ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Monday, June 27, 2011
Ingat! Kita semua akan dihisab di Akhirat nanti.
Polis suatu kerja mulia. Menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Jika berlaku kecurian, pembunuhan dan pergaduhan, polislah tempat rujukan utama rakyat.
Di Malaysia, polis berada dalam dua alam. Pertamanya, di alam kepolisan sejati. Rakyat pandang mulia polis yang berada di alam ini. Mencegah jenayah dan bertindak betul, cepat dan amanah.
Satu lagi alam polis ialah alam kepolitikan. Alam inilah menimbulkan kebencian rakyat. Bersikap "double standard" apabila bertindak. Lebih mengikut telunjuk orang politik. Banyak kes dan isu boleh dijadikan bukti.
Apabila polis terlalu ikut telunjuk orang politik, maka terjadilah dwi tindakan. Jika perhimpunan haram dianjurkan oleh UMNO dan sekutunya, polis menjaga lalulintas dan keselamatan penunjuk perasaan. Polis jadi seperti polis Britain !
Tetapi jika sebaliknya, polis bertindak ganas. Tembak gas pemedih mata, tangkap, sepak terajang, maki hamun dan sumbat dalam lokap. Polis jadi seperti polis Zionis !
Inikah keadilan?
Ingat! Anda semua ada anak isteri dan keluarga.
Seronok benarkah anda menangkap rakyat yang sekadar berhimpun dengan aman?
Seronok benarkah anda menembak gas pemedih mata mengenai sasaran samada kanak-kanak, anak kecil, orang tua. Adakah anda tiada anak kecil?
Hari ini...anda gagah menembak gas pemedih mata, kuat menyebak terajang dan ada kuasa untuk menangkap.
Bagaimana hari esok selepas pencen? Adakah anda selesa dan harmoni menghadapinya atau masih dihantui dengan lagak aksi anda menzalimi rakyat?
Ingat! Kita semua bakal di adili di Akhirat nanti. Itupun jika kita percaya adanya Hari Akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
depa macam mat pet jugak kat dunia lagi dah dok menghisap... sebab tu tak nampak dah dosa pahala... complete dgn jilat sekali...
btol kte post nih...ptot polis pon dok bawah kuasa Agong cam askar..
BIla dah pencen, dah sakit, jalan pun terketar2, masa tu nak berubah, dah terlambat. Sudah, sudahlah, insaf. Kecuali hati dia orang, hati batu. Kesian, kesian.
Post a Comment