ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, December 28, 2009

Mahathir masih simpan banyak "peluru".





Menjadi kebiasaan bagi yang tidak lagi memegang kekuasaan untuk membuat kenyataan yang berlawanan dengan amalan mereka semasa berkuasa.



Bekas Presiden Amerika misalnya apabila tidak lagi mendiami White House, begitu berani berjumpa pemimpin HAMAS, memuji dan membela rakyat Palestin, mengutuk Israel dan menyeru Israel berundur dari Baitul Maqdis. Inilah sikap yang diambil oleh Jimmy Carter. Jika semasa jadi Presiden Amerika, Carter begitu menikus dengan Israel. Sentuh bulu roma Manahem Begin pun takut. Kini Carter begitu berani kutuk Netanyahu dan Rejim Yahudi itu.



Begitulah sikap yang kini diikuti Dr Mahathir. Sehari dua ini, Mahathir begitu lantang suruh PM Najib siasat dirinya berkaitan kehilangan RM100 juta semasa jadi PM dulu. Begitu juga Mahathir "begitu terkilan" kerana kes AK Lingam di"bakul sampah"kan oleh Najib.



Cita-cita beliau untuk membela diri di Mahkamah tidak kesampaian kerana kes ditutup.



WoW! Beraninya Che Det kita. Dulunya semasa kes Anwar, Mahathir sampai "terkencing menggigil ketakutan" kerana takut di panggil ke mahkamah. Sapina pun tidak laku. Beliau memagari dirinya dengan "kekebalan PM".




Peliknya Mahathir semasa menyeru PN Najib siasat dirinya dengan kehilangan RM100 juta dalam masa yang sama beliau "arah" juga kepada Najib siasat duit sumbangan Petronas RM230 juta kepada kerajaan semasa Pak Lah jadi PM. Nampaknya dendam Mahathir terhadap Pak Lah belum reda lagi.




Begitu juga dengan tulisan Barry Wain. Masih boleh Mahathir "pulas" buku Barry Wain ini untuk sindir Singapura. Beliau mengatakan Wain berani kutuknya kerana Wain berada di Singapura. Dan Wain tidak berani kutuk pimpinan Kerajaan Singapura kerana ramai wartawan terima nasib buruk jika kutuk pimpinan PAP.


Yang terbaru "bebelan" Mahathir terhadap MiG 29K. Tentunya sasarannya untuk Zahid Hamidi dan PM Najib. Apa maksud "orang tengah" yang diperkatakan oleh Mahathir.


Apabila sebut perkataan "orang tengah" secara automatik berkait dengan "komisen". Apabila sebut "komisen", secara automatik berkait dengan komisen Submarine KD Razak dan KD Rahman. Akhirnya timbul nama Altantuhya. Sebut nama gadis Mongolia ini, secara serentak rakyat Malaysia sebut nama PM Malaysia ke 6. Betul tak ?



Ingat! Setiap "bebelan" Mahathir itu "berbisa". Sebab apa ? Kerana di tangannya masih banyak "fail sulit" Menteri Kabinet tersimpan dan tunggu masa untuk di jadikan bahan "bebelan"nya.



Cumanya kini hanya Menteri Nazri Aziz sahaja yang berani derhaka kepada Mahathir. Bukan sahaja derhaka, digelarnya Mahathir "Bapa Segala Rasis Maalaysia".



Hebatkan Nazri ?



Sunday, December 27, 2009

"Sumpahan" Masjid Bujal menghambat Mat Said.


Nasib malang MB Terengganu Ahmad Said terus berpanjangan. Sebaik sahaja Mat Said pijak bumi Penyu dari Tanah Suci Mekah, "sial dan sumpahan" terus menjamah Mat Said. Peristiwa " keruntuhan" bersambung kembali.



Kini Kuala Berang wilayah Rosol Wahid penentang "wahid" terhadapnya pula menerima bala.

Terminal Bas Kuala Berang runtuh pula.


Bermula Stadium Sultan Mizan Gong Badak kemudian Masjid Batu Putih Kemaman dan terkini Terminal Bas Hulu Terengganu.


Nampaknya Mat Said terpaksa menerima nasib malang ini angkara Kerajaan Deris dulu. Deris yang "berak", Mat Said terpaksa suci dan basuh "tahi " Kerajaan Deris. Semua projek yang runtuh itu adalah diluluskan oleh Kerajaan Deris.
Banyak projek hebat berlaku zaman Kerajaan Deris. Antaranya seperti Masjid Kristal, Stadium Sultan Mizan, Taman Tamadun Islam dan Monsun Cup.
Tetapi yang "paling hebat" ialah merobohkan tempat orang Islam solat, Masjid Bujal dalam Mukim Kijal tempat Mat Said jadi ADUN.
Mat Said pernah ajak ADUN Wakaf Mempelam "bergocoh" , bila ADUN Wakaf Mempelam mengibaratkan Kerajaan Deris lebih jahat dan zalim dari rejim Zionis Yahudi kerana meroboh Masjid Bujal.
Sekonyong-konyong Mat Said bangun ajak bergocoh.
Sekarang tiba saatnya Mat Said terima "pembalasan Tuhan" !


Rasanya banyak benda telah dibuat Mat Said untuk buang "sial dan sumpahan"nya. Antaranya ambil "berkat" Ustaz Harun Taib melalui pembelian kambing Boer. Dan yang terkini pergi mengerjakan haji. Pun sial dan sumpahan masih menghantui Mat Said.


Mungkin selepas ini Mat Said pergi jumpa Dr Haron Din pulak !


Hoi Mat Said ! "Sial dan sumpahan" itu hanya dapat diubati jika kamu bina semula Masjid Bujal. Itu sahaja penawarnya.


Dipercayai runtuhan demi runtuhan bakal berlaku di bumi Penyu selagi Mat Said tidak bina semula Masjid Bujal.


Mungkin anda tak percaya. Tapi saya yakin dan percaya. Sama-sama kita lihat!
Kepada Mat Said yang saya kasihi, bermuhasabalah dan bertaubatlah. Jika Khalid Al Walid yang menjadi punca kekalahan Tentera Islam dalam Perang Uhud boleh bertaubat dan insaf seterusnya Khalid menjadi Wira Islam dalam Perang Mu'tah, apakah Mat Said tidak boleh ?




Saturday, December 26, 2009

KEMALANGAN: Kita masih ada masa untuk mengubahnya.


Berikut 4 faktor-faktor berlaku kemalangan :

a) Faktor pengguna jalanraya.

b) Faktor kenderaan.

c) Faktor keadaan jalanraya.

d) Faktor penguatkuasaan.


Antara faktor-faktor di atas, manakah punca kemalangan Bas Ekspress Sani yang mengorbankan 10 nyawa?


Tentunya faktor no 1 iaitu sikap pemandu. Secara peribadi, saya berpendapat jika faktor no 4 iaitu penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, kemalangan jalanraya boleh dikurangkan. Ini kerana sikap pemandu kita hanya boleh di didik secara disiplin yang agak keras untuk menyedarkan mereka tentang keselamatan jalanraya.
Untuk mengurangkan kemalangan yang membabitkan Bas Ekspress, disini dikemukakan beberapa cadangan . Antaranya :
a) Denda penalti. Semakin ramai nyawa yang melayang akibat kecuaian pemandu bas maka mata penalti dikenakan tinggi. Jika mencapai had maksima, syarikat bas itu akan digantung operasinya.
b) Syarikat bas diperintahkan membayar pampasan yang tinggi kepada penumpang yang cedera dan terkorban.
c) Pihak berkuasa iklankan(promosi) syarikat bas Ekspress yang terbaik bersih dari sebarang kemalangan setiap akhir tahun. Ini menyebabkan Syarikat Bas akan berlumba-lumba tunjuk prestasi dan perkhidmatan yang selamat untuk penumpang. Bukannya berlumba-lumba sampai destinasi.
d) Pihak berkuasa wajibkan syarikat bas adakan seorang pegawai bagi setiap perjalanan bas untuk memantau pemandu. Pegawai itu dilantik dan digaji oleh syarikat bas itu sendiri. Rekodkan kesalahan pemandu.
e) Syarikat bas wajib edarkan satu borang penilaian pemandu kepada penumpang bas. Tujuannya untuk penumpang rekodkan kesalahan pemandu. Borang itu diserahkan kepada pihak bas dan LKPP untuk tindakan disiplin.
e) Pihak berkuasa wajibkan pemandu memakai helmet( macam pilot jet pejuang). Di mana di helmet tersebut ada alat penggera mencegah mengantuk.
f) Pihak berkuasa wajibkan syarikat bas pasang alat had laju yang telah dicontrol secara automatik jika melebihi had laju seperti Sani Ekspress lakukan pada bas ekspress mereka.
g) Syarikat bas mesti adakan kuliah agama untuk pemandu bas mereka. Tazkiran tentang tanggungjawab pemandu dan penjagaan solat ketika menjalani tugas. Sarankan pemandu ingatkan penumpang untuk baca doa menaiki kenderaan.
Kita masih ada masa untuk mengubahnya. InsyaAllah.


Friday, December 25, 2009

Kenali Orang Kelantan yang "murtad".


Rakyat Kelantan terkenal dengan "ketaksuban" mereka dengan budaya mereka. Mereka berada di seluruh pelusok Malaysia. Bahkan di seluruh dunia. Mereka akan membawa budaya mereka ini di mana sahaja mereka berada. Antara budaya-budaya yang "amat keramat" ialah budu , loghat percakapan mereka dan kesatuan komuniti mereka.



Tentang budu, mereka sanggup pikul gelen budu masuk ke perut kapal terbang jika mereka merantau jauh atau balik dari bercuti di kampung halaman. Begitu juga "kecek" mereka. Mereka tetap amalkan loghat mereka di mana jua berada. Bahkan ramai rakan-rakan mereka dari negeri lain terikut-ikut dengan "kecek Kelantan". Malah ada rakyat Mesir dapat bercakap loghat Kelantan hasil pergaulan dengan pelajar Kelantan di Mesir. Begitu kuat pengaruh budaya mereka.



Kesatuan komuniti rakyat Kelantan juga tinggi. Lihatlah semasa Final Piala Malaysia 2009. Ramai rakyat Kelantan yang tinggal, bekerja dan belajar di sekitar Lembah Kelang "turun" ke Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.



Sifat budaya kesatuan komuniti ini di bawa oleh mereka bertujuan untuk tolong menolong dan saling bantu membantu. Jika orang Cina boleh wujudkan "China Town" di seluruh dunia, orang Kelantan juga telah mewujudkan "Kelantan Village" di seluruh negara.



Dengan 3 aspek budaya di atas tadi iaitu budu, loghat dan kesatuan melahirkan orang Kelantan yang berjiwa bebas, merdeka, punya jati diri , bijak berpolitik, sayang dan kasih kepada negeri mereka.



Mana-mana orang Kelantan yang "menjauhi" dari 3 aspek budaya itu, akan dipinggirkan dan di gelar sebagai "Ore Kelate ye murtad" ! Jika ada orang Kelantan yang "kecek bahasa luar" sesama sendiri akan mendapat label "murtad". Begitu juga yang tidak bergaul dengan komuniti sendiri dan mengutuk dan tidak membela negeri sendiri juga bakal di gelar demikian.



Dalam kes royalti, suatu sikap yang aneh lagi pelik apabila ada orang Kelantan tidak "satu hati" menuntut hak negeri mereka sendiri. Alangkah peliknya nama-nama besar seperti Awang Adek, Mustafa Mohammad, Ibrahim Ali dan Anuar Musa "bersungguh-sungguh" menafikan hak Kelantan mendapat royati minyak.



Mereka semua punya pengaruh di Putrajaya. Mereka juga anak jati Kelantan. Mana dia sifat jati diri, kesatuan komuniti dan sayang kepada bumi kelahiran ?



Berlainan isu pampasan Empangan Pergau tahun 1991 dahulu. Semua rakyat Kelantan "satu hati" menyokong tuntutan TG Nik Aziz terhadap pampasan dari TNB.



Kalau Ahmad Maslan maupun Samy Vellu menentang hak royalti Kelantan, itu bukannya suatu yang pelik. Tetapi ini mereka adalah anak kelahiran Jeli, Bachok, Melor dan Pasir Mas. Bukan lahir kat Sungai Siput !



Mungkin pembesar-pembesar Kelantan ini sudah lama tidak makan budu, kecek bahasa luar dan asyik bergaul dengan orang Kuala Lumpur. Inikah orang Kelantan yang "murtad" ?










Wednesday, December 23, 2009

Mari kita pakat "check" enjin MIG 29 weeh!


Setiap bulan Desember, diingati sejarah pendaratan Jepun ke Tanah Melayu pada tahun 1943. Kini Jepun sudah tiada. Mujur tiada serangan musuh bulan Desember ini. Kalau tidak.............


Tiba-tiba siren kecemasan berbunyi menandakan musuh menceroboh ruang angkasa Juruterbang-juruterbag TUDM bergegas menuju ke pesawat masing-masing. Petugas-tugas di Pengkalan TUDM sibuk mengibarkan bendera mengisyaratkan jet-jet pejuang untuk berlepas ke udara.


Manakala itu juruterbang-juruterbang MIG 29 dan HAWK sedang bertungkus lumus menghidupkan enjin pesawat masing-masing. Malangnya tiada kedengaran enjin pesawat berbunyi. Apa silapnya. Juruterbang pun turun dari pesawat dan membuka tempat enjin........


Tiba-tiba mereka dapati ...kosong dan TIADA ENJIN !!!
Cerita di atas mungkin sekadar "lawak". Tetapi itulah tealiti standard keselamatan negara kita !

Saturday, December 19, 2009

Zahid Hamidi kena ISA kali ke 2 ?


Dalam keadaan bibir merah PMNajib belum reda lagi "kemerahannya" akibat murkanya terhadap angkara 70 MP BN ponteng Parlimen semasa undian Bajet 2010, sekonyong-konyong Menteri Pertahanan Zahid Hamidi mendedahkan kehilangan enjin F5E bernilai RM50 juta yang dikesan hilang sejak 2007.


Kemudian tidak sampai 24 jam kemudian, Zahid sekali lagi buat " lawak" minta kerusi Pengerusi BN di serah kepada UMNO dari GERAKAN. Kerusi Pengerusi BN dipegang oleh GERAKAN sejak lebih 30 tahun lagi.


Apa tujuan Zahid ? Apa motif Zahid ?


Pertama tentang dedahan hilangnya enjin jet F5E sejak tahun 2007. Ketika itu siapa Menteri Pertahanan. Tentunya suami Rosmah yang kini PM Malaysia.



Keduanya tentang permintaan mahu UMNO jadi Pengerusi BN di Pulau Pinang, sebuah negeri yang majoritinya kaum Cina. Permintaan ini dibuat dalam keadaan Zahid jadi Pengerusi UMNO Pulau Pinang dan selepas Ahmad Ismail ( Ketua UMNO Bukit Bendera)bebas dari hukuman gantung keahlian kerana bersikap perkauman. Tentunya permintaan (perkauman?) Zahid ini berlawanan dengan semangat 1Malaysia yang sedang dilaungkan oleh PMNajib.



Teringat "aksi kamikaze" Zahid ini, teringat kita ucapan beliau semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO tahun 1998. Ucapan beliau di PWTC dibuat di hadapan Dr. Mahathir. Dalam ucapan itu Zahid mengecam nepotisme dan kronisme yang diamalkan oleh Mahathir. Esoknya Mahathir "mengamuk" dan siarkan nama-nama yang dapat projek di ruang legar PWTC.



Dua bulan selepas itu, Anwar di pecat dan Zahid di ISA kan. Kalau dahulu, Zahid mendakwa dibelakang ucapan itu adalah Anwar. Kali ini siapakah di sebalik "aksi kamikaze" Zahid ini ?


Tidak mungkin Nakhaei yang baru sahaja "berfatwa" di Kota Bahru bahawa isteri Najib berdosa kerana tidak tutup aurat kerana Nakhaei dalam UMNO sekadar duduk di "kaki lima" UMNO.


Habis siapa ? Si koboikah atau bapa Mukhriz ?

Friday, December 18, 2009

Submarine KD Rahman hilang ?



Malaysia Boleh! Hadiah "terbaik" buat negara sempena Maal Hijrah 1431 bukannya ternobatnya Yusof Nor sebaris dengan Dr Yusof Al Qardhawi sebagai Tokoh Hijrah, tetapi berita "hijrah" nya sebuah enjin jet F5E milik TUDM yang bernilai RM50 juta menuju Eropah untuk di jual.


Itulah gambaran standard piawaian bagi keselamatan negara kita. Tak hairan pun. Dulu beli jet buruk Skywak. Kita pakat tengok asyik jatuh je. Kemudian buat "pameran besi buruk " kat padang pasir Arizona. Sekarang ini musim semua rakyat Malaysia "berlumba-lumba" jual harta negara ke luar negeri.


Pemimpin UMNO Johor pula berlumba-lumba jual pasir dan tanah kat Singapura. BERNAS dah jual kat Hong Kong. Pulau Batu Putih dah "terjual" kat Lee Kuan Yew. Itu belum lagi Wilayah Iskandar. Pakat jual semua.


Lepas itu kita pakat pergi kem BTN dan nyanyi sekuat-kuatnya lagu " Anak Kecil bermain api " dibawah orkestra pimpinan Muhyiddin Yasin ( banyak tanah Johor terjual era dia jadi MB Johor)


Kita harap benar agar Panglima TLDM cepat-cepat pergi tengok submarine KD Rahman. Bukan apa, takut-takut dah terjual kat Mongolia !

Thursday, December 17, 2009

SIRI 2 : PAS dan Blogger.


Semasa dan selepas era reformasi, blogger politik lahir bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Pengunjung warung kopi yang bergelar "Penganalisa, speaker, ahli politik dan wakil rakyat" bertukar tempat. Dari warung ke komputer. Mereka mula mainkan peranan lebih berkesan.



PAS juga mendapat manfaat hasil ledakan "revolusi pemikiran dan teknologi" ini. Hasilnya keputusan PRU 12 juga impak sedikit sebanyak daripada penulisan blogger politik yang pro PAS dan PR. Mereka tanpa upah siang malam mengadap komputer menaip membongkarkan kejahatan dan kezaliman UMNO dan BN. Sasaran "peluru" mereka hanyalah BN. Tiada yang lain.


Selepas PRU 12, keadaan sudah berubah. Beberapa negeri dapat diperintah PR. Wakil rakyat PAS bertambah. Peranan blogger politik pro PAS juga berubah. Mereka mula kritik apa-apa yang menyalahi prinsip parti. Mereka begitu sayang kepada PAS. Teguran mereka ada kalanya betul dan tepat. Misalnya tentang rundingan dengan UMNO Selangor untuk kerajaan campuran. Ada pimpinan tertinggi tidak dimaklumkan. Para blogger menegur tindakan tersebut. Akhirnya pimpinan "mengakui kesalahan" mereka. Tutup kes.


Malangnya ada segelintir blogger masih mengungkit-ngungkit perkara tersebut. Malah perkataan dalam penulisan mereka begitu biadap terhadap pimpinan ulamak. Mereka juga mula membahagikan PAS kepada dua pecahan. Satu kumpulan pro TG Nik Aziz dan satu lagi kumpulan TG Haji Hadi. Mereka cuba lagakan antara pimpinan tertinggi ulamak.

Kita mula terfikirkan apa tujuan kumpulan blogger ini? Apa motif mereka ? Blogger ini juga mula menyerang peribadi pimpinan.

Kalau sebelum PRU 12, sasaran mereka hanya UMNO dan BN, kini sasaran mereka bertambah satu lagi. Sedihnya, sasaran mereka sesama PAS. Malah serangan mereka terhadap pimpinan PAS lebih hebat dari serangan media barua UMNO lagi. Dengan memaki hamun dan melaga-lagakan sesama pimpinan.
Kita mengakui PAS bukannya 100% sempurna. Kita juga mengakui pimpinan PAS juga tidak maksum. Dan kita juga mengakui hak peranan blogger menegur pimpinan. Tetapi biarlah ikut lunas-lunas peradaban dan akhlak Islam.
Sempena perjumpaan blogger di Taman Melewar Ahad ini, kita mengharapkan satu titik persefahaman bakal tercipta antara blogger dengan pimpinan parti.
Apa yang penting, kita masih berpegang, " Orang paling "jahat" dalam PAS, itulah orang yang paling "baik" dalam UMNO ".
Hey kawan ! Sasarkan Kalasnikov AK47 anda hanya kepada UMNO dan BN ! Jangan sia-siakan peluru anda.


SIRI 1 : Dulu warung kopi, kini seluruh dunia.


Blogger politik adalah penulis era IT. Blogger politik pula satu kumpulan penulis yang mempunyai idea dan pemikiran yang kadang kala di luar kotak pemikiran. Dulunya sebelum teknologi IT berkembang, kumpulan ini biasanya menjadikan warung kedai kopi sebagai tempat "pelepasan" pemikiran mereka. Itulah sebabnya di namakan cakap-cakap kedai kopi. Malah warung ini umpama "mini Parlimen" bagi blogger ini.


Adakalanya cakap itu boleh dipakai atau boleh dibuang dalam tong sampah sahaja. Ianya laku setakat kedai kopi sahaja. Kalau "merebak"pun sekitar 10 kilometer sahaja. Itupun sudah terlalu jauh.


Kini zaman telah berubah. Setiap penulisan blogger politik boleh di baca puluhan, ribuan malah jutaan manusia. Bukan sahaja sekitar Malaysia malah seluruh dunia.


Jika dulu penulis menunggu bilakah penulisan mereka tersiar di akhbar maupun majalah. Kini dengan wujudnya blog, tiada siapa boleh menghalang penulisan mereka tersiar dan tidak memerlukan masa menunggu tulisan mereka tersiar untuk bacaan umum. Taip sahaja dalam blog mereka sendiri dan terus boleh dibaca oleh umum.


Begitu juga penulis blog politik. Pemikiran dan "ideologi"mereka boleh "disebar"kan melalui tulisan mereka. Pengaruh mereka amat berbisa. Penulisan mereka lebih tajam dari mata pedang!


Jika dulu cakap mereka di warung kopi hanya di dengari oleh sekitar 20 orang, kini "syarahan" mereka boleh dibaca oleh jutaan manusia! Malah boleh dicopy pula dan di sebar pula.


Dulu "kuliah" mereka didengari oleh kaum sejenis dan sebaya. Kini tua muda, lelaki wanita dan kanak-kanak boleh membaca tulisan mereka. Malah pemimpin politik bermula dari Morocco hingga ke Kanada membaca tulisan mereka. Begitu luas dan besar "empayar" bacaan mereka.






Tuesday, December 15, 2009

Jangan termakan nasi ini........ !


Cuba anda perhatika tiga bulan kebelakangan ini, media barua UMNO samada akhbar maupun TV begitu rancak dan "meriah" mengadakan berita-berita keburukan tentang kerabat BN samada MCA, Gerakan, MIC dan PPP.


Apa tujuannya ?


Kini, berita pergaduhan sesama "kongsi gelap" MCA diperbesar-besarkan. Serentak itu berita PPP berebut jawatan Presiden diwar-warkan dengan hebat.Giliran GERAKAN akan menyusul pula. Selepas itu MIC pula akan di"godam" dengan isu kuku besi Samy Velu dan anaknya.


Tunggu masa sahaja.


Sekali lagi, apa tujuannya berita-berita keburukan kerabat BN ini diperbesarkan dalam media barua mereka sendiri?


Semuanya untuk menampakkan kepada rakyat bahawa hanya UMNO sahaja yang bersih dari perpecahan. Itu sahaja. Ini namanya projek "mensucikan dan mendewakan" UMNO.


Malangnya kaum kerabat UMNO ini semuanya semacam "makan nasi kangkang" UMNO. Semuanya macam "orang bodoh dalam kebingungan". Yes men dan taat kepada UMNO.


Lihat di sini, mengapa UMNO begitu berani bebaskan hukuman gantung keahlian Ketua Bukit Bendera? Mana suara MCA dan Gerakan ? Semua bisu kerana dah kenyang makan "nasi kangkang UMNO" !


Anda lihat serangan UMNO serentak keatas semua parti politik samada ahli kerabat maupun pembangkang. Sasaranya "di tembak" serentak. Semasa UMNO serang Nga Kor Ming atas isu dana masjid, mereka bebaskan Ketua Bukit Bendera dari penggantungan ahli.


Mereka serang MCA dalam bentuk serangan keatas PKFZ. Semua yang ditangkap bukan pimpinan besar UMNO. UMNO juga main peranan agar krisis MCA dilambat-lambatkan untuk di selesaikan supaya orang MCA kehilangan pengaruh keatas BN. Biar UMNO sahaja berkuasa penuh keatas BN.


UMNO sedang membuli dan menjajah semua kerabat BN menggunakan taktik penjajah dulu, pecah dan perintah. Malangnya semuanya masih khayal kerana " makan nasi kangkang UMNO".


Sunday, December 13, 2009

Sekadar syok sendiri je !


Sekonyong-konyong AG Gani berkokok untuk mendakwa "beberapa ekor lagi jerung" yang "makan umpan" PKFZ.


Serentak itu IGP Musa pula menyahut kokokan AGGani. Dakwanya tiadalah yang ditangkap itu di namakan "kambing hitam". Semuanya "kambing-kambing" putih, suci lagi murni !


AG Gani dan IGP Musa masih belum bersihkan maruahnya dalam kes memalsukan laporan perubatan Anwar 1998. Begitu juga dengan kes laporan akuan bersumpah bekas pegawai Musa sendiri tentang kongsi gelap. Macam mana mereka berdua beria-ia hendak mendakwa "jerung" dalam kes rasuah PKFZ ?


Percayalah, dalam kes PKFZ ini, tiada seurat bulu roma pun pemimpin besar UMNO dan MCA berani di sentuhi AG Gani. Alasannya seperti skrip yang selalu dihafal-hafal oleh AG Gani dan Menteri Nazri iaitu tiada bukti, tiada bukti dan tiada bukti. Akhirnya "simpan" bahan kes dalam bakul sampah!


Sejarah negara membuktikan hal ini. Semuanya ditulis dengan "tinta emas". Kes Razak Baginda, AK Lingam, Eric Chia, Norita Shamsudin, Datuk JJ MP Rompin dan entah puluhan kes.


Inilah gambaran dan wajah kehakiman di Malaysia.


Kepada AG Gani dan IGP Musa, perkataan yang sesuai buat anda berdua hanyalah....syok sendiri je ! Orang kampung dah tahu weeh!









Friday, December 11, 2009

Jahatnya DAP! Bela gadis Melayu yang dirogol UMNO.


Pelbagai pihak pro rasis UMNO mula menyalak menuntut MP Taiping Nga Kor Ming menuntut maaf. Antaranya PERKASA dan GPMS. Bagi mereka seolah-olah Nga Kor Min buat satu "dosa besar" kepada umat Islam. Dosanya cuma tanya tentang peruntukan bina masjid dan peruntukan rumah ibadat ugama lain.


Buat seketika media-media barua perkauman UMNO pun "menghembus-hembus" bara agar menjadi api, api perkauman! Celakanya UMNO!


Dan buat seketika UMNO diangkat seolah-olah sebagai pejuang ugama!


Dalam isu Nga Kor Ming ini, silapnya mungkin "ayat" nya (teknikal) sahaja atau diputarbelitkan oleh media barua UMNO. Kebetulannya pula Nga Kor Ming dari DAP. Bersoraklah puak UMNO dapat "mangsa" baru untuk "makanan santapan" UMNO, perkauman. UMNO perlu makanan ini untuk hidup!


Keikhlasan MP Taiping ini tidak perlu dipertikaikan. Beliau lulusan UIA. Mengkaji Islam sejak bersama MB Nizar dalam kerajaan PR Perak. Mungkin silapnya ayat pertanyaan yang boleh diputar belit oleh media.


Jika beliau tersilap, rekod DAP adalah senang secara terbuka mohon maaf. Lagipun rekod "paling jahat" DAP dibuat oleh KM Pulau Pinang 10 tahun dulu. Apa dia kejahatan KM itu? Membela gadis Melayu yang dirogol oleh KM UMNO hingga beliau terpaksa jadi warga Penjara Kajang.


Berbalik kepada UMNO, kita merasa pelik bin ajaib mengapa begitu bersungguh UMNO "membela" Islam?


Rekod UMNO selama 52 tahun perintah Malaysia, sememangnya UMNO celaka! UMNO umpama ayam jantan yang berkokok tapi ekornya berlumuran tahi!


Berkokok sana sini kononnya "bela" Islam dan Melayu, tapi dalam masa yang sama menjahanamkan Islam dan Melayu.


Lihatlah, siapa yang lulus lesen judi? Menteri UMNO. Siapa tarik bantuan Sekolah ugama? Menteri UMNO. Siapa lulus disko ? Menteri UMNO. Siapa lulus lesen jual arak? Menteri UMNO. Siapa hina undang-undang Islam? Menteri UMNO. Siapa "baham" duit projek? Menteri UMNO.


Itulah wajah hodoh UMNO.


Siapa patut di"sembelih" ayam jantan atau UMNO?

Wednesday, December 9, 2009

2M lawan 2N = LANUN !


Perang mulut antara Dr Mahathir - Nazri meletus lagi di era PM Najib. Dulu era Pak Lah juga meletus perang mulut Dr Mahathir- Nazri.


Masa era Pak Lah itu, Nazri marah bila Dr Mahathir asyik menghentam dan "membebel" tentang gaya kepimpinan Pak Lah. Dikatanya Pak Lah "lembik". Marah benar Nazri bila bosnya dituduh lemah. Akhirnya Dr Mahathir keluar UMNO.


Kini "perang" mereka berkisar tentang isu BTN. Nazri "menjunjung perintah " PM Najib untuk bubarkan modul BTN yang berbaur perkauman. Dr. Mahathir bantah. Katanya sememangnya BTN bagus dan tidak perlu diubah.


Mahathir menempelak Nazri jika Nazri anti perkauman, lebih elok keluar dari UMNO kerana UMNO adalah Parti Perkauman.


Akhirnya Nazri kata Mahathir "gila kuasa" mahu jadi PM lagi! Lebih "tolol dan power" lagi Nazri kata inilah kenyataan paling bodoh yang beliau pernah dengar dari Mahathir.


Cuba anda perhatikan. Setiap kali PMNajib keluar negara mesti "lanun-lanun UMNO" bergaduh. Dulu masa Najib di Trinidad untuk hadiri sidang CHOGM, Muhyidin, Maslan dan Noh "gila-gila" pertahankan BTN.


Dan kini semasa Najib melawat Thailand, Mahathir pula "senyanyuk"nya mempertahankan dasar perkauman UMNO dan BTN.


Nampaknya PMNajib bertambah pening dan bertambah "merah bibirnya" ! Sudahlah terpaksa bergelut dengan Bala yang kembali dengan "sumpahan ketiga"nya, kini sesama "lanun" bergaduh.


Biasalah orang jahat begitulah perangainya. Masing-masing tamak dan jaga isi perut. Puas "kedarah" harta rakyat, tiba masanya berperang, bergaduh, bergocoh sesama sendiri pula. Begitulah lumrah kehidupan para "lanun-lanun moden era OneMalaysia".


UMNO kini pecah dua. Satu puak dokongi One Malaysia ciptaan Najib dan satu puak lagi sokong racist pimpinan Dr Mahathir.
Sudah tentu ini gambaran awal bakal berlaku pertembungan jawatan Presiden UMNO antara Najib dengan Muhyidin. Najib mewakili puak One Malaysia manakala Muhyidin puak perkauman (racist) yang dibawah pengaruh dan asuhan Mahathir.
Oh ya...adakah Najib hadir dalam Mesyuarat Tinggi UMNO yang menarik balik hukuman gantung keahlian Ketua UMNO Bukit Bendera yang racist itu? Adakah ini atas perintah Muhyidin ?
Nampaknya tahun depan, Tahun 2010 ini bolehlah kita namakan Tahun Perang 2N vs 2M !
Selamat bertarung 2M ( Muhyidin + Mahathir) lawan 2N (Najib+ Nazri) !

Tuesday, December 8, 2009

INSAN MULIA - Ku Li dan Rahim Nor.




Perjanjian royalti minyak dengan Petronas dan Perjanjian Hatyai dengan PKM membabitkan satu perjanjian yang ditandatangani secara rasmi dan bertulis. Ada saksi. Bahkan saksi itu masih hidup. Sihat bugar lagi.

Royalti minyak membabitkan antara Kerajaan Terengganu dan Petronas yang mewakili Kerajaan Pusat. Saksinya Tengku Razalegh Hamzah. Masih hidup lagi. Boleh jumpa di Gua Musang maupun ruang legar Parlimen.

Manakala Abdul Rahim Nor ketika jadi saksi Perjanjian Hatyai sebagai Ketua SB kemudiannya menjadi IGP dan seterusnya jadi warga Penjara Kajang buat seketika kerana menumbuk Anwar Ibrahim. Beliau sudah bebas dan hidup seperti rakyat biasa.

Dua insan ini iaitu Ku Li dan Rahim Nor adalah dua saksi penting yang terlibat dengan 2 perjanjian. Satu tentang royalti Terengganu dan satu lagi tentang kepulangan Chin Peng.

Kedua insan ini mengakui tentang isi perjanjian yang telah ditandatangani. Satu tentang perlunya hak minyak Terengganu 5% dan satu lagi kepulangan ahli PKM ke tanah air.

Malangnya hak Terengganu dan Chin Peng dinafikan dengan 2 sebab. Pertamanya kerana Terengganu ketika itu diperintah oleh PAS (parti pembangkang) manakala keduanya, kerana Chin Peng berbangsa Cina.

Lihatlah bagaimana kerajaan "pulang"kan royalti bila Terengganu kembali ke UMNO. Begitu juga ahli PKM yang berbangsa Melayu dibenarkan kembali ke tanah air. Benarlah tanggapan Chin Peng bahawa larangan keatasnya semata-mata beliau berbangsa Cina.

Inilah dasar double standard Kerajaan Malaysia terhadap rakyat dan negerinya sendiri. Dasar inilah yang diwarisi UMNO/BN dari penjajah British iaitu dasar pecah dan perintah.

Pecahkan , hidupkan dan timbulkan semangat perkauman selama-lamanya supaya UMNO dapat hidup atas dasar itu!

Jelek dan jahatnya UMNO!
Malangya negara kita, dikala dunia berpegang kepada perjanjian untuk dipatuhi, Malaysia mengambil sikap mundur 360 darjah.
Perlu diketahui, hanya Israel sahaja di dunia moden ini satu-satunya negara yang tidak dipercayai jika menandatangani perjanjian.
Adakah Malaysia juga sama?

Monday, December 7, 2009

Perlukah "Scotland" Malaysia?


Scotland adalah salah satu negeri yang tergolong dalam United Kingdom atau Britain. Selainnya, England, Wales dan Ireland Utara. London ibu negara UK terletak di England. Oleh kerana London terletak di England maka menunjukkan England adalah ketua dan mempunyai pengaruh ke atas negeri-negeri di UK.

Sikap pandangan rakyat Scotland terhadap UK adalah negatif. Mereka merasakan England dan UK umpama penjajah terhadap tanah air mereka. Rakyat Sotland akan menunjukkan sikap membenci terhadap England/UK dalam apa jua perkara. Sekiranya berlangsung perlawanan bolasepak antara England dan Scotland umpama "perang" melawan penjajah. Begitu juga jika nyanyian lagu kebangsaan UK "God Save Queen" berkumandang ianya bakal diboo dan diejek oleh rakyat Scotland.

Kemuncak kepada benci dan meluatnya rakyat Scotland terhadap UK ialah rakyatnya mengadakan referendum untuk keluar dari United Kingdom.
Tidak diketuai mengapa rakyat Scotland begitu benci kepada England dan UK. Adakah London mengamalkan sikap "membuli" ke atas Edinburgh? Atau diskriminasi ? Atau ini adalah permusuhan ratusan tahun silam?
Harapnya Putrajaya tidak mengamalkan sikap seperti London ke atas Edinburgh kepada Kota Bahru, Shah Alam, Alor Setar dan Geogretown.
Kita tentunya tidak mahu timbul kebencian rakyat di negeri PR terhadap Putrajaya gara-gara sikap membuli dan diskriminasi terhadap negeri mereka.
Kita juga tentunya tidak mahu peristiwa memboo lagu "God save the Queen" berlaku terhadap "Negaraku" nanti.
Insaflah wahai Putrajaya!

Saturday, December 5, 2009

Najib......adakah anda mencuri aiskrim Magnolia?


Ramai pemimpin politik mengambil tindakan menyaman jika ada mana-mana individu, akhbar maupun organisasi mengfitnah mereka. Mereka sanggup naik mahkamah untuk menepis segala tuduhan yaang didakwa mereka sebagai fitnah. Ini langkah terpuji, berintegriti, bermaruah , berani dan berjiwa besar.

Kita lihat bagaimana Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew dan anaknya PM Singapura pernah menyaman Ketua Pembangkang Singapura Jeyakumar di mahkamah atas tuduhan fitnah. Hasilnya kedua beranak itu menang dan dapat gantirugi manakala Ketua Pembangkang tidak dapat bertanding dalam Pilihanraya.

Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Mustafa Ali dan Husam Musa juga ambil tindakan seperti Kuan Yew dan mereka menang, dapat bersih nama dan dapat ganti rugi dari akhbar yang menfitnah mereka.

Begitu juga Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang bertindak menyaman akhbar British yang menuduhnya pengganas. Beliau menang dan akhbar kena bayar gantirugi.

Semuanya bukan kerana mereka ini "lapar pitih", tetapi demi maruah diri dan berintegriti. Tuduhan dan fitnah oleh pihak berkenaan sesuatu yang berat dan serius. Mereka mahu bersihkan nama dan tidak mahu sewenang-wenangya ada pihak menghina dan menuduh tanpa bukti. Mereka bawa ke mahkamah demi keadilan dan kebenaran.

Malangnya PM Najib tidak berani bertindak demikian. Sekadar naik pentas ceramah dan bersumpah. Terkini hanya keluarkan kenyataan, " Saya tidak layan tuduhan sembrono dan dakwaan itu tiada asasnya."

Beginikah kepimpinan berintegriti, bermaruah dan punya harga diri?

Bersihkah nama anda kalau bertindak demikian? Mengapa takut menyaman dan bersihkan nama anda di mahkamah? Sedangkan ramai hakim di Malaysia sudah ramai makan gula-gula "Hacks" pemberian anda ! Mengapa takut?

Tuduhan terhadap anda amat serius dan berat. Pembunuhan dan letupan bom.

Kalau sekadar tuduh anda mencuri sebatang aiskrim magnolia, bolehlah anda bersumpah di pentas ataupun menafikan ketika disoal oleh wartawan.
Kini, Bala menjadi "bala" buat PM Najib.






Pre

Friday, December 4, 2009

DAP perlu waspada jerat UMNO.


Selepas PAS dan PKR di serang hebat media barua UMNO, kini tiba pula giliran DAP di serang. Isunya tentang perbuatan pijak gambar 3 ADUN yang belot di Konvensyen DAP Perak minggu lepas.
Akhbar Utusan Malaysia mula menyalakan api perkauman sama seperti lagu "Anak Kecil bermain Api" lagu jahat dalam kursus BTN.

Melihat kepada politik perkauman yang kuat melanda Malaysia masa kini , sewajarnya DAP menjauhi perkara yang boleh "di sangkut" oleh media UMNO untuk meniupkan perkauman.

UMNO sekarang mengintai-ngintai untuk mencari ruang dan peluang untuk "sensasi kembali" 13 Mei. Sasarannya tentulah DAP.

Dalam beberapa isu, DAP mengambil sikap bijak. Antaranya kepulangan Chin Peng ke Setiawan. Sikap DAP "membisu" adalah sikap yang bijak dan tepat. Sebenarnya UMNO sedang pasang "jerat" untuk menunggu ulasan dari DAP. Jika ada, secara automatik bermula JKKK hingga Menteri UMNO akan "menyalak" menuduh DAP sebagai komunis.

Begitu juga isu Perak. UMNO tunggu sahaja silap langkah DAP untuk menuduh DAP sebagai anti Raja Melayu.

Begitu juga kes kematian Beng Teoh. UMNO gagal untuk mengaitkan perarakan mayat Beng Teoh umpama perarakan mayat orang Cina menjelang 13 Mei 1969. Mengapa? Ini kerana orang Melayu juga terlibat menyertainya sebagai sokongan menentang kezaliman .

Oleh itu segala apa isu, Pakatan Rakyat perlu berbincang dan buat kesepakatan bertindak. Perbanyakan program yang disertai oleh pimpinan tertinggi PR untuk melawan dakyah perkauman UMNO.

Thursday, December 3, 2009

Antara Lanun Somalia dan Lanun Malaysia....mana mulia?.


Sembilan tahun dahulu (29 Jun 2000), sewaktu kekecohan ura-ura perampasan hak royalti minyak rakyat Terengganu, PETRONAS melalui mulut Presidennya yang juga Ketua CEO Petronas ketika itu Tan Sri Hasan Merican mengeluarkan kenyataan bahawa pembayaran royalti itu adalah berdasarkan perjanjian rasmi antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Terengganu, hasil penyerahan hak cari gali sumber minyak dan gas kepada PETRONAS di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974. Perjanjian rasmi itu ditandatangani oleh Tengku Razalegh Hamzah selaku Presiden Petronas ketika itu dengan Kerajaan Terengganu.


Ketika itu mantan MBnya Wan Mokhtar "menyalak" menafikan ianya perjanjian rasmi tetapi sekadar "dokumen persefahaman" sahaja.


Akhirnyanya "Bapa Lanun Moden" Dr Mahathir dengan bangganya merampas, merompak dan melanun hak rakyat Terengganu hasil hasutan jahat "lanun-lanun UMNO" Terengganu.


Maka selama 9 tahun (mulai Nov 2000-2008) UMNO dengan perangai semulajadinya rakusnya menggomol dan membahagikan "hasil rompakan" sesama mereka. Mereka namakan "Wang Ehsan".


Tanyalah Ahmad Said, mana rekod pembelanjaan "rompakan royalti". Semuanya dah kenyang termasuk Mat said.


Apa hubungan dengan kisah di atas dengan Kelantan?


Begini, "dasar lanun" UMNO ini adalah dulu, kini dan selamanya!


Anda lihat bagaimana PMNajib bermain kata-kata ( memperbodohkan) Rakyat Kelantan. Mula-mula kata tidak layak kerana di luar kawasan, kemudian wang ehsan akhirnya kata boleh dirundingkan.


Sebenarnya PM Najib ingin MB Kelantan TG Nik Aziz mengeluarkan kata-kata yang lebih "panas" supaya rakyat nampak seolah-olah TG Nik Aziz ini " jahat mulut". Ini akan digunakan oleh UMNO dan medianya untuk memanaskan isu buat beberapa waktu.


Memangpun layak PM Najib dan kuncu-kuncunya didoakan "jahanam dan laknat". Peduli apa. Sudah didoktrinkan pada UMNO untuk "melanun" harta rakyat walaupun sesama ugama dan bangsa. Inilah perjuangan Ketuanan Melayu.....ops...maaf bukan, bukan dan bukan! Inilah dasar memperjuangan "Ketuanan Lanun" dulu, kini dan selamanya. Dasar lanun ianya tidak mengenal ugama, bangsa dan kemanusiawi untuk melanun. Yang penting isi perut!


Jika lanun Somalia, ia melanun kapal dagang milik negara asing( bukan sebangsa), "lanun" UMNO pula melanun sesama bangsa Melayu dan Islam. Inilah yang uniknya!


Cumanya, "lanun" UMNO ini takut dengan doa laknat dan jahanam. Macam juga Abu Jahal dan Abu Lahab yang takut kepada doa Rasulullah.


Kepada TG Nik Aziz, teruskan doa. Jangan bawa isu ini ke Mahkamah. Tengoklah sampai kini kes Terengganu tiada kesudahan. Memangpun kerana Mahkamah di Malaysia sudah di penuhi oleh Hakim-Hakim yang suka makan gula-gula "Hacks" !



Wednesday, December 2, 2009

"Lanun" era 1Malaysia.


Seorang AJK UMNO Bahagian Muar dituntut nafkah mutaah oleh bekas isterinya sejumlah RM5 juta.


Bekas isterinya juga menuntut harta sepencarian mereka iaitu Kondominum di Genting Highlands, rumah di Bukit Jelutong, apartment di Hawaii dan apartment di Los Angeles, AS.


Juga yang dituntut sebuah kereta Mercedes Benz, Porsche dan Ferrari.


Wow! Kayanya dia! Jawatannya hanyalah AJK UMNO. Belum lagi pegang Ketua Bahagian, Wakil Rakyat, MB dan Menteri Kabinet. Taraf AJK UMNO Bahagian tinggi sedikit dari JKKK.


Lagi hartanya kondominium yang terletak di Genting Highlands bukan rumah PPRT ! Belum habis lagi.....apartment di Hawaii bukan rumah flet Sri Perak di KL. Lagi satu aparment di Los Angeles LA bukan pondok buruk di Baling!


Kereta pula bukan jenis Kancil, Iswara, Perdana, Ixora bukan...bukan! Tapi Mercedes Benz, Porsche dan Ferrari.


Jadi tidak menghairankan jika Mat Taib pikul duit berguni-guni kat Australia. Jugak tidak hairan jika Khir Toyo punya banglo harganya sekitar RM20 juta. Itu yang terbongkar....yang belum "terlondeh" belum tahu lagi.


Itulah kekayaan "lanun-lanun" UMNO Malaysia.


Kita yakin dan percaya kalau taraf "ikan bilis" UMNO(AJK) pun punya kekayaan berjuta-juta, apatah lagi Menteri-Menterinya.


Cuba jawab persoalan ini :


a) Menteri UMNO manakah punya kereta paling banyak dan paling mahal?

b) Menteri UMNO manakah yang ada tanah dan rumah di luar negeri dan berapa buahkah dan berapakah keluasan tanah mereka?

c) Negara manakah paling ramai Menteri UMNO punya aset?

Tuesday, December 1, 2009

Hoi! Pak Menteri...adakah anda punya SATU TELINGA?



Akhirnya PM Najib melalui Menterinya Nazri mengakui "kejahatan" BTN. Baguslah kalau begitu. Ini menunjukkan Najib dan Nazri sahaja punyai "dua telinga". Mengakui kesalahan dan kejahatan adalah suatu yang amat mustahil bagi semua Menteri UMNO!

Cumanya Mahyudin, Noh Omar, Shahrizat ,Ahmad Maslan dan Hishamudin masih lagi punya "telinga yang satu"! Betullah kata pujangga Pak Samad Sasterawan Negara bahawa ramai menteri kabinet punya telinga yang satu tapi lidah banyak bercabang...penipu rakyat!

BTN umpama suku sakat ISA. Jika ISA digunakan untuk menyiksa tahanan secara kekerasan minda dan fizikal, BTN pula adalah untuk "menyiksa dan mendera" minda dan fikiran peserta. Diwajibkan hadir, jika tidak hadir tiada kenaikan pangkat dan tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

BTN membuktikan kejahatan UMNO untuk menimbulkan semangat perkauman di negara kita. Cuba kita bayangkan bagaiman BTN yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dan secara automatiknya di bawah pengetahuan Perdana Menteri. Maknanya PM mengetahui doktrin jahat ini digunakan dan diamalkan.

Peliknya UMNO, BTN diwujudkan untuk timbulkan semangat perkauman anti-Cina dan dalam masa yang sama mereka wujudkan Kementerian Perpaduan Masyarakat untuk pupukan semangat perpaduan kaum. Apa maknanya ini semua? Dasar lidah bercabang!

Sebab itulah kita lihat puluhan tahun dan berbilion RM dicurahkan untuk perpaduan, tiada hasil dapat dibanggakan.

Kita yakin jika UMNO ada BTNnya, MCA dan MIC juga ada "BTN" masing-masing. Itulah gambaran "perpaduan" BN. Masing-masing curiga satu sama lain dan punyai niat yang jahat antara satu sama lain.

Apa yang pasti, semakin banyak kursus BTN diadakan, semakin luas jurang perkauman Melayu-Cina dan semakin banyak tanah dan hak orang Melayu dijual oleh UMNO!

Memangpun patut TG Nik Aziz melaknat UMNO! Anda bagaimana weeh?

Monday, November 30, 2009

Polis di Negeri PR paling "sporting"!


Sewajarnya sekalung "penghargaan" kepada anggota PDRM yang bertugas di Negeri Pakatan Rakyat. Terutama kepada Ketua Polisnya.


Hari ini rakyat Malaysia dapat melihat begitu "sopan dan tertib"nya polis mengiringi Pemuda BN (ramai UMNO) yang buat demostrasi depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.


Kita lihat bagaimana polis dengan "bangga"nya mengiringi anggota Pemuda BN melintasi jalan menuju pintu pagar DUN untuk serah memorandum kepada KM Lim Eng Guan.


Lihat! Tiada tembakan gas. Tiada pancutan air asid. Bahkan SB yang tahan orang yang bakar gambar KM sempat pula beritahu kat Pemuda Gerakan bahawa pemuda ini bukan pemudaBN tapi orang Kampung Pala. Kah! Kah! Kah!. Hebat kesopanan dan telelusan polis kita di Negeri PR weeh!


Inilah nikmatnya jadi pembangkang di Negeri PR. Benar-benar demokraksi dan telus. Bebas nak bantah, demo, nak bakar gambar pun boleh. Bahkan nak pijak kepala lembu pun boleh dan dipersilakan kerana pegawai polis yang bertugas masih muda dan tiada pengalaman!


Malangnya suasana "meriah " ini tiada dirasai di Negeri UMNO perintah. Anijing, gas pemedih, cota, air asid, lokap dan gari menunggu anda!


Sewajarnya khidmat IG Musa dipanjangkan seumur hidup. Bukankah begitu PM Najib!


Sunday, November 29, 2009

Betul ke Dr. Mahathir bencikan Singapura?


Dr.Mahathir Mohammed adalah lulusan MBS (perubatan) dari salah sebuah universiti di Singapura. Sepanjang pemerintahannya 22 tahun menjadi PM Malaysia ke 4, antara negara sasaran kritikannya adalah Singapura.


Nama Lee Kuan Yew adalah nama yang begitu tidak digemarinya. Dikatakannya Lee seorang yang kuat perkauman Cinanya. Begitu juga sifat Lee dan Singapura yang begitu KAISU (ingin selalu menang).

Bencinya kepada Lee dan Singapura memuncak apabila negara tersebut menolak rancangan merobohkan Tembok Johor untuk membina sebuah Jambatan Bengkok.

Benarkah beliau amat tidak gemarkan negara tersebut ?

Rekod membuktikan semasa pemerintahan beliaulah ribuan ekar tanah di Johor dijual kepada Singapura. Begitu juga ribuan pasir dieksport ke Singapura.

Sebenarnya Mahathir dan Lee kuan Yew saling perlu memerlukan antara satu sama lain dulu,kini dan selamanya. Penting untuk UMNO dan PAP.

Jika UMNO ingin mengalih tumpuan rakyat terutamanya orang Melayu kepada skandal-skandal pemimpinnya maka ditimbulkan isu Singapura dan secara automatiknya tergambar tentang "ancaman dan kurang ajar Singapura(Cina)" kepada Malaysia.

Maka Lee Kuan Yew dan PAP akan menyambut isu itu untuk menarik sokongan orang Cina Singapura terhadap PAP dengan menyatakan "penindasan UMNO(Melayu) terhadap orang Cina".

Lihat! Saling kait mengait. Depan Mahathir(UMNO) dengan Lee macam anjing dengan kucing tapi belakangnya jual tanah dan pasir kat Singapura!
Selepas ini, sifat jelek Mahathir akan diwarisi oleh anak didiknya PM Najib. Lihatlah nanti jika berlaku suasana "tegang" antara Malaysia dan Singapura, ianya hanyalah sekadar sandiwara untuk alihkan isu dalaman negara masing-masing.
Percayalah! Alah...macam dulu ketika Lee Kuan Yew kata JB tempat samseng dan kongsi gelap, tempat yang tidak selamat, maka Pemuda UMNO berdemo macam mahu perang.
Akhirnya, Ketuanya ketika itu Zahid Hamidi terhegeh-hegeng dan sekonyong-konyong "cium tangan" Lee Kuan Yew minta maaf. Hebatkan sandiwara UMNO era Mahathir.
Lepas ini, kita lihat siapa pula menyeberang Tembok Johor "cium" tangan Lee Kuan Yew.




Saturday, November 28, 2009

MB Kelantan: Siapa berhak tentukannya?


Segala dasar dan perjalanan parti adalah berdasarkan Sistem Syura yang dinamakan Majlis Syura. Begitulah amalan Gerakan Islam di seluruh dunia. Sebarang keputusan dibuat berdasarkan amalan syura.


Ini kerana setiap Gerakan Islam bukan hak milik individu, kawasan, negeri maupun hak pemimpin. Gerakan Islam adalah satu Gerakan Ummah dan milik Ummah.


Mereka yang menganggotai Majlis Syura adalah yang telah ditapis dari segi kredibiliti dan bersih dari dosa besar. Begitu detail dan halus ciri-ciri anggota Syura dipilih.


Persoalan siapakah ganti MB Kelantan selepas TG Nik Aziz. Langkah TG Nik Aziz tidak menamakan penggantinya adalah betul dan tepat. TG Nik Aziz tahu beliau tiada hak untuk namakan penggantinya kerana beliau tahu itu bukan haknya. Beliau hanya sekadar mencadangkannya sahaja. Itupun jika beliau mahu cadangkan.


Jadi, siapakah yang mempunyai hak menentukan pengganti MB Kelantan selepas TG Nik Aziz?


Oh ya...inilah yang selalu kita lupa. Sebenarnya Majlis Syuralah yang menentukan siapakah yang boleh menjadi MB bukan sahaja di Kelantan bahkan di negeri-negeri yang dapat diperintah PAS.


Sebenarnya yang melantik TG Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas kemenangan bergaya PAS tahun 1990 adalah Majlis Syura. Badan Perhubungan PAS Kelantan hanya mencadangkan dan yang memutuskannya adalah Majlis Syura. Majlis Syura berhak menerima atau menolaknya.


Inilah amalan PAS yang bezakan dengan parti sekular di Malaysia.


Jadinya, tidak perlulah menunjukkan-nunjuk siapa yang layak ataupun yang peliknya ada yang awal-awal tidak mahu jawatan itu !

Friday, November 27, 2009

Awas! Kubur anda bakal "dikencingkan"!


Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.

Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "di kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.




Tuesday, November 24, 2009

Najib "mesra" judi!


Malaysia sebuah Negara Islam berjaya meraut hasi judi sebanyak RM2.37 bilion pada tahun 2008. Begitulah "kejayaan" negara kita. Bukan sahaja berjaya menganjurkan Musabaqah Al Quran setiap tahun bahkan berjaya mengutip hasil judi berbilion RM. Tiada diketahui adakah penganjuran Musabaqah pakai duit hasil judi begitu juga dengan pembinaan masjid-masjid di seluruh negara.


Elok rasanya pamerkan kejayaan UMNO ini dengan mengadakan memacak billboard gergasi di jalan-jalan utama di seluruh negara. Cantik lagi pacakkan signboard di kawasan masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan Masjid Negeri. Sama seperti signboard "Bahaya Dadah" yang sekarang terpacak di setiap kawasan masjid.

Malu apa weeh! Minta saudagar-saudagar judi menaja signboard ini. Takkan mereka kedekut. Mereka dah untung berjuta-juta weeh! Minta Menteri KAGAT dan Ustazah Mashitah ambil tindakan proaktif ini.

Jika tahun 2008 dikenali Tahun Islam Hadhari Pak Lah pun sudah raut keuntungan RM2.37 bilion, berapakah hasil tahun 2009 Tahun 1Malaysia? Sebaik sahaja Najib jadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan puluhan lesen judi terutama cabutan mingguan. Masa itu Najib belum jadi PM. Bayangkan kini beliau telah jadi PM, tentulah berjoget sakan saudagar judi mendapat"syafaat" Najib!

Sunday, November 22, 2009

Bola lebih penting dari Islam.


Arab sanggup bergaduh sesama sendiri kerana bola bukan kerana Islam. Itulah yang berlaku di Mesir. Rakyat mereka sanggup mengepung Kedutaan Algeria kerana tidak puas hati kekalahan pasukan mereka di tangan pasukan Algeria 0-1 dalam perlawanan penentuan kelayakan Piala Dunia 2010.

Bahkan anak Presiden Hosni Mubarak desak kerajaan Mesir bertindak ke atas Algeria.

Alangkah baiknya jika semangat ini digunakan untuk menentang Israel di sempadan negara mereka.
Ketika rakyat Palestin dibedil berterusan di Gaza, tiada pula tindakan mengepung Kedutaan Israel dan Amerika.
Bola lebih bermakna daripada nyawa insan seugama.
Makan bola...minum bola...tidur bola......mampus pun dengan bola!

Saturday, November 21, 2009

PAS: Elakkan politik anak beranak.



Persepsi secara mudahnya adalah bermakna pandangan atau tanggapan terhadap sesuatu. Samada manusia ataupun peristiwa kejadian. Persepsi tidak boleh lari dari politik. Politik pula tiada berpisah dari persepsi.

Ahli politik terutama ahli politik berteraskan Islam seharusnya mengelak dari berlakunya persepsi negatif masyarakat terhadapnya.

Bagi mengelakkan persepsi negatif inilah ramai pimpinan PAS misalnya tidak membenarkan anak-anak mereka bertanding dalam pilihanraya sebagai calon walaupun mendapat sokongan ahli parti. TG Nik Aziz pernah menegah anaknya Nik Abduh bertanding dalam PRU 12. Barangkali sikap yang sama diambil oleh TG Haji Hadi terhadap anaknya Abd Khalil.

Tindakan ini dilakukan untuk mengelakkan persepsi negatif masyarakat seperti kroni, anak beranak, anak Tok Guru dan sebagainya. Kita melihat munculnya anak pimpinan PAS menjadi wakil rakyat apabila bapa mereka meninggal dunia ataupun meninggalkan pakaian jawatan politik. Barulah mereka ada nama dalam politik PAS dan menjadi ADUN maupun MP. Misalnya Dr. Mujahid Yusof(MP Parit Buntar) dan Ustaz Nik Amar Nik Abdullah (ADUN Panchor).

Politik PAS berbeza dengan DAP dan PKR. Lim Kit Siang masih memegang jawatan dalam DAP, namun anaknya Lim Eng Guan menjadi ADUN dan MP. Bahkan kini Ketua Menteri. Begitu juga isteri Eng Guan menjadi ADUN di Melaka kini. Karpal Singh juga mempunyai anak yang menjadi MP Puchong, Gobind Singh.

Anwar Ibrahim pula mempunyai Nurul Izzah yang menjadi MP Lembah Pantai. Dulu isterinya Dr Wan Azizah menjadi MP Permatang Pauh.

Sikap pimpinan PAS mencontohi sikap Saidina Umar dalam soal kepimpinan politik. Umar pernah menegah anaknya dicalonkan dari jawatan Khalifah ketika beliau diambang maut. Dipercayai sikap itu diambil untuk mengelakkan persepsi orang ramai dan fitnah.

Sememangnya apabila pimpinan politik mengambil ahli keluarga mereka memegang jawatan dalam organisasi kerajaan maupun parti akan menimbulkan persepsi negatif masyarakat walaupun perlantikkan itu berdasarkan kelayakkan dan merit.

Inilah kemelut yang sedang melanda Kerajaan Kelantan sekarang. Apabila menantu MB dilantik menjadi CEO PMBK. Kemudian isu itu menjela kepada isu tajaan haji MB. Sewajarnya perkara ini dari awal perlu dielakkan bagi mengurangkan persepsi masyarakat.
Cuba kita lihat isu PMBK bermula perlantikkan menantu MB jadi CEO kemudian isu tajaan haji MB. Semua ini menimbulkan persepsi "kurang sihat" kepada pimpinan PAS.

Benarlah apa yang disarankan Dr Aziz Bari bahawa PAS perlu mengambil kira persepsi masyarakat di dalam sesuatu perkara.
Sama seperti pakai kain batik oleh golongan lelaki. Dari segi hukum, tiada masalah. Di Terengganu dan Kelantan menjadi kebiasaan. Tetapi jika kain batik di pakai oleh golongan lelaki di luar Terengganu dan Kelantan akan menimbulkan persepsi negatif kepada pemakainya. Inilah juga yang perlu diambil kira oleh PAS.





Wednesday, November 18, 2009

MEMALI: " Hey Si Zalim...ambillah pengajarannya.


Esok genap 24 tahun terjadinya Peristiwa Berdarah Memali. Peristiwa kejam yang berlaku di kawasan pendalaman di Baling itu mengakibatkan 13 syahid di tangan pihak polis. Seramai 3600 orang anggota polis terdiri Unit FRU, UTK, Senoi Praq dan anggota dari Bukit Aman terlibat dengan operasi yang di beri nama "Operasi Angkara". Operasi itu di bawah seliaan pegawai Bukit Aman.

Tujuannya menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud untuk ditahan di bawah ISA.

Peristiwa pembunuhan itu berlaku ketika PM Dr. Mahathir melakukan lawatan ke China. Manakala Menteri Dalam Negeri yang menjaga PDRM adalah Musa Hitam. Manakala IGP adalah Hanif Omar.

Pada awalnya pihak kerajaan mendakwa berlaku operasi membasmi pengganas komunis. Kemudian menukar tajuk kepada pembasmian ajaran sesat. Berhari-hari media kerajaan terutamanya RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian "mendendangkan" lagu penipuan keatas rakyat mendakwa Ustaz Ibrahim Mahmod membawa ajaran sesat.

Menteri Penerangan yang menjaga RTM ketika itu adalah Rais Yatim yang kini menjawat semula jawatan itu.

Pembohongan kerajaan UMNO tidak bertahan lama. Sultan Kedah mencemar duli menyiram air mawar keatas 13 pusara syuhada Memali menutup terus "mulut jahat" Rais Yatim dan RTMnya.

Kini 24 tahun sudah berlalu. Banyak perkara boleh kita ambil pengajaran dan renungan :

a) Dr Mahathir masih hidup lagi. Tiada sepatahpun ucapan maaf terbuka kepada keluarga Syuhada Memali dan kesal atas peristiwa itu. Mungkin Tuhan panjangkan umurnya bagi beliau peluang bertaubat.

b) Seratus hari selepas Pembunuhan Memali, Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Menteri. Nasib Musa juga bertambah malang kerana kehilangan anak lelakinya dalam Peristiwa Keruntuhan Hightower 1994. Mungkinkah pembalasan Tuhan ?

c) Dua tahun selepas Pembunuhan Memali, UMNO berpecah dua. Team A dan Team B. Kemudian menjadi UMNO Baru dan Semangat 46.

d) Hanya seorang pimpinan UMNO yang memohon maaf atas Peristiwa Memali iaitu mantan SU UMNO Dato' Radzi Sheikh Ahmad (ketika itu dalam S46)meminta maaf secara terbuka kepada keluarga Memali. Ucapan itu tersiar di muka depan Harakah.

e) Tiga orang anggota polis yang terbunuh adalah ditembak oleh rakan mereka sendiri ketika serbuan. Bukti Ustaz Ibrahim dan pengikutnya tiada senjata api.

d) Tidak diketahui nasib Perwakilan UMNO Baling yang mengusulkan penangkapan Ustaz Ibrahim dalam Perhimpunan UMNO. Adakah hidup mereka bahagia atau sengsara akibat "kejahatan usul" mereka?

f) Juga tiada diketahui nasib anggota-anggota polis yang menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim dan pengikutnya samada bahagia atau sengsara? Kedengaran khabar, ramai diantaranya jadi kurang siuman. Waallahu'alam.

g) Majlis Memperingati Syuhada Memali diadakan setiap tahun. Sejak 5 tahun kebelakangan ini ianya ditiadakan atas permintaan keluarga anggota polis yang terlibat. Mengapa ? Mungkin mereka kesal apa yang telah berlaku.

h) Beberapa anggota Majlis Fatwa Kedah disingkirkan kerana menfatwakan kesyahidan Ustaz Ibrahim dan pengikutnya.


Beberapa hari selepas peristiwa yang menyayatkan hati itu berlaku, TG Haji Hadi Awang berucap di Markas PAS Taman Melawar. Ucapan beliau tersekat-sekat kerana hiba dan sedih. Ramai hadirin yang menangis dengan tangisan yang kuat ketika itu.

TG Nik Aziz pernah berkata tentang peristiwa tersebut : " Kita akan mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini seumur hidup. Akan kita ingat dan sebut terus menerus. Akan kita perkatakan hingga Hari Kiamat."

Jika rakyat Palestin mengingati Peristiwa Dier Yasin, rakyat Indonesia mengingati Peritiwa Tanjung Periuk, rakyat Iraq mengingati Peristiwa Fallejah. Rakyat Malaysia sewajarnya mengingati Peristiwa Memali. Satu perjuangan dan pengorbanan menentang ISA.


Berikut mereka yang syahid dalam Peristiwa Memali:


1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Tuesday, November 17, 2009

Gempa bumi 9.99 richer di Kelantan ?


Sebenarnya "malapetaka gempa bumi" bakal menggegarkan bumi Serambi Mekah yang dijangkakan berukuran " 9.99 richer" sudah dapat dikesan oleh anak MB Kelantan. Beliau dapat mengesan "gempa bumi" ini pada bulan April 2009. Kini bulan November 2009. Sudah berlalu 8 bulan, "amaran di beri". Malangnya tiada siapa yang mempedulikannya !


Kini kita semua sebagai pendokong Parti Islam terpaksa menelan "malapetaka" ini. Mari kita baca semua patah-patah perkataan (bacaan richer?) tentang amaran yang diberikan oleh anak MB Kelantan dalam blognya bertarikh 24 April 2009


1) Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

2) Di mana pergi pembantu – pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!


3) Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.


4) Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing – masing.


nota : Saya - Ustaz Nik Abduh

Ayahanda - TG MB Kelantan

Pembantu / Mereka - Anda cari sendiri ! Mungkin menantu, "baju petak merah" ataupun jurugambar kawan "baju petak merah" atau atau atau.............

Friday, November 13, 2009

PAS Kelantan.....tinggal 12 bulan lagi weeh!


Teringat saya 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan.

Kini sudah sudah 19 tahun, PAS memerintah Kelantan. Dan tinggal 12 bulan lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan.

Kini anak-anak didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yang berjiwa baru.

Tinggal 12 bulan lagi, kata-kata ( sumpahan?)Dr Mahathir akan berakhir.

Maaf, saya tidak percaya "sumpahan" Mahathir itu benar. Cumanya terfikir juga mengapa beliau ucapkan kata-kata tersebut. Barangkali 2 perkara yang Mahathir fikirkan ketika itu :

1) Zaman golongan veteran UMNO telah berlalu. Karier politik Anuar Musa, Awang Adek, Mustafa Mohammad bakal berakhir. Mereka akan diganti Generasi KEMAS tahun 1990.

2) Umur TG Nik Aziz semakin tua. Jawatan MB akan menjadi perebutan sesama pimpinan PAS.

Melihat pelbagai peristiwa yang "terhidang" setiap hari mengenai politik Kelantan akhir-akhir ini, mungkin mengiyakan kata-kata Dr Mahathir 19 tahun dulu. Lagi pun TG Nik Aziz menganggap Mahathir seorang yang cerdik dan bijaksana. Cumanya beliau seorang berfikiran sekular.
Semoga PAS Kelantan terutamanya pucuk pimpinannya dapat "membatalkan" kata-kata mantan PM itu.

Tuesday, November 10, 2009

Tembok Berlin "dibina" Putrajaya.


Semalam masyarakat dunia terutama warga Jerman baru sahaja merayakan ulang tahun ke 20 runtuhnya Tembok Berlin. Satu tembok yang dibina sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia Kedua dan kalahnya rejim Nazi pimpinan Hitler di Eropah.

Tembok Berlin adalah simbol Perang Dingin. Ia juga simbol pemisahan ideologi Blok Barat dengan BlokTimur. Ideologi Kapitalis dan Komunis. Lambang permusuhan antara Amerika dan Soveit Union.

Tembok ini dibina setinggi kira-kira 12 kaki sepanjang 150 kilometer itu memecahkan satu negara iaitu Jerman kepada Jerman Barat(pro Barat) dengan Jerman Timur (pro Komunis). Ramai rakyat Jerman Timur terbunuh ketika cuba melarikan diri ke Jerman Barat untuk mencari kebebasan hidup ala Barat.

Runtuhnya Tembok Berlin yang di bina Komunis Jerman Timur seiring dengan runtuhnya Ideologi Komunis di Soviet Union dan Eropah Timur.

Apa hubungan antara Tembok Berlin dengan negara kita ?

Jika Tembok Berlin dibina untuk memisahkan Jerman yang berideologi Kapitalis dengan Komunis, kini seolah-olah "Tembok Berlin" sedang dibina di negara kita. Ianya di bina oleh pihak Putrajaya bertujuan memisahkan negeri berideologi BN dengan ideologi PR.

Akibatnya terpisah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan yang diperintah pihak Putrajaya(BN). Berlakunya diskriminasi terhadap negeri Pakatan Rakyat dari segi bantuan, peruntukan, mesyuarat, perlantikan jawatan bahkan peranan MB dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat dinafikan.

Terkini penafian hak royalti minyak terhadap Kelantan. Dulu Terengganu mengalaminya semasa diperintah PAS (1999-2004).

Harapnya Malaysia biarlah terkenal dengan penduduknya yang majmuk seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan sebagainya. Bukan terkenal dengan kemajmukan cara sistem pemerintahan bercampur aduk dengan "Tembok Berlin, Zionis dan Apartheid"!

Monday, November 9, 2009

Dato Hasan Ali dipecat?


Selepas Seminar Politik selesai dengan resolusi dihasilkan, kini pemerhati politik terarah ke topik yang lain pula iaitu hasil siasatan Badan Disiplin PAS yang diketuai oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengerusi JK Disiplin PAS.


Masing-masing ingin melihat hasil siasatan. Paling utama barangkali mereka ingin tahu nasib PJ Selangor yang juga Exco Kerajaan Selangor.

Bagi yang "anti" Hasan Ali, tentunya ingin melihat karier Hasan Ali berakhir. Kena gantung atau dipecat sebagai PJ.

Bagi yang"pro" pula, berdoa agar PJ Selangor ini bebas dari tindakan disiplin.

Anda pula bagaimana?

Melihat cara Pengerusi JK Disiplin menjawab soalan media, nampaknya kes ini "tersangkut" juga. Dengan makna Hasan Ali kena jawab "benarkah tuduhan ini dan kena bela diri."

Kalau mengikut "tatacara mahkamah", apabila suspek diarah bela diri, ini menunjukkan kena nafi dengan hujah yang menyakinkan hakim.

Mengenang kembali Sirah Rasulullah. Ketika Ghazwah Tabuk, beberapa Sahabat tidak menyertai peperangan tersebut kerana kelalaian dan mereka mengaku salah atas kesilapan mereka. Bukan mencipta alasan seperti golongan munafik. Mereka bertiga adalah Kaab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Murarah bin Rabi'.

Rasulullah menerima pengakuan mereka dan meminta orang Islam memulaukan mereka bertiga hingga Allah Taala memberi keputusan dengan penurunan wahyu.

Kaab bin Malik menerima ujian yang hebat. Dalam tempoh pemulauan itu, Raja Ghassan yang berugama Nasrani melalui wakilnya berjumpa Kaab. Menawarkan kemewahan dan jawatan kepada Kaab. Iman Kaab begitu tinggi hasil tarbiyyah Rasulullah. Kaab membakar surat tawaran itu dan menganggapnya satu malapetaka ke atas dirinya.

Nah! Cantiknya kisah ini untuk direalisasikan dengan keadaan hari ini.

Seandainya Dato Hasan Ali melakukan kesalahan, beliau patut mengaku salah dan terima apa saja hukuman parti dengan hati terbuka.

Seandainya Badan Disiplin PAS mendapati beliau tidak bersalah, golongan yang "anti" beliau perlulah terima keputusan tersebut.

Penyokong sejati PAS adalah mereka yang mempunyai perasaan :

i) Mereka merasai sedih seandainya Hasan Ali bersalah. Tiada sekelumitpun perasaan gembira jauh sekali perkataan "padan muka". Mereka berdoa Hasan Ali tetap dengan pendirian bersama PAS walaupun dijatuhi hukuman berat. Mereka berharap beliau terima hukuman tersebut dengan perasaan terbuka dan redha.


ii) Mereka bersyukur seandainya Hasan Ali bebas dari tindakan tatatertib.


Hanya golongan munafik yang berasa gembira sekiranya Dato Hasan Ali didapati bersalah ataupun bebas dari hukuman. Mengapa ? Bukankah kerja mereka mengadu dombakan antara sesama pejuang Islam. ?

Sebenarnya kes seperti inilah kita boleh mengenal musuh dalam lipatan, munafikin. Bacalah dalam blog-blog mereka. Kata-kata mengeji pimpinan TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi tertulis dalam blog mereka. Maki hamun, adu domba dan kata-kata jelek terkandung dalam blog mereka.

Peliknya, kadang kala blogger yang pro PAS tanpa segan silu mengutip "sampah busuk" ini untuk disiar dalam blog mereka.

Kita tidak menganggap TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi maksum. Kita juga tidak mahu blogger memuji melangit PAS. Tetapi kita mahu teguran dengan bahasa yang sopan dan beradab. Bukan maki hamun dengan bahasa kurang ajar.

Kepada Dato Hasan Ali, jaga diri anda dari "jelmaan semula" wakil Raja Ghassan!







Friday, November 6, 2009

Hoi Hishamudin Rais...buatlah filem ini...!


Kisah isteri PMNajib bercuti atas kapal mewah milik kerabat diRaja Saudi semasa bercuti kat Perancis kemudian berjumpa satu kotak milik tuanpunya kapal mewah itu. Akhirnya dalam masa 2 minggu, isteri PMNajib dapat ganjaran RM7 juta atas "kejujuran" beliau.


Kemudian duit ganjaran RM 7 juta itu diagih-agihkan kepada pelbagai Badan Kebajikan di tanahair, badan kebajikan BN, Bakti dan UKM. Hebat!


Menariknyanya sebaik terima RM7 juta, isteri PMNajib panggil SPRM untuk pastikan wang itu bukan dalam kategori wang rasuah. Hebat!
Betul ke cerita ini? Lebih-lebih lagi ianya tersiar selepas Belanjawan 2010.
Cumanya, bila lagi nak "sedekah' komisen Submarine, keuntungan projek PLKN dan ratusan projek kepada rakyat marhein.? Isteri PMNajib tak berniat ke untuk bagi sumbangan kepada anak wanita Mongolia yang hancur akibat letupan C4 ?
RM 7 juta rendah berbanding komisen penjualan Submarine RM 500 juta !
Oh ya! Mana-mana Pengarah filem tak berminat ke untuk buat filem kisah penemuan kotak misteri atas kapal mewah milik kerabat Raja Saudi ?
Rasanya yang sesuai jadi Pengarah filem ini ialah Hishamudin Rais. Tentunya filem ini bakal jadi "box office". Apakah tajuk yang sesuai untuk filem ini? Mungkin Hishamudin Rais bagi tajuk ' From Ulan Bator with Love"? atau " Dari Komisen Kapalselam ke ganjaran RM7juta" ?

Wednesday, November 4, 2009

MCA : Lagi lambat lagi bagus!



Nampaknya drama MCA lari dari skrip. Skrip yang dikarang oleh Presiden Ong Tee Keat sudah lari 360%. Ini gara-gara tindakan pemimpin kepercayaan Ong sendiri naib presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiang Lai yang dilihat ingin merampas kuasa darinya dan mengkhianati kepercayaan yang diberikan.

Asal EGM yang di buat pada 10 Oktober lalu adalah untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Dr Chua Soi Lek. Malangnya perwakilan memberikan undi yang sama rata kepada Ong dan Dr Chua. Sokongan perwakilan adalah seimbang buat Presiden dan Timbalannya.

Cita-cita Ong untuk menyingkirkan Dr Chua gagal. Ini menyebabkan timbulnya idea mengadakan Pelan Perpaduan Beasr(GUP). Puak Ong dan Dr.Chua bersetuju berdamai.

Malangnya satu puak yang "terwujud" akibat EGM 10 Oktober iaitu puak Naib Presidennya Liow tidak menerima pelan tersebut. Mereka inginkan EGM baru. Mereka tetapkan pada 28 November ini. PuakLiow ini mendapat sokongan padu dari Ketua Pemuda dan Ketua Wanita MCA. Mereka mahukan EGM baru untuk pilih pimpinan yang baru.

Keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA yang sah membuatkan Parti berasaskan perkauman terbesar di Malaysia mengalami satu lagi "huru hara". Puak Liow tetap menganggap Liow Tiang Lai adalah Timbalan Presiden yang sah. Kemelut MCA semakin terlalu jauh untuk diselesaikan
Kini MCA berpecah kepada 3 kumpulan iaitu Puak Ong, Chua dan Liow. Ketiga puak ini dilihat begitu kemaruk kuasa. Masing-masing terpalit masalah masing-masing. Ong Tee Kieat dengan skandal PKFZ, Chua dengan skandal seks dan Liow dengan pengkhianatan terhadap bos sendiri.
Isu MCA boleh selesai dengan membuang ketiga-tiga individu ini. Mereka bertiga umpama "kepala ikan" yang buruk dalam MCA. Krisis MCA berpunca dari "kepala ikan yang buruk".
MCA memerlukan pimpinan yang baru jika parti itu mahu bernafas lagi di arena politik orang Cina.
Timbul persoalan, siapakah lagi boleh pimpin MCA ? Elok iklankan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden MCA dalam akhbar milik mereka The Star. Dan nyatakan syarat untuk ketiga jawatan itu :
a) Bukan penyokong Puak Ong, Chua dan Liow.
b) Tiada sebarang skandal.
Sebenarnya masalah MCA diberi tumpuan penuh oleh UMNO. UMNO tidak ingin masalah MCA selesai begitu cepat. Lagi lama lagi bagus. Lagi gaduh lagi baik buat UMNO. Ini kerana dalam "poket" pimpinan MCA lah ada banyak rahsia kejahatan dan skandal pimpinan UMNO. Bila MCA bergaduh sesama sendiri, maka tiada masa dan waktu buat MCA bongkar "poket" mereka.
Jika UMNO bergaduh, MCA gembira. Jika MCA bergaduh UMNO lagi suka.

Tuesday, November 3, 2009

Pemikiran Dr.Asri.


Dr.Asri Zainal Abidin (MAZA) bukanlah asing bagi umat Islam terutama yang cintakan ilmu pengetahuan. Kemunculan MAZA dipentas dakwah bermula diawal 90an. Beliau berkelulusan dalam bidang Bahasa Arab,Jordan dan menyambung Master dan PhD dalam bidang hadis.


Diawal penglibatannya diatas pentas ceramah, beliau berdebat dengan Astora Jabat. Bintangnya semakin bersinar bila ditawarkan menjadi Mufti Negeri Perlis. Jawatan itu serasi dengan pemikirannya dan pegangan mazhab negeri Perlis yang tidak mewartakan memegang mana-mana mazhab empat tetapi sekadar menyebut Ahli Sunnah Wa Jamaah.


Sepanjang tempoh memegang jawatan mufti, banyak kontroversi ditimbulkan MAZA. Adakalanya isu yang dicetuskan oleh MAZA mengejutkan umat Islam dari "tidur" ! Misalnya tentang zakat. Beliau mengatakan jika wang zakat di Malaysia diuruskan dengan betul tidak akan berlaku kemiskinan tegar di Malaysia. Ini menimbulkan kemarahan pihak yang menguruskan zakat.


Pihak politik juga tidak terlepas dari "bedilan" MAZA. Antaranya PAS. Beliau menegur penceramah PAS yang banyak mengutuk dan menghentam kerajaan. MAZA juga mendakwa "maki hamun " penceramah PAS tidak membawa mesej Islam.


Pihak Muftilahlah yang banyak merasakan"bahana panas" semasa MAZ menjadi Mufti Perlis. Sikap MAZA terhadap mufti-mufti(kebanyakkan berusia sebaya ayah MAZA) dari segi kehadiran mesyuarat, isu mazhab dan kenyataan media menyebabkan MAZA tidak begitu "mesra" dengan mereka terutama Mufti Perak dan Johor.


Kenyataan beliau melalui media tentang cara tindakan pencegah maksiat mencetuskn kemarahan banyak pihak terutama Jabatan Ugama, Mufti dan PAS. Bahkan pihak Pemuda PAS mengajaknya untuk berforum membincangkan isu tersebut.
Antara yang sebab MAZA tidak di"senangi " oleh para mufti dan JAKIM mungkin sikapnya tentang mazhab. Beliau dicop sebagai "Wahabi". Tetapi melihat cara tindakan dan pemikirannya, MAZA bukankanlah seorang yang berfahaman "Wahabi yang Melampau". Beliau masih merujuk kepada pandangan Dr. Yusuf Qardawi. Juga menerima amalan politik demokrasi di Malaysia. Tentang muzik, beliau bersikap terbuka.
Ini berbeza dengan pegangan keras setengah pengikut "Wahabi". Menolak politik, muzik bahkan "begitu lancar" membid'ahkan sesuatu.
Cuma, pendekatan MAZA dalam penulisan agak "kasar". Beliau dilihat tidak begitu menjaga adab bahasa penulisan dan adab dengan ulama zaman silam. Lebih-lebih lagi apabila mengulas masalah feqah tulisan ulama-ulama dahulu. Perkataan "pandir" antara yang sering digunakan oleh beliau. Perkara ini perlu beliau perbetulkan.
Apapun, kewujudan MAZA dalam dunia dakwah amatlah dialu-alukan. Beliau umpama antara bintang-bintang yang berkelipan di langit Malaysia. Teruskan usahamu wahai orang muda!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...