan ketika ianya diluluskan.

Yang pasti,tindakan MB Khalid betul dan mempunyai hujah yang betul. Untuk cegah rasuah dan membantu ADUN yang menjadi tempat "minta sedekah" rakyat.

Lagipun rakyat Selangor banyak mendapat kemudahan sejak PR memerintah Selangor seperti bil air, duit ke universiti, ibu tunggal,sekolah agama.

Selepas menaikkan gaji ADUN,MB Khalid bakal menaikkan elaun dan duit untuk rakyat Selangor seperti elaun ibu tunggal,elaun pelajar ke universiti,elaun anak yatim dan juga perkhidmatan percuma bas untuk pelajar,pekerja, ibu tunggal,warga emas dan OKU.

Selangor bakal menterjemahkan "manifesto PR" setelah gagal menguasai Putrajaya. Tiada mustahilnya untuk MB Khalid berbuat demikian.

HEBAT ! Santapan rakyat






Santapan rakyat
tiada lilin
tiada pelayan
tiada sudu garfu
tiada protokol

Kita sama sahaja
Darah kita semua merah
Hanya taqwa membezakan kita semua


Parahnya pemikiran umat Melayu?






Dalam tempoh dua minggu,umat Melayu Malaysia disaji dan dihidangkan dengan dua "hidangan istimewa".

Pertamanya dengan  kehilangan remaja di rumah banglow misteri di Johor. Semua riuh rendah dan media tumpang untuk melariskan produk mereka dengan berita sensasi.

Tup- tup keluar berita, remaja itu lepak bersama kekasihnya di rumah kawannya.

Keduanya,perceraian remaja di Kedah.Setahun lalu, riuh rendah masyarakat Melayu dengan perkhawinan remaja 12 tahun dengan suaminya berusia 20 tahun. Media juga tumpang semangkuk untuk lariskan media mereka.

Macam-macam ulasan dan laporan tentang percintaan remaja tersebut.

Tup-tup keluar berita dari mulut ayah remaja perempuan. Kahwin kerana tutup kes rogol oleh suami dan dua rakannya 2 bulan sebelum berkahwin.

Itulah gambaran masyarakat Melayu kita.Begitu parah anak muda kita dengan kepercayaan khurafat dan akhlak mereka.Orang tua tumpang sekaki dan semangkuk.

Media juga memainkan peranan untuk "menjahanamkan" anak muda kita dengan lambakan berita sensasi akhlak buruk artis dan penyebaran cerita-cerita tahyul di TV dan akhbar.

Wednesday, November 27, 2013

MUZAKARAH : PAS masih lurus bendul atau sudah cerdik?




Dalam Sirah,selepas Ghazwah Ahzab,Rasulullah isytiharkan," Selepas ini kita menyerang musuh pula, bukan musuh menyerang kita.......".

Cerita muzakarah timbul lagi.Ianya timbul selepas "kegagalan" UMNO menyekat kemenangan Mat Sabu.

PAS banyak kali "kena tipu" sejak zaman berzaman.

Jika sebelum ini jika sentuh bab Muzakarah,PAS senantiasa berada di pihak yang "bersalah dan kena tipu", biarlah Muzakarah kali ini PASberada di pihak  yang menang dan UMNO keperitan menanggung kesengsaraan!

Muzakarah di pihak PAS adalah untuk kepentingan ummah dan rakyat.

Manakala muzakarah di pihak UMNO adalah satu perangkap dan umpan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Sejarah lama telah membuktikan sejak zaman ayah Hishamudin lagi. Apabila ayah Najib ajak PAS bersatu dalam BN selepas 13Mei 1969,PAS terima. Bila BN kuat dan gagah kembali,PAS ditendang macam kucing kurap di zaman Husein Onn.

Cuba lihat di zaman Mahathir.Selepas perjumpaan PAS-UMNO di Seri Perdana,Dr Mahathir bocorkan rahsia hingga PAS kehilangan kepercayaan kaum Cina. Dikala itu pimpinan PAS dibawah pimpinan arwah Yusof Rawa dan arwah Fadhil Nor semakin mendapat kepercayaan kaum Cina melalui CCC.

Selepas PRU 1999,UMNO asjak lagi PAS ber"muzakarah". PAS hantar Ustaz Nasharudin Mat Isa dan UMNO mewakilkan Khalil Yaakob.

Ketika itu,PAS letakkan syarat-syaratnya.Antaranya kembalikan royalti minyak Terengganu. Pada PAS, muzakarah itu bakal menyatukan ummah tetapi bagi UMNO, perangkap sudah mengena.

Tahun 2004,UMNO menang besar. Sepatah haram tiada ungkapan muzakarah ketika itu.UMNO pimpinan Pak Lah ketawa besar lihat PAS kehilangan Terengganu dan tinggal "nyawa ikan" di Kelantan.

UMNO pandang PAS ketika itu macam " kucing dan anjing kurap".

Apabila PRU 2008, UMNO kalah teruk, Pak Lah terhegeh-hegeh ajak PAS bermuzakarah buat sekian kalinya.

PAS terima pelawaan itu.Lurus bendul.Perangkap sudah mengena. Tujuan UMNO adalah untuk pecahbelahkan pimpinan PAS dan supaya menimbulkan keraguan di kalangan anggota PR.

Lihatlah sampai kini isu UG masih terkesan. Masih timbulkan "pecahbelah" dalam pimpinan PAS melarat kepada isu ulamak-professional.

Cukuplah PAS menjadi selamanya "lurus bendul". Biarlah kali ini muzakarah bakal memenangkan PAS.

Cara untuk menangkan PAS dalam muzakarah kali ini ialah letak syarat yang mudah iaitu :

i) Kembalikan royalti Kelantan.
ii) Beri kebenaran untuk PAS laksanakan hudud di Kelantan.

Jika PMNajib berdolak dalih, ucapkan "sayonara" kepadanya.

Juga PAS mestilah selaraskan kenyataan tentang muzakarah.Hanya Mursyidul Am dan Presiden yang boleh memberi kenyataan melalui saluran rasmi PAS seperti Harakah.

Pimpinan yang lain,di minta jangan "gatal mulut depan mikrofon" depan media barua UTUSAN,TV3 dan sewaktu dengannya.




Tuesday, November 26, 2013

MESIRKINI : Morsi bakal kembali seperti Nabi Yusof?


Krisis Mesir tiada penghujung dan tiada kesudahan. Setelah lebih 100 hari sejak kudeta Tentera, lebih 6,000 menjadi korban tentera dan ribuan lagi disumbat ke dalam penjara oleh regim kudeta Tentera.

Walaubagaimanapun, sesuatu yang unik berlaku di Mesir. Setiap hari berlaku demostrasi rakyat untuk mengutuk dan mendesak kejatuhan kudeta tentera.

Jarang benar jika berlaku kudeta Tentera di mana-mana dunia,rakyatnya berani membuat demostrasi jalanan yang aman. Tetapi itulah terjadi di bumi Nabi Yusuf a.s ini.

Cuba anda bayang setelah 6,000 rakyat menjadi korban tentera,kebangkitan rakyat semakin membara. Bermula dari penyokong Ikhwan hinggalah kini semua rakyat terlibat untuk menjatuhkan regim kudeta Tentera ini.

Kini, regim kudeta terpaksa berhadapan dengan pelajar pula. Bermula dari seawal tadika hinggalah pelajar universiti seluruh Mesir.

Bilakah ianya akan berakhir? Inilah persoalannya.

Bagi rakyat Mesir, tiada pengakhiran dan kesudahan hinggalah regim kudeta dijatuhkan dan semua askar balik ke berek masing-masing dan pimpinan tentera dihadap ke mahkamah untuk pengadilan.

Rakyat tidak akan berpatah balik.Mereka sudah kehilangan lebih 6,000 syuhada' tetapi sedang "mengilang" jutaan orang untuk jatuhkan regim dokongan Amerka dan Zionis ini.

Di pihak kudeta dan boneka pula,pelbagai cara dibuat untuk menangani krisis ini.Bermula bantuan Amerika,negara Teluk hinggalah perisikan Israel. Semuanya gagal.

Membunuh,menangkap dan mengubal akta demi akta sudah dibuat untuk menghalang kebangkitan rakyat. Malangnya kebangkitan rakyat semakin membara dan semangat moral anggota tentera semakin menurun dan merundum teruk.

Bagi rakyat, " bunuhlah seberapa ramai kamu mahu dan penjarakan sebanyak mana kamu mahu.......".

Mati akal Amerika,Negara Teluk dan Zionis untuk hadapi "ungkapan keramat" ini !

Yang pastinya, "permainan" ini amat meletihkan regim kudeta Tentera dan "menambah tenaga maksima" untuk rakyat Mesir.


Monday, November 25, 2013

Takkan Rosmah ke Qatar naik heli Nuri.....



Jarang PMNajib mengulas sesuatu isu yang berkait dengannya.Lebih banyak isu seperti kes Altantuhya,beliau memilih untuk berdiam diri.

Tetapi isu bil elektrik Seri Perdana menjangkau RM2.2 juta, Najib memberanikan diri dari "menikus" untuk mengulas dan menjawab.

Lihat ulasannya,
“Bila presiden China datang, takkan nak makan dengan diterangi cahaya lilin. Itu romantik sangat bukan?"
 “Saya penghuni ketiga, masa kelak akan ada keempat, ini tidak boleh dielak. Saya tak tidur di (rumah utama). Kalau nak adakan seminar di sana juga percuma,”

Barangkali inilah jawapannya jika PMNajib mengulas tentang isu penggunaan pesawat khas oleh Rosmah.
" Bila Rosmah pergi ke Qatar dan UAE, takkan naik rakit atau heli Nuri.Itu miskin sangat bukan?

Sekarang baru kita tahu mengapa PMNajib lebih suka diamkan(barangkali atas nasihat penasihatnya). Lebih banyak PMNajib bersuara,lebih banyak terdedah kelemahannya.

Sunday, November 24, 2013

Dr Mahathir lambat keluar IJN kerana 2 sebab ini.







Nampaknya lambat lagi Dr Mahathir keluar dari IJN. Ada dua faktor yang menyebabkan Dr Mahathir kena "rehat lama" di IJN.Jantungnya "bertambah sakit" kerana 2 faktor ini.

Faktornya :
i) Sultan Johor menitahkan cuti mingguan Johor kembali semula pada hari Jumaat setelah ditukar oleh Dr Mahathir dan Muhyidin tahun 1994.

ii) Kemenangan Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS buat penggal kedua.

Saturday, November 23, 2013

Tak boleh duduk semeja ? Malu sikit kepadat orang awam!



Nampaknya,dengan isu Gaza,Syria dan Mesir belum ada jalan penyelesaian, ulamak dan orang alim kita lebih suka "bergaduh" depan-depan orang awam dalam isu yang boleh di selesaikan secara harmoni.

Mengapa begitu sekali? Adakah mereka anggap mereka hebat sangat?

Masalah ini boleh selesai secara duduk semeja,lutut berlaga dengan lutut ,bincang hati ke hati dan secara tertutup.

Mengapa Dr Asri boleh duduk semeja dengan Ustaz Azhar tetapi pilih secara kontroversil bila berhadapan dengan Mufti?

Lapangkan dada demi ummah.Ummah sudah letih  dengan masalah seumpama ini.


Johor sudah kembali ke pangkal jalan....Perlis bila lagi?



Johor telah kembali ke pangkal jalan setelah "disesatkan" begitu lama oleh Muhyiddin dan Dr Mahathir.

Kembalinya Johor untuk "membesarkan" Penghulu Segala Hari Jumaat di sambut dengan linangan air mata oleh rakyat Johor yang cintakan Islam.

Bila lagi Perlis akan ikut jejak Johor ? Moga-moga Raja Perlis berani sepertimana Sultan Johor. Lebih-lebih lagi dengan Menteri Besarnya yang baru. MBnya dikenal sebagai seorang yang berugama dan cintakan Islam.

Thursday, November 21, 2013

Adakah Mahathir masuk IJIN kerana ini?

Selepas PRU 13,isteri PMNajib lebih banyak "bersuluk". Hingga ramai beranggapan beliau sudah "taubat nasuha" di atas segala keseronokan dan "shopping sakan" yang menyebabkan PMNajib hampir rebah dalam PRU 13.

Malangnya, sekonyong-konyong beliau "tidak tahan menahan nafsu". Sekadar 7 bulan sahaja, beliau "bersuluk". Kini perangai buruk menjelma lagi.

Menuju Doha menaiki pesawat khas sebagai mewakili negara.

Mana dia Menteri Perdagangan yang dilantik PMNajib ? Semuanya menikus termasuk suaminya sendiri!

Lebih malang lagi, barangkali Dr Mahathir masuk IJN kerana terkejut dengan "tsunami Rosmah" !

Adakah Rosmah bakal menggugat anak Mahathir untuk menjadi PM ?"

MUKTAMAR PAS ke 59: Suatu renungan..



Menjelang Muktamar PAS ke 59,banyak perkara pelik timbul. Bermula Multaqa Ulamak di Kedah hinggalah yang terakhir sidang media PAS Pulau Pinang mengugut untuk keluar PR.


Apabila Multaqa Ulamak PAS menetapkan(cadangan?) untuk kerusi Timbalan Presiden hanya untuk ulamak, maka menguatkan lagi pertembungan antara Ulamak-Professional yang selama ini hanya "berkrisis di bawah karpet".

Timbul kembali istilah Erdogan dan Anwarinas. Itu belum lagi istilah "mengIKRAMkan" PAS.

Mari kita lihat kronologinya:

a) Multaqa Ulamak menetapkan Timbalan Presiden dari kalangan ulamak.

b) Golongan yang dilabelkan Professional "memprotes"nya.

c) Calon Timbalan Presiden Mat Sabu dikaitkan lagi dengan Syiahnya.Mat Sabu menyatakan inilah kempen terburuk PAS sejak 10 tahun.

d) Golongan ulamak "menghantar" Ustaz Amar sebagai calon. Manakala professional "mempertaruhkan" Mat Sabu sebagai calon Timbalan.

e) Utusan Malaysia memainkan peranan "batu api dan menyimbah minyak" ke atas isu ini.

f) DAP dibabitkan dengan kenyataan Karpal Singh.

g) Sidang media PAS Pulau Pinang mengugut untuk keluar PR.

h) Sang Sosialis Hishamudin Rais tumpang semangkuk hayun menghina ulamak dalam blog
Tukar Tiub dengan "melagakan" Ulamak dengan Professional.

i) Media seperti Utusan,Malaysiakini,The Star semuanya "membakar dan mengapikan" semangat golongan Ulamak dan Professional.

Akhirnya Presiden PAS TG Abdul Hadi mengisytiharkan HARAM mengikut paluan gendang musuh(UMNO).

Sebenarnya tugas TG Haji Hadi,TG Nik Aziz dan Ustaz Tuan Ibrahim "amat berat" selepas Muktamar ini. Walaupun kita lihat kenyataan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Tugas mereka adalah :
i) memuhasabah kembali semua pimpinan PAS yang bertanding .
ii) menyatukan balik apa yang berpecah.
iii) menjernihkan kembali apa yang keruh.
iv) mentarbiyah kembali semua calon yang bertanding.
v) men"NEUTRAL" kembali golongan ulamak dan professional.

Sehebat mana kempen mereka yang bertanding,berat lagi hati ,mata dan bahu untuk "memulihkan" kembali.


Tuesday, November 12, 2013

TOPENG OH TOPENG...mana topeng zorro?


Jika polis tangkap pembunuh yang tiada hubungan politik,anggotanya pakai topeng.
Jika polis tangkap pembunuh yang ada hubungan politik, anggotanya tidak pakai topeng.

Biasanya yang pakai topeng adalah anggota elit.

Adakah pembunuh juga ada kategori elit dan kena pakai topeng?

Saturday, November 9, 2013

Tolong,jangan tutup muka dia!



KES AMBank
Hakim : Mengapa kamu kejam hingga menembak mati sedangkan dia tidak melawan dan ada suami dan anak ?
Pembunuh : Aku mahu rompak duit............

Selepas 7 bulan
Hakim : Hukuman mati bakal menunggu kamu !

KES Altantuya
Hakim : Mengapa kamu kejam hingga letupkan badannya sedangkan  dia sedang hamil dan perempuan
Pembunuh : Saja-saja nak membunuh........

Selepas 7 tahun
Hakim : Kamu berdua dibebaskan........balik penjara,kemas pakaian kamu!.

KESIMPULANNYA:

Polis Malaysia memang hebat dan cekap di dunia. Bayangkan dalam masa kurang 30 hari, pembunuh kerani Ambank dapat diberkas.

Begitu juga dalam kes Altantuya.Bayangkan tulang-tulang mangsa yang hancur akibat diletupkan letupan kuasa tinggi C4 dapat dikesan oleh Polis malaysia. Bahkan anggota elit mereka dapat diberkas.

Tetapi bila babitkan politik, semuanya tinggal kenangan sahaja!
Kes Altantuya juga yang cukup popular nampaknya akan tergantung begitu sahaja jika tidak ada iltizam untuk selesa - See more at: http://www.pendapatanda.com/2013/11/pembunuh-norazita-ditangkap-polis.html#sthash.lW81dGTI.dpuf
Kes Altantuya
Kes Altantuya juga yang cukup popular nampaknya akan tergantung begitu sahaja jika tidak ada iltizam untuk selesa - See more at: http://www.pendapatanda.com/2013/11/pembunuh-norazita-ditangkap-polis.html#sthash.lW81dGTI.dpuf
Kes Altantuya
Kes Altantuya
Kes Altantuya

Thursday, November 7, 2013

TIMBALAN PRESIDEN PAS : Ustaz Tuan berjiwa besar.......Mat Sabu menang tanpa bertanding?



Sah.PJ Pahang selaku Ketua penerangan PAS Pusat,Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden.

Antara alasannya, tiada berkemampuan memikul amanah besar ini buat masa sekarang.Dan ada calon lain yang lebih baik darinya.

Akhir kenyataannya, beliau meminta setiap ahli bertindak sebagai penyatu parti,menghargai orang lama yang berjuang, waspada dengan unsur-unsur pemecah belah parti, memelihara ukhuwwah dan bersikap lapang dada sesama ahli walau berbeza pendapat.

Kini tinggal Husam Musa dan Ustaz Amar Abdullah belum menyatakan pendirian samada untuk mencabar penyandang jawatan Mat Sabu atau mengikut jejak Ustaz Tuan.

Kalau mengikut demokrasi, perlu ada " perlawanan ". Baru "real" demokrasi.

Tetapi jika untuk mengelakkan perpecahan dan label melabel serta "mematikan" persepsi tentang pro ulamak dan pro professional, seeloknya tiada pertandingan.

Dalam suasana "laut bergelora" , tidak sesuai untuk turun ke laut untuk memukat ikan.Banyak risiko !

Presiden sudah kekal.Timbalan Presiden perlu kekal. Biar pertandingan untuk Naib Presiden berlangsung.


Tuesday, November 5, 2013

Mari pakat "tadah" telinga !



Tidak sampai sebulan,keluarga Mahathir ditimpa "bala ,bencana dan malapetaka" lagi. Setelah Mukhriz tewas dengan sepupu PMNajib dalam Pemilihan Naib Presiden, kini beliau tewas lagi sebagai MB untuk merampas kembali N20 Sungai Limau dari PAS.

Ayah Mukhriz membebel apabila Mukhriz tewas dalam Pemilihan UMNO dengan menyatakan rasuah wang masih berkuasa dalam UMNO.

Kini,apa lagi bebelan Mahathir tentang kekalahan UMNO dalam PRK N20 Sungai Limau? Yang pasti UMNO telah "hanguskan" RM15 juta untuk meraih hanya sekadar 465 undi lebihan.

Mari pakat "tadah" telinga untuk dengar bebelan dan leteran seorang insan istimewa yang didoakan untuk hidup lama oleh Almarhum Ustaz Fadhil Nor.

AWAS ! Nanti syaitan mencelah!






Rapatkan saf anda...nanti syaitan mencelah !

Monday, November 4, 2013

PRK N20 Sg Limau : Dijangka menang tidak lebih 1500 undi majoriti






jam 8pagi 4 Nov
Ramalan PRK DUN N20 Sungai Limau : PAS bakal memenanginya dengan majoriti TIDAK LEBIH daripada 1,500 undi majoriti.

jam 9.30mlm 4 Nov terkini dan rasmi: PAS menang dengan majoriti 1,084 undi.

Monday, October 28, 2013

Berbezanya mereka berdua..........



Pak Lah menduduki Sri Perdana cuma 6 tahun tapi hidup bahagia kerana beliau benar-benar pencen.

Mahathir menduduki Sri Perdana menjangkau 22 tahun tetapi hidup penuh dengan kedengkian,kesombongan,keangkuhan dan berdendam kesumat tanpa kesudahan kerana beliau perasan selamanya betul 100%.

Wahai ahli UMNO.....tolong sedekahkan seutas tasbih dan tolong hamparkan sekeping sejadah buat beliau agar beliau dapat beribadat dengan khusyuk.

REKOD MAHATHIR :

i) Mahathir pernah tewas dengan Presiden PAS al Marhum Yusof Rawa dalam PRU 1969.

ii) Mahathir pernah gagal untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu era Pak Lah jadi PM.

iii) Mukhriz tewas dengan menantu Pak Lah untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO 2010.

iv) Mukhriz tewas dengan sepupu PMNajib untuk jawatan Naib Presiden UMNO 2013 walaupun menang undi popular 585 undi.

Friday, October 25, 2013

Malaysia penuh dengan dwi undang-undang?



Waktu sekarang adalah pukul 4.00 petang waktu Semenanjung dan 3.30 petang waktu Sabah dan Sarawak.........

Masihkan anda ingat pengumuman itu sebelum Perdana Menteri Dr Mahathir "melaraskan" waktu jam antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak menjadi sama.

Itu bab jam dan waktu.

Kini timbul pula isu Kalimah Allah.

Mahkamah "menyelaraskan" hukuman menjadi seragam untuk seluruh wilayah Malaysia.

Tiba-tiba sekonyong-konyong PMNajib terbang menuju Pulau Borneo dan membuat pengumuman.:

" Kalimah ALLAH hanya "haram" di Semenanjung tetapi "halal" di Sabah dan Sarawak ".

Macam ada judi "halal" dan ada judi "haram". Yang haram kerana tidak bayat cukai kepada kerajaan UMNO.

Sama juga demostrasi hanya "haram" kepada pembangkang.Semburan air asid FRU wajib untuk pembangkang.

Jika demostrasi dibuat oleh UMNO ,segalanya "halal toyyibah" bahkan dijaga penuh kesopananoleh FRU dan SB.

Thursday, October 24, 2013

Sudikah Zahid letak jawatan?




Belum puas Menteri KDN Zahid Hamidi berkenduri kendara meraihkan kemenangannya dalam Pemilihan UMNO, tiba-tiba beliau di hantui 3 kes bunuh berturut-turut.

Antara yang bertaraf "profil tinggi" ialah pembunuhan pekerja bank oleh pengawal keselamatan yang merompak bank tersebut.

Pembunuh dalam kes pembunuhan staf bank adalah seorang pengawal keselamatan yang mempunyai kuasa memegang senjata.

Semakan di JPN ,kad pengenalannya adalah palsu.

Syarikat Keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri(KDN). Begitu juga Jabatan Pendaftaran Negaradi bawah KDN.

Diberitakan syarikat keselamatan itu milik orang kuat Wanita UMNO Kedah.

Menteri KDN adalah Zahid Hamidi.

Dr.Mahathir "berfatwa" baru-baru ini, jika berlaku kemalangan di Jepun maka menterinya akan letak jawatan atau harakiri.

Sudikah Zahid letak jawatan atas kes ini?

AWAS di keliling anda ada Penjenayah Spontan !.



Tiga kejutan menakutkan berlaku di negara ini dalam tempoh tiga hari.

Pertamanya, pembunuhan pelajar perempuan berusia 15 tahun oleh kenalan lelakinya. Kenalan yang dikenali melalui FB.

Keduanya,pembunuhan pekerja bank oleh pengawal keselamatan bank tersebut.Pembunuh itu memiliki IC palsu.

Dan ketiganya,amukan seorang pemuda mengakibatkan dua nyawa ditikam mati.Pembunuh disyaki sakit mental.

Begitu mudah nyawa diambil.

Semuanya dalam situasi polis sedang "mengamuk" dalam Operasi Cantas, polis kehilangan 44 senjata api,hanya 7 yang dijumpai kembali dan Menteri Polis baru sahaja memenangi kerusi Naib Presiden UMNO.

Ketiga-tiga kes bunuh di atas bukan dilakukan oleh Kongsi Gelap atau Penjenayah Tegar maupun yang mempunyai senarai rekod jenayah.

Kita melihat ianya semacam "spontan" sahaja ianya berlaku.Tidak terancang rapi.

Ini bermakna,rakyat Malaysia menghadapi dua keadaan penjenayah samada sememangnya penjenayah maupun "penjenayah yang spontan".


Di keliling kita berkeliaran "spesis" ini .Malaysia sudah tidak selamat lagi.

GEMPAR :JERUNG LOLOS PUKAT !



Sebelum PRU 12
bising seluruh negara pemimpin BN
dituduh rasuah
Kes Kasitah Gadam dan Eric Chia naik mahkamah
Pak Lah buktikan perangi rasuah

Selepas PRU 12
segalanya beres dan rakyat tertipu.

Sebelum PRU 13
kes Tun Dr Ling Liong Sik pula memeriahkan suasana perang rasuah
Najib buktikan beliau panglima perangi rasuah

Selepas PRU 13
kali kedua rakyat tertipu
dengan Jerung-Jerung Gergasi

Hanya bilis-bilis sahaja sangkut dekat jaring

Sebelum PRU 14 ini
kita tunggu gerangan siapa pula bakal calon turun naik mahkamah
selaku pelakon handalan

Sunday, October 20, 2013

ALI : Balik kampung tanam kacang!


Apabila mantan KM Melaka Ali Rustam tewas dalam PRU 13 Parlimen Bukit Katil,beliau menyalahkan kaum Cina atas kekalahannya.

Katanya,orang Cina tidak kenang jasa dan budinya sebagai KM Melaka.Bahkan dalam kempen Pemilihan UMNO untuk jawatan Naib Presiden,Ali Rustam ungkit lagi perkara tersebut bagi meraih undi ahli UMNO.

Ali ingin menunjukkan kepada ahli UMNO bahawa dia berdarah " Melayu dan PERKASA sejati."

Malangnya,beliau tewas teruk. Senasib dengan Isa Samad. Sekadar hanya 7 undi berbanding pemenang Zahid Hamidi 188 undi,Shafie Afdal 177 undi dan Hishamudin Husien 101 undi.

Lebih malang lagi 5 daripada 6 bahagian UMNO Melaka tidak mengundi beliau.

Jika dalam PRU 13,orang Cina menolak Ali atas dasar perkauman UMNO dan Ali mendakwa sebagai tsunami Cina. Kini apa pula dakwaan Ali terhadap bangsanya sendiri?

Adakah kewangan Ali tidak cukup ampuh untuk memancing undi? Ya lah, beliau bukan lagi KM.Sekadar senator dan Pengerusi PNB ?

Barangkali,pengundi UMNO melihat Ali sebagai seorang veteran,pencen dan miskin!

Miskin di sini bermakna tidak miliki RM12 juta untuk ditaburkan kepada setiap negeri.

Warna politik Ali Rustam semakin kelabu akibat dilanda tsunami Cina dan kini tsunami Melayu UMNO sendiri.


Sempatkah Mahathir lihat KJ jadi PM ?





Kekalahan putera Mahathir dalam pemilihan Naib Presiden UMNO bakal menambah duka lara mantan PM.

Di kala menantu Pak Lah semakin meninggi rangkingnya dalam UMNO dan semakin jauh meninggalkan Mukhriz yang kecundang kali kedua..

Sebelum ini beriya-iya Mahathir cuba mempromosikan kehebatan anaknya.Malangnya ahli-ahli UMNO tidak termakan pujukan itu.

Ini kali kedua Mukhriz tewas dalam pemilihan UMNO.Tiga tahun sebelum ini,beliau tewas di tangan anak Pak Lah, KJ dalam pertandingan merebut Ketua Pemuda.

Apa pula  komen Mahathir tentang kekalahan kali ini?

Adakah Mahathir bakal melancarkan "perang secara terang-terangan" terhadap PMNajib seperti serangannya terhadap Pak Lah ?

Sebelum ini, Mahathir memberikan kritik dan kecaman terhadap PMNajib secara "berlapik dan halus".

Kini,Mahathir semakin ketiadaan masa untuk memastikan Mukhriz  dapat mencapai jawatan PM sewaktu mata beliau masih tidak tertutup rapat!

Di kala Mukhriz terkial-kial mencari tapak pengaruh baru,Khairy Jamaludin semakin menghampiri "destinasi" PM. Selepas Ketua Pemuda,KJ bakal bertanding jawatan Naib Presiden dan seterusnya Timbalan dan Presiden.

Bezanya antara KJ dan Mukhriz ialah, KJ tidak "berpaut"pada Pak Lah. Beliau mempunyai karisma tersendiri.Manakala Mukhriz "anak manja dan anak bapak".








Saturday, October 19, 2013

UMNO KORUPSI : Jangan lihat kemenangan tetapi lihatlah berapa juta sudah dibelanjakan.



Pemilihan UMNO telah selesai.Bermula Presiden dan Timbalannya yang menang tanpa bertanding hinggalah kepada pemilihan sengit Ketua Pemuda,Ketua Wanita,Ketua Puteri dan "amat sengit" jawatan Naib Presiden.

Melihat kepada persaingan itu, bayangkan berapa juta RM telah dibelanjakan oleh setiap calon. Bermula calon Ketua Bahagian hinggalah Naib Presiden.

Diberitakan "modal"untuk jawatan Naib Presiden mencecah RM13 juta seorang.Manakala calon Ketua Bahagian memerlukan "modal" RM 1 juta seorang.

Soalnya bagaimana "modal" itu diperolehi? Ianya senang jika calon itu memegang jawatan menteri,Pengerusi badan berkanun dan pengerusi GLC.

Dengan memegang kunci "lubuk emas" ini,calon-calon mudah untuk dapatkan "sponsor dan modal" untuk diagihkan kepada pengundi. Sponsor mereka terdiri dari taukeh-taukeh kapitalis Cina dan kroni yang sememangnya "dahagakan" projek-projek UMNO.

Ironisnya, sama modus operandis seperti menghadapi Pilihanraya Umum. Jika PRU,UMNO berhadapan dengan pembangkang manakala dalam pemilihan ini,UMNO bergelut sesama sendiri.

Bezanya,umpanan kain pelikat dalam PRU berbanding umpanan lawatan ke luar negara,duit saku untuk pemilihan UMNO.

Peribahasa moden, " Jika sesiapa mengatakan dalam pemilihan UMNO tiada rasuah,dia adalah pembohong besar ! " .

Monday, October 14, 2013

Sunday, October 13, 2013

Aktiviti skuad sayang...ternak lembu.


Walaupun Chua Soi Lek terkandas dalam skandal video lucah,masih ada lagi yang sayang kepadanya hingga dipilihnya jadi Presiden MCA.
Menunjukkan betapa ramainya juak-juak MCA berfikiran seperti Chua. Akhirnya MCA bungkus dalam PRU 13 dan siap untuk di hantar ke jirat.

Kini giliran Wanita UMNO pula.Walaupun ketuanya terpalit dengan "tahi lembu NFC", masih ada lagi yang sayang dan memilih beliau untuk kekal sebagai ketua.

Lepas ini,aktiviti wanita-wanita UMNO beralih kepada menternak lembu pula. Bukan ternak lembu di kandang tetapi di kediaman mewah kondominum.

Saturday, October 12, 2013

Acara baru sukan Olimpik...Malaysia ada harapan pungut Emas.







Adakah ini tarian dangdut?
Adakah ini gangnam stail ?
Adakah ini tukang karut Dikir Barat?
atau acara lontar peluru SUKMA ?

Dalam mesyuarat UMNO dan MIC acara baling kerusi sudah menjadi lumrah.Kini acara baru dipertandingkan.Acara menghempas mickrifon.

Ahli PAS.....jangan senyum sinis tengok acara tersebut.

Silap haribulan "acara" ini dipertandingkan dalam mesyuarat anda. Mohon Allah Taala jauhi.

Inilah kesan "tarbiyah" puak sekular yang gilakan kuasa,pangkat dan wang.

Friday, October 11, 2013

TEKA: Dulu lembik kini brutal !



Ucapan Menteri Polis Zahid ketika kempen pemilihan UMNO di Melaka:



Dadah.... tokey  besar orang Cina, tokey kecil kecil orang  India penagih dan pengguna terbesar anak Melayu

Judi internert... tokey besar Cina,operator India….pengguna/pelanggan anak Melayu.

Along besar …orang Cina…tokey kecil..India ..peminjam/pengguna orang Melayu

Pelacuran…tokey besar cina…tokey kecil  Cina…pelanggan ……(tentunya Melayu)


PERSOALANNYA :

Setiap kali diserbu tempat pelacuran dan judi internet, tempat maksiat itu dibuka semula dalam masa sebulan dua. Ianya berulang-ulang.

Ada tempat judi internet terletak hanya 200 meter dari Balai Polis.

Mengapa ianya terjadi dan berulang-ulang? Tentunya ada unsur rasuah dan barangkali ada unsur kongsi gelap "jaga dan ternak" pegawai polis? 

Tentunya paling ramai di kalangan pegawai PDRM adalah kalangan bangsa Melayu.

Jadinya, Zahid tidak perlu kaitkan sentimen perkauman untuk menagih undi Melayu.

Zahid kena sedar ada di kalangan bangsa Melayu sanggup "memampuskan dan menjahanamkan " sesama Melayu demi wang!

Dulu PDRM dipimpin oleh insan "lembik", kini baru betul PDRM dipimpin oleh makhluk  jenis 
" brutal dan cowboy".

Itu Zahid kena siasat dan bersihkan PDRM.

KECEMASAN :Periksa telinga atau ujian poligraf !



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata beliau tidak mendengar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut tentang kenyataannya kontroversi "tembak dulu" suspek penjenayah.



"Saya ada di situ (tetapi) saya tak perasaan bahagian mana yang dia berucap itu. Yang pentingnya saya ada di situ, saya bertahan kerana saya ini jenis orang yang sukar hendak tidur.

"Saya mendengar ucapan itu sepenuhnya dan saya tidak mendengar perkataan itu," katanya dalam sidang media tengah hari ini.


Dulu zaman Pak Lah,beliau hadapi masalah mengantuk.Lepas tidak jadi PM, barulah beliau dedahkan mengapa beliau mengantuk.

Kini,seorang lagi menteri dihidapi penyakit "telinga".Tiada diketahui samada pekak atau tuli atau telinga dipenuhi "emas".

Atau sengaja mahu "tipu atas darat". 

Jika "sakit",sepatutnya pihak terbabit seperti Doktor Pakar Telinga cepat-cepat buat pemeriksaan telinga.

Jika sengaja mahu tipu "atas darat", elok buat ujian poligraf ke atasnya.

Tepat sekali pihak Istana Indera Kayangan tidak pilih beliau jadi Menteri Besar tempoh hari.Barangkali pihak Istana sudah tahu penyakit beliau.

sila dengar bukti.sini terutama minit 0.33

Thursday, October 10, 2013

SPRM :BODOH @ DIPERBODOHKAN ?



 Bos SPRM Abu Kasim mengisytiharkan bahawa SPRM tidak boleh mendakwa individu tersebut atas kesalahan   "kecuaian dan kebodohan" kerana tiada undang-undang di negara ini.

Bahkan beliau tidak mahu "tahi" itu ditinggalkan kepada SPRM untuk di siasat bagi menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya, jika kesalahan yang dilakukan oleh juak-juak pembesar UMNO dan BN ditakrifkan sebagai kebodohan dan kecuaian dan tidak boleh didakwa kerana tiada undang-undang.

Kejahatan rasuah pembesar-pembesar UMNO dan BN ditarifkan sebagai kebodohan dan kecuaian.

Adakah pembesar UMNO dan BN melakukan kebodohan atau SPRM diperbodohkan oleh pembesar-pembesdar UMNO dan BN ?

Malangnya jika SPRM "bodoh" kerana diperbodohkan oleh UMNO !

Inikah pistol yang jatuh ke laut?




 Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan disoal polis tentang tweetnya yang mendakwa peluru yang dikeluarkan oleh doktor dari badannya dikatakan dari jenis .38 Smith & Wesson, jenis senjata yang biasa digunakan oleh pihak polis.

Barangkali bukan sahaja Sanjeevan perlu disiasat tetapi pihak PDRM juga kena siasat kemungkinan pistol yang digunakan untuk menembak Sanjeevan adalah yang pernah jatuh di laut semasa operasi.

Kemudian ikan makan pistol itu dan seterusnya nelayan memukat ikan itu atau peserta Joran mengail. Dan akhirnya pistol dikeluarkan dan kemungkinan pistol ini digunakan untuk menembak Sanjevaan. Barangkali itulah sebenarnya.

Monday, October 7, 2013

Pemilihan UMNO : UMNO bakal dipimpin rasis dan samseng?



Pemilihan UMNO adalah tempat calon-calon UMNO menonjolkan wajah-wajah rasis dan samseng  untuk dipilih oleh ahli-ahli mereka.

Paling menonjol ialah Zahid Hamidi selaku Menteri Polis. Mentang-mentanglah memegang potfolio jaga Bukit Aman, beliau berlagak samseng dan gengster.

Sehari dua ini, beliau "berperang" dengan media MalaysiaKini dan mengancam untuk tutup media yang "berlaga arus" dengan beliau.

Beliau juga menganggap PCA sebagai undang-undangnya( ciptaan/miliknya/karyanya?

Begitu juga Zahid berlembut dengan kumpulan samseng Melayu seperti Tiga line (serpihan PEKIDA) dengan memanggilnya sebagai kawan-kawan.

Kumpulan Tiga Line dianggap Zahid sebagai "samseng tahi minyak" sahaja.

Keduanya, mantan KM Melaka Ali Rustam. Beliau dengan terang menyatakan tujuan beliau bertanding untuk kerusi Naib Presiden  kerana kecewa dengan sikap orang Cina tidak menghargai jasa beliau semasa PRU 13 lalu.

Jadinya, apa motif Ali bertanding kali ini? Adakah Ali bercita-cita membalas dendam kepada orang Cina kerana kekalahannya itu berpunca dari kaum tersebut?

Dan apabila menang Naib Presiden nanti,bakal menjadikan UMNO dipimpin golongan ultra rasis untuk lebih "bertenaga" membuli kaum Cina.

Barangkali bagi Ali,jawatan Senator dan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) tidak mampu untuk "membuli" pengundi Cina  melainkan jawatan tertinggi dalam UMNO.

Tentunya Ibrahim Ali senyum dan bangga kerana idea-ideanya sudah memenuhi otak-otak calon tertinggi UMNO.






Friday, October 4, 2013

Malaikat jaga peti undi kita?




Pemilihan UMNO sudah ada baling kerusi dan blackout. Kini, PDRM pula digunakan untuk mengawal peti undi.

Ini menunjukkan betapa UMNO mengamalkan budaya samseng,gengstar dalam penjanaannya. Ini tidak menghairankan kerana mereka di kuasai golongan sekular dan duniawi.

Mereka tiada Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulamak bahkan ulama mereka seperti Fathul Bari sekadar "terompah kayu" untuk digunakan jika masuk "tandas".

Semoga Pemilihan PAS tidak digunakan Unit Amal untuk jaga peti undi dan Markaz PAS digunakan tempat simpan peti undi.

Atau adakah PAS bercita-cita mahu menggunakan  khidmat FRU untuk mengawal perjalanan pemilihan pemimpin dalam Muktamar nanti?

Menteri Samseng @ Menteri Cap Ayam?




Zahid Hamidi berharap laporan audit tahun depan tidak akan mengandungi laporan seperti kehilangan senjata kerana beliau tidak mahu "imej polis tercemar oleh laporan Ketua Audit Negara".......

Adakah ini arahan atau ugutan Zahid kepada Ketua Audit Negara? Adakah kabinet mempunyai  Menteri Samseng?

Jabatan Audit Negara culas dalam menjelaskan perkara sebenar dalam isu perbelanjaan RM1.6 juta untuk persembahan K-Pop Hari Belia Negara, kata bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini Menteri Komunikasi.

 Culas bermakna : malas atau tidak jujur.

Adakah kenyataan ini standard Menteri Cap Ayam?






Thursday, October 3, 2013

BERITA BURUK BUAT NELAYAN DAN PEMINAT JORAN







Jika dua minggu lepas,PDRM sibuk memantau seluruh pintu masuk ke negara ini takut-takut abu Chin Peng diseludup masuk.

 Kini, selepas Laporan Audit 2012 dibentangkan kemungkinan PDRM akan membuat pemeriksaan ketat ke atas setiap bot nelayan dan tidak terkecuali ke atas peminat joran laut dalam di setiap jeti seluruh negara.

Setiap ikan dan hasil laut bakal diperiksa habis-habisan bagi mencari pistol dan gari polis yang "terjatuh" di dalam laut dan seterusnya di bimbangi dimakan oleh hidupan laut.

Lebih bahaya lagi jika ikan - ikan  yang makan pistol dan gari itu dipukat oleh lanun-lanun Somalia!

Wednesday, October 2, 2013

Laporan Audit sekadar penglipur lara


Saban tahun menjelang pembentangan Belanjawan Negara,negara dikejut dengan pendedahan rasuah,pembaziran dan teguran okeh Ketua Audit Negara terhadap Kementerian-Kementerian atas perangai buruk mereka.

Malangnya menteri setiap kementerian akan mengambil sikap poyo,berlepas diri,menyalahkan pegawai bawahan bahkan ada yang memberi jawapan bodoh macam kena pil kuda!

Lihat jawapan IGP Khalid tentang kehilangan harta polis.Jawapan JKKK barangkali lebih cerdik dari IGP kita.

Maka media barua seperti Utusan,TV3,NST akan berlakon dengan ulasan berbuih berdegar degar kononnya mengkritik perbuatan jijik kementerian.

Selang beberapa hari,apabila PM bentang belanjawan,nada media barua terus berubah menjadi puji memuja ucapan PM.Kritik tentang laporan Audit Negara cepat-cepat buang dalam tong sampah atau disapu bawah karpet.

Inilah fenomena setiap tahun.

Masihkan anda ingat laporan audit semasa Azlina Othman menjadi Menteri Belia? Sebatang skru driver berharga ratusan ringgit berbanding harga sebenar kurang RM15.00.

Hari ini RTM beli jam dinding berharga RM3,000 berbanding harga sebenar RM100.

Semuanya bising sekejap. Lepas PMNajib bentang belanjawan, semuanya hilang ditiup angin.

Realitinya, saban tahun Laporan Audit Negara dedah rasuah dan ketirisan serta pembaziran,SPRM hanya siasat "ikan bilis" dan potfolio Menteri sekadar bertukar-tukar.

Lihat bagaimana Shabery Chek "belanja" duit RM1.6 juta untuk K-Pop, hari ini beliau menjadi  Menteri Komunikasi pula.

Lihat pula Hishamudin Husien "lesapkan" harta PDRM sebanyak RM1.3 juta, hari ini beliau pegang dua kementerian pula, Kementerian Kapalselam dan Kementerian Bangunan Runtuh!

Dan lihatlah bagaimana Rais Yatim Menteri RTM "beli" jam harga RM3,000 sedangkan harga sebenar hanya RM100, boleh jadi Presiden UIA.

Inilah transformasi Najib.


Sudikah anda dipatuk lagi?



Buat sekiannya kita ditipu lagi.....

Sebelum PRU 13
Minyak tidak naik.

Sebelum PRU 13
Kos K-Pop tidak guna sesen pun duit rakyat

Sebelum PRU 13
PDRM hebat dan intergriti

Selepas PRU 13.....
minyak naik barang naik
K-Pop guna duit  RM1.6 juta duit rakyat
PDRM kerugian RM 1.3 juta duit rakyat.

Mengapakah PMNajib masih bernafsu untuk
simpan makhluk Hishamudin dan Shabery ?

PRK Sungai Limau menguji rakyat samada masih tidur atau sedar
terutama umat Melayu

selepas tertipu buat sekian banyaknya  di PRK Kuala Besut.........

KERJA MULIA : Jaga peti undi..........



Balai polis dan anggota PDRM bakal digunakan dalam Pemilihan UMNO bulan depan.Semuanya untuk menguruskan kertas undi sebanyak 4 juta.

Sejak bila PDRM jadi "hamba" kepada UMNO? Apabila PDRM digunakan UMNO semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kelancaran pemilihan UMNO menunjukkan tanda-tanda gaya pemilihan UMNO semakin samseng,ganas,korup dan jahat.

Balai digunakan untuk simpan undi.
Kereta peronda diarah iringkan kenderaan membawa kertas undi.
Anggota polis kena jaga 24 jam kertas undi di Balai.

Nampaknya semakin "pandir" tugas PDRM akibat layan karenah UMNO! Berjoget sakanlah penjenayah melihat situasi pandir itu.

Jika dalam PRU, UMNO boleh "berpakat" dengan PDRM,JPN,SPR untuk hadapi Pakatan Rakyat, bagaimana pula untuk UMNO menghadapi pilihanraya sesama ahli ?

Kem dan puak mana akan manipulasi tugasan polis? Dulu persepsi rakyat PDRM adalah kompenan BN, kini PDRM bakal "berpecah " untuk menyokong kem-kem dalam UMNO.

Adakah akan berlaku blackout semasa pengiraan undi?
Adakah akan ada mana-mana kem gunakan pengundi hantu seperti dalam PRU ?
Adakah pengundi hantu itu Banglasia atau Indonesia atau Sulu?

Tugas PDRM semakin menimbun dan mencabar. Terpaksa layan karenah UMNO dalam keadaan kadar jenayah semakin bertambah.





Tuesday, October 1, 2013

Hisham asyik nganga mulut luas....harta PDRM lesap!





 Laporan Audit Negara 2012 untuk tempoh 2 tahun iaitu 2010-2012 mendedahkan "menelanjangkan" PDRM. Antaranya :

 1) Kerugian sebanyak RM1.33 juta. Ini duit rakyat. Antara harta yang hilang ialah:

 1) Kehilangan gari sebanyak 156 unit.
 2) Senjata api sebanyak 44 unit.
 3) Kenderaan sebanyak 29 unit.
 4)  Walkie talkie 26 unit.
 5) Kamera 6 unit.
6)  Komputer 4 unit.
7) Radio 22 unit.

 Laporan berkenaan juga mendapati tahap pengurusan yang tidak memuaskan di ibu pejabat polis Bukit Aman dan tiga ibu pejabat polis kontinjen negeri (KL, Selangor dan Johor)

 Persoalan, adakah barangan yang hilang itu telah "dijual atau disewakan" oleh anggota PDRM kepada penjenayah?

Sila jawab Hishamudin Husein kerana anda menjadi Menteri Polis ketika itu.(10.4.2009 - 20.4.2013 )

Asyik sibuk kejar peserta BERSIH,anda tidak sedar aksi-aksi "hebat" anggota anda!

Tipis peluang anda untuk memenangi kerusi Naib Presiden UMNO nanti.


Sunday, September 29, 2013

MESIRKINI : 6 Oktober tarikh kematian As Sisi ?



Mesir bakal merayakan hari Angkatan Tenteranya pada 6 Oktober ini. Satu sambutan untuk merayakan kejayaan dalam Perang Oktober 1973 yang lebih dikenali sebagai Perang Badar Moden dan Yom Kippur bagi kalangan Zionis.

Sejak berakhir perang tersebut,pihak Tentera Mesir telah mengisytiharkan 6 Oktober sebagai hari kebesaran tentera Mesir.

Pada hari tersebut,Angkatan Tentera Mesir mengadakan perarakan tentera,senjata dan segala kehebatan peralatan tentera dipamerkan.

Itu sebelum Presiden Sadat berdamai dengan regim Zionis pada tahun 1978 selepas kunjungan rasmi Sadat ke Parlimen Knesset 1977.

Selepas pendamaian dan pengiktirafan Sadat terhadap negara Zionis, keadaan di Mesir dan dunia Arab  berubah. Sadat dianggap pengkhianat terhadap Islam dan Arab.

Bagaimanapun Sadat bertindak pantas dengan menangkap lebih 1600 orang penentangnya terutama pengikut Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Islamiyah.

Akhirnya,pada 6 Oktober 1981 iaitu hari kebesaran Tentera Mesir, Sadat menerima "hukumannya" di tangan tentera dan rakyatnya sendiri. Beliau dibunuh ketika membalas tabik hormat tenteranya sambil mendongak ke langit melihat lintasan jet-jet pejuang Mesir melintasi pentas tempat Sadat berada.

Sadat dibunuh kerana berdamai dengan Zionis dan menangkap 1600 rakyatnya.

Mana besar "dosa" antara Sadat dengan As Sisi?

As Sisi membunuh rakyatnya 5,000 orang dalam masa singkat berbanding Zionis membunuh tentera Mesir dalam tiga Perang Arab-Israel sekadar kurang 1,000 orang.

Zionis membunuh tentera Mesir dengan bantuan senjata negara asing seperti Amerika,Britain dan Perancis. Zionis tidak menggunakan khidmat tentera tersebut.

As Sisi membunuh rakyatnya sendiri dengan menggunakan khidmat rakyat Mesir sendiri iaitu tentera,polis dan samseng.

Hari 6 Oktober menjelang tiba. Adakah As Sisi akan mengadakan perayaan 6 Oktober seperti kelaziman sebelum ini?

Moga 6 Oktober adalah hari kematian dan kebinasaan manusia kejam berdarah Yahudi itu.

Persoalannya,jika Khaled Islambouli menjadi hero pada 6 Oktober 1981, siapakah bakal menjadin hero 6 Oktober 2013?

Sama-sama kita tunggu dan saksikan.

Tuesday, September 17, 2013

TERJAH : Kereta Porche disimpan dalam kandang lembu?



Bos baham pitih lembu
Bos ternak lembu dalam kondominium
Bos pakai pitih lembu buat umrah jalan-jalan cari makan
Bos angkat anak beranak terajui syarikat lembu

Kuli baham pitih orang miskin
Kuli ternak kereta mewah
Kuli ternak kereta mewah guna pitih orang miskin

Bos ternak lembu dalam kondominium
Kuli ternak kereta mewah dalam kandang lembu

Kita sehati sejiwa
Lembu kereta sehati sejiwa....berpisah tiada !

Negara dalam bahaya kerana ancaman "benda ini" !


Sekonyong-konyong IGP Khalid mengarahkan entah berapa unit polis mengawasi agar sempadan Malaysia tidak dicerobohi oleh "musuh ketat" negara dalam bentuk "abu" mayat Chin Peng.

IGP Khalid memberi arahan demikian setelah Menteri Polis Zahid Hamidi mengatakan bumi Malaysia tidak menerima abu Chin Peng.

Itu belum lagi arahan Menteri Kapal Selam Hishamudin Husein. Barangkali Hisham akan arahkan beberapa batalion termasuk Regimen Gerak Khas mengawasi sempadan negara laut,darat dan udara agar abu itu tidak masuk ke dalam negara ini.

Skuadron Jet pejuang MIG 29 juga diarahkan berjaga-jaga atas kemungkinan tiupan angin boleh menyebabkan abu itu bercampur jerebu masuk ke negara ini.Bahaya.

Armada Kapalselam juga diarah bersiap siaga atas kemungkinan abu itu dilekatkan pada perut paus maupun jerung untuk diseludup masuk melalui perairan pantai Malaysia.

Lebih hebat dari persiapan menghadapi ancaman Sulu !

Inilah akibat terlalu "pandir" sangat !

Kerana "abu", Menteri dan IGP "gatal mulut" mempromosikan dan mensensasikan isu ini. Rakyat Malaysia yang tidak kisah dengan kematian Chin Peng menjadi ingin tahu kisahnya.

Mengapa takut sangat dengan abu ?

Takut pemuja komunis memujanya di tugu macam Syiah keliling kubur imam mereka? Apa bezanya dengan polis dan tentera kita? Setiap tahun "sembah" Tugu Negara.

Masih ramai lagikah pemuja komunis di negara kita setelah komunis ditaklqinkan 30 tahun yang lampau ? Apa ada pada abu? Adakah abu itu boleh menghidupkan kembali fahaman komunis?

Barangkali yang ingin keliling "tawaf" abu Ching Peng hanyalah Hishamudin Rais sahaja.

Bermula dari politikus,IGP hingga JKKK semuanya di"pandirkan" oleh abu Chin Peng!

Sekarang isu ini dipanjangkan dengan pertanyaan, jika Chin Peng dianggap sebagai pengganas dan pengkhianat negara, bagaimana arwah bapa PMNajib yang pernah menjalani perkaderan  tentera Jepun semasa penjajahan Jepun di negara ini?

Sepatutnya pimpinan politikus,pmpinan polis dan tentera tidak panjangkan isu ini.Biarkan ianya berlalu begitu sahaja.Tidak ulas dan komen panjang-panjang.

Pandirnya kita kerana menyibukkan diri dengan abu sedangkan kadar jenayah bertambah meningkat di negara kita.


Saturday, September 14, 2013

MALAYSIAKU : Saya keluar....awak masuk pula....!





Selepas PRU 13, banyak kejadian "aneh, jijik dan memalukan" berlaku di Malaysia. Terutama soal kehakiman.

Perhatikan dua kes ini ini membabitkan PMNajib.

Pertama, Mahkamah membebaskan dua tertuduh yang mengaku membunuh dalam kes Altantuya Shariibuu. Tertuduh didakwa menggunakan letupan C4 milik Kementerian Pertahanan yang ketika itu Najib menjadi Menterinya.

Mahkamah membebaskan dua tertuduh kerana  hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka. Antaranya tidak memanggil Deputi Supritendan Musa Safri, Bukan sahaja mahkamah membebaskan mereka berdua bahkan IGP Khalid juga tidak "berminat" untuk mencari siapakah sebenar pembunuh gadis Mongolia itu. Aneh bukan?

Kedua, bagaimana sikap Hakim yang begitu "bersemangat dan teruja " untuk menghumban 13 individu ke penjara dengan serta merta tanpa menerima permohonan untuk menangguhkan hukuman untuk mendengar rayuan.

"Jenayah dan kejahatan" 13 individu yang berumur 26 hingga 56 tahun ialah membantah kudeta Kerajaan Perak yang diketuai oleh Najib sendiri selaku Timbalan PM ketika itu.

Mereka semua tidak membunuh, jauh sekali menggunakan letupan C4.

Bahkan 13 individu ini tidak pula menggunakan topeng menutup muka sepanjang kes mereka dibicarakan berbanding dua tertuduh dalam kes Altantunya.

Menariknya, Penjara Tapah baru sahaja membebaskan seorang penghuninya yang terlibat dalam kes Altantunya dan kini menerima "tetamu baru" dalam kes kudeta kerajaan Perak.

Lebih menarik, kedua kes ini membabitkan PMNajib. Hebatkan ?


Wednesday, September 11, 2013

11 September: Tarikh bermulanya Perang Salib Moden



Tarikh 11 September adalah tarikh bermulanya Perang Salib Moden yang diisytiharkan oleh Amerika dan sekutunya terhadap negara dan umat Islam.

Bermula tarikh tersebut,Amerika dan sekutunya mula menyerang dan membunuh umat Islam di Afganistan,Iraq dan Somalia.

Terlebih dahulu Amerika "mulakan modal" nya dahulu untuk dapatkan "lesen membunuh" dengan mencipta "pengganas" untuk membunuh rakyatnya sendiri lebih 3,000 orang.

Cumanya,ketika itu yang selamat hanyalah warganya yang berbangsa Yahudi. Mereka terlebih dahulu mendapat "berita bocor " tentang serangan 11/9 itu.

Setelah 12 tahun berlalu,kita melihat penguasaan Amerika terhadap dunia. Terkini krisis di Syria dan Mesir juga Amerika tidak ketinggalan mengambil bahagian untuk "menghirup darah dan meratah"  negara umat Islam.

Sesuatu yang mengujakan betapa segala aksi Amerika berpaksikan kepada keselamatan Israel.

Tiada diketahui sampai bila penguasaan Amerika terhadap politik dunia. Jika USSR runtuh dan berpecah  kerana pembabitannya dalam perang Afghan, apakah Amerika juga bakal mengikuti nasib USSR?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...