ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, September 25, 2014

PASKINI : Masa untuk berubah dan keluar.


PAS dalam Pakatan Rakyat umpama di hujung tanduk.Peliknya PAS masih cintakan PR walaupun rakannya memaki hamun PAS.

PAS tidak akan keluar PR kerana tiada "hitam putih" dalam PR yang menentukan PAS kena keluar.Jika PAS mahu duduk dalam PR sampai kiamat pun boleh selagi mahu demikian.

PR pula tidak boleh tendang PAS kerana tiada dalam perjanjian tahaluf siyasi yang menyatakan PKR dan DAP boleh tendang PAS.

Dalam BN ada peraturan demikian.Sebab itu PAS boleh ditendang keluar tahun 1978.

Cumanya dalam PR,PAS boleh keluar dengan sukarela seperti mana DAP keluar Barisan Alternatif tahun 2000 secara sukarela kerana tidak setuju PAS dengan Negara Islamnya.

Pandangan umum akar umbi,PAS mesti keluar PR. Sebabnya :
a) Tiada lagi tautan semangah persahabatan antara pimpinan PAS dan PKR. Lihat kenyataan Rafizi Ramli dan Saifuddin terhadap PAS.
Kemudian kenyataan Ketua Wanita PKR yang sombong dan kurang ajar.

b) Kenyataan kurang ajar pimpinan DAP Tony Pua terhadap Presiden PAS dengan gelaran nyanyuk.

c) Kenyataan rasmi DAP yang menganggap Exco PAS sebagai khianat.

d) Pemulauan pimpinan PKR dan DAP terhadap kempen PKR Pengkalan Kubor.

e) PAS sudah dianggap TIDAK WUJUD dalam PR oleh PKR dan DAP.

Sesungguhnya PAS ada maruah dan nilai diri.

PAS perlu berjuang sendirian tanpa PKR dan DAP.Buktikan tanpa mereka,PAS mampu meraih sokongan.

PAS berjuang atas pertolongan Allah.Bukan atas ehsan makhluk.



12 comments:

Monkey Shooter said...

Kalau luar dari PAS buat kenyataan sikit sahaja sudah dikatakan maki hamun dan kurang ajar? Kalau Presideng PAS sendiri yang keluarkan berbagai ungkapan seperti "barua" dan sebagainya itu apa pula? Memang penyokong tegar PAS ini boleh disamakan dengan penyokong "Agama Langit - Ayah Pin".
Kalau Tuan Presideng buat semuanya "halal". Dia tu ibarat "Rasulullah" buat kamu kah? Memang manusia lelaki yang lahir Trengganu banyak masalah.....

Unknown said...

Mereka yang mengorak langkah. Bila terseradung salahkan pula orang lain.

Anonymous said...

Memang benar Pas tidak ada semangat persahabatan.Betul kata Tony Pua sebab Hj.Hadi sendiri bercakap seperti orang nyanyuk,Memang bagus PKR dan DAP boikot Pengkalan Kubur sebab apa guna membantu sekiranya bantuan tidak di perlukan,DAN penulis bagi tahu peminpin Pas supaya kleuar lah cepat sikit dari PKR,sebab pas tidak pandai berkawan dan mungkin menjadi kuman dalam PR.

Anonymous said...

Memang benar Pas tidak ada semangat persahabatan.Betul kata Tony Pua sebab Hj.Hadi sendiri bercakap seperti orang nyanyuk,Memang bagus PKR dan DAP boikot Pengkalan Kubur sebab apa guna membantu sekiranya bantuan tidak di perlukan,DAN penulis bagi tahu peminpin Pas supaya kleuar lah cepat sikit dari PKR,sebab pas tidak pandai berkawan dan mungkin menjadi kuman dalam PR.

Anonymous said...

Yang saya nampak bukan PAS yang bermasalah dengan PKR dan DAP. Yang bermasalah sebenar adalah Haji Hadi dan geng dia. Mereka inilah yang sepatutnya direhatkan di dalam PAS.

Keputusan PRK Pengkalan Kubur sewajarnya dapat dijadikan pertimbangan untuk mengkuburkan kumpulan busuk ini dari berada di dalam PAS

bunbinban said...

Mulut longkang geng ug tu kena jaga sket. Ubat tamat tempoh la, pil kuda la, komunis la, barua la....korang bawak imej islam tapi perangai sebaliknya. Sombong dan takbur. Sikit2 ugut nak kuar PR...kuar la wei. Apa korang tunggu. Korang yg terhebat. Yg terkuat. Jentera yg teramai. Cawangan terbanyak. Pakar segalanya dunia akhirat.

Anonymous said...

Apa lah ayat ayat kat atas ni.... PAS di maki hamun. apa lah bengap sangat mana lah pas di maki hamun, yang aku nampak tuan perisiden dan ahli alinya yang memaki hamun orang lain adalah. Jangan cerita banyak lah cepat cepat lah Usulkan keluar dari PR join UMNO. Jangan terlalu banyak membuat onar dalam PR.

Anonymous said...

Yang patut berubah ialah kerusi presiden. Yang patut keluar ialah puak ug dalam pas.

Cermin diri dulu, jangan jadikan agama tu sebagai perisai maksum.

Anonymous said...

Maruah apa yang pas ada, bagi aku PAS ni saja menggunakan nama Islam bagi menarik hati orang Islam Malaysia. Sedang kan tindakan nya tidakpun berlandaskan Islam. 1. bila berjanji mungkir. 2. memfitnah ahli ahli yang tak sehaluan denganya tapa sebarang bukti. 3. mengeluarkan kata kata kesat apabila bercakap. 4. tidak menghormati oarang apabila sesorang sedang berucap. 5. memburuk burukkan orang lain di halayak ramai, dan paling penting mendokan kebinasaan sesama Isalam. Ini yang aku nampak berflaku dalam muktamar Pas baru baru ni di Johor. Adakah ini ciri ciri sebagai Islam????????

Anonymous said...

Aku ahli pas dan setia bersama pas.Cuma aku hrp geng ug dalam pas seperti altakiri, ust nasrudin vellfire, su agong, Dr yg suka doa laknat kat jemaah sdiri, beberapa org pemimpin pas trengganu, tmb klantan, Dr what apps yg nk bersatu dgn umno dan presiden sdiri sila letak jwtan dan dipersilakan join umno cepat...kekosongan terhad...sbb geng engkaulah perosak pas...dulu geng engkau dpt sembunyikn diri...hnya hassan ali n nasharudin m.isa jer...skrg dh terserlah..hrp ahli pas yg lain pasti mereka diatas masuk umno...klu sapa2 lg tahu ada pemimpin pas lain yg nk join umno lbh baik nyatakn...mereka bkn syg pas pun...sama dgn hassan ali n nasrudin mat isa dulu, bila dpt twaran menguntungkn pasti parti sendiri pun dikhianati...x timbul isu wala pun klu pemimpin sndiri x nk jaga parti betul2 agar sntiasa rkyt suka..klu rasa dh ego sgt, join umno laaaa...baru sepenggal jd yb dah beli vellfire....kata berjuang utk rkyt...pas bkn parti milik kamu...pas parti milik rakyat yg mdokong perjuangan pas berdasarkn perlembagaan pas...keberadaan kamu sbg pemimpin pas skrg amatlah tidak sesuai..sila letak jawatan dan kluar dr pas...jdlah yb yg mesta bn lah pula...kamu tlh menyebakn pas dipandang serong dan disalahkn sdgkn kami sebahagian ahli tidak stuju dgn tindakan kamu...dan aku tidak akn redhai sampai akhirat jika perbuatan pemimpin pas yg aku sebut diatas menyebabkn pas gagal pertahankn kelantan dan pas kembali lemah seperti dulu...

Anonymous said...

It was such a relief and pleasure due to this
fact to have such a clean time with a dumpster service to haul away
all of the particles. Craig and Shane showed up with the dumpster.



Feel free to visit my website; Dumpster Rental 15773

Anonymous said...

Pas tak perlu keluar dari Pakatan tapi geng-geng UG yg MESTI keluar dari Pas. Rakyat mengundi Pas kerana mahukan Pas bersama PKR dan DAp ( PR ) menentang UBN yg terus menghimpit kehidupan rakyat. Kalau geng UG ni nak bersama UBN pergi mereka kat sana.
Yg geng ni beriya-iya menyokong TSKI tu rupanya ada udang harimau dlm mee. Org yg tiada kepentingan tapi bersungguh-sungguh menyokong org yg ada kepentingan adalah tidak cerdik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...