ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, June 2, 2013

Berapa CCTV di rumah Zahid dan Hishamuddin ?






28 Mei2013 - Menteri Polis Zahid Hamidi  berkata , KDN bercadang mahu pasang CCTV di lokap polis.

30 Mei 2013 - Mantan IGP Musa Hasan  berkata, kamera telah dipasang di kebanyakkan lokap tetapi banyak yang rosak kerana kekurangan bajet selenggaraan.

22 Mac 2011 - Menteri Polis ketika itu, Hishamuddin Hussein memberi jawapan bertulis di Parlimen menyatakan kerajaan sedang dalam proses memasang kamera CCTV di lokap polis dan bilik soal siasat.

Terdapat 827 balai polis di seluruh negara, dengan kamera CCTV dipasang di 227 lokap dan 36 bilik soal siasat

Kenyataan Zahid bermakna CCTV belum dipasang lagi.
Kenyataan Musa bermakna CCTV telah dipasang tetapi banyak yang rosak.
Kenyataan Hishamudin menunjukkan pemasangan CCTV sedang dalam proses.

Persoalan :
i) Adakah CCTV telah dipasang di 227 lokap dan 36 bilik siasat? Jika belum dipasang, ke mana wang peruntukkan itu?

ii) Jika CCTV telah dipasang tetapi banyak yang rosak kerana tiada bujet selenggaraan. Adakah bujet selenggaraan itu ada tetapi tidak sampai kepada pihak selenggaraan. Ke mana wang selenggaraan itu ?

iii) Jika CCTV telah dipasang, adakah lokap Ibupejabat Polis Kuala Lumpur belum dipasang? Adakah keutamaan diberikan kepada balai polis di luar bandar yang kadar jenayahnya kurang berbanding Kuala Lumpur. Atau adakah CCTV di lokap Ibupejabat Polis Kuala Lumpur rosak ?

1 comment:

anti tiada maruan said...

kalau kita katakan negara kita negara hampir capai status maju perkara memningkan kepala seperti sudah pasang,belum pasang sedang pasang ini tak timbul lagi. memeningkan kepala rakyat sahaja. bila nak buat kerja tambah produktiviti????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...