ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, June 7, 2015

PASCA MUKTAMAR : Masih adakah hari buat mereka? Siri 2



Dulu lain sekarang lain.Selepas Dato Asri letak jawatan Yang Dipertua PAS(Presiden) dalam Muktamar ke 28 tahun 1982,beliau bersama Geng 13 menubuhkan parti baru HAMIM.Puncanya beliau tidak setuju dengan cara pembawaan anak-anak muda (Dewan Pemuda) ke arah kepimpinan Ulamak.Bagi beliau ianya ke arah radikal macam Iran.

PAS banyak kali mengadakan pemilihan selepas itu.Tetapi setakat jawatan Timbalan Presiden dan Naibnya sahaja.Jawatan Presiden tidak "disentuh" atas alasan menghormati Ulamak.Bermula era arwah Haji Yusof Rawa,arwah Ustaz Fadhil Nor hinggalah TGHaji Hadi Awang.

Era TGHaji Hadi sedikit perubahan. Perubahan pemikiran.Perubahan di era Ustaz Fadhil sudah dikesan.Cumanya kerana "sibuk" dengan reformasi dan kemenangan PRU 1999,ianya diketepikan dahulu.

Generasi Didikan Ustaz Harun Taib(GDUHT) telah mengesan perubahan pemikiran dalam PAS.Ini ekoran kemasukan berduyun-duyun dan berbondong-bondong pelbagai lapisan masyarakat ke dalam PAS.Kalau setakat orang "awam maupun atas pagar" ianya tidak menjadi masalah.Tetapi jika membawa pemikiran "Jemaah dalam Jemaah" atau sebagai "ejen Anwar" adalah sesuatu yang bahaya kepada PAS.Inilah yang dibimbangi GDUHT dan ianya menjadi kenyataan.Lebih parah selepas Isu Langkah Kajang dan Hudud(EJSK).

Di sini,bermulanya pepecahan yang memuncak.Menzahirkan kebimbangan arwah Ustaz Harun Taib sejak era reformasi.Isu Kajang menzahirkan ketaatan kepada "pimpinan luar".Ianya dikaitkan dengan Anwar dan IKRAM.Manakala isu Hudud dikaitkan dengan boneka DAP. 

ADUN Hulu Kelang,pengasas JIM yang kini bertukar menjadi IKRAM mengambil "langkah kiri" semasa Langkah Kajang manakala pejuang marhein Muhammad Sabu dianggap telah "terhutang budi" dengan Lim Guang Eng.

Hati dan perasaan GDUHT bertambah panas dengan mereka apabila hadir dalam program PasMA dan "melondeh"kan Presiden mereka sendiri.

Akhirnya Muktamar ke 61 "menendang keluar" dan di tunjuk jalan keluar kesemua mereka.

Mat Sabu sedih kerana "disimbah asid".Berparut kesan simbahan "asid" itu.Dr Hatta mahu pembelaan atas kes "whatshap berpuaka". Peguam Hanipa Maidin menangis atas pentas di hari akhir Muktamar.Barangkali ucapan "amanat terakhir" mereka di pentas PAS ?

Walaupun ada pujukan(pujuk-pujuk ayam?) untuk bersama pimpinan,tetapi melihat "peperangan" itu ianya amat terkesan di hati.Masakan sampai hati Mat Sabu mengatakan umpama disimbah asid.Jika disimbah air,boleh lap dan kering tetapi disimbah asid meranalah seumur hidup meninggalkan parut.

Zaman telah berubah.Yang pasti kepada yang tidak taat dan ada wala' kepada luar PAS mestilah meninggalkan PAS atau "taubat" kembali untuk taat kepada kepimpinan parti.

Presiden dan barisan ulamak tidak maksum.Tetapi ada cara dan adab untuk mengkritik.Mulai hari ini PAS mesti bersedia dengan "kesan risiko" pemilihan tempohari.Kesannya boleh dilihat jika ada PRK baru.PRK umpama " test market" dan  penghakiman rakyat terhadap PAS.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...