ARTIKEL BOMBASTIK
-
Di Malaysia yang permai ini ada dua orang insan yang begitu "selok" (teruja) untuk melompat-lompat bagi menonjolkan dirinya agar...
-
Jumlah bilangan penjenayah di Malaysia mengikut perkiraan mudah Menteri Polis Malaysia Zahid Hamidi : 2,600* bertambah menjadi 26,000 ...
-
Apabila Menteri di JPM Jamil Khir Baharom dan polis memberi sokongan dan lampu hijau dalam HIMPUN yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam, ...
-
Dulu tentang goncang dakwat...kini kandungan dakwat pula.....goreng-goreng dan terus goreng ! 1) Pengerusi SPR Aziz Yusof dakwa beliau...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
Monday, June 3, 2013
gEMPAK : Pawagam bakal pecah pintu !
Menteri TV dan PAWAGAM Ahmad Shabery Cheek dilaporkan bercadang agar filem kontroversi TANDA PUTERA ditayangkan bulan Ogos nanti di pawagam terpilih.
Filem ini telah mendapat kelulusan FINAS untuk ditayangkan sebelum PRU 13 tetapi hingga kini belum ditayangkan. Pemimpin rasis UMNO seperti Mahathir begitu teruja agar filem tersebut ditayangkan segera.
PM Najib ketika sebelum PRU 13 hanya menghadkan tayangan untuk golongan tertentu sahaja seperti warga FELDA dan warga UIA.
Barangkali Najib ketika itu takutkan kehilangan sokongan pengundi Cina.
Kini dengan aura baru Menteri TV dan PAWAGAM, tentunya filem ini bakal ditayangkan ke seluruh negara.
Bezanya, jika filem lain ada tiket maka filem ini barangkali ditayangkan secara percuma. Bukan itu sahaja. Penonton bakal diangkut dengan bas-bas secara percuma.
Semasa tayangan, penonton dibekalkan makan minum secara percuma. Dan setelah tamat tayangan sebelum naik bas, penonton diberikan wang saku tanda terima kasih memeriahkan suasana PAWAGAM.
Yang pasti pawagam dipercayai akan dibanjiri oleh guru KEMAS,JKKK,warga emas FELDA dan pengundi saluran 1.
Jika cara itupun, tiada sambutan maka penganjur terutama JASA dan BTN akan mengadakan cabutan bertuah. Nescaya pecah panggung !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sebelum PRU13 hari tu dah tayang kat ofis saya :P
Post a Comment