ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, June 12, 2013

Tutup kedai atau pecat pekerja ?



Baca betul-betul analogi ini :

Ada dua lelaki yang diamanahkan untuk menjaga kedai dakwat. Tuan punya kedai itu mengamanahkan agar dua lelaki yang diamanahkan berniaga dakwat itu bersifat amanah,jujur,telus,bercakap benar dan ramah mesra dengan pelanggan.

Tuan punya kedai itu memberikan duit yang banyak supaya dua lelaki itu membeli dakwat yang berkualiti untuk di jual kepada pelanggan.

Malangnya, dua lelaki itu tidak amanah, penipu dan tidak mesra pelanggan.

Dua lelaki itu membeli dakwat yang tiada kualiti bahkan kena goncang dulu untuk menggunakannya.

Apabila pelanggan mempersoalkan mutu dakwat itu, dengan bongkak dan angkuh mereka berdua menjengkelkan teguran itu bahkan mempermain-mainkannya.

Akhirnya,pelanggan-pelanggan yang rasa ditipu oleh dua pekedai itu berkumpul untuk membantah perangai buruk dan angkuh dua lelaki itu.

Bantahan itu dijawab oleh dua pekedai itu dengan jawapan, "Kami dilantik oleh tuan punya kedai ini untuk jaga kedai ini, jika kamu tidak puas hati, sila mengadu kepada orang yang melantik kami untuk jaga kedai ini...... dia yang berhak memecat kami"

PERSOALAN :
Apa perasaan tuan punya kedai itu jika beliau mengetahui bahawa dua lelaki yang diamanahkan untuk jual dakwat itu bersikap menipu,tidak amanah,kurang ajar bila menjawab bantahan pelanggan dan angkuh terhadap pelanggan ?

Adakah tuan punya kedai itu bangga dengan dua lelaki itu?

Atau malu dengan tingkahlaku dua pekerjanya yang penipu,angkuh dan sombong terhadap pelanggan?



Tuan punya kedai : Yang dipertuan Agong.
Dua lelaki : Aziz dan Ahmad
Kedai dakwat : SPR
Pelanggan : Parti politik


2 comments:

C++ said...

Bhai Tok Pepijat...

Stakat nih tuan punya kedai masih tak tau apa-apa... Malah tuan punya kedai pun tak turun tengok apa dah jadi dengan kedai dia. Maybe la tuan punya kedai masih lagi tertidur..

(tiada kena dengan yang hidup maupun yang dah mati)

Anonymous said...

Tuan kedai tak nak amik tau masalah yang dihadapi. beliau dah bayar gaji pekerja dengan lumayan untuk jalankan tanggungjawab yang diamanahkan tapi gaji tu sebenarnya amik dari tabung koperasi...shish...

beliau ada beratus2 lagi kedai lain yang boleh bawak untung kat dia. takat bisnes dakwat, beliau lgsung tak kisah.ada apa hal, kata beliau.biarlah 2orang pekerja itu yang yang menjawab tuduhan yang dilemparkan.

p/s... ada khabar desas bin desus, dakwat tak kekal sebab itu 2 orang pekerja kepercayaan sudah sebat $ modal. komponen dalam ink sudah dikurangkan mutunya, itu pasal tak kekal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...