ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, October 13, 2010

PIALA MALAYSIA: Peperangan Mercun!


Keganasan peminat bola fanatik berlaku lagi. Kali ini di Stadium Shah Alam membabitkan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan.

Pergaduhan di padang mengakibatkan 2 pemain dibuang padang. Manakala aksi penonton sudah melampaui batas. Mercun dan botol air mineral di gunakan sebagai senjata. Pergaduhan di dalam dan luar stadium. Itu baru aksi di Selangor. Belum di Kota Bahru lagi.


Walaupun diberi jaminan oleh FAM dan KAFA tentang langkah-langkah keselamatan yang bakal dilaksanakan di Kota Bahru, kita meraguinya. Ini berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku di Stadium Sultan Muhammad tahun lepas yang mengakibatkan bas pasukan Negeri Sembilan di bakar.


Sepatutnya FAM mesti bertindak pantas dan bijak. Keputusan yang tepat menjelang aksi suku akhir kedua ini ialah adakan perlawanan TANPA PENONTON. Lebih selamat dan itulah cara yang paling tepat dan berkesan untuk mengajar dan mendidik peminat yang fanatik.


Jka FAM tidak berani melakukannya, lihatlah nanti suasana yang "bakal" berlaku di Stadium Sultan Muhammad. Lebih-lebih lagi jika Kelantan tewas. Barangkali kita bakal melihat "pertunjukkan bunga api dan mercun" yang mengasyikkan!


Kita mengakui Kelantan adalah tanah subur untuk politik, sebagai contoh terbaik untuk politik Malaysia dan masyhur sebagai Universiti Politik. Tetapi tidak dalam bidang sukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...