ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, July 22, 2008

Semuanya sayangkan PAS


Sehari dua ini, riuh rendah kedengaran suara tentang pertemuan PAS-UMNO. Ada sokong dan setuju. Ada marah. Ada keji. Ada geram. Ada perhati penuh minat. Keji pun ada. Malah ugut keluar PAS pun ada(ye ke ni?)Begitulah manusia. Percayalah mereka semua sayangkan PAS. Mereka amat kasih dan cintakan perjuangan PAS. Mereka ada hak untuk luahkan pandangan dan kenyataan.

Tugas pimpinan adalah mendengar semua pandangan. Kita semua ada kelemahan. Tiada yang maksum. Percayalah apa yang berlaku ini ada hikmatnya. Allah Taala Maha Mengetahui.


Rileks weeh! Mari kita imbau kembali Sirah Rasul kerana ianya Mutiara Sepanjang Zaman.

Selepas Rasulullah tandatangani Perjanjian Hudaibiyyah, Umar pergi jumpa Rasulullah dan bertanya beberapa soalan :

" Bukankah engkau Rasulullah?"

"Bukankah kita orang Islam?"

"Bukankah mereka orang Musyrikin?"

" Bukankah kita mati masuk syurga dan mereka mati ke neraka?"

Semuanya dijawab Rasulullah : "Ya".

Umar pun berkata : " Kalau begitu mengapa kita memberi peluang mereka menghina agama kita?"

Umar tidak puas hati lalu berjumpa Abu Bakar. Abu Bakar meminta Umar taat perintah Rasulullah. Ikut dan Taat. Ini merupakah maslahat ummah. Setiap kesukaran akan ada jalan keluar dan kelapangan. Yakinilah Allah Taala tidak akan sia-siakan RasulNya.


Kini, Rasulullah sudah tiada. Abu Bakar dan Umar sudah tiada. Tapi pengajaran dari peristiwa diatas boleh kita hadamkan sehadamnya. Setiap Gerakan Islam adalah pewaris perjuangan Islam. Di dalam Gerakan Islam ada para ulama untuk memimpin ummah. Ulama itu pewaris para Nabi.Dan setiap ulama itu ada Majlis Syura mereka. Keputusan Majlis Syura bukan keputusan peribadi. Ulamak adalah orang yang takut kepada Allah.

Rasanya anda semua faham maksud diatas jika anda mendapat tarbiyyah haraki!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...