ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, July 14, 2008

Madu dan Anjing


Kini musim "mengawan"sudah bermula! Si jantan sambil malu-malu cuba memikat si gadis pingitan. Semuanya kerana si jantan sudah tua, kehilangan "kekuatan", tidak dihormati oleh rakan-rakan dan di ambang maut. Si gadis pula harus hati-hati. Cukuplah pengalaman lama diambil pengajaran. Ingat! Habis madu sepah dibuang masih.

Perumpama diatas sesuai dengan iklim politik sekarang. Antara PAS dan UMNO. Setelah teruk ditimpa musibah. Bermula dengan kekalahan dalam PRU 12 hinggalah Tun Mahathir keluar UMNO, UMNO kini umpama orang tua yang sedang mengemis kasih. Setelah begitu lama menzalimi"gadis cantik" kini cuba-cuba memikat buat kali kedua setelah menghalau "gadis cantik" pada tahun 1978.

Bermula dengan pelbagai kongres bertemakan Perpaduan Melayu di merata negeri tetapi tiada respon serius hinggalah Pak Lah sendiri bersuara tentang Perpaduan Melayu. Isu kerjasama PAS-UMNO berkumandang semula selepas "sejuk" sejak tahun 2001. Pada masa itu Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku S/U PAS mewakili PAS manakala Khalil Yaakob mewakili UMNO. Selepas PRU 2004, dengan kemenangan besar(penipuan!) UMNO di bawah pimpinan Pak Lah tiada lagi kedengaran suara Perpaduan Melayu. PAS tidak lagi dipandang oleh UMNO. Bahkan tiada sedetik pun UMNO sudi tengok wajah PAS. Pak Lah tenggelam dengan kelenaan tidur, berkarut-marut dengan Hadharinya, bergelumang dengan kroninya seperti Patricknya,Khairynya dan Yeohnya.

Kini, sekonyong-konyong Pak Lah minat untuk bermuzakarah. Manakala kerana terlalu "over", Mat Taib Tyson berkata UMNO dan PAS telah mulakan Muzakarah apabila Presiden masing-masing bersuara tentang muzakarah. Jika sebelum PRU 12 bola dikaki UMNO, kini bola dikaki PAS pula. Pengalaman dulu mengajar PAS supaya berhati-hati dengan musuh. Jangan dipatuk kali kedua. "Sejahat-jahat" DAP, mereka tidak pernah bunuh orang PAS. Siapa yang terbunuh di Memali? Angkara siapa? Jahatnya UMNO!
Sehari selepas Petronas mengumumkan royalti RM800 juta kepada Kerajaan PAS Terengganu tahun 2000, UMNO mengumumkan penarikan royalti. Ketika itu Pak Lah Pengerusi UMNO Terengganu. Jahatnya UMNO! Inikah dinamakan tolong umat Melayu? Adakah majoriti penduduk Terengganu bukan Melayu?
Siapa yang musnahkan Masjid Bujal? Siapa yang halau rakyat di Kg Berembang? Memang UMNO memang jahat!
Ketika UMNO kehilangan sokongan dalam pilihanraya 1969, mereka rayu PAS masuk Perikatan kemudian tukar nama BN. Bila mereka dapat kekuatan semula, PAS dihalau keluar dengan hinanya. TG Nik Aziz mungkin masih ingat detik-detik penghinaan itu. Cukuplah weeh! PAS terlalu rendah diri dan "tawaduk". Biarkan dipermainkan dan ditipu.
Rakyat sedang memerhatikan UMNO sedang mengumpan PAS dengan beberapa perkara. Antaranya pengembalian semula royalti minyak, bantuan kewangan sekolah agama, menerima syor PAS dalam perkara pendaftaran sekolah Agama di Kelantan, keizinan terbit 2 kali seminggu Harakah dan kerap menjemput PAS dalam program di TV.
Percayalah langkah terakhir umpanan UMNO ialah pengembalian semula Bahasa Melayu dalam subjek Matematik dan Sains.
Kita tidak mahu rundingan dibuat secara sulit yang menimbulkan syak wansangka PAS dengan ahli dan penyokong Non-Muslim. Peristiwa pertemuan antara Dr.Mahathir dengan Musyidul Am perlu diambil pengajaran. Ketika itu Non-Muslim melalui CCC amat menghormati dan memberi sokongan kepada PAS pada tahun 80an dan 90an. Tetapi apabila bocor berita PAS ke Seri Perdana, sokongan itu menjunam.
Kini sokongan non-Muslim dan bukan Melayu kepada PAS amat tinggi dan mereka menaruh harapan tinggi agar PAS dapat menggembalikan keadilan untuk rakyat. Mereka amat benci dengan politik perkauman UMNO. Tengoklah keputusan PRU12 contohnya di Parlimen Kota Raja. Oleh itu jangan khianati harapan rakyat.
Apapun soal Muzakarah adalah kuasa Majlis Syura. Bukannya di tangan Mursyidul Am atau Presiden.

Muzakarah perlu secara terbuka. Diketahui oleh rakyat. Untuk menunjukkan UMNO amat berharap menagih kasih PAS dan bukannya olok-olok atau permainan politik, PAS perlu letakkan syarat.
Dua pilihan syarat yang dikira terpenting perlu dipenuhi UMNO untuk menunjukkan mereka serius ialah BENARKAN KELANTAN JALANKAN SYARIAT ISLAM atau BEBASKAN SEMUA TAHANAN POLITIK ISA.

Kepada pimpinan Gerakan Islam, kita sewajarnya memahami maksud pepatah "Bagai Melepas Anjing Yang Tersepit". Tengok samada "Anjing" itu ada rekod pernah gigit orang atau anjing yang sedang tersepit itu pernah gigit orang dan ada penyakit anjing gila? UMNO yang mana satu?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...