ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
Hari ini 6 Oktober adalah hari Angkatan Tentera Mesir. Tarikh ini dipilih sempena kemenangan Mesir dalam Peperangan Yom Kippur ataupun diken...
-
Jihad bermula di Mesir Mengulangi episod Algeria 1990 Firaun muncul semula di Bumi Kanaan Tiada demokrasi Tiada pilihanraya Hanya J...
Friday, June 7, 2013
Jawab Ros...jangan tak jawab !
Tiada diketahui adakah "Wanita Pertama Malaysia" tahu atau dimaklumkan dengan kehadiran 70 delegasi Wanita Mongolia ke Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur.
Dalam keseronokan sakan memuji suaminya depan delegasi Sidang Kemuncak Global Wanita, tidak dapat dibayangkan reaksi 70 wajah delegasi Mongolia itu.
Barangkali tiada reaksi di wajah delegasi seperti Zambia,Namibia,Kosovo,Vietnam dan Laos.
Sebabnya,ianya tidak membabitkan nasib malang wanita negara mereka. Tiada anak kematian ibunya dan tiada ibubapa kematian anak mereka tanpa sebab di Malaysia.
Hanya Mongolia kehilangan gadis mereka di Malaysia yang di bom dengan bahan letupan C4.Lebih tragis lagi pengeboman itu tiada bersebab dan tiada arahan.
Bagaimana reaksi wajah 70 wanita Mongolia bila Rosmah memuji suaminya dengan mengatakan suaminya seorang yang "mesra wanita" ?
Juga boleh kita bayangkan bagaimana delegasi Mongolia ini yang diketuai sendiri Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan.
Delegasi ini membuat permintaan ini kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia setelah suami Rosmah tidak lagi menjadi Menteri di kementerian tersebut.
Mengapa ? Bukankah lebih elok dibuat semasa suami Rosmah masih pegang menteri di kementerian tersebut. Apatah lagi beliau juga Perdana Menteri. Tidak percaya?
Barangkali peserta Sidang Kemuncak Global Wanita tidak tahu kisah pembunuhan Altantuya Shaariibuu . Tetapi apabila delegasi 70 orang itu buat sidang media dengan flashmob sekali, tentunya menarik minat 1,100 peserta dari 70 negara untuk mengetahui kisah sebenar pembunuhan Altantuya. Daripada tidak tahu menjadi ingin tahu.
Di mana Rosmah dan suaminya mahu letakkan muka mereka.? Bagaimana jawapan mereka berdua jika ditanya kes ini bertalu-talu oleh 1,100 peserta ?
Letih mereka berdua menjawabnya!
Barangkali tema Sidang Global ini bertukar dari, "Wanita Mewujudkan Ekonomi Baru" menjadi tema , " Mencari keadilan untuk anak-anak Altantuya !
Kita juga bimbang jika suami Rosmah melihat wajah 70 wanita Mongolia seperti jelmaan Altantuya Shaariibuu !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment