ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, July 29, 2008

'Utbah bin Rabi'ah Moden


Di antara tawaran yang dikemukakan oleh perunding Musyrikin Quraisy Abu Al-Walid Utbah bin Rabi'ah kepada Rasulullah semasa dialog rundingan untuk meminta Rasulullah memberhentikan penyeruan kepada Islam ialah:

i) Memberi kuasaan kepada Rasulullah.

ii) Mengangkat Rasulullah menjadi ketua(raja) di Mekah.


Kedua tawaran itu bersyaratkan Rasulullah meninggalkan seruan kepada pentauhidan semata-mata kepada Allah Taala.

Rasulullah menolaknya kerana dalam soal aqidah tiada kompromi antara kebenaran dengan kebatilan.


Merujuk kepada politik semasa tanahair. UMNO Perak dan Selangor tawarkan PAS dengan jawatan MB dan Exco yang ramai. Terbaru MB Pahang juga tawarkan jawatan Exco kepada PAS ( Datuk Nan tak berani tawarkan jawatan MB pada ADUN Semantan @Beserah)


Begitulah episod Sirah senantiasa berulang-ulang. Watak 'Utbah bin Rabi'ah senantiasa wujud sepanjang zaman seperti mana watak Abu Jahal juga senantiasa menjelma setiap waktu dan zaman. Hanya orang yang menghayati Sirah sahaja yang dapat membaca permainan politik warisan Musyrikin Mekah.

Golongan Jahiliyyah Moden menyangka Gerakan Islam adalah mempunyai sama pemikiran seperti mereka iaitu laparkan jawatan dan pangkat. Mereka fikir Gerakan Islam adalah gerakan yang bermatlamatkan keduniaan semata-mata.

PAS adalah Gerakan Islam yang hanya bermatlamatkan menegakkan Islam di bumi Malaysia. Mereka tidak kisah siapa yang menjadi PM atau MB. Apa yang penting, bumi Malaysia diperintah berdasarkan hukum Allah Taala. Satu soalan kepada UMNO, adakah mereka setuju jika sekiranya Malaysia diperintah dengan hukum Allah?

Kes Kelantan menjadi bukti "kemunafikan" UMNO. Sampai kini Kelantan tidak dapat laksana undang-undang Al-Quran. Siapa yang memberi amaran jika Kelantan laksana hukum Allah Taala? UMNO lah.

PAS boleh menerima UMNO jadi MB, tetapi dengan syarat benarkan PAS memerintah negeri Perak dan Selangor dengan hukum Islam. Selesai masalah. Sanggupkan UMNO memenuhi kehendak PAS itu. Apapun buktikan keikhlasan UMNO dengan Kelantan dulu. Benarkan Kerajaan Kelantan laksanakannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...