ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, January 31, 2013

Adakah nama anda terselamat?



Hari ini Dr Mahathir masih tidak puas "selit"kan nama Anwar Ibrahim dalam otaknya yang berusia 87 tahun.

Nama Tunku Abdul Rahman yang telah 23 tahun meninggal masih didendami oleh Mahathir.

PMNajib serta Rosmah juga bakal disebut oleh Mahathir. Semua nama rakyat Malaysia bakal "ditelanjangi" oleh Mahathir seperti mana beliau pernah "bogelkan" Raja-Raja Melayu semasa pemerintahan kuku besinya selama 22 tahun.

Jadinya, siapa yang terselamat dari mulut jahat Mahathir?

Berikut nama-nama yang terselamat dari jadi mangsa mulut jahat Mahathir :
1) Marina
2) Mirzan
3) Melinda
4) Mokhzani
5) Mukhriz
6) Maizura
7) Mazhar

Mengapa mereka terselamat? Kerana mereka adalah anak Mahathir ! Hanya tujuh orang namanya selamat dari mulut jahat Mahathir. Bertuahnya mereka !

Sunday, January 27, 2013

MARI IKUT : Cara Orang tua sambut Hari Jadi



Sesuatu yang unik apabila seorang tua berusia 82 tahun membawa kek dari Kelantan untuk sambut hari jadi di rumah "rakan yang memahami perbezaan keduanya" di Pulau Mutiara.


Bahkan orang tua itu turut memotong kek itu di rumah rakannya.

Tentunya berbeza caranya berbanding Dr Mahathir sambut harijadinya ke 87 Julai lalu. Mahathir terbangkan Shah Rukh Khan ke Kuala Lumpur untuk sambut harijadinya.

Apa alamat "mantiq" cara TG Nik Aziz berkunjung ke rumah " musuh hududnya" dan sambut harijadi dan potong kek ?

Ini yang memeningkan Utusan,TV3, MCA dan UMNO.

Barangkali cara TG Nik Aziz tidaklah sehebat Salehudin Al Ayubi kirim doktor mengubati King Richard musuhnya dalam Perang Salib.

Dalam kemelut isu Kalimah Allah dan hudud , tentunya ziarah Mursyidul Am membawa 1001 erti dan makna kepada penyokong PAS dan DAP.

Hasilnya, dalam keadaan Karpal berada atas kerusi rodanya, beliau berkata dengan penuh makna, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya
.

Sebagai imbasan kembali, TG Nik Aziz pernah berkata, " Di dada Karpal ada bulan...."

UMNO dan UTUSAN terduduk kecewa. Diam membisu. Kelu dan kedu. Tidur tidak lena lagi. Kena cari isu lain pula untuk lagakan PAS dan DAP.





AWAS :Anjing gonggong melintasi Laut China Selatan.



Operasi ini pernah dipratikkan di Kelantan dengan kerjasama SPR dan JPN di Kelantan. Hampir berjaya pada PRU 11(2004).

Operasi ini berjaya di Terengganu pada tahun tersebut. Dengan modus operandi menggonggong pengundi di Selangor ke Terengganu dan melewatkan waktu tamat mengundi di Selangor bagi memberi masa pengundi Selangor digonggong semula ke Selangor untuk mengundi.

Kini operasi gonggong bakal berlaku lagi. Siapa pula bakal digonggong pada PRU 13 ?

Giliran pengundi Sabah bakal digonggong lintasi Laut China Selatan menuju Selangor.

"Anjing-Anjing" yang mengonggong pengundi Sabah terdiri dari SPR, JPN dan AirAsia. Dan anjing-anjing ini setia ikut arahan tuannya UMNO yang korupsi.

Wednesday, January 23, 2013

FIKIRKAN : Ada sesuatu yang tidak kena Najib di Gaza.


Cuba anda perhatikan wajah dan gaya berpakaian PMNajib semasa lawatan ke Gaza.

Berbanding dengan lawatan PMNajib ke London, New York, Davos tentunya kita dapati ada perbezaan yang ketara.

Lihat cara berpakaian dan penampilan PMNajib semasa bertemu Ratu Elizabeth atau Obama.

Wajah Najib juga  tidak begitu ceria. Barangkali dia terlalu fikirkan PRU 13 dan ancaman team Muhyiddin. Bertambah dengan rungutan Presiden Mahmud Abbas yang marah kerana tidak melawat Tebing Barat.

Jika di lihat pakaian PM Ismail Haniyeh, tidak menjadi hal. Ini kerana itulah pakaian beliau(tanpa tali leher) semasa acara rasmi, lawatan luar negara dan upacara rasmi.

Berbanding PMNajib. Mengapakah Najib tidak berpakaian seperti semasa berjumpa Obama atau program rasmi? Biasanya Najib akan memakai tali leher dan kot yang kemas.

Adakah bagi Najib ini sekadar program santai-santai sedang pihak Palestin menyediakan satu perbarisan hormat untuknya ?

Adakah pihak Wisma Putra menganggap ini satu lawatan seperti NGO kerana takutkan kemurkaan Amerika yang menganggp HAMAS sebagai pengganas?

Untuk politik dalaman pula, Najib gunakan lawatan ini untuk menunjukkan betapa UMNO amat prihatin dengan nasib Palestin berbanding PAS. Pada hal, tangan kanan Najib bersalam dengan Palestin manakala tangan kirinya menjual sawit kepada Zionis !

Atau adakah lawatan PMNajib ini untuk selesaikan satu "skandal  " besar yang melibatkan orang besar Putera UMNO yang dikatakan cuba pikul guni lebihan derma Palestin ?

Sunday, January 20, 2013

Lagu popular hari ini.



Barangkali lagu yang paling digemari oleh Dr Mahathir ialah "Bangau...Oh Bangau ". Tentunya bapa Mukhriz dan Mokhzani ini suka jika lagu ini dinyanyikan oleh Shah Rukh Khan.

Cuba tanya Mahathir tentang satu soalan ini. Diberitakan duit pampasan itu diserahkan pada zamannya jadi PM.

"Kemanakah duit RM 207 bilion yang telah diserahkan oleh Kerajaan Jepun pada zaman pemerintahannya."

Mahathir akan jawab, " Memang saya dah ambil. Tapi yang teruk lagi ialah Komunis. Depa yang bunuh rakyat kita...sampai hari ini tak bayar satu sen pun.... hang pi minta sama Chin Peng kat Hatyai....."

Atau Mahathir akan jawab, " Memang aku dah ambil.....tapi yang lebih jahat lagi teruk ...Kerajaan British...sampai hari ini depa tak bayar duit selama menjajah kita....."

Bangau...Oh bangau.......

Saturday, January 19, 2013

Wajah pengkhianat negara



RCI membongkarkan ramai watak-watak "pengkhianat negara". Antaranya Dr.Mahathir, Aziz Shamsuddin dan arwah Megat Junid.

Juga pegawai-pegawai dalam Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) dan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR)

Tanya Mahathir, dia kata, "Tunku lebih teruk...".
Tanya Aziz, dia kata, " Saya dah tak ingat..."
Tanya Megat, Dia sudah jadi arwah.

Itu di Sabah 20 tahun yang lalu. Semasa zaman pemerintahan Mahathir.

Kini Mahathir sudah pencen PM. Aziz sudah "nyanyuk". Tetapi SPR dan JPN masih wujud.

Agaknya siapa pula mengganti watak-watak ini semasa zaman PMNajib ?

PM Malaysia - Najib
Pengerusi SPR - Aziz Yusof.
Ketua JPN - Jariah Mohammad.

Adakah operasi jahat  "Parti Syaitan Yang Dikenali" telah,sedang berlaku di Selangor?

Friday, January 18, 2013

Adakah Deepak bomoh atau pencari bomoh....?

Kecoh dahulu tentang berita PMNajib dan Rosmah pakai bomoh dari India. Hasilnya Najib berjaya jadi PM walaupun ada khabar ada usaha menghalangnya jadi PM.

Apabila Deepak mula bising-bising, PMNajib sekadar berkata, "Dia(Deepak) tidak diboleh dipercayai". Dan Rosmah sekadar berkata, "Saya amat sibuk dengan Pandu Puteri".

Ulasan Najib dan Rosmah seolah-olah Deepak ini mempunyai pengaruh dan menyimpan banyak "benda" tentang aktiviti mereka berdua.

Adakah Deepak ini tukang cari bomoh untuk Najib dan Rosmah di India ?

Atau adakah Deepak ini bomoh kepada mereka berdua?

Dan adakah sekarang, Deepak selaku "penyimpan mohor besar Najib-Rosmah" mula "lawan tuan" macam hantu raya lawan tuannya ?

Jenis manusia apakah ini?



 Apabila pembunuhan di Memali, Mahathir cakap ini kerja Musa Hitam.

Apabila mata Anwar lebam di lokap, Mahathir cakap Anwar cederakan diri sendiri.

Apabila pelabur kurang, Mahathir cakap ini kelemahan Pak Lah semasa jadi PM.

Apabila disoal tentang projek anaknya di Petronas, Mahathir kata mengapa tidak tanya anak Pak Lah juga dapat projek.

Dan apabila RCI terbongkar, Mahathir kata Tunku Abd Rahman lebih teruk daripadanya dan dia buat RCI "ikut undang-undang".

Pada diri Mahathir, seolah-olah dia "maksum" dari dosa, kelemahan dan kesalahan.

Jika benar-benar dia bersalah, dia akan mengaitkan dengan nama orang lain. Dia adalah "bersih".

Padanya, dialah PM terbaik. Padanya, selama 22 tahun Malaysia aman,makmur dan bagus semasa pemerintahannya.

Dikala, Marcos dan Suharto sudah "hidup" dibawah tanah, Mahathir masih dengan lagak sombong dan angkuh.

Dikala, Hosni Mubarak dalam nyawa-nyawa ikan, Mahathir masih dengan "lagak Firaun"nya.

Jenis apakah manusia ini ?

Apakah dengan gabungan "nyanyuk,ego,sombong,angkuh,firaun" dinamakan MAHATHIRISME ?



Tuesday, January 15, 2013

GEMPAR : Babi hutan masuk forum .....?

Ahli panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin begitu ghairah mengaitkan binatang-binatang dalam aksi biadapnya menghalang seorang mahasiswi meneruskan ucapan.

Analogi beliau tentang binatang-binatang bermula kucing, anjing....kemudian dengan cepat beliau  menyebut LEMBU...kambing (barangkali beliau takut Ketua Wanita UMNO marah kepadanya menyebut lembu....)

Bekas Timbalan Ketua Wanita KIMMA (KIMMA adalah parti yang di anggotai oleh India Muslim) lupa untuk membuat analogi tentang babi hutan.

Antara sifat semulajadi babi hutan ialah menyondol apa sahaja dihadapannya tanpa mempedulikan samada ianya pagar atau apa saja halangan. Yang penting bagi babi hutan untuk mencapai matlamat apa yang dihajati.

Jika dalam satu majlis atau forum, seseorang ahli panel bangun menuju kepada penyoal kemudian dengan biadap menghalangnya memberi pandangan dan tidak sabar untuk mendengar pandangan. Itu namanya kurang ajar dalam majlis.

Mana ada dalam majlis forum yang penuh tertib , seorang ahli panel bersikap sebegitu kecuali ikut perangai babi hutan. Menyondol dan menyondol tanpa peduli apa sahaja di hadapan.

Di dalam majlis atau forum, kita tidak boleh ikut perangai babi hutan. Kita kena tahu adab majlis atau forum.

Moga selepas ini, mantan Timbalan Wanita KIMMA tidak lupa buat analogi tentang babi hutan.

Sunday, January 13, 2013

Pasca HKR : Polis telah berguru dengan guru yang sebenar.


Menjelang HKR, IGP Ismail mengeluarkan kenyataan bahawa PDRM mahu belajar dari peristiwa dahulu(BERSIH) dan mahu jadikan HKR satu peristiwa yang bersejarah.

Terbukti HKR berjalan tanpa peristiwa dan perkara yang tidak diingini. Berjalan penuh aman,harmoni dan ceria.

Kalau sebelum ini, PDRM membayangkan setiap perhimpunan pembangkang akan huru hara, kini semuanya adalah palsu semata-mata. Pembangkang boleh diajak berunding dan bekerjasama demi keamanan.

Sebenarnya PDRM mendapat pengajaran yang penting hasil HKR. PDRM kini tahu siapa yang patut mereka "berguru".

Selama ini PDRM asyik berguru dengan "Syaitan Yang Dikenali" yang terdiri dari sebesar-besar "syaitan" seperti Menteri,Ketua Bahagian, Ketua Cawangan hingga sekecil-kecil "syaitan yang dikenali" seperti JKKK. Bukan setakat berguru bahkan PDRM "amat kecut dan takut" dengan suku sakat "syaitan yang dikenali".

Hasil "berguru dengan Syaitan Yang dikenali" , imej PDRM buruk di mata rakyat.

IGP Ismail, jika PDRM berguru dengan guru yang sebenar , imej polis pulih dan dikenang rakyat. Bukankah PDRM dan Rakyat....sehati sejiwa ?




Pasca HKR : Tiada yang benar melainkan bohong dan dusta....






Semasa BERSIH mahu diadakan pelbagai tohmahan dilemparkan oleh barua-barua UMNO. Ada yang kata ada unsur komunis. Ada yang jumpa senjata. Ada yang tuduh peserta BERSIH bawa senjata, ganas dan jahat.

Semalam membuktikan semuanya bohong. HKR adalah ibu segala BERSIH. Tiada satupun aksi keganasan terjadi.

Semua peserta gembira,ceria dan harmoni. Anggota polis tiada tekanan dengan bertugas penuh dedikasi.

Tiada FRU. Tiada aksi kejar mengejar, sepak menyepak dan tangkapan. Depoh tahanan polis tiada penghuni dan tiada hidangan nasi biryani !

Semuanya terjadi kerana satu faktor sahaja. Iaitu apabila UMNO tidak campurtangan urusan PDRM, suasana adalah aman dan harmoni.

UMNO punca segala huru hara dan keganasan ! Ini satu fakta.

Pasca HKR : Abang Polis tenang, ceria dan gembira.


Jika dulu sebelum BERSIH berlangsung, abang-abang polis dengan wajah serius, garang, mata merah kerana tidak cukup tidur dan puluhan taklimat dari atasan Bukit Aman.

Mengfhadapi BERSIH, abang-abang polis terpaksa diangkut dari seluruh negara menuju ke KL. Trak-trak merah FRU dari seluruh batalion bergerak bagai menuju ke medan perang. Bukan menghadapi musuh tetapi menghadapi rakyat sendiri.

Kini semasa HKR semalam, semuanya bertukar wajah. Semua abang-abang FRU  "tidur" di markas masing-masing. Tiada sibuk isi air asid dalam trak. Tiada sibuk mengisi kelongsong peluru gas dalam senapang.

Buat pertama kalinya KL aman dan bersih dari trak dan topi merah FRU !

Nikmatnya abang-abang polis jika Bukit Aman tidak layan campurtangan Menteri Polis Hishamudin.




Pasca HKR : UTUSAN masih tertimbun di kedai.






Dikala kebanyakkan akhbar memberikan berita positif tentang HKR, Utusan masih dengan perangai "tandas"nya.

Berbanding akhbar BERITA yang ada menyiarkan secara positif tentang HKR pada BH Tv nya.

Utusan tetap dengan imejnya yang "najis dan porno". Jualannya terus merundum. Mottonya patut ditukar kepada "Pembayar Saman Terbanyak".

Utusan...Tandas, sehati sejiwa...berpisah tiada.

Pasca HKR : Polis dah bosan.





Sebelum HKR, ada beberapa siri BERSIH. Semuanya berakhir dengan tembakan pemedih mata dan semburan air asid dari trak FRU.

Semalam, tiada satupun titisan air asid tertumpah di bumi KL. Dan semalam tiada satupun tembakan gas pemedih mata dari FRU.

Bahkan lebih pelik bin ajaib, tiada satupun trak FRU berada di bumi KL semalam.

Ini semua satu petanda baik buat pemulihan imej PDRM. 

Ini bermakna sebelum ini, iaitu pada BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0 segala aksi PDRM adalah dipengaruhi oleh Menteri Polis UMNO terutama sepupu PM Najib.

Tanpa Hishamudin dan tanpa campur tangan UMNO ...bermakna tiada keganasan dan provokasi dari PDRM.


Thursday, January 10, 2013

Nyawa Morsi dalam bahaya !









Usaha Presiden Muhammad Morsi menyatukan dan mendamaikan dua kumpulan Palestin iaitu HAMAS dan FATAH mengingat kembali usaha Asyahid Abdullah Azam untuk menyatukan kumpulan Mujahidin Afghanistan semasa penaklukan Russia 30 tahun yang lalu.

Ketika usaha Assyahid mula menampakkan positif untuk damaikan kumpulan Mujahidin yang bertelagah, maka pihak musuh yang tentunya didalangi oleh  Amerika, Russia, Britain dan Israel tidak senang dengan berita dan usaha tersebut.

Akhirnya perancangan pembunuhan Abdullah Azam terlaksana dengan pengeboman bom yang dipasang di jalan yang dilalui kereta  beliau bersama dua anak lelakinya Muhammad Ibrahim. Radio BBC melaporkan berita pembunuhannya 30 minit sebelum terlaksana. Sesuatu yang terancang.

Kini, Morsi mengambil "tugas" Assyahid Abdullah Azam untuk menyatukan kumpulan Palestin. Sesuatu yang bakal mengundang ketakutan Zionis dan Amerika serta sekutunya.

Tidak mustahil perancangan sedang dilakukan untuk mengulangi peristiwa yang terjadi ke atas Abdullah Azam 21 tahun yang lalu.

Bahkan Morsi di lihat "amat merbahaya" kerana beliau dari Ikhwanul Muslimin. Lebih-lebih lagi beliau bergandingan dengan bekas "Empayar Uthmaniyyah"  Turki.

Zionis Israel  melihat gandingan Morsi bangsa Arab dengan Reccep Erdogan dari bangsa Turki atas nama perpaduan Solidariti Ummah amat mengancam keselamatan Negara Haram Israel.

Jika Assyahid Abdullah Azam sekadar pemimpin Mujahidin Arab yang tidak memegang tampuk kekuasaaan pun dianggap merbahaya, apatah lagi Morsi  yang memegang tampuk pemerintahan Mesir yang mempunyai 82 juta penduduk  dan Erdogan dengan rakyat Turki 52 juta penduduk.

Penduduk Israel sekitar 8 juta sahaja.

Apapun, perancangan Allah Taala yang terbaik.




Wednesday, January 9, 2013

12 JAN : Polis mahu belajar dari rakyat........





Kenyataan IGP Ismail untuk memberi kerjasama sepenuhnya terhadap Perhimpunan 12 Januari memberi sedikit  "cahaya professional" tentang pemulihan imej PDRM di mata rakyat.

Setelah ratusan peluru gas pemedih mata di"hadiahkan" kepada rakyat dan bertangki-tangki air asid disembur untuk "mandian" rakyat, kini PDRM mula mengorak langkah ke pangkal jalan.

Apa sebabnya?

Ada yang berandaikan atas faktor mantan ex- IGPMusa maka IGPIsmail hendak menonjolkan dia lebih baik dari Musa.
Ada berandaikan PDRM kini sudah "letih" bergaduh dengan rakyat.
Ada berandaikan PDRM sudah bosan jadi "barua" kepada UMNO.

Barangkali PDRM melihat nasib bekas IGPnya Musa Hasan yang di layan umpama "anjing kurap" oleh UMNO, maka kini baru mereka membuka mata seluas-luas.

Hanya ex-IGPRahim dan Hanif Omar masih bergayut di ketiak UMNO.

Polis kini mesti lebih tumpukan operasi tumpaskan penjenayah daripada menjadi "orang suruhan" JKKK,Ketua Cawangan dan Menteri UMNO.

Peristiwa 9 penjenayah membelasah 4 anggota polis sepatutnya membuka seluas-luasnya mata IGP Ismail dan anggotanya betapa inilah akibatnya apabila PDRM menjadi "pak angguk" kepada suku sakat UMNO.

Apapun, kita lihat pada 12 Januari nanti.Adakah IGP Ismail mengotakan kata-katanya atau masih membenarkan sepupu Najib Menteri Polis Hishamuddin mencampuri tugas polis seperti dakwaan Musa.

PDRM sepatutnya mencontohi cara polis di Britain dan Eropah mengawal dan mengendalikan perhimpunan aman.

Semoga anggota PDRM terutama yang pangkat rendah tidak termakan provokasi dan khabar palsu seperti BERSIH 3.0 dulu. Dalam BERSIH 3.0, ramai anggota bawahan PDRM bertindak ganas memukul rakyat dan wartawan kerana sebaran berita palsu tentang kematian anggotanya.

Seperti kata IGP Ismail mahu Perhimpunan 12 Januari ini adalah 'Bersejarah".

Apa itu bersejarah? Di sisi rakyat bersejarah itu adalah polis dan rakyat,sehati sejiwa. Polis dan Rakyat adalah kawan sejati.

12 Januari, tarikh bersejarah untuk PDRM buktikan !

Thursday, January 3, 2013

AMANAT BANGGOL PERADONG : Sifir mudah




Jika amanat ini puncanya berlaku Pembunuhan Memali, sudah tentu TG Haji Hadi ditahan ISA.

Jika amanat ini mengancam keselamatan negara, sudah tentu TG Haji Hadi disumbat dalam Kem Kemunting.

Amanat ini dibuat di waktu ISA belum "dihapuskan" pun TG Haji Hadi tidak di tahan ISA,

bagaimana pula di zaman ISA sudah "dihapuskan", sudah tentu tiada motif yang jelas mengapa ianya dihebohkan.

 Amanat ini diucapkan di kala pimpinan tertinggi UMNO begitu mudah mengucapkan perkataan yang boleh membawa kepada kekufuran.Terutama ucapan Tunku, Mahathir,Husiien Onn dan PMNajib sendiri.

Hasilnya, amanat ini amat banyak berjasa untuk umat Islam demi menyelamatkan aqidah mereka.

Jadinya mengapa UMNO terutama ulamak dan muftinya begitu hebat untuk mengecam amanat ini?

Jawabnya hanya ialah kerana mereka perlu "mempratikkan" sifat semulajadi terompah kayu. Sifat semula jadi terompah kayu ialah untuk membunyikan tapaknya agar orang tahu mereka wujud.

Cuma buruknya terompah kayu ialah tuannya(pimpinan tertinggi UMNO) senang lenang pakai benda ini masuk tandas !

Noh Gadut, Harussani, Fathul Bari...adakah tuan-tuan tidak terhina dengan perumpamaan ini?


Tuesday, January 1, 2013

Amanat Hj Hadi hanya pupus jika.............


Pembunuhan Memali berlaku 1985 manakala Amanat Banggol Peradong(ABP)  tahun 1981. Semasa pasca Peristiwa Memali berlaku, UMNO memomokkan Memali berlaku kerana ABP.

Bahkan ketika Rhusila menjadi tuan rumah Muktamar Agong PAS, media barua UMNO, Utusan cuba memprovokasikan Rhusila bakal menjadi Memali.

Begitu "hebat"nya Amanat Hj Hadi atau Amanat Banggol Peradong(ABP) . Hingga kini UMNO menyimpannya sebagai "peluru" setiap kali menjelang pilihanraya.

ABP andalah antara dua "peluru" yang relevan yang di simpan oleh UMNO. Satu lagi ialah 
"13 Mei ".

ABP untuk tanamkan kebencian orang Melayu kepada PAS dan 13 Mei untuk menakutkan orang Cina.

Sehari dua ini,  ABP dihidupkan dan diperhangatkan kembali. Maka riuh rendah, salak menyalak berlaku.Baik oleh Menteri UMNO,terompah kayu UMNO,warga kaki lima UMNO bahkan Tok Mufti pun begitu "lapar" untuk "menerkam " Presiden PAS ini.

Presiden PAS secara sukarela tawarkan diri untuk muncul di TV  secara langsung selama satu jam. Tawaran ini disambut oleh Menteri Jambatan Terbakar, Rais Yatim dengan bersyarat bersama dengan ulamak yang dipilih RTM (tentunya ulamak UMNO).

Selepas ini, ada lagi pra syarat untuk Presiden PAS oleh Rais. Berjela-jela.

Ini mengingatkan dengan isu Debat di awal 80an dulu. Apabila PAS setuju, UMNO pun menggelabah dan buat pelbagai syarat. Akhirnya terpaksa UMNO minta Majlis Penyimpan Raja-Raja umumkan pembatalan.

Isu ABP tidak akan berkesudahan. Ianya adalah peluru keramat UMNO sama seperti 13 Mei.

Amanat Banggol Peradong(Amanat Hj Hadi) akan pupus dan lupus hanya jika Presiden PAS masuk UMNO atau UMNO menghembuskan nafas terakhir selepas PRU ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...