ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, April 30, 2013

"Permainan" SPR semakin rancak!



Empat tahun dahulu,beberapa hari sebelum PRU 12, sekonyong-konyong SPR batalkan penggunaan dakwat kekal atas alasan ikut nasihat polis demi keselamatan.
Jutaan duit rakyat dibazirkan begitu sahaja.

Kini, benda yang sama berulang.Cumanya tekniknya lain. Dakwat tidak kekal lama. Seperti biasa SPR siap dengan jawapan yang standard.

Adakah ini satu bentuk permainan silap mata SPR dan UMNO untuk batalkan penggunaan dakwat atas alasan seperti 4 tahun dahulu?

Sama-sama kita tunggu.


Monday, April 29, 2013

Putrajaya:Semua beres kecuali SATU.......



Menjelang 5 hari lagi hari mengundi, satu demi satu kota UMNO dan BN runtuh. Berdutung-duyung rakyat menyatakan sokongan kepada PR.

Di Putrajaya kota kemegahan Mahathir dan UMNO, tiada lagi wajah-wajah ketakutan untuk pergi ke program Husam dan PR. Staf kerajaan dengan berani bersama keluarga berbondong-bondong hadiri ceramah PR.

Itulah tandanya Kota Putrajaya bakal bertukar tangan dari orang yang zalim lagi jahat kepada keadilan dan berhati rakyat.

Cumanya, ada satu lagi halangan yang belum dapat diatasi. Dikala PR mendapat sambutan hangat dari rakyat, UMNO menerusi JPN dan SPR sedang mengatur perjalanan warga asing untuk mengundi menjelang hari Ahad ini.

Percayalah, UMNO tidak akan berikan kemenangan percuma kepada PR.

Pengalaman di Terengganu menjelang PRU 2004, sambutan rakyat dan optimis tinggi pimpinan PAS Terengganu terhadap kemenangan begitu menggunung tanpa menyedari JPN dan SPR membuat tipudaya dengan melewatkan masa tamat mengundi, kekecohan di pusat mengundi kerana nama pengundi ditukar tempat mengundi dan undian lebih dari dua kali.

Kekalahan utama PAS di Terengganu adalah kerana SPR melanjutkan masa mengundi di Selangor agar pengundi Selangor sempat balik ke Selangor untuk undian kedua.

Peristiwa dan tipudaya ini bakal berlaku di Selangor kali ini dengan SPR dan JPN mengaturkan pengundi-pengundi Sabah dan warga asing mengundi di Selangor


Jika masalah utama ini dapat diatasi oleh PR, percayalah Putrajaya bakal dirampas dari Kerajaan Kroni !

Awas! Mahathir dan kuncu-kuncunya sedang mengatur sesuatu...........

Tipudaya Allah yang TERBAIK !

Sunday, April 28, 2013

Silap tu Husam....



Dr Mahathir suruh Husam balik Kelantan dan Husam balas balik suruh Mahathir balik Kedah.

Salah tu...Husam, sepatutnya demo suruh Tun bungkus cepat beg pakaian. Lari ke India atau Argentina atau Zimbabwe.

Jika negara tidak terima beliau, suruh Tun cuba mula kehidupan baru di Pulau Solo.Warga di sana masih ingat jasa Mahathir bagi IC kepada mereka.

Saturday, April 27, 2013

Inilah sebab Najib takut berdebat.....


Apabila Najib Razak mengatakan BN tidak akan turunkan harga minyak kerana yang untung adalah orang kaya, pelancong, warga asing.

Adakah ini hujah yang logik, bagus ?

Melihat kepada jawapan Najib ini, barangkali inilah sebab penasihat Najib menasihatkan Najib agar tidak berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Hujah Najib adalah hujah bodoh, memperbodohkan rakyat dan bertaraf pendidikan KEMAS.

Cumanya tinggi satu inci dari JKKK !

Inikah jawapan dan hujah pemimpin Malaysia?

Ini menunjukkan Najib masih diulit dengan perangai bangsawan dan elitis. Tidak turun ke gelanggang mendengar rintihan rakyat.

Masih percaya dengan penasihat-penasihat beliau, " Semua okey, Dato Sri "

Apabila harga minyak naik, semua barang akan naik. Dan ianya berjalan berterusan dan harian. Berbanding dengan BR1M yang diberikan sekali setahun.

Kehidupan rakyat tidak terjejas dengan kenaikkan minyak jika BR1M diberikan setiap bulan sebanyak RM1,000 kepada yang layak.

Malangnya Najib tidak nampak masalah rakyat marhein. Yang difikirkan Najib ialah tas tangan, projek kroni, C4, Mongolia, Kapalselam.

Itulah wirid dan zikir Najib diambang kemusnahan UMNO dan BN dalam PRU 13.

Zahid, siapa pembangkang selepas PRU 13?



Zahid Hamidi mendakwa kononnya ada 3 orang pimpinan pembangkang bakal didakwa atas tuduhan terlibat dengan pencerobohan Sulu.

Beliau juga berkata kesemua mereka akan didakwa "selepas" PRU 13 untuk elakkan dikatakan motif politik.

Timbul pertanyaan, selepas PRU 13, siapa jadi pembangkang ?
Jika BN menang, tentunya Anwar Ibrahim antara yang didakwa.

Tetapi jika Pakatan Rakyat menang, siapa pula bakal didakwa ?

Yang pasti Dr Mahathir antara orangnya. Zahid orang kedua dan Musa Aman orang ketiga?

GEMPAK! Nama 3 orang pengkhianat negara sudah diketahui umum....



Zahid Hamidi kata ada 3 orang pembangkang terlibat dengan pencerobohan Sulu ke atas Sabah.

Memang sah! Semua orang dapat teka....!

Orang yang pertama bernama Anwar Ibrahim.
Orang kedua adalah suami kepada Dr Azizah
Orang ketiga adalah ayah kepada Nurul Izzah.

Betul kan Zahid ?

Friday, April 26, 2013

Bila Chua Soi Lek berbicara....



Bila Mahathir jadi PM
setiap hari cakap bab bina tol, bangunan tinggi, projek tender untuk kroni
ini gua suka

Bila Pak Lah jadi PM
setiap hari cakap bab Islam Hadhari
ini gua benci.....gua suka Porno Hadhari

Bila Najib jadi PM
setiap hari cakap ekonomi pasaran C4, Mongolia, Submarine
wow wow ini lagi ini gua suka


Mengapa Mahathir sokong calon PERKASA?



1) Apabila Pengganas Solo menceroboh Sabah dan membunuh polis dan tentera, Mahathir tergesa-gesa menuju ke Lahad Datu. 

2) Apabila pengundi Cina menyokong penuh Pakatan Rakyat, Mahathir bersama PERKASA , berkempen untuknya dan menjadi Penasihat NGO Rasis itu.

Mengapa begitu sikap Mahathir?

Mahathir bertindak cepat untuk dua perkara diatas bagi menutupi kesilapan dan kejahatan beliau semasa jadi PM .

Semasa Mahathir jadi PM, beliaulah yang memberi IC kepada ribuan pendatang Solo untuk mengundi UMNO.
Apabila pendatang Solo berpaling tadah bahkan membunuh polis dan tentera kita, cepat-cepat Mahthir dengan " muka poyo dan selamba" mengunjungi Lahad Datu konon tunjuk simpati. Tentunya Mahathir berharap rakyat dan anggota keselamatan lupa kisah kejahatannya dengan projek IC.

Sama juga dengan pengundi Cina. Semasa zaman Mahathir jadi PM, beberapa kali sempadan pilihanraya diubah.

Kawasan ramai Cina terutama Selangor,Perak,Johor dipecahkan agar banyak Parlimen dan DUN diwujudkan.Mahathir menyangka pengundi Cina selamanya sokong UMNO dan BN.

Manakala kawasan ramai Melayu, tidak dipecahkan kawasan Parliman dan DUN seperti di Kedah,Terengganu dan Kelantan. Bagi Mahathir,kawasan ramai Melayu adalah penyokong PAS dan ancaman kepada UMNO.

Allah Maha Berkuasa.

Apabila Mahathir melihat ramai pengundi Cina mula menyokong PAS dan PR, Mahathirpun cepat-cepat menonjolkan dirinya seorang rasis supaya orang Melayu lupa kisah jahatnya memperbanyakkan kawasan Parlimen dan DUN bagi bukan Melayu.
bagi orang Cina.

Orang Cina kini sedar,Mahathir adalah seorang rasis bukan negarawan. Teman setianya yang bangsa Cina hanyalah Vincent Tan. Kroninya yang menduduki tempat ke 9 terkaya di Malaysia.Cina lain tetap hidup merempat macam Melayu lain. Yang kaya hanyalah kroni.

Mahathir memang hebat berlakon!


Pemenang Putrajaya bakal PM ?



Mengapa Husam Musa ke Putrajaya? Apa motif dan mesejnya?

Yang pasti ianya keputusan pimpinan atasan yang terdiri dari Presiden dan Majlis Syura.

Barangkali ada yang tersirat.

Kedatangan Husam bukan untuk lawan Tengku Adnan.

Kedatangan Husam mengandungi dua yang tersirat.Iaitu membuka kunci pintu "Kota Putrajaya",simbol pemerintahan dan juga menduduki Sri Perdana!

Mungkin!

Bayangkan jika beberapa peristiwa bakal berlaku. Antaranya Anwar ditangkap atau perkara buruk berlaku keatasnya. Siapa bakal PM?

Tentunya Presiden TG Hadi tidak diterima jadi PM oleh DAP. Lim Kit Siang jauh sekali jadi PM. Siapakah calonnya jika bukan Husam?

Sekadar andaian. Boleh percaya atau jangan percaya!

Thursday, April 25, 2013

Cerdiknya Muhyiddin




Cerdiknya Muhyiddin......

Muhyiddin bagi pangkat E kepada Kerajaan Kedah untuk penggal 2008-2013
-maknanya Kerajaan BN yang tinggal hutang dan banyak korupsi dapat pangkat A+.

Muhyiddin kata calon PAS di Johor tidak pandai isi borang.
-cerdiknya Muhyiddin kerana percaya kepada berita palsu

Muhyiddin kata Husam dibuang ke Putrajaya
 -Muhyiddin tidak sedar kedatangan Husam ke Putrajaya untuk membuka pintu kota Putrajaya!

Muhyiddin cabar PR bagi 200 produk macam BN
-Satu produk PR sama dengan 200 produk BN.

Muhyiddin kata mana ada kerajaan di dunia bagi semua free kepada rakyat
-bagi Muhyiddin kerajaan terbaik adalah kerajaan yang perbanyakkan cukai, menaikkan harga minyak  dan membina tol paling banyak macam BN........cerdiknya Muhyiddin.

Wednesday, April 24, 2013

PRU 13 : Mukaddimah huru hara...tanya Mahathir.



Satu letupan berlaku di Pulau Pinang ketika GERAKAN sedang mengadakan program ceramahnya. Kejadian yang berlaku jam 10 malam itu disahkan polis sebagai bertaraf professional dan tidak bertujuan membunuh.Hanya untuk menakutkan dengan bunyian yang kuat.

Siapa yang melakukan ?

Tolong tanya Dr Mahathir. Barangkali dia tahu kerana dia yang selalu war-warkan PRU 13 ini akan huru hara. Dia ada pengalaman di Sabah dulu semasa Berjaya tewas.Muhyiddin juga mungkin tahu.

Dr Mahathir dan Muhyiddin kata, PRU 13 huru hara.

Hanya Najib beri jaminan peralihan kuasa secara aman dan demokrasi.

Tuesday, April 23, 2013

Sifir PANDIR Umno



Jika PTPTN mansuh, negara bangkrap
Jika harga kereta turun, negara bangkrap
Jika tol hapus, negara bangkrap
Jika minyak turun, negara bangkrap

Jika Najib dapat komisen RM500 juta, negara maju dan makmur.
Jika Rosmah beli handbag ternama, negara maju jaya.
Jika bil air dan api naik, rakyat nikmati kemakmuran dan kesenangan.
Jika pendatang  IC dan jadi ahli UMNO, negara aman damai tak terhingga.
Jika Menteri UMNO dan BN kaki rasuah, rakyat pasti gembira dan  tumpang bangga.


Sunday, April 21, 2013

PRU 13 : Kita sengaja tolak rezeki?




Pertembungan 7 kerusi antara PAS dan PKR sesuatu yang amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.

Soal pucuk pimpinan PAS Pusat membuat keputusan Isnin ini itu soal kedua.

Mengapa ianya berlaku? Bukankah sepatutnya sudah selesai seusai PRU 12 berlangsung. Dari tahun 2008 hingga 2012 , apa yang kita buat untuk selesaikan isu kerusi ?

Apabila ianya berlaku (Hari Penamaan Calon) , barulah kita gelabah. Mahu buat mesyuarat dan berbincang. Masa kita sudah terbuang di situ.

Di kala musuh sudah fokuskan sasaran, kita baru bermesyuarat untuk bincang di mana mahu letak posisi senjata dan askar kita!

Sepatutnya semalam Hari Penamaan Calon, PR sudah menang pusingan pertama jika berlangsung pertandingan satu lawan satu. Tetapi kita sengaja cari "bala" !

Dikala ramai calon UMNO dan BN pilih mahu jadi calon Bebas, PR pula "seronok sakan" bertarung sesama sendiri !

Satu soalan, adakah di peringkat Pusat PAS dan PKR  masih timbul curiga dan mahu membolot kerusi tanpa pedulikan perasaan rakyat yang berjuang untuk jatuhkan HANYA UMNO dan BN ?

Soal "lawan sesama sendiri" sepatutnya tidak berlaku jika pimpinan atasan mengambil satu ketetapan yang tegas dan patut. Ahli bawahan akan akur. Lebih-lebih lagi ahli PAS yang terkenal dengan ,"Kami dengar dan kami patuh".

Ingat PRU 13 ini adalah pertarungan antara hidup dan mati. Jangan disia-siakan harapan rakyat. Jangan kita ubah slogan kita dari Pakatan Harapan Rakyat kepada Pakatan Hampakan Rakyat!

Ingat! Musuh yang kita hendak jatuhkan bukan JKKK tetapi kerajaan. Oleh itu kesatuan dan kerjasama amatlah dituntut di peringkat maksima.




Saturday, April 20, 2013

UMNO Tok Pa sudah mati katak !









Hinanya ahli UMNO Kelantan apabila seekor KATAK lebih berkuasa dari Tok Pa Ketua Segala Takluk orang UMNO.

Tok Pa tiada seri lagi. Adek Awang hilang segalanya dek seekor KATAK.

Johan Che Pa sekadar ikut arahan.

Adakah PMNajib amat takut bila terdengar Mahathir berdehem.?  Lihat kronologi ini:

-  Mahathir ziarah mayat mantan PM Britain.
- Najib keluar senarai calon PRU tanpa nama KATAK.
- KATAK maki hamun dalam sms dan report kepada tuan yang menternaknya Mahathir.
- Mahathir berada di London berdehem-deham dengan bunyian... PD...PD...PD
- Najib keluar arahan kecemasan kepada Johan Che Pa tanpa pengetahuan Tok Pa.(barangkali semasa Rosmah sedang tidur)
- Akhirnya KATAK jadi calon dengan ketiadaan Johan Che Pa.

Mahathir senyum, KATAK lompat lagi tinggi , Najib lega kerana kisah PDnya masih disimpan rapi...........
dan Tok Pa dan seluruh ahli UMNO Kelantan menjadi hina sehinanya angkara kelicikan seekor KATAK.

Akhirnya,UMNO Kelantan sudah mati katak !

Friday, April 19, 2013

BULAN sudah jatuh ke riba.......Hudaibiyyah Moden!



Dua tahun lepas Mursyidul PAS TG Nik Aziz pernah berkata di depan Karpal Singh dan penyokong PR bahawa beliau melihat BULAN sudah ada di dada Karpal.

Ketika itu Karpal baru sahaja mengeluarkan kenyataan negatif tentang hudud. Namun TG Nik Aziz tetap bersikap positif,harapan bahkan doa buat Karpal.

Terkini tiga bulan lalu juga selepas Karpal lagi keluarkan kenyataan negatif tentang hudud, TG Nik Aziz berkunjung ke rumah Karpal membawa kek.

Barangkali jika Karpal bercakap negatif lagi tentang hudud, TG Nik Aziz akan menghembus jampi kepala Karpal Singh !

Hari ini di ambang pakatan jahat UMNO - ROS cuba "mengharamkan" DAP, BULAN tidak lagi berada di dada Karpal bahkan sudah jatuh ke riba setiap calon DAP !

 Tolong menolong ketika kawan dalam kesusahan.

Cantiknya PAS begitu bermurah hati dan DAP begitu terbuka ! Inilah MALAYSIA BARU !

PWTC bergegar 9.99 richer akibat peristiwa ini.


Wednesday, April 17, 2013

Moga tenang semasa di sana.........






Moga dia ambil iktibar di sana......
Setelah Katak Peliharaannya tidak dipilih di Golden Land

Moga dia ambil iktibar di sana.......
Setelah Budak Oxford yang dibencinya masih di Rembau

Moga dia ambil iktibar di sana.......
Setelah Si Joe yang menyekatnya  ke PWTC masih di Kubang Pasu


Moga dia ambil iktibar di sana.......
Setelah anak emasnya di hantar ke Black Water untuk dimatikan karier politiknya


Moga dia ambil iktibar di sana......
Setelah Si Iron Lady Malaysia tidak termakan bodekkannya........

Dan moga dia tenang, ambil iktibar dan tahu mengapa dia dihantar ke sana....



Majlis Pengebumian Si Iron Lady Britain......

Setiap yang hidup pasti merasai mati.

Doc...anda dah jadi penyapu buruk...



Buat sekiannya kali, Dr Mahathir terduduk dan terkedu apabila Team Najib-Rosmah(NR) tidak melayan permintaannya bahkan menghinanya pula.

Walaupun cuba memuji dam mengampu Rosmah dengan mensyorkan agar buku biografi Rosmah dibaca oleh budak-budak sekolah malangnya Rosmah melihat mengikut sisinya sendiri.

Barangkali bagi Rosmah, Mahathir menyindirnya.

Nah! Rasakan ! Terimalah pukulan "maut" dari team Najib-Rosmah ke atas team Mahathir-Muhyiddin (MM).

Bayangkan pertarungan dan peperangan kedua puak ini sudah lama berlaku. Hanya orang celik politik dapat bayangkan betapa dahsyatnya "peperangan". ini.

Cuba lihat bagaimana team MMn cuba provokasikan tentang huru hara PRU 13. PMNajib membalasnya dengan memberi jaminan keamanan untuk peralihan kuasa.

Kemuncaknya, dikala Mahathir beriya-iya mahu Si Katak Ibrahim Ali bertanding di Pasir Mas, team NR dengan selambanya mengangkat Zul 1/10 sebagai calon di Shah Alam.

Bahkan team NR menghantar anak Mahathir ke"jirat" untuk bertanding di kubu kuat PAS Ayer Hitam, Musuh ketat Mahathir seperti Khairy dan Johari Baharom masih kekal untuk pertahankan kerusi di Rembau dan Kubang Pasu.

Cumanya satu sahaja berita gembira buat Mahathir diambang sore usianya iaitu Pak Lah tidak di calonkan dalam PRU 13.

Ya Allah panjangkan usia Mahathir agar dia dihina sehina-hinanya sepertimana dia menghina insan lain seperti ulamak PAS,Anwar,tahanan ISA dan orang Cina.

Dunia sedang menanti saat Mahathir dipapah naik tangga mahkamah di Putrajaya!

Sunday, April 14, 2013

PRU 13 : Sasaran orang Cina ?


Menjelang PRU 13 ini, UMNO merasakan ancaman dari PAS dan DAP paling menonjol berbanding dengan PKR.

 Ini berdasarkan rentetan peristiwa selepas PRU 12. Selepas PRU 12, tiada langsung wakil rakyat PAS yang melompat parti. Manakala dari DAP hanya seorang. Wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti.

Strategi UMNO menghadapi PAS dan DAP ialah memecah belahkan ikatan kerjasama mereka. Itu yang utama. Malangnya itu tidak berjaya. Walaupun menggunakan isu Hudud, DAP dan PAS tidak termakan umpanan itu. Bahkan makin ramai ahli DAP memahami hudud mengikut wajah yang sebenar.

Kini UMNO kepanasan dan mati akal.

UMNO guna pelan kedua. Cipta klip video lucah. Sasarannya pimpinan atasan PAS. Manakala serangan keatas DAP dengan 4 cara :

1) Menayang filem Tanda Putera. Sasaran penonton adalah orang Melayu. Matlamatnya menyemai rasa benci terhadap orang Cina. Dalam peristiwa itu ada kaitan dengan 13 Mei. Dan PRU 13 kali ini jatuh  pada bulan Mei. Ini bukan kebetulan tetapi perancangan.

2) Anda lihat UMNO menggunakan Bapa Rasis Malaysia, Dr Mahathir untuk "menyiram" minyak bagi hidupkan api perkauman. Ucapan Mahathir yang juga penasihat NGO Rasis Perkasa tentang Lim Kit Siang di Gelang Patah adalah permulaan langkah UMNO menjana api perkauman.

Ingat Mahathir adalah "pakar" merancang kejahatan ! Mahathir pandai lontar batu,sembunyi tangan. Peristiwa rusuhan di Sabah setelah Berjaya tumpas adalah perancangan jahat Mahathir.

3) UMNO juga gunakan ROS untuk "mematikan" DAP. Kemungkinan ROS akan batalkan pendaftaran DAP menjelang PRU 13. Siasatan 2 hari menjelang penamaan calon bertujuan memastikan DAP dalam dilema.
Bagaimanapun kenyataan DAP mahu guna simbol BULAN jika dibatalkan pendaftaran merupakan satu "gempa bumi berskala 9.99 richer " buat UMNO !

4) UMNO juga gunakan SPR untuk psiko pemikiran orang Cina. Tarikh PRU 13 pada bulan Mei bukan satu kebetulan. Tujuannya menakutkan orang Cina tentang 13 Mei.

PRU 13 berlangsung bulan Mei. Peristiwa 13 Mei berlaku selepas PRU ke 3.

UMNO ingin mengugut orang Cina jika calon UMNO tewas, "bermakna orang Cina bencikan Melayu " . Itulah maksud Mahathir dan juak-juaknya yang rasis !

Langkah terbaik untuk semua orang Cina ialah senantiasa bersama PAS. Bersama PAS bermakna anda selamat dari kejahatan rasis UMNO. Manakala pimpinan PAS dan DAP teguhkan lagi ikatan erat persahabatan sejati untuk hadapi kejahatan rasis UMNO.

Setujukah anda ?



Menjelang penamaan calon 20hb ini, sudah ramai bakal-bakal calon diumumkan oleh PR. Barangkali satu isu yang perlu dilontar untuk difikirkan bersama. Ada yang pro dan ada yang kontra.

Iaitu tentang pencalonan anak pimpinan tertinggi PAS iaitu Ustaz Abdul Khalil anak Presiden dan Ustaz Nik Abduh anak Mursyidul Am.

Adakah mereka berdua bakal dicalonkan? Jika ia, adakah satu langkah yang bijak?

Melihat tradisi kepimpinan PAS, jarang bahkan barangkali tiada dalam satu penggal terdapat keluarga pimpinan PAS samada anak,isteri yang menjadi calon sezaman dengan pimpinan PAS.

Mujahid Yusof Rawa hanya muncul di pentas politik secara serius apabila almarhum Yusof ArRawi tidak lagi menjadi pimpinan PAS.

Biasanya pimpinan atasan PAS tidak akan "membenarkan" anak beranak mereka menjadi calon pilihanraya. Barangkali untuk mengelakkan timbul persepsi tentang kroni atau "parti anak beranak".

Inilah uniknya PAS berbanding sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Walaupun ianya bukan libatkan hukum hakam tetapi barangkali dari segi persepsi dan stategi politik.

Sewajarnya perkara sebegini perlu dikekalkan.

Tolong malu sikit kat kami weeh.....!



Penamaan calon bakal berlangsung seminggu lagi. Malangnya sudah ada tanda-tanda "perebutan kerusi" antara Pakatan Rakyat.

Sewajibnya perkara sebegini mestilah dielakkan. Pertembungan sesama sendiri yang melibatkan samada PAS,DAP,PSM dan PKR mestilah dielakkan.

Sewajarnya perkara sebegini diatasi secepat mungkin peringkat atasan sebelum penamaan calon.

Isu seperti perjanjian kerusi, meminjam kerusi antara penyebab kepada perebutan kerusi antara sesama PR.

Mengapa diambang penamaan calon perkara sebegini berlaku? Mengapa selepas selesai PRU 2008 tidak selesaikan?

Ingat ! Rakyat sedang memerhatikan aksi anda!

Sunday, April 7, 2013

Apa tanda alamat ini?



Buat kali keduanya, sekonyong-konyong Dr Mahathir merendahkan sedikit "kepala" tanda hormat kepada bekas pengutuknya Ketua NGO Rasis Perkasa Ibrahim Ali.

Sebelum ini, Mahathir membodek agar buku biografi Rosmah Mansor digunakan di sekolah-sekolah KPM.
Kali ini beliau sanggup mencemar "duli" untuk berkempen PRU 13 bagi pihak Ibrahim Ali.

Cumanya masih ada tiga insan yang masih didendaminya iaitu Pak Lah, Khairy dan Anwar.

Pelik punya perangai Mahathir akhir-akhir ini. Apa tandanya?

Sidek Baba : Campakkan baju ilmuan untuk pakai baju Syaitan yang Dikenali......


Setelah masuk ISA ketika zaman Reformasi 1999, nama Sidek Baba terus tenggelam dari persada Gerakan Islam.

Bekas orang kanan Anwar Ibrahim dalam ABIM ini tidak seperti Zahid Hamidi, Ezam Mat Nor dan seangkatan dalam reformasi. Zahid kini terus naik hingga jadi Menteri ATM. Ezam jadi senator.

Tetapi tidak bagi Sidek Baba. Setelah keluar ISA, seketika beliau mendiamkan diri hinggalah menjadi orang kuat UIA.

Beliau terkenal sebagai ilmuan intelektual. Juga kaya dengan memberi nasihat, motivasi dan pernah mengarang buku yang di depannya photo beliau bersama basikal tua.

Namanya melonjak umpama sebagai bapa yang memberi nasihat kepada anak-anak,ibubapa dan masyarakat. TV Hijrah dan Radio IKIM antara tempat beliau melontarkan idea dan pandangan selaku ilmuan .

Malangnya, beliau mengikuti jejak Dr Fazilah Kamsah. Menjelang PRU 13, dengan mencampakkan baju ilmuannya dan memakai baju "syaitan yang dikenali" !

Lebih malang lagi beliau kunjungi pejabat pencipta 'Syaitan yang Dikenali", Mahathir untuk bersama sehati sejiwa menyerang Anwar Ibrahim.

Kini beliau rela dilabelkan dengan Prof Kangkung yang memakai jubah Syaitan yang dikenali !

Sedihnya, dikala kapal UMNO sudah mula karam....Sidek Baba sedaya upaya berenang untuk menaikinya.

Wednesday, April 3, 2013

Tentera dan Polis okey je...cumanya Menteri taraf Cap Ayam !



Sekonyong-konyong Sepupu PMNajib Hishamudin memuji PDRM dan ATM sebagai bertaraf "first class". Sejak kes Lahad Datu, sudah puluhan kali Menteri Polis ini berulang-alik antara Putrajaya dengan Lahad Datu.

Beria benar Hishamuddin memuji PDRM dan ATM.

Sudah lama rakyat perhatikan perangai Hishamudin. Padanya ada bodek,mengampu,kuat ugut tetapi menikus. Berlagak macam berani.

Hey Sham! Dah lama rakyat tahu PDRM dan ATM bertaraf dunia. Hanya Menteri UMNO terutamanya masih bertaraf Cap Ayam.

Taraf JKKK lebih tinggi dari pemikiran Menteri UMNO!

Tuesday, April 2, 2013

Siapa Bapa Segala Huru Hara ?



Dr Mahathir - PRU 13 akan huru hara.
 Pengerusi SPR - jumpa nota(macam saiz buku 555?
TPMMuhyiddin - dapat dokumen huru hara dalam PRU 13.
Guru Silat Gayong - ada maklumat huru hara dalam PRU 13.

Rumusan dan Kesimpulan : Mereka semua di ataslah yang sedang dan bakal  merancang huru hara PRU 13.  Elok IGP siasat mereka semua !

PETRONAS : Ini bukan kelas JKKK !



Sekonyong-konyong PMNajib menghimpunkan sekalian warga PETRONAS untuk mendengar "ucapan terakhir" beliau sebelum tinggalkan Putrajaya.

Melihat mimik muka PMNajib yang begitu serius dan berakhir dengan "taburan umpan" RM1,000 untuk warga PETRONAS seramai 4,500 orang agar terkena umpanan rasuah PRU  beliau.

Barangkali PMNajib tersilap lokasi dan zaman. Adakah PMNajib mendapat maklumat yang salah dari orang kelilingnya tentang warga PETRONAS seperti mana peristiwa PRU 1999 yang menyaksikan Najib tumbang pada kiraan undi pertama sebelum undi orang asli menolongnya?

Pemikiran warga PETRONAS bukan taraf JKKK dan Puteri UMNO. Ucapan PMNajib hanya sesuai untuk kursus BTN yang dihadiri JKKK.

Satu lagi....ucapan PMNajib dalam bahasa Inggeris di khalayak majoriti orang Melayu menampakkan betapa "hebat"nya UMNO membelakangi Bahasa Kebangsaan negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...