ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, July 20, 2008

Jangan Panik weeh! Lihat dan Tunggu.


1) Pak Lah mengaku telah 3 kali jumpa pimpinan PAS yang didakwanya "boleh membuat keputusan". Maknanya : Hebat Pak Lahnya menjual hasil tuainya. Hebatnya Pak Lah dapat berjumpa dengan "orang yang boleh buat keputusan" dalam PAS. Untuk makluman Pak Lah, dalam PAs hanya Majlis Syura yang boleh buat keputusan bukannya Presiden, Mursyidul Am jauh sekali Timbalan Presiden!

2) Naib Presiden PAS, Husam Musa mendakwa kenyataan Pak Lah bertujuan memecah belahkan ahli PAS.Maknanya: Husam pun tak tahu! Setaraf Naib Presidenpun tak tahu?

3) Mursyidul Am, TG Nik Aziz mengakui tidak tahu menahu tentang pertemuan sebanyak 3 kali itu. Beliau bersetuju jika pertemuan itu berkaitan peribadi dan dakwah bukannya tentang urusan parti.
Maknanya: Lagi pelik! Orang setaraf Mursyidul Am pun tak tahu. Apa ni? Sekurang-kurangnya "ghoyatlah" sepatah dua atau untuk makluman. TG Nik Aziz kata bincang peribadi dan dakwah boleh. Mungkin Ustaz Nasharudin, Cikgu Pa menasihati agar Pak Lah suruh isterinya dan Nori pakai tudung kot? Atau Pak Lah jangan "gesel-gesel" lagi bahu perempuan? Kalau begitu,kita sokong 100.99%!

4) Wan Azizah kata pertemuan itu OK . Tiada masalah bagi PKR dan DAP. Beliau juga menyatakan PKR dan DAP tahu tentang pertemuan itu.
Maknanya: Satu kenyataan terbuka yang terpuji. Keutamaan dan kepentingan rakyat perlu diutamakan.

5) Presiden PAS akhirnya mengakui berlakunya pertemuan itu. Beliau menyatakan Majlis Jawatankuasa PAS dan Majlis Syura Ulamak mendapat laporan hasil pertemuan itu. Maknanya : Setelah Pak Lah mengaku dan hebohkan dalam media, baru Presiden PAS mengakui. Alangkah baiknya jika TG Haji Hadi orang pertama mengumumkan tentang pertemuan itu.

6) TPM Najib pula menyatakan PAS tidak harus letak syarat muzakarah.
Maknanya : Selamanya Najib bimbang dengan kedudukannya. Perhatikan setiap kali Pak Lah mengeluarkan kenyataan, Najib akan jawab dengan yang berlawanan bosnya. Najib sekarang dihantui oleh Mongolia, C4, Sukhoi, Submarine, Muzakarah,Anwar dan Pakatan Rakyat. Boleh jadi gila weeh! Banyak sangat hantu dalam hidup Najib.


Rumusan :
Diambang sore pemerintahan Pak Lah, beliau akan mengeluarkan 1001 macam kenyataan untuk berpaut. Mungkin kenyataan terbarunya berpaut pada dahan yang agak kukuh! Zaman kini dengan iklim politik yang tidak menentu, segala perkara yang membabitkan rakyat perlu dilakukan secara terbuka. Zaman sekarang, rakyat pandai menilainya. Tak payah main kias-kias dan sorok-sorok. Akhirnya bocor juga! Iklim politik sekarang tidak begitu selesa dengan permainan sembunyi dan sulit. Perlu telus dan terbuka. Benda yang baik tidak perlu ditutup dari penglihatan umum. Nanti timbul pelbagai spekulasi dan syak wangsangka. Akhir sekali, dalam soal besar ini,"orang tua" jangan kita ketepikan. Mereka lebih dahulu makan garam! Opps!.... terlupa pula nak tanya, adakah pertemuan sebanyak 3 kali itu ada syarat iaitu JANGAN HEBOHKAN kepada umum sepertimana pertemuan tahun 1986 di Seri Perdana?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...