ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, September 11, 2009

Khalid: MB,MP dan KP


Melihat kepada karenah Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar sekarang ini mengingatkan kita kepada Ketua Polis Terengganu Othman Abu Talib semasa era Kerajaan PAS tahun 1999-2004. Sebelum Othman Abu Talib jadi KP Terengganu, hubungan Kerajaan Terengganu pimpinan TGAH begitu mesra dengan PDRM. KP Terengganu ketika itu ialah Datuk Ramli Yusof. Beliau seorang professional. Kerjasama dihulurkan kepada kerajaan negeri begitu lancar dan telus walaupun kerajaan negeri dikuasai PAS.


Tetapi keadaan berubah bila mana Othman Abu Talib menjadi KP Terengganu. Lagaknya seperti "makhluk belaan UMNO". Segala tindak tanduknya sama taraf dengan JKKK. Kemuncak "kebodohannya" ialah naik pentas UMNO untuk berucap mengenai isu hukum Hudud.


Lebih terserlah "kebodohannya" beliau ajak Exco Kerajaan Negeri Datuk Wan Mutalib Embong berdebat. ( macam Ahmad Said ajak Wahid Endut gocoh !)


Nampaknya perangai "bodoh" Othman Abu Talib semacam diwarisi kepada KP Selangor pula. Perangai pelik Khalid mula dikesan semasa peristiwa tanah runtuh di Bukit Angtarabangsa. Kemudian berterusan dengan isu AKugan, Teoh Beng dan terkini peristiwa arak kepala lembu.

Kenyataannya sebagai"lidah penyambung" UMNO. Mungkin Khalid masih menyangka masih bekerja bagi pihak Ketua Penyapu Khir Toyo !


Bertuahnya Selangor punya Khalid. Seorang menjadi MB. Seorang lagi MP Shah Alam. Tapi malangnya yang berjawatan KP.




Monday, September 7, 2009

Dimanakah keadilannya ?


Polis sekadar melihat biarkan aksi perkauman dan menghina agama berlaku di Shah Alam semata-mata kerana aksi-aksi itu penyokong UMNO. Tiada tindakan segera. Sekadar memberi alasan pegawai yang bertugas hari itu seorang "junior".

Polis juga biarkan mereka menziarahi Menteri UMNO di Putrajaya. Tiada tindakan. Sekadar keluar kenyataan yang basi yang berulang-ulang ..akan siasat...akan ambil tindakan.


Tetapi polis bertindak pantas jika penyokong PR membuat perhimpunan aman. Lihatlah yang berlaku di Dataran Merdeka. Sekadar bawa lilin dan bunga ros, polis bertindak menangkap mereka. Mana keadilannya?


Adakah orang yang membawa lilin dan bunga ros lebih bahaya daripada yang memijak dan berarak membawa kepala lembu ?

"Cirit birit" Hishamuddin semakin serius !


Setelah tinggalkan "tahi" kepada Muhyiddin untuk selesaikan PPSMI, nampaknya Hishamuddin sepupu PM Najib semakin banyak "cirit-birit".


Jika di awal kenyataan beliau mengenai isu kepala lembu, sempat beliau selitkan bendera UMNO dibalut kepala babi.

Kemudian Hishammuddin sambut dengan permaidani merah dan menatang bagai minyak samseng-samseng UMNO ke pejabatnya di Putrajaya. Di situ beliau keluarkan kenyataan membela aksi perkauman samseng UMNO. Sempat pula mengatakan KDN dan Polis tidak memilih bulu buat siasatan. Beliau bandingkan dengan peristiwa Kg.Pala dimana pemuda MIC juga ditangkap polis.

Kini kenyataan terakhirnya Si sepupu Najib sempat pula menyelit nama PAS dan PKR. Beliau mendakwa yang terlibat dengan demostrasi kepala lembu ada juga orang PAS serta PKR dan akan dedahkan nama-nama mereka dalam masa terdekat.


Sebenarnya Hishamuddin tidak sedar semakin banyak kenyataan media beliau semakin banyak kebodohannya terserlah. Dan semakin banyak "tahi" ditaburnya !
Sebenarnya semua kenyataan beliau lebih menjurus untuk menutup kejahatan samseng-samseng UMNO. Lalu dikaitkan dengan perkara-perkara yang tiada sangkut paut dengan peristiwa yang berlaku. Sedaya upaya sepupu Najib ini cuba padamkan aksi jahat perkauman samseng UMNO dan mengalihkan fokus utama isu.
Malangnya rakyat semakin cerdik. Taktik itu tidak berkesan malah menampakkan kebodohan beliau.
Pelik! Jika rakyat bawa bunga dan lilin di Dataran Merdeka begitu pantas diambil tindakan tetapi orang-orang yang bawa dan pijak kepala lembu yang bersifat perkauman dibiarkan berkeliaran di pejabatnya.
Adakah PMNajib berbangga punya sepupu yang sedang "cirit-birit" ?



Friday, September 4, 2009

Undi untuk anti-PPSMI,Teo Beng Huat dan Kepala Lembu


PRK tidak dapat dielakkan buat kali ke 9 selepas PRU 12. Ini kerana SPR tidak dapat melawan kuasa Tuhan.


Kali ini PRK diadakan di DUN Bagan Pinag dalam Parlimen Telok Kemang, Negeri Sembilan. Untuk rekod, Parlimen Telok Kemang mempun

yai 5 DUN dan 3 DUN daripadanya adalah milik Pakatan Rakyat manakala bakinya milik UMNO iaitu Bagan Pinang dan Linggi.


DUN Bagan Pinang mempunyai 66% Melayu dan 34% Bukan Melayu. Pengundi India adalah 20% dan Cina 14 %.


Menariknya PRK Bagan Pinang berlaku selepas 3 peristiwa yang membabitkan kaum Melayu, Cina dan India.


Isu memansuhkan PPSMI dilihat seperti mempermainkan dan memperbodohkan kaum Melayu oleh Muhyiddin dan UMNOnya. Sikap berdolak dalih terus diamalkan oleh Muhyiddin sama dengan seperti Hishamuddin semasa menjadi Menteri Pelajaran dulu. Ramai orang Melayu kecewa dengan sikap putar belit Menteri UMNO.


Kematian anak muda Cina Teo Beng Huat yang dituntut pembelaan keadilan bukan sahaja kaum Cina bahkan orang Melayu turut bersimpati dan menunjukkan solidariti kaum.


Begitu juga peristiwa perarakkan kepala lembu oleh samseng-samseng UMNO adalah peristiwa mengguris perasaan kaum India yang beruga Hindu. Bahkan ramai orang Islam mengecamnya kerana ianya bercanggah dengan ajaran Islam. Hanya Hishamuddin sepupu Najib sahaja yang membela samseng-samseng UMNO itu.


PRK Bagan Pinang bakal menjadi medan protes rakyat berbilang kaum terhadap UMNO. Undi Cina dan India sudah pasti milik PR. Tinggal cuma undi Melayu. Jika undi Melayu dapat diraih separuh sudah memadai untuk DUN Bagan Pinang menjadi DUN kedua milik PAS selepas Paroi.

Mulut SPR berhantu ?


Adakah keputusan SPR(baca : UMNO) "berhantu"? Setiap kali apabila SPR kata tiada pilihanraya, akan berlakulah kematian.



Dulu apabila SPR putus tiada kekosongan bagi DUN Perak yang mana keluar ADUNnya dari Pakatan Rakyat tiba-tiba MP Bukit Gantang meninggal dunia.


Begitu juga apabila UMNO tidak letak calonnya di PRK Penanti, mati pula ADUM Manek Urai. Terpaksalah UMNO masuk PRK.


Terbaru, selang sehari DUN Kota Seputeh diisytiharkan kekal dalam BN dan tiada PRK baru oleh SPR, tiba-tiba ADUN Bagan Pinang Negeri Sembilan pula mati.


Nampaknya setiap kali SPR isytihar tiada PRK atau UMNO umum tidak sertai PRK, bermakna akan berlaku satu kematian samada ADUN atau MP.


Maaf! Itu bukan bermakna SPR menentukan kematian... tetapi isyarat dari "Langit" bahawa SPR adalah umpama "seekor lembu yang dicucuk hidungnya" oleh tuannya yang bernama Sang UMNO. Kematian adalah isyarat dari "Langit" bahawa keputusan SPR itu adalah batil.


Ini juga mungkin amaran dari "Langit"kepada pimpinan SPR terutama Pengerusi dan Setiausahanya, jika dulu hanya kematian dari pihak ADUN dan MP sahaja berlaku. Mungkin selepas ini giliran pihak SPR pula dikunjungi Malaikat Maut !


Jujurlah wahai Penguasa SPR !


Wednesday, September 2, 2009

Bila Samseng kunjungi Putrajaya....


Hebatnya lakonan Hishamuddin bersama samseng-samseng UMNO yang mengadakan perarakan kepala lembu Jumaat lalu. Selepas selesai satu episod, episod baru pula mulakan penggambaran. Seterusnya episod penamat pula.

Kita lihat kronologi ini :

1) Samseng UMNO berarak kepala lembu.

2) Hishamuddin "buat-buat" marah dan akan ambil tindakan terhadap samseng-samseng, dan sempat selitkan bendera UMNO dibalut kepala babi.

3) Hishamudin buat perjumpaan dengan samseng-samseng UMNO di pejabatnya di Putrajaya.


Lepas ini, Hishamuddin akan angkat dirinya yang pandai selesaikan masalah kuil itu. Dan akan kata MB Selangor dan Kerajaan PR tidak pandai tadbir negeri. Lihatlah nanti.


Sepatutnya polis Selangor dah boleh tangkap samseng-samseng UMNO belaan Noh Omar dan Khir Toyo tatkala mereka masuk pejabat Hishamuddin. Tapi sayangnya Ketua Polis Selangor cakap nak siasat dulu dan 1001 dolak dalih.


Dah ada bukti gambar-gambar samseng dalam akhbar. Sikap polis begitu double standard berbanding ketika bertindak keatas Perhimpunan di Batu Burok. Mereka siarkan gambar-gambar orang ramai yang terlibat dengan perhoimpunan Bersih itu begitu cepat dan meluas.


Tapi bila kena batang hidup samseng UMNO, polis menjadi 'menikus" !


Kedatangan samseng-samseng UMNO ke pejabat Hishamuddin begitu diraikan. Seperti layanan tetamu istimewa. Tiada semburan gas, air, tangkapan dan belasah dari polis buat samseng-samseng pencetus semangat perkauman, keganasan dam mafia.


Oh ya... Cik Sham tak ajak samseng-samseng UMNO berbuka ke ?

Tuesday, September 1, 2009

SPR tidak boleh hidupkan orang mati......


Seperti dijangkakan SPR memutuskan tiada PRK bagi DUN Kota Seputeh walaupun ADUNnya melanggar peraturan DUN Kedah yang menyatakan mana-mana ADUN yang tidak hadir persidangan 2 kali berturut-turut tanpa pengetahuan Speaker secara automatiknya kerusi itu kosong.


Keputusan ini mengulangi apa yang berlaku pada DUN Perak dimana arahan Speaker tidak dipatuhi oleh SPR.


Nampaknya kuasa SPR melonjak menjadi seolah-olah "diktaktor". Berkuasa penuh menentukan pilihanraya samada boleh atau tidak. Walaupun menyalahi undang-undang tubuh negeri yang diluluskan oleh Dewan dan diperkenankan oleh Sultan. Memang hebat SPR selaku "perkakas dan ahli kompenen UMNO" !


Fungsi SPR seperti juga PDRM yang boleh menentukan lulus atau tidak permit untuk adakan perhimpunan. Jika tidak ada perkenan UMNO, jangan harap boleh lulus. Begitu juga dengan SPRM. Rasuah besar manapun atau bersaiz "Gunung Everest", jika tuan kepada SPRM tidak perkenan, jawabnya simpan je bawah karpet!


Hanya KEMATIAN yang boleh mengalahkan kuasa SPR. Ini kerana SPR tidak boleh "menghidupkan" semula ADUN atau Ahli Parlimen yang mati.


Moga perhimpunan UMNO nanti, jangan lupa Setiausaha Agung UMNO jemput bos SPR,SPRM dan PDRM hadiri Persidangan Agung UMNO sebagai ahli kompenen UMNO bukan BN !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...