ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, October 16, 2016

Aduhai insan bernama Mahathir







Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengganu di cungkil balik kerana UMNO telah tewas.Penyokong UMNO mahu PAS bina semula jalanraya gunakan duit PAS.

Itu antara taraf pemikiran pimpinan UMNo yang berjangkit hingga ke penyokongnya.Begitu juga ada suara UMNO menggesa penyokong PAS yang bekerja dalam kerajaan letak jawatan.

Itu belum lagi penyokong PAS yang ditukar ke Sabah ,Sarawak,Gua Musang,Ulu Tembeling kerana menyokong PAS.

Dr Mahathir ketika itu menjadi PM.Barangkali beliau tidak ambil "cakna" tentang perkara itu.Sebab berada di puncak pemerintahan.Beliau mungkin senyum puas atas "kehebatan" aksi dan pemikiran orang UMNO.

Setelah UMNO tumbang di Terengganu 1999,royalti petrolium Terengganu ditamatkan dan ditukarkan kepada "wang ehsan".Pelbagai dolak dalih Mahathir untuk menghalalkan perbuatan yang tidak bermaruah itu.

Kini setelah Dr Mahathir bergelar pembangkang,barulah beliau rasai "nikmat" yang pernah dikecapi oleh penyokong PAS ketika beliau jadi PM selama 22 tahun dulu.

Bermula anaknya Mukhriz dibuang dari MB Kedah,seterusnya Mokhzani tidak lagi jadi bos Litar Sepang.Terus berjangkit kepada Proton dan terkini Menteri UMNO berkata,"Kita boleh robohkan legasi Dr Mahathir..."

Begitu bencinya UMNO kepada Dr Mahathir.Sama seperti bencinya UMNO era Mahathir kepada PAS Terengganu hingga sanggup rampas royalti rakyat Terengganu.

Sekarang, bila Dr Mahathir beri "formula" untuk ambil balik hak rakyat Terengganu dan Kelantan,semua orang senyum sinis sambil berfikir sendiri,"Biar betul Doc....anda masih waras...?" 

Sekarang kisah Dr Mahathir jadi semacam kisah pengembala biri-biri yang suka berbohong.Dulu PAS menjerit sampai "putus urat tekak" tentang kejahatan dan pembohongan UMNO,tiada ramai orang percaya.

Kini bila Dr Mahathir jerit tentang  PMNajib curi duit(walaupun mungkin betul) siapa mahu percaya ? Sebabnya Dr Mahathir ada rekod BMF,Perwaja,Memali,AP Rafidah,royalti Terengganu,zalimi Anwar dan 1001 kes selama berkuasa 22 tahun.

Hanya satu cara Dr Mahathir mahu rakyat percaya cakapnya iaitu masuk PAS bukan sekadar  berceramah atas pentas PAS.Masuk PAS dan kembali ke pangkal jalan.Jadi pendokong perjuangan Islam.

Umar yang terkenal dengan anti Islam boleh jadi pahlawan di zaman Rasulullah.Mahathir sudah Islam.Cumanya perlu betulkan otak pemikirannya.


Sunday, September 4, 2016

Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan !




Isu patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah
 

Barangkali rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timbalan Mufti Kedah merasakan ianya merujuk kepada Lang Merah Langkawi.Beliau menyimpulkan 2 perkara tentang Lang Merah :
1) Patung Lang Merah dibina dahulu tidak merujuk kepada Jabatan Agama(Jabatan Mufti tidur ke?)Sudah puluhan tahun dibina.Jabatan Mufti tidur ke?
2) Jika mahu roboh perlu kepada runding dahulu.(Kerajaan Negeri,Mufti tiada kuasa? ) Sesuatu yang jelas haram perlu rundingan.

Jika kita lihat isunya,sebenarnya semuanya untuk Dr Mahathir.Apabila Mahathir keluar UMNO dan menentang UMNO,maka perlu cari kesalahan dan kejahatan Mahathir.

Sebelum ini isu tandatangan untuk masuk Kem Kemunting jadi isunya.Mahathir didakwa sebagai penentu berjaya atau tidaknya untuk masuk Universiti ISA Kemunting.

Kini timbul pula isu patung.Tentunya untuk Mahathir lagi.Kerana semasa patung itu dibina,Mahathir sebagai PM  tengah rancak mempromosikan Langkawi sebagai destinasi perlancongan.Antara projeknya membina patung berhala Lang Merah.Ketika itu semua orang termasuk Mufti "kenyang" makan dedak Mahathir.Tiada bantahan kerana kenyang makan dedak Mahathir.

Apabila Mahathir keluar UMNO,berbunyilah para segala mufti.

Inilah antara perkara yang menjatuhkan imej mufti.Digunakan orang politik untuk periuk nasi mereka.

Mengapa hingga kini patung di Tugu Negara belum dirobohkan lagi ?Adakah mufti kata ianya dibina tanpa rujuk kepada mufti?Perlu berunding.

Apa agama rasmi negara yang memerlukan perundingan untuk roboh patung berhala Lang Merah dan Tugu Negara?

Wahai mufti dan majlis fatwa seluruh negara,perjuangan kamu sekarang bersidang untuk seru kerajaan agar robohkan Lang Merah,patung Tunku Abd Rahman di Parlimen dan Tugu Negara dengan segera.Buatlah sekarang dalam keadaan kerajaan PMNajib lemah sekarang.


 

Monday, August 8, 2016

KEJAHATAN YANG MELUAS



Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut "kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90 juta dari PMNajib.

Istilah "kecurigaan meluas" ini lah yang dikira nilai berita oleh Sarawak Report. Mengapa SR tidak menyebut ""keyakinan yang diyakini" ?

Ini menunjukkan betapa nilai berita SR sekadar "sampah busuk yang lak dibakul sampahkan".

Anda melihat betapa berbeza reaksi dakwaan SR terhadap PMNajib tentang isu 1MDB. SR tetap dengan dakwaan tanpa berganjak bahkan PMNajib masih tidak menyamannya.

Tetapi bila PAS melalui Timbalan Presiden bersuara untuk menyaman SR,dengan pantas SR menjawab dengan istilah " kecurigaan meluas".

Apa maknanya? SR takut dengan tuduhan jahatnya itu.

Sarawak Report kini mengikut jejak Malaysiakini untuk bergabung memusuhi PAS.Melontar dan menyembunyikan diri.

Menghairankan dakwaan itu berlegar di sekitar pengundi Cina. Siapa punya kerja ? Semestinya kerja DAP dan baruanya PAN.Motifnya supaya pengundi Cina semakin membenci dengan PAS.

Tahniah kepada Mahfuz Omar yang tumpang semangkuk dengan SR,MalaysiaKini,DAP dan PAN.

Cuba anda nilai kenyataan Mahfuz dalam MalaysiaKini :

“Jika SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang tersebut saya percaya individu pimpinan PAS tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ia derma politik Najib kepada PAS atau untuk individu tersebut.”

Percayalah Mahfuz akan mati karier politiknya dalam keadaan terkangkang-kangkang di celah Pokok Sena !




Wednesday, August 3, 2016

Adakah Jho Low selicik Ayah Pin?






Ayah Pin tidak pernah dijumpai sejak kesesatannya di kesan Jabatan Agama Terengganu.Entah ke mana larinya.polis kita yang canggih alat pengesannya pun tidak dapat mengesannya.Adakah ilmunya macam David Copperfield? Allahu a'lam.Sejak tahun 2004zaman Deris Jusoh jadi MB Terengganu,ayah Pin terus diburu.

Cumanya Ayah Pin diketahui sebagai pengikut Barisan Nasional dan UMNO.

Tiba-tiba awal tahun 2016 berita kematiannya diketahui umum.Mati di bumi Malaysia dan dikebumikan dalam pengetahuan Jabatan Agama dan polis.

Jho Low tiadalah terkenal dengan ajaran sesatnya kerana sememangnya bukan Islam.Cumanya dia kuat joli guna duit orang ramai.Fotonya bersama PMNajib pun tersebar umum.
Adakah nasibnya seperti Ayah Pin? Ghaib sana ghaib sini.Lepas itu muncul berita kematiannya seperti Ayah Pin?



Sunday, July 17, 2016

Aku tahu kau kecewa,Oba...



AMERIKA YANG BERWAJAH DUA
"Aku tahu kau kecewa Oba..."kata Erdogan kepada Obama...

3 Julai 2013 Obama membisu seribu bahasa tentang rampasan kuasa tentera terhadap Kerajaan Demokrasi Presiden Mesir Morsi.
Hakikatnya Amerika gembira kerana Israel selamat.


15 Julai 2016 Obama segera keluarkan kenyataan menyokong kerajaan demokrasi Presiden Turki Erdogan apabila tentera gagal rampas kuasa.
Hakikatnya Amerika kecewa kerana bayangan semangat Al Fateh masih membara di Turki dan Israel dalam bahaya.

ANGKA 1000..artikel ke 1000

Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeriahkan taman blog Malaysia.Kebanyakkan hasil tulisan blog ini dieksport ke laman web http://www.tranungkite.net/v12/ yang hitnya spt di bawah :
Purata Hits
· Sejam
11,138
· Sehari
229,262
· Sebulan
6,981,018
· Setahun
83,772,213


Tuesday, July 12, 2016

Jika Kelantan jatuh....MKini mahu panggang apa?



Melihat kepada laporan berita MalaysiaKini akhir-akhir ini sejak PAS berpisah dari DAP dan PKR adalah semakin melampau anti Islamnya.

Ini baru disedari oleh Mufti Perlis.MAZA melalui penulisannya yang disiar oleh MKini,membidas dan mengecam sikap melampau MKini terhadap Islam.MAZA mula "mengamuk" terhadap akhbar "kesayangannya" yang selalu siar kenyataan MAZA apabila MKini menyiarkan artikel tentang "pembabitan" Dr Zakir Naik dengan pengemboman di Dhaka.

Umum tahu betapa MAZA begitu ditantang bagai minyak penuh atau anak emas oleh MKini terutama membabitkan kenyataan MAZA tentang hudud,PAS dan Ulamak.Walaupun barangkali MAZA berniat baik dengan kenyataannya,tetapi MKini yang mempunyai agenda anti Islamnya "memusingkan dan spin" untuk lagakan antara MAZA dengan pihak yang ditegurnya.

Anda boleh lihat betapa jahatnya MKini terhadap Islam,PAS dan Ulamak.Lihat tajuknya,:



"Pengganas dalam serangan Dhaka ikut Zakir Naik"


Tajuknya tentunya mempunyai niat jahat walaupun artikel di bawahnya memetik dari akhbar Bangladesh yang tentun mempunyai kefahaman yang sama dengan MKini.

Lihat kandungannya.Nama PMNajib,TPM Zahid dan Presiden PAS TGHH dikaitkan dengan layanan dan gelaran baik untuk Dr Zakir.Sedangkan kandungan sebelum itu dikaitkan Dr Zakir dengan penggganas.

Begitu licik MKini menanamkan kebencian terhadap Dr Zakir,pimpinan kerajaan dan TGHH.Seolah-olah Kerajaan Malaysia,Terengganu dan TGHH layan "penggganas" ke Malaysia dengan layanan permaidani merah.

Apabila MAZA dapat menghidu kejahatan MKini,dengan pantas MKini siar kenyataan MAZA yang mengecamnya .Akan tetapi diselitkan kenyataan editornya di bawah.Kononnya tiada niat jahat,bahkan staff MKini ada orang Islam,mualaf bahkan siar cerita mualaf masuk Islam.Sempat pula mohon maaf zahir batin sempena Idul Fitri.Semuanya untuk menutup amalan jelek mereka trhadap Islam.

Kejahatan MKini bukan setakat itu.Selang beberapa hari disiarkan kenyataan dari Timbalan Presiden PAS tentang laporan Sarawak Reports.

Tajuknya :  
PAS: Usah biar Sarawak Report terus perdaya rakyat.

Seolah-olah PAS menyokong PMNajib dalam isu 1MDB.Sedangkan kenyataan Tuan Ibrahim mahu kerajaan dedahkan laporan audit 1MDB kepada umum untuk rakyat bandingkan mana yang benar antara laporan Ketua Audit dengan Sarawak Reports.Biar rakyat nilai.

Itulah kerja jahat MKini yang tetap angkuh dengan polisi jahatnya.Jika kejatuhan Kerajaan PAS di Terengganu tahun 2004 diraikan dengan penuh gembira oleh puak MKini yang terdiri dari liberal,LGBT,sekular,SIS,sosialis, adakah kejatuhan kerajaan Kelantan(mohon Tuhan jauhi) nanti bakal diraikan oleh MKini dengan pesta togok arak dan panggang babi salai?Jangan lupa ajak puak DAP dan PAN raikan sekali .Jangan lupa jemput Husam Musa! Salai kambing Jamnapari untuk Husam.




Sunday, July 3, 2016

MATI TERKANGKANG DALAM LONGKANG....



Setiap kali ada isu baru,semua orang berpaling kepada PAS.Mahu dan teruja dengar ulasan dari mulut PAS sendiri terutama dari Presiden atau Timbalannya.Terbaru kes Lim Guan Eng.Masing-masing mahu ulasan dari PAS.Baik dari BN maupun PH.

Ulasan dari PAS akan menghasilkan "isu yang baru" pula.

Apabila Lim Guan Eng ditangkap atas kes pembelian rumah,tentunya pihak PH menduga PAS akan jawab seperti Khir Toyo jawab,"Padan Muka". Ini kerana kelibat Lim Guan Eng lah siang malam menyerang dan menghina Presiden PAS. Tentunya musuh akan mengutuk musuh yang berada dalam situasi kesusahan.

Seperti kes PMNajib,begitulah cara penyelesaian kes LGE.PAS mahu PMNajib dibawa ke mahkamah dan mahkamah akan menentukan samada bersalah atau tidak.Masalahnya,kes PMNajib ini tiada kelibat berani dakwa beliau.Maka ramailah kempunan untuk melihat PMNajib meniti tangga Istana Kehakiman.

Itu bukan salah PAS.

Begitu juga kes Lim Guan Eng.Bawa dan dakwa.Lihat hujah dan keputusan hakim.Tiadalah LGE bersalah selagi tiada bukti kesalahan.

Masalah minta cuti,itu masalah teknikal dan prinsip.Tiada sangkut paut dengan prinsip perjuangan PAS.Peliknya mengapa Khairudin Abu Hasan sekonyong-konyong babitkan PAS dengan isu ini.

Jika PMNajib tidak mahu letak jawatan,itu bukan salah PAS.Jika LGE mahu kekal jadi Ketua Menteri itu bukan salah PAS.Soal Dr Harun Din minta LGE bercuti itu pandangan peribadi.Mungkin dengan bercuti LGE boleh buktikan dirinya berprinsip.Itu sahaja.Sekadar cadangan dari Dr Harun Din.

Oleh kerana PAS amalkan politik matang dan sejahtera,semua pihak mahu PAS bersama menyokong di pihak mereka.Mereka ingat PAS jenis parti Cap Ayam ! Boleh jadi khadam mereka.

Apabila PAS amalkan polisi politik Matang dan Sejahtera,ramai pihak mula beralah,memujuk dan malu mata terhadap PAS.

Kepada UMNO,tentunya mereka pelik apabila dalam satu situasi PAS memuji UMNO kerana tolong bawa RUU 155 dalam Parlimen dan dalam hal lain,PAS menentang UMNO dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Manakala kepada DAP,kematangan PAS membuatkan DAP malu mata terhadap PAS.Apa tidaknya,apabila LGE di dakwa rasuah,PAS masih tidak percaya LGE rasuah sehingga terbukti rasuah.PAS tidak menyerang kepada pihak yang menyerangnya siang malam.

Cuma kepada PAN,hati semakin sakit dan jiwa semakin merana.Biasalah apabila terbina atas dasar khianat dan dendam ianya berlarutan.Penyakit jiwa.

Dulu Anwar selalu jadi mangsa atas kejadian berlaku.Anwar punya pasal lah.Kini sejak Anwar duduk dalam sel,PAS pula jadi "kambing hitam".

Najib tidak letak jawatan,PAS bersalah.
PAS masuk PRK,PAS bersalah.
LGE di dakwa,PAS berkomplot.
PAS bawa RUU 155,PAS ditipu.
RUU155 diluluskan,PAS berpakat.

Akhirnya pengkritik PAS akan mati terkangkang dn dalam longkang.Bukan macam LGE boleh mati berdiri.!





Friday, July 1, 2016

MANA KESUDAHANNYA ?



Nak kata kelakar,ianya bukan kelakar.Nak kata lawak,ianya bukan lawak bodoh.Tapi itulah kenyataan hari ini.
Masing-masing "keluar buah ghorib".Masing-masing keluar ayat mati hujah !

Apabila Tun Hasmah meluahkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa suaminya Tun Mahathir,maka pro PMNajib juga "matikan" ayatnya.

Tun Hasmah sedih dengan nasib Tun Mahathir yang dinafikan polis pengiring melarat kepada tarik balik keistimewaan Yayasan Perdana,Petronas dan terkini Proton.Semuanya "lubuk emas" Tun Mahathir untuk diri sendiri dan kroni.PMNajib tukar untuk habuan kroninya pula.

Team Najib mengimbau kembali dengan nasib Wan Azizah ketika Anwar Ibrahim dizalimi Tun Mahathir ketika era pemerintahannya diancam Anwar.

.Lebih mengejutkan team Najib merujuk juga kepada kezaliman Tun Mahathir ke atas penyokong PAS(baca : Lubuk Merbau,Memali dan ISA).Bahkan turut mengaitkan doa Arwah Ustaz Fadhil Nor ke atas Tun Mahathir moga panjang umur untuk lihat hasil "tarbiah" di ambang sore umur.

Biasalah bila orang zalim bergaduh,masing-masing ungkit semula nasib orang yang dizalimi.

Cumanya bila mantan Bos Utusan Ku Seman minta jangan kutuk,hina,ejek Tun Mahathir kerana Tun sudah tua dan tiada kuasa.Sebenarnya Ku Seman tidak memahami putaran roda.Ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah.Jika sudah berada di bawah,terimalah suratan dan nasibnya.Itu baru atas dunia.

Tiada diketahui nasibnya bila kita di bawah tanah(mati).Mohon agar kubur kita tidak diludahi oleh generasi akan datang.

Saturday, June 25, 2016

MAHATHIR...dulu menghina dan kini dihina




1. Saya ucap terima kasih kepada Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda, yang mengsyor supaya Kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada Yayasan Kepimpinan Perdana, termasuk penggajian kakitangan.

2. Memanglah menjadi hak Kerajaan mengguna kuasa yang diberi oleh rakyat dengan apa cara sekalipun. Ini saya terima. Rampaslah.

ULASAN :  Dulu Tun rampas royalti Terengganu atas syor UMNO Terengganu.Tun kerah PDRM serang Memali atas syor UMNO Baling.
3. Yang saya sedih ialah cadangan ini datang dari pemuda yang akan mewarisi negara dan kepimpinannya di masa hadapan. Sebelum pun mendapat kuasa, kebengisan dan corruption of power sudah ditunjuk.
ULASAN : Tun kena ingat,semasa Tun berkuasa 22 tahun segala aksi kezaliman Tun disaksikan oleh Pemuda UMNO yang diterajui PMNajib.
Apa yang sedihnya Tun? Tun yang mengkader dan tarbiah mereka.Kini tiba masanya mereka amalkan ilmu yang diturunkan oleh Tun.

4. Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap pemberi. Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya adalah rasuah.

ULASAN : Tun mudah lupa macam Melayu mudah lupa.Siapa Tun untuk bercakap bab rasuah?
Tanyalah Lingam.Tanyalah Eric Chia.Tanyalah Rafidah Aziz.Tanyalah Liong Sik dan penyelamatan syarikat kapal anaknya.Dan tanyalah Anwar Ibrahim mengapa beliau dihumban dalam penjara? 

5. Negara sekarang tahu apabila Khairul Azwan dengan konco-konconya mendapat kuasa (melalui rasuah) negara akan melihat suapan dan rampasan oleh Kerajaan sebagai cara mengekalkan kuasa.

6. Ini jelas kerana hari ini pemuda dan pewaris menyokong segala perbuatan Najib yang dunia pandang jijik, yang menjatuhkan maruah negara bangsa.

7. Tidaklah salah jika diramal bahawa ini juga akan dilakukan oleh mereka yang menyusul.

ULASAN : 
Tun kena sedar tindakan Khairul Azwan dan rakannya itu lahir hasil didikan tarbiah PMNajib dan PMNajib pula adalah hasil pemakanan dedak Tun.Tun ajar Najib kencing berdiri dan Najib ajar Khairul kencing berdiri.Apa yang peliknya Tun.

8. Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat.

ULASAN :
 Memanglah Tun tidak rasai walaupun sebesar zarah.Kerana hasil bahagi faraid Tun selama 22 tahun untuk kroni sudah memadai untuk 7 keturunan Tun,7 keturunan Ananda,7 keturunan Eric Chia ,7 keturunan Rafidah,7 keturunan Vicent Tan dan 7 keturunan Ling Siok Sik.

9. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan . Hanya saya sedih memikir masa depan negara tercinta ini.

ULASAN :
Tun,biarlah kita berterus terang.Sebenarnya tarikh Anwar (1998)diaibkan,itulah detik permulaan kemusnahan negara kita.

10. Apakah akan jadi kepadanya setelah budaya rasuah dipandang tinggi dan dipertahan oleh yang akan berkuasa dan memerintah.

ULASAN :
Alangkah bagusnya jika Tun bercakap begini semasa Tun jadi PM dulu.Sekarang apa yang Tun bercakap tentang rasuah,rakyat sekadar senyum sahaja.Biasalah standard percakapan bagi bekas pemimpin bila tiada kuasa.Bekas Presiden US Clinton,Jimmy Carter pun bercakap begini.

PESANAN AKHIR:
Tun,pergilah ke Mydin.Beli sejadah dan tasbih.Zikir dan doa.Ataupun Tun pergi ke Memali.Cari waris syuhada yang masih hidup.Minta maaf dan hulur bantuan. 

Monday, June 20, 2016

PASCA 2 PRK :Jurang perkauman semakin jauh..DAP bertanggungjawab.



PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah selesai.BN menang dengan pertambahan peratus undi 3-5%peratus sahaja walaupun majoriti bertambah besar.

Populariti PAS stabil dan tetap.Undi penyokong PAS yang terdiri Melayu Islam kekal.Ini menunjukkan kemelut PAS tahun lepas telah selesai dan berjaya diatasi.

Undi PAN yang diperolehi adalah hasil gabungan jentera DAP,PKR dan team Mahathir sendiri.Undi Cina terutama kawasan "stronghold" DAP terutama di Sekichan(Sg Besar) dan Jerlun(Kuala Kangsar) memihak kepada PAN hasil kerja kuat DAP.Bahkan ada kawasan yang tiada undi (0)buat PAS.

Apa yang perlu direnungi ialah apakah "hasutan dan dakyah" DAP kepada pengundi Cina hingga undi untuk PAS merundum teruk?

Antara yang di hasut oleh DAP adalah PAS telah bergabung dengan UMNO dan hukum hudud(RUU355).
Dua isu inilah yang menyebabkan pengundi Cina telan bulat-bulat untuk menolak PAS.

Isu bergabung dengan UMNO dimainkan secara rasis menunjukkan DAP anti Melayu manakala isu Hudud pula membuktikan DAP memang anti Islam.

Orang Melayu yang anggotai DAP adalah yang berfahaman sekular dan liberal.Mereka tiada roh kefahaman Islam yang syumul.

Agaknya begitu seronok Lim Kit Siang dan DAPnya berjaya memecahkan undi Islam dengan tertubuhnya PAN.
DAP punyai serampang dua mata dalam politik Malaysia.

Pertama,.berjuang secara rasis seperti UMNO.UMNO berjuang untuk Melayu Sekular Liberal Kapitalis manakala DAP untuk Cina Kapitalis.

Kedua, berjuang menentang Islam.Sepatutnya hal ehwal Islam seperti RUU355 yang bukan hudud tidak ditentang sedangkan ianya hanya untuk orang Islam.Mengapa DAP begitu beriya-iya anti RUU 355?
Tentunya DAP di belakangnya banyak agenda.Antaranya Kristianisasi ,Kapitalisme dan Liberalisme.
Kristianisasi kerana pimpinan atasannya ramai Kristian.
Kapitalisme kerana taukeh-taukeh judi,arak,pelacur,disko mendanai DAP.
Liberalisme kerana ahlinya yang Melayu menganut ajaran tersebut.

Isu RM2.6 bilion sekadar untuk mengaburi agenda dan matlamat mereka.Sebab itulah kita nampat perbezaan antara PAS dan DAP menangani isu RM2.6bilion.

DAP sanggup bergabung dengan Mahathir yang terus terang masih anggap dasar UMNO sebagai betul.Cuma PMNajib tidak betul.Ini bermakna DAP setuju dengan dasar UMNO yang Liberalisme,Kapitalis dan Sekular. Asalkan bukan PAS.

PAS pula anggap PMNajib bukanlah fokus perubahan tetapi dasar yang didukungi UMNO perlu di tukar kepada Islam.Inilah yang digeruni DAP.

Thursday, June 16, 2016

RM12 juta...di mana kau?







Isu wang RM12 juta menjadi panas dengan kenyataan bercanggah.TPM Zahid menafikan ianya wang tebusan untuk lanun Abu Sayyaf tetapi diberikan kepada NGO Islam Filipina.Yang menariknya  Zahid menyatakan NGO itu tiada kaitan dengan pengganus dan lanun Abu Sayaf.

Apa kaitan RM12 juta dengan NGO Islam Filipina itu?Adakah keluarga tebusan "berniat nazar" seandainya tebusan bebas,maka diniat dan nazarkan RM12juta untuk NGO itu? Begitukah ceritanya Zahid?

Lihat kronologi penculikkan.
- Empat rakyat Sarawak diculik.
- Lanun Abu Sayaf mahu wang tebusan RM30 juta.
- Tawar menawar berlaku.
- Keluarga jual tanah,aset,minta sumbangan dari semua pihak.Dapat RM12juta.
-Serah Rm12juta kepada SB Sandakan.
- Tebusan dibebaskan.
-IGP Khalid keluar kenyataan tiada wang tebusan untuk lanun Abu Sayaf.
-TPM Zahid keluar kenyataan tiada wang tebusan untuk lanun Abu Sayaf tetapi RM12 juta diberikan kepada NGO Islam Filipina.
- Keluarga tebusan keluar kenyataan bahawa RM12 juta telah diserahkan kepada SB Sandakan.

Persoalannya:
1) Adakah benar RM 12juta itu di berikan kepada lanun?
2) Zahid dan IGP Khalid buat kenyataan sekadar satu muslihat agar ianya tidak menjadi satu "budaya" bayar tebusan jika berlaku penculikkan.
3) Adakah berlaku pembagian "komisen" RM12juta kepada pihak yang berunding dengan lanun itu ?
4) Adakah RM12juta itu untuk Nur Misuari yang bantu rundingan dengan Lanun Abu Sayaf?
5) Adakah lanun Abu Sayaf langsung tidak dapat sesen habukpun duit Rm12 juta?

Apapun keluarga tebusan telah bayar RM12juta,tetapi tidak diketahui ke mana duit itu pergi.

Zahid dan IGPKhalid perlu cari resit bukti pembayaran RM12 juta kepada NGO.Ini perlu kerana sejak RM2.6 bilion masuk kedalam akaun PMNajib,ramai rakyat Malaysia impikan ingin mengikut jejak Najib menjadi manusia bertuah!


Sunday, June 12, 2016

DEDAK : Made In Mahathir



DEDAK ...Made in Mahathir
Malang nasibmu dedak......
Sekonyong-konyong tenaga ambang sore Mahathir
tabur dedak
dapat jerat semua mangsa
Keris Telanjang,Roket,Imayam,Mata Satu dan segala mak nenek
malangnya satu belum dapat...belum mengena
Bulan Penuh cerdik
kenal dedak siapa empunya...siapa tabur
Dedak Made in Mahathir penuh racun dan tipudaya
Elok Mahathir sendiri meratahnya untuk rasai kelazatannya !

Saturday, June 11, 2016

POLITIK MALAYSIA MUTAKHIR



PAS
Telah lalui proses penapisan dan saringan.Setelah 12 bulan berlalu selepas Muktamar di Selangor,kini PAS boleh tenang mengharungi lautan politik Malaysia.Suasana Muktamar di Kota Bahru yang lepas membuktikan ketenangan dan kedamaian PAS.

UMNO 
Sejak Mahyuddin di tendang dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan Dr Mahathir keluar dari UMNO,parti itu semakin parah.Perpecahan Team A dan Team B berulang kembali setelah 30 tahun.Yang menariknya dulu Mahathir di pihak Team A kini beliau di pihak Team B pula.

Cumanya Mahathir tidak seberani Ku Li yang menubuhkan parti baru Semangat 46.Mahathir cerdik dan licik tetapi penakut.Beliau takut kepada bayang-bayangnya sendiri.Takut kepada kejatuhan UMNO yang akan menyebabkannya dihumban ke Penjara Kajang! Juga takut pengaruh Anwarjika keluar dari Penjara Kajang.

Mahathir berjaya  menagih simpati dari wartawan veteran Kadir Jasin,blogger Shahbudin,Lim Kit Siang dan pimpinan DAP,PAN dan segelintir pimpinan PKR.

Bagaimanapun kelicikkan Mahathir masih diragui semua orang.Siapa tipu siapa?

PKR
Akibat Deklarasi Rakyat,pepecahan pimpinan PKR semakin teruk.Team Azmin menyokongnya manakala Team Azizah menentangnya.Rafizi ambil jalan selamat.

Azmin pening sebab PAS tidak bersama dalam Deklarasi ciptaan/jerat/umpan Mahathir itu.Sepatutnya jalan politik Azmin sentiasa ikut arah pandu PAS kerana PAS mengangkat namanya ke Istana untuk jadi MB.Malangnya Azmin seolah mahu ikut jejak Ezam ! Wallahua'lam.

DAP 
Sejak putus hubungan dengan PAS,parti adik beradik PAP ini semakin tajam semangat anti Islam,rasis dan liberalnya.Sama seperti sekular UMNO,lagak sombong DAP semakin menampakkan wajahnya.
Sejak pimpinan aliran Kristian menguasai DAP daripada aliran Buddha,DAP semakin lantang kurang ajar dengan Islam.Dengan menggunakan PAN,parti itu menjadikan PAN sebagai perisai semasa menyerang Islam.

Yang pasti,sejak putusnya hubungan dengan PAS,sokongan Melayu Islam kepada DAP semakin merosot.Barangkali Mat Sabu bakal menjadi ahli Melayu yang terakhir masuk DAP.






SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Saturday, March 26, 2016

ALANGKAHNYA BERBEZANYA KITA DENGAN MEREKA




ALANGKAHNYA BERBEZANYA KITA DENGAN MEREKA

Seorang wanita Korea dengan sengaja "membuang duit kertasnya sejumlah RM85,000 di jalan raya.Niatnya untuk "sedekah" .Malangnya tiada siapapun yang lalu lalang mengambilnya.Terpaksa anggota polis datang untuk memungut balik dan serah kepada wanita itu.
Bayangkan jika berlaku di Malaysia.
Di Malaysia jika lori bawa minyak masak kemalangan,warganya berebut-rebut untuk mengambilnya tanpa mengira hukum hakam.Itu belum lagi duit bersepah macam di Korea itu.
Cumanya satu sahaja yang warga Malaysia tidak berebut-rebut jika lori kemalangan.Iaitu jika lori bawa babi terbalik,masing-masing cepat-cepat mengelak.Jijik dengan babi.Tetapi tidak jijik dengan mencuri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...