ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dulu, bersama Najib di Mekah..... katanya,...... sebagai juruterjemah dan diajak berbincang tentang perpaduan ummah sedunia. Kini,...
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
Monday, June 8, 2015
PASCA MUKTAMAR : Kapal belayar aman dan Dunia Belum Kiamat Lagi....Siri 3
Tentunya team Generasi Didikan Ustaz Harun Taib (GDUHT)gembira dengan keputusan pemilihan Muktamar ke 61 baru-baru ini.Kesemua yang ditakrifkan sebagai "jebon,Anwarinas,boneka DAP,Liberal,pengkhianat,barua" sudah dibersih sebersihnya.
Kini kapal boleh belayar dengan aman dan tenang walaupun lautan bergelora.Semua anak kapal memberikan kerjasama. Tiada lagi peristiwa anak kapal yang cuba tebuk dinding kapal.Tiada lagi peristiwa anak kapal cuba koyakkan layar dan kompas kapal.
Manakala yang kalah,itu tidak bererti Dunia Sudah Kiamat.Perjuangan perlu di teruskan.Cumanya "kapal" mana mahu dinaiki sekarang?.Adakah kapal baru perlu dibina?
Mengimbas kembali maksud ucapan "tersirat" mantan Timbalan Presiden Muhammad Sabu sebelum Muktamar melabuh tirai,seperti ucapan Maharaja Rom ketika meninggalkan Palestin..,"Selamat tinggal bumi Syam..tiada harapan lagi aku kembali..."
Nah,satu kapal baru perlu dibina.Tapi bukannya PasMa.PasMa dibina atas kemarahan individu.
Kapal baru itu elok diisi anak kapal dari IKRAM,HALUAN,ABIM dan NGO sewaktu dengannya.Belayarnya seperti Partai Keadilan Sejahtera maupun AKP Turki. Di atas kapal baru itu,tiada lagi label melabel.Tiada lagi istilah "jemaah dalam jemaah" maupun wala' kepada yang luar.
Semuanya belayar menuju Putrajaya.Semuanya mahu tumbangkan kezaliman dan kemungkaran.Yang berbeza adalah jalan dan "kapal" menuju ke situ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment