ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, October 22, 2009

Bagai Abu Bakar dan Umar.




Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi adalah nama besar didalam kepimpinan PAS sekarang.


TG Nik Aziz memegang jawatan Mursyidul Am, satu jawatan lebih mirip kepada Penasihat atau Pemantau Dasar. Jawatan Mursyidul Am adalah dilantik oleh Majlis Syura PAS.


Manakala TG Haji Hadi pula sebagai Presiden, jawatan yang dipertandingkan dalam Muktamar Agung PAS.

Lebih menarik, mereka berdua tinggal berjiran, Kelantan dan Terengganu dimana kedua negeri PAS pernah memerintah. Cuma bezanya PAS hingga kini masih memegang tampuk pemerintahan di Kelantan manakala Terengganu tumbang pada PRU 11 2004.
Dari segi umur, TG Nik Aziz lebih tua dari TG Haji Hadi lebih kurang 15 tahun.

Melihat cara berfikir keduanya, masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza. Ini barangkali berdasarkan cara mereka berdua mendapat tarbiyyah dan pendidikan di luar negeri.

Walaupun keduanya tempat terakhir destinasi pendidikan di Al Azhar Mesir tetapi tempat menimba ilmu sebelum Al Azhar adalah berbeza.

TG Nik Aziz habiskan masa belajarnya di India selama 11 tahun. Belajar melalui sistem Deobandi. Satu sistem ala pondok di negara kita tetapi ilmunya lebih terjurus kepada ilmu Hadis, tasawuf dan mantiq. Beliau tentu dapat pengalaman dan pengajaran yang banyak dari Syekhul Hadis. Juga dapat belajar ilmu kehidupan melalui penggamatan kehidupan masyarakat India.

Manakala TG Haji Hadi pula sebelum ke Mesir, beliau mendapat didikan dari Bumi Rasulullah, Madinah selama 4 tahun. Tentulah penekanan lebih kepada soal aqidah dan haraki. Boleh dikatakan beliau adalah antara kader-kader yang mendapat tarbiyyah langsung dari Ikhwanul Muslimin samada semasa di Saudi maupun di Mesir. Hingga kini beliau masih berhubung dengan rakan-rakan perjuangan Ikhwanul Muslimin di luar negara.

Kini PAS di bawah "pemerintahan" mereka berdua. TG Nik Aziz terkenal dengan ilmu mantiqnya yang berbisa dan tinggi. TG Haji Hadi pula terkenal kepakaran dengan ilmu harakinya. Dengan gabungan ilmu mereka berdua dan sokongan dan dokongan saf pimpinan inilah yang menjana PAS ke peringkat kemuncak kini.

Soal terdapat percanggahan pendapat antara mereka berdua, itu soal biasa. Dengan ilmu mereka berdua, berkelayakkan membuat ijtihad. Betul dapat 2 pahala, salah pula 1 pahala.
Mengenang kembali kisah Abu Bakar dan Umar, dua orang Sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Mereka juga ada khilaf dalam satu-satu isu. Seperti :
a) Hukuman keatas tawanan perang Badar. Pendapat Abu Bakar dilihat berperikemanusiaan manakala Umar agak keras. Tetapi pendapat Umar mendapat dibenarkan oleh Allah Taala.
Rasulullah umpamakan Abu Bakar selembut Nabi Ibrahim manakala Umar setegas Nabi Nuh ketika hadapi karenah umatnya.
b) Hukuman keatas orang murtad selepas kewafatan Rasulullah. Umar lebih bersikap lembut dan diplomasi. Abu Bakar pula memutuskan hukuman keras keatas riddah dengan menghantar bala tentera. Umar setuju dan hormati dengan keputusan Abu Bakar kerana beliau adalah Khalifah dan senioriti dalam Islam.
Begitulah hebatnya Abu Bakar dan Umar. Gabungan keduanya menyebabkan Kuasa Besar Dunia Rom dan Parsi jatuh ketangan pihak Islam pimpinan mereka berdua. Kini mereka berdua telah tiada.
Gabungan ilmu, pemikiran dan tarbiyyah TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi sewajarnya menggerunkan pihak sekular di Malaysia khususnya UMNO. Begitu juga Kuasa Kuffar di luar negeri.
Mereka melihat iklim politik Malaysia dengan penuh cemas setelah PRU 12 dan jatuhnnya beberapa negeri ke tangan PR, dengan PAS menjadi MB di 3 buah negeri Kelantan,Kedah dan Perak serta sokongan rakyat terutamanya Cina dan India terhadap PAS.
Pihak Kuffar juga melihat regu TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi adalah satu regu yang memberi ancaman kepada politik sekular mereka.
Melihat senario hari ini yang melanda PAS selepas PRU 12, tidak mustahil ianya satu perancangan dan muslihat golongan sekular samada UMNO maupun Amerika untuk melihat PAS berpecah.
Strategi mereka nampak berhasil. Bermula dengan insiden-insiden yang berlaku sebelum dan selepas Muktamar. Tidak mustahil pihak "ejen-ejen" mereka telah menyusup masuk ke dalam PAS untuk mencetuskan pepecahan dalaman PAS tanpa TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi menyedarinya.
Lihatlah kisah bagaimana pihak Munafik pimpinan Abdullah bin Ubai memanupulasikan 2 peristiwa semasa perjalanan pulang Rasulullah dan tenteranya dari Ghazwah Bani Mustaliq. Peristiwa perebutan air dan fitnah terhadap Ummu Mukminin Aisyah.
Isu Kerajaan Perpaduan, kem Erdagon, Hasan Ali, perebutan Timbalan Presiden dan terkini EGM adalah rantaian hasil kerja "ejen-ejen" munafikin. Semuanya mempunyai satu target sahaja. Iaitu agar regu TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi berpecah. Itu sahaja !
Malangnya kita tidak punyai Huzaifah Al Yaman untuk mengenali "ejen-ejen" ini !


Wednesday, October 21, 2009

Aziz Bari "terjolok sarang tebuan" ?


Nampaknya ulasan Pakar Undang-Undang Dr Aziz Bari tentang Bagan Pinang mengundang banyak polemik. Samada pro atau kontra.

Dr Aziz Bari terkenal sebagai pakar undang-undang terutama dalam membicarakan perlembagaan negara. Ulasan beliau begitu terperinci dan kemas dalam hal perundangan Malaysia. Ulasan beliau tentang kes Perak dan undang-undang syariah juga membuka mata kita tentang "kepincangan "yang berlaku di negara kita.

Tapi kali ini beliau cuba "ubah angin" bicara tentang politik. Lebih parah beliau cuba "jaga tepi kain" parti politik.

Jika Dr Aziz Bari bercakap tentang "kejahilan" Dr Hasan Ali tentang peranan seorang Exco, boleh kita terima. Ini sememangnya Hasan Ali "jahil" tentang peranan Exco walaupun beliau bekas pegawai PTD.

Tetapi bila Dr Aziz mula mengelas dan mengkategorikan pimpinan PAS sebagai pro UMNO, ini suatu perkara yang malang bagi Dr Aziz. Lebih malang bila beliau sarankan perubahan bagi pucuk pimpinan PAS. Mungkin Dr Aziz tersalah tulis kot! Atau tergelincir pena.

Walauapapun, pandangan Dr Aziz dihargai. Pandangan beliau sebagai intelektual perlu dihargai dan direnungi. Ada yang boleh diterima dan ada yang boleh ditolak.

Cumanya cara jawab Ketua Penerangan PAS agak "kasar dan emosional". Mengandaikan Dr Aziz ambil fakta dari tepi jalan adalah satu penghinaan kepada warga intelektual.
Yang perlu difahami, Dr Aziz Bari bukanlah intelektual jenis "kangkung". PAS perlu ramaikan rakan bukan perbanyakkan musuh.

Kita hendaklah pandai membezakan antara intelektual dengan politikus. Ulasan Dr Aziz adalah berbeza dengan ulasan Dr Khir Toyo. Jadi, jawablah dengan berhemah tanpa emosi.

Monday, October 19, 2009

Kesetiaan dan Pengorbanan PAS


Perjuangan PAS adalah Islam. Islam itu adalah penyelamat. Islam itu adalah keamanan dan pendamaian.


Selepas 13 Mei 1969, Kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Razak mengajak PAS menyertai kerajaan campuran yang di namakan Barisan Nasional. Demi perpaduan dan keamanan, PAS menyertainya. Di kala itu PAS tidak melihat perkara yang bakal berlaku di masa depan. Apatah lagi prasangka buruk terhadap UMNO/BN. Semuanya dipandang positif dan baik oleh PAS. Yang penting rakyat selamat dan sejahtera.

Walaupun cita-cita PAS untuk tegakkan hukum hakam Allah sedikit terganggu dan tidak lancar, PAS sanggup korbankan "masa perjalanan itu" bukan korbankan prinsip ! Semuanya demi negara dan rakyat. Apatah lagi dikala itu negara berada diambang kemuncak perkauman dan ancaman komunis.

Akhirnya PAS ditendang keluar bagai anjing kurap. Bermula dari tarikh itulah PAS memulakan perjuangannya dengan "zero". Pelbagai pahit maung dialami. Tragedi Memali, Operasi Lalang, Tragedi Lubuk Merbau, penarikan permit Harakah dan 1001 kezaliman.

Itu belum lagi dengan penghantaran "hijrah" penyokongnya ke kawasan pendalaman samada sebagai guru maupun sebagai pegawai kerajaan.

PAS juga mengalami proses "pemutihan". Ramai pembesarnya gugur di perjalanan perjuangan. Nama-nama besar seperti Dato Asri, Datuk Nakhaei antara yang gugur. Oleh kerana perjuangan PAS bukan atas dasar peribadi dan individu tetapi Islam , maka PAS tetap gagah dan utuh. Hanya Allah Taala sahaja yang boleh "mentalqinkan" PAS ! Bukan makhlukNya.

Selepas PRU 12 2008, PAS juga mengalami ujian yang dahsyat. Terutama di Perak dan Selangor. Diumpan dan digoda dengan pangkat jawatan. PAS Selangor dan Perak berada di 2 persimpangan. Samada terima tawaran ataupun patuh kepada perjanjian. Hebatnya godaan itu ke peringkat jawatan MB dan kebenaran laksana hukum syariat!

Alhamdulillah PAS patuh kepada perjanjian walaupun dengan parti sekular PKR dan DAP. Langkah PAS ini mirip dengan apa yang telah Rasulullah lakukan dalam Perjanjian Hudaibiyah.
Dikala Umar dan umat Islam agak kecewa dengan perjanjian itu yang mana seolah memberi kelebihan kepada Musyrikin Mekah, Rasulullah memberi harapan kepada Umar bahawa kemenangan Islam sudah hampir, Penaklukan Kota Mekah. Berduyung-duyung manusia memasuki agama Allah.

Mungkin kita melihat, PAS kerugian kerana patuh kepada perjanjian dengan PKR dan DAP.
Kita mungkin kerugian jawatan MB dan Exco sepertimana Rasulullah kehilangan Abu Bashir dan Abu Jandal dalam Perjanjiaan Hudaibiyyah.
Tetapi lihatlah di sana, jutaan rakyat Malaysia sedang menanti dan merindui kerajaan yang adil untuk memimpin Malaysia. Seperti ucapan Presiden PAS TG Haji Hadi Awang yang menyatakan kita yakni PAS adalah kerajaan yang menanti.
Kini rakyat Malaysia melihat, PAS adalah parti yang patuh dan setia pada perjanjian. Setia pada perjanjian antara ciri akhlak yang mulia. Bukankah akhlak yang mulia ini yang menyebabkan Islam dapat menguasai 1/3 dunia ? Islam menguasai hati-hati manusia bukannya dengan pedang tetapi dengan akhlak.
PAS dipandang mulia selagi setia dan patuh kepada perjanjian.


Monday, October 12, 2009

BAGAN PINANG : Kedudukan Muhyiddin tergugat.


Di kala artikel ini di tulis, mungkin penyokong UMNO BN sedang bersorak, berpesta sakan meraikan kemenangan besar calon mereka Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang.




Berikut antara kesan daripada kemenangan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang. Antaranya :


1) Kedudukan Muhyiddin Yasin tidak selamat. Isa Samad mendapat undi tertinggi untuk Naib presiden sebelum di lucutkan jawatan kerana rasuah wang. Dengan perubahan perlembagaan UMNO nanti, peluang Isa Samad merebut kerusi Timbalan UMNO semakin cerah.


Najib akan menjadikan Isa Samad sebagai proksinya untuk menghalang kemaraan Muhyiddin ke kerusi Presiden.


2) Kedudukan MIC semakin terpinggir. Walaupun pimpinan MIC berkampung di estet-estet untuk kempen PRK Bagan Pinang dan mendakwa kemenangan UMNO di estet hasil kerja keras mereka. Itu semua dipandang sepi kerana ianya berlaku selepas perlancaran parti baru Makkal Sathi. Kaum India mengundi BN bukan kerana UMNO tetapi atas dasar peribadi Isa Samad dan kemunculan parti alternatif India tajaan Najib.


3) Penyelewengan undi pos semakin jelas. Jika dulu, UMNO masih menaruh"kasihan" kepada PAS dengan "pemberian sedikit undi pos". Kini dalam PRK Bagan Pinang UMNO bolot hampir kesemuanya. Selepas ini, kem-kem tentera akan diperbanyakkan pembinaannya di seluruh negara. Begitu juga Rejimen Askar Wataniah akan diambil ramai anggotanya demi kelangsungan undi pos.
4) Semakin banyak "makhluk jahat" yang menumpang di ketiak UMNO. Bermula dengan pembunuh, perogol, gengstar dan kini perasuah maka semakin lengkap dan kemas organisasi Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).




Sunday, October 11, 2009

BAGAN PINANG : Beberapa analisis awal sebelum kiraan undi.


Satu jam lagi pengundian N31 Bagan Pinang akan ditutup. Marilah kita lihat beberapa andaian yang mungkin menjadi kenyataan.

1) Faktor Najib.
PM Najib mempunyai pengalaman tentang tentera dan undi pos. Pengalaman hampir dimalukan dalam PRU 10 1999 dengan majoriti undi hanya 230 undi membuatkan Najib mencipta"tipu daya besar" untuk Parlimen Pekan. Dengan kuasa sebagai Menteri Pertahanan beliau memasukkan kem-kem tentera yang jauh puluhan kilometer ke dalam Parlimen Pekan. Hasilnya dari majoriti tipis 230 undi mendadak naik menjadi 22,000 majoriti dalam PRU 12 2008.
Jadinya, Bagan Pinang yang punya undi pos tentera 4700 dengan 30% daripada keseluruhan undi, hanyalah perkara kecil bagi Najib melakukan "silap mata"nya.

2) Faktor Penyokong Isa Samad
Setelah sekian waktu di malukan kerana kes rasuah politik wang hingga terlepas status Menteri dan digantung keahlian, maka inilah masanya untuk pulihkan imej beliau. Cara untuk pulihkan imej beliau bagi penyokong fanatik beliau ialah dengan cara naikkan majoriti undi. Jika dulu dalam PRU 12 majoritinya sekitar 2300, kali ini mesti meningkat 100%. Ini caranya bagi penyokong UMNO kem Isa untuk menunjuk kuasa kepada kem MB dan Muhyiddin Yasin yang menjadi musuh ketatnya. Tidak mustahil majoriti Isa boleh meningkat dari 2,300 kepada menjangkau 4,000 hingga 5,000 undi !

Saturday, October 10, 2009

PRK : Kedudukan Najib dan Pak Lah seri 2-2 weeh !


Esok 11 Oktober adalah hari pengundian PRK N31 Bagan Pinang. Seramai 14,192 pengundi akan memilih bakal wakil rakyat mereka. Kali ini pertarungan 2 penjuru antara PAS dan UMNO BN.

Ini adalah kali ke 5 berlaku pertarungan dalam PRK antara PAS dengan UMNO. Bermula Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Manek Urai, Permatang Pasir dan kini giliran Bagan Pinang pula. Dalam keempat-empat PRK itu semuanya dimenangi oleh PAS.

Menariknya kekalahan UMNO di tangan PAS dalam 4 PRK ini sama-sama dikongsi oleh mantan PM Pak Lah dan PM Najib. Kedudukan kini seri dengan Pak Lah dan Najib masing-masing menanggung 2 kekalahan di tangan PAS semasa era pemerintahan mereka berdua.


Bezanya zaman Pak Lah sudah berlalu. Pak Lah hanya menanggung kekalahan di PRK Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Manakala Najib "baru" 2 kekalahan yang dialami iaitu di Manek Urai dan Permatang Pasir.


PM Najib bakal menempuh banyak PRK kerana dipercayai banyak PRU bakal terjadi sama ada di tentukan oleh mahkamah, perletakan jawatan maupun " diziarah" oleh Malaikat Maut. Nampaknya kini peristiwa di ziarahi Malaikat Maut paling banyak yang menentukan PRK !
Era Najib kini adalah zaman "kekerapan" Mailaikat Maut menziarahi wakil rakyat ! Ini yang perlu Najib insafi kerana jika mahkamah, polis, hakim, SPR, SPRM dan puluhan agensi kerajaan boleh "dibeli" oleh Najib tetapi tidak buat Malaikat Maut !

Tuesday, October 6, 2009

10 Okt : Tarikh MIC 'dibakar" ?


Hari Sabtu ini 10 Oktober, 2 peristiwa bakal berlaku sekaligus mengubah iklim politik kaum Cina dan India.


MCA akan mengadakan EGMnya untuk menentukan nasib Presiden dan Timbalannya. EGM yang diadakan pada 10hb ini jam 10 pagi pada bulan ke 10 (Oktober) bakal menyaksikan 2377 perwakilan mengundi samada menyokong Presiden MCA Ong Tee Keat atau Timbalannya Dr Chua Soi Lek.


Jika Presiden MCA menang bakal menggugat UMNO. Ini kerana di tangan Ong Tee Keat terdapat fail - fail penglibatan pemimpin UMNO dalam skandal PKFZ. PM Najib dan UMNO tidak begitu ceria jika Ong menang.


Manakala pada hari yang sama di Taman Pertanian Bukit Cherakah, satu lagi acara yang bakal menentukan nasib "saudara" UMNO iaitu MIC. Parti baru kaum India bakal dilancarkan oleh PM Najib sendiri. Satu peristiwa yang jarang-jarang berlaku. Parti Makkal Sakhti begitulah nama diberi.


Suatu yang menghairankan mengapa Najib begitu mudah untuk merasmikan satu parti baru saingan MIC ? Mengikut pengalaman yang lalu, tiada senang bagi pimpinan BN terutama PM untuk menghadirkan diri dalam acara rasmi parti kaum India selain MIC melainkan Presiden MIC Samy Vellu bagi lampu hijau.


Begitu juga dalam konsep BN, setiap parti kaum Cina atau India yang ingin menyertai BN mesti mendapat sokongan MCA atau MIC. Jika kedua parti itu tidak setuju bermakna duduk luar pagarlah parti baru itu. Begitulah nasib KIMMA dan IPF yang beriya benar masuk BN tetapi MIC menentangnya. Begitu besar pengaruh MCA dan MIC hingga UMNOpun takut ! Itu dulu sebelum PRU 12.


Kini zaman sudah berubah. Pengaruh MCA dan MIC jatuh merundum semasa PRU 12 hingga nasib mereka umpama anjing kurap di sisi UMNO. Samy Vellu dianggap liabiliti atau "biawak hidup" kepada UMNO. Begitulah kata Dr Mahathir. PM Najib juga bengang dengan Samy Vellu. Lebih-lebih lagi nasihat Najib dalam Perhimpunan Agung MIC lalu dijawab dengan biadap oleh Sammy.


Mungkin inilah masa yang sesuai bagi Najib membalas kata celupar dan keegoaan Samy Vellu apabila beliau setuju untuk rasmikan parti alternatif kaum India Sabtu ini. Menambah lagi kesakitan hati Samy Vellu dengan kemungkinan besar musuh ketatnya Dato Subramanian yang kalah dalam perebutan Timbalan MIC akan menyertai Parti Makkal Sakhti ini.


Adakah hari Sabtu ini bakal menyaksikan kelahiran baru parti alternatif MIC sokongan Najib dan UMNO dan juga satu "unggun api yang besar" untuk acara "pembakaran mayat " MIC !


Sama-sama kita saksikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...