ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, March 30, 2013

LAHAD DATU :Semakin jauh dan jauh.......


Melihat kepada isu Lahad Datu, semakin jauh dan jauh dari sebenar.

Cuba kita tanya diri sendiri atau tanya sama batu@pokok@ayam. Jangan tanya Menteri UMNo atau IGP, nanti anda dituduh pengkhianat atau musuh negara!

SATU
Setelah lebih 100 pengganas ceroboh negara, Menteri KDN bilang ini bukan pengganas,mereka Tentera Sulu. Tidak bahaya.Keselamatan terkawal. PDRM mampu kawal.Kita selesai cara diplomasi.

Kemusykilan : Mengapa bukan ATM tanggani kes ini pada awalnya ? Dan mengapa begitu mudah musuh ceroboh perairan negara ini?

DUA
Bila pengganas Sulu tembak mati anggota polis, secara automatik Menteri KDN dan segala Menteri UMNO labelkan penceroboh sebagai pengganas. Macam kes Kumpulan Mujahidin Malaysia(KMM). Mulanya digelar Mujahidin kemudian menjadi Militan. Malaysia "kaya" dengan istilah!

KETIGA
Baru sekarang kita tahu tahap keselamatan negara kita.Itu baru di Sabah. Sudahlah Sabah terpinggir oleh BN dari segi pembangunan, dari segi keselamatan juga Menteri UMNO pandang "sebelah mata". Kita melihat baru sekarang Kerajaan UMNO mahu tambah balai polis, anggota keselamatan dan peralatan baru. Sabah kena serang, baru tersedar!

KEEMPAT
Lahad Datu terjadi hampir dengan tarikh LIMA berlangsung. Wow! Ber"shopping" sakanlah Menteri Pertahanan untuk membeli senjata atas alasan kes Lahad Datu.
Tiada rasa bersalah dan bertanggungjawab apa yang berlaku di Lahad Datu. Sepatutnya letak jawatan jika ada harga diri!

KELIMA
Kes Lahad Datu jadi medan kempen UMNO mengutuk pembangkang. Kononnya hanya UMNO dan BN ada semangat patriotik. Pembangkang dianggap macam pengkhianat. Samalah seperti Perayaan Kemerdekaan.Hanya UMNO dan BN yang layak untuk rayakan!

Kes Lahad Datu bakal berlalu(seperti kata Ketua Polis Sabah,kini ada kurang 10 pengganas lagi). Berlalunya kes ini dengan meninggalkan beberapa perkara:

i) Menteri KDN dan Menteri Pertahanan berlepas diri dari kes ini. Sasaran dituju kepada pembangkang. Berlepas diri bermakna tiada rasa bertanggungjawab atas pencerobohan ini yang mengorbankan 10 anggota keselamatan. Mengapa begitu liat untuk lepas jawatan tanda tanggungjawab anda berdua.

ii) Menteri UMNO menwar-warkan betapa seriusnya Kerajaan UMNO menjaga keselamatan negara terutama Sabah. Adakah setelah berlaku pencerobohan dan kematian anggota keselamatan kita bermakna hebatnya UMNO jaga keselamatan negara?

iii) Setelah berlaku kematian keatas anggota keselamatan, barulah PMNajib war-warkan kenaikan gaji ATM dan PDRM.Tanda bersalah atau kempen PRU?

iv) UMNO cuba "spin" rakyat seolah-olah pembangkang hina,rendahkan dan lekehkan anggota PDRM dan ATM. Pada hal, UMNO yang "gunakan" PDRM dan ATM untuk kepentingan politik mereka. Lihatlah gangguan ceramah. PDRM membisu kerana ada arahan dari orang politik

Sebenarnya rakyat dan pembangkang kecewa dengan cara UMNO tanggani isu ini. Seolah-olah ada agenda tersembunyi cara UMNO tanggani isu ini. Lebih dikaitkan dengan Projek IC ciptaan Mahathir. Sebab itulah Mahathir banyak keluar kenyataan tentng Lahad Datu dan akhirnya sanggup jejak kaki di sana untuk tunjuk kononnya dia tiada apa-apa kesalahan terhadap Sabah!

Rakyat tidak pernah persoal cara askar dan polis gempur pengganas. Mereka lebih tahu dengan ilmu peperangan dan senjata.


Friday, March 29, 2013

Spesis yang tidak berani disentuh oleh sesiapapun.....






Gambar ini menceritakan segala-galanya.......
Dia pernah bergambar dengan Menteri Shafie Afdal......
Dia pernah bergambar dengan Menteri Zahid Hamidi......
Dia pernah bergambar dengan Menteri Nazri Aziz.......
Dia pernah bergambar dengan IGP Ismail Omar.......
Dan tengok gambar diatas..........
antara gambar-gambar tersebut, gambar diatas menggambarkan betapa eratnya dia dengan Menteri Polis.

Benarlah seperti yang diucapkan olen mantan SB dan Ketua Polis Kota Kinabalu.Jika ada arahan dan campurtangan dari orang politik maka polis menjadi bacul dan pengecut.

Kini dia menjadi pelarian...surat saman menimbun ,rumah sudah kosong, isteri dah diceraikan. Hidup dihantui dosa-dosa fitnah.

Tiada kawan mengaku kawan. Sudikah Menteri-Menteri diatas mengaku kawan? Tak malukah mereka berkawan dengan polis yang dibuang kerja kerana kejahatan rasuah?

Tapi barangkali Hishamudin sepupu Najib masih boleh ketawa besar bersahabat dengannya.

Wednesday, March 27, 2013

Dulu pecah belah, sekarang bunuh pula !




Buat sekiannya, macam filem P.Ramlee, Amanat Haji HHadi(AHH) diperhangat kembali. Bezanya, filem P.Ramlee ditayang berulang kali kerana mutu dan mesejnya untuk menghiburkan.

Malangnya, setelah berulang kali diperhangatkan  AHH tetap "basi". Berbuih mulut baik Tok Mufti,Ulamak Muda, Pak Menteri, Ahli Fatwa hingga kepada JKKK, AHH tetap "basi" bahkan berulat!

Barangkali kerana versinya hanyalah AHH bertujuan pecah belah. Setelah habis berfikir siang malam 25 Jam, kini AHH diversikan semula dan dijenamakan semula. Kali ini lebih ganas lagi.

Kali ini disabitkan AHH dengan bunuh pula. Sekonyong-konyong  Cikgu Non kaitkan cubaanya untuk membunuh Dr.Mahathir kerana "terpengaruh" dengan AHH. Pulak dah !

Ucapan Presiden PAS di Banggol Peradong pada tahun 1981, Cikgu Non mahu bunuh Dr.Mahathir tahun 1988.

Bahaya sangatkah ucapan ini? Sejak tahun 1981 hingga kini 2013, berapa orangkah samada ahli UMNO dan BN yang terbunuh "angkara" AHH ?

Adakah pengganas di Sulu juga terpengaruh oleh AHH ?

Barangkali Bukit Aman akan "terjun" bukit tanpa turun lif untuk siasat dan buka semula kes ini.

Sunday, March 24, 2013

Akhirnya Mahathir rebah dan tumbang di kaki wanita.....


Mantan Perdana Menteri Mahathir terkenal dengan sikap diktaktornya selama 22 tahun memegang tampuk pemerintahan Malaysia.

Semua institusi "rebah dan tumbang" di kakinya. Samada Badan Kehakiman, Raja-Raja Melayu dan segala yang ada di negara ini. Hebatnya Mahathir.

Tragedi Memali berlaku di era pemerintahannya. Kerana ego,sombong dan angkuh, hingga kini tiada sepatahpun ucapan maaf dari mulutnya atas tragedi tersebut.

Setelah bersara dari PM, perangai ego,sombong dan angkuh tetap menjalar pada dirinya. Mengkritik Pak Lah hingga sanggup keluar UMNO buat seketika.

Dalam keangkuhan dan kesombongan beliau ada dua peristiwa yang memalukan beliau yang tentunya membara dendam dalam kalbunya iaitu :

i) Dipecat oleh Tunku Abdul Rahman dari UMNO.Merempat dan mengemis sekejap Mahathir atas pentas PAS.

ii) Dinafikan untuk mewakili UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO zaman Pak Lah jadi PM.

Walaupun begitu,perangai dan wajah "hodoh" Mahathir tetap menjelma di alam politik kini. Tugasnya sekarang untuk menaikkan anaknya Mukhriz ke persada politik negara. Matlamatnya agar Mukhriz dapat menduduki Seri Perdana sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Bagaimanapun, masa sudah tidak cukup buat beliau. Apa sekalipun, mesti anaknya jadi PM sebelum beliau mati.

Berbeza dengan Pak Lah. Menantunya Khairy yang menetapkan umur 35 tahun mahu ditabalkan menjadi PM Malaysia yang termuda.Malang bagi Khairy, dia sekadar mengemis ehsan PMNajib dan Rosmah. Khairy tiada seni dan bakat membodek!

Dalam keangkuhan ,kesombongan dan keegoaan Mahathir, akhirnya beliau "menyerah diri" kepada Rosmah. Pelik bukan ? Beliau dengan "rebah" di kaki Rosmah akhirnya. Membodohkan diri dengan pengisytiharaan agar buku biografi Rosmah digunakan(macam buku teks?) untuk sekolah-sekolah Malaysia.

Inilah martabat terendah Mahathir!. Inilah "pembodekkan teragung" dari seorang mantan PM yang pernah kuasai politik Malaysia selama 22 tahun.

Mahathir gagah untuk kalahkan dan lagakan musuh politiknya. Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar semuanya tumbang akibat licik politik Mahathir.

Tetapi Mahathir akhirnya tumbang juga. Bukan di tangan lelaki. Tetapi di kaki seorang wanita.
Hinanya Mahathir dan hebatnya Rosmah.

Friday, March 22, 2013

IGP, kami simpati dengan anda !



"Saya sudah diam lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Kita menghadapi keadaan di mana orang saya mati (di Lahad Datu).

"Sekarang mereka di barisan depan menggadai nyawa. Kamu ingat ini main-main? Katanya, membuatkan wartawan terdiam seketika.


Marah betul IGP Ismail tentang soalan wartawan tentang dakwaan mantan KM Sabah Haris Salleh tentang perbuatan polis terhadap orang Sulu di Sabah..

Baru IGP tahu tentang permainan ahli politik UMNO dan sekutunya. Untuk pengetahuan IGP, biasanya pihak polis dan tentera akan menjadi mangsa politik permainan ahli-ahli politik.

Lihatlah di Amerika. Ramai menjadi janda ,ibu kehilangan anak dan anak menjadi yatim akibat arahan orang poltik mengerah Tentera Amerika menuju Vietnam,Iraq, Afghanistan  dan Somalia.

Hari ini di negara kita, sudah ramai bekas pegawai tertinggi baik PDRM dan ATM mulai sedar dan insaf tentang permainan jahat politik UMNO.

IGP kena insaf dan pulihkan imej polis. Cuba lihat dakwaan terbaru oleh bekas Ketua Polis Kota Kinabalu terhadap sikap polis yang mengikut telunjuk UMNO dan "bacul" dengan UMNO.

Tuan IGP, yang bongkar ini bukan JKKK atau ketua cawangan UMNO atau guru KEMAS ! Tetapi bekas pegawai tertinggi tuan!

Adakah tuan masih "buta" dengan sikap polis terhadap serangan ahli UMNO keatas pejabat Keadilan, bas, trealer, ceramah Pakatan Rakyat?

Mengapa hingga kini Presiden Perkasa Ibrahim Ali tidak ditangkap, disoal siasat atas ancamannya, ugutannya dan ceramahnya yang berbaur hasutan?

Adakah tuan baru bertindak jika anggota tuan di lontar batu,botol oleh samseng UMNO ?

Dan tidak mustahil jika anggota tuan yang terbunuh itu ditembak oleh pengganas yang memiliki IC Malaysia seperti ketua mereka.

Angkara siapa?




LAHAD DATU : Hampir kepada CHECKMATE !



Senario Lahad Datu semakin menarik dan "panas". Anggota PDRM dan ATM tetap perwira negara.

Aksi 1 :  Seorang saspek menyebut nama "seseorang" yang mengupahnya menyerang Sabah.

Aksi 2 : IGP Ismail berang sambil tepuk meja bila wartawan tanya tentang dakwaan mantan KM Sabah Haris Salleh mengenai polis yang rampas dan musnahkan dokumen pengenalan diri orang Sulu di Sabah.

Perhatikan :
1) Polis ambil tindakan awal tentang pencerobohan Lahad Datu.
2) Apabila peristiwa Lahad Datu terjadi, Dr.Mahathir paling banyak bercakap dan sanggup ke sana.
3) Ketua pengganas didakwa pernah menjadi ADO dan warganegara.

TEORI :
Umno begitu takut dan gerun apabila pengganas Sulu menceroboh ke atas Sabah. Takutnya kerana ramai pengundi hantu dari Filipina didaftar dan diberi IC untuk mengundi.

Maka UMNO arahkan PDRM untuk menangani kes ini kerana PDRM dibawa Menteri UMNO. Jika tentera menangani pada awalnya sudah tentu terbongkar segala kes ini .Ini kerana ATM dibawah Yang Dipertuan Agong.

Setelah berlaku anggota keselamatan dibunuh, UMNO panik. Rakyat semakin cerdik dan menyoal cara kerajaan UMNO menangani kes ini. Rakyat pelik,mengapa PDRM yang diambil untuk lawan pencerobohan luar negara bukan ATM ?

Dr Mahathir semakin panas dan takut.Sanggup jejak bumi Sabah untuk "cover" dia punya angkara zamannya.

Semakin ramai bekas pegawai ATM dan PDRM menyoal cara kerajaan UMNO tangani kes ini. Terbaru, mantan KP Kota Kinabali yang menyoal cara PDRM yang bersikap terlalu ikut telunjuk UMNO.

Kita tunggu 2 langkah lagi...siapa dahulu mahu "checkmate"?
Pertama : Samada oleh UMNO melalui suspek yang menyebut nama individu yang mengupahnya....sudah tentu disebut nama Anwar lagi!

Kedua : Ketua Sulu yang berada di Filipina. Beliau akan menyebut nama Najib dan pimpinan atasan UMNO yang janjikan tanah dan memberi IC.


Wednesday, March 20, 2013

Mengapa Mahathir ke Lahad Datu?



Mari kita lihat permainan "gabra" Mahathir.:

 Gabra 1
Mahathir mengakui memberi IC kepada pendudyuk Sulu. Tetapi mendakwa ikut undang-undang.

Gabra 2
Mahathir suruh hapuskan Penceroboh Sulu.

Gabra 3
Mahathirr suruh lenyapkan Perkampungan Air.

Gabra 4
Mahathir berangkat ke Lahad Datu. Media barua menyiarkan Mahathir bersama angota keselamatan untuk menunjukkan Mahathir begitu bersifat patriotik.

Mengapa Mahathir beria-ia bercakap tentang Lahad Datu hinggakan sedaya upaya menjejak kaki ke sana?

i) Untuk menebus dosa kejahatannya memberi IC kepada penduduk Sulu Filipina.
ii) Untuk menebus dosa kejahatan membuat huru hara di Sabah ketika kekalahan Parti Berjaya ditangan PBS.

Biasanya jika dosa banyak, orang yang di ambang sore usianya menuju ke Mekah untuk berjinak-jinak dengan Pencipta.

Malangnya Mahathir di usia ambang sore menuju ke Lahad Datu untuk menebus pengkhianatannya terhadap Rakyat Sabah dan bumi Sabah.

Sepatutnya di ambang sore, kita mahu orang tidak meluat dengan kita.Tetapi tidak begitu untuk Mahathir.

LAHAD DATU : Puzzle hampir siap !



"Patriotisme adalah talian hayat sesebuah kerajaan yang sedang nazak"

Itulah kata pujangga dahulu yang dijenamakan semula oleh Tok Pepijat.

Nampaknya permainan "puzzle" hampir siap.

a) Gambar Anwar bersama Ketua MNLF untuk memadamkan gambar PMNajib bersama Kerabat Kesultanan Sulu.

b) Ucapan Tian Chua telah di"spin"kan untuk meniupkan semangat rasis.

c) Ucapan mantan Timbalan Panglima Tentera Darat di spin kan untuk menimbulkan kemarahan anggota ATM terhadap Datuk Ghafir.  Pendedahan Datuk Ghafir tentang bagaimana perisikan Tentera digunakan untuk politik UMNO amat merisaukan UMNO.Juga ugutan untuk mendakwa beliau oleh UMNO atas alasan kononnya mengancam keselamatan negara.

Selepas puzzle siap, kita beralih kepada permainan chess pula. Siapa yang checkmate dulu, dia akan menang !



Sunday, March 17, 2013

LAHAD DATU : Sampai bila....?



Titik 1 :
Kes IC Sabah dibicarakan.Ramai nama besar UMNO seperti Mahathir disebut-sebut terlibat.

Titik 2 :
Pencerobohan 100 orang Tentera Sulu ke atas Lahad Datu.

Titik 3:
Menteri Pertahanan dan Menteri Polis jamin tiada pertumpahan darah.Selesai secara diplomasi. Keadaan terkawal. Polis ambil peranan. Tiada peranan besar dari ATM.

Titik 4:
Ketua Tentera Sulu mahu jumpa seorang PERSONALITI yang janjikan tanah . Hingga kini jadi rahsia siapa personaliti itu.


Titik 6 :
Dua komando polis ditembak mati di Kampung Air.

Titik7:
Istilah Tentera Sulu di tukar kepada pengganas

Titik 8 :
Operasi menyerang dilancarkan oleh jet pejuang.

Titik 9 :
Anggota Keselamatan yang terkorban meningkat kepada sembilan orang.

Titik 10:
Mahathir mahu Kampung Air dihapuskan.

Titik 10:
Menteri ATM dan Polis ber jaminan lagi. Tiada  pembolosan lari oleh pengganas Sulu.

Titik 11 :
Tentera Filipina tawan 35 pengganas Sulu yang lari ke Filipina.

Titik 12 :
Panglima ATM dan Ketua Polis Sabah mengakui Ketua Pengganas Sulu Kiram telah bolos ke Filipina.

Titik 13 :
Rakyat mula persoal keupayaan menghadapi ancaman luar.

Titik 14:
Menteri UMNO mula mengalih isu kepada isu pengkhianatan negara dan penghinaan anggota keselamatan. Isu personaliti , IC dan janji tanah digelapkan. "Muncung senapang" mula dihala kearah Anwar dan Tian Chua.

Titik 15 :
Nama Anwar dan Tian Chua mula dikaitkan. Anwar dikaitkan dengan gambar bersama Misuari. Dan Tian Chua dikaitkan dengan penghinaan terhadap anggota keselamatan.

Titik 16:
Bekas Panglima ATM yang sertai pembangkang mula dintai-intai "kesalahan" untuk disabitkan dan didakwa atas alasan "membocorkan" rahsia pertahanan.

Titik 17 :
PMNajib menaikkan gaji Polis dan ATM.

Titik 18 :
Setiap hari PMNajib dan media UMNO memburukkan pembangkang kerana kononnya tiada semangat patriotik. Apa motifnya?

Persoalan :
1) Bilakah kes Lahad Datu selesai sepenuhnya?
2) Apakah jaminan keselamatan di Sabah terutama lokasi di pantai berhadapan Filipina ?
3) Tentunya kita bertambah "musuh" terutama balas dendam anggota pengganas yang terbunuh. Misi Damai dan Korban  di Mindanao kena fikirkan.
4) Mengapa rakyat yang mempersoalkan keupayaan keselamatan dianggap pengkhianat?
5) Berapa % keuntungan politik UMNO dalam menangani isu Lahad Datu ?
6) Apakah "kambing hitam" belum dapat dicari?





Thursday, March 14, 2013

Tanda Putera untuk penganut Rasis.



Pelik cara pemikiran pimpinan atasan  UMNO tentang filem "Tanda Putera". Kabinet kata haram. PMNajib kata boleh untuk warga Felda dan UIA. Mahathir kata tayang pada umum. TPMMuhyiddin kata tayang secara tertutup.

Inilah bukti pemikiran orang yang mentadbir Malaysia dalam keadaan celaru dan pening.

Barangkali mereka celaru kerana banyak berfikir. Mahathir bercelaru kerana terlalu takut dan banyak fikir lokasi penginapan selepas PRU 13.

Muhyiddin celaru kerana banyak fikir tentang jawatan PM. Manakala PMNajib banyak berfikir tentang C4, Mongolia, Lahad Datu, beg dan cincin Rosmah.

Senang sahaja untuk kategorikan filem "Tanda Putera". Letakkan sahaja dalam kategori perkauman, sesuai untuk penganut Rasis dan sesuai untuk UMNO dan PERKASA.

Tak perlu pening-pening.

Juga aneh, mengapa sampai kini MCA dan GERAKAN diam sahaja tentang filem ini. Setuju? Atau takut UMNO ?


Mari Kita Bersatu



Seringkali kita bersuara tentang patriotik apabila menghadapi ancaman luar . Kita juga bercakap patriotik apabila tiba tarikh 31 Ogos setiap tahun.

Sukarno menganyang Malaysia untuk menimbulkan semangat patriotik rakyat Indonesia. Itu antara contoh bagaimana pemerintah sesebuah negara guna kempen patriotik untuk mengalih masalah dalaman negara atau ketika hayat pemerintah di paras nyawa-nyawa ikan.

Ada kalanya sesuatu isu dicipta oleh pemerintah. Ada juga sesuatu isu bukan ciptaan pemerintah tetapi ia datang tanpa disangka-sangka seterusnya dimanupulasikan dan di"solek" secantik-cantiknya untuk menawan hati rakyat.

Mari kita merujuk kembali isu kemerdekaan negara kita. Setiap tahun, kita dapati pemerintah yang diterajui oleh UMNO sering menggunakan perayaan kemerdekaan untuk mempromosikan UMNO. Seolah-olah yang berhak merayakan kemerdekaan hanyalah penyokong UMNO dan BN.

Media digunakan sebaik-baiknya untuk kempen kepartian tersebut. Hasilnya semangat patriotik di kalangan rakyat tidak meninggi berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Rakyat merasakan jika mengibarkan Jalur Gemilang umpama mengibarkan bendera UMNO. Pak Menteri UMNO sering mengeluh dengan tidak lakunya Jalur Gemilang walaupun diberi percuma.

Di mana silapnya?

Kini isu Lahad Datu. Isu ini sepatutnya meninggikan semangat patriotik rakyat. Tiada tuduh menuduh antara parti politik. Yang terjadi, sebaliknya.

Pak Menteri menonjolkan seolah-olah hanya UMNO dan BN yang pandai menjaga keselamatan Sabah. Pak Menteri UMNO begitu teruja untuk sampaikan derma,sumbangan kepada keluarga wira negara dan tidak sabar-sabar menaikkan pangkat pahlawan yang terkorban.

Sepatutnya semasa keluarga dalam kesedihan, soal kenaikkan pangkat patut dielakkan untuk diumumkan. Tunggu masa yang sesuai.Seolah-olah pemerintah mahu ramai lagi terkorban untuk kempen politik ?

Ketiadaan nama MB Kelantan dalam siaran berita RTM semasa menunggu jenazah  amat  mengecewakan rakyat Kelantan. Ini meningkatkan lagi keraguan rakyat, apa motif ini semua ?

Adakah UMNO mahu memanopoli semua perkara tentang patriotik?

Isu Lahad Datu suatu isu nasional. Jangan gunakan untuk kempen PRU 13. Jika tidak semangat rakyat tentang patriotik jadi seperti Perayaan Menyambut Kemerdekaan.

Sepatutnya jika PMNajib ikhlas dan tiada berahsia, tentunya beliau mengajak pimpinan Pakatan Rakyat bersama-sama menangani isu ini. Bukannya mengeruhkan suasana dengan tuduh menuduh, berdemo dan tangkap menangkap.

Itu bukan jiwa seorang negarawan dan pemimpin rakyat Malaysia.

Percayalah, rakyat kita mempunyai dua sisi pandangan terhadap Lahad Datu.

Pertama, mereka bersama anggota keselamatan untuk memerangi pengganas Sulu.  Rakyat dan Anggota Keselamatan berpisah tiada.Sehati sejiwa memerangi penceroboh.

Kedua, mereka tertanya-tanya mengapa penceroboh Sulu datang ke Sabah dan mengapa PMNajib hanya gunakan PDRM pada awalnya untuk memerangi penceroboh Sulu bukannya ATM.

Kita tidak boleh salahkan bagaimana rakyat berfikir begitu. Ini kerana sikap dan aksi pemerintah yang menyebabkan rakyat berpersepsi demikian.

Soalan bocor dari Muhyiddin





Sekonyong-konyong anak emas Mahathir,TPMMuhyiddin mengeluarkan kenyataan tentang maklumat dokumen mengenai "rancangan" Pakatan Rakyat membuat huru-hara dalam PRU 13 ini.

Ini satu "nyanyian dan wirid" yang bersambung-sambung dan bertali arus . Dimulakan oleh Mahathir dan di"amin"kan oleh Muhyiddin.

Dari mana Muhyiddin dapat maklumat itu?

 Barangkali antara sebab berlaku pencerobohan oleh "ahli UMNO" Sulu ke atas Sabah kerana agen perisikan negara samada PDRM dan ATM terlalu sibuk cari maklumat dan pantau pergerakan pimpinan Pakatan Rakyat hingga terlupa perairan negara di Sabah.

Adakah agen risikan kita bekerja untuk UMNO atau untuk rakyat? Siapa bayar gaji mereka?

Lahad Datu bukan sandiwara. Tetapi kambing hitam angkara UMNO.

Sepatutnya warga anggota keselamatan celik seterang-terangnya tentang angkara UMNO.

Lihat, kes kapalselam. Kecurian enjin jet. Pembelian alatan pertahanan dengan harga tinggi dan tiada kualiti. Semuanya babitkan Menteri UMNO.

Wednesday, March 13, 2013

Memali dan Lahad Datu


Memali terjadi angkara usul UMNO Baling dalam Perhimpunan Agong UMNO. Yang jadi mangsa angkara jahat UMNO ini ialah orang kampung dan anggota polis yang diberi maklumat yang salah tentang Memali. Dikatakan orang kampung sebagai pengganas komunis.

Penyokong PAS dan anggota PDRM saling bermusuhan akibat tragedi Memali.Dan UMNO cuci tangan berlepas diri ! Biasalah perangai Iblis.

Lahad Datu terjadi akibat keselamatan longgar,perisikan gagal, janji IC(?), janji tanah(?). Anggota keselamatan jadi mangsa. UMNO  berlepas diri dan meraih sokongan kononnya Anwar terlibat dan Tian Chua menuduh "sandiwara".



Memali dulu, penyokong PAS jadi mangsa kini PKR pula jadi mangsa.

Percayalah, isu Lahad Datu bakal menghimpunkan pimpinan PKR untuk dihumban dalam sangkar besi seperti mana isu Konfrantasi dengan Indonesia yang menjadi mangsa adalah pimpinan PAS seperti Dr Burhanuddin Al Helmy.



Dulu Mat Sabu,kini Tian Chua


Semasa isu Mat Indra diperkatakan oleh Mat Sabu, ramailah juak-juak UMNO berduyung-duyung "melawat" Balai Polis buat laporan polis.

Siang malam media barua UMNO baik Utusan dan TV3 mengapi-ngapikan permusuhan antara Polis dan PAS terutama Mat Sabu.

Hari ini, giliran Tian Chua pula jadi mangsa media barua UMNO. Cumanya ianya menjurus kepada perkauman kerana Tian Chua berbangsa Cina.

Fikir punya fikir, inilah perancangan UMNO untuk lagakan ATM dan PDRM dengan Pakatan Rakyat. UMNO bimbang dengan kemasukan bekas pegawai atasan Bukit Aman dan Mindef masuk PAS dan PKR.

Caranya agar anggota keselamatan tidak menyokong PR dengan mengadakan isu ini siang dan malam agar rakyat terpengaruh.

Yang pasti, UMNO mahu isu komisen kapalselam, IC kepada Sulu, janji tanah oleh UMNO akan tenggelam dengan isu ciptaan UMNO jerhadap Tian Chua.

Wednesday, March 6, 2013

Akibat janji yang tidak ditepati dari orang yang sama?



Tahun 2006
Seorang gadis Mongolia datang Malaysia untuk tuntut janji. Janji komisen jualan kapalselam. Dia dibunuh kejam dengan C4 yang hanya ada di stor Kementerian Pertahanan.
Dua komando polis menjadi mangsa kerana disabit membunuh.

Tahun 2013
Segerombolan orang Sulu datang ke Malaysia(Sabah) untuk tuntut janji. Janji tanah pusaka.
Mereka diserang dan dikepung.
Sembilan polis menjadi mangsa angkara janji tidak ditepati.

Lahad Datu : Adakah sebuah drama tidak ikut skrip ?



Dengan lapan anggota polis sudah terkorban dan berpuluh-puluh tentera Kesultanan Sulu yang dipercayai terbunuh, adakah ianya satu "drama yang tidak ikut skrip" ?

Masih ada 1001 persoalan. Antaranya mengapa PMNajib hanya arahkan PDRM sahaja mengendalikan krisis pencerobohan tentera asing ?

Mana ada di dunia ini jika ada pencerobohan tentera asing, pihak pemerintahan serah bulat-bulat pada polis.

Barangkali pemerintahan UMNO "cerdik sedikit" kerana tidak serah bulat-bulat kepada RELA atau JKKK !

Setelah tujuh anggota PDRM terbunuh, barulah sekonyong-konyong PMNajib arahkan kekuatan ATM menggempurkan tentera asing.

Adakah PMNajib tidak gunakan kekuatan ATM kerana takutkan ramai "ahli-ahli UMNO " bakal terbunuh ? Ramai penduduk Filipina terutama Sulu mendapat IC segera semasa pemerintahan Mahathir.

Suatu yang pelik, mengapa Mahathir beria-ia menyeru agar PMNajib gunakan kekerasan terhadap penceroboh itu sedang Mahathirlah "Bapa IC Haram" ? Adakah Mahathir takut perangai jahatnya terbongkar ?

PMNajib mahu selesaikan krisis ini dengan aman agar tiada "ahli UMNO" terbunuh manakala Mahathir mahukan kekerasan agar rahsianya bagi IC tidak terbongkar.

Tunggulah sehari dua ini, akan ada "director" yang bakal "membetulkan balik skrip ini ke landasan yang sebenar.

Siapa "director" itu ? Yang pasti Hishamuddin Rais kenal "director" itu !










Saturday, March 2, 2013

Nyawa polis kita bukan murahan.


Tanpa dijangka, krisis Lahad Datu semakin memburuk. Setakat ini tujuh anggota polis kita telah terbunuh.

Awalnya, kita diberi optimis oleh  PMNajib, Menteri KDN dan IGP Ismail Omar bahawa krisis ini akan ditangani dengan baik tanpa pertumpahan darah.

Setelah dipersoalkan tahap keselamatan perairan negara bagaimana berlaku pencerobohan, kini persoalan setelah kehilangan dua nyawal pada awalnya, mengapa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mengambil alih sepenuhnya krisis ini?

Sepatutnya setelah kita kehilangan dua nyawa polis, pasukan PDRM hendaklah diundurkan untuk laluan ATM sepenuhnya. Mengapa kita masih "berdegil dan berkeras" untuk pertaruhkan nyawa anggota polis kita.

Adakah kita menganggap penceroboh itu sekadar berparang dan berkeris telanjang? Jika rekod PDRM menangani isu banduan yang terlepas di Pulau Pinang (masih ada dua lagi yang bebas), seharusnya krisis LD dari awal lagi dikerah sepenuhnya satu Batalion ATM menghadapi Tentera Sulu.

Kita seolah-olah memandang ringan isu ini. Barangkali kita asyik sibuk buat Jelajah Kempen PRU ! Nyawa anggota keselamatan dipertaruhkan.

Kita masih kebingungan untuk menentukan tindak aksi kita menghadapi pencerobohan luar. Kita masih tidak dapat bezakan antara pencerobohan PATI dengan pencerobohan tentera luar.
Kita masih ragu-ragu menentukan tugas sebenar PDRM dengan ATM.
KIta masih "buta sejarah" untuk mengetahui perangai kaum -kaum yang mendiami Kepuluan Sulu dan Mindanao. Jika sesama merekapun saling berperang apatah lagi dengan negara luar.

Kita hanya serius jika kecurian berlaku di Istana-Istana Menteri !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...