ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, June 23, 2009

Gegaran 9.99 richer buat PM Najib.


Allahuakbar. Jelas dan terang. Dua kenyataan di sidang media menjernih dan menerangkan segala-galanya. Apa yang jelas di sini hasil sidang media oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan PAS sendiri menunjukkan :

a) PAS semakin matang menghadapi ujian dan dugaan.

b) Pucuk pimpinan tertinggi PAS berjiwa besar.

c) Hasil doa dan solat hajat semua pendokong PAS dan jemaah Islam.

d) Melegakan seluruh pejuang rakyat marhein dan rakyat Malaysia amnya.


Keputusan yang ditunggu-tunggu penuh harapan oleh seluruh rakyat Malaysia itu menunjukkan betapa PAS adalah peneraju perubahan politik Malaysia. Ini hakikat.


Lebih jelas lagi, kasih sayang pendokong Islam dan golongan marhein terhadap ulamak bertambah kuat lagi tautan hati.


Sidang media oleh pimpinan PR di Parlimen dan disusuli Kenyataan Mursyidul Am di Jalan Raja Laut adalah umpama satu gegaran berskala 9.99 richer kepada PM Najib dan sekutu-sekutunya. Juga kepada suku sakat Abdullah bin Ubai !


Walaubagaimanapun, PAS perlu ingat walaupun Najib dan UMNO gagal kali ini untuk memporakperandakan PAS, mereka ada 1001 cara lagi taktik kotor dan jahat mereka.


Hanya kepada Allah Taala kita berserah dan berdoa. Itulah beza PAS dan UMNO.


Friday, June 19, 2009

Anda "ditembak " jika langgar arahan ini !


Darurat atau perintah berkurung adalah satu suasana dan situasi yang mencemaskan atau mengancam keselamatan sesebuah negara yang memerlukan semua warga negara tersebut MEMATUHI arahan dan perintah tersebut.

Biasanya pasukan keselamatan samada tentera dan polis digunakan untuk memastikan perintah itu dipatuhi semua rakyat.

Arahan tembak akan dikenakan jika sesiapa melanggarnya. Dalam kaedah darurat atau perintah berkurung, sesiapa melanggarnya adalah MUSUH. Wajib diperangi !


Anggaplah anda semua yang mengaku penyokong PAS berada dalam suasana darurat. Pucuk pimpinan melalui Ketua Penerangan relah mengeluarkan arahan agar semua orang yang menyokong PAS samada peringkat bawahan hinggalah atasan supaya mematuhi "darurat mulut" iaitu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu Kerajaan Perpaduan sehingga pucuk pimpinan iaitu Mursyidul Am, Presiden, Timbalan dan Naib Presiden bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin ini.


Sesiapa yang mengeluarkan kenyataan samada melalui akhbar, blog, kedai kopi, Parlimen atau di mana sahaja bermakna anda telah melanggar perintah berkurung dan layak " ditembak" !

Mengapa ? Kerana anda adalah MUSUH parti yang layak di"tembak".


Tidak kiralah siapa anda. samada Ahli Parlimen, Ketua Dewan Ulamak atau apa sahaja pangkat dan jawatan anda !


Harap patuhi "darurat" ini jika tidak mahu ditembak dan dicop musuh. Ingat musuh di sini berada dalam kategori suku sakat Abdullah bin Ubai !



Sunday, June 14, 2009

Jual tilam pun okey jugak.........


Tidak sampai 100 hari lagi IG Musa Hasan akan tinggalkan Bukit Aman. Khidmatnya yang sepatutnya tamat September 2008 dilanjutkan hingga setahun. Tentu banyak kenangan dan peristiwa besar berlaku semasa IG Musa berkhidmat dalam PDRM ini.


IG Musa mula terkenal semasa perbicaraan kes Anwar 1998. Beliau diantara orang yang bertanggungjawab dan bekerja keras untuk sabitkan kesalahan Anwar sekaligus hantarkan Anwar jadi warga Sungai Buloh.


Naiknya Musa sebagai IG dianggap sebagai balas budi Mahathir atas kesungguhan beliau "memampuskan" karier politik Anwar. Walaupun melangkaui beberapa pegawai senior PDRM.


Beliau bukan sahaja masih "bertarung" dengan orang politik seperti Anwar dalam kes rasuah dan palsukan maklumat tetapi sedang menunggu masa untuk "berperang" sesama warga PDRM. Beberapa pegawai dan bekas pegawai atas PDRM seperti Datuk Mat Zin Ibrahim bersiap untuk mengheret IG Musa ke mahkamah.


Mantan IG Hanif Omar juga tidak ketinggalan mengkritik IG Musa. Pernah keluar artikel beliau dalam akhbar tentang kritikan belisau terhadap Musa.


Sepanjang khidmat beliau sebagai IG, nama baik dan imej PDRM banyak tercalar. Antaranya kematian tahanan dalam lokap, pencerobohan polis dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan melatanya pengaruh Along dan Gengster.


Kadangkala PDRM semasa era Musa ini seolah-olah kuasanya melebihi PM sendiri. IG Musa begitu berani membangkang cadangan Pak Lah untuk mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCM). Hingga kini IPCM jadi benda basi.


Moga-moga berundurnya Musa dari Bukit Aman akan menjernihkan kekeruhan nama PDRM. Lepas ini kemana Musa ?


Harapnya tidaklah beliau terlibat dengan "benda-benda haram" seperti mantan IG Hanif Omar buat sekarang. Kerja dengan taukeh judi. Atau terlibat dengan BK Tan.


Elok tolong ayah mengajar mengaji Al Quran dan Tajwid. Atau boleh juga buka bisnes jual tilam atas lori. Moga-moga ingat balik nostalgia di mahkamah tahun 1998! Apapun itu kerja yang halal lagi toyyibah!


Selamat Bersara Tuan Musa bin Tan Sri Abu Hasan Azahari.

Saturday, June 13, 2009

Bumi Allah Taala Luas....


Tidak diketahui mengapa syarikat-syarikat besar yang operasinya haram di sisi Islam berminat dengan tubuh badan berugama Islam yang pernah mengetuai pasukan keselamatan negara untuk menjadi sebahagian keluarga mereka.


Syarikat arak Carlsberg umpamanya memilih bekas panglima ATM Tan Sri Ghazali Mat Seth untuk anggotai Ahli Lembaga Pengarah. Ghazali pernah menjadi Panglima Tertinggi ATM dan berkhidmat dalam tentera selama 35 tahun.


Manakala Syarikat Judi terbesar Malaysia, Genting juga mengambil mantan IGP Tan Sri Hanif Omar untuk jawatan ahli Pengarah syarikat. Adakah dengan mengambil "bekas pembesar-pembesar keselamatan" mampu melindungi syarikat mereka dari di ancam oleh mereka yang berjiwa Islam ?

Kita juga hairan dengan sikap "askar dan polis pencen" yang tidak tahu halal haram. Adakah mereka sekadar empunya namanya sahaja Islam tetapi roh dan jiwa mereka jauh dari amalan agama itu sendiri ? Sikap mereka memalukan diri mereka dan umat Islam.

Adakah duit pencen tidak mencukupi ? Peliknya lagi mengapa badan-badan penguatkuasa dan dakwah seperti Jabatan Agama, Mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan bahkan Majlis Raja-Raja tidak berani menegur dan berdakwah kepada manusia yang malang ini.
Adakah mereka dua kali lima sahaja dengan mereka berdua dalam soal judi dan arak?




Friday, June 5, 2009

Siapa nak bagi soalan bocor kat Najib ?



Tahniah PM Najib. Beliau berjaya lepasi cabaran pertama. Berjaya menjawab soalan pemberita semasa sidang media di Beijing. Pastinya soalan itu bukannya datang dari mulut wartawan Malaysia. Jika datang dari mulut orang Malaysia, bersoal jawablah dengan budak Bukit Aman !

Walaupun PM Najib menjawab secara selamba dan ketawa apabila diajukan soalan berkaitan pembunuhan Altahtunya, mungkin PM Najib "gabra" juga dengan soalan-soalan itu.

Bahkan sempat mengulangi pembelaan diri sendiri dengan menyatakan sudah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak kenal gadis Mongolia itu. Najib menyangka hujahnya dipercayai wartawan? Hujah itu sesuai untuk jawab depan JKKK.

Mungkin di China, wartawan-wartawan juga terikat dengan peraturan ketat kerajaan China.

Selepas ini ke mana pula destinasi lawatan PMNajib ?

Najib perlu belajar menjawab soalan-soalan "ramalan" dari wartawan antarabangsa. Beliau jangan menyangka wartawan itu sekadar dari akhbar mengampu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian yang akan menyoal beliau. Tentunya soalan-soalan itu dibuat skrip oleh pengarang mereka. Wartawan UM dan BH cumanya membaca sahaja.

Kita nantikan Najib melawat Perancis, Korea Selatan, Britain dan Amerika Syarikat. Tentunya Najib akan berjumpa dan bersoal jawab dengan mereka yang menulis berkaitan cerita pembunuhan Altahtunya. Nampaknya "merah" pula muka Najib dan berpeluh menghadapi soalan-soalan panas dari mereka.

Mungkin soalan mereka : " Mengapa tuan(Najib) tidak menyaman kami yang menuduh tuan terlibat dengan kes ini ?

Harapnya selepas ini PMNajib mula buat latihan menjawab sambil meramalkan soalan yang bakal diajukan oleh wartawan asing semasa beliau melawat mana-mana negara tersebut.

Nampaknya Najib sebaris dengan pelajar-pelajar UPSR,PMR dan SPM yang kini sibuk meramal dan menjawab soalan ramalan peperiksaan bakal menjelang !

Jaga-jaga....di mana anak anda bersekolah ?


Runtuh lagi. Siapa bertanggungjawab? Malaysia Boleh serba serbi. Memalukan. Akhir sekali terbukti Malaysia adalah Bumi Binaan Runtuh !


Terengganu cipta banyak rekod. Terbaru Stadium Sultan Mizan (SSM)runtuh. Tahun lepas bulan April, bumbung Dewan SMK Wakaf Tapai runtuh pada waktu malam. Di kala itu ada program di sekolah tersebut. Cumanya dewan itu tidak digunakan.


Tiga hari lepas (2 Jun), Stadium kebanggaan negeri jadi mangsa. Juga nasib baik kerana tiada aktiviti sukan berlaku semasa runtuhan berlaku.


Yang pasti semua projek "keruntuhan" itu adalah dibuat oleh kroni-kroni UMNO. Itu pasti 100%. Samada kroni Deris Jusoh ataupun sewaktu dengannya.


Juga yang pasti, "bising-bising dan geger" ini berlaku sehari dua sahaja. Lepas itu isu ini di bawa angin monsun atau di sapu bawah "karpet" cap keris telanjang. Percayalah.


Sebenarnya ada lagi berita "ngeri" untuk kepada sesiapa punya anak. Apa dia ? Menurut Timbalan Menteri Pelajaran terdapat 26 buah sekolah yang berharga RM300 juta yang belum siap mengikut jadual. Lebih mengerikan kesemua sekolah "sakit" itu di bina oleh satu sahaja syarikat.


Mengapa khabar ini mengerikan ? Kerana secara automatik syarikat berkenaan mesti siapkan 26 buah itu secepat mungkin. Jika tidak, kena saman dan denda. Apabila berlaku, aspek keselamatan tidak penting. Yang penting siap. Keselamatan pelajar-pelajar akan jatuh nombor dua. Bagaimana dengan sijil CF ? Mudah lagi senang.


Hoi kawan ! Bukankah rasuah adalah "makanan" nombor satu kroni-kroni UMNO ? Tak percaya? Tanya KM Melaka Ali Rustam !


Kalau stadium yang harga RM 300 sebuah yang di rasmikan Yang Dipertuan Agong juga pakai nama baginda itu boleh main "wayang", apalah dengan sekolah "sakit" yang rata-rata warganya anak-anak golongan marhein dan nama sekolah pula bukannya glamor sangat seperti SK Kg Belukar atau SK Pasir Panjang!

Monday, June 1, 2009

Mana satu pilihan kalbu ?


Tidak sampai 72 jam lagi Muktamar PAS kali ke 55 akan berlangsung di Shah Alam, Selangor. Sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat. Semua tumpuan kepada pemilihan Timbalan Presiden. Bagi penyokong dan ahli PAS, pemilihan tidak menjadi tumpuan. Sesiapa sahaja jadi pimpinan bukanlah persoalan yang besar. Paling penting, PAS mesti tetap di landasan Al Quran dan Sunnah. Itu sahaja.


Berbeza dengan UMNO. Kemenangan seseorang individu itu menentukan "periuk nasi" mereka. Samada berasap ataupun sebaliknya. Itulah "aqidah" setiap benak fikiran ahli UMNO.




Mari kita lihat beberapa coretan calon-calon Timbalan Presiden :

a) Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Antara tiga calon untuk kerusi Timbalan Presiden beliau adalah "bongsu" dalam pimpinan PAS. Anak jati Negeri Sembilan. Lulusan agama dari Universiti Jordan. Tidak diketahui samada beliau pernah mendapat didikan asuhan tarbiyyah Ikhwanul Muslimin ketika belajar di Jordan. Juga pernah belajar di UiTM. Menjadi MP Bachok. Pernah jadi MP Kedah 1999. Juga pernah kalah semasa tanding MP Besut 2004.

Di kenali dengan nama glamour "Ustaz Nash". Telah memegang dua penggal berturut-turut sebagai Timbalan Presiden.

Kemunculannya dalam PAS secara "low profail". Pidatonya juga tidak menyengat. Pernah dikritik kerana penampilannya tidak mencerminkan "pakaian ulamak" ketika perjumpaan dengan SU UMNO Khalil Ya'kob untuk urusan muzakarah PAS-UMNO tahun 2001. Beliau berpakaian kot, tali leher dan tanpa kopiah.

Beliau juga dikritik hebat kerana terlibat dengan rundingan Muzakarah untuk Kerajaan Campuran semasa pasca PRU 12 Mac 2008.

Kelebihan beliau ialah tidak melenting jika dikritik, gerak kerja yang sistematik dan kurang bercakap tetapi kerja lebih.

Akhbar pro UMNO Utusan Malaysia "tolong" kempen untuk beliau walaupun bukan kehendak beliau.

b) Muhammad Sabu

Pemegang kerusi Naib Presiden sesi lalu. Anak jati Pulang Pinang. Pernah belajar di UiTM. Pernah jadi MP Kubang Kerian dan Kuala Muda. Tewas dalam PRU 12 untuk P36 Kuala Terengganu. Pernah menginap di " Hotel Mewah" Kamunting. Pidatonya dikagumi. Nama glamour sebagai "Abang Mat". Sahabat baik Lim Eng Guan KM Pulau Pinang. Disenangi oleh golongan marhein dan muda.

Walaubagaimanapun, beliau seorang pro-Iran. Secara langsung boleh dikatakan pro Syiah walaupun tidak menganut mazhab tersebut. Tidak sah ceramahnya jika tidak diselit nama Iran, Hizbullah dan Khomeini. Sikapnya ini tidak disenangi oleh ahli PAS yang condong kepada Salafi maupun Ikhwan.

Satu lagi yang perlu diketahui, beliau tidak pernah berceramah satu pentas dengan Anwar Ibrahim selepas Anwar bebas dari penjara. Mungkin marah beliau terhadap Anwar belum padam lagi.

Kelebihan beliau ialah seorang yang senang didekati dan pandangan politiknya begitu tajam serta ke depan.

Akhbar politik SIASAH milik MSO main peranan mengempen beliau dengan wawancara.



b) Husam Musa.

Seperti Muhammad Sabu, beliau adalah pemegang kerusi Naib Presiden sesi lalu. Antar bertiga calon Timbalan, beliau seorang sahaja berpangkat "Datuk Paduka". Anak jati Kelantan. Pernah jadi MP Kubang Kerian (selepas Abang Mat). Pernah juga jadi Setiausaha Akhbar MB Kelantan sebelum jadi MP. Kini menjadi ADUN Kijang dan Exco kanan Kerajaan Kelantan.

Beliau dikenali sebagai golongan "Erdagon" dalam PAS walaupun beliau tidak begitu menyenangi gelaran tersebut. Erdagon adalah golongan yang dilabelkan sebagai pro-Anwar.

Antara ketiga calon Timbalan Presiden, beliau paling kuat dihentam oleh mereka yang memusuhinya. Bahkan ada tercipta satu blog yang dinamakan "Anti Husam". Penulis politik paling memusuhinya ialah MSO (Mohd Sayuti Omar). MSO menggelarnya orang " pakai baju petak-petak merah". Tidak diketahui mengapa MSO begitu murka terhadapnya.

Beliau mendapat publisiti penting menjelang pemilihan apabila MB Kelantan "gembira" jika kumpulan Erdagon menang dalam pemilihan PAS nanti.

Kesilapan terbesar beliau ialah mengadakan jamuan di Batu Gajah dan membuat wawancara dengan Berita Minggu. Mengapa ? Mana-mana individu yang mengempenkan diri sendiri bermakna dia "membungkuskan dirinya untuk dicampak dalam tong sampah".

Kelebihan beliau ialah suka tolong golongan miskin. Ini terbukti dengan penubuhan Kijang Care yang banyak membantu golongan miskin di Kelantan.

RUMUSAN AKHIR

a) Ustaz Nash - seorang tidak begitu memusuhi UMNO. Melihat UMNO sebagai boleh dirundingi dan berdialog demi maslahat ummah dan dakwah.

b) Abang Mat - pro Iran, tidak begitu "ngam" dengan Anwar. Keras terhadap UMNO. Berjiwa rakyat.

c) Husam Musa - Anak didik Tok Guru MB Kelantan. Pro Anwar. Keras terhadap UMNO.

Melihat kepada semua di atas, penulis merasa sedih . Mengapa ? Kerana jawatan Timbalan Presiden hanya satu. Yang layak ada tiga orang. Kesemua ciri-ciri di atas diperlukan dalam PAS.

Kalau anda boleh mengundi, siapakah calon pilihan anda ?

Kalau saya ? Saya akan rosakkan kertas undi ?

Mengapa weeeh!?

Kerana saya kagum dan sayang dengan mereka bertiga. Itu sahaja.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...