ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, October 28, 2013

Berbezanya mereka berdua..........



Pak Lah menduduki Sri Perdana cuma 6 tahun tapi hidup bahagia kerana beliau benar-benar pencen.

Mahathir menduduki Sri Perdana menjangkau 22 tahun tetapi hidup penuh dengan kedengkian,kesombongan,keangkuhan dan berdendam kesumat tanpa kesudahan kerana beliau perasan selamanya betul 100%.

Wahai ahli UMNO.....tolong sedekahkan seutas tasbih dan tolong hamparkan sekeping sejadah buat beliau agar beliau dapat beribadat dengan khusyuk.

REKOD MAHATHIR :

i) Mahathir pernah tewas dengan Presiden PAS al Marhum Yusof Rawa dalam PRU 1969.

ii) Mahathir pernah gagal untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu era Pak Lah jadi PM.

iii) Mukhriz tewas dengan menantu Pak Lah untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO 2010.

iv) Mukhriz tewas dengan sepupu PMNajib untuk jawatan Naib Presiden UMNO 2013 walaupun menang undi popular 585 undi.

Friday, October 25, 2013

Malaysia penuh dengan dwi undang-undang?



Waktu sekarang adalah pukul 4.00 petang waktu Semenanjung dan 3.30 petang waktu Sabah dan Sarawak.........

Masihkan anda ingat pengumuman itu sebelum Perdana Menteri Dr Mahathir "melaraskan" waktu jam antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak menjadi sama.

Itu bab jam dan waktu.

Kini timbul pula isu Kalimah Allah.

Mahkamah "menyelaraskan" hukuman menjadi seragam untuk seluruh wilayah Malaysia.

Tiba-tiba sekonyong-konyong PMNajib terbang menuju Pulau Borneo dan membuat pengumuman.:

" Kalimah ALLAH hanya "haram" di Semenanjung tetapi "halal" di Sabah dan Sarawak ".

Macam ada judi "halal" dan ada judi "haram". Yang haram kerana tidak bayat cukai kepada kerajaan UMNO.

Sama juga demostrasi hanya "haram" kepada pembangkang.Semburan air asid FRU wajib untuk pembangkang.

Jika demostrasi dibuat oleh UMNO ,segalanya "halal toyyibah" bahkan dijaga penuh kesopananoleh FRU dan SB.

Thursday, October 24, 2013

Sudikah Zahid letak jawatan?




Belum puas Menteri KDN Zahid Hamidi berkenduri kendara meraihkan kemenangannya dalam Pemilihan UMNO, tiba-tiba beliau di hantui 3 kes bunuh berturut-turut.

Antara yang bertaraf "profil tinggi" ialah pembunuhan pekerja bank oleh pengawal keselamatan yang merompak bank tersebut.

Pembunuh dalam kes pembunuhan staf bank adalah seorang pengawal keselamatan yang mempunyai kuasa memegang senjata.

Semakan di JPN ,kad pengenalannya adalah palsu.

Syarikat Keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri(KDN). Begitu juga Jabatan Pendaftaran Negaradi bawah KDN.

Diberitakan syarikat keselamatan itu milik orang kuat Wanita UMNO Kedah.

Menteri KDN adalah Zahid Hamidi.

Dr.Mahathir "berfatwa" baru-baru ini, jika berlaku kemalangan di Jepun maka menterinya akan letak jawatan atau harakiri.

Sudikah Zahid letak jawatan atas kes ini?

AWAS di keliling anda ada Penjenayah Spontan !.



Tiga kejutan menakutkan berlaku di negara ini dalam tempoh tiga hari.

Pertamanya, pembunuhan pelajar perempuan berusia 15 tahun oleh kenalan lelakinya. Kenalan yang dikenali melalui FB.

Keduanya,pembunuhan pekerja bank oleh pengawal keselamatan bank tersebut.Pembunuh itu memiliki IC palsu.

Dan ketiganya,amukan seorang pemuda mengakibatkan dua nyawa ditikam mati.Pembunuh disyaki sakit mental.

Begitu mudah nyawa diambil.

Semuanya dalam situasi polis sedang "mengamuk" dalam Operasi Cantas, polis kehilangan 44 senjata api,hanya 7 yang dijumpai kembali dan Menteri Polis baru sahaja memenangi kerusi Naib Presiden UMNO.

Ketiga-tiga kes bunuh di atas bukan dilakukan oleh Kongsi Gelap atau Penjenayah Tegar maupun yang mempunyai senarai rekod jenayah.

Kita melihat ianya semacam "spontan" sahaja ianya berlaku.Tidak terancang rapi.

Ini bermakna,rakyat Malaysia menghadapi dua keadaan penjenayah samada sememangnya penjenayah maupun "penjenayah yang spontan".


Di keliling kita berkeliaran "spesis" ini .Malaysia sudah tidak selamat lagi.

GEMPAR :JERUNG LOLOS PUKAT !



Sebelum PRU 12
bising seluruh negara pemimpin BN
dituduh rasuah
Kes Kasitah Gadam dan Eric Chia naik mahkamah
Pak Lah buktikan perangi rasuah

Selepas PRU 12
segalanya beres dan rakyat tertipu.

Sebelum PRU 13
kes Tun Dr Ling Liong Sik pula memeriahkan suasana perang rasuah
Najib buktikan beliau panglima perangi rasuah

Selepas PRU 13
kali kedua rakyat tertipu
dengan Jerung-Jerung Gergasi

Hanya bilis-bilis sahaja sangkut dekat jaring

Sebelum PRU 14 ini
kita tunggu gerangan siapa pula bakal calon turun naik mahkamah
selaku pelakon handalan

Sunday, October 20, 2013

ALI : Balik kampung tanam kacang!


Apabila mantan KM Melaka Ali Rustam tewas dalam PRU 13 Parlimen Bukit Katil,beliau menyalahkan kaum Cina atas kekalahannya.

Katanya,orang Cina tidak kenang jasa dan budinya sebagai KM Melaka.Bahkan dalam kempen Pemilihan UMNO untuk jawatan Naib Presiden,Ali Rustam ungkit lagi perkara tersebut bagi meraih undi ahli UMNO.

Ali ingin menunjukkan kepada ahli UMNO bahawa dia berdarah " Melayu dan PERKASA sejati."

Malangnya,beliau tewas teruk. Senasib dengan Isa Samad. Sekadar hanya 7 undi berbanding pemenang Zahid Hamidi 188 undi,Shafie Afdal 177 undi dan Hishamudin Husien 101 undi.

Lebih malang lagi 5 daripada 6 bahagian UMNO Melaka tidak mengundi beliau.

Jika dalam PRU 13,orang Cina menolak Ali atas dasar perkauman UMNO dan Ali mendakwa sebagai tsunami Cina. Kini apa pula dakwaan Ali terhadap bangsanya sendiri?

Adakah kewangan Ali tidak cukup ampuh untuk memancing undi? Ya lah, beliau bukan lagi KM.Sekadar senator dan Pengerusi PNB ?

Barangkali,pengundi UMNO melihat Ali sebagai seorang veteran,pencen dan miskin!

Miskin di sini bermakna tidak miliki RM12 juta untuk ditaburkan kepada setiap negeri.

Warna politik Ali Rustam semakin kelabu akibat dilanda tsunami Cina dan kini tsunami Melayu UMNO sendiri.


Sempatkah Mahathir lihat KJ jadi PM ?





Kekalahan putera Mahathir dalam pemilihan Naib Presiden UMNO bakal menambah duka lara mantan PM.

Di kala menantu Pak Lah semakin meninggi rangkingnya dalam UMNO dan semakin jauh meninggalkan Mukhriz yang kecundang kali kedua..

Sebelum ini beriya-iya Mahathir cuba mempromosikan kehebatan anaknya.Malangnya ahli-ahli UMNO tidak termakan pujukan itu.

Ini kali kedua Mukhriz tewas dalam pemilihan UMNO.Tiga tahun sebelum ini,beliau tewas di tangan anak Pak Lah, KJ dalam pertandingan merebut Ketua Pemuda.

Apa pula  komen Mahathir tentang kekalahan kali ini?

Adakah Mahathir bakal melancarkan "perang secara terang-terangan" terhadap PMNajib seperti serangannya terhadap Pak Lah ?

Sebelum ini, Mahathir memberikan kritik dan kecaman terhadap PMNajib secara "berlapik dan halus".

Kini,Mahathir semakin ketiadaan masa untuk memastikan Mukhriz  dapat mencapai jawatan PM sewaktu mata beliau masih tidak tertutup rapat!

Di kala Mukhriz terkial-kial mencari tapak pengaruh baru,Khairy Jamaludin semakin menghampiri "destinasi" PM. Selepas Ketua Pemuda,KJ bakal bertanding jawatan Naib Presiden dan seterusnya Timbalan dan Presiden.

Bezanya antara KJ dan Mukhriz ialah, KJ tidak "berpaut"pada Pak Lah. Beliau mempunyai karisma tersendiri.Manakala Mukhriz "anak manja dan anak bapak".








Saturday, October 19, 2013

UMNO KORUPSI : Jangan lihat kemenangan tetapi lihatlah berapa juta sudah dibelanjakan.



Pemilihan UMNO telah selesai.Bermula Presiden dan Timbalannya yang menang tanpa bertanding hinggalah kepada pemilihan sengit Ketua Pemuda,Ketua Wanita,Ketua Puteri dan "amat sengit" jawatan Naib Presiden.

Melihat kepada persaingan itu, bayangkan berapa juta RM telah dibelanjakan oleh setiap calon. Bermula calon Ketua Bahagian hinggalah Naib Presiden.

Diberitakan "modal"untuk jawatan Naib Presiden mencecah RM13 juta seorang.Manakala calon Ketua Bahagian memerlukan "modal" RM 1 juta seorang.

Soalnya bagaimana "modal" itu diperolehi? Ianya senang jika calon itu memegang jawatan menteri,Pengerusi badan berkanun dan pengerusi GLC.

Dengan memegang kunci "lubuk emas" ini,calon-calon mudah untuk dapatkan "sponsor dan modal" untuk diagihkan kepada pengundi. Sponsor mereka terdiri dari taukeh-taukeh kapitalis Cina dan kroni yang sememangnya "dahagakan" projek-projek UMNO.

Ironisnya, sama modus operandis seperti menghadapi Pilihanraya Umum. Jika PRU,UMNO berhadapan dengan pembangkang manakala dalam pemilihan ini,UMNO bergelut sesama sendiri.

Bezanya,umpanan kain pelikat dalam PRU berbanding umpanan lawatan ke luar negara,duit saku untuk pemilihan UMNO.

Peribahasa moden, " Jika sesiapa mengatakan dalam pemilihan UMNO tiada rasuah,dia adalah pembohong besar ! " .

Monday, October 14, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA










BERKORBAN APA SAJA DEMI ISLAM

Sunday, October 13, 2013

Aktiviti skuad sayang...ternak lembu.


Walaupun Chua Soi Lek terkandas dalam skandal video lucah,masih ada lagi yang sayang kepadanya hingga dipilihnya jadi Presiden MCA.
Menunjukkan betapa ramainya juak-juak MCA berfikiran seperti Chua. Akhirnya MCA bungkus dalam PRU 13 dan siap untuk di hantar ke jirat.

Kini giliran Wanita UMNO pula.Walaupun ketuanya terpalit dengan "tahi lembu NFC", masih ada lagi yang sayang dan memilih beliau untuk kekal sebagai ketua.

Lepas ini,aktiviti wanita-wanita UMNO beralih kepada menternak lembu pula. Bukan ternak lembu di kandang tetapi di kediaman mewah kondominum.

Saturday, October 12, 2013

Acara baru sukan Olimpik...Malaysia ada harapan pungut Emas.







Adakah ini tarian dangdut?
Adakah ini gangnam stail ?
Adakah ini tukang karut Dikir Barat?
atau acara lontar peluru SUKMA ?

Dalam mesyuarat UMNO dan MIC acara baling kerusi sudah menjadi lumrah.Kini acara baru dipertandingkan.Acara menghempas mickrifon.

Ahli PAS.....jangan senyum sinis tengok acara tersebut.

Silap haribulan "acara" ini dipertandingkan dalam mesyuarat anda. Mohon Allah Taala jauhi.

Inilah kesan "tarbiyah" puak sekular yang gilakan kuasa,pangkat dan wang.

Friday, October 11, 2013

TEKA: Dulu lembik kini brutal !



Ucapan Menteri Polis Zahid ketika kempen pemilihan UMNO di Melaka:



Dadah.... tokey  besar orang Cina, tokey kecil kecil orang  India penagih dan pengguna terbesar anak Melayu

Judi internert... tokey besar Cina,operator India….pengguna/pelanggan anak Melayu.

Along besar …orang Cina…tokey kecil..India ..peminjam/pengguna orang Melayu

Pelacuran…tokey besar cina…tokey kecil  Cina…pelanggan ……(tentunya Melayu)


PERSOALANNYA :

Setiap kali diserbu tempat pelacuran dan judi internet, tempat maksiat itu dibuka semula dalam masa sebulan dua. Ianya berulang-ulang.

Ada tempat judi internet terletak hanya 200 meter dari Balai Polis.

Mengapa ianya terjadi dan berulang-ulang? Tentunya ada unsur rasuah dan barangkali ada unsur kongsi gelap "jaga dan ternak" pegawai polis? 

Tentunya paling ramai di kalangan pegawai PDRM adalah kalangan bangsa Melayu.

Jadinya, Zahid tidak perlu kaitkan sentimen perkauman untuk menagih undi Melayu.

Zahid kena sedar ada di kalangan bangsa Melayu sanggup "memampuskan dan menjahanamkan " sesama Melayu demi wang!

Dulu PDRM dipimpin oleh insan "lembik", kini baru betul PDRM dipimpin oleh makhluk  jenis 
" brutal dan cowboy".

Itu Zahid kena siasat dan bersihkan PDRM.

KECEMASAN :Periksa telinga atau ujian poligraf !



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata beliau tidak mendengar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut tentang kenyataannya kontroversi "tembak dulu" suspek penjenayah.



"Saya ada di situ (tetapi) saya tak perasaan bahagian mana yang dia berucap itu. Yang pentingnya saya ada di situ, saya bertahan kerana saya ini jenis orang yang sukar hendak tidur.

"Saya mendengar ucapan itu sepenuhnya dan saya tidak mendengar perkataan itu," katanya dalam sidang media tengah hari ini.


Dulu zaman Pak Lah,beliau hadapi masalah mengantuk.Lepas tidak jadi PM, barulah beliau dedahkan mengapa beliau mengantuk.

Kini,seorang lagi menteri dihidapi penyakit "telinga".Tiada diketahui samada pekak atau tuli atau telinga dipenuhi "emas".

Atau sengaja mahu "tipu atas darat". 

Jika "sakit",sepatutnya pihak terbabit seperti Doktor Pakar Telinga cepat-cepat buat pemeriksaan telinga.

Jika sengaja mahu tipu "atas darat", elok buat ujian poligraf ke atasnya.

Tepat sekali pihak Istana Indera Kayangan tidak pilih beliau jadi Menteri Besar tempoh hari.Barangkali pihak Istana sudah tahu penyakit beliau.

sila dengar bukti.sini terutama minit 0.33

Thursday, October 10, 2013

SPRM :BODOH @ DIPERBODOHKAN ?



 Bos SPRM Abu Kasim mengisytiharkan bahawa SPRM tidak boleh mendakwa individu tersebut atas kesalahan   "kecuaian dan kebodohan" kerana tiada undang-undang di negara ini.

Bahkan beliau tidak mahu "tahi" itu ditinggalkan kepada SPRM untuk di siasat bagi menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya, jika kesalahan yang dilakukan oleh juak-juak pembesar UMNO dan BN ditakrifkan sebagai kebodohan dan kecuaian dan tidak boleh didakwa kerana tiada undang-undang.

Kejahatan rasuah pembesar-pembesar UMNO dan BN ditarifkan sebagai kebodohan dan kecuaian.

Adakah pembesar UMNO dan BN melakukan kebodohan atau SPRM diperbodohkan oleh pembesar-pembesdar UMNO dan BN ?

Malangnya jika SPRM "bodoh" kerana diperbodohkan oleh UMNO !

Inikah pistol yang jatuh ke laut?




 Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan disoal polis tentang tweetnya yang mendakwa peluru yang dikeluarkan oleh doktor dari badannya dikatakan dari jenis .38 Smith & Wesson, jenis senjata yang biasa digunakan oleh pihak polis.

Barangkali bukan sahaja Sanjeevan perlu disiasat tetapi pihak PDRM juga kena siasat kemungkinan pistol yang digunakan untuk menembak Sanjeevan adalah yang pernah jatuh di laut semasa operasi.

Kemudian ikan makan pistol itu dan seterusnya nelayan memukat ikan itu atau peserta Joran mengail. Dan akhirnya pistol dikeluarkan dan kemungkinan pistol ini digunakan untuk menembak Sanjevaan. Barangkali itulah sebenarnya.

Monday, October 7, 2013

Pemilihan UMNO : UMNO bakal dipimpin rasis dan samseng?



Pemilihan UMNO adalah tempat calon-calon UMNO menonjolkan wajah-wajah rasis dan samseng  untuk dipilih oleh ahli-ahli mereka.

Paling menonjol ialah Zahid Hamidi selaku Menteri Polis. Mentang-mentanglah memegang potfolio jaga Bukit Aman, beliau berlagak samseng dan gengster.

Sehari dua ini, beliau "berperang" dengan media MalaysiaKini dan mengancam untuk tutup media yang "berlaga arus" dengan beliau.

Beliau juga menganggap PCA sebagai undang-undangnya( ciptaan/miliknya/karyanya?

Begitu juga Zahid berlembut dengan kumpulan samseng Melayu seperti Tiga line (serpihan PEKIDA) dengan memanggilnya sebagai kawan-kawan.

Kumpulan Tiga Line dianggap Zahid sebagai "samseng tahi minyak" sahaja.

Keduanya, mantan KM Melaka Ali Rustam. Beliau dengan terang menyatakan tujuan beliau bertanding untuk kerusi Naib Presiden  kerana kecewa dengan sikap orang Cina tidak menghargai jasa beliau semasa PRU 13 lalu.

Jadinya, apa motif Ali bertanding kali ini? Adakah Ali bercita-cita membalas dendam kepada orang Cina kerana kekalahannya itu berpunca dari kaum tersebut?

Dan apabila menang Naib Presiden nanti,bakal menjadikan UMNO dipimpin golongan ultra rasis untuk lebih "bertenaga" membuli kaum Cina.

Barangkali bagi Ali,jawatan Senator dan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) tidak mampu untuk "membuli" pengundi Cina  melainkan jawatan tertinggi dalam UMNO.

Tentunya Ibrahim Ali senyum dan bangga kerana idea-ideanya sudah memenuhi otak-otak calon tertinggi UMNO.






Friday, October 4, 2013

Malaikat jaga peti undi kita?




Pemilihan UMNO sudah ada baling kerusi dan blackout. Kini, PDRM pula digunakan untuk mengawal peti undi.

Ini menunjukkan betapa UMNO mengamalkan budaya samseng,gengstar dalam penjanaannya. Ini tidak menghairankan kerana mereka di kuasai golongan sekular dan duniawi.

Mereka tiada Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulamak bahkan ulama mereka seperti Fathul Bari sekadar "terompah kayu" untuk digunakan jika masuk "tandas".

Semoga Pemilihan PAS tidak digunakan Unit Amal untuk jaga peti undi dan Markaz PAS digunakan tempat simpan peti undi.

Atau adakah PAS bercita-cita mahu menggunakan  khidmat FRU untuk mengawal perjalanan pemilihan pemimpin dalam Muktamar nanti?

Menteri Samseng @ Menteri Cap Ayam?




Zahid Hamidi berharap laporan audit tahun depan tidak akan mengandungi laporan seperti kehilangan senjata kerana beliau tidak mahu "imej polis tercemar oleh laporan Ketua Audit Negara".......

Adakah ini arahan atau ugutan Zahid kepada Ketua Audit Negara? Adakah kabinet mempunyai  Menteri Samseng?

Jabatan Audit Negara culas dalam menjelaskan perkara sebenar dalam isu perbelanjaan RM1.6 juta untuk persembahan K-Pop Hari Belia Negara, kata bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini Menteri Komunikasi.

 Culas bermakna : malas atau tidak jujur.

Adakah kenyataan ini standard Menteri Cap Ayam?






Thursday, October 3, 2013

BERITA BURUK BUAT NELAYAN DAN PEMINAT JORAN







Jika dua minggu lepas,PDRM sibuk memantau seluruh pintu masuk ke negara ini takut-takut abu Chin Peng diseludup masuk.

 Kini, selepas Laporan Audit 2012 dibentangkan kemungkinan PDRM akan membuat pemeriksaan ketat ke atas setiap bot nelayan dan tidak terkecuali ke atas peminat joran laut dalam di setiap jeti seluruh negara.

Setiap ikan dan hasil laut bakal diperiksa habis-habisan bagi mencari pistol dan gari polis yang "terjatuh" di dalam laut dan seterusnya di bimbangi dimakan oleh hidupan laut.

Lebih bahaya lagi jika ikan - ikan  yang makan pistol dan gari itu dipukat oleh lanun-lanun Somalia!

Wednesday, October 2, 2013

Laporan Audit sekadar penglipur lara


Saban tahun menjelang pembentangan Belanjawan Negara,negara dikejut dengan pendedahan rasuah,pembaziran dan teguran okeh Ketua Audit Negara terhadap Kementerian-Kementerian atas perangai buruk mereka.

Malangnya menteri setiap kementerian akan mengambil sikap poyo,berlepas diri,menyalahkan pegawai bawahan bahkan ada yang memberi jawapan bodoh macam kena pil kuda!

Lihat jawapan IGP Khalid tentang kehilangan harta polis.Jawapan JKKK barangkali lebih cerdik dari IGP kita.

Maka media barua seperti Utusan,TV3,NST akan berlakon dengan ulasan berbuih berdegar degar kononnya mengkritik perbuatan jijik kementerian.

Selang beberapa hari,apabila PM bentang belanjawan,nada media barua terus berubah menjadi puji memuja ucapan PM.Kritik tentang laporan Audit Negara cepat-cepat buang dalam tong sampah atau disapu bawah karpet.

Inilah fenomena setiap tahun.

Masihkan anda ingat laporan audit semasa Azlina Othman menjadi Menteri Belia? Sebatang skru driver berharga ratusan ringgit berbanding harga sebenar kurang RM15.00.

Hari ini RTM beli jam dinding berharga RM3,000 berbanding harga sebenar RM100.

Semuanya bising sekejap. Lepas PMNajib bentang belanjawan, semuanya hilang ditiup angin.

Realitinya, saban tahun Laporan Audit Negara dedah rasuah dan ketirisan serta pembaziran,SPRM hanya siasat "ikan bilis" dan potfolio Menteri sekadar bertukar-tukar.

Lihat bagaimana Shabery Chek "belanja" duit RM1.6 juta untuk K-Pop, hari ini beliau menjadi  Menteri Komunikasi pula.

Lihat pula Hishamudin Husien "lesapkan" harta PDRM sebanyak RM1.3 juta, hari ini beliau pegang dua kementerian pula, Kementerian Kapalselam dan Kementerian Bangunan Runtuh!

Dan lihatlah bagaimana Rais Yatim Menteri RTM "beli" jam harga RM3,000 sedangkan harga sebenar hanya RM100, boleh jadi Presiden UIA.

Inilah transformasi Najib.


Sudikah anda dipatuk lagi?



Buat sekiannya kita ditipu lagi.....

Sebelum PRU 13
Minyak tidak naik.

Sebelum PRU 13
Kos K-Pop tidak guna sesen pun duit rakyat

Sebelum PRU 13
PDRM hebat dan intergriti

Selepas PRU 13.....
minyak naik barang naik
K-Pop guna duit  RM1.6 juta duit rakyat
PDRM kerugian RM 1.3 juta duit rakyat.

Mengapakah PMNajib masih bernafsu untuk
simpan makhluk Hishamudin dan Shabery ?

PRK Sungai Limau menguji rakyat samada masih tidur atau sedar
terutama umat Melayu

selepas tertipu buat sekian banyaknya  di PRK Kuala Besut.........

KERJA MULIA : Jaga peti undi..........



Balai polis dan anggota PDRM bakal digunakan dalam Pemilihan UMNO bulan depan.Semuanya untuk menguruskan kertas undi sebanyak 4 juta.

Sejak bila PDRM jadi "hamba" kepada UMNO? Apabila PDRM digunakan UMNO semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kelancaran pemilihan UMNO menunjukkan tanda-tanda gaya pemilihan UMNO semakin samseng,ganas,korup dan jahat.

Balai digunakan untuk simpan undi.
Kereta peronda diarah iringkan kenderaan membawa kertas undi.
Anggota polis kena jaga 24 jam kertas undi di Balai.

Nampaknya semakin "pandir" tugas PDRM akibat layan karenah UMNO! Berjoget sakanlah penjenayah melihat situasi pandir itu.

Jika dalam PRU, UMNO boleh "berpakat" dengan PDRM,JPN,SPR untuk hadapi Pakatan Rakyat, bagaimana pula untuk UMNO menghadapi pilihanraya sesama ahli ?

Kem dan puak mana akan manipulasi tugasan polis? Dulu persepsi rakyat PDRM adalah kompenan BN, kini PDRM bakal "berpecah " untuk menyokong kem-kem dalam UMNO.

Adakah akan berlaku blackout semasa pengiraan undi?
Adakah akan ada mana-mana kem gunakan pengundi hantu seperti dalam PRU ?
Adakah pengundi hantu itu Banglasia atau Indonesia atau Sulu?

Tugas PDRM semakin menimbun dan mencabar. Terpaksa layan karenah UMNO dalam keadaan kadar jenayah semakin bertambah.





Tuesday, October 1, 2013

Hisham asyik nganga mulut luas....harta PDRM lesap!





 Laporan Audit Negara 2012 untuk tempoh 2 tahun iaitu 2010-2012 mendedahkan "menelanjangkan" PDRM. Antaranya :

 1) Kerugian sebanyak RM1.33 juta. Ini duit rakyat. Antara harta yang hilang ialah:

 1) Kehilangan gari sebanyak 156 unit.
 2) Senjata api sebanyak 44 unit.
 3) Kenderaan sebanyak 29 unit.
 4)  Walkie talkie 26 unit.
 5) Kamera 6 unit.
6)  Komputer 4 unit.
7) Radio 22 unit.

 Laporan berkenaan juga mendapati tahap pengurusan yang tidak memuaskan di ibu pejabat polis Bukit Aman dan tiga ibu pejabat polis kontinjen negeri (KL, Selangor dan Johor)

 Persoalan, adakah barangan yang hilang itu telah "dijual atau disewakan" oleh anggota PDRM kepada penjenayah?

Sila jawab Hishamudin Husein kerana anda menjadi Menteri Polis ketika itu.(10.4.2009 - 20.4.2013 )

Asyik sibuk kejar peserta BERSIH,anda tidak sedar aksi-aksi "hebat" anggota anda!

Tipis peluang anda untuk memenangi kerusi Naib Presiden UMNO nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...