ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, June 2, 2011

TIMBALAN PRESIDEN :Mana satu idaman kalbu anda?



Tidak sampai 24 jam lagi pengundian Timbalan Presiden di Muktamar PAS kali ke 57 akan berlangsung di Taman Melawar, taman nostalgia pejuang Islam. Semua tumpuan kepada pemilihan Timbalan Presiden. Bagi penyokong dan ahli PAS, pemilihan tidak menjadi tumpuan. Sesiapa sahaja jadi pimpinan bukanlah persoalan yang besar. Paling penting, PAS mesti tetap di landasan Al Quran dan Sunnah. Itu sahaja.


Berbeza dengan UMNO. Kemenangan seseorang individu itu menentukan "periuk nasi" mereka. Samada berasap ataupun sebaliknya. Itulah "aqidah" setiap benak fikiran ahli UMNO.




Mari kita lihat beberapa coretan calon-calon Timbalan Presiden :

a) Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Antara tiga calon untuk kerusi Timbalan Presiden beliau adalah "bongsu" dalam pimpinan PAS. Anak jati Negeri Sembilan. Lulusan agama dari Universiti Jordan. Tidak diketahui samada beliau pernah mendapat didikan asuhan tarbiyyah Ikhwanul Muslimin ketika belajar di Jordan. Juga pernah belajar di UiTM. Menjadi MP Bachok. Pernah jadi MP Kedah 1999. Juga pernah kalah semasa tanding MP Besut 2004.


Di kenali dengan nama glamour "Ustaz Nash". Telah memegang tiga penggal berturut-turut sebagai Timbalan Presiden. Kali ini cubaan kali keempat mengekalkan jawatannya.


Kemunculannya dalam PAS secara "low profail". Pidatonya juga tidak menyengat. Barangkali ini sebagai "menghormati" Presiden.


Pernah dikritik kerana penampilannya tidak mencerminkan "pakaian ulamak" ketika perjumpaan dengan SU UMNO Khalil Ya'kob untuk urusan muzakarah PAS-UMNO tahun 2001. Beliau berpakaian kot, tali leher dan tanpa kopiah.


Beliau juga dikritik hebat kerana terlibat dengan rundingan Muzakarah untuk Kerajaan Campuran semasa pasca PRU 12 Mac 2008.


Kelebihan beliau ialah tidak melenting jika dikritik, gerak kerja yang sistematik dan kurang bercakap tetapi kerja lebih.



b) Muhammad Sabu

Pemegang kerusi Naib Presiden sesi lalu. Anak jati Pulang Pinang. Pernah belajar di UiTM. Pernah jadi MP Kubang Kerian dan Kuala Muda. Tewas dalam PRU 12 untuk P36 Kuala Terengganu.

Pernah menginap di " Hotel Mewah" Kamunting. Pidatonya dikagumi. Nama glamour sebagai "Abang Mat". Sahabat baik Lim Eng Guan KM Pulau Pinang. Disenangi oleh golongan marhein dan muda.

Walaubagaimanapun, beliau seorang pro-Iran. Secara langsung boleh dikatakan pro Syiah walaupun tidak menganut mazhab tersebut. Tidak sah ceramahnya jika tidak diselit nama Iran, Hizbullah dan Khomeini. Sikapnya ini tidak disenangi oleh ahli PAS yang condong kepada Salafi maupun Ikhwan.

Inilah kelemahan beliau. Beliau masih dikaitkan dengan Iran dan Syiah.

Kelebihan beliau ialah seorang yang senang didekati dan pandangan politiknya begitu tajam serta ke depan. Cara pemikiran beliau dekat dengan golongan marhein. Satu lagi kelebihan beliau ialah sikap terus terang beliau tentang rasuah dan ketelusan. Beliau banyak kali menegur pimpinan PAS tentang ketelusan berkaitan kerajaan Kelantan dan Kedah. Terutama kes Arif Fahmi.

Akrabnya beliau dengan Lim Guan Eng suatu kelebihan buat Mohammad Sabu. Barangkali Lim Guan Eng mungkin terfikir juga melantik Mat Sabu jadi Timbalan KM seandainya Karpal Singh tidak marah!


b) Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum masuk arena politik, beliau ahli panel popular dalam Forum Perdana RTM. Seangkatan dengan Dato Hasan Ali dan Dato Dr Harun Din. Pernah jadi ADUN Jengka 1999. Kini menjadi PJ Pahang. Anak saudara TG Nik Aziz.

Orangnya lembut. Warak dan berwatakkan seperti bapa saudaranya TG Nik Aziz.

Asalnya tidak berminat dengan percalonan jawatan Timbalan Presiden atas dasar tidak mahu berlaku perpecahan. Akhirnya terpaksa "melanggar sumpahnya". Masuk bertanding. Sebab apa dan kerana apa ? Hanya tuan punya badan boleh menjawabnya.

Pendiriannya masuk bertanding seperti " disuruh" atau " "bidan terjun" atau "penyelamat".

RUMUSAN AKHIR

Ustaz Nasha - Kelebihannya ialah "dia dapat jadi Timbalan sebanyak 3 penggal" berturut-turut.

Mat Sabu - Kelebihannya ialah dia tidak serik mahu bertanding lagi. Pernah jadi Graduan ISA. Mengapa dia nak bertanding lagi? Barangkali dia ada "idea bernas" untuk diperkenalkan.

Ustaz Tuan - Kelebihannya kerana ilmu dan kewarakkannya.

Melihat kepada semua di atas, penulis merasa sedih . Mengapa ? Kerana jawatan Timbalan Presiden hanya satu. Yang layak ada tiga orang. Kesemua ciri-ciri di atas diperlukan dalam PAS.

Kalau anda boleh mengundi, siapakah calon pilihan anda ?

Kalau saya ? Saya akan rosakkan kertas undi ?

Kerana saya kagum dan sayang dengan mereka bertiga. Itu sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...