ARTIKEL BOMBASTIK
-
Ahli panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin begitu ghairah mengaitkan binatang-binatang dalam aksi biadapnya menghalang seorang mah...
-
Syarikat itu menjelaskan, sebelum dilantik menjadi Pengarah dalam Petron Corp, Mirzan Tun Mahathir adalah Pengarah San Miguel Corp dalam...
-
Mungkinkah acara syirik berlaku lagi di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan Jumaat ini ? Jika dulu Pak Lah dengan megahnya melanggar Fatwa Muf...
-
Sekonyong-konyong Ketua Menteri Melaka Idris Haron mengikut jejak langkah mantan KM Ali Rustam membuat tindakan yang primitif dan mundur...
-
Babi hutan adalah sejenis spesis yang suka menyondol apa sahaja dihadapannya. Matlamatnya satu. Iaitu untuk dapatkan bahan makanan untuk di...
Sunday, June 7, 2015
PASCA MUKTAMAR : KE ARAH MANA ? Siri 1
Muktamar PAS ke 61 berlabuh tirai.Warna warni kempen dan perang saraf telah selesai.Para pemilihan telah membuat keputusan.Walaubagaimanapun,kemuncak ucapan penggulungan tiada seri dan warna keriangan.
Tidak seperti Muktamar 1982,dimana pimpinan PAS di bawah Dato Asri Muda(arwah) ditukar daripada era nasionalis kepada era pimpinan Ulamak melalui surat perletakkan jawatan Dato Asri. Tetapi Muktamar 2015 ini suasananya berbeza dengan kekalahan team "Anwarinas" dalam pemilihan pucuk pimpinan. Hampir 100% Anwarinas dipukul TKO oleh GDUHT.
Team ""Anwarinas" ini sudah lama diperhati oleh Generasi Didikan Ustaz Harun Taib(GDUHT) .Sebenarnya kemasukan golongan pro Anwar ke dalam PAS era Reformasi 1998 tidaklah begitu "dicemburui dan digerami" secara rambang oleh GDUHT. Tetapi saat kemuncak amarah yang maksima bermula dengan isu Langkah Kajang seterusnya penghinaan DAP terhadap Presiden PAS.
Saat itu GDUHT bangkit mempertahankan Presiden seterusnya menghumban keluar team Anwarinas dari PAS.
Anwarinas adalah terdiri pengikut Anwar dari UMNO seperti Kamarudin Jaafar,IRC,JIM,
ABIM,IKRAM,PSRM.
Walaubagaimanapun ada segelintir yang taat dan mematuhi pimpinan Presiden.Ada juga yang menjadi mangsa keadaan(terpengaruh) seperti Muhammad Sabu,Mahfuz Omar,Salahuddin Ayubi,Khalid Samad.Mereka ini adalah veteran PAS sejak bermulanya era pimpinan Ulama menerajui PAS 1982.
Melihat kepada ucapan beberapa pimpinan yang kalah,beberapa andaian/kemungkinan akan berlaku kepada yang kalah:
a) Mereka bersara dari aktif dalam PAS tetapi akan bergiat aktif dalam NGO seperti Suhaizan Kayat dan Mazlan Aliman.
b) Mereka akan masuk DAP seperti Muhammad Sabu (pelawaan Lim Guan Eng ?)
c) Mereka akan masuk Parti Keadilan Rakyat seperti Kamaruddin Jaafar.
d) Mereka akan tubuhkan partai baru ( PASMA ?) seperti Ustaz Awang,Dr Mujahid Yusof,Dr Zulkifli Ahmad,Khalid Samad,Hanipa Maidin,Husam Musa, Dr Hatta Ramli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment