ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, June 18, 2013

IRAN : Utamakan mazhab dari kepentingan Ummah.

Iran dan Gerakan Islam: Suatu Penilaian semula.


Iran sebuah negara yang mempunyai kekuatan tentera ke 5 terkuat di dunia semasa pemerintahan Shah Iran. Apabila berlaku Revolusi Islam Feb 1979, jatuhnya Shah Iran dan naik Ayatollah Khomeini ke tampuk pemerintahan Iran, kebanyakkan Gerakan Islam di seluruh dunia memberi sokongan kepada Iran.


Gerakan Islam termasuk PAS dan Ikhwanul Muslimin menjadikan Iran satu ikon baru untuk diikuti atau paling kurang sebagai "cahaya baru" bagi Islam bagi sambutan abad ke 15 Hijrah.


Kini setelah 34 tahun lahirnya Repablik Islam Iran, timbul beberapa persoalan tentang peranan Iran terhadap Gerakan Islam seluruh dunia.


Antaranya sikap Iran terhadap Mujahidin di Afghanistan. Iran di lihat lebih mementingkan semangat mazhab dalam menangani isu Afghanistan.

 Ketika Taliban memerintah Afghanistan, Tehran menzahirkan sikapnya menyokong Rashid Dustom yang bermazhab Syiah Ismaliyah yang sesat yang berpengkalan di Mazar e Sharif. Yang mana akhirnya selepas September 11, ianya dinamakan Pakatan Utara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat untuk menjajah Iran.


Walhal Iran yang "bermusuh" dengan Amerika sejak Revolusi Iran lagi, tiba-tiba menyokong Pakatan Utara yang sealiran Syiahnya walaupun Amerika bersamanya.


Begitu juga dengan isu Syria terkini. Syria walaupun mempunyai 74% majoriti Sunnah tetapi pentadbirannya dikuasai oleh 11% pengikut Syiah Alawi.

Walaupun  Syria mengamalkan sistem diktator yang menindas rakyat tetapi Iran dilihat menyokong regim ini atas dasar assobiyyah mazhab sekalipun berlainan Syiahnya.


Mengapa Iran menyokong Basar Assad yang membunuh rakyatnya sendiri? Jika Tehran beralasankan Amerika di sebalik demostrasi itu, mengapa Iran bersama Pakatan Utara yang bersama Amerika menjajah Afghanistan?


Semakin lama sikap mementingkan mazhab Syiahnya semakin terserlah oleh Iran. Iran tidak lagi dilihat oleh Gerakan Islam sebagai ikon yang terbaik buat Gerakan Islam. Kini Turki mengambil alih tugas ini buat Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Libya, Tunisia, Syria dan juga Asia Tenggara.


Iran hanyalah mementingkan menjaga "tempat suci" di Karbala, Iraq, saudara Syiahnya di Syria dan Afghanistan.


Zaman Gerakan Islam mengambil Iran sebagai ikon seharusnya sudah berlalu. Gerakan Islam perlu mengkaji semula sikap Iran di dunia Islam.


Iran hanya mementingkan fahaman karutnya yang dicampur dengan politik demi politik mazhabnya. Dengan campuran "menunggu Imam Mahdi yang hilang dalam lubang" dengan politik Syiahnya suatu yang mustahil bagi Gerakan Islam menaruh harapan terhadap Iran.


Mana mungkin Iran yang berakidah keturunan Imam Husin sebagai Imam Mahdi menerima Sunnah yang tidak menganggap isu Imam Mahdi sebagai perkara akidah yang ketat.


Suatu yang tidak mustahil, Iran boleh bersama Israel jika Israel "meraikan" fahaman Syiah Iran terutama perkara Imam Mahdi dan menikam belakang Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin dan Hamas.


Alhamdulillah, Dr Yusof Qardawi telah melihat dan menyedari politik sepak teranjang Iran. Beliau menyedari kini Iran tidak boleh dipercayai. Bila-bila masa Iran beralih arah demi mazhabnya menyokong Amerika dan Israel.


Permusuhan Iran dengan Amerika dan Israel sekadar "lakonan". Iran menafikan Holocaust dan Israel mengacah menyerang Iran. Hakikatnya mereka amat bimbang dengan kebangkitan Gerakan Islam di benua Arab.

Kita mendoakan di kala Arab Mesir, Tunisia dan Libya berjaya dengan "Arab Spring", anak-anak muda Iran sedang mengorak langkah menjayakan " Persia Spring " untuk kembali ke landasan Islam yang sebenar setelah ratusan tahun bumi Parsi di sesatkan oleh fahaman Abdullah bin Saba'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...