ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, January 30, 2010

Hukuman PAS PUSAT! Khalid Samad keluar......


Hasan Ali PJ Selangor kena amaran manakala Khalid Abd Samad AJK Biro Politik PAS Pusat digantung jawatan 6 bulan dalam PAS.






Begitulah hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat hasil "mulut laser" mereka berdua.


Khalid keluar dari bumi Malaysia ketika menerima hukuman manakala Hasan Ali berada dalam negeri.


Khalid dalam kenyataan terbarunya menyatakan menerima hukuman dengan hati terbuka. Beliau ingin menjadi "Khalid Al Walid Moden" yang menerima perlucutan jawatan panglima dari Khalimar Umar. Beliau juga mungkin mahu jadi Ummu Mukminin Aisyah yang diminta ibubapanya agar mohon maaf kepada Rasulullah. Aisyah menjawab, "Aku ingin minta ampun dari Allah Taala sahaja".



Hasan Ali pula menyatakan beliau terima hukuman itu dengan hati terbuka dan sebagai proses pendidikan bagi dirinya.



Apapun ulasan dari mereka berdua, yang pasti keduanya telah dihukum dan mereka menerima hukuman itu dengan hati terbuka.



Persoalannya, mengapa orang-orang kelilingnya masih berminat dan beria-ia untuk "mengipas" terutama untuk Khalid membangkang dan memprotes hukuman itu?



Sebenarnya mereka-mereka yang cuba "mengipas dan menghasut" Khalid agar menentang pimpinan adalah orang yang belum mengenal siapa Khalid yang sebenar.



Khalid Abd Samad adalah manusia jenis yang berprinsip dan amat sayangkan PAS. Semasa di UK lagi beliau seorang yang radikal dengan perjuangan Islam. Semasa balik dari UK,beliau pernah berhajat menubuhkan Parti Negara Islam. Tetapi apabila PAS diterajui ulamak, beliau batalkan hajatnya.



Pernah berehat di Kamunting. Banyak kali tewas dalam pilihanraya di Kelantan, Perlis dan Johor. Beliau lebih dahulu berkecimpung dalam PAS berbanding Hasan Ali. Beliau sanggup berketuakan Hasan Ali walaupun beliau lebih senior dalam PAS Selangor.

"Dosanya" yang menyebabkan kena gantung 6 bulan adalah kerana menegur Hasan Ali.

Nasihat buat Khalid, anda teruskan kerja anda. Tegur apa yang patut. Jangan risau kebenaran pasti muncul jika kita jujur, ikhlas dan benar.

Kepada Hasan Ali, anda teruskan kerja anda. Tepat sekali ulasan anda tentang hukuman amaran itu. Satu proses pendidikan diri. Rapatkan balik saf pimpinan PAS Selangor. Ingat kerja jahat Khir Toyo belum berakhir.

Akhirnya kepada pencacai Khalid, seronok dan banggakah anda semua jadi " Abdullah bin Ubai" ? Taubatlah.

















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...