ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, November 23, 2008

Lim Eng Guan meraikan Tulisan jawi.


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Eng Guan tetap keputusannya untuk mengekalkan papan tanda jalan pelbagai bahasa. Hujahnya sebagai promosi George Town sebagai Tapak Warisan Dunia. Isunya yang kini di"salak" barua-barua UMNO ialah mengapa guna bahasa-bahasa lain selain Bahasa Melayu.

Kita melihat cerdiknya Eng Guan untuk mengajak umat Melayu mengingati semula nostalgia kejahatan dan kecelakan yang dilakukan oleh UMNO. Masihkan kita lupa tulisan jawi yang menjadi lambang umat Melayu dahulu?

Pengisytiharaan Kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman ditulis dengan tulisan jawi. Tulisan jawi ketika itu sangat popular dan digunakan secara meluas samada surat menyurat rasmi maupun surat khabar. Surat khabar dan majalah kebanyakkannya dicetak dalam tulisan jawi.

Kaum Cina dan India yang menjadi penduduk Tanah Melayu ketika itu mengakui dan mengiktiraf tulisan jawi sebagai tulisan rasmi seiring dengan Bahasa Melayu. Bahkan mereka mempelajarinya.

Malangnya episod hitam bermula akhir tahun 60an bila Menteri Pelajaran (UMNO)ketika itu, Khir Johari mula menghapuskan secara beransur-ansur penggunaan tulisan jawi melalui dasar pelajarannya. Dijadikan tulisan rumi (latin) sebagai tulisan di buku-buku pelajaran menggantikan tulisan jawi. Bermula dari situlah anak-anak Melayu menjauhi tulisan jawi. Kesannya, anak-anak Melayu mula buta tulisan jawi. Kemuncaknya jualan surat khabar Utusan Melayu jatuh merosot hingga dijadikan sisipan(tumpang) kepada Surat khabar Utusan Malaysia sekarang.

Jika anak-anak Melayu sudah buta jawi, bagaimana nak harapkan bangsa lain menghormati tulisan jawi ?

Sebenarnya bangsa Cina dan India melihat taraf tulisan jawi itu sama taraf tulisan mereka. Dulu sebelum angkara Khir Johari, orang Cina dan India menganggap tulisan jawi adalah tulisan bagi Bahasa Melayu. Kini mereka menganggap tulisan jawi sekadar warisan umat Melayu sahaja.


Isu papan tanda jalan sebenar yang menyebabkan UMNO sakit hati ialah kerana ianya mengandungi tulisan Cina dan Tamil. Itu sahaja.


Lebih-lebih lagi bila Pulang Pinang dikuasai oleh DAP. Ini untuk menunjukkan kononnya UMNO bersifat patriotik Bahasa Kebangsaan.Piraaah!!

Kita lihatlah watak munafik UMNO. Bermula penghapusan tulisan jawi hinggalah kini penghapusan penggunaan Bahasa Melayu dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Lihatlah bahasa yang digunakan oleh menteri-menteri UMNO bila diwawancara TV. Kebanyakannya menggunakan bahasa penjajah !!


Sikap Eng Guan kita hormati kerana dia masih ingat kepada tulisan Jawi.

Yang peliknya mengapa bila Dr. Mahathir(UMNO) hapuskan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik, barua-barua UMNO seperti GAPENA, GPMS, NGO Melayu tidak menyalak? Angguk dan angguk dulu, kini dan selamanya.


Seeloknya mereka semua elok di "jawi"kan semula untuk jadi Melayu Asli dan tidak lagi berupa Melayu ala Abdullah bin Ubai !

2 comments:

Azam Abd Rahman said...

Sayangnya, sedangkan cina ini yang nak jahanamkan melayu namun melayu masih bersalah sesama sendiri. Patut kita jangan fikirkan parti apa kita tetapi bangsa dan agama apa kita. Minda kita telah teracun. Sayangnya melayu. Parti menang Negeri tergadai. Lihat perak apa dah jadi? Tanah2 diberikan kepada cina untuk penempatan. Ini cara menghalau melayu dengan berhemah.Pikir.

Anuar bin Safian said...

azamwild

secara umumnya mana-mana bangsa akan cuba mengatasi bangsa lain dalam pelbagai bidang. Tiada perpecahan antara orang melayu cuba berbeza pendirian dan pandangan. UMNO dengan pendirian sekular serta kebangsaannya (demokratik hanya tindakan untuk halalkan cara)manakala PAS dengan pendirian Islam dan demokratiknya. Arab dulu berpecah semasa kehadiran Rasullah kerana apa? kerana Rasullah tetap dengan pendirian baginda untuk mempertahankan Islam manakala arab quraisy berpendirian dengan budaya berhala mereka. Quraisy pernah menawarkan harta, pangkat dan kemegahan kepada Rasullah atas alasan tidak mahu perpecahan antara orang arab namun Rasullah menolaknya. Kisah ini boleh dibaca dalam sejarah perjuangan Rasullah. Maka fikir-fikirkannya saudara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...