ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, February 25, 2009

Luasnya mulut dia........siapa boleh ukur weeh?



Menteri Pelajaran Hishamudin masih berdolak dalih tentang PPSMI. Cuba kita lihat kronologi sikap buruk sepupu Najib ini:


1) Tahun awal 2008 beliau berjanji untuk beri keputusan tentang PPSMI samada diteruskan atau dimansuhkan pada akhir 2008. Pada akhir 2008 buat dalih lagi kononnya akan berlaku kecelaruan kepada pelajar dan guru jika dibuat perubahan pada 2009.


2) Mendakwa tidak berlaku adil kepada pelajar jika dibuat perubahan mendadak. ( Sebenarnya untuk anaknya kerana anaknya belajar di sekolah swasta).


3) Mendakwa GAPENA baru membantah PPSMI sedangkan telah berjalan 6 tahun.


4) Mendakwa pembantah PPSMI hanyalah golongan terpencil (minoriti).


5) Mendakwa keputusan mesyuarat Meja Bulat sebanyak 7 kali menyokong PPSMI ( Dalam mesyuarat itu, golongan anti PPSMI tidak diberi ruang yang sepatutnya untuk menyuarakan pendapat dan antara dijemput adalah orang asing iaitu dari Australia)


6) Mula lepaskan tanggungjawab dengan mengatakan PPSMI dimulakan bukan di masa beliau jadi Menteri Pelajaran.


6) Terkini beliau akan beri keputusan PPSMI pada bulan April. ( Selepas sepupunya Najib jadi PM).


Kalau kita lihat kronologi ini tentang sikap Hishamudin, diyakini PPSMI tetap diteruskan. Percayalah.

PPSMI adalah satu dasar yang “celaka” yang digubal oleh yang “celaka” dan di teruskan oleh yang “celaka”.


Cakap orang politik Hishamudin adalah cakap lidah bercabang. Cakapnya memperbodohkan rakyat. Lagaknya sombong dan penuh keegoan. Jenis tidak sedar diri. Orang macam ini perlu di"ajar" ! Samada dilontar terompah kayu atau selipar jepun !

Siapa boleh ukur saiz keluasan mulut Hishamudin ketika beliau menjerit setiap kali berucap depan budak-budak hingusan UMNO? (lihat gambar)

Malangnya Malaysia punya Menteri jenis "pekak badak". Elok benar jenis "pekak badak" berpupu dengan "si pengembala kambing hitam".

Wednesday, February 18, 2009

Gary Hart dan Elizabeth Wong


Lewat tahun 80an, seorang calon Demokrat bernama Gary Hart di katakan mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon Demokrat untuk bertanding kerusi Presiden Amerika. Media Amerika mensensasikannya untuk menduduki White House.

Malangnya langit cerah bertukar mendung bagi Gary Hart gara-gara satu insiden yang "biasa dan lumrah" bagi kehidupan orang awam Amerika tetapi amat buruk bagi yang bercita-cita menjadi pemimpin Kuasa Besar Dunia itu.

Seorang wartawan berjaya merakamkan gerakgeri Gary semasa melangkah masuk ke dalam kediaman seorang wanita muda pada waktu petang. Kemudian dilaporkan Gary keluar dari kediaman itu keesokkan harinya waktu pagi.
Wartawan itu tidak tahu apa yang terjadi sepanjang Gary berada didalam rumah wanita muda itu. Jauh sekali merakamkan adengan yang berlaku. Sudah pasti tiada penyebaran gambar!

Tetapi persepsi dan spekulasi orang ramai tidak dapat dielakkan. Rakyat Amerika boleh menerima kehidupan bebas, berkedudukan, zina, arak tetapi mereka tidak mahu pemimpin mereka yang rendah moralnya.

Gary mengambil sikap bertanggungjawab dan menarik diri dari bertanding calon Demokrat. Walaupun perilakunya diragui tetapi beliau bersikap bermaruah. Beliau tahu maruah adalah suatu yang perlu ada bagi seseorang pemimpin.
Itu di Amerika. Negara yang jauh sekali mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan rakyatnya.

Sesungguhnya tindakan yang diambil oleh Exco dan ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong amatlah terpuji. Beliau lebih penting kepentingan umum dari peribadi. Kesediaan melepaskan jawatan Exco dan kerusi DUN adalah pilihan bermaruah dan tepat. Semuanya bukan kerana desakan Khir Toyo tetapi mengambil kira soal maruah.

Beliau perlu berehat dan melupakan seketika dunia politik(bersara sementara). Lagipun usianya masih muda jika beliau kembali semula ke arena politik selepas 5 tahun kira-kira umurnya baru 42 tahun. Politik Malaysia amat perlukan orang seperti beliau kerana kerajinan, kesungguhan dan komited membela rakyat.

Kita mengharapkan Elizabeth Wong gunakan masa rehatnya ini untuk bermuhasabah diri. Alangkah eloknya jika beliau mengkaji Islam. Kelemahan beliau kini yang menyebabkan dirinya jadi mangsa politik adalah kerana kelonggaran berugama. Mungkin beliau tercari-cari erti ketenangan jiwa. Nah! inilah masanya yang sesuai.

Semoga Elizabeth Wong kembali dalam arena politik nanti dengan wajah, semangat dan penampilan baru. Lebih cantik dan moleknya dengan penampilan seorang muslimat ! Sama-sama kita doakannya. Ini tidak mustahil kerana hidayah adalah milik Allah jua dan Dia berhak memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Saturday, February 14, 2009

Kita Senasib


Bulan Februari baru 15 hari tetapi isi bilah harinya penuh malang buat mereka. Adakah mereka ini bernasib malang akibat kejahatan dan kezaliman yang mereka lakukan ? Siapakah mereka itu ?
Ayuh kita lihat nasib mereka yang malang ini:

1) Israel Zionis
Setiap hari dan saat penduduk dunia mengutuk mereka. Benderanya dibakar dan dipijak. Sifat kebinatangan mereka di Gaza terus dicemuh dan dimaki oleh warga dunia berbilang kepercayaan. Dutanya di Bolivia dan Venezuala dihalau. Dutanya di Norway dibaling kasut dan kemuncaknya Presidennya dihentam oleh PM Turki Erdagon di hadapan jutaan mata warga dunia.

2) 4 orang ADUN Perak berada dalam tekanan yang hebat. Dihina dikeji dan dimaki akibat khianati rakyat. Ada ibunya yang diherdik. Ada penjual tidak mahu menjual kepada keluarganya. Nama mereka dicatat sebagai pengkhianat dalam lembaran sejarah Perak. Dan kemuncaknya mungkin mereka berempat alami tekanan jiwa yang dahsyat. Bumi Perak terlalu dirasakan "sempit" buat mereka.

3) Nasib TPM Najib semakin malang. Pertamanya Sirul mendakwa dirinya dijadikan scapegoat oleh MANUSIA yang tidak berada dalam Mahkamah. Siapakah MANUSIA itu?

Keduanya, tidak pernah dalam Sejarah Moden Malaysia gambar mana-mana Timbalan Perdana Menteri dipijak-pijak. Tidak Pernah ! Tapi sejarah mencatatkan pada 6hb lalu gambar TPM Najib dipijak-pijak oleh rakyat.

Ketiga, mengikut rekod ucapan pidato Presiden PAS TG Abd Hadi Awang TIDAK PERNAH mengecam terlalu keras mana-mana individu dalam ceramahnya sepanjang kariernya dalam politik sejak 1978 MELAINKAN ucapan di kediaman MB Nizar pada 13hb lalu Ustaz Abdul Hadi berkata: "Belum dapat kuasa sudah tunjuk jahat, saya bimbang kalau sudah jadi Perdana Menteri nanti, hancur negara dibuatnya."
Di akhir ucapannya, dengan nada lantang, beliau menyeru agar rakyat bersama-sama segera "mencantas pemimpin negara yang akan menjahanamkan negara".

4) Pengarah filem Fitna yang juga Ahli Parlimen Belanda Geert Wirders dihalau dari Britain macam anjing kurap setibanya di Lapangan Terbang Heathrow pada 12hb lalu. Nasibnya bakal menjadi seperti Salman Rushdie.

5) Dr Zambry Kadir tidak disebut namanya langsung oleh pengacara majlis dalam Majlis Santapan Diraja Sempena Jubli Perak Sultan Perak pada 14hb yang lalu. Itulah nasibnya sebagai MB Kudeta pilihan Najib. Apakah itu satu petanda Sulta Perak telah "sedar" kesilapan baginda tempoh hari? Hanya Allah Maha Mengetahui.

Februari ada 13 hari lagi. Apakah baki harinya bakal penuh berita-berita gembira buat pencinta kebenaran. Harap begitulah....InsyaAllah.

Thursday, February 12, 2009

Insan yang bernama Karpal Singh


Nama Karpal Singh sudah sinonim dengan mahkamah dan DAP. Dimana ada kes high profile, di situlah nampak kelibat Karpal Singh. Jawatan Karpal dalam DAP adalah Pengerusi. Tidak pasti dalam DAP jawatan mana paling tertinggi samada Setiausaha Agung atau Pengerusi.

Mungkin seperti dalam PAS iaitu jawatan Mursyidul Am dan Presiden. Jika dalam PAS jawatan Mursyidul Am di sandang oleh orang paling lama dalam PAS, paling berpengalaman dan paling berilmu. Begitu juga Presiden. Biasanya di sandang dari golongan ulamak.

Barangkali dalam DAP kedua jawatan tertingginya di sandang oleh orang paling kuat berpegang ideologi Sosialisme dan Sekular.

Begitulah kita lihat pada tubuh badan Karpal. Beliau tidaklah tergolong dari penganut Sikh yang "takwa" jika melihat pada kepalanya yang tidak pernah berserban seperti pembaca berita RTM Harjit Hullon Singh.

Kelebihan Karpal beliau berpegang teguh prinsip ideologinya. Semua yang dilihatnya bercanggah dengan prinsip sekularnya akan disanggah termasuk Sultan.

Aksinya pada kita mungkin kurang manis dan biadap tetapi melihat pada hujahnya berpandu ilmu "laywer" nya (bukan loyar buruk) membuatkan kita berfikir dua kali. Beliau berani nak saman Sultan Perak kerana beliau tahu baginda pakar undang-undang. Macam buku bertemu ruas. Mungkin dengan Sultan lain beliau tidak berbuat demikian kerana beliau tahu ilmu Sultan lain tentang perundangan tidak setinggi Sultan Azlan.

Kelemahannya pula beliau tidak pandai pakai "bahasa berlapik". Kadangkala kelemahan ini dimanipulasikan oleh musuh. Lihat seperti kes hudud semasa PRK Kuala Terengganu dan terkini isu Perak.

Jika di PRK Kuala Terengganu "celupar" mulut Karpal dianggap isu Agama, manakala di Perak pula dilihat sebagai isu Melayu. Berbuih mulut pula pemimpin Anwar, TGHA dan TGNA menjelaskan perkara yang ditimbulkan si Karpal Singh ini.

Terfikir juga elok juga Karpal ini dikeluarkan dari PR. Tapi bagaimana caranya ? Insan seperti Karpal tidak banyak pengikut berbanding Lim Kit Siang dan Lim Eng Guan. Mungkin ramai pengikut Karpal dari Sister in Islam.

Apapun kehadiran Karpal Singh dalam politik Malaysia menambah seri dan kemeriahan suasana. Mungkin tanpa kelibatnya, politik Malaysia sepi dan kaku.

Cuma dalam zaman ramai orang politik "hilang" ini, jika Karpal juga hilang sebut sahaja "HUDUD" nescaya pantas muncul kelibatnya dan kedengaran "dehem" suaranya. Itulah kelebihan Karpal.
Mengenai "celupar aksinya" seeloknya kita ucapkan " biarkan si Karpal duduk atas kerusi rodanya....biarkan....biarkan".

Saturday, February 7, 2009

Hari ini gambar dipijak esok kasut singgah.......


Sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Husien Onn, Dr Mahathir dan Pak Lah, kita tidak pernah lihat gambar mereka semua dipijak akibat kemarahan rakyat. Cuma semasa peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim mungkin gambar Dr. Mahathir dikoyak. Tetapi tidak sampai dipijak. Jauh sekali ketika mereka semua menjawat Timbalan Perdana Menteri. Rakyat ceria dan gembira dengan perlantikan mereka semua. Tiada isu kontroversi buat mereka.


Tetapi tarikh 6hb Februari 2009 hari Jumaat di Bandar Diraja Kuala Kangsar mencatatkan satu sejarah negara yang amat ngeri bagi TPM Najib apabila gambarnya dipijak-pijak oleh golongan muda. Sama taraf dengan kemarahan penduduk dunia terhadap kejahatan Zionis di Gaza.


Apakah gerangannya yang menyebabkan gambar Najib yang belum lagi menjawat jawatan Perdana Menteri dipijak-pijak? Semuanya alamat ngeri bagi Najib.


Semarah-marah Melayu UMNO Pulau Pinang terhadap mantan KM Tsu Koon sekadar cabut gambar dan koyak.


Peristiwa di Kuala Kangsar petanda buruk bagi Najib. Semua rakyat terutama umat Melayu Perak jijik melihat perlakuan jahat Najib yang merompak jawatan MB Perak.


TPM Najib menyedari imejnya hodoh di mata rakyat. Sebab itulah beliau tidak hadir dalam Majlis Tahun Baru Cina di Ipoh malam ini. Mungkin beliau takut kasut singgah di mukanya yang boleh menyebabkan kemerahan wajahnya di paras maksima!

Friday, February 6, 2009

Sultan-Rakyat bergaduh.....UMNO senyum puas.


UMNO berjaya melagakan Istana dengan Rakyat di Perak. Jika selama ini UMNO dikenali makhluk paling celaka yang suka menghina Institusi Istana(lihat kes Sultan Terengganu) dan UMNO perlu pulihkan imejnya yang teramat kotor dan jijik di mata umat Melayu setelah tumbang di PRK Kuala Terengganu. Caranya lagakan rakyat Melayu khususnya PAS dan PKR dengan Istana.

Hasilnya Sultan Perak berjaya dipergunakan termasuk Raja Mudanya sekali. Rakyat mungkin hairan bagaimana Sultan dan Raja Muda yang begitu arif tentang perundangan begitu mudah tertipu dengan tipudaya jahat UMNO.

Nampaknya rancangan jahat UMNO berhasil di Perak. Lihatlah bagaimana perasaan umat Melayu terhadap Sultan mereka di Perak.


Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia Moden, rakyat berjubah, berserban,tua muda, lelaki perempuan sanggup keluar di jalan raya di Bandar Diraja membantah keputusan Sultan yang ditipu oleh UMNO.


Selama ini, rakyat umat Melayu khususnya PAS amat menghormati Sultan dan Raja Melayu. Mereka sanggup membela Sultan dan Raja Melayu yang dihina UMNO( lihat kes Sultan Terengganu, pertabalan Sultan Kelantan Baru dan pindaan perlembagaan 1988). Kini kita tidak boleh menjamin apakah rakyat umat Melayu masih menghormati Sultan Perak dan Institusi Istana di Perak?

Jika Presiden PAS pergi ke makam Almarhum Yang Dipertuan Besar NS untuk solat jenazah ghaib dan beliau mengatakan almarhum baginda ada berjasa kepada PAS semasa UMNO cuba buang Islam dari PAS, apakah pula alasannya buat Sultan Perak jika sudah kembali ke rahmatullah. Apakah jasa baginda? Memecat MB PAS dan menyokong UMNO?


Kita percaya perancangan jahat UMNO bukan sahaja melagakan Istana-Rakyat bahkan tidak mustahil perpecahan di kalangan Raja-Raja Melayu akan berlaku.


Sultan Perak perlu menyedari kejahatan UMNO. Hari ini baginda lepaskan"anjing tersepit", mungkin esok hari "anjing" itu akan mengigit baginda pula. Itulah perangai UMNO dulu, kini dan selamanya.

MB Nizar sahut panggilan Kamunting?


Krisis perlembagaan di Perak berbeza dengan krisis di Terengganu dan Perlis semasa pasca pilihanraya PRU 12 Mac 2008. Mari kita buat perbandingan :


i) Sultan Terengganu tidak mahu MB Idris Jusoh, tetapi baginda tetap berkenan dengan mana-mana ADUN UMNO untuk jadi MB. Baginda tidak pula memandai-mandai mahu ADUN PAS jadi MB kerana baginda tahu menghormati pilihan rakyat dalam pilihanraya. Baginda tidak "merosakkan" imej baginda di mata rakyat . Baginda tetap menghormati majoriti rakyat memilih BN untuk terajui Terengganu.

Perkara yang sama berlaku di Perlis. Raja Perlis tidak berkenan dengan MB Shahidan Kassim. Tidaklah pula baginda mahu calon tunggal PAS(sebelum Ust Hashim Jasin diisytiharkan menang) jadi MB Perlis.

Bahkan Sultan Terengganu dan Raja Perlis mendapat sokongan segala rakyat jelata dalam menghadapi krisis tersebut. Rakyat bertambah sayang dan kasih kepada Sultan dan Raja mereka.

Untuk makluman, Sultan Terengganu dan Raja Perlis tidak pernah jadi Ketua Hakim Negara tetapi baginda berdua "reti bahasa" dengan demokrasi !


ii) Krisis di Perak. Asalnya terlalu mudah untuk di selesaikan. Selepas SPR menolak pilihanraya di DUN Behrang dan Changkat Jering, Sultan Perak sepatutnya sudah dapat baca kesan politik yang bakal di hadapi di Perak. Baginda sewajarnya membubarkan DUN untuk memberi peluang kepada rakyat memilih semula kerajaan negeri. Malangnya baginda memilih untuk "berperang" dengan rakyat.

Peliknya mengapa Baginda tergamak "memutuskan hubungan" dengan rakyat jelata tetapi menjalinkan hubungan mesra dengan "perompak harta rakyat" selama 50 tahun? Bahkan dengan "pengguna tegar C4" ?


Jika baginda berbuat demikian kerana murka dengan MB Nizar dan Kerajaan Pakatan Rakyat memberikan geran 999 tahun kepada orang Cina yang miskin dan warga negara di kampung baru , tetapi mengapa baginda tidak murka dengan pemberian puluhan ribu ekar tanah Melayu kepada kroni UMNO dan taukeh cina yang kaya raya semasa pemerintahan UMNO di Perak selama 50 tahun?

Adakah kerana UMNO bagi komisen kepada Istana?


(Raja Nazrin ungkit tentang British ambil Tanah Melayu 60 tahun yang lalu di satu seminar di KL, tetapi membisu dengan kejahatan UMNO memberi puluhan ekar tanah kepada taukeh cina, merampas tanah rakyat dan bagi kepada pemaju, sekat bantuan kepada Sekolah Agama)


Dulunya rakyat menyanjung tinggi dengan titah baginda dan Raja Muda yang pakar undang-undang. Selepas ini, titah baginda berdua akan dijengkelkan dan dibakulsampah oleh rakyat.


Nampaknya Sambutan Jubli Perak akan di sambut sakan oleh Kerajaan Haram UMNO lantikan Baginda Sultan.

Jika di Kedah Sambutan Jubli Emas di sambut meriah dan didoakan kesejahteraan oleh rakyat jelata, agaknya bagaimana pula di sambutan di Perak?

Pokoknya sambutan Jubli Perak Sultan Perak dimulakan dengan "pertabalan MB Haram UMNO" dan percikan bunga api .......oopps maaf......tembakan gas pemedih mata di masjid! Mungkin ini adalah "hadiah" Sultan Perak buat rakyat jelata.

Untuk MB Nizar pula, mungkin anda akan tidur di Kamunting selama 24 bulan dan gelaran Dato Sri ditarik balik. Inilah harga sebuah kebenaran dan perjuangan suci !

Monday, February 2, 2009

Malangnya nasibmu ...Najib.


Nampaknya permainan politik TPM Najib semakin kotor. Setelah tewas di Permatang Pauh dan terkini di Kuala Terengganu, Nafas politik Najib semakin sesak. Lebih-lebih lagi apabila ADUN Bota masuk PR. Sekonyong-konyong Pak Lah hempapkan Najib jawatan no 1 UMNO Perak gantikan Tajol Ghazali. Kegagalan demi kegagalan menghantui Najib.


Sekarang ini Pak lah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh untuk kekal sebagai PM berdasarkan prestasi terkini Najib.

Najib menyedari situasi tersebut. Keadaan Najib semakin terdesak. Beliau tidak lagi mempunyai "C4". Maka tindakan bodohnya "menculik" ADUN Behrang dan Changkat Jering adalah talian hayat politik beliau. Malangnya talian hayat itu dapat di"potong" oleh MB Nizar dengan mengisytiharkan kekosongan kerusi 2 DUN tersebut.


Rakyat Malaysia bimbang melihat cara stail politik Najib. Bermula dengan kes Altahtunya, Bala dan terkini ADUN Perak, kesemuanya amalan "matlamat menghalalkan cara".


Persoalan di pemikiran rakyat adakah Malaysia akan merana mempunyai bakal PM seperti Najib?


Apapun kini, Najib umpama seekor harimau yang terkepung dalam kawasan yang kecil dan pemburu-pemburu sedang menghampirinya untuk menangkap harimau itu. Apakah tindakan harimau itu? Sudah tentu akan bertambah garang dan akan bertindak apa sahaja bagi lepaskan diri dari kepungan itu.


Najib sedang di"kepung" oleh bayangan Altahtunya, Anwar, kekalahan 2 PRK dan kesangsian adakah Pak Lah akan serahkan jawatan PM padanya.


Mungkin Rosmah boleh menenangkannya atau menyebabkan pipi dan bibir Najib bertambah merah padam?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...