ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
Blog ini bakal terhenti seketika untuk memberi laluan kepada pemilik blog ini menuju Mekah dan Madinah untuk mengerjakan Umrah bermula ...
-
Isu wang RM12 juta menjadi panas dengan kenyataan bercanggah.TPM Zahid menafikan ianya wang tebusan untuk lanun Abu Sayyaf tetapi di...
Thursday, April 5, 2012
14 hari yang penuh memeritkan !
Dalam tempoh 14 hari ini bermula hari ini, polis akan "dedah"kan pelbagai "jenayah" yang mengancam negara ! Pihak polis akan dibantu oleh media barua UMNO seperti TV3,Utusan, RTM dan NST.
Siang malam, pagi petang, media barua akan dendangkan pelbagai lagu-lagu untuk "menakutkan" rakyat. Tayangan peristiwa 13 Mei dan Bukit Kepong bakal diulang-ulang.
Spesis seperti Zainuddin Maidin dan Musa Hasan bakal muncul semula di media barua UMNO. Itu belum lagi kenyataan demi kenyataan dari manusia Bukit Aman seperti di ambang BERSIH 2.0.
Ooops! Jika sebelum BERSIH 2.0 dulu, polis jumpa botol, minyak petrol dan parang dalam pasu, bagaimana menjelang BERSIH 3.0 ? Adakah polis akan jumpa C4 pula ? Tidak mustahil! Polis kita pakar provokasi demi tuannya UMNO !
Mulut Menteri Polis Hishamuddin juga bertambah "luas" tika bicara BERSIH 3.0 nanti.
Kelakarnya bila Si Nazri "porsche" beromong-omong bahawa Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun. Memang pun ! Dataran Merdeka adalah tempat perlumbaan kereta "porsche"anaknya. Betul Nazri ?
Rakyat sudah bersiap berbaju kuning menuju Dataran Merdeka manakala polis pula sudah bersiap dengan puluhan trak, ribuan gas pemedih mata, ribuan liter water cannon dan ribuan Si Gila bertopi merah!
Jika BERSIH 2.0, UMNO belanja RM2 juta dan kerah 11,000 anggota polis, agaknya berapa bajet kali ini pula ?
Pastinya inilah " ibu segala perhimpunan rakyat ". Jalanraya sebelum Pilihanraya !
Cumanya yang tinggal ialah 2 perkara iaitu :
a) Jika dalam BERSIH 2.0, seorang rakyat terkorban...BERSIH 3.0 berapa bakal terkorban demi keadilan?
b) Jika BERSIH 2.0, menunya untuk tahanan adalah nasi biryani...BERSIH 3.0 apa pula menunya ?
Alangkah cantiknya jika TG Nik Aziz memimpin rakyat dalam BERSIH 3.0 bergandingan dengan Pak Samad . Gandingan ulamak dan sasterawan bakal bawa gegaran 9.9 richer buat regim Najib! Setuju?
Subscribe to:
Posts (Atom)