ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Saturday, July 30, 2011
MESTI TONTON :Akhirnya...tamat juga sebuah Filem Hebat!
Setelah 6 orang ahli Partai Sosialis Malaysia(PSM) dibebaskan semalam, tamatlah episod "filem"BERSIH 2.0" arahan UMNO dan Kementerian Dalam Negeri(KDN).
Ahli PSM yang ditahan sejak 2hb Julai yang lalu(seminggu sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0) mengikut Ordinan Darurat (EO) juga di sabit di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong. Namun selepas dibebaskan, mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana dikatakan terlibat dengan pihak luar dan telah diresapi anasir subversif.
Bebasnya mereka bererti segala tohmahan terhadap BERSIH adalah karut dan ciptaan UMNO dengan bantuan polis.
Menjelang BERSIH 2.0 pada 9hb Julai, pelbagai andaian dan provokasi ciptaan UMNO dan polis.
Antaranya dikatakan BERSIH di danakan oleh NGO Kristian luar negara. Seterusnya BERSIH di resapi fahaman komunis dengan dikaitkan Partai Sosialis Malaysia.
Digawatkan lagi penemuan berbotol-botol bom petrol dan parang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor oleh polis.
Akhirnya episod "filem BERSIH 2.0" arahan UMNO/Polis ditamatkan dengan penahanan seorang lelaki Kemboja membawa bahan letupan yang dikaitkan untuk di bawa ke perhimpunan BERSIH..
Semua babak itu dibuat oleh UMNO/polis menjelang 9hb.
Selepas 9hb Julai, tiada satu pun "babak-babak" itu betul dan "real" terjadi. Semua lakonan belaka.
Hasilnya, pada 9hb lalu tiada sebijipun batu dilontar oleh rakyat, tiada satupun pasu yang dipecahkan , tiada seorangpun anggota polis berdarah kepala dan tiada satupun kereta polis terbalik dan dibakar rakyat.
Yang pasti berlaku, seorang rakyat terbunuh gara-gara aksi polis, pipi pembantu Anwar ditembak, kaki Mat Sabu patah dan ribuan rakyat digari, ditangkap, disepak, dimaki hamun, ditumbuk, ditembak gas dan pancutan air.
Amat berbeza dengan propaganda UMNO, RTM, Tv3 dan polis yang "meracuni" fikiran rakyat kononnya BERSIH 2.0 bakal "membakar" Kuala Lumpur pada 9hb lalu.
Rakyat ingin tahu....dimana polis simpan botol-botol bom petrol dan parang yang "dijumpai" dulu?
Pesan rakyat...jangan dibuang benda itu. Membazir! Bukankah ianya boleh digunakan lagi dalam "filem-filem" mendatang?
Wednesday, July 27, 2011
Sekarang bukan zaman mesin taip......
Setelah 2 minggu BERSIH 2.0 berlaku. Setelah berpuluh-puluh sedutan video dalam You Tube tersiar ke seluruh dunia, barulah polis dengan kerjasama media barua UMNO menayangkan filem BERSIH versi UMNO.
Mengapa begitu lembab polis bertindak? Itupun setelah menerima sumpah seranah rakyat akibat terlaku mengikut telunjuk UMNO.
Malangnya, filem BERSIH 2.0 versi UMNO diketawakan rakyat. Lebih-lebih lagi melihat lagak begitu bersungguh pegawai atasan Bukit Aman menjadi "penglipur lara" kepada 300 media untuk ceritakan kembali kisah 9hb. Julai.
Ini zaman IT dan teknologi. Nampaknya PDRM masih ketinggalan zaman akibat terlalu jadi "hamba UMNO".
Jika Peristiwa Memali 1985 , bolehlah polis dan media barua UMNO seperti Utusan dan RTM "menggoreng-goreng" rakyat. Dulu mana ada internet dan You Tube. Rakyat termakan tipu muslihat UMNO.
Barangkali PDRM masih merasakan hari ini adalah seperti hari-hari tahun 70 an dan 80 an. Iaitu pemikiran rakyat boleh dikawal dan di"basuh".
Inilah hakikatnya apabila melihat klip video arahan polis dan UMNO. Gaya penyiaran, edit dan persembahan jauh ketinggalan dari apa yang tersiar dalam You Tube.
Begitu juga fakta yang diberikan oleh polis tentang perlanggaran keatas Mat Sabu. Kesilapan fakta amat memalukan polis. Iaitu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Pegawai Bukit Aman cuba mengalih isu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Beliau menyatakan bukan Pajero yang melanggar Mat Sabu. Sedangkan dalam laporan Mat Sabu pada hari kejadian, kereta Wira polis yang melanggarnya.
Adakah Pengarah Keselamatan Bukit Aman belajar dari mantan IGP Musa yang mengubah-ubah tarikh dalam kes Anwar 1998? Biasalah...anak ikut bapa kencing berdiri!
Teringat ketika Malaysia sibuk-sibuk dengan zaman sibernya....masih ada lagi Balai Polis pakai mesin taip bukan komputer!
Tuesday, July 19, 2011
BERSIH 2.0 : Siapa boleh ajar PMNajib main puzzle?
Satu persatu kerajaan cuba "padan"kan BERSIH dengan pelbagai "wajah". Mula-mula dikaitkan dengan "dana luar".
Kemudian BERSIH dikaitkan dengan gerakan Kristian. Tak juga menjadi. UMNO arahkan lagi PDRM rekacipta yang lain. Jumpa ahli PSM di tol Perak. Tangkap dan katakan BERSI adalah Komunis. Siap jumpa gambar Chin Peng dan arwah Rashid Maidin.
Utusan menyalak , " BERSIH adalah komunis". Rakyat jeris balas, " Komunis sudah jadi mendiang. Disimpan di Muzium Mongolia!
Polis semakin panik "cantuman kepingan puzzle" tidak menjadi. UMNO semakin murka kepada PDRM.
Teringat kepada Al Maunah dan Memali, akhirnya "terjumpainya bom petrol dan parang dalam pasu". BERSIH siap sedia buat huru hara kata PDRM.
Wow! botol petrol dan parang masih baru. "Pengganas mana mahu letak dalam pasu? Rakyat tanya balik, " Pengganas atau PDRM yang letak? Padanan puzzle salah lagi !
UMNO arahkan PDRM buat lagi rekacipta baru. PDRM mati akal.
Akhirnya panggil mantan IGPMusa buat ucapan di TV pagi 9hb Julai.
Rakyat jawab dan jelir kepada Musa, " Siapa kamu hey Musa ? Nampak gaya macam MOSSAD atau SAVAK je !"
" Piraah Musa...elok jadi penternak kambing macam Norain Mai !". Musa masih teringin menjadi "budak hamba UMNO ".
Lepas 9hb. UMNO dan PDRM kepenatan yang amat sangat.
Sebagai langkah penamat, dipanggilnya "Penumbuk Mata" Si Rahim Nor untuk membebel buat sekian halnya.
Rahim bercakap tentang Gerakan Zionis gunakan Hak Asasi Manusia.
Pulak daah! Apabila Rahim Nor bercakap bab ini, rakyat kata, " Macam Tentera Amerika di Guatanamo bercakap tentang hak asasi manusia atau Ariel Sharon di Sabra dan Shatila bercakap tentang hak asasi manusa."
Musa dan Rahim umpama ayam pencen. Hendak buat "gulai pun tidak boleh keranakeras dagingnya".
Nampaknya kerajaan PMNajib belum pandai-pandai lagi bermain puzzle. Elok buat Akademik Puzzle. Kerahkan polis hantar pakar-pakarnya untuk bermain!
INFO:
Tuduhan terhadap BERSIH :
1) Agen asing.
2) Kristian.
3) Komunis.
4) Pengganas.
5) Zionis.
Friday, July 15, 2011
BERSIH 2.0 : Tembak kuning...mengadap kuning !
Selepas titahkan sembur dan tembak kepada BERSIH 2.0 menerusi "hambanya" IGP Ismail, PMNajib , Rosmah dan Menteri Polis sepupunya Hishamudin terbang ke London.
Barangkali untuk tenangkan fikiran dan lari dari warna kuning.
Malang sungguh kepada anak Tun Razak yang berbisnes dengan Razak Baginda, hajat dihati mahu lari dari kuning. Akhirnya masuk mengadap Queen yang berpakaian kuning.
Merah sungguh bibir PMNajib. Merahnya bukan kerana make-up tetapi malu yang amat sangat.
Hey anak Tun Razak ! Itu sindiran untukmu dari Queen. Bukan saja-saja Queen pakai usana kuning semasa jumpamu!
Queen biasanya memakai baju putih ketika menerima tetamu luar negara. Tetapi tidak untuk PMNajib.
Malulah PMNajib...selepas sepak terajang, tumbuk, gari, tembak, sembur baju kuning.... pergi mengadap baju kuning!
Thursday, July 14, 2011
Pasca BERSIH 2.0 : Bagai Iblis tinggalkan Teman.
Dalam Ghazwah Badar, ketika kemuncak peperangan maka Allah Taala mengutuskan 1000 para Malaikat untuk menolong Tentera Islam.
Dikala itu Iblis yang turut serta mengambil bahagian di pihak Musyrikin Quraisy dalam bentuk penyamaran seperti Suraqah bin Malek ternampak kedatangan Tentera Malaikat. Maka dengan pantas Iblis memecut lari dari medan perang menuju laut dan terjun kedalamnya.
Iblis yakin dengan kedatangan Tentera Malaikat itu tandanya pihak Islam bakal mengecapi kemenangan dan mereka di pihak yang benar.
Sesudah BERSIH 2.0, PAS dilaporkan membawa 900 laporan salahlaku polis semasa BERSIH 2.0 pada 9hb yang lalu. SUHAKAM juga menerima puluhan aduan mengenail hal yang sama.
Selepas ini, yang bakal naik turun tangga mahkamah adalah pihak polis. Terutama yang berpangkat rendah. Mereka akan disabitkan dengan pelbagai dakwaan salahlaku.
Menteri Polis sepupu PMNajib Hishamudin, IGP Ismail , Timbalan Khalid dan pihak atasan Bukit Aman semuanya boleh "cuci tangan". Yang tanggung nanti polis berpangkat rendah yang gajinya sesen dua !
Alaa... macam kisah iblis tadi. Berlepas tangan melihat kedatangan Tentera Malaikat.
Hishamudin dan pimpinan Bukit Aman berlepas tangan melihat longgokan saman dari rakyat dan SUHAKAM. Biar anggota pangkat rendah "tadah telinga" dengar bebelan hakim nanti.
Ikut contoh PMNajib, lepas puas "mengganasi" rakyat melalui tangan polis pada 9hb lalu, beliau bersama Rosmah makan angin menuju London.
UMNO tahu segala aksi mereka salah dan jahat. Jadi untuk elak rakyat memarahi mereka, mereka gunakan polis. Polis jadi hamba kepada mereka atas satu slogan,
" Kami ikut arahan". Inilah wirid utama anggota polis berpangkat rendah.
Alaa macam Iblis lah. Iblis tahu dia sesat, angkuh , sombong, kufur. Iblis tahu dia akan masuk neraka. Jadi kerjanya sesatkan umat manusia.
UMNO tahu perjuangannya sekular, sesat, langgar hak asasi, zalim, penyamun, perompak, pembuli, lanun, penyangak duit rakyat dan segala yang sewaktu dengannya.
Oleh itu, UMNO gunakan polis untuk halang kemarahan dan kebangkitan rakyat.
Lepas 9hb, UMNO cuci tangan. Serah polis untuk naik turun tangga dan menjawab di mahkamah.
Dikala Iblis nampak Malaikat di Ghazwah Badar, terus pecut lari masuk laut. Biar Musyrikin tanggung kekalahan.
Dikala UMNO nampak dunia marah dalam BERSIH 2.0, terus UMNO cabut lari ke London. Biar Polis "terkoteng-koteng" naik turun mahkamah.
Ruginya ikut arahan setia kepada Iblis dan UMNO!
Wednesday, July 13, 2011
Tahniah ...polis beriman !
Sudah 6 hari berlalu BERSIH 2.0. Masing-masing ada cerita tersendiri. Pengalaman manis, lucu,pahit dan marah campur geram.
Barangkali di pihak FRU dan SB sedang bergelak ketawa menceritakan pengalaman mereka.
Tentu seronok. Pastinya seronok kerana"pengganas" yang dihadapi tiada senjata. Kerana "pengganas" yang menggangotai "pertubuhan haram BERSIH" sudah taat setia dan ikut perintah pemimpin, tok guru supaya jangan membawa senjata.
Sekadar air mineral, garam dan baju kuning. Itu sahaja senjata "pengganas" yang bakal dihadapi oleh mereka.
"Pengganas" diajar tok guru jika disembur air dan ditembak gas, jerit kuat-kuat, "Allahuakbar dan BERSIH !".
Pastinya Si FRU begitu bangga bercerita kepada rakan-rakan satu berek bagaimana gas pemedih mata kena sasaran mereka termasuk wanita, orang tua bahkan hospital. Lantaklah...padan muka!
Begitu juga anggota "bomba" FRU begitu seronok dapat menyembur air asid kearah orang tua, wanita, tok guru, ustaz, orang OKU. Rasakan...padan muka!
Di pihak SB pula, mereka bercerita kisah keseronokkan mereka menyepak, terajang, kejar dan tumbuk "pengganas" yang tiada senjata.
"Best giler! Aku sepak tendang dia." Mereka bercerita sambil gelak ketawa tanda seronok.
Memanglah seronok. Sepak teranjang campur tumbuk musuh yang tiada senjata !
Seorang lagi SB bercerita kisahnya yang berjaya menyamar menjadi "ustaz" dengan berkopiah. Begitu juga SB yang menyamar menjadi wartawan pikul kamera.
Itu kisah disebalik Bukit Aman. Cerita mereka sekadar dalam warung balai dan berek sahaja. Tidak berani mereka bergelak ketawa bercerita di kedai Mamak atau warung Mak Siti. Nanti kena boikot.
Bahkan ada SB dan FRU siap pesan kepada anak isteri, rahsiakan pekerjaan mereka. Takut diboikot masyarakat dan jiran.
Yalah! Siapa tidak marah jika kerjanya tembak gas, sembur air asid dan sepak teranjang orang yang bukan penjenayah ! Sembur dan tembak ustaz, tok guru, wanita, orang tua, kanak-kanak dan hospital.
Semua orang muak, jelek, geram dan sakit hati.
Di sudut sebuah masjid pula ada sebilangan anggota polis sambil menangis menyesal atas apa yang berlaku pada 9hb Julai. Walaupun mereka tidak terlibat dengan kerja tembak, sepak dan sembur tetapi mereka merasakan seolah-olah mereka juga terlibat.
Mereka ini ikut arah separuh hati. Bukan sepenuh hati. Mereka polis yang beriman! Apabila diarah tembak gas, mereka melambat-lambatkan bahkan tembak menjauhi "pengganas". Apabila diarah kejar dan tangkap, mereka "menghalau" pula.
Bahkan ada menyuruh "pengganas" supaya lari cepat supaya tidak ditangkap. Mereka senantiasa senyum memandang "pengganas".
Hati mereka lembut kerana mereka pengunjung tetap masjid surau. Dengar kuliah agama. Rasuah jauh sekali.
Rakyat bangga denganmu... wahai polis beriman!
Monday, July 11, 2011
Tontonlah klip ini bersama anak cucu kita.
Siapa yang gembira dan seronok tengok klip ini ?
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=vCetbFLceFI#at=89
Tentunya UMNO. Kerana berjaya lagakan dan cipta permusuhan antara Rakyat dengan Polis.
UMNO berlepas diri macam Iblis berlepas diri apabila berjaya menyesatkan Anak Adam.
BERSIH 2.0 : Bayangkan jika INI terjadi........!
Bagaimana kesudahan jika beberapa perkara berlaku dalam BERSIH 2.0. Antaranya :
1) Anwar terbunuh akibat terkena tong gas pemedih mata. ( Anwar cedera dalam situasi sebenar)
2) Mat Sabu terbunuh akibat dilanggar oleh kenderaan polis yang menghimpitnya. ( Mat Sabu cedera akibat himpitan itu dalam situasi sebenar)
3) TG Haji Hadi ditahan ISA kerana sertai BERSIH 2.0. ( TG Haji Hadi ditahan 4 jam sahaja kerana amaran PAS untuk kumpul sejuta ahli mengepung Bukit Aman)
4) Arwah Baharudin Ahmad terbunuh akibat sepak terajang polis. ( Arwah meninggal kerana sesak nafas akibat gas pemedih mata dalam situasi sebenar)
Boleh anda bayangkan apa akan terjadi jika ianya berlaku?
Pesanan kepada polis, berhati-hatilah dan bercermatlah dalam bertindak supaya kejadian tidak diingini tidak berlaku.
Bukankah cantik dan elok, polis izinkan BERSIH 2.0 berhimpun dalam suasana aman dan tenang. Kerja polis pun mudah dan seronok. Tiada keganasan, tiada kematian, tiada tangkapan dan tiada jamuan nasi biryani di PULAPOL.
Polis tenang bekerja. Polis seronok kerja tiada tekanan dan polis cukup tidur !
Malangnya, UMNO sememangnya mahu polis jadi musuh rakyat dan jadi hamba kepada UMNO ! Inilah realitinya.
UMNO memang jahat !
BERSIH 2.0 : Khairy seronok jadi Beruk Jalanan ?
Menjelang Himpunan BERSIH 1.0 , UMNO baru sahaja mengakhiri Perhimpunan Agungnya. Pak Lah dengan lantang berkata dalam ucapan penggulungannya, " Saya pantang dicabar ! " .
Menantunya Khairy Jamaluddin (KJ) tidak ketinggalan "menyalak dan berkokok" dengan menggelarkan peserta BERSIH 1.0 sebagai BERUK JALANAN.
Nah ! Sekarang KJ menjilat kembali "ludahan dan kahak hijaunya" dengan turut serta sebagai peserta demostrasi atas nama PATRIOT.
Dulu lain sekarang lain. Dahulu ayah mentua jadi PM. Bolehlah berlagak dan bertempik sana sini. Kini anak didik Mahathir jadi PM dan Mahathir amat benci kepada Khairy.
Motif KJ lebih menunjukkan tanda protes kepada PMNajib kerana tidak memilihnya menjadi Menteri Kabinet sedangkan lawannya anak Mahathir dilantik jadi ahli Kabinet.
Demostrasi PATRIOT pimpinan KJ berkesudahan dengan lintang pukang pemuda UMNO meninggalkan bendera Malaysia bertaburan atas jalanraya.
Barangkali inilah gambaran pimpinan UMNO apabila UMNO tumbang dalam PRU 13 nanti. Insyaallah. Lintang pukang pikul beg menuju airport untuk tinggalkan bumi Malaysia kerana takut didakwa di mahkamah !
Yang tinggal cumanya JKKK dan golongan "karat biru" yang menunggu panggilan Malaikat Maut.
Hey KJ ! Daripada anda bertempik melolong untuk tarik perhatian PMNajib dan Rosmah, elok anda ke Thailand untuk belajar dan ambil diploma.
Masuk Sekolah Tinggi Latihan Monyet. Belajar ambil kelapa. Itu lebih elok dari jadi BERUK JALANAN ! Ambil kelapa berkhidmat untuk negara tercinta!
Khairy, anda mampu melakukannya!
Sunday, July 10, 2011
Pasca BERSIH 2.0 : Dua orang bakal "dihukum" PMNajib ?
9hb Julai telah berlalu. Kini tibalah masanya untuk menghukum 2 manusia yang memalukan PMNajib.
Siapakah mereka berdua itu? Tidak mungkin sepupu PMNajib. Najib telah siapkan kerusi PM untuknya nanti. Cumanya ada 2 anak tangga bagi Hishamudin jadi PM iaitu Timbalan dan Presiden UMNO.
Manusia yang bakal menerima hukuman dari PMNajib atas nasihat Rosmah ialah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin atas dosanya melanggar perintah Presiden yang menegah ahli UMNO sertai perhimpunan 9hb Julai itu.
Apabila Khairy bersama anak buahnya turut serta dalam perhimpunan itu bermakna KJ ingkar arahan parti dan secara langsung mengiktiraf Perhimpunan BERSIH 2.0. Inilah masanya untuk Mahathir dan anaknya Mukhriz "berkokok" ke telinga PMNajib untuk bertindak keatas KJ.
KJ menyangka tindakan beliau sebagai "patriot", malangnya Gerakan anti KJ dalam UMNO bakal melabelkan beliau sebagai penderhaka kepada parti dan Presiden.
Kedua, bakal menerima "sumpah seranah" PMNajib dan Rosmah ialah IGP Ismail. Mana mungkin kekuatan polis yang canggih dengan perisikan, ribuan anggotanya, kepakaran provokasi serta ribuan sekatan jalanraya masih gagal menghalang kemaraan rakyat menuju KL.
Ini soalan bakal disoal oleh PMNajib dan Rosmah pada hari mengadap Najib di Putrajaya nanti. Barangkali IGP Ismail tidak lagi jadi IGP ketika BERSIH 3.0 nanti.
Timbalannya Khalid dilihat agak cemerlang rekod menjadi "ahli UMNO" dengan kes demo kepala lembu dan kes Amirurasyid. Khalid dilihat mempunyai "keganasan" seperti mantan IGP Musa Hasan. Ciri-ciri inilah yang diperlukan oleh PMNajib menghadapi kebangkitan rakyat.
Saturday, July 9, 2011
BERSIH 3.0 : Rakyat belum "puas" bercanda dengan polis.
Hari ini 9hb Julai, barangkali manusia paling malu di bumi Malaysia ialah PMNajib kemudian sepupunya Hishamuddin dan IGP Ismail.
Di mana mereka bertiga mahu sorok muka mereka?
Kalau burung Unta, boleh juga sorok muka di celah kepaknya.
Mengapa ?
Cuba bayangkan dengan puluhan kempen, provokasi ciptaan polis seperti "komunis", bahan letupan, agen asing, tangkapan pemilik baju BERSIH dan pengempen, iklan di TV dan akhbar yang semuanya memburukkan BERSIH 2.0.
Begitu juga demo antara PDRM dan ATM menghadapi kebangkitan rakyat dan akhir, mengadakan sekatan jalanraya di seluruh Lebuh raya, mengepung KL dan akhir sekali RTM menjemput mantan IGP Musa Hasan memberi bebelan tentang BERSIH 2.0.
Malangnya ribuan rakyat berpusu-pusu, berbondong-bondong dan berduyun-duyun menuju KL.
BERSIH 2.0 boleh dikatakan tidak berjaya jika tiada sebiji pun gas pemedih mata ditembak atau tiada tangkapan dibuat.
Nah ! Cuba lihat hari ini apa berlaku? Puluhan gas pemedih mata ditembak. Ribuan rakyat ditahan dan dihambat.
Nampaknya UMNO dan polis tidak memahami bahasa rakyat. Telinga satu! Semakin rakyat ditekandan dicabar semakin meningkat kemarahan dan kebangkitan rakyat.
Malangya PMNajib, Sham dan Mael buta hati untuk berfikir.
Gelabah dan paniknya polis boleh dilihat apabila PAS memberi amaran untuk berhimpun 1 juta ahli depan Bukit Aman jika tidak bebaskan Presiden mereka.
Nampaknya polis penakut juga ya!
Satu soalan untuk rakyat...adakah kita perlukan lagi BERSIH 3.0 ? Rasanya rakyat belum "puas" lagi berkejar-kejaran dengan polis sambil polis bersembur-semburan dengan air kuning dan asap.
Pak Samad boleh buat satu sajak BERSIH 3.0 untuk kami?
BERSIH 2.0 : Esok tajuk akhbar apa tertinggal?
Berikut tajuk-tajuk akhbar Barua yang bakal terbit esok :
1) KL dikotori peserta BERSIH.
2) Peniaga kerugiaan berjuta-juta.
3) Anwar buat gimik cedera tagih simpati.
4) Polis bersikap adil kerana tangkap Khairy.
5) Cuma 1,400 orang hadir BERSIH 2.0.
6) Bla...bla..bla...
Satu lagi tajuk yang "tertinggal" oleh akhbar barua iaitu :
" Bibir Najib bertambah merah" - kerana geram dan marah sebab polis gagal menghalang ribuan rakyat datang ke KL untuk BERSIH 2.0 walaupun telah guna jutaan RM untuk provokasi, kempen menghalang BERSIH 2.0 "
Wednesday, July 6, 2011
BERSIH 2.0 : Najib mahu ikut taktik ayahnya.
Melihat kepada situasi selepas pimpinan BERSIH 2.0 mengadap Tuanku Mizan, seolah ada agenda yang sedang dirancang oleh UMNO dan polis. UMNO dan PDRM sekarang bagai aur dengan tebing, kuku dengan isinya, sehati sejiwa.
Biarpun Tuanku Mizan telah bertitah agar kerajaan bersikap adil terhadap rakyat tetapi nampaknya titah itu disambut dingin oleh PMNajib.
Keadaan menjadi semakin celaru hasil "kombinasi erat UMNO-Polis". UMNO menyalak, polis buat tangkapan. UMNO menjerit, polis buru pemakai baju kuning. UMNO berkokok, polis tidak bagi permit.
Buktinya, melalui lidah sepupu Najib yang jaga polis, BERSIH masih haram. Polis masih melakukan tangkapan keatas pemakai t'shirt kuning.
Lebih dahsyat lagi polis mencipta "lakonan busuknya" merampas senjata parang, bom coktail bersama t'shirt BERSIH.
Sebelum ini polis menangkap "agen asing" dan "komunis" dan tohmahan dana BERSIH daripada Kristian Antarabangsa.
"Permainan" UMNO dan Polis nampaknya berlanjutan dan berpanjangan.
Hingga bila ?
Imbas kembali peristiwa 13 Mei 1969. Selepas huru-hara "tercipta", Tun Razak hulurkan tangan kepada semua parti politik untuk bersama UMNO.
GERAKAN dan PAS sambut salam itu hingga terbentuk BN. Itu zaman ayah Najib.
Barangkali Najib ingin mengulangi apa yang pernah ayahnya lakukan dahulu. Cipta "huru hara", kemudian hulurkan tangan kepada PAS. Kononnya atas perpaduan Melayu.
Najib tidak mungkin lakukan Operasi Lalang 1987 seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir.
Mengapa ? Kerana UMNO tahun 1987 kuat ketika itu dan PAS cuma ada Parlimen Pengkalan Chepa sahaja. Jadi UMNO bebas lakukan apa sahaja.
Berbeza tahun 1969. Suasana politik tahun 1969 sama seperti sekarang. UMNO berada dalam keadaan amat lemah. UMNO bukan sahaja dibenci oleh rakyat bahkan oleh sekutu mereka sendiri seperti GERAKAN dan MCA.
Lebih malang lagi PMNajib dibayangi oleh Timbalannya Muhyiddin yang lebih rasis Melayunya seperti PERKASA yang didokongi oleh ultra Melayu, Mahathir.
Kini, seolah hanya Hishamuddin sepupunya sahaja bersama Najib.
Sudah pasti, Najib perlu melakukan sesuatu. Salah satunya ikut cara seperti yang dibuat oleh ayahnya 40 tahun yang lalu.
Tuesday, July 5, 2011
GEMPAK ! Dalam kereta Mat Sabu ada...........!
26 tahun yang lampau, Assyahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya siang malam ditohmah, dihina, dicaci hamun oleh UMNO dalam TV sebagai pengganas, pelampau, penderhaka, pembawa ajaran sesat dan penjenayah.
Masa itu RTM dipegang oleh Rais Yatim. Media lain tiada lagi. TV3 dan media alternatif belum wujud. RTM, Utusan dan Berita Harian bergading tangan meracuni fikiran rakyat.
Bahkan ada di kalangan Mufti dalam mesyuarat Fatwa Kebangsaan melarang gelaran "Allahyarham" kepada Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya.
Begitu hebat UMNO "membusukkan" nama Ibrahim Libya dan rakannya yang ditembak polis atas hasutan jahat UMNO.
Allah Maha Berkuasa. DYMM Sultan Kedah ( kini Timbalan YD Agong) mencemar duli menziarahi makam syuhada dan menjirus air mawar atas pusara As Syahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya.
Mana mungkin seorang Sultan mencemar duli menziarahi seorang "penderhaka, pengganas dan penyebar ajaran sesat" ?
Kini, sejarah berulang lagi setelah 26 tahun berlaku Peristiwa Memali. Kini BERSIH pula mengambil giliran Memali.
Siang malam, 24 jam, berhari-hari, RTM juga kini dipegang oleh Rais Yatim bersama Utusan, NST ditambah TV3 dan sekutunya "menyalak" bahawa BERSIH adalah haram dan membawa huru hara.
Di tambah sepupu PMNajib yang "bela" polis men"fatwa"kan bahawa BERSIH 2.0 adalah haram. Penyokong BERSIH diburu bagaikan Tentera Zionis memburu rakyat Palestin.
Bezanya, rakyat Palestin ada juga senjata, batu dan lastik. Tetapi orang BERSIH hanya ada senjata berbentuk t'shirt kuning sahaja.
Polis begitu ganas dan rakus memburu pemakai t'shirt kuning macam Laskar Firaun memburu Bani Israel.
Tiba-tiba, pimpinan BERSIH dijemput masuk Istana Negara bertemu Yang Dipertuan Agong.
Mana mungkin Agong mahu jumpa pimpinan pertubuhan "HARAM" !
Sekarang, mana Si Hishamudin yang jaga polis mahu letak muka? Pertubuhan yang ditohmahnya sebagai "haram", tiba-tiba dijemput masuk Istana Negara.
Sebab itulah bagi mengelak malu yang melampau, polis yang dijaga oleh sepupu Najib pun " mencipta satu lagi permainan". Jumpa parang, coktail, baju BERSIH dalam pasu.
Nampaknya permainan diteruskan lagi........! Barangkali lepas ini ada 1001 lagi skrip dicipta UMNO dan polis.
Jaga..jaga Mat Sabu, dalam bonet kereta hang ada bahan letupan C4 !
Monday, July 4, 2011
TITAH daripada RAJA yang BERSIH hatinya.
Sama-sama kita menghayati titah Yang Dipertuan Agong tentang Perhimpunan BERSIH 2.0.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
ULASAN : Keprihatinan baginda terhadap luahan rakyat terhadap kerajaan. Baginda tahu bahawa BERSIH 2.0 mahu menyerahkan memorandum kepada baginda.
Inilah sifat seorang Raja yang tidak terus menuding dan melabelkan Kumpulan BERSIH sebagai melawan Agong seperti tohmahan polis di Pulau Pinang. Sifat Raja yang ADIL.
Juga tiada titah baginda menuduh perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai perhimpunan HARAM seperti tohmahan PMNajib dan IGP.
Baginda juga meneliti melihat bagaimana kerajaan terutama polis menangani isu ini samada berhemah atau sebaliknya. Rasanya menyembur air asid dan tembak gas pemedih mata bukan cara berhemah. Apatah lagi sepak, tangkap dan gari rakyat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
ULASAN : Agong begitu yakin PMNajib dapat menangani isu ini SEBAIK mungkin. Baginda menaruh keyakinan bahawa PM Najib tidak menggunakan KEKERASAN terhadap rakyat. Tentu sekali tangkap rakyat pakai baju kuning oleh polis bukan langkah terbaik.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
ULASAN : Agong mengakui bahawa rakyat berhak berpolitik dan menyuburkan demokrasi (seperti mengadakan Perhimpunan BERSIH 2.0 secara AMAN). Yang peliknya polis "mengada-ngada" terlalu ikut kehendak UMNO.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
ULASAN : Benar dan patik junjung titah tuanku iaitu jangan adakan demostrasi secara ganas seperti di Greece dan Peranchis di mana penunjuk perasaan melontar bom api dan membakar kereta dan harta awam.
Barangkali inilah yang Agong bimbangkan jika berlaku demostrasi berikutan amaran PERKASA pimpinan Ibrahim Ali yang menyuruh Cina simpan banyak makanan, bakal terjadi pembakaran kereta dan kedai. Maknanya Agong bimbang jika berlaku demostrasi ala Ibrahim Ali !
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
ULASAN : Agong mahu kerajaan UMNO melaksanakan amanah rakyat secara ADIL dan bijaksana.
Tidak bermusuhan sesama sendiri. Barangkali Agong melihat isu keadilan seperti sikap "double standard" polis melayan rakyat. Baginda tidak mahu rakyat bermusuhan sesama sendiri seperti dengan polis akibat layanan "istimewa" polis terhadap penyokong UMNO.
Dalam soal ini baginda tidak mahu rakyat bermusuhan dengan kerajaan. Soalnya rakyat TIDAK bermusuhan dengan kerajaan tetapi kerajaanlah yang menjadikan sebahagian rakyatnya sebagai musuh. Seperti layanan kerajaan Pusat terhadap negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".
ULASAN : Titah baginda kena betul-betul "atas hidung" UMNO. Hanya kerajaan "babarian" (UMNO)yang menggunakan polis dan kekerasan untuk lawan rakyat. Adalah sesuatu memalukan kerajaan gunakan sepenuhnya kekuatan polis untuk melawan rakyat yang berkehendakkan demokrasi bersih dan telus. Kerajaan UMNO hanya ada SATU TELINGA sahaja. Bongkak dan sombong untuk mengadakan rundingan dengan rakyat marhein.
Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
ULASAN : Ampun Tuanku. Benar sekali. Perhimpunan BERSIH 2.0 asalnya bersih dan aman. Semua pihak NGO dan parti politik yang menyertai Perhimpunan BERSIH 2. 0 mempunyai niat yang bersih dan baik. Malangnya PERKASA dan UMNO memomokkannya sebagai huru hara. Bahkan PERKASA melalui lidah Ibrahim Ali sudah menggambarkannya seperti 13 May ! Di sini siapa yang membawa banyak keburukan ?
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
ULASAN : Benar titah tuanku. Akibat UMNO yang memekakkan telinga mendengar tuntutan BERSIH 2.0 tentang pilihanraya menyebabkan UMNO gelabah dan panik berukuran 9.9 richer. Tindakan UMNO menghalang BERSIH 2.0 menyebabkan negara kita digelak dan ditertawakan oleh negara luar. Yalah ! Menangkap orang memakai baju kuning. Bahkan sepupu Najib mengatakan bas, kereta, kasut berwarna kuning juga "bersubahat" dengan BERSIH 2.0. Kelakar kan ?
Akhir sekali patik ingin menyatakan kepada Tuanku , bahawa dalam rekod mana-mana demostrasi rakyat yang diadakan di negara kita TIADA SEPATAHPUN ucapan menghina Raja-Raja Melayu.
Barangkali tuanku masih ingat satu demostrasi yang berlaku di Bandar Diraja Terengganu berhampiran Istana tuanku yang mempamerkan satu banner bertulis, " KAMI MAHU DERIS, NATANG".
Siapakah agaknya yang bersikap kurang ajar dan derhaka itu? Suku-sakat merekalah yang takut dengan Perhimpunan BERSIH 2.0.
Subscribe to:
Posts (Atom)