ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, February 25, 2013

Jual rerompah atau Perah susu unta?



Ketika Arab Spring berada di paras kemuncak panasnya di Medan Tahrir, sekonyong-konyong sebilangan ulamak-ulamak Al Azhar dibawah pimpinan Mufti Besarnya mengeluarkan fatwa tentang "haram"nya berdemostrasi di Medan Tahrir dan dimana sahaja bumi Mesir. Bahkan "haram" menentang "ulul amri" Hosni Mubarak.

Kini, segalanya telah berubah. Mesir tiada lagi berketuakan Hosni Mubarak. Mubarak kini tinggal di lokap. Sesekali semput dan jatuh  di tandas. Ramai barua-barua Mubarak tunggu masa untuk disumbat dalam penjara akibat kejahatan,rasuah dan kezaliman semasa zaman tuannya Mubarak.

Yang sedang berdemo di jalanan sekadar "budak-budak PERKASA" Mesir sahaja.

Semua orang kenal mantan SB yang kini jadi Mufti Perak. Sehari dua ini, "fatwa"nya menjadi bombastik dan sensasi. Barangkali inilah kemuncak "kejayaan" kerjayanya sebagai mufti.

Menuduh PAS lebih teruk dari kafir adalah satu tuduhan yang berat. Jika Chua Soi Lek atau Sammy Vellu  cakap begitu, tidaklah ralat sangat kerana mereka memangpun kafir.

Inikan seorang mufti yang sudah tentu tempat rujukan dan ilmu banyak.

Sepatutnya Mufti Perak belajarlah dari kisah ulamak-ulamak Mesir yang begitu taksub dengan "UMNO Mesir". Memuja memuji Mubarak. Di mana mereka sekarang ? Masihkan mengajar di Al Azhar?

Atau tukar kerjaya jadi tukang perah susu unta di Gurun Sahara?

Adakah Mufti Perak mahu ikut jejak mereka? Jika unta susah sangat mahu di cari di Malaysia, elok jadi pembuat terompah kayu. Satu kerjaya yang amat elok mahu alim ulamak yang suka sangat mengampu pemerintah seperti UMNO.

Sunday, February 24, 2013

Susahnya jika kita ada Menteri Cap Ayam



Krisis Lahad Datu hampir kepada penghujungnya. Ada 1001 kebarangkalian dan andaian mengapa ianya terjadi.

Cuma satu persoalannya buat PM, Menteri ATM dan Panglima ATM. Iaitu mana dia kehebatan kapalselam kita yang dibeli ratusan juta untuk jaga perairan negara?

Adakah rosak ?
kipas tertanggal ?
tidak boleh timbul ?
tenggelam di dasar laut?

atau, atau dan atau? ?????

Itu baru pencerobohan "tentera tanpa negara"  dan peralatan canggih. Belum lagi pencerobohan negara asing .

Sepatutnya Menteri ATM dan Menteri Polis dah letak jawatan atau buat "harakiri" macam Jepun.

Menteri kita jenis spesis Cap Ayam ! Tiada maruah dan harga diri.

Mengapa tidak bandingkan dengan Korea dan Jepun?



Setiap kali menjelang pilihanraya di Malaysia, rakyat akan dimomokkan(dihantukan) dengan huru hara dan kekacauan jika bertukar kerajaan.

Inilah dakyah dan propaganda yang dibuat oleh UMNO dan BN. Mereka akan hidupkan kembali 13 May, zaman Jepun, zaman darurat, ancaman komunis, ancaman penjajahan.

Juga tidak ketinggalan membandingkan dengan negara luar. Kali ini Palestin menjadi contoh. Disebutkan bagaimana nasib rakyat Palestin berbanding rakyat Malaysia. Dibawanya isu perpaduan Melayu untuk dikempenkan agar nasib rakyat tidak menjadi seperti Palestin.

Peliknya, setelah merdeka hampir 60 tahun seolah-olah pemikiran rakyat ditakut lama. Seolah-olah pemikiran rakyat seperti rakyat Korea Utara atau Cuba. Cara pemikiran kita diperbodohkan oleh UMNO dan BN. Macamlah pemikiran rakyat seperti dibawah tempurung dan jumud dan tertutup macam rakyat China zaman Mao Tze Dong.

Benarlah telahan TG Nik Aziz tentang pemikiran UMNO yang melayan rakyat umpama haiwan. Hulur umpan, agar mengena jerat itu.

Cara UMNO melayan rakyat macamlah rakyat Malaysia tidak bersekolah, masih berkaki ayam, masih bercawat, masih tinggal di pondok buruk yang tiada TV, radio dan broadband!

Bezanya kita dengan Korea dan Jepun. Disana silih berganti kerajaan. Tetapi tiada pula berlaku huru hara dan kemunduran.Bahkan bertambah maju. Segalanya bertambah maju samada pembangunan, ekonomi dan sukan. Lihat dalam hal bolasepak. Jepun dan Korea menjadi gergasi bolasepak Asia.

Mengapa jadi begitu?

Kerana Menterinya tidak kira PM atau menteri kabinet akan letak jawatan atau bunuh diri (harakiri)jika lakukan rasuah dan salahlaku moral.Mereka tidak tunggu rakyat "bising-bising" dalam akhbar.

Menteri mereka berjiwa besar, berintergriti, bermaruah dan ada harga diri.

Berbanding dengan kita. Jika ada menteri berkhalwat,meraba, rasuah, bunuh, mereka buat selamba je. Bahkan dinaikkkan pangkat menjadi duta, menteri, pengerusi GLC bahkan PM !

Tiada perasaankah kita sebagai rakyat yang dilayan dan dibuli  UMNO bagai makhluk yang tidak berakal?




Bagaimana kesudahan Putera Tun Razak?



 Pulangnya P.Balasubramanian ke tanahair menambah lagi kerancakkan "perang" terhadap PMNajib.

Rasanya kepulangan Bala serta serangan Deepak terhadap PMNajib bukan sekadar kerana pilihanraya hampir. Bukan sekadar itu.

Semuanya berkaitan. Antaranya, titah Raja Muda Perak, ke sana kemari mantan IGP Musa, ucapan Mahathir dan juga ucapan Muhyiddin.

Jelas dan pastinya, PMNajib berada dalam keadaan "diserang" segenap penjuru !

Sebab itulah, PMNajib di Seremban mengungkapkan kata-kata "hikmatnya", "Saya tunggu hingga letih untuk buat PRU 13...".

Apakah PMNajib letak jawatan sebelum PRU 13? Adakah Muhyiddin sedang berpakat dengan Mahathir untuk desak PMNajib letak jawatan sepertimana nasib Pak Lah dahulu ?

PMNajib hadapi PR, team Muhyiddin-Mahathir , mahasiswa dan rakyat marhein.

Banyak kebarangkaian nasib PMNajib. Antaranya:
i) Tidak adakan PRU dengan mencipta MAGERAN.
ii) Letak jawatan setelah didesak Muhyiddin dan Mahathir.
iii) Diguling secara halus oleh Muhyiddin-Mahathir.
iv) Kalah teruk dalam PRU 13 dan letak jawatan  macam Pak Lah.
v) Diguling oleh "kuasa ketiga" UMNO . Siapa ?
vi) Kemas pakaian dan bungkus barang lari ke luar negara macam Presiden Tunisia dan isterinya.





Tuesday, February 19, 2013

Sultan pun takut mahu cemar duli....!



Hebat Ganu Kite ! Bina dan Runtuh !

Zaman MB Deris Jusoh adalah zaman membina manakala Zaman MB Mat Said pula zaman keruntuhan !

Stadium, masjid, pasar, sekolah dan astaka semuanya pesat dibina zaman Deris Jusoh. Kini giliran runtuh pula berlaku di zaman Mat Said.

Kini tiba pula giliran Fasa Kedua Keruntuhan berlaku. Bermula keruntuhan Stadium Sultan Mizan. Selepas ini, giliran bangunan mana pula ?

Yang pasti Zoo Mat Said tiada berlaku keruntuhan.Cuma dibimbangi, warga haiwan di sana mati keracunan atau terlepas.

Elok juga stadium yang runtuh itu dijadikan Memorial Simbol Rasuah UMNO atau cawangan Zoo Mat Said !

Alangkah cantiknya jika begini dan begitu....


Selepas peristiwa Memali dan Sauk, tiba-tiba negara dikejutkan dengan peristiwa Lahad Datu (LD).

Bezanya LD melibatkan warga asing dan mempunyai mesej sejarah lampau. Berbanding dengan Memali yang melibatkan ahli PAS dan akta ISA dan Sauk yang melibatkan satu kumpulan "persilatan".

Di sini kita boleh membuat perbandingan cara dan rentak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri(KDN) menangani isu tersebut.

Pertama dengan Memali. Berlaku di zaman Mahathir. Melibatkan orang kampung dan seorang guru mantan pegawai agama Jabatan Perdana Menteri. Cara kerajaan menangani krisis tersebut amatlah kejam dan tidak munasabah. Lebih kepada politik kepartian.

Tahun 1985 adalah tahun-tahun kebangkitan Gerakan Islam. Ini menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada UMNO selaku parti pemerintah ketika itu. Teruknya kerajaan terutama KDN menangani krisis tersebut hanya sekadar menyahut seruan pewakilan UMNO Baling dalam Perhimpunan Agong UMNO.

KD menghantar pasukan polis termasuk Komando 69 dan Senoi Praaq untuk menyerang orang kampung yang mengakibatkan 14 terbunuh.

Seterusnya isu Sauk. Krisis ini menimbulkan pertanyaan dan kontroversi. Ianya berlaku dua tahun selepas krisis Mahathir-Anwar.

Ada spekulasi mengatakan krisi Sauk hanyalah "lakonan" UMNO untuk mengenakan PAS. Seolah-olah PAS menganjurkan keganasan dan untuk mengguling kerajaan seperti tohmahan Memali.

Peristiwa Sauk dianggap PAS sebagai tidak logik dan melucukan. Hinggakan ada pimpinan PAS mahu ianya dilakonkan kembali dan diambil masa detik lakonan bermula hingga semua senjata dipunggah ke dalam Jip Pajero.

Kali ini KD berdepan dengan krisis Lahad Datu(LD). Jika Memali dan Sauk membabitkan rakyat tempatan, kini Lahad Datu membabitkan warga asing dan lebih merumitkan ianya berkaitan sejarah lampau.

Beberapa persoalan timbul berkaitan isu LD. Antaranya :

a) Begitu mudah 100 orang warga asing menceroboh negara kita. Bahkan ada bersenjata. Walaupun lokasi pencerobohan 130km dari LD, ianya suatu perkara serius tentang kedaulatan negara.

b) Antara motif pencerobohan mereka adalah isu hak milik tanah Kesultanan Sulu.Begitu mudah sesebuah kumpulan datang ke negara kita dan mendakwa hak milik mereka. Bahkan tidak mahu berganjak.

c) Ingin berjumpa personaliti tertentu. Siapa individu tersebut yang begitu berkuasa besar ? Adakah individu tersebut berjanji untuk berikan IC dan tanah dengan syarat sokong BN ?

d) Sikap Kerajaan Filipina terhadap isu ini. Setakat ini ada percanggahan kenyataan antara Manila dan Putrajaya. Mesti salah satu betul dan bohong. Siapa betul dan siapa bohong?
Adakah tuntutan Filipina terhadap Sabah masih belum gugur? Dan Filipina sedang menguji kita melalui penghantaran "Tentera Sulu" ?

Apapun, sikap KDN terhadap LD berbanding Memali amat berbeza. Barangkali KDN sudah serik dan ingin "bertaubat" akibat dosa di Memali.

KDN sudah belajar ilmu diplomasi . Ilmunya sudah dipraktikalkan dalam HKR 112 KL Alangkah bagusnya jika ianya diamalkan sejak dahulu lagi. Tiada darah mengalir di Memali.

Yang pasti jika tiada campurtangan politik UMNO terhadap KDN terutama PDRM, tiada pertumpahan darah berlaku atas bumi Malaysia.


Saturday, February 16, 2013

AWAS : Apa nie....!!



Rakyat perlu memandang serius terhadap beberapa kenyataan dan peristiwa membabitkan pimpinan UMNO menjelang PRU 13 ini.

Bermula kata-kata Dr Mahathir, Najib, Zahid dan Muhyiddin tentang menang,kalah dan huru hara. Tidak ketinggalan dengan kenyataan Pengerusi SPR tentang protes dan perarakan selepas PRU 13. Dan mantan IGP Musa ke sana ke mari seperti merancang sesuatu.

Pimpinan UMNO seiya sekata dalam memperkatakan tentang huru hara menjelang PRU dan selepasnya.

Petanda awal ialah tentang dakwaan ancaman nyawa terhadap penyanyi Korea. Bagi menutup malu PMNajib dalam Perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, maka dibuat alasan keselamatan tentang majlis tersebut.

Alangkah "kartun"nya alasan yang diberi demi menutup malu besar yang menimpa PMNajib !

Berbalik kepada "wirid dan ratib" pimpinan UMNO tentang huru hara bakal menimpa samada dalam kempen PRU atau jika PR tawan Putrajaya.

Suasana dan provokasi pimpinan UMNO ini seperti PRU 1969 yang menyebabkan terjadinya Mei 13.

Sekali imbas Mei 13 terjadi akibat sentimen komunis dan perkauman, tetapi faktor terbesar ialah "rampasan kuasa secara halus" oleh ayah PMNajib dari Tunku Abdul Rahman.

Pada masa itu, UMNO  meniupkan sentiman perkauman, anti Cina manakala puak MCA pula meniupkan sentimen anti Melayu. Melayu -Cina bergaduh, UMNO kekal sebagai pemerintah.

Nampaknya peristiwa ini seakan bakal berulang kembali. Dan "modal" mereka lebih besar lagi. Antaranya :
i) Isu Kalimah Allah.
ii) Bible versi Melayu.
iii) DAP bakal jadi PM.
iv) PR diresapi anasir luar.
v) Mei 13.
vi) Negara Kristian.

Isu di atas "digaul- gaul" setiap hari. Apabila telah "sebati", barulah di"bakar" sehingga terjadinya MAGERAN. Apabila MAGERAN, tiada PRU dan tiada peralihan kuasa seterusnya UMNO kekal sebagai pemerintah.

Cuma bezanya barangkali, PM sahaja bertukar. PMNajib akan didesak oleh Mahathir untuk berundur untuk diangkat Muhyiddin menjadi PM. Sama seperti Tunku Abdul Rahman didesak letak jawatan untuk diganti oleh ayah PMNajib.

Tiada diketahui berapa peratuskah skrip ini telah dilakonkan dan berapa peratuskah lagi baki penggambaran ini akan siap?

Berjayakah skrip ini dilunaskan oleh UMNO untuk "santapan lazat" rakyat Malaysia ?

Mereka merancang dan Allah juga merancang. Hanya perancangan Allah Taala yang terbaik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...