ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, March 19, 2012

Apa yang peliknya !


Akhirnya melalui lidah Menteri UMNO Tok Pa yang menjaga MITI, terbongkar hubungan dagang dengan Regim Zionis.

Sekonyong-konyong Tok Pa mempertahankan hubungan dagang dengan Zionis sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana dunia lain juga terlibat.

Bukanlah sesuatu yang pelik bila Menteri UMNO bercakap tentang perkara mungkar.

Misalnya, UMNO bina masjid, mereka juga jaga dan keluar lesen Pusat Judi di Genting, Toto dan Magnum. Bahkan keluarga Najib juga ada saham judi dalam Genting, Yayasan Noah. Apa yang pelik !

UMNO anjur Musabaqah, mereka juga lulus lesen arak dan disko. Bahkan keluarga Mahathir ada saham arak di Filipina. Apa yang peliknya !

UMNO beria-ria bantu Palestin, dalam masa sama jalin hubungan dagang dengan Zionis. Duit keuntungan hasil berdagang dengan Malaysia itulah antara sumber persenjataan Zionis bedil rakyat Palestin. Apa yang peliknya !

Sebenarnya kriteria dasar polisi luar Malaysia ialah mana-mana yang menghasilkan duit, itulah keutamaan negara walaupun ianya membunuh umat Islam. Itulah kriteria dasar luar Malaysia berhubung dengan Zionis.

Yang peliknya, mengapa Malaysia masih "malu-malu" jalinkan hubungan diplomatik dengan Zionis ?

Sunday, February 26, 2012

Roket sudah mendarat di Bulan.


Debat antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden MCA Chua Soi Lek menampakkan wajah sebenar sikap parti masing-masing.

MCA dengan angkuhnya mendabik dada keangkuhan menunjukkan bahawa MCA amat berkuasa terhadap UMNO. Antara kata Presidennya yang terkenal dengan video seksnya, MCA berjaya halang UMNO daripada menjalankan hudud(sebenarnya UMNO tidak berminatpun dengan hudud).

Kemudian dengan angkuhnya Soi Lek mahu tahu reaksi DAP tentang hudud dan mahu DAP turut seperti MCA. Jika MCA berjaya halang UMNO dari jalankan hudud, mereka mahu DAP juga minta PAS supaya batalkan hudud.

Tentu sekali jika diikutkan, tentu sekali Lim Guan Eng akan membalas seperti Karpal Singh iaitu melayan karenah MCA. Kenyataan balas Lim Guan Eng menampakkan kecerdikan SU Agung DAP ini.
" Kita tidak boleh campuri urusan agama Islam dan PAS tidak pernah campur dan halang urusan agama kita(non Muslim)".
" PAS tidak pernah membunuh walau seorang Cina ".

Di sini LGE lebih memahami Islam berbanding Soi Lek. Inilah gambaran masa depan DAP dalam politik Malaysia.

Di kala MCA dan UMNO saling berganti berjerit perkauman, DAP semakin jelas mengubah minda rakyat Malaysia terutama orang Melayu berkenaan parti mereka.

Yang jelas, pemimpin masa depan DAP seperti LGE dan pimpinan muda ingin membawa DAP ke arah politik Malaysia yang bersih dari perkauman.

Wajah DAP sebagai adik PAP parti orang Cina semakin pudar dan yang paling penting DAP kini membela PAS dalam masa yang sama PAS semakin dekat di hati non Muslim.

DAP semakin faham perjuangan PAS dan menghormati pendirian PAS sepertimana PAS juga menghormati idealogi DAP.

Barangkali 20 tahun yang lalu, agak mustahil Roket sampai ke Bulan. Kini bukan sahaja Roket selamat mendarat di Bulan bahkan begitu harmoni dan selesa dengan "kehidupan" di Bulan.

Berbanding MCA yang semakin angkuh bersifat anti Islam sejak berpresidenkan orang yang rendah nilai moralnya. Di kala DAP semakin selesa di diami orang Melayu, MCA semakin ramai di huni orang yang berfikiran "blue" seperti Presidennya.
.

Tuesday, February 21, 2012

Keris Telanjang dan David Star.: Sehati sejiwa.


Kenyataan anak Mahathir yang kalah kerusi Ketua Pemuda tentang perhubungan dengan Israel amatlah mengejutkan rakyat Malaysia.


Selama ini rakyat disensasikan dengan kenyataan Anwar tentang wawancara dengan WSJ. Bertubi-tubi Anwar dikutuk. Rupa-rupanya UMNO lebih lunak dan mesra dengan Regim Zionis.


Sebarang hubungan dengan rakyat Regim Zionis samada politik ,ekonomi, ketenteraan, keselamatan adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat Palestin.


Adakah kita tidak tahu bahawa semua syarikat Zionis adalah penyumbang utama kepada Regim Zionis yang mana sumbangan itu digunakan untuk membunuh rakyat Palestin.


Jika syarikat-syarikat Zionis seluruh dunia seperti Starbucks yang beroperasi di Amerika boleh menyumbangkan kewangan kepada Regim Zionis apatah lagi syarikat yang beroperasi di Israel yang mana syarikat Malaysia boleh berdagang dengan mereka dengan izin Kerajaan UMNO Malaysia.


Inilah celakanya UMNO. Demi ekonomi dan duit mereka sanggup khianati perjuangan rakyat Palestin.


Celakanya UMNO, dalam keadaan rakyat Palestin dizalimi di Gaza , Kerajaan UMNO dengan senang hati membenarkan hubungan dagang dengan Regim Zionis.


Wajah-wajah manusia bernama Mahathir, Mukhriz, Najib, Zahid antara manusia yang punya dua wajah. Ada harinya berwajah keris telanjang dan ada harinya berwajah David Star !

Monday, February 6, 2012

Duit siapakah itu?


Tidak diketahui sudah berapa juta RM telah ditabur oleh PMNajib kepada rakyat Malaysia samada Melayu, Cina dan India.

Semuanya duit yang ditabur didakwa PMNajib adalah milik UMNO/BN.

Macam-macam atas nama bantuan untuk rakyat. Ada Kedai1M, ada baucer 1M, BR1M, rumah 1M. Yang bakal ada barangkali tandas 1M.

Bagi yang berpandangan cetek lagi nipis senipis bawang, bersorak sakanlah mereka mendapat bantuan itu. Ada yang dapat RM500, ada dapat RM200 dan macam-macam.

Bagaimana pula yang berpandangan jauh, sejauh sayup mata memandang ? Duit siapakah itu yang ditabur oleh PMNajib ? Adakah ianya satu pinjaman daripada taukeh-taukeh kapitalis ?

Atau satu bentuk cagaran oleh taukeh kapitalis berpaksikan ekonomi Zionis?

Tergadaikah negara kita ini angkara UMNO? Semuanya adalah jerat dari UMNO/BN untuk rakyat.

Rakyat bakal menjadi mangsa lahapan taukeh-taukeh kapitalis di kala PMNajib bersama Rosmah dan kroninya terbang bebas meninggalkan negara ini.

Wednesday, February 1, 2012

Hasan Ali telanjangi diri sendiri.


Kes Hasan Ali mengingatkan kita kepada kumpulan Islah yang ditubuhkan selepas PAS mengikat kerjasama dengan Semangat 46. Cuma bezanya, Islah bertindak secara kumpulan manakala Hasan Ali di lihat lebih kepada individu.

Kumpulan Islah pertama timbul hasil daripada tindakan pimpinan PAS membawa PAS menjadi ahli kompenen BN tahun 1974. Hasil kerjasama itu MB Kelantan daripada PAS.

Kumpulan Islah kedua wujud hasil ketidakpuas hati ahli PAS terhadap pimpinan PAS yang berkerjasama dengan S46. Mereka berdalilkan S46 adalah berkulitkan UMNO juga. Hasilnya mereka bertanding melawan calon PAS dan hilang wang pertaruhan ! Dan PAS berjaya menawan semula Kelantan tahun 1990.

Mulanya kumpulan Islah mendapat simpati ahli PAS bawahan, tetapi apabila kumpulan Islah mula menyerang dan memaki hamun pimpinan ulamak PAS, nilai moral kumpulan Islah jatuh merudum.

Begitulah juga kisah Dr Hasan Ali. Beliau hebat dengan ucapan motivasi. Malangnya beliau tidak dapat bezakan antara bidang motivasi dengan politik.

Barangkali mulanya simpati terhadap beliau daripada ahli PAS adalah tinggi. Bahkan ramai yang sayangkan beliau dengan memberi nasihat agar beliau banyak bersabar dan membuat rayuan.

Malangnya tindakan beliau menghentam dasar parti dan pimpinan dengan ucapan persis Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan sewaktu dengannya menimbulkan tandatanya ahli PAS yang mulanya simpati dengan beliau.

Dulunya ahli menganggap krisis beliau bersifat peribadi dengan Khalid Samad. Tetapi akhir-akhir ini melihat kepada ucapan beliau macamlah beliau begitu gilakan jawatan terutama jawatan MB seperti yang ditawarkan oleh UMNO Selangor pasca PRU 12 !

Ucapan beliau di pentas penuh dengan kutukan terhadap pimpinan PAS, ego, sombong dan takbur.

Hasan Ali kini bukan lagi dikenali sebagai bekas pimpinan PAS, pakar motivasi tetapi jelmaan semula pegawai BTN.

Monday, January 9, 2012

PEMBEBASAN ANWAR : Mahathir dah beli tiket ....?


Anwar Ibrahim di bebaskan semasa PMNajib berada di angkasaraya menuju Kuala Lumpur dari Afrika Selatan.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana kepulangan PMNajib sebaik menjejak kaki di bumi Malaysia sekiranya Anwar di hantar ke Penjara Sungai Buloh.

Barangkali kapalterbang yang membawa PMNajib terpaksa berpatah balik ke Afrika Selatan akibat tidak dapat mendarat kerana bantahan rakyat di lapangan terbang.

Pelbagai lapisan rakyat menyambut gembira pembebasan Anwar sehinggakan MB Kelantan TG Nik Aziz berpuasa sunat kesyukuran.

Pembebasan Anwar amat bermakna bagi rakyat yang cintakan keadilan. Ianya satu langkah ke depan daripada 1000 langkah menuju Putrajaya. Perjalanan masih jauh lagi.

Banyak lagi kerja yang belum selesai untuk membersihkan sistem keadilan dan kehakiman negara ini.

Kes Anwar ini "menyangkut" beberapa individu. Antaranya :
1) Penggunaan wang zakat oleh Menteri Jamil Khir.
2) Pendakwaan ke atas Saiful atas tuduhan palsu.
3) Pemecatan Hasan Ali dari PAS kerana ulasan kes ini.

Apapun, barangkali Mahathirlah agaknya manusia yang paling kecewa dengan pembebasan Anwar. Mahathir masih tidak lena tidur bahkan dalam tidurnya diganggu mimpi-mimpi yang menggerunkan seperti melihat Hosni Mubarak di usung turun naik masuk mahkamah.

Barangkali Mahathir juga teringat ramai "kawan-kawan" nya sudah tiada seperti Hakim Hacks, Hakim Ariffin Jaka dan AG Mokhtar.

Apakah Mahathir tidak sedar lagi keadaan sekelilingnya ? Adakah Mahathir belum sedar lagi mengapa Tuhan masih memberinya peluang untuk hidup ?

Saturday, January 7, 2012

Sekeping gambar membawa 1001 makna dan pengertian.

Sekeping gambar membawa 1001 pengertian. Apa tafsiran anda tentang gambar ini?

1) PM adalah Rosmah.
2) Najib terkebil-kebil tunggu Rosmah selesaikan ucap selamat. "Takut" benar Najib pada isterinya ?
3) Tengok lagak cara Rosmah melayani VIP lain. Macam lagak PM.
4) Adakah ada unsur sabotaj untuk malukan PMNajib dengan penyiaran gambar ini?
5) Pembaca berita TV3 telah memohon maaf atas "kesasulan"nya menyebut PM sebagai Anwar Ibrahim. Bagaimana dengan Pengarang Utusan, dah mohon maaf ?
6) Adakah ini tandanya Malaysia bakal mendapat PM Wanita yang pertama ?

Apapun ini penyiaran gambar ini berlaku di ambang Anwar Ibrahim bakal dihumban ke penjara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...