Dulu apabila seorang anak muda Kuantan dedahkan betapa mudahnya mengundi dua kali, SPR melalui Timbalannya Wan Ahmad dengan angkuhnya meminta AG dan polis dakwa budak muda itu.
Hari ini, seorang lagi anak muda dengan berani membuat 6 laporan polis tentang "kejahatan jenayah" SPR.
Kita menunggu jawapan bodoh lagi tolol Wan Ahmad.
Baca berita di bawah :
PETALING JAYA, 3 JUN: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat
enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya
umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum
pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.
Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi ‘hilang’ melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah.
Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

“Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini,” katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama.
Mohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei.

No comments:
Post a Comment