ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, July 28, 2012

Lagu ini bakal juara AJL ?






JANJI DIINGKARI

   macam mahu tumbang
  macam mahu lari
   rakyat malaysia  terus berjuang
    janji kita omong kosong
     kata kita omong kosong
      janji kita omong kosong
       hidup rakyat dikhianati
      masa depan kroni diberkati
 janji sudah dimungkir kini masa balas dendam

  janji siapa ? UMNO
 janji apa ? janji utk kroni
 janji siapa? janji BN
 janji apa? janji kosong...tipu...tipu

 ini janji kita , rompak royalti
ini janji 1msia, terima perkasa...perkasa 
  kata kita dikota, ternak lembu dalam kondo
 janji kita ditepati, harga barang terus naik...naik

rentak lagu ikut  lagu "Janji Ditepati"

Mahukah lagu ini dinyanyikan oleh Agong kita?

.


Sekonyong-konyong Menteri Media UMNO Rais Yatim menebalkan mukanya membatalkan logo Hari Merdeka kepada penggunaan logo 1Malaysia sahaja.

Setelah logo paling lekeh dan hodoh dalam sejarah Malaysia di"bakar" oleh Rais yang terkenal dengan "Sang Pembakar Jambatan", kini tinggal dua lagi "perkakas" sambutan Kemerdekaan yang perlu di"bakar" lagi oleh Rais iaitu tema" Janji Ditepati" dan lagu temanya yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri.

Bermula teguran PAS sejak tahun lalu tentang Perayaan Kemerdekaan seolah-olah Hari UMNO, terkini dua minggu lepas, pemimpin DAP Lim Kit Siang juga menegur tentang tema kemerdekaan seperti kempen pilihanraya " Janji Ditepati".

Malangnya Menteri Media UMNO Rais Yatim buat-buat pekak badak untuk mendengarnya. Bahkan makin syok sendiri akibat dihinggapi "Sindrom Bodekisme" dengan  perlancaran logo dan lagu tema.

Rais dengan angkuh dan bodoh sombong menolak teguran tersebut.

Hari ini dalam twitternya, Rais "membakar" logo hodoh untuk gantikan logo 1Malaysia sahaja.

Barangkali Rais mendapat mimpi ngeri dalam tidurnya malam tadi ! Mimpi Putrajaya menjadi hijau!
Melihat lagak Rais. sepatutnya PMNajib perlu gantikan segera Rais. Pemikiran Rais hanya sesuai untuk era 70an sahaja. Mengapa masih kekalkan dia menjadi Menteri Media dan Propaganda?

Adakah PMNajib tidak melihat logo kebanggaan Rais itu setaraf karya budak tadika KEMAS sahaja atau paling tinggi setaraf JKKK ?

Satu lagi, PMNajib tolong baca lirik lagu tema karya Rais. Tentunya PMNajib akan ketawa berdekah-dekah kerana "tolol"nya lirik itu.

Boleh PMNajib bayangkan siapa mahu nyanyi lagu tolol  itu dalam Perayaan Hari Merdeka nanti? Najib sudah ada pengalaman dalam Sambutan Hari Koperasi dengan reaksi penonton yang majoritinya kanak-kanak sekolah.

Nah, pakat tunggulah kita nanti pada 31 Ogos ini. Barangkali Rais akan menyanyi seorang diri sambil pegang bendera macam "orang gila"


Friday, July 20, 2012

Apabila pegawai Bukit Aman bercakap macam puak UMNO.



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau "tidak pasti" tentang dakwaan bahawa pengganas dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat.

Sin Chew Daily memetik Hishammuddin sebagai berkata, pada masa ini, beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara tersebut.

Oleh itu, katanya, beliau tidak boleh kata sama ada ia benar atau tidak.

"Saya hanya boleh katakan sebanyak ini, topik ini sangat sensitif," Hishammuddin dipetik dalam laporan Sinchew Daily online hari ini


Sudah dua kali didapati kenyataan antara Menteri Polis Hishamuddin dengan orang Bukit Aman bercanggah.

Pertama, semasa BERSIH 3.0. Hishamuddin kata polis ikut SOP semasa menangani wartawan manakala IGP Ismail menafikannya .

Kedua dan terkini, Hishamudin tidak pasti dan tidak mempunyai maklumat tentang cubaan JI dan PKM "meresapi" parti pembangkang seperti dakwaan pegawai Bukit Aman Sofian dalam ceramah anjuran BTN dan Parliman depan golongan belia.

Hishamuddin juga mengatakan isu ini sangat sensitif. Bagaimana seorang pegawai atasan Bukit Aman boleh bercakap isu ini secara terbuka? Sensitif apa!

Adakah Sofian bercakap atas kapasiti seorang PDRM atau ahli politik yang berhajat dicalonkan jadi calon UMNO atau membodek naik pangkat?

Kenyataan Sofian adalah bermotif jahat dan tidak bertanggungjawab.

Kalau sekadar "cuba" meresapi boleh dikatakan masih selamat parti pembangkang. Kita katakan PAS, PKR dan DAP berjaya menghalang "cubaan meresap" oleh JI dan PKM kerana PR mempunyai semangat patriotik yang tinggi demi sayangkan negara.


Bagaimana dengan UMNO dan PDRM ? Adakah Sofian buat-buat "buta mata" terhadap pengaruh APCO Zionis terhadap UMNO dan PDRM ?

Mengapakah SB dan BTN masih lapar " jilat kahak kuning" ?

Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk
"Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini.

Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen. 


Nampaknya "barua"nya Bukit Aman tiada penamatnya. Terkini, tuduhan pegawai atasannya yang bernama  Sofian Makinuddin terhadap pembangkang suatu ulangan tuduhan basi siri-siri ceramah anjuran BTN.

Terdahulu, sudah banyak siri ceramah berbaur rasis dan anti PAS dihamburkan oleh pegawai Bukit Aman dengan dibantu BTN kepada pegawai kanan kerajaan, pelajar, guru dan terkini kepada golongan muda belia.

Modus operandis ceramah sama sahaja. PAS diserapi pelampau agama, PKR dipimpin agen Yahudi Amerika dan DAP diresapi komunis. Modal basi diulang, "dijilatnya  berulang kali lendir kahak kuning" oleh pegawai atasan PDRM seperti Sopian serta juak-juaknya BTN untuk santapan rakyat.  Lazat sangat ke ? Siapa percaya ?

Adakah orang seperti Sofian tidak "kenyang-kenyang menjilat lendir kahak kuning" ini? Kita merasa hairan dengan sikap pegawai atasan PDRM terutama Bukit Aman yang liat untuk berubah. Rela menjadi "barua" UMNO dulu,kini dan selamanya.

Bangga benarkah mereka menjadi seperti SAVAK, MOSSAD, Shin Beit, CIA yang mana kerja siang malamnya ikut telunjuk UMNO ?

Atau cuba Sofian dan juak-juaknya bertanya khabar berita SB-SB Mesir barua kepada Regim Mubarak. Di mana mereka sekarang?


Saturday, July 7, 2012

Dua penantian yang mendebarkan......

 
Dunia sedang memerhatikan kita. Jangan masuk sihat wal'afiat tapi keluar jadi macam Anwar Ibrahim atau lebih tragedi jadi macam mendiang K.Kugan.


Itulah saat yang dunia dan rakyat Malaysia nantikan kesudahan nasib Syed Abdullah putera Syed Hussien selama berada dalam tahanan reman selama 4 hari.

Satu lagi penantian ialah mahu dengar "auta" Mahathir tentang pembelian minyak Petron oleh MAS bukan minyak Petronas .
Petron milik anak Mahathir manakala Petronas milik rakyat Malaysia yang mana Mahathir jadi Penasihatnya.

Sama-sama kita tunggu.

Pencari Hantu yang berhantu?

 

Setelah menulis 64 artikel tentang Sultan Johor dan Kerabatnya, akhirnya Syed Abdullah putera Syed Hussien ditahan polis.


Mengapa tunggu hingga 64 artikel baru ditahan pemilik blog Uncle Seekers ? Mengapa puas Sultan Johor "ditelanjangi" baru diambil tindakan?

Mengapa didakwa atas akta OSA (dokumen sulit), tidak dibawah akta hasutan? Dan terkini polis keluar kenyataan tentang dadah dalam tubuh Uncle Seekers. Apa kaitan dadah dengan isu yang ditimbulkan oleh Pencari Hantu itu dalam blognya?

Adakah polis mahu tunjukkan bahawa Uncle Seekers menulis dalam keadaan khayal dadah? Mampukan individu yang berada dalam mabuk dadah cari bukti dengan dokumen-dokumen sulit?

Nasib baik polis tidak takrifkan Uncle Seekers dalam kategori kurang waras dan disumbat dalam wad Hospital Tampoi!

Siapakah Uncle Seekers?

Namanya mula "naik glamour" apabila cintanya dengan bekas Permaisuri Agong dihalang. Pelbagai versi artikel dikeluarkan oleh beliau mengenai isu ini. Hingga babitkan mahkamah dan saman menyaman.Kesnya senyap hingga kini. Tiada perkembangan terkini.

Tiba-tiba nama dan blognya meletup hingga mencapai 10 juta pengunjung apabila beliau lancarkan " Perang Dunia Ketiga " keatas Sultan Johor dan kerabatnya.

Segalanya diaibkan bermula dengan Sultan Johor, Tengku Mahkota, Peguam Negara dan Ketua Polis Johor.

Sultan digelarnya Ku Yem, Tengku Mahkota digelarnya Mail dan Ketua Polis sebagai Hang Mokhtar. Tiada hormatnya pada mereka yang bergelar dan berpangkat itu. Mengapa?

Mengapa begitu "murka"nya Uncle Seekers terhadap Istana Johor ? Inilah persoalan yang timbul di mata rakyat?

Begitu berani beliau mengaibkan Sultannya sendiri. Hingga Tengku Mahkota menggelarnya "anjing yang menyalak" dalam twitternya


Adakah ada orang dibelakangnya?Apa motifnya begitu bersungguh beliau  "berperang" dengan Istana Johor.?

Bandingkan dengan isu Nizar dengan nombor plat WWW 1. Nizar sekadar menulis tentang duit beli WWW 1. Tidak disebut sepatahpun nama Sultan jauh sekali panggil nama Ku Yem.

Kesannya, Sultan sampai murka dan polis Johor dengan pantas sepantas "concorde" menyerbu pejabat Nizar.

Tapi bagaimana dengan blog putera Syed Hussien anak kelahiran Johor berketurunan ulama yang sampai 64 artikel menghina dan "melondehkan Istana Johor" baru polis bertindak?

Inilah menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi rakyat.

Apapun, artikel Dr Asri Zainal Abidin perlu dibaca untuk kita bersikap adil ..http://www.malaysiakini.com/news/202843

Dan kita perlukan pastikan dua perkara :
1) Keselamatan Uncle Seekers selamat dalam tahanan reman.
2) Bawa Uncle Seekers ke mahkamah untuk didakwa atas kes menghina Institusi Raja.

nota : blog Uncle Seekers sudah tidak dapat dilayari lagi.


Wednesday, July 4, 2012

Apabila polis dan askar masuk PAS...apa bakal terjadi? Jawab!

 

Cuba perhatikan susur-susur perkembangan  tentang polis kita dan askar. Setelah BERSIH 3.0, banyak kecaman terhadap polis oleh rakyat mengenai keganasan mereka.



Tetapi jika melihat perkembangan terkini, seolah ada "cahaya " di hujung sana !
Pertamanya, orang nombor tiga dalam PDRM dahulu masuk PAS iaitu Dato Fauzi Shaari. Kemudian dua orang "polis lakonan" dalam Gerak Khas iaitu Zulkifli Ismail dan Abby Abadi mula berjinak dengan PAS (nota: Zulkifli telah masuk PAS).


Terkini, TG Presiden minta ahli PAS tidak menjadikan polis sebagai musuh. Satu uslub dakwah meramaikan kawan mengurangkan musuh.
Terakhirnya, Hero askar Melayu " Lt Adnan " Hairie Othman masuk PAS.


Kesannya, Gerak Khas bakal "dipadam" dari RTM jika ada lakonan Zul dan Abby. Jika anggota polis mahu jadi polis mithali, contohilah lakonan "polis baik" Abby dan Zul.


Dan yang harunya, Bulan Kemerdekaan kita bulan depan, bakal diharamkan tayangan filem "Lt Adnan" dalam TV kita. Cuba tanya Pembakar Jambatan Rais Yatim, benarkah begitu?


Jika lagu "Oh Azizah" serta filemnya  Penarik Beca P Ramlee pun diharamkan dalam Radio RTM, apa lagi dengan filem Lt Adnan.

Tonton Gerak Khas....terbayang  Abby dan Zul dengan PASnya.
Tonton Lt Adnan.....terbayang Hairie dengan PASnya.

Hebat juga pengaruh PAS ! Ada di mana-mana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...