ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, December 30, 2014

Air Asia QZ8501 tidak semalang MH370



Dalam masa 3 hari serpihan pesawat Air Asia QZ8501 telah ditemui beserta mayat-mayat penumpang pesawat.

Begitu cepat dan tepat dikesan.Terbukti teknologi moden boleh mengesannya.Samada dari bumi,laut maupun dari langit melalui satelit.

Amerika pernah mendakwa jika ada objek yang jatuh ke laut,satelitnya mampu mengesannya.

Malangnya hingga kini MH370 tiada berita dan khabar.Pelbagai spekulasi dibuat.Macam-macam bomoh baca jampi serapah.Pelbagai negara membawa peralatan canggih untuk mengesannya.Jutaan duit sudah dikeluarkan.Semuanya untuk mengesan MH370.

Barangkali benarlah kisah-kisah yang dikisahkan bahawa dalam pesawat MH370 ada saintis China yang menjadi buruan Amerika.Dalam pesawat MH370 ada bahan senjata yang mahu Amerika rampas semula agar tiada "copy paste" oleh China.

Barangkali pesawat MH370 diterbangkan ke Diego Garcia secara remote control melintasi pulau Maldive dan mendarat di pengkalan tentera Amerika.Badan pesawat itu dipotong-potong kecil dan ditanam di pulau itu..Manakala semua penumpang "dimatikan secara kehormat" demi menutup rahsia.

Bezanya antara MH370 dengan Air Asia QZ8501 ialah tindakan Amerika.Amerika tidak kacau AirAsia kerana dalam pesawat itu tiada yang membahayakan kepentingan Amerika.Oleh itu begitu cepat pesawat dapat dikesan.

Sebaliknya nasib MH370 tiada kesudahan.Nasibnya seperti Peristiwa 9/11.Selepas 3 atau 5 tahun baru terbongkar kisah sebenar.Selepas Obama tidak tinggal di White House lagi.

Tuesday, December 16, 2014

Top 10 - Malaysia Boleh !



Jika dahulu kita bangga dengan pencapaian Malaysia dengan rangking Top 10 sebagai Negara Kuasa Besar dalam industri :
a) Bijih Timah
b) Getah
c) Kelapa sawit

Kini setelah hampir 60 tahun merdeka,kita kini menjadi Negara Kuasa Besar dalam bidang:
a) Arak.
b) Rasuah
c) Pelacur  
Setiap 10,000 rakyat kita ada 52 orang pelacur.Kita menyangka Thailand lebih ramai pelacur kerana ramai orang ke sana.Itu silap.Thailand hanya menduduki tempat ke 10 berbanding Malaysia tempat ke 8. 

Sedihnya,negara kita adalah negara Islam tunggal yang mempunyai pelacur teramai di dunia dalam rangking Top 10.

Berikut rangking Top 10 pelacur teramai di dunia:
1) Venezuala 119/10,000 
2) Korea Selatan  110/10,000
3) Peru 102/10,000
4) Filipina  85/10,000
5) Nigeria  63/10,000
6) China  60/10,000
7) Brazil  53/10,000
8) Malaysia  52/10,000
9) Jerman  49/10,000
10) Thailand  45/10,000

Adakah peningkatan "mendadak" ini kerana dua faktor :
1) Pengekspotan pelacur China ke Malaysia.
2) Adanya "fatwa" dari Ulamak Wanita UMNO yang "menghalalkan" pelacuran kerana terdesak hidup.Siapa dia ?

rujuk :http://globaldiscussion.net/topic/1442-countries-with-the-most-prostitutes/

Wednesday, December 10, 2014

Bakal PM kita kini di TADIKA



PAS tetap setiadalam PR.Maki hamun,kata nista,cakap belakang dan apapun PAS tetap dalam PR.

Bezanya PAS dalam BN dulu.Ada polisi untuk buang PAS.Kini dalam PR tiada peruntukan untuk buang PAS.
Manakala DAP semakin hari semakin terserlah sikap dan wajahnya.Semua pimpinan atasannya sudah jemu dengan PAS.Siang malam ada sahaja kata sindiran dan nista buat PAS.
DAP Sarawak sudah "sayonara" kepada PR atas alasan sikap PAS.DAP Pusat pula tunggu masa sahaja.Dijangkakan DAP Pusat akan meninggalkan PR pada hari PAS bentang hudud di Parlimen.Benarlah kata Lim Kit Siang,PRU 14 bakal menyaksikan DAP bertanding secara bersendirian.

Jika PAS setia dengan PR walaupun dimaki hamun,DAP tunggu masa untuk meninggalkan PR, apa pula dengan PKR?

Melihat senario politik sekarang,PKR bakal tinggal satu kerusi sahaja Parlimen selepas PRU 14.Iaitu Permatang Pauh.Mengulangi sejarah PRU 2004.

Kekuatan PKR hanya pada DS Anwar.Ideologinya bercampur-campur.Ada Islamik(ABIM),Sosialis(PSRM) dan UMNO(ex ahli).PKR tiada ahli "tegar" macam PAS.Pemikiran ahlinya masih keUMNOan.Ingin habuan dan politiking.Mujur ada ahli ABIM untuk mengawal sikap buruk itu.

Jadinya,angkara Langkah Kajang menghasilkan punah ranah segala harapan rakyat.PR sudah berpecah dan tiada kesatuan.Walaupun berbuih mulut  dan "lakonan" tiada apa-apa berlaku,hakikatnya kita sudah tidur sebantal tetapi mimpi yang lain.Masing-masing memendam rasa.

Percayalah,jika situasi ini berkekalan hingga PRU 14 dan Muhyiddin menjadi Presiden UMNo semasa saat itu,maka impian tawan Putrajaya hanyalah angan-angan sahaja.

Dan rakyat kena tunggu 50 tahun lagi untuk menyaksikan satu pakatan pembangkang yang kukuh dan kuat serta padu.

Sementara tunggu bakal PM kita yang sedang belajar di PASTI,TADIKA,TASKI, maka biarlah UMNO terus mendominasikan politik Malaysia.

CEO MAS : Bodoh @ Cerdik?


Setelah menanggung kerugian jutaan RM setiap hari,akhirnya MAS tukar CEOnya yang baru.Kali ini bukan warga Malaysia.Suku sakat Hitler menjadi CEO MAS setelah dilantik Khazanah Nasional pemilik MAS.

Ramai orang kritik termasuk Tun Mahathir.Biasalah Mahathir terpaksa kritik untuk menzahirkan dirinya masih wujud!

Cuba tengok isu ini dari sudut "positif". 

1) Mahathir kata orang Malaysia bodoh kerana tidak layak ketuai MAS.Sebenarnya kita tidak bodoh tetapi kita terkenal sebagai "tukang pelahap" duit.Semuanya hasil "tarbiah" Mahathir.
MAS rugi bukan kerana tiada penumpang tetapi "pembesar-pembesar" MAS bermula orang politik semuanya "pelahap wang".
Jadi,cara untuk elak MAS rugi akibat angkara orang politik,elok lantik orang putih yang professional dan ada intergriti.
Kita tengok nanti,siapa orang poltik yang "berani" minta komisen dari suku sakat Hitler ini?

2) Buat sekian lamanya,arak berada dalam perut MAS.Nampaknya dengan perlantikkan orang Jerman ini,impian MAS bersih dari arak,barangkali tinggal impian semata-mata.

Tetapi tidak mustahil,semasa Christoph R. Mueller jadi CEO ini,beliau keluarkan arak dari perut MAS setelah sekian lama Melayu Islam jadi CEO dan tidak berani buangkan tong-tong arak dari perut pesawat.

Kita tunggu arak tiada dalam MAS semasa Melayu Islam jadi CEO bagaikan pungguk rindukan bulan!

Sunday, November 23, 2014

KAYU BALAK DILIPAT MASUK POKET!



Tahun lepas,kejadian banjir lumpur berlaku di Cameron Highland.Ada kematian.Timbul isu pembalakan haram dan pencerobohan tanah secara haram.

Macam-macam bunyi.Tuduh menuduh.Selepas itu senyap sesenyap sepi malam.

Tahun ini 2014,berlaku lagi.Benda yang sama.Bertambah kematian.Dalam masa 12 bulan dari tarikh November 2013 hingga tragedi kali kedua,apa tindakan Kerajaan Negeri?

Kali ini tambah satu lagi isu.Pendatang asing.Salahkan pendatang asing menceroboh tanah.Dakwa ada 35,000 pendatang di Cameron.

Ada murka dan mengiyakan dakwaan itu.Fakta,sekarang ini ada 6 juta orang asing di Malaysia.Hanya 3 juta yang sah.Bakinya adalah yang masuk secara rasuah!

Jadinya tiada yang pelik dengan dakwaan 35,000 di Cameron.

PMNajib buat "kejutan beruk".Setelah berunding dengan Istana,beliau arahkan serbuan oleh tentera dan polis pada waktu malam.Kita tunggu laporan lanjut tentang rancangan ini.

Gambaran 12 bulan (Nov 2015)akan datang.......
Banjir lumpur lagi di Cameron.Masih ramai lagi pendatang di Cameron.PMNajib arahkan serbuan pada waktu siang pula...........Nov 2016...serbuan waktu subuh pula.....

Agaknya bagaimana kayu balak dipikul keluar dari Dataran Cameron?Adakah sindiket gunakan jin-jin? Adakah sindiket gunakan ilmu magis David Copperfield?

Nampaknya pihak berkuasa kena hantar anggotanya berkursus dengan Bomoh MH370 untuk melawan ilmu sindiket ini!

Yalah...kayu balak "disihir" jadi batang mancis!

Friday, November 21, 2014

Jangan mencabar Tuan Punya Langit !



Sepatutnya dua peristiwa tragedi tahun ini dijadikan iktibar.Buat perubahan tanda keinsafan.
Tapi itulah kita! Masih bebal,berdolak dalih dan kluk klek lagi.

Bermula staf yang "berpakaian telanjang",hidangan arak dan terkini harga tiket pun adalah untuk arak yang diminum ataupun tidak diminum.Yang pasti,setiap imam,ulamak,paderi,tok sami,pelajar Azhar,pelajar Madinah,bakal haji terkena "percikan semburan arak MAS".

Samada anda peminum atau tidak,sama sahaja.Kena bayar harga tiket termasuk caj arak.

Agak meragukan jika MAS bermadah,hanya pesawat yang bawa tong arak sahaja dikenakan caj arak.

Sama sahaja! Samada pesawat menuju Jeddah,Madinah,LA,London jika namanya MAS semuanya terpalit arak!

Beriya-iya ketika Hishamudin pangku Menteri Pengangkutan meraihkan pelancong yang mahu togok arak atas pesawat. Soalnya :
1) Adakah pelancong mati kehausan jika tidak togok arak atas pesawat?
2) Adakah pelancong tidak naik MAS jika tiada arak dan MAS akan bangkrap?Rekod MAS rugi bilion RM dalam keadaan arak ribuan tong telah ditogok sejak merdeka.Rugi MAS kerana korupsi.

Cuba lihat pelancong asing dan non muslim bertambah ramai ke Kelantan dalam hal Kelantan haramkan arak,judi dan kelab malam.

Kita melihat Menteri UMNO begitu bebal dan karat untuk haramkan arak dalam MAS kerana samada mereka :
a) kaki arak. 
b) ada hubungan kontrak bekalkan arak dalam MAS.

Barangkali mereka mahu satu lagi tragedi,barulah menyesal dan menangis air mata darah!

Wednesday, November 5, 2014

PRU 14 : DAP keluar PR ?



Semenjak isu MB Selangor,parti yang paling banyak mengeluh dan mengkritik PAS adalah DAP.PKR melalui lidah Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli sudah banyak mendiamkan diri untuk perkatakan tentang PAS.

Terbaru,reaksi DAP melalui Setiausaha Agungnya,Lim Guan Eng yang membayangkan DAP akan mengucapkan "sayonara" kepada Pakatan Rakyat.Jika ini berlaku,inilah kali kedua DAP meninggalkan barisan pembangkang.Kali pertama tahun 2000 meninggalkan Barisan Alternatif(BA).

Gambaran awal PRU 14 adalah :
a) Anwar berada dalam penjara semasa PRU 14.
b) PAS bertanding sendirian.
c) DAP bersama PKR dalam PR jika PAS tinggalkan PR.Jika PAS bersama PKR,DAP bakal bertanding solo.





Thursday, October 23, 2014

Mari baca SIFIR 28HB



KESUDAHANNYA :

Sifir 1
TGHH kena bayar RM2juta
DSAI  kena masuk jel

Sifir 2
TGHH kena bayar RM2juta
DSAI bebas dari hukuman

Sifir 3
TGHH tidak perlu bayar RM2juta
DSAI  kena masuk jel

Sifir 4
TGHH tidak perlu bayar RM2juta
DSAI  bebas dari hukuman


NATIJAH SIFIR

Sifir 1 - Orang PAS dan PKR merenung masa depan masing-masing.
Sifir 2 - Orang PAS lagi marah kepada PKR.
Sifir 3 - Orang PKR lagi marah kepada PAS.
Sifir 4 - Orang PAS kena buat kenduri jemput PKR hadir dan Orang PKR kena buat kenduri jemput PAS datang.Kahwin semula.Lupakan masa lalu.

 


TERIMA KASIH ANJING




Dulu arak kini giliran anjing pula jadi isu panas di Malaysia. Tentunya berbeza antara arak dan anjing.
Arak semua mazhab fiqh mengharamkannya secara mutlak. Tiada keraguan.Bagi orang Islam,haram meminum,mengiklan,membawa,memproses dan terlibat dengan industri arak.Jelas.

Yang kecoh baru-baru ini adalah kerana orang non muslim mahu minum secara pesta tanpa hiraukan keliling mereka.Yang peliknya kerajaan Malaysia sendiri sebagai mengangkat Islam sebagai agama rasmi yang membenarkan kilang arak berdiri megah lebih 30 tahun dan perasminya adalah bertaraf Perdana Menteri bukan Pengerusi JKKK !

Berbalik kepada isu anjing.Ianya berbeza.Bezanya kerana ada mazhab ahli Sunnah iaitu Maliki (Imam Malik) yang menghukum bahawa anjing tidak najis keseluruhan badannya dan tidak haram memegangnya.

Di sini kita lihat masyarakat kita begitu cepat menghukum,menghentam dan melabelkan.Ini adalah masalah fiqh. Sama seperti sentuh wanita bukan muhrim semasa tawaf.Mengapa jika keadaan biasa batal wuduk tetapi jika semasa tawaf kita ikut mazhab lain?

Seperti kata Dr Zaharudin Abd Rahman,isu anjing ini tidak babitkan aqidah cuma teknikal cara menyelesaikan masalah feqah.

Cuma kita terkilan cara ahli ilmuan dan yang ada autoriti berhadapan isu ini.Begitu cepat mereka bersuara bahkan agak garang,emosi dan keras.Mereka ini agak garang terhadap golongan rakyat bawahan dan marhein tetapi penakut dan menikus jika babitkan golongan orang kaya,bangsawan,istana dan politik.

Cuba lihat isu arak misalnya.Seolah mereka ada dwi- standard tindakan dan undang-undang. Anak pembesar togok arak,golongan istana berpeluk cium bukan muhrim,golongan artis berpeluk dalam lakonan,acara majlis kahwin istana tidak ikut syarak semuanya pakat "membutakan" mata demi periuk nasi mereka.

Sampai bila mereka ini mahu "berlakon" di depan umat Islam?


Wednesday, October 15, 2014

Oktobefest : Tunggu komen Nazri



Semua sudah bersuara.Ada sokong.Ada bantah.KM Melaka mulanya kata tiada masalah .Ini untuk orang non muslim.Siap kata PAS berfikiran tertutup.Tak menghairankan KM Melaka ini.Beliau pernah bersama Ali Rustam dan Kerabat Istana merasmikan Hard Rock di Melaka.Untuk pengetahuan semua,di Hard Rock tiada budu dan cincalok di jual!

ISMA,Perkasa bahkan UMNO melalui mulut Noh Omarpun kritik pesta tersebut.

Tapi sampai sekarang tiada komen dari Menteri Pelancongan Nazri Aziz.Bukankah pesta ini adalah dalam program Kementerian Perlancongan sebagai antara program untuk menjadikan Malaysia Hub Hiburan?

Mengapa Nazri masih membisu?

Tuesday, October 14, 2014

Apa beza Lynas dan Arak?



Isu Lynas begitu bersungguh DAP membantah.Siap protes dengan berjalan kaki.Atas alasan pencemaran udara dan radioaktif.
Jika Lynas merosakkan alam sekitar dan pencemaran udara,arak pula adalah ibu segala kejahatan yang merosakkan pemikiran.Akal sihat menjadi punah bila mabuk.

Peliknya betapa ceteknya pemikiran pimpinan DAP tentang kemudaratan arak.Mengapa DAP dan PKR(non Muslim) begitu bersungguh tunjuk solidariti memuja arak?

Adakah orang Cina terutamanya menganggap arak sebagai minuman berkhasiat.Mana dia orang DAP yang bergelar doktor?Tolong bagi ceramah tentang arak kepada pimpinan kamu tentang bahaya arak.

Sepatutnya pimpinan DAP tunjukan sikap matang dalam soal arak.Tunjuklah sikap kepimpinan.

Ambillah pengajaran dari negara Barat.Walaupun arak,zina dan pelacuran adalah "halal" di sana,tetapi dalam soal pilih pemimpin,mereka titik beratkan soal keperibadian yang mulia.

Apa motif DAP begitu bersemangat menyokong pesta arak? Dalam soal ini,yang untung adalah pemberi lesen kilang arak dan golongan kapitalis yang berniaga arak.

Tentunya mereka begitu bersyukur kerana DAP tolong promosikan barangan mereka.Barangkali DAP dapat dana dari kapitalis arak untuk dana PRU 14?

Semoga pimpinan DAP dan PKR dapat togok arak bertong-tong hingga pecah perut.Rakyat menyaksikan kebodohan anda!! Togok jangan tak togok!

Thursday, October 9, 2014

Hanya PM Najib boleh....sebab dia ada kuasa.




Tiga perkara yang bakal menolong kita jika mati iaitu doa anak soleh,sedekah jariah dan ilmu yang dimanafaatkan.

Tugas kerja orang yang hidup antaranya menimbus kembali dosa orang tersayang yang mati seperti sedekah atas namanya agar dapat menebus kembali kerja maksiat yang dibuat orang yang mati.

Moga-moga Allah Taala menerima amal yang dibuat oleh orang yang masih hidup dan mengampunkan dosa maksiat serta saham maksiat oleh simati.

Bukan tujuan untuk menghina orang yang sudah mati.Sekadar menolong memberi nasihat dan cadangan sebagai tanggungjawab sesama Mukmin.

Saya berharap PMNajib berusaha sedaya upaya dengan kuasa yang ada agar dapat menutup terus Kilang Arak yang dirasmikan oleh arwah ayahandanya 42 tahun yang lampau.

Sesungguhnya "amal jariah" itu terus berjalan selagi ianya wujud. Merasmi bermakna setuju dan redha walaupun tidak minum.Ianya antara perbuatan yang dilaknat oleh Allah Taala atas sebab subahat dengan air kencing syaitan itu.

Saya tidak tahu siapa saudara mara almarhum Tunku Abdul Rahman yang boleh "menolongnya" agar Kilang Guiness Stout ditutup. Tetapi jika Kilang Carlsberg,kita tahu siapa anak arwah yang masih hidup.Jadi PM pula.

PMNajib,moga anda faham tentang hal ini.Najib...anda mampu mengubahnya demi ayahanda anda.




Adakah ini semangat Pepsi Cola ?

 

Sudah menjadi lumrah setiap orang politik mahu kepada popular.Cara popular buat aksi popular.Ada aksi popular dengan slogan macam PM Najib dengan 1 Malaysia dan Tranformasi .Pak Lah dengan "Mari bekerja bersama saya" dan Islam Hadhari. Dr Mahathir dengan Bersih, Cekap dan Amanah dan "Pandang ke Timur".

Mula-mula mata rakyat bersilau-silau lihat slogannya dan telinga rakyat berdegar-degar mendengarnya setiap detik.

Akhirnya semuanya "hampeh" belaka. Pak Lah dengan Scomi, Patrick dan Tingkat 4, Mahathir dengan Mirzan, Operasi Lalang, Memali, londeh Raja Melayu.

PM Najib apa kurangnya.Transformasi berjalan seiring sejalan dengan perjalanan mewah Rosmah serata dunia.

Lakonan, hipokrit dan sandiwara belaka. Itulah "sunnah" orang politik.

Khir Toyo asalnya miskin.Jual suratkhabar lama sebelum jadi bomoh gigi..Bila jadi MB selama hampir 10 tahun, banyaknya "sampah" bawah karpet.

MB Azmin pernah jadi kuli UMNO sebelum ditendang bersama tuannya DS Anwar. Moga tiada lagi unsur-unsur UMNO dalam batang tubuhnya.

Sekadar ingatan buat Azmin,anda adalah MB negeri terkaya di Malaysia.Aset ada RM3 bilion.Kerusi MB Selangor paling panas di Malaysia.

Azmin,rakyat Selangor antara yang paling cerdik berpolitik selepas Kelantan.Jangan tipu mereka buat kali kedua seperti bomoh gigi.

Ikut pandai anda mahu jadi Jokowi atau Khalifah Umar atau TG Nik Aziz.Yang penting,jangan "kelabu mata" tengok aset RM3 bilion.

Jadilah anda sebagai Azmin sebenar.Bukan puppet Anwar !

Ingat dalam  PKR ramai musuh menunggu dan mengintai - ngitai untuk benamkan anda seperti Khalid Ibrahim.

Tidak impikah anda untuk berhenti MB Selangor seperti TG Nik Aziz ?Tenang dan damai.




Thursday, September 25, 2014

PASKINI : Masa untuk berubah dan keluar.


PAS dalam Pakatan Rakyat umpama di hujung tanduk.Peliknya PAS masih cintakan PR walaupun rakannya memaki hamun PAS.

PAS tidak akan keluar PR kerana tiada "hitam putih" dalam PR yang menentukan PAS kena keluar.Jika PAS mahu duduk dalam PR sampai kiamat pun boleh selagi mahu demikian.

PR pula tidak boleh tendang PAS kerana tiada dalam perjanjian tahaluf siyasi yang menyatakan PKR dan DAP boleh tendang PAS.

Dalam BN ada peraturan demikian.Sebab itu PAS boleh ditendang keluar tahun 1978.

Cumanya dalam PR,PAS boleh keluar dengan sukarela seperti mana DAP keluar Barisan Alternatif tahun 2000 secara sukarela kerana tidak setuju PAS dengan Negara Islamnya.

Pandangan umum akar umbi,PAS mesti keluar PR. Sebabnya :
a) Tiada lagi tautan semangah persahabatan antara pimpinan PAS dan PKR. Lihat kenyataan Rafizi Ramli dan Saifuddin terhadap PAS.
Kemudian kenyataan Ketua Wanita PKR yang sombong dan kurang ajar.

b) Kenyataan kurang ajar pimpinan DAP Tony Pua terhadap Presiden PAS dengan gelaran nyanyuk.

c) Kenyataan rasmi DAP yang menganggap Exco PAS sebagai khianat.

d) Pemulauan pimpinan PKR dan DAP terhadap kempen PKR Pengkalan Kubor.

e) PAS sudah dianggap TIDAK WUJUD dalam PR oleh PKR dan DAP.

Sesungguhnya PAS ada maruah dan nilai diri.

PAS perlu berjuang sendirian tanpa PKR dan DAP.Buktikan tanpa mereka,PAS mampu meraih sokongan.

PAS berjuang atas pertolongan Allah.Bukan atas ehsan makhluk.



PASKINI : Wajib kembali ke Langkah Zero (Siri 2)


Setelah kemelut MB selesai dengan perlantikan Azmin Ali sebagai MB,PAS mesti mengorak Langkah Zero.

Biarkan sahaja PKR dengan MBnya yang baru.Yang pasti kem Azmin bersyukur dan kem lawannya berduka lara.

Sekarang PAS telah selesai muktamarnya.Beberapa isu perlu diselesaikan.Isu dalaman dan luaran.

Isu dalaman:
1) Bagaimana menyelesaikan kem Anwarinas dan kem Ustaz Geng(UG).Kem Anwarinas terdiri dari JIM,IKRAM,ALAMI,ABIM,ex UMNO,professinal,moderat dan liberal.

Manakala kem UG adalah kalangan bekas mahasiswa Al Azhar,universiti tempatan yang mendapat asuhan dari arwah Ustaz Harun Taib.

Sejak tahun 1990an lagi,pertembungan ini berlaku.terutama antara JIM,IRC dan PAS.Samada dalam negeri maupun luar negeri.Masing-masing mendakwa "pengikut setia manhaj Ikhwanul Muslimin".

Pertembungan ini terhenti sejenak dengan penubuhan JIM di mana kader-kader lepasan universiti memasuki NGO ini.Walaupun begitu suasana di universiti samada dalam dan luar negeri masih "panas" dengan perebutan kader samada PAS,JIM dan ABIM.

Pendirian JIM ketika itu sebagai NGO masih "kabur" politik.Ada ahli JIM yang sokong UMNO serta turut kempen dalam PRU untuk UMNO dan ada yang sokong PAS.

Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO,tahun 1998 barulah JIM dan ABIM mengorak langkah berbondong-bondong mengekspot ahli masuk PAS.Juga ada yang masuk PKR.Semuanya mengikut arahan "pimpinan atasan". Arahan pimpinan agar ahli masuk PAS atau PKR.Tiada arahan masuk DAP maupun PSM.

Pimpinan ABIM yang masuk PAS tidaklah ketara dan tidak ramai berbanding JIM(kini IKRAM).Yang menonjol seperti Anuat Tahir.

Kemasukan ahli JIM(kini IKRAM) kedalam PAS ketika itu di lihat dengan persepsi yang berlainan oleh ahli PAS yang mendapat asuhan ustaz Harun Taib.

Mereka melihat dengan sudut positif sebagai satu pengiktirafan JIM(IKRAM) kepada PAS sebagai wadah perjuangan Islam.Walhal sebelum era reformasi,PAS dianggap kurang tarbiyah dan tidak "sunnah" kerana masuk pilihanraya.

Dari sudut negatif, mereka melihat satu "ancaman" kepada PAS. Dibimbangi JIM(IKRAM) akan membawa virus "jemaah dalam jemaah".

Dalam dua pemilihan muktamar tahun 2011 dan 2013 kebelakangan ini sudah nampak bunga-bunga ini.Sudah timbul kem-kem dalam PAS.

Apabila kemelut MB Selangor timbul dengan kemunculan dua ADUN yang melawan arus,maka bagi kem UG ini,"inilah yang ditunggu-tunggu....!"

Lebih-lebih lagi ADUN Hulu Kelang adalah mantan presiden JIM.

Bagai sudah lama terpendam rasa dan kebimbangan,pelbagai aksi adegan kem UG yang dapat dilihat dalam muktamar.

Begitupun,kita tidak terlepas pandang dan mesti bersikap adil.

Sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan 100% kepada ahli-ahli JIM(IKRAM) yang masuk PAS era Reformasi. Ini kerana hasil idealisme arwah Ustaz Fadhil Noor.Bayangkan dikala Anwar dipecat dari UMNO dan diserang peribadinya,Ustaz Fadhil sanggup bertemu Anwar tanpa pengetahuan Majlis Syura dan pimpinan tertinggi PAS ketika itu demi rakannya Anwar.

Ustaz Fadhil membuka seluas-luasnya untuk semua kader jemaah Islam untuk bersama PAS.Hasilnya kita lihat pada hari ini.

Pelbagaian aliran pemikiran dan fikrah digabung jalin untuk PAS terus releven di landasan demokrasi.Jika dahulu percubaan PAS mendekati non muslim melalui CCC tidak begitu berjaya.Tetapi dengan kemasukan pemikir dan tokoh Jemaah Islam yang lain membantu PAS dalam soal ini.

Banyak benda juga berubah sejak kemasukan golongan ini.Antaranya tentang hiburan,artis, muzik,ziarah kematian non muslim,dialog budaya dan agama,perayaan kaum dan tahaluf siyasi.

Tidak dinafikan juga kemasukan mereka "penambahbaikan dan penjenamaan semula" PAS.

Bagaimanapun dari sudut lain ada negatifnya dengan pelbagaian ini.Umpama Baghdad di era kemasukan pengaruh Yunani dan falsafah.Kecelaruan dan kecemarukan berlaku.

Berlaku pertembungan wala',jemaah dalam jemaah,baiah,konservetif,moderat.

Jika sebelum era reformasi,pertembungan dalam PAS sekadar antara fahaman tua dan muda.Kini pertembungan kesetian(wala') kepada pimpinan.

Hal inilah yang memeningkan ahli akar umbi.Umpama gajah sama gajah bertelagah,kancil jadi mangsa!

Susah juga jika "orang ngaji tinggi bergaduh sesama sendiri".Mangsanya ahli akar umbi dan atas pagar.

Penyelesaianya hanyalah satu iaitu satu golongan kena keluar dari PAS.Samada dengan kerelaan atau melalui pemilihan dalam muktamar nanti.

Tahun 1982,Dato Asri dan pengikutnya keluar rela hati apabila melihat riak-riak majoriti mahukan kepimpinan ulamak.

Kini,PAS milik semua.Siapa mahu keluar? Siapa mahu tubuh parti baru seperti Asri tubuh HAMIM?

Masing-masing berpaut dan bergayut pada jubah TGNA dan TGHA Cumanya sekarang gayutan pada jubah TGHA oleh golongan moderat progresif sudah terlepas gara-gara menyokong Wan Azizah menjadi MB Selangor.

Golongan konservetif tetap berpaut kemas pada jubah TGNA dan TGHA Tanda kemenangan bakal digenggam.












PRK Pengkalan Kubor : UMNO dijangka menang,majoriti bertambah


BN dijangka kekal dan menang besar di PRK Pengkalan Kubor.Jika dahulu majoriti 1700 undi ,kini majoriti melepasi angka itu.
Faktor kemenangan UMNO:
a) Kawasan kubu kuat UMNO.Dalam PRU 13,UMNo menang mudah 1700 majoriti.
b) Pengundi luar tidak balik mengundi.Pengundi luar dikenalpasti majoriti mengundi PAS.
c) Sekadar PRK sahaja.Menang kalah PAS tidak ubah pemerintahan Kota Darul Naim.
d) Masalah dalam PAS dan PR terutama isu MB Selangor.


Sunday, September 21, 2014

PASKINI : Wajib kembali ke Langkah Zero (Siri 1)


Barangkali inilah kali pertama ahli PAS balik ke negeri masing-masing dari Muktamar dalam keadaan sedih dan muram.Belum pernah selama 59 kali Muktamar,berlaku perkara-perkara "pelik" dalam muktamar.

Bermula dengan "heret kerusi" agar Timbalan Presiden dan seluruh dunia tahu bahawa "mereka" keluar dewan hinggalah berdoa binasa sesama ahli,mengeboo AJK Pusat,anggota Unit Amal menarik turun seorang pewakilan yang membantah hinggalah gambar Timbalan Presiden disimbah cat(mujur tidak dikencingnya macam gambar TGNA dan TGHH diambang PRU 13!)

Apa sudah jadi dengan PAS ?

Kali ini ahli PAS bermuktamar dengan emosi,dendam,marah,ego,hentam menghentam,kutuk mengutuk sesama sendiri bukan dengan kasih sayang,prihatin dengan penderitaan ummah sejagat.

Slogan PAS For All sudah menjadi PAS For Puak Fulan atau PAS For Puak Aku !

Suara pimpinan sudah tidak laku.Bermula Mursyidul Am ,Presiden,Timbalan Presiden,AJK Pusat hinggalah Ketua Pemuda semuanya merundum.Masing-masing ada ego dan "kejantanan".

Semua sudah dilabelkan dan dibahagikan kumpulan macam filem P.Ramlee. Yang ini puak fulan,yang itu puak fulan.Presiden sokong puak fulan,Timbalan sokong puak fulan.

Barangkali yang tiada puak ialah dari Himpunan Penyokong PAS(DHPP).Jika Samy Vellu duduk dalam PAS,mungkin DHPP berwala'kan beliau!

Dulu muktamar tahun 1982,PAS bergolak juga.Tetapi majoriti mahukan ulamak.Golongan Nasionalis di tendang keluar.Ada masuk UMNO seperti Dato Asri dan ada yang tubuh parti baru.

Kini 2014,PAS bergolak semula setelah 32 tahun "hidup dalam kemewahan" dan keseronokan sakan melihat UMNO berpuak-puak.Seronoknya dalam ceramah mengata UMNO ada kem Najib,ada kem Muhyiddin,ada kem Mahathir.

UMNO berpecah seteruk manapun,mereka boleh tutup dengan fulus dan projek.Ini berbeza dengan PAS.PAS tiada wang dan projek untuk tutup pepecahan sesama sendiri.

Hasilnya,lihat adegan "londeh melondeh" dalam Muktamar.Macam anak hingusan bergaduh!

Sepatutnya selesai Muktamar,Kerajaan UMNO Johor bergegar umpama ditimpa gempa bumi 9.9 richer tetapi sebaliknya berlaku.Bumi Johor menerima himpunan manusia yang berkumpul untuk berdoa binasa si fulan,mengeboo si fulan,melabel munafik dan macam-macam yang tiada dalam Perhimpunan Agung UMNO,MCA maupun MIC !

Adakah Muktamar PAS yang ke 60 sebenarnya memberi nyawa baru buat UMNO yang sedang nazak dan memberikan "kain kafan dan talqin" buat PAS yang terlalu leka ?


Friday, August 29, 2014

GAZAKINI : Terowong vs Merkava.



Rekod Yahudi tidak pernah baik dan dipercayai sejak zaman Musa,Isa hinggalah zaman Rasulullah.Di zaman Rasulullah terdapat 2 percubaan membunuh Rasulullah.

Pertama,ketika baginda mengunjungi Perkampungan Yahudi Bani An Nadhir. Mereka berkomplot membunuh baginda dengan rancangan melontar batu dari atas rumah mereka.

Kedua,ketika pasca Ghazwah Khaibar.Mereka meletakkan racun pada daging kambing yang dihadiahkan kepada Rasulullah.Komplot jahat ini dirancang oleh seorang perempuan.

Itu dahulu iaitu ketika Rasulullah dan para Sahabat masih hidup bersama mereka di Madinah. Zaman itu tiada Zionis dan Israel belum wujud lagi.Juga Amerika belum menjadi budak suruhan mereka lagi.

Kini,mereka minta berdamai dengan HAMAS.Dengan PLO,Mesir,Syria dan Jordan mereka telah mungkiri sebanyak puluhan kali.Apa yang uniknya kali ini Israel minta berdamai setelah 50 hari berperang tanpa menyapu bersih HAMAS.

Israel menyangka boleh menghapuskan HAMAS dalam masa 3 hari.Juga mereka menyangka HAMAS cuma ada 300 roket sahaja.

Ternyata semua sumber risikan itu karut lagi mengarut.Israel tertipu dengan sumber risikan.HAMAS bukan sahaja miliki ribuan roket bahkan destinasi roketnya menjangkau Tel Aviv,bangunan Parlimen Knesset dan Airport Ben Gurion.

Bahkan senjata Iron Dome untuk halang roket HAMAS sudah tidak berkesan lagi.

Seperti biasa Israel meminta gencatan senjata.Jika dahulu apabila Israel minta gencatan senjata dan letakkan syarat,maka Mesir,Jordan,Syria dan PLO akan akur dengan permintaan Israel.

Kini,baru Israel tahu rendah tinggi langit.Dalam keadaan Israel miliki senjata canggih,mereka terpaksa ikut syarat HAMAS pula.Sedangkan HAMAS cuma miliki batu,lastik,roket dan terowong.

Israel meminta gencatan senjata atas beberapa sebab:
i) Memberi kesempatan rakyat dan askarnya pulih semangat akibat serangan HAMAS.
ii) Meredakan kemarahan rakyat kerana gagal hapuskan HAMAS dalam masa 3 hari.
iii) Membuat kajian dan penyelidikan bagaimana untuk:
    a) mencipta alat/radar mengesan terowong.
    b) mencipta senjata sesuai untuk memusnahkan terowong.

Selepas ketiga di atas selesai,Israel bakal lancarkan serangan baru terhadap Gaza.

Jika di zaman Rasulullah dikala tiada Zionisme dan Israelpun mereka boleh cabuli perjanjian dengan Rasulullah apatah lagi di zaman kini di mana fahaman Zionisme menjadi tunggak dasar negara mereka dan mereka kuasa dunia juga mereka membuat penjanjian dengan HAMAS yang serba kekurangan!


FIKIRKAN: Anda mahu jadi penumpang mana?



Setelah rugi berbilion dan tragedi MH370 dan MH17,Kerajaan melalui Khazanah menyuntik RM6 bilion kepada MAS untuk terus "terbang".

Melalui lisan PMNajib,beliau mengatakan,"ini bukan satu lagi projek menyelamat"  tetapi satu pelaburan dari poket Khazanah dan beliau menjangkakan pulangan untung dalam masa 3 tahun menjelang tahun 2017.

Pemulihan MAS yang dinamakan "projek pelaburan" ini bakal menganggurkan hampir 2,000 pekerja MAS daripada jumlah keseluruhannya 6,000 orang.

Bagaimanapun PMNajib berharap MAS mengambil langkah belas ehsan dan berperikemanusiaan untuk staf MAS yang bakal diberhentikan.

Yang timbul satu  persoalan yang tidak di sebut Najib semasa sidang media di Ibupejabat UMNO itu ialah tentang arak dan pakaian pramugari MAS.

Sepatutnya dalam soal pemulihan MAS selepas 2 tragedi MH,ianya perlu kembali kepada soal maruah,akhlak dan agama. Ianya bukan semata-mata fokas keuntungan semata-mata.

Mengapa begitu berat buat PMNajib untuk isytiharkan pengharaman arak dalam perut kapalterbang MAS dan keizinan buat pgramugari memakai pakaian menutup aurat ?

Adakah kita mahu tunggu sebuah dua lagi tragedi MH berulang, baru kembali kepada agama?

Bukannya jika tiada arak dan pakaian seksi pragamugari,tragedi tidak berlaku.Ia berlaku dengan izin Allah Taala. Tetapi tentunya suasana berbeza.

Umpama bas Carlsberg berlanggar dengan bas jemaah haji Tabung Haji. Semua penumpang mati.Tentunya kesudahan hayat mereka berbeza !Agaknya anda mahu jadi penumpang mana?

Yang ini PMNajib tidak terfikir tetapi sekian lama telah terfikir oleh pilot dan krew MAS sebelum tragedi MH370 dan MH17.




Wednesday, August 27, 2014

Berikan Anwar 24 jam menjadi PM kita.......



Hayat politik Anwar telah sampai di ambang sore.Dulu rakyat melihat anda begitu gah campur simpati atas nasib anda akibat kezaliman dan kejahatan  Dr Mahathir.

Semuanya anda rasai.

Menjadi pemimpin NGO ABIM.
Menjadi orang no 2 Malaysia dan UMNO.
Menjadi mangsa penumbuk Si Samseng IGP Rahim Noor.
Menjadi graduan Kemunting Camp.
Menjadi warga Sungai Buloh Jail.
Menjadi Ketua Pembangkang.
Semua dah...semua dah...semua dah....

Satu lagi yang belum......
menjadi PM.

Wahai rakyat jelata,berilah peluang Sdr. Anwar menjadi PM kita
walaupun sekadar 24 jam....
agar beliau tidak kempunan.......

Wednesday, August 13, 2014

PAS terkini: Siapakah sudi menolongnya...


Kita lupa sekejap isu MB Selangor. Samada bagaimana kesudahannya itu soal kedua.Isu utama kita ialah bagaimana  PAS ingin membina imejnya kembali yang "tercalar" sesudah masalah MB Selangor selesai nanti.

"Tercalar" imej PAS yang pertama ialah pada kacamata rakan sekutu Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR.
Isu pemilihan jawatan Perdana Menteri jika PR menang dalam PRU 13.
Adakah ianya benar?
Adakah ianya "rahsia" besar dalam PAS dan satu strategi politik?
Adakah hanya pimpinan yang tertentu sahaja yang tahu?
Bagaimana pimpinan PKR Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution tahu jika ianya rahsia? Mengapa ada AJK PAS Pusat tidak tahu?
Mengapa rakyat jelata tidak diwar-warkan tentangnya jika benar Ku Li adalah pilihan PAS?
Jika benar, mengapa PAS pilih Ku Li dari UMNO bukan Anwar Ibrahim yang dipersetujui oleh PKR dan DAP?

"Tercalar" imej PAS yang kedua ialah bagaimana perjalanan halatuju PAS selepas ini? Iaitu telah jelas dalam PAS ada 2 golongan iaitu aliran Unity Goverment @Ustaz Geng (UG) dan satu lagi golongan Erdogan @Anwarinas.Ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan.Hikmahnya isu MB Selangor ini kerana ianya menzahirkan sejelas dan seterangnya dua aliran ini.

Jika dalam Muktamar Pemilihan pucuk pimpinan PAS,dua golongan ini berkempen secara "senyap dan diam",tetapi dalam isu MB Selangor masing-masing "tunjuk belang" kehebatan.

Aliran UG menuduh Anwarinas kerana ikut telunjuk Anwar dan membelakangi Presiden dan Dewan Ulamak manakala aliran Anwarinas menuduh UG mahu berpakat dengan UMNO.

Aliran UG mendakwa mereka adalah aliran yang tegar mengikut tarbiyah dan patuh dengan pimpinan terutama Dewan Ulamak dan mendakwa golongan Anwarinas hanyalah "kacau daun" beraliran liberal,moderate dan pragmatik, kurang adab dengan pucuk pimpinan dan ingin mengANWARkan PAS.

Manakala aliran Anwarinas mendakwa UG masih berfikiran lama,ingin berdamai dengan UMNO dan mengamalkan politik "kekampungan,kemelayuan dan kejumudan".

Walaubagaimanapun, ada satu lagi aliran di dalam PAS iaitu tidak memihak kepada mana-mana pihak,bersikap berkecuali bahkan ingin mendamaikan kedua aliran dan menjadi orang perantaraan. Tetapi aliran ini tidak mempunyai pengikut yang ramai.

Apa yang pasti,untuk mendamaikan kedua aliran ini agak sukar apabila kita melihat "peperangan" antara mereka sejak krisis MB Selangor meletus.


"Peperangan mulut,londeh melondeh" antara kedua aliran ini begitu nyilu dan menusuk di hati.

Tautan ukhuwwah di hati mula tawar dan terlerai.

Bilakah ianya selesai? Siapakah yang sudi jadi pendamai?

Orang kampung,orang bandar,nelayan,petani dan rakyat sedang memerhatikan perkembangan ini. Ini kerana PAS adalah milik mereka.

Sunday, August 10, 2014

Apabila anak Pak Brahim pecat anak Pak Brahim.....





a) PKR terbelah dua : Satu sokong MB Selangor dan satu lagi sokong Anwar Ibrahim.

b) PAS terbelah dua : Satu ikut arahan Presiden dan satu lagi ingkar.

c) Pimpinan PAS sesama sendiri "serang menyerang" seperti MP Temerloh,MP Sepang dan MP Shah Alam.

d) Dewan Ulamak bersedia PAS keluar PR.MB Kelantan selaku pemangku ketua menyatakan demikian.

e) Pimpinan teratas seperti TGNA dan TGHH setuju Khalid kekal MB manakala sebilangan lain setuju MB ditukar.

f) Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli mula "melondeh keburukan" PAS dan pimpinannya. Seperti isu Ku Li jadi PM, kes video Cikgu Pa dan hudud.

g) MP Termerloh berperang mulut dengan KM Pulau Pinang hingga ke peringkat saman.

h) Pimpinan PAS yang sokong MB Selangor ditukar dilabelkan sebagai Anwarinas dan Erdogan.

i) Berbuih mulut Ketua Penerangan PAS Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man beri arahan agar semua pimpinan PAS diam tetapi masih ramai yang ingkar arahan.

j) MP Parit Buntar begitu risau dan sedih apa yang berlaku.Projeknya untuk perpaduan kaum bakal musnah jika PAS keluar PR.

k) Isu MB Selangor menjurang jauh antara golongan ulamak dengan golongan Erdogan.Ianya jelas lagi terang bahawa dua golongan ini sememangnya wujud dalam alam pimpinan PAS.

l) Kenyataan Saifudin dan Rafizi menjuruskan PR lebih selesa tanpa PAS.Begitu juga pimpinan DAP yang sememangnya kurang selesa dengan PAS atas isu hudud. Jika seandainya selepas ini PAS kekal dalam PR,hubungan PAS dengan dua orang kuat Anwar ini tetap menjadi "memendam rasa" .Tunggu masa untuk meletup!

m) Kredibiliti dan karisma Anwar semakin merundum selepas PRU 13 dan isu MB Selangor. Janji beliau untuk undur dari politik(jadi PM?) selepas PRU 13 dimungkiri.Ditambah percaturan beliau dalam Langkah Kajang semakin sumbang. Rakyat melihat kronisme masih membara dalam PKR dengan penglibatan Wan Azizah dan Nurul Izzah dalam kepimpinan PKR.

n) Penganut ideologi dalam PKR iaitu UMNO isme, Islamis,Sosialisme dan Liberalisme bakal "berperang" atas isu MB Selangor.

o) PAS menjadi faktor penentu kerajaan di Selangor. PAS boleh memilih untuk tetap bersama PR atau beralih angin bersama UMNO.Jika bersama PR,kerusi MB tetap milik PKR tetapi jika bersama UMNO,barangkali kerusi MB milik PAS atas ehsan dan persetujuan UMNO. Bola di kaki PAS sekarang!

p) Jika pilihanraya di Selangor, kerusi DAP tetap 15 DUN. Kerusi BN tetap 12 DUN tetapi kerusi PAS dan PKR bakal berkurangan.Maknanya akan jatuh ke tangan BN. Peluang BN rampas Selangor cerah secerah mentari dipagi hari.

Apapun sekarang UMNO sedang menadah air dalam tempayang.Untuk apa? Untuk membasuh kaki masuk Kota Shah Alam dengan megahnya!

Bagi PAS,tentunya program makmurkan masjid,dakwah,sekolah agama bakal tinggal kenangan.

Bagi PKR,berbaloi sekali.Yang penting Khalid di nyah dari kerusi MB dan "keburukan dan keaiban" PAS sudah dipamerkan kepada rakyat.

Bagi UMNO,harta rezab Selangor yang dikumpulkan oleh Khalid bolehlah difaraidkan mengikut lunas UMNO.

Semua puas hati kan?


Monday, August 4, 2014

Bersediakah Singapura ikut tuannya?



Apabila lebih 100 askarnya terbunuh,sekonyong-konyong Regim Zionis menuding jari menuduh Malaysia sebagai pengkalan HAMAS.

Bangganya kita. Selama ini rakyat Israel tidak kenalpun Malaysia.Disangkanya Malaysia terletak bersebelahan Mongolia.

Hanya nama Singapura yang meniti di bibir rakyat Israel. Singapura umpama Israel Timur. Jika Regim Zionis dikelilingi umat Arab yang Islam maka Singapura pula dikelilingi oleh umat Melayu Raya terdiri Indonesia dan Malaysia.

Sistem pertahanan Singapura mengikut konsep dan situasi Israel  di Asia Barat.Mempunyai situasi yang sama.Dikelilingi oleh bangsa Arab dan Melayu yang menganut Islam.

Tentera Singapura mempunyai ratusan penasihat tentera dari Israel. Singapura mengeluarkan senjata ringan seperti raifel dan pistol menerusi pemindahan teknologi dari Israel.

Bahkan Ketua Menteri pertama Singapura adalah seorang Yahudi David Mashall yang ikut Tunku Abdul Rahman dalam rundingan Baling dengan Rashid Maiden dan Chin Peng.

Peliknya,Israel "tahu" Malaysia "melatih" HAMAS menerusi anggota HAMAS yang "ditawan".Bukannya dari perisikan Singapura.Sedangkan rakyat Singapura bebas keluar masuk Malaysia.Bahkan ruang udara Malaysiapun,jet pejuang mereka siap "berjoget sakan" di angkasa raya Johor tanpa gangguan serius Malaysia.

Jadinya apa motif Regim Zionis itu mengaitkan Malaysia dengan latihan HAMAS.

Adakah ini satu amaran untuk Malaysia agar berhenti menyokong HAMAS? PMNajib pernah menjejak kaki ke Gaza dan berjumpa dengan PM Palestin Ismail Hanayeh. Ini satu pengiktirafan Malaysia terhadap Kerajaan Palestin yang dipimpin oleh HAMAS walaupun HAMAS dikategorikan sebagai gerakan pengganas oleh Amerika dan Eropah.

Regim Israel tentunya bukan "suka-suka" menyebut nama Malaysia.Barangkali ianya mempunyai dua motif. Pertamanya, satu peringatan kepada Malaysia bahawa walaupun Israel jauh ribuan kilometer tetapi wakilnya ada di sebelah Tambak Johor.

Wakilnya sedia menjunjung perintah tuannya sepertimana tindakan tuannya ke atas Gaza kini.

Kedua, berupa satu "aduan" dari anak emas kepada bapanya(Amerika) agar bertindak ke atas Malaysia. Israel mengharapkan Obama buat satu panggilan amaran untuk Putrajaya agar menjauhi HAMAS.

Walaupun Malaysia adalah rakan dagang Regim Zionis di tangga ke 13,sokongan rakyat Malaysia kepada Gaza amatlah menggerunkan Regim Zionis itu serta wakilnya di sebelah Selat Tebrau.







Sunday, August 3, 2014

MB Selangor: Ada betul ada silapnya.



Memang PKR ada kuasa tentukan MB Selangor sepertimana DAP berkuasa tentukan Ketua Menteri di Pulau Pinang dan PAS berkuasa menentukan MB di Kelantan.

Persoalannya ialah cara dan calon MB.

Apabila DSAnwar Ibrahim mencalonkan Wan Azizah Ismail sebagai MB,rakyat jelata tidak melihat Wan Azizah sebagai Presiden PKR dan ADUN Kajang tetapi melihat Wan Azizah sebagai isteri Anwar.

Secara tidak langsung sifat "kekronian" ada dalam diri Anwar.Adakah Anwar masih "membela dan mewarisinya " dari UMNO?

Inilah persoalannya. Mengapa tidak lantik Azmin Ali selaku Ketua PKR Selangor?Atau Exco kanan Selangor menjadi MB.

Lagipun suara dari PAS perlu didengari kerana mereka ada 15 ADUN mengatasi ADUN PKR.

Satu lagi,mengapa PKR mahu lantik wanita menjadi MB? PAS dari zaman dahulu kala lagi melalui ceramah dan kuliah tok-tok guru tidak setuju wanita dilantik sebagai ketua negara maupun negeri.

Fungsi dan tugas MB amat berbeza dengan Ahli Parlimen,Senator dan ADUN.

Barangkali inilah isu pokok mengapa TG Haji Hadi tidak setuju dengan penukaran MB Selangor.

Cumanya silapnya  TG Haji Hadi kerana terlalu awal "memprotesnya" sebelum 10 Ogos.

Kepada DS Anwar,saudara jangan ingat pemikiran saudara sama seperti PAS.Ada "benda" PAS boleh bersetuju dan ada "benda" PAS tidak boleh berkompromi.

Kadangkala saudara ingat aksi saudara bersifat demokrasi tetapi rakyat melihat saudara seorang diktator dan masih menjiwai sifat mantan tok guru saudara  Mahathir iaitu "menternak kroni".

Kepada TG Haji Hadi,jika kes calon "pil kuda dan komunis" kita boleh berterus terang,mengapa kes wanita menjadi MB kita memilih jalan "selekoh" dan berkias?

Tok Guru Nik Aziz pernah secara terus terang menolak Syed Husin ketika itu menjadi pimpinan Parti Sosialis Rakyat Malaysia(PSRM) menjadi calon Parlimen Kota Bahru dalam PRU 2004 kerana fahaman sosialisnya.

Apapun,politik adalah satu seni.Dan berseronoklah kita memakmurkannya bumi Malaysia.


Jangan biarkan langit menangis !




Apabila isu MB Selangor meletup semua orang bising,tidak lena tidur,aktifkan whatsapp,sms sana sini,sidang media bersidang dan macam-macam lagi.

Puncanya bermula dari dua sosok ini.Iaitu Anwar Ibrahim dan TG Haji Hadi. Seorang mantan Timbalan Presiden  UMNO dan seorang lagi mantan MBTerengganu.

Seorang mahu MB ditukar dan seorang lagi mahu kekalkan.Masing-masing ada hujah untuk dipertahankan.

Air kopi dalam cawan berkocak kencang.Laut bergelora ganas.Tetapi tidak bagi langit.Langit mendung kelabu.

Air kopi dan laut umpama aktivis-aktivis partai. Gelora,berkocak dan ganas aksinya.Hanya langit umpama rakyat jelata,Sedih dan bermuram gundah.

Kepada dua mantan,jangan sampai langit menangis.Jika langit menangis,air hujan bukan sahaja akan mencukupkan air empangan Selangor yang diparas kritikal bahkan banjir akan menenggelamkan Pakatan Rakyat di Selangor!

Jangan biarkan langit menangis!

Thursday, July 24, 2014

Apabila Besi Terbang bawa tong arak.......


Puluhan tahun MAS terbang di serata dunia sejak tahun 50an hingga kini.Bahkan "besi terbang" ini lebih dahulu terbang berbanding Musabaqah Tilawah Al Quran dianjurkan selepas merdeka.

MAS terus terbang ke seluruh destinasi serata dunia.Pernah dinobatkan sebagai antara syarikat penerbangan terbaik dunia.

Semasa MAS berada di tampuk kegemilangan tiada suara terbanyak mempersoalkan tentang MAS membawa kru "telanjang dan arak" . Kalau adapun segelintir sahaja seperti PAS dan
Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam).

Tiada diketahui  sejak bila Nufam bersuara untuk menyeru MAS membenarkan kru memakai pakaian sempurna Islam.

Malangnya semua teguran dan nasihat dibakul sampahkan.Sedihnya, kerana  MAS banyak dikemudikan oleh orang Islam.

MAS mula merundum sejak zaman Mahathir.Kerugian demi kerugian ditanggung.Skandal demi skandal terpalit.

MAS tetap bawa krunya yang "telanjang" sambil tuang arak kepada penumpang. Lucunya,MAS bersih dari kru "telanjang dan arak" hanya untuk destinasi ke Mekah!

Alhamdulillah mutakhir ini ada kru MAS yang mula ada kesedaran agama sanggup letak jawatan kerana mula sedar kejahilan mereka.Bagi mereka bumi ini luas untuk mencari rezeki yang halal lagi berkat tanpa "telanjang" dan tuang arak. Syabas diucapkan.

Semua agensi kerajaan telahpun  membenarkan kakitangannya berpakaian ikut Islam.Yang terakhir PDRM dan jururawat Hospital.

MAS tetap bebal walaupun diterajui oleh orang Islam dan Menteri Islam.

Akhirnya sejak tragedi MH370 hilang,Hishamudin Hussien pemangku Menteri Pengangkutan memberi jawapan kepada Parlimen iaitu kerajaan membenarkan kru MAS "tidak telanjang" lagi di udara. Tetapi jawapannya tentang arak amat mendukacitakan. Kerajaan benarkan kerana meraikan penumpang bukan Islam!

Satu jawapan yang memalukan bagi Menteri Islam di negara Islam seperti Malaysia.Bukankah kerajaan mempunyai kuasa tentang hal ini.Mengapa begitu meraikan penumpang?

Berapa juta RM MAS kerugian jika terbang tanpa hidangan arak? Sedangkan dengan bertong-tong arakpun dalam pesawat,MAS mengalami kerugian dan di ambang bangkrap!

Sejak tragedi MH 370 dan terkini MH17, isu "telanjang dan arak" kembali bergema dengan lebih kuat lagi.Semua orang mula melihat keberkatan.

Malangnya PM dan Menterinya masih "bebal dan jahil" tentang hal ini. Suara mufti,Menteri Agama tiada kelihatan.

Barangkali Pak Menteri kabinet  PMNajib tidak mahu serius sangat tentang "telanjang dan arak" ini kerana terkena atas batang hidung mereka sendiri!

Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus !

Semoga Ramadhan ini membawa MAS mula membawa perubahan. Tanpa arak dan semua kru Islam (pramugari)yang berpakaian Islam. Berubahnya MAs bukan kerana tragedi MH370 dan MH 17 tetapi keinsafan dan kesedaran.

Kita semua sayangkan MAS.




Monday, July 14, 2014

GAZAKINI : Siapa paling gembira dan puas hati ?




Dikala rakyat Gaza berlari mencari perlindungan dari diburu bom dan jet Zionis,pimpinan negara Arab seperti Saudi,Mesir dan UAE sedang menari gelek sambil meneguk arak tanda kepuasan yang tinggi atas kejayaan Zionis meranapkan Gaza,kubu kuat HAMAS.

Saudi,Mesir dan UAE tentunya puas hati hasil kerja keras mereka berhasil.Pakatan mereka dengan Zionis berhasil untuk membunuh dan menghancurkan Gaza.

HAMAS adalah cabang Ikhwanul Muslimin.Ikhwanul Muslimin adalah pertubuhan yang diharamkan oleh regim Saudi,Mesir dan UAE.

Bahkan Saudi dan UAE sanggup membiayai projek menggulingkan Morsi sebagai Presiden Mesir. Manakala kempen Sisi sebagai Presiden dibiayai sepenuhnya oleh Regim Zionis.

Apa yang dihairankan dengan Saudi yang menguasai Mekah dan Madinah? Abu Jahal dan Abu Lahab pun memberi air zam-zam kepada jemaah haji.

Tentunya ramai ustaz keluaran Madinah dan Al Azhar sejiwa sehati dengan situasi yang dicipta bersama Saudi,Mesir,UAE dan Israel di Gaza termasuk Ustaz Idris Sulaiman dan Ustaz Don?

Bergembiralah anda di dunia yang sementara ini!




GAZAKINI: Perlawanan sebenar bermula.......



Bagai BN bertarung dengan PAS.BN gunakan segala-galanya.Bermula JKKK hinggalah media,suratkhabar,agensi kerajaan.Segalanya milik mereka termasuk SPR.

Begitu juga Regim Zionis.Menggunakan segala jenis bom dan jet pejuang,mereka menguasai angkasaraya raya Gaza.Semuanya milik mereka dan menyokong mereka.Bermula PBB hinggalah yang menguasai Mekah dan Madinah.Juga yang menguasai menara Al Azhar.

Fasa 1 telah berjaya.Membunuh hampir 200 orang dan meranapkan segala bangunan di Gaza.

Kini Fasa 2 bakal berlangsung.Dengan kekuatan 1,000 tank dan hampir 35,000 tentera,regim Zionis bakal masuk ke Gaza.

Persoalannya,beranikah mereka masuk Gaza? Jika masuk Gaza,bermakna "permainan" dan pertarungan menjadi seimbang.

Apabila ianya menjadi seimbang ianya sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan  bagi Zionis.

Sejarah membuktikan Yahudi bangsa penakut.Tiada peperangan secara terbuka di zaman Rasulullah antara Islam dengan Yahudi.
Kesemuanya adalah Yahudi sorok diri dalam kubu hingga menyerah diri.

Bertempur secara berdepan adalah saat manis yang ditunggu-tunggu oleh HAMAS.Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang terkenal dengan Badar.

Adakah Zionis tidak kaji tentang hal tersebut?

Manakan sama pertempuran antara tentera yang mahu hidup dengan tentera yang mahu mati!

Seperti biasa jika Regim Zionis ragu-ragu dan takut,maka talian hayat samada PBB dan Amerika akan digunakan untuk mengadakan genjatan senjata.

Macam dalam skrip.

Thursday, July 10, 2014

IFTAR DENGAN ARAK: SATU KEMAJUAN UMMAT MELAYU !


Seminggu ini kecoh tentang adanya restoran yang mengadakan promosi berbuka dengan arak.Ada arak bertaraf "amatur" seperti Tiger,Anchor dan Guiness untuk golongan bawahan dan ada arak bertaraf "professional" seperti Wiski dan seumpamanya untuk golongan bangsawan dan kaya.

Mengapa restoran begitu berani mengadakan promosi tersebut?

Ini jawapannya:

Walaupun secara terbuka restoran itu menjual arak, tetapi masih ramai penganut Muslim berbuka di restoran sedemikian, kata Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Saidi Jaafar.

"Yang kita kesalkan adalah premis berkenaan terang-terangan menjual arak tetapi masih ramai orang Islam datang makan di situ," kata Saidi yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.


Ini menunjukkan betapa restoran ini mendapat sokongan dari orang yang mengaku Islam. Ini juga menunjukkan restoran berkenaan sering mendapat kunjungan pelangan Islam untuk pesta arak.

Arak umpama air sejuk.Bermula dari pihak Istana,orang politik hinggalah rakyat bawahan.

Jadi apa peliknya jika ada promosi berbuka dengan arak?

Orang Melayu cuma jijik dengan babi sahaja. Bayangkan jika restoran letak iklan babi di depan restoran.Dijamin tiada umat Melayu singgah makan minum di situ.

Apabila restoran berani mempromosikan iftar dengan arak menunjukkan dua perkara untuk direnungi:
a) Pihak restoran sengaja menghina Islam.
b) Orang Islam tidak menunjukkan contoh yang baik kepada pihak restoran iaitu mereka sendiri yang minum seolah-olah arak itu bukan minuman haram bagi Islam.

Salah siapa?



Wednesday, July 9, 2014

MAHATHIR : Bapa Penternakan Kroni




Sekonyong-konyong Muhyiddin mengungkit kembali Peristiwa Hitam 13 Mei dan dengan tiba-tiba di sambung kisahnya oleh sifu Muhyiddin,Dr Mahathir dengan kisah Johor bakal "ditelan" Naga macam Singapura.

Nampaknya serangan terhadap PMNajib bertali arus.Menariknya atas nama rasis dan perkauman.

Dr Mahathir dan anak juaknya ingin menyatakan bahawa slogan 1Malaysia dan Tranformasi Najib di landasan yang salah.

Nafsu jijik Mahathir terhadap politik dan jawatan PM masih membara.Kini Johor menjadi sasarannya.

Sejarah Mahathir dengan Istana Johor masih "panas".Pada zaman Mahathir dan ayah kepada Sultan Johorlah berlakunya krisis perlembagaan.Antaranya "pembubaran Tentera Sultan Johor" dan pesta perlondehan akhlak buruk Raja Melayu.

Menariknya Mahathir "serang" negeri Muhyidin.Tidak diketahui samada serangan ini berserampang dua peluru iaitu terhadap Kerajaan UMNO Johor dan Istana Johor yang diberitakan menjual tanah  RM4.5 bilion kepada Syarikat China.


Adakah Mahathir sedih dan marah kerana kroninya tidak dapat tender dan projek di Johor.Juga kemarahan Mahathir terhadap pembatalan Jambatan Bengkok masih menyala?

Jenis politik spesis Mahathir bukan membela Melayu tetapi menternak kroni.Mahathir gunakan alasan "membela Melayu" untuk mengaburi projek penternakan kroninya seperti Vincent Tan dan Ananda Krishnan.

Jika Mahathir serius membela Melayu sudah tentu pembunuhan Melayu di Memali tahun 1985 tidak berlaku dan rampasan royalti minyak Terengganu tahun 2000 tidak terjadi.

Friday, July 4, 2014

Malaysia bakal KIAMAT ,jika ini berlaku!



Seorang ahli Parlimen Jepun  Ryutaro Nonomura,47 tahun, menangis histeria dalam satu siaran langsung televisyen ketika dia memohon maaf kerana telah menghabiskan wang rakyat.

sila klik in bawah :

http://www.youtube.com/watch?v=OYFy4R8BxiM

Sang Jepun ini buat sidang media untuk mohon maaf kerana guna duit rakyat.Oleh kerana tidak tahan perasaan,beliau meraung-raung tanda penyesalan.

Malangnya,rakyat Jepun tidak terima permohonan maafnya.

Setiap tahun,laporan audit berjela-jela dedah penyelewengan duit rakyat.Pak Menteri kita buat "pekak badak" sahaja. Bahkan salahkan pegawai-pegawai dibawahnya.

Projek jutaan bertimbun-timbun tergendala akibat "pitih dibaham" oleh politikus.

Jika projek siap,timbul pula peristiwa " keruntuhan demi keruntuhan". Seperti biasa penuh tradisi Pak Menteri buat selamba dan menuding kepada pegawai bawahan.

Rakya Malaysia merindui dan teruja untuk saksikan aksi Ryutaro diikuti oleh politikus Malaysia.

Anda boleh bayangkan jika Rosmah mulakan dahulu? Bagaimana aksinya?

Barangkali satu besen penuh dengan air mata Rosmah!

Wednesday, July 2, 2014

Panda terlepas...ada di Bukit Bintang!









Panda Zoo Negara terlepas dari kurungan.Melarikan diri melalui terowong hingga ke Bukit Bintang.

Korek sana.Korek sini.Gali sana.Timbus sini. Wajah sebenar Kuala Lumpur sekarang umpama lombong emas di Lubuk Mandi Rhusila.

Atas nampak cantik.Banyak bangunan pencakar langit.Di bawah bumi KL umpama sarang semut dan lombong emas.

Bila-bila masa sahaja menunggu mendapan dan runtuh.

Semuanya angkara perbuatan manusia sendiri.

Atas Bukit Bintang terlalu sarat pusat maksiat hinggakan bumi tak larat menanggungnya?
Ambillah pengajaran.


Monday, June 30, 2014

Selamat Tinggal Bumi Mutiara....tiada harapan lagi.




BN jual tanah seluas 3,661 ekar 
dapat hasil sebanyak RM 1.06 bilion.
Jual murah untuk kroni.Komisen bagi sesama kroni.

PR jual tanah seluas  106 ekar  
dapat hasil sebanyak RM 1.11 bilion.
Jual mahal untuk dapat hasil tertinggi digunakan buat rumah rakyat mampu milik sebanyak 20,000 unit dengan kos RM500 juta.

Kalau beginilah cara DAP perintah Pulau Pinang,apa lagi harapan GERAKAN,MCA jauh sekali UMNO untuk ambil balik. 

Satu lagi renungan mudah :
Jika negeri majoriti umat Melayu juga negeri tempat kediaman Ustaz Azhar,Terengganu meletakkan Ustaz Azhar berceramah di gelanggang futsal setelah melarang beliau berceramah di masjid milik kerajaan UMNO.

Manakala negeri majoriti Cina diperintah DAP meletakkan Ustaz Azhar di Masjid Negeri bahkan diadakan bas percuma untuk ke ceramah beliau.

Apa lagi Melayu mahu?


MESIRKINI : Apabila Syaitan lapar darah......



Ini bukan kebetulan.Dunia bakal menyaksikan Mesir dan Gaza bakal dijadikan  Neraka dan Penjara dunia.

Regim Zionis dan Regim as Sisi sedang bergerak seiring jalan untuk jahanamkan umat Islam Mesir dan Gaza.

Bezanya,Regim Zionis gunakan F-16 untuk gempurkan penduduk Gaza manakala Regim As Sisi gunakan ulama-ulama Azhar untuk halalkan pembunuhan Regim As Sisi.

Ramadhan kali ini,dengan kerjasama Regim As Sisi untuk menutup pintu sempadan Rafah,Regim Zionis bakal "mengamuk" untuk membalas dendam atas pembunuhan 3 remaja Yahudi yang baru dijumpai mayatnya di Gaza.

Manakala dengan idea Zionis,Regim As Sisi bakal bertindak satu demi satu untuk mengharamkan Al Quran,masjid sehingga ke satu peringkat mengharamkan Islam!

Lihat,untuk permulaan,mereka telah haramkan Ikhwanul Muslim.Kemudian haramkan slogan galakkan umat Islam berselawat.Selepas itu menutup ribuan masjid.Dan terkini haramkan ayat Al Quran dan Hadis yang membicarakan tentang kezaliman.

Untuk melakukan aksi jahat ini,Regim As Sisi gunakan 3 elemen iaitu tentera,samseng dan ulama al Azhar.
Bermula peluru,gangguan ganas dan terkini fatwa.

Apa lagi selepas ini?

Seperti biasa Muhyiddin akan berkata..........




Dahulu apabila seorang guru diarah tukar sekolah lebih 80km dari sekolah asalnya kerana membantah PBS,sekonyong-konyong Menteri Budak Sekolah dan Universiti menafikan beliau campurtangan dalam urusan tukar sekolah.

Diyakini,Muhyiddin juga akan mengeluarkan kenyataan yang sama dengan isu perletakkan jawatan UMCEDEL dan kontrak tidak di sambung ke atas Prof Datuk Redzuan Othman di Universiti Malaya.

Agaknya siapa yang berkuasa di Kementerian Pendidikan? Samada Muhyiddin atau Deris Jusoh? Semuanya dari spesis UMNO.

Barangkali Muhyiddin sekadar nama atas kertas sahaja sebagai Menteri Pendidikan.
 







Sunday, June 29, 2014

MCA jangan kurang ajar!




Seperti biasa MCA terkenal dengan sikap kurang ajar,biadap dan celaka terhadap Islam. Sejak dulu lagi MCA bersikap demikian.

Semuanya hasil "ajaran sesat" yang dipungut daripada UMNO.

Terkini,melalui lidah celaka Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen yang meminta siasatan terhadap semua ahli PAS yang mungkin terpengaruh dengan Jihad di Syria.

Bagi MCA istilah jihad dengan pengkhianat sesuatu yang tidak berpisah. 

Untuk pengetahuan MCA,istilah Jihad adalah sinonim dengan PAS.Umpama kuku dengan isi dan aur dengan tebing juga bagai lagu dan irama.

PAS gunakan dan pratikal Jihad mengikut suasana. Suasana Malaysia yang aman damai dengan demokrasi diamalkan memerlukan Jihad secara undi. Mengundi adalah Jihad yang diamalkan oleh PAS.

Jika di Palestin,tentunya jihad bersenjata sesuai diamalkan di sana.Menentang Regim Zionis.

Atas alasan apa MCA ingin setiap ahli PAS disiasat? Sejarah membuktikan,tiada ahli PAS yang terlibat membuat pengeboman.Tiada ahli PAS yang membuat serangan berani mati ke atas Ibupejabat MCA walaupun MCA banyak keluarkan kenyataan yang menghina Islam!

Bahkan ahli PASlah yang dibunuh seperti di Memali dan Lubuk Merbau.

Tuduhan pengkhianat adalah satu perkara serius.

Untuk makluman MCA,begitu ramai pengikut MCA yang belajar di Taiwan dan Hong Kong yang menghina negara ini samada bendera dan lagu Negaraku.
Bahkan ada pimpinan MCA yang ada rumah di Amerika ,Australia dan Eropah.Inilah pengkhianat yang sebenar !

Malangnya tiada sepatah kata dari MCA minta polis siasat perkara ini.Adakah MCA bersama mereka ?


Thursday, June 26, 2014

Malu kita jika Lim Guan Eng mulakan dulu.......







Zaman sekarang semua orang mahu tunjuk kehebatan dan kemegahan.
Ada cari penerima zakat.
Ada cari sokongan rakyat.
Ada tunjuk kemewahan. Ada tunjuk kekayaan.
Aku ada bas.Aku ada motor besar.Aku ada Ferrari.
Semuanya kadang kala mahu publisiti.Bahkan menyusahkan rakyat marhein.

Rakyat tetap miskin.Sana sini mohon derma.Mahu buat pembedahan.Sana sini tiada tempat berteduh.

Untuk semua yang bergelar Sang Raja, Sang Sultan,Sang PM,Sang MB
Kami rindu dan ternanti-nanti
Jelmaan Khalifah Umar di Malaysia
berjalan malam...pikul guni gandum...
untuk bantuan rakyat

Takkan nak harap Lim Guan Eng yang mulakan dahulu.....







PETRONAS :Dulu Hassan kini giliran Shamsul pula?





Tiada diketahui apa sebab bekas orang kuat Petronas Tan Sri Hassan Merican yang banyak berjasa membawa diri ke Singapura.
Yang pasti ada campurtangan politik untuk "membuangnya jauh-jauh".Tidak sah jika campur tangan politik itu meniadakan nama UMNO!

Yang peliknya,dikala UMNO buang Hassan,Singapura yang terkenal dengan "Kecinaan"nya pula mengambil Hassan dan letak di tempat yang sewajarnya sebagai seorang professional.

Tempat Hassan diganti Tan Sri Shamsul Azhar Abbas. Sejak menggantikan Hassan,Shamsul banyak mengambil sikap "low profile".

Bagaimanapun,sekonyong-konyong Shamsul mengeluarkan kenyataan "berapi" yang ditujukan kepada orang politik.Tentunya UMNO ! PAS tiada kuasa dalam Petronas.

Barangkali Shamsul banyak bersabar dan pendam rasa atas perangai UMNO yang banyak ganggu kerjanya. Akhirnya Shamsul hilang sabar hingga keluar kenyatan melalui akhbar The Edge.

Akibatnya,juak-juak UMNO seperti PERKASA melalui lidah Ibrahim Ali mahu Shamsul dipecat dari Petronas. Mujur tidak di"pancungnya" kepala Shamsul !

Sebenarnya,Shamsul tidak tujukan kenyataannya khusus kepada Melayu tetapi khas buat UMNO.

Lihat apa yang terjadi sebaik sahaja PAS kuasai Terengganu? UMNOlah yang tarik balik royalti minyak.Bukan Petronas. Walhal Terengganu mempunyai 98% penduduk Melayu Islam.

Memang UMNO jahat dan celaka!



Wednesday, June 25, 2014

Ayat-ayat Cinta UMNO dulu,kini dan selamanya






Ayat-ayat Cinta dilafazkan oleh UMNO demi "sesuap nasi" untuk Kroni.
Ayat-ayat inilah yang memperbodohkan Melayu dulu,kini dan selamanya.
Bermula dari ceruk kampung,rancangan FELDA hinggalah pendalaman Sabah Sarawak.

Monday, June 23, 2014

Dia adalah teman...Dia adalah Guru





  Penulis veteran Haji Subky Latif menggelarnya teman dan guru.Beliau banyak menyimpan kisah suka duka Sang Murabbi ini.

Hari ini genap 12 tahun pemergian beliau. Tarikh 23.6.2002, adalah hari yang duka bagi para pendokong gerakan Islam di Malaysia, apabila dimaklumkan bahawa YB Ustaz Hj Fadzil bin Mohd Noor dipanggil balik bertemu dengan Allah SWT di HUKM, Kuala Lumpur setelah hampir 2 minggu berada di katil menerima rawatan di HUKM, Kuala Lumpur.

Pertama kali daku mendengar ceramahnya semasa ceramah perdana sempena Pembukaan Madrasah Darul Quran Rhusila akhir 80an. 

Mukaddimah ceramahnya agak perlahan tetapi lama kelamaan menyengat penuh ilmiah,sindiran,sinis,lucu,kiasan, mantik dan "peluru berbisa" kepada musuh.

Muktamar PAS 2002 Kota Bahru adalah muktamar terakhirnya.Penggulungan beliau di akhir muktamar itu adalah penggulungan terakhir buatnya.

Antara kata-katanya semasa penggulungan wida' itu, 
" Payah hendak berpisah dengan orang yang dikasihinya". 

Seolah-olah beliau tahu "isyarat" kematiannya.Benar selepas itu, beliau menjalani pembedahan pintasan jantung dan tidak sedar hingga kematiannya.

Beliau menghembuskan nafasnya ketika pimpinan atasan PAS bermesyuarat dan tarikh mesyuarat itu ditetapkan sendiri oleh beliau.

Kasih dan hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim berpanjangan. Walaupun asalnya bersama dalam ABIM tetapi apabila Anwar pilih masuk UMNO, beliau tetap berhubungan dengan Anwar atas dasar sahabat.

Jika Anwar ada Nurul Izzah,beliau ada Muna Izzah. Satu tanda keakraban mereka berdua.

Dalam pada itu beliau tetap "menembak" Anwar dengan sindiran. Ketika Anwar memegang jawatan Menteri Pertanian. Beliau menyindir Anwar sebagai Menteri Jaga lembu Kerbau.

Semasa Anwar dibuang dari UMNO dan ISA bermaharaja lela, beliau pergi berjumpa Anwar di rumah Anwar tanpa pengetahuan pimpinan tertinggi PAS.

Ketika Anwar kena ISA kali pertama,beliau diberitakan sanggup tidak melanjutkan pelajarannya peringkat lanjutan di Mesir semata-mata menunggu Anwar bebas.

Tetapi kali kedua Anwar di penjara, beliau tidak sempat menunggu hari pembebasannya kerana panggilan Ilahi buatnya.

Pada era beliaulah:
- Kelantan dan Terengganu kembali menjadi milik PAS (1990 dan 1999).
- Ketua Pembangkang kembali semula  kepada PAS setelah sekian lama dipegang DAP. 
- Misi dakwah PAS menembusi orang Cina melalui ceramah di Tokong Cina dan Dewan Perniagaan Cina.
- Pakatan Pembangkang kuat dibentuk seperti Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.

Bayangkan jikalau beliau masih hidup, apa perasaan beliau melihat Presiden PAS,Pengerusi DAP dan Ketua Umum PKR duduk satu pentas dan dihadiri anak-anak muda pelbagai kaum.

Itulah dia insan yang mulia bertaraf mujahid ummah, Almarhum Ustaz Fadzil Nor.

DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali.

NOTA:
Hari ini 23 Jun 2014 juga GERAKAN ISLAM kehilangan seorang lagi pejuang dan murabbinya.Ustaz Abu Bakar Chik kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.Arwah terlibat dalam kemalangan di LPT Bukit Besi.Al Fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...