ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, July 8, 2008

Roh Hudaibiyyah dalam PR


Perjanjian Hudaibiyyah yang berlangsung pada Tahun 6 Hijrah adalah satu peristiwa besar untuk diamati dan diambil pengajarannya oleh kita semua. Lebih-lebih lagi oleh Gerakan Islam. Dalam perjanjian itu terdapat beberapa isi perjanjian yang ditakrifkan berat sebelah. Antaranya :

i) Setiap orang lelaki Mekah yang pergi ke Madinah tanpa keizinan walinya WAJIB dikembalikan ke Mekah.

ii) Setiap orang lelaki Madinah yang pergi ke Mekah tanpa keizinanan walinya TIDAK BOLEH dikembalikan ke Madinah.

Peristiwa Abu Jandal anak kepada wakil Musyrikin Mekah Suhail bin 'Amru yang disabitkan dengan isi no(i) diatas amat mencengkam perasaan umat Islam ketika itu. Umar Al-Khattab melahirkan rasa tidak puas hati dan bantahan terhadap Rasulullah.

Umat Islam ketika itu tidak melihat keuntungan jangka panjang yang terkandung dalam perjanjian tersebut iaitufasal no(3) dan (4) perjanjiaan tersebut yang tercatat sebagai:

iii) Genjatan senjata iaitu tiada peperangan selama 10 tahun.

iv) Setiap pihak samada Madinah atau Mekah boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak tanpa gangguan.

Suhail bin 'Amru ketika menarik anaknya Abu Jandal sambil mengugut untuk batalkan perjanjian itu sekiranya anaknya tidak dikembalikan kepada pihak Mekah.Tetapi Rasulullah tetap meneruskan perjanjiaan tersebut dalam keadaan menyayat hati bila melihat Abu Jandal diheret balik oleh ayahnya ke Mekah walaupun Abu Jandal telah memeluk Islam. Perjanjian perlu dipatuhi.

Allah Maha Besar! Setiap kesukaran ada kesenangan. Kesan daripada perjanjian tersebut:

a) Rasulullah dapat kembangkan dakwahnya ke serata tempat tanpa gangguan pihak Mekah.

b) Pihak bukan Islam dapat melihat keindahan dan keadilan ajaran Islam.

c) Rasulullah dapat mengutus surat kepada Pemerintah bukan Islam untuk mengajak kepada Islam.

d) Rasulullah dapat menumpukan musuh tunggal ketika itu Yahudi di Khaibar tanpa diganggu oleh musuh yang berdamai iaitu pihak Mekah.



Wahai Gerakan Islam! Adakah anda dapat fahami apa yang tersirat dalam Perjanjiaan Hudaibiyyah?
Kes tentang Mas Idayu dan Ella, Band Underground dalam Protes dan pelbagai benda lagi bakal menjelma untuk menguji Gerakan Islam. Jika tersilap langkah, rugilah kita untuk jangka panjang.
Sememangnya bagi kita amat terasa sakit hati seperti konsert Mas Idayu dan Ella sama seperti Abu Jandal diheret didepan mata. Begitu juga penglibatan band muzik Underground tempoh hari di stadium. Ulasan Exco Elizebert Wong dalam blognya juga memang menyakitkan hati.
Ini semua menguji Gerakan Islam dalam mematuhi perjanjian Pakatan Rakyat. Untuk politik jangka pendek, esok boleh kita keluar dari PR. Tapi bijak kah tindakan itu?
Sama seperti Rasulullah boleh batalkan Perjanjiaan Hudaibiyyah semata-mata untuk selamatkan Abu Jandal. Tetapi mengapa Baginda tidak berbuat demikian? Fikirkan weeh!
Nah! Dalam masa 6 tahun selepas Perjanjiaan Hudaibiyyah, penganut Islam menjangkau ratusan ribu. Ini dapat dilihat semasa Haji Wida'.
PAS sebagai Gerakan Islam sememangnya arif dengan Sirah Rasulullah. Kematangan PAS boleh dilihat sejak ditendang dari BN. Bermula isu Semangat 46. Mana ada orang PAS masuk S46 tetapi sebaliknya. Begitu juga dengan KeADIlan. Dan kini PAS sedang diintai oleh orang-orang non-muslim.Tertubuhnya Kelab Penyokong PAS membuktikan sasaran dakwah kita semakin meluas. Jangan kita sia-siakan peluang yang dianugerah oleh Allah Taala.
Bantah tetap bantah! Tapi seiring bantahan itu rakyat mula memahami dan mengenali kita. Ramaikan rakan kurangkan musuh. Yang pasti dalam sebuah Gerakan Islam itu perlu ada insan bersifat Abu Bakar dan Umar untuk melayari perjalanan !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...