ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Saturday, November 20, 2010
Akaun siapa paling banyak simpanan di UBS?
Apabila Menteri Pertahanan Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataannya tentang kurang semangat patriotik kaum Cina dan India menyertai Angkatan Tentera Malaysia(ATM), ianya mengundang kemarahan bekas pegawai tertinggi ATM yang berketurunan Cina dan India.
Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh 65, menggelar Zahid sebagai "anjing yang tersalak menyalak pokok" dan menganggap kenyataan Zahid sebagai "tidak adil, bodoh dan rasis". Bahkan beliau mahu tahu beberapa kerat anak pemimpin UMNO(Menteri) yang masuk ATM?
Manakala bekas Panglima Tentera Laut pertama negara,Laksamana (B) K Thanabalasingam 75,yang pernah memegang jawatan itu selama 9 tahun terguris dengan kenyataan Zahid bahkan beliau dengan penuh semangat berkata, “Jika kita berperang hari ini, saya akan tawar diri melakukan apa yang terdaya, walaupun saya kini berjalan menggunakan tongkat, ramai juga akan buat demikian untuk mempertahankan negara.
Melihat kepada kenyataan Zahid, itulah perangai pemimpin UMNO. Menganggap mereka sahaja sebagai patriotik. Selain UMNO, semuanya kurang patriotik(Cina/India), pengkhianat negara(Anwar Ibrahim), pengganas(PAS), pelampau(PAS),chauvinis (DAP).
Hanya UMNO bersemangat nasionalis dan pejuang kemerdekaan.
Susahnya jika lanun, perompak,penyangak, pembuli dan samseng menganggap diri mereka sebagai suci lagi kudus.
Cuba bayangkan jika peperangan berlaku, golongan pimpinan UMNO dan bangsawan ke mana arah mereka?
Adakah mereka bersiap memakai pakaian tentera untuk berjuang bersama rakyat? Atau tergopoh gapah, tergesa-ges menaiki pesawat khas menuju Amerika, Australia, UK, Switzerland maupun Monte Carlo?
Melihat kepada kes Mat Taib pikul guni duit di Australia dan kes AJK UMNO Muar miliki harta "bersepah-sepah" di Amerika Syarikat, suatu yang amat mustahil jika pimpinan UMNO hanya punya harta sekitar di negara ini sahaja.
Bayangkan jika Bank of Switzerland mendedahkan nama-nama penyimpan akaun dan jumlah duit mereka di bank berkenaan. Agaknya nama Menteri UMNO manakah yang paling banyak memiliki simpanan wangnya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Yea.. mari kita sokong PAS, kerana dgn menyokong PAS saja kita dijamin masuk Syurga..
Cuma org kafir yang telah diendorse oleh PAS saja yang layak kita kawani..
hidup tok Pepijat, Hidup tuan Guru Nik Aziz Hidup PAS....
salam semua;
kalau nak gerenti masuk syurga, undi dan sokonglah PAS. Takutlah azab neraka.. Ingat PAS sahaja yg boleh jaminkan syurga..
Malaysia ni sebenarnya tiada sesiapa yg lebih layak dan sesuai menjadi menteri pertahanan kecuali Tok Pepijat..
siapa sokong????
betul betul, tok Pepijat patut jadi menteri pertahanan sebab barulah malaikat akan turun bantu sebab dia ahli PAS dan ahli syurga. Barulah dapat macam tentera badar..
Hidup tok pepijat, hidup nik aziz, hidup PAS.. undi PAS gerenti masuk syurga
Post a Comment