ARTIKEL BOMBASTIK
-
Ahli panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin begitu ghairah mengaitkan binatang-binatang dalam aksi biadapnya menghalang seorang mah...
-
Syarikat itu menjelaskan, sebelum dilantik menjadi Pengarah dalam Petron Corp, Mirzan Tun Mahathir adalah Pengarah San Miguel Corp dalam...
-
Mungkinkah acara syirik berlaku lagi di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan Jumaat ini ? Jika dulu Pak Lah dengan megahnya melanggar Fatwa Muf...
-
Sekonyong-konyong Ketua Menteri Melaka Idris Haron mengikut jejak langkah mantan KM Ali Rustam membuat tindakan yang primitif dan mundur...
-
Babi hutan adalah sejenis spesis yang suka menyondol apa sahaja dihadapannya. Matlamatnya satu. Iaitu untuk dapatkan bahan makanan untuk di...
Monday, February 25, 2013
Jual rerompah atau Perah susu unta?
Ketika Arab Spring berada di paras kemuncak panasnya di Medan Tahrir, sekonyong-konyong sebilangan ulamak-ulamak Al Azhar dibawah pimpinan Mufti Besarnya mengeluarkan fatwa tentang "haram"nya berdemostrasi di Medan Tahrir dan dimana sahaja bumi Mesir. Bahkan "haram" menentang "ulul amri" Hosni Mubarak.
Kini, segalanya telah berubah. Mesir tiada lagi berketuakan Hosni Mubarak. Mubarak kini tinggal di lokap. Sesekali semput dan jatuh di tandas. Ramai barua-barua Mubarak tunggu masa untuk disumbat dalam penjara akibat kejahatan,rasuah dan kezaliman semasa zaman tuannya Mubarak.
Yang sedang berdemo di jalanan sekadar "budak-budak PERKASA" Mesir sahaja.
Semua orang kenal mantan SB yang kini jadi Mufti Perak. Sehari dua ini, "fatwa"nya menjadi bombastik dan sensasi. Barangkali inilah kemuncak "kejayaan" kerjayanya sebagai mufti.
Menuduh PAS lebih teruk dari kafir adalah satu tuduhan yang berat. Jika Chua Soi Lek atau Sammy Vellu cakap begitu, tidaklah ralat sangat kerana mereka memangpun kafir.
Inikan seorang mufti yang sudah tentu tempat rujukan dan ilmu banyak.
Sepatutnya Mufti Perak belajarlah dari kisah ulamak-ulamak Mesir yang begitu taksub dengan "UMNO Mesir". Memuja memuji Mubarak. Di mana mereka sekarang ? Masihkan mengajar di Al Azhar?
Atau tukar kerjaya jadi tukang perah susu unta di Gurun Sahara?
Adakah Mufti Perak mahu ikut jejak mereka? Jika unta susah sangat mahu di cari di Malaysia, elok jadi pembuat terompah kayu. Satu kerjaya yang amat elok mahu alim ulamak yang suka sangat mengampu pemerintah seperti UMNO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
Sο ωhat can this all imply?
My ωеb page; flex belt coupon
My webpage - The Flex Belt Reviews
Post a Comment