ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Monday, July 4, 2011
TITAH daripada RAJA yang BERSIH hatinya.
Sama-sama kita menghayati titah Yang Dipertuan Agong tentang Perhimpunan BERSIH 2.0.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
ULASAN : Keprihatinan baginda terhadap luahan rakyat terhadap kerajaan. Baginda tahu bahawa BERSIH 2.0 mahu menyerahkan memorandum kepada baginda.
Inilah sifat seorang Raja yang tidak terus menuding dan melabelkan Kumpulan BERSIH sebagai melawan Agong seperti tohmahan polis di Pulau Pinang. Sifat Raja yang ADIL.
Juga tiada titah baginda menuduh perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai perhimpunan HARAM seperti tohmahan PMNajib dan IGP.
Baginda juga meneliti melihat bagaimana kerajaan terutama polis menangani isu ini samada berhemah atau sebaliknya. Rasanya menyembur air asid dan tembak gas pemedih mata bukan cara berhemah. Apatah lagi sepak, tangkap dan gari rakyat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
ULASAN : Agong begitu yakin PMNajib dapat menangani isu ini SEBAIK mungkin. Baginda menaruh keyakinan bahawa PM Najib tidak menggunakan KEKERASAN terhadap rakyat. Tentu sekali tangkap rakyat pakai baju kuning oleh polis bukan langkah terbaik.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
ULASAN : Agong mengakui bahawa rakyat berhak berpolitik dan menyuburkan demokrasi (seperti mengadakan Perhimpunan BERSIH 2.0 secara AMAN). Yang peliknya polis "mengada-ngada" terlalu ikut kehendak UMNO.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
ULASAN : Benar dan patik junjung titah tuanku iaitu jangan adakan demostrasi secara ganas seperti di Greece dan Peranchis di mana penunjuk perasaan melontar bom api dan membakar kereta dan harta awam.
Barangkali inilah yang Agong bimbangkan jika berlaku demostrasi berikutan amaran PERKASA pimpinan Ibrahim Ali yang menyuruh Cina simpan banyak makanan, bakal terjadi pembakaran kereta dan kedai. Maknanya Agong bimbang jika berlaku demostrasi ala Ibrahim Ali !
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
ULASAN : Agong mahu kerajaan UMNO melaksanakan amanah rakyat secara ADIL dan bijaksana.
Tidak bermusuhan sesama sendiri. Barangkali Agong melihat isu keadilan seperti sikap "double standard" polis melayan rakyat. Baginda tidak mahu rakyat bermusuhan sesama sendiri seperti dengan polis akibat layanan "istimewa" polis terhadap penyokong UMNO.
Dalam soal ini baginda tidak mahu rakyat bermusuhan dengan kerajaan. Soalnya rakyat TIDAK bermusuhan dengan kerajaan tetapi kerajaanlah yang menjadikan sebahagian rakyatnya sebagai musuh. Seperti layanan kerajaan Pusat terhadap negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".
ULASAN : Titah baginda kena betul-betul "atas hidung" UMNO. Hanya kerajaan "babarian" (UMNO)yang menggunakan polis dan kekerasan untuk lawan rakyat. Adalah sesuatu memalukan kerajaan gunakan sepenuhnya kekuatan polis untuk melawan rakyat yang berkehendakkan demokrasi bersih dan telus. Kerajaan UMNO hanya ada SATU TELINGA sahaja. Bongkak dan sombong untuk mengadakan rundingan dengan rakyat marhein.
Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
ULASAN : Ampun Tuanku. Benar sekali. Perhimpunan BERSIH 2.0 asalnya bersih dan aman. Semua pihak NGO dan parti politik yang menyertai Perhimpunan BERSIH 2. 0 mempunyai niat yang bersih dan baik. Malangnya PERKASA dan UMNO memomokkannya sebagai huru hara. Bahkan PERKASA melalui lidah Ibrahim Ali sudah menggambarkannya seperti 13 May ! Di sini siapa yang membawa banyak keburukan ?
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
ULASAN : Benar titah tuanku. Akibat UMNO yang memekakkan telinga mendengar tuntutan BERSIH 2.0 tentang pilihanraya menyebabkan UMNO gelabah dan panik berukuran 9.9 richer. Tindakan UMNO menghalang BERSIH 2.0 menyebabkan negara kita digelak dan ditertawakan oleh negara luar. Yalah ! Menangkap orang memakai baju kuning. Bahkan sepupu Najib mengatakan bas, kereta, kasut berwarna kuning juga "bersubahat" dengan BERSIH 2.0. Kelakar kan ?
Akhir sekali patik ingin menyatakan kepada Tuanku , bahawa dalam rekod mana-mana demostrasi rakyat yang diadakan di negara kita TIADA SEPATAHPUN ucapan menghina Raja-Raja Melayu.
Barangkali tuanku masih ingat satu demostrasi yang berlaku di Bandar Diraja Terengganu berhampiran Istana tuanku yang mempamerkan satu banner bertulis, " KAMI MAHU DERIS, NATANG".
Siapakah agaknya yang bersikap kurang ajar dan derhaka itu? Suku-sakat merekalah yang takut dengan Perhimpunan BERSIH 2.0.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment